Friday, 16 August 2013

Lelaki pukul isteri dalam lif mengaku tidak bersalah


Lelaki pukul isteri dalam lif mengaku tidak bersalah

BUKIT MERTAJAM:  Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.

Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

- BERNAMA 

Kalau ini harga yang perlu dibayar, apa salahnya?

Ini adalah ulasan Pengarang Urusan AstroAwani.com, NOOR AZAM SHAIRI, mengenai apa yg Dr Mahathir katakan mengenai harga kebebasan.


Analisis Berita: Kalau ini harga yang perlu dibayar, apa salahnya?



BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Khamis berkata kes pembunuhan dengan tembakan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini adalah harga yang harus kita bayar untuk kebebasan. Kalau itu harga yang harus kita bayar, rasanya kita akan bayar — apa masalahnya?

Ya, apa masalahnya kerana kes tembak yang berlaku hampir setiap hari itu menurut polis bukannya kes rambang sebaliknya adalah perang antara kumpulan samseng merebut kawasan dan pengaruh. Kalau kita anggota kumpulan samseng, masuk akal kalau kita bimbang. Kalau kita buat jenayah besar dengan orang, wajar kita bimbang. Kalau kita warganegara yang baik, kenapa kita hendak bimbang dengan harga yang terpaksa kita bayar itu.

Ini bukanlah bermakna kita bersetuju bahawa mereka yang terbunuh dalam kes-kes tembak itu wajar mati dengan ditembak. Negara ini ada undang-undang. Tidak ada sesiapa yang boleh diambil nyawanya atau dicabut kebebasannya tanpa mengikut lunas undang-undang, dan undang-undang itu terpakai ke atas semua orang.

Tentang kes tembak yang banyak itu, polis dilaporkan sudah mendapat beberapa petunjuk dan sedang menyiasat. Yakinlah bahawa polis sedang melakukan sesuatu — biarpun mereka juga sibuk — atau dipaksa sibuk dan kemudiannya, dilihat sibuk — dengan kes-kes lain yang timbul kerana sesetengah daripada kita terlalu sensitif.

Kalau kita tidak mahu percaya kepada polis, kita mahu percaya kepada siapa lagi?

Apa yang pasti — sangat pasti — adalah sukar untuk kita percaya kepada mana-mana orang yang menolak kebebasan. Kebebasan bukan sesuatu yang kotor dan perlu dipandang jijik. Kebebasan bukan penyakit berjangkit yang harus dibasmi. Kebebasan juga bukan pantang larang yang perlu dielak. Kebebasan adalah fitrah manusia.

Biarlah kita diingatkan oleh kata-kata John F. Kennedy bahawa "kita akan membayar apa saja harga, menanggung apa saja beban, berdepan apa saja kesukaran, mendokong teman-teman dan menentang semua musuh" untuk memastikan kebebasan yang wajar dan bermakna dapat dicapai.

Adalah sangat malang kalau kita terlupa bahawa kebebasan merupakan antara asas pembentukan negara ini seperti yang diikrarkan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ikrarnya ialah mahu menjadikan negara ini "sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."

Kalau itu konsep yang menjadi asas pembinaan negara ini sepertimana yang telah dipersetujui oleh leluhur pendiri negara dan bangsa, bagaimanakah seharusnya sikap kita kepada orang yang menolak konsep asas kenegaraan itu?

Orang selalu ada salah faham — atau sebenarnya faham tetapi sengaja mahu mengelirukan orang lain — bahawa kalau ada kebebasan akan ada kekacauan. Sudah-sudahlah menipu seperti ini. Semua orang tahu bahawa tidak ada kebebasan yang mutlak kerana kebebasan yang mutlak akan membawa kepada kekacauan dan anarki.

Itu sebabnya manusia mengaturkan undang-undang untuk mengawal kebebasan. Kebebasan bukan bererti orang boleh melakukan apa saja. Kebebasan ada hadnya.

