Monday 19 August 2013

Istanbul Aku Datang, filem terbaik Anugerah Lawak Warna

Istanbul Aku Datang, filem terbaik Anugerah Lawak Warna

Filem Istanbul Aku Datang dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik di Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya malam tadi. Pengarah filem itu, Bernard Chauly turut memenangi gelaran Pengarah Filem Terbaik menerusi filem yang sama.

Turut menerima penghargaan khas ialah Seniman S. Shamsuddin yang dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Juri atas sumbangannya terhadap dunia perfileman tempatan. Menerima anugerah yang sama ialah pengarah filem Mekanik, Othman Hafsham.

Dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah tersebut, Hafsham menyebut 'Pintarkan lawak jenaka kamu' yang dianggap sebagai satu pesanan penting kepada dunia komedi tempatan yang kini semakin dilambakkan dengan komedi kelas ekonomi.

Berikut merupakan keputusan penuh Anugerah Lawak Astro.

Kategori Terbaik

1. Filem Komedi Terbaik

  •     Adnan Sempit 2
  •     Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
  •     Pontianak Vs Orang Minyak
  •     Rock oo
  •     Istanbul Aku Datang

2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

  •     Zizan (Hantu Kapcai)
  •     Johan (Ponti vs Orang Minyak)
  •     Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)
  •     Along (Adnan Sempit 2)
  •     Que Haidar (Rock Oo)

3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

  •     Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
  •     Sharifah Amani (Ponti vs Orang Minyak)
  •     Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
  •     Yana Shamsudin (Wawa Semput)
  •     Sharifah Shahira (Ponti vs Orang Minyak)

4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

  •     Johan (Super Spontan)
  •     Yus Jambu (Karoot Komedia)
  •     Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar)
  •     Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
  •     Saiful Apek (Syok : Balik Balik Rempit)

5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

  •     Susan Lankaster (Keluarga Iskandar)
  •     Scha Al Yahya (Jodoh)
  •     Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
  •     Norkhiriah (Mak Sanggup)
  •     Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi)

6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)

  •     Karoot Komedia
  •     Syok
  •     Maharaja Lawak Mega 2012
  •     Kaunter Kaboom
  •     Hot TV

7. Siri TV Komedi Terbaik

  •     Sepahtu
  •     Jodoh
  •     Senario
  •     Udin Glamor Balik Kampung
  •     Keluarga Iskandar

8. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik

  •     Geng Bas Sekolah S5
  •     Elly & Epit
  •     Oh! My English
  •     Kan Dah Kena S1
  •     Super Smash

9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)

  •     Warna Raya 2012
  •     Aaron Dan Zizan Beraya Sampai Pengsan
  •     Bimbi Dan Bonni
  •     Kampung Semarah Padi
  •     Bila Joyah Masuk TV

10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)

  •     Adnan Sempit 2
  •     Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
  •     Pontianak Vs Orang Minyak
  •     Rock oo
  •     Istanbul Aku Datang

Sumber: Astro Awani

World’s slowest moving drop caught on camera after 13 years of waiting

Exactly how this experiment can benefit mankind, I don't know but this is just for the sake of reading:


Bitumen caught dripping


Slowest drop caught on camera

The second-longest running science experiment in history has just yielded its strange result: a sticky, black drop of pitch.

Set up in 1944 at Trinity College Dublin, the experiment is meant to reveal the strange properties of bitumen -- pitch, or asphalt -- which appears solid at room temperature but is in fact flowing very, very slowly.

At around 5 o'clock in the afternoon on July 11, 2013, physicist Shane Bergin and colleagues recorded what Nature described as one of the most eagerly anticipated and exhilarating drips in science.

“We were all so excited,” Bergin told Nature. “It’s been such a great talking point, with colleagues eager to investigate the mechanics of the break, and the viscosity of the pitch.”

The Trinity College team estimates the pitch to be about 2 million times more viscous than honey, or 20 billion times the viscosity of water.

The origin of the experiment is lost in history, although a similar experiment at the University of Queensland in Brisbane, set up in 1927, is tagged by Guinness World Records as the world’s longest running lab experiment.


Source: TGM

Tiga maut, dua parah dalam nahas bas ekspress dan kereta

Tiga maut, dua parah dalam nahas bas ekspress dan kereta

KUANTAN:  Tiga maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di KM330 Jalan Raub-Kuala Lipis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Shamsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian 4.50 petang itu, semua mangsa yang terbunuh itu, menaiki kereta Mercedes Benz dari arah Raub menghala ke Kuala Lipis bertembung dengan bas ekspres Transnasional dua tingkat.

"Berdasarkan siasatan awal, dipercayai kereta terbabit cuba memotong kenderaan lain di satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah bas dari arah Kuala Lipis yang membawa 64 penumpang itu," katanya kepada Bernama di sini.

Mangsa yang terbunuh pemandu kereta Liew Fatt Meng, 49; penumpang hadapan, Pang Chou Ling, 52, seorang wanita; dan Yeow Chong Han, 10, seorang budak lelaki.

