Saturday, 31 May 2014

Engku Emran kongsi gambar keluar bersama Erra Fazira

KUALA LUMPUR: Di saat nama primadona filem melayu Erra Fazira dikaitkan dengan Shahir juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), bekas suaminya Engku Emran telah memuat naik gambar mereka keluar bersama.

Engku Emran telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Erra, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka pada Rabu di laman instagramnya.

Sebaik sahaja bekas suami Erra itu memuat naik gambar-gambar tersebut, ramai peminat telah memberi maklum balas yang berbeza-beza.

Ada yang suka dengan tindakan Engku Emran itu, tidak kurang juga yang kurang senang dengan perkara itu dan menganggap dia sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya bersama bekas isteri.


Foto Instagram Engku Emran



Tambahan pula semua pihak sudah maklum tentang usaha Engku Emran untuk memenangi semula hati Erra Fazira supaya kembali ke pangkuannya.

Gambar tersebut dimuatnaik Emran ketika menemani anak tunggal mereka itu mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.


-- Astro Awani 

Polis Mekah nafi tiga jemaah maut semasa upacara pembersihan Kaabah

Polis Mekah menafikan khabar angin bahawa tiga jemaah maut


MEKAH: Polis Mekah menafikan khabar angin yang tersebar dalam media sosial pada Khamis bahawa terdapat tiga jemaah umrah terbunuh dalam kejadian berasak-asak dalam Masjidil Haram.

Menurut laporan arabnews.com, pegawai polis menegaskan bahawa hanya empat orang sahaja yang mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu insiden kekecohan.



Masjidil Haram - Gambar Fail


“Tiga daripada mereka – kesemuanya wanita telah diberikan rawatan di tempat kejadian manakala mangsa keempat telah dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan,” kata jurucakap polis Mekah, Aati Al-Qurashi.

Menurut seorang lagi pegawai, lelaki yang dikejarkan ke hospital itu mengalami luka yang serius pada kepalanya.

Tambahnya, sebaik pintu Kaabah dibuka untuk upacara pembersihan, terdapat ramai pengunjung yang berpusu-pusu untuk mengambil kesempatan apa yang ada dalam Kaabah itu.

“Disaat itulah lelaki tersebut terjatuh sehingga mengalami kecederaan pada kepalanya,”.

Sebelum itu, Gabenor Mekah, Putera Mishaal Abdullah yang mewakili Penjaga Dua Masjid, Raja Abdullah turut menyertai kerja-kerja pembersihan Kaabah itu.

Rumah Suci Allah itu lazimnya akan dibersihkan dari dalam dua kali dalam setahun iaitu pada bulan pertama dan lapan calendar Hijrah, Muharam dan Shaban.

“Kami sangat berbesar hati apabila ramai pengunjung mengerjakan ibadat mereka di sini sepanjang tahun,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pembesar Hal-Ehwal Dua Masjid yang diwakili oleh gabenor.

Kedatangan gabenor itu telah disambut oleh Ketua Pembesar, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dan timbalannya Mohammed Al-Khozaim.

Gabenor kemudiannya menunaikan solat di Masjidil Haram sebelum memasuki ke dalam ruang Kaabah untuk upacara pembersihan menggunakan air zam-zam yang dicampur dengan haruman bunga mawar dan wangi-wangian yang lain.

Menteri Kebudayaan dan Informasi, Abdulaziz Khoja, Datuk Bandar Raya Mekah, Osama Al-Bar dan beberapa putera raja, menteri, para diplomat dan rakyat turut menyertai upacara pembersihan Kaabah ini. -- Astro Awani 

Orang ramai masih keliru status halal Cadbury

Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan bahawa produk Cadbury sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah hukumnya halal dimakan.


KUALA LUMPUR: Kecoh di media sosial orang ramai menyatakan kekeliruan dengan status coklat Cadbury susulan satu kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada 29 Mei, Majlis itu menjelaskan bahawa produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi, hukumnya adalah ‘halal dimakan’.

Situasi ini menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin adalah termasuk dalam kategori ‘Umum Al-Balwa’ iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Kenyataan ini bagaimanapun telah menimbulkan rasa was-was dan tanda tanya dikalangan orang ramai.


Boleh pulak cadbury ni kejap tak halal kejap halal. Emm. Musykil beyol.— Kakniss A02 (@anissfana)May 30, 2014

Dah tak fhm dah. Halal ke haram? Haih. Cadbury dlm fridge tu acanoooooooo— Saseeeeeee ♬ (@NadyaTashaaa) May 30, 2014

owh.. dh halal pulak eh cadbury ni?? cemane boleh halal? kate ade babi?— ☜ TaiKuN Q (@balqiswahid13) May 30, 2014

Coklat Cadbury ni halal ke idok? sat2 halal sat2 haram. yg mna stu yg betul ni— Monday Couple ™ (@AwatifJihan) May 30, 2014

bila masa cadbury dah halal ?— Hingwui. (@AinaLubLub)May 30, 2014

Cadbury halal balik eh?— Nashah ♥ (@NashahEl)May 30, 2014


Menurut Dr Abdul Shukor, hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'” jelas Dr Abdul Shukor lagi.