Perlembagaan Persekutuan dalam memberikan kebebasan bersuara misalnya turut membenarkan sekatan dikenakan ke atas kebebasan itu. Sekatan itu bagaimanapun bukannya sesuatu yang boleh dikenakan dengan sesuka hati. Ada syarat-syarat tertentu yang membolehkan sekatan dibuat seperti ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Bahawa kebebasan merupakan antara asas pembinaan negara ini adalah harga mati yang harus kita pertahankan. Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya sehari sebelum merdeka pun ada menyebut bahawa kebebasan yang diperjuangkan dalam merebut kemerdekaan adalah "kebebasan beragama, kebebasan bersuara, kebebasan untuk berkehendak, kebebasan untuk berpersatuan, kebebasan untuk berhimpun dan kebebasan untuk bergerak."

Ini harga mati yang tidak ada tawar-menawarnya lagi.

Sumber: Astro Awani 

Hans Isaac: Saya Tanggung Kerugian, Buat Apa Teruskan?






KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013: Tindakan pengarah, pelakon dan penerbit, Hans Isaac, memuatnaik statusberkenaan filem terbitannya, Lemak Kampung Santan di Twitter telah disalahertikan oleh umum. Malah, ada dakwaan yang mengatakan dia merajuk dan kecewa kerana filemnya tak laku seperti yang terpapar di rata-rata saluran media.

Sebagai pengarah filem, penglibatannya di dalam industri ini bukanlah baru dan dia tahu apa yang perlu untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Tiada sebab untuk dia kecewa kerana dia bukannya menghasilkan filemnya secara cincai, tetapi dalam dalam soal ini dia bercakap dari segi keuntungan dalam perniagaan sebagai pembikin filem.

Yang mana, isu yang cuba diketengahkan Hans Isaac ketika ini adalah kualiti bukan lagi apa yang penonton inginkan dan dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya penonton mahukan dan hal itu jelas dapat dilihat menerusi kutipan filemnya.

Namun, ia juga barangkali bukan disebabkan penonton tidak datang untuk menyaksikan filem, tapi mungkin ia bertitik tolak kepada sebab-sebab yang lain yang sebelum ini pernah dibangkitkan oleh produser-produser filem lain. Misalnya, waktu tayangan yang mungkin tidak menepati waktu penonton.

Apapun ketika dihubungi, Hans Isaac sekali lagi menegaskan yang tidak akan membuat filem lagi setelah apa yang berlaku kepada Lemak Kampung Santan.

"Saya bukan tidak mahu buat filem kerana tidak laku. Tetapi kalau situasi begini masih lagi sama, untuk apa saya terus bikin filem ini. Mungkin ramai salah faham kata saya merajuk sebab orang tak tengok Lemak Kampung Santan. "Kalau cakap pasal kualiti filem saya tahu semua apa yang perlu saya buat, tetapi hak menonton saya tidak ada kuasa untuk paksa orang kerana itu perkara yang subjektif. Ada orang suka ada yang tidak.

"Saya cakap sekarang soal business in film making. Kalau situasi dan permainan industri perfileman kita masih kekal macam sekarang, saya memang tidak akan ambil risiko untuk terus rugi kerana saya tahu apa yang berlaku. Lebih baik saya buat benda lain yang mampu menjanjikan pulangan yang lebih menguntungkan.,"tegasnya yang nyata kecewa apabila ada pihak yang kurang arif mentafsir apa yang cuba disampaikan Hans Isaac didalam Twitternya itu.

Namun bidang pengarahan tetap diteruskan di lapangan teater dan dia akan muncul dengan sebuah karya bercirikan autobiografi mengenai pemain bola handalan negara, Mokhtar Dahari , berjudul SuperMokh The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.

Tambahnya, produksi teater melibatkan kawalan penuh daripada production house dan perkara ini berbeza dengan penerbitan filem. Penerbit filem hanya menghasilkan filem tetapi hak dan jadual tayangan serta pemasaran bukan lagi berada didalam bidang kuasa penerbit.

"Kalau bikin teater, semua perkara kita yang tentukan. Maksudnya bagaimana kita nak merancang strategi dan sebagainya untuk menarik orang datang. Tetapi untuk filem, selepas kita hasilkan sesebuah filem, saya bukan boleh suka-suka nak pilih tarikh, tentukan waktu tayangan kerana ia bukan kuasa saya berbuat demikian.