Pemandu kereta terbabit mati di tempat kejadian manakala dua lagi mati di Hospital Raub.

Dua lagi penumpang kereta terbabit yang dikenali sebagai Phen Wong Som dan Yeow Yan Cheow, 20an, cedera parah.

"Semua mangsa berasal dari Benta, Pahang. Polis sedang menyiasat hubungan semua mangsa terbabit," katanya.

Beliau berkata pemandu bas terbabit Mohd Ariffin Yusoff, 53, berasal dari Kelantan, hanya cedera ringan.
Sumber: BERNAMA,  Ogos 18, 2013

Kerajaan sedia lancar Ops Piramid pada bila-bila masa

Kerajaan sedia lancar Ops Piramid pada bila-bila masa - Hishamuddin

Kerajaan bersedia melancarkan Ops Piramid untuk memindahkan lebih 3,300 rakyat Malaysia di Mesir pada bila-bila masa sahaja jika keadaan di negeri itu bertambah serius.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah mengarahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ke Mesir pagi ini untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan di sana dan akan memberikan 'isyarat' jika pemindahan perlu dilakukan.

"Kerajaan kini memantau pergolakan yang berlaku di Mesir setiap jam. Kita lihat keadaan di sana semakin membimbangkan, kawasan yang nampak reda kini bertambah panas sebab itu kita telah hantar wakil khas kita untuk tinjau sendiri keadaan di sana.

"Segala persiapan lojistik telah diletakkan dalam keadaan siap sedia dan pesawat komersil syarikat penerbangan MAS dan Air Asia juga telah tampil menawarkan diri untuk membantu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ahmad Maslan, Ketua Umno bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad dan lebih 5,000 penduduk kawasan sekitar.

Hishammuddin berkata jika keadaan keselamatan tidak mengizinkan untuk penggunaan lapangan terbang komersil, kerajaan akan menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu Ops Piramid itu.

Khamis lepas, Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan wakil agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, MAS dan Air Asia untuk membincangkan langkah-langkah bagi memindahkan rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan bertambah serius.


- BERNAMA 

Pasangan suami isteri nyaris terkena peluru sesat

Pasangan suami isteri nyaris terkena peluru sesat

Sepasang suami isteri nyaris terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh orang yang tidak dikenali dalam kejadian di Taman Daiman Jaya dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi ketika kedua-dua mangsa yang mengusahakan katering sedang memasak di dapur.

"Siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol jenis 9 milimeter dan kami percaya mangsa bukanlah sasaran tembakan jarak jauh itu," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya seorang penduduk juga terlihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran beredar dalam keadaan tergesa-gesa sejurus selepas tembakan itu.

Berikutan kejadian itu, Mohd Nor berkata polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-8831222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jamuri berkata beliau bersama isterinya sedang berada di ruang dapur di tepi rumahnya.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan dan apabila diperiksa ada satu kesan peluru di jeriji bahagian dapur rumah, nasib baik tidak terkena kami," katanya.

Meskipun terselamat, pasangan tersebut masih trauma dengan kejadian itu.


Sumber: BERNAMA 

MAS needs to be privatised - Dr M

MAS needs to be privatised - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad today suggested that Malaysia Airlines (MAS) be privatised in an effort to revitalise the government-linked company, and consequently, overcome its losses at present.

The former Prime Minister said privatisation is a good step for MAS to generate big profits as when a company is government-owned, it faces constraints from the point of finance.

"MAS has been in operation for a long time and many initiatives have been undertaken to turn it around, but unsuccessfully.

"I believe privatisation is a good thing, as when the company is government owned, it has also less rights," he told reporters at his Hari Raya open house in Seri Kembangan, near here.

The event was attended by about 20,000 visitors of various races as well as foreigners.

Also present was Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin was  there with his wife, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Dr Mahathir, who is also Proton advisor, said based on experience with the national car maker, privatisation will make the owners more sensitive as to the issue of profit and loss, as they are footing all expenditure.

"Through privatisation, when you lose money, the people who own it, have to pay out. But if it's government money, nobody cares. I know this because I have run the government company before," he added.


Source: BERNAMA 

Five-year-old girl allegedly abused by parents in critical condition

Five-year-old girl allegedly abused by parents in critical condition

The five-year-old girl who is believed to have been abused by her parents is reported in critical condition and relying on the life support system at the Paediatric Intensive Care Unit of the Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) here.

State Women Development, Family, Social Welfare and National Integration Committee chairman Datuk Rusnah Kassim, who visited her today, said the child was admitted to the ICU since last Friday.

"The doctor's report on the child's condition is not encouraging because she suffered several injuries," she told reporters after visiting the girl.

She said the girl had an older brother, aged eight, and also a two-year-old brother and they were now placed under the care of the Kuala Kangsar Social Welfare Department pending investigation on their parents.

The girl was sent to the hospital by a family member last Friday and following a medical examination, found that there were wounds on her face, head and body, believed to have been inflicted with a cane.

A 39-year-old man and a 30-year-old woman from Menglembu had been detained for investigation into the case.


Sumber: BERNAMA