Dalam pada itu, satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Cadbury Malaysia hari ini berkata, bahawa pihaknya telah memanggil balik dua kelompok (batch) produknya di pasaran secara proaktif.

“Kami akan meneruskan rundingan positif bersama pihak berkuasa tertinggi Malaysia dan masih menunggu analisis dari pihak Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh JAKIM dan rantaian bekalan ke atas dua produk tersebut” kata kenyataan media tersebut.

Pihak Cadbury juga telah mengadakan perjumpaan bersama ketua dan pihak berkepentingan dalam memastikan pihak Cadbury Malaysia menghasilkan produk menepati kehendak penguna-penguna di Malaysia.

Pada 23 Mei , produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek atau porsin oleh Kementerian Kesihatan.

Astro Awani 

"Lapor Imigresen kalau nampak Ibrahim Ali di Sarawak"

Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Foto fail Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR: Imigresen Sarawak meminta rakyat negeri Sarawak supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengetahui Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berada di negeri itu, lapor Utusan Borneo.

Pengarah Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

“Jika ada rakyat negeri ini yang mengetahui bahawa Ibrahim Ali ada di Sarawak dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa maka orang tersebut boleh dianggap sebagai menentang Sarawak,” katanya seperti dipetik oleh akhbar itu.

Robert Lian mengulas desas-desus kononnya Ibrahim bolos ke Sarawak semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Mac lepas.

Jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai rekod kemasukan Ibrahim ke negeri itu. Jika ada pun, orang itu adalah individu lain yang mempunyai nama yang sama.

“Kami tidak ada rekod bahawa Datuk Ibrahim Ali ada (masuk Sarawak). Apa yang kami tahu, Datuk Ibrahim Ali umurnya 62 tahun. Orang boleh ada nama yang sama tetapi sudah pasti bukan dia. Dia tidak ada di sini pada waktu yang dikatakan itu.

“Dia masih dalam senarai sekatan. Kita tidak perlukan orang sepertinya dan kerana itu sekatan tersebut dikeluarkan," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post pula.

Jelas Robert, sekiranya ada gambar yang menunjukkan Presiden Perkasa itu berada di Sarawak, gambar tersebut mungkin diambil sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

“Itu semua salah satu perbuatan untuk mengapi-apikan masyarakat dan cuba menunjukkan bahawa pihak Jabatan Imigresen kononnya tidak melakukan kerja," katanya mengulas mengenai pengedaran foto berkenaan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Mac lalu mendedahkan Ibrahim adalah antara individu yang dilarang masuk ke Sarawak kerana negeri itu "tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama atau bangsa".

Semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bailingan, kerajaan negeri Sarawak menyekat empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli daripada memasuki negeri itu.

Astro Awani 

Kejam! Kanak-kanak perempuan dikelar sehingga kepala terputus

ZAINUDDIN: Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam.


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Astro Awani 

Lewis Hamilton slammed for ‘forgetting his UK roots’


Lewis Hamilton has been accused of forgetting his roots after making derogatory comments about his home town of Stevenage.

Comparing his upbringing to Mercedes team-mate Nico Rosberg before last weekend's Monaco Grand Prix, multi-millionaire Formula One driver Hamilton got himself into trouble.

"I come from a not-great place in Stevenage and lived on a couch in my dad’s apartment," he said.

"And Nico grew up in Monaco with jets and hotels and boats and all these kinds of things – so the hunger is different."

Rosberg and Hamilton have become embroiled in a public dispute despite being on the same team. They now both live in Monaco.

Rosberg did not let Hamilton's recent behaviour bother him as he took pole and victory for Mercedes in Monaco.

But local council members seem to be a lot more perturbed about the Hamilton outburst.

“I can’t see how he can say such things about the place where he grew up,” councillor Phillip Bibby said. “He needs to remember his roots. His comments are unfair."


Sharon Taylor - Stevenage Borough Council’s leader - said: “Of course we are very proud of Lewis – he’s an incredible example of what people from Stevenage can do.

“But it would be a lot better if he could speak up for the place he comes from. We would love to talk to him about promoting the town.”

It is not the first time Hamilton has attracted adverse publicity for attacking the place where he lives.

He resides in Monaco after a five-year spell in Switzerland. He said Switzerland was too "boring" for him after living in Zurich and Geneva.

He was also slammed in 2008 after claiming he was moving out of the UK to detract from unwanted attention to his private life.

However, much to many Brits' anger, it later emerged that he had moved from Britain to avoid paying around £4m a year in tax.

- Eurosport