"Itu sahaja yang cuba saya persoalkan disini, bukan masalah filem saya mendapat kutipan sedikit tetapi ketelusan pihak tertentu dalam mengendalikan kerja mereka. Tak perlu saya sebut siapa tetapi jika ia masih sama memang saya tidak mahu ambil risiko rugi lagi,"tambahnya ketika dihubungi sebentar tadi.


Sumber

Dr Muhammad: Pembunuhan berleluasa bukan disebabkan oleh kebebasan seperti kata Tun M

Dr Muhammad: Pembunuhan berleluasa bukan disebabkan oleh kebebasan seperti kata Tun M

Kebebasan adalah sebahagian daripada agenda transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan peningkatanpembunuhan jalanan menggunakan senjata api bukanlah disebabkan oleh kebebasan itu sepertimana yang dikiaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang penganalisis politik.

Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Muhammad Fuad Othman berpendapat, Malaysia sudah bersedia untuk melakukan perubahan seperti yang digagaskan oleh pentadbiran Najib.

“Najib ingin lakukan transformasi dalam negara dan sememangnya negara sudah bersedia untuk berubah.

“Kata-kata Tun Mahathir seolah-olah kita tidak boleh berubah. Situasi semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan situasi sekarang berlainan. Cabarannya berlainan.
“Dulu semasa negara dikawal oleh undang-undang ketat, negara ini dipanggil negara ‘polis’. Sekarang (kerajaan) sudah lakukan transformasi, terlalu longgar pula,” katanya kepada Astro Awani.

Muhammad Fuad mengulas komen Dr. Mahathir pada Khamis bahawa peningkatan kes pembunuhan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap rakyat.

Walau bagaimanapun, Muhammad Fuad berkata kebebasan yang sedia ada harus disuaikan dengan tanggungjawab yang lebih mendalam untuk mengelak kejadian pembunuhan jalanan yang berleluasa.

“Terdapat pelbagai elemen yang harus dipertimbangkan bersama kebebasan ini. Contohnya di negara yang lebih liberal, terdapat banyak kawasan yang diawasi dengan bantuan CCTV dan anggota polis dipertingkatkan.

“Adakah kita sudah melakukan semua itu?” tanyanya.

Dr. Mahathir dalam satu sidang media pada Khamis berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan senjata api dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain... kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak... itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi. - Astro Awani 

Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan - Dr Mahathir

Dr Mahathir: Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan

Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain...kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak...itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Perhimpunan itu disertai sembilan NGO - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Aman Malaysia, Aqsa Syarif, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, Islamic Relief, Kelab Putera 1Malaysia, Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Viva Palestina.

Dr Mahathir adalah presiden PGPF.

- BERNAMA 

Katy Perry confronts Australia's Abbott on gay marriage

Katy Perry confronts Australia's Abbott on gay marriage

SYDNEY:  US pop star Katy Perry on Thursday took Tony Abbott to task over his stance on gay marriage, telling the Australian opposition leader she would not vote for him.

Abbott's three daughters, aged 20 to 24, are Perry fans and he phoned in when she was a guest on Sydney's 2DayFM radio station.

He said his "big question" was when would the 28-year-old again tour Australia.

"When are you coming back (to Australia)? We need you, we want you," Abbott said.

Perry, however, was keener to discuss the policies of his conservative coalition ahead of elections on September 7.

"Oh come on, that's not a political question. Let's talk about gay marriage," she replied from the United States, urging voters to speak out against Abbott's stance on the issue.

"I love you as a human being but I can't give you my vote," Perry said, adding: "I just don't believe in your policies so that's what a lot of people should be doing."

Despite having an openly gay sister, Abbott is opposed to same-sex marriages, in contrast to election rival Prime Minister Kevin Rudd, who has vowed to introduce a bill legalising the unions if returned to office.

Questioned later by reporters about Perry, Abbott, seen as favourite to win the election, said they "respectfully disagreed", although they did agree to meet for lunch when Perry heads to Australia next year.

"I respectfully disagree with a number of people, including my own sister, on this subject, but no doubt we'll all continue to say our piece," he said, adding of his chat with the singer: "My daughters for once were envious of their dad."

While leading in opinion polls, Abbott's campaign has been littered with gaffes this week, including on gay marriage Tuesday when he said: "I'm not someone who wants to see radical change based on the fashion of the moment."

He later back-pedalled, saying it was a "very significant issue" among many in his party.

Perry is best known for hit songs such as "Teenage Dream," California Gurls," and "I Kissed a Girl."

Abbott said her catchy hit "Hot n Cold" would make a good election anthem for his party, but Perry was not so sure.

"I don't know, I don't know if that's the best song we can pick for a politician," she said of a song that begins with the lyrics: "You change your mind like a girl changes clothes".

- AFP

Obama batalkan latihan bersama Mesir

Obama batalkan latihan bersama Mesir

CHILLMARK:  Sebagai bantahan terhadap pembunuhan beratus-ratus penunjuk perasaan, Presiden Barack Obama berkata Amerika Syarikat telah membatalkan latihan ketenteraan dengan Mesir.

Dalam satu ucapan pada Khamis, Obama mengesa supaya pihak berkuasa tentera Mesir membatalkan darurat dan membenarkan demonstrasi aman.

"Walaupun kita mahu mengekalkan hubungan kita dengan Mesir, kerjasama tradisional kita tidak boleh diteruskan seperti biasa apabila orang awam yang sedang dibunuh di jalan-jalan," kata Obama kepada pemberita di rumah percutian beliau di Vineyard Martha.

Obama berkata Amerika Syarikat memaklumkan Mesir  bahawa latihan Bright Star telah digantung, yang telah dijadualkan setiap dua tahun sejak 1981.

Sebelum ini latiah yang sama digantung pada 2011 ketika Mesir berada diambang pemberontakan yang menyaksikan Presiden Hosni Mubarak -sekutu rapas Amerika- digulingkan.

Latihan juga dipanggil off pada tahun 2011 seperti Mesir berada di ambang pemberontakan yang menggulingkan lama Strongman Hosni Mubarak, yang juga sekutu rapat AS.

Mesir dilanda konflik -yang paling buruk sejak 2011- pada 3 Julai lalu selepas presiden pertama negara tersebut yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi digulingkan pasukan tentera.

Obama berkata bahawa Morsi adalah "tidak inklusif" dan "mungkin juga majoriti" rakyat Mesir menentang pemimpin Ikhwan Muslim.

"Walaupun kita tidak percaya itu adalah cara untuk menyelesaikan perbezaan politik, selepas campur tangan tentera beberapa minggu lalu, masih terdapat peluang untuk perdamaian dan peluang untuk mengikuti jalan yang demokratik," kata Obama.

"Sebaliknya, kita telah melihat jalan yang lebih berbahaya yang diambil melalui tangkapan sewenang-wenangnya, tindakan keras keatas penyokong Morsi, dan kini tragedi keganasan telah mengambil nyawa beratus-ratus orang," katanya.

- AFP

Kerajaan tidak bayar gaji anak lelaki saya - Mohamed Nazri

Kerajaan tidak bayar gaji anak lelaki saya - Mohamed Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.

- BERNAMA 

Cancer diagnosed boy dies after wish to ride in Ferrari came true


Cancer diagnosed boy dies after wish to ride in Ferrari came true

Eleven-year-old Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini, who was diagnosed with cancer last year, has died 11 days after his wish to ride in a Ferrari came true.

He suffered breathing problems and was admitted to the University of Malaya Medical Centre on Wednesday.

Known as Siraj among his family members and friends, he had been diagnosed with bone cancer.

His mother Norhayati Jantan, who is Bernama training manager, said Siraj died at 4.45am yesterday.

Siraj, she said, had a fall while playing football last year.

“After the incident, he suffered from an ailment which forced his left foot to be amputated in May.

“Despite the loss of a leg, Siraj did not despair and tried to continue with life like other children,” she said.

Norhayati said Siraj, the third child among six siblings, was laid to rest at the Kampung Puah Mus­lim Cemetery in Gombak yesterday.

Siraj had previously expressed his desire through the Children’s Wish Society of Malaysia to ride in a Ferrari.

On Aug 4, the founder of Kumpulan Empire, Datuk Sean Y.T Ng, took Siraj for a ride in the car.

His father, Western Digital senior manager Mohd Zaini Zakaria, said the family was sad over his death but they were glad that Siraj’s final wish had been fulfilled.

- BERNAMA 

Astro Radio lebarkan sayap frekuensi di Sarawak

Berita baik buat seluruh warga Miri! Penduduk di sekitar Miri kini berpeluang berhibur serta mendapatkan info – info menarik melalui rangkaian terbaharu ASTRO Radio Sdn. Bhd.

 Astro Radio akan memperluaskan empayar mereka dengan melebarkan sayap frekuensi stesen – stesen seperti  Era FM, MY FM, hitz.fm ke seluruh Miri, Sarawak.

Majlis pelancaran bakal berlangsung pada 24 Ogos 2013 bertempat di Bintang Megamall, Miri pada  pukul 11 pagi.

Ketiga-tiga stesen di bawah payung Astro Radio  ini akan menyiarkan kandungan yang lebih terperinci dan menepati kehendak penduduk setempat.

Antara acara – acara yang bakal menemui pendengar seperti acara komuniti bersama penduduk setempat dan lebih kepada penyampaian maklumat pelanggan yang tersediakan di rantau ini.

Sehubungan dengan itu, bukan sahaja frekuensi yang boleh didengari oleh penduduk Miri, malah, ketiga-tiga stesen tersebut juga mempunyai pasukan ‘on ground’ yang akan  berada di bumi Miri , bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2013.

Para pendengar boleh memenangi beberapa hadiah sagu hati sambil melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik! Jangan lupa untuk mengejar dan berkenalan dengan Skuad ERA Perodua, MY FM cruiser & hitz.fm yang akan sentiasa memberikan lintas langsung lokasi pilihan mereka.

ERA FM

hitz

MY FM

Majlis pelancaran Astro Radio di Miri ini disokong oleh Bintang Megamall sebagai lokasi rasmi dan Meritz Hotel sebagai hotel rasmi.

Retirement age up to 60 but EPF withdrawal stays at 55

Ipoh: The Government is not implementing the Employees Provident Fund (EPF) withdrawal at age 60 for private sector employees although the minimum retirement age has been extended to 60 years, effective January next year.


Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said private sector workers could still withdraw their full EPF savings at age 55.

"Following the Government's decision to extend the retirement age in the private sector, there were talks the EPF withdrawal would be extended from 55 to 60 years.

"At this stage, the Government does not intend to implement the system. If they have EPF accounts, they could withdraw their full savings when they reach 55," he told reporters here Saturday.

Earlier, he presented robe materials, dates and zam-zam water to mosque committee members at the Tambun parliamentary constituency in Jelapang here.

According to the Minimum Retirement Age 2012 Bill which was passed by Parliament recently, the compulsory retirement age for private sector workers has been raised to age 60.

According to the bill, employers could not force workers to retire before reaching age 60 and offenders could be fined up to RM10,000.

On the 1Malaysia People's Aid (BR1M) in the 2013 Budget, Ahmad Husni said, in the preparation of the budget, the Government was studying various initiatives to ensure operating and development expenditure benefited the country.

"We are in the process of preparing the budget, BR1M is among the items being studied. The decision depends on whether the operating expenditure could be funded by government revenue, as well as the factor of the cost of living," he said. - Bernama

Michelle Obama terbit album hip hop



Wanita pertama Amerika, Michelle Obama merancang untuk menerbitkan album hip hop.

Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat.

Michelle berkolaborasi dengan 'Partnership for a healthier America' untuk merakamkan lagu berjudul ‘Songs for a healthier America’.

Lagu tersebut sempena program ‘Let's move’ yang diusahakannya.

Bagaimanapun dia tidak menyanyi tetapi hanya membuat kemunculan dalam video muzik.

Antara lagu lain yang dimuatkan termasuk ‘U r what you eat’ dan ‘Veggie luv’.

Barisan penyanyi yang terlibat pula seperti Ashanti, DMC, Jordin Sparks dan Doug E. Fresh.

Turut serta membuat penampilan cameo ialah pemain bola keranjang New York Knicks, Iman Schumpert.
- Astro Awani