Wednesday, 1 April 2015

Pergaduhan di stesen minyak: Polis akan menyiasat kedua-dua belah pihak

Pergaduhan di stesen minyak: Polis akan menyiasat kedua-dua belah pihak.

KUALA LUMPUR: Video kemalangan yang menyebabkan pergaduhan di sebuah stesen minyak antara pemandu teksi dengan sekumpulan gadis di Shah Alam berlaku pada Ahad 29 Mac dan polis sudah menerima laporan daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias, ia berlaku selepas terdapat pengeseran kecil antara kedua-dua belah pihak.

"Kita telahpun membuka kertas siasatan, pihak polis memberi peluang kepada yang terlibat untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kita akan memohon laporan perubatan daripada kedua-dua pihak untuk memulakan siasatan." jelas ACP Azisman.

Tambah ACP Azisman, jika jelas ada bukti bahawa terdapat kesalahan sama ada daripada pihak yang membuat provokasi atau sebagainya, pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

ACP Azisman juga mengesahkan bapa kepada pemandu wanita tersebut telah memukul pemandu teksi yang didakwa memukul anaknya itu.
Menurutnya lagi, bapa wanita tersebut memukul pemandu teksi itu semasa membuat laporan polis walaupun sudah dinasihati tidak melakukannya dan polis akan mengambil tindakan terhadapnya.

Dibawah peruntukan undang-undang, jika berlaku ugutan jenayah iaitu menakut-nakutkan atau serangan fizikal, pesalah akan didakwa bawah seksyen 506 di bawah kanun keseksaan dan seksyen 323 iaitu mendatangkan kecederaan.

Video sekumpulan gadis mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam selepas berlaku sebuah kemalangan menjadi viral di media sosial dengan pelbagai komen negatif dilemparkan terhadap tiga orang wanita yang terlibat.

Ini menunjukkan tabiat pengguna media sosial yang sering menghukum seseorang tanpa usul periksa cerita disebalik sesuatu peristiwa.

- Sumber: Astro Awani 

Keliling perairan Semenanjung dengan kayak

  • Keliling perairan Semenanjung dengan kayak
  • Peserta kayak Murad Mohd Kassim, 45, memulakan cabaran berkayak secara solo pada Ekspedisi Kelab Ekplorasi Tujuh Benua (KE7B) Kayak Solo Mengelilingi Semenanjung Malaysia di Kuala Perlis, Kangar, hari ini.

KUALA PERLIS - Seorang bekas tentera akan mengelilingi perairan Semenanjung selama 60 hari bermula hari ini dengan kayak.

Murad Mohd Kassim, 45, melalui Ekspedisi KE7B Kayak Solo dilepaskan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Jeti Kastam Kuala Perlis.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin turut hadir.

Program itu anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) merupakan antara program yang dirancang mereka tahun ini selain Ekspedisi Merentasi Kutub Selatan, Ekspedisi KE7B Kayuhan Altitut Tinggi Annapurna dan KE7B Srikandi 7 Benua yang membabitkan pendaki wanita termuda negara Siti Hanisah Sharuddin.

Murad menjangka bakal mengharungi beberapa cabaran dalam misinya itu.

"Kehadiran buaya di muara sungai dan air pasang surut antara yang mencabar misi saya kali ini selain mengharungi paya bakau yang luas di Perak.

"Namun saya tetap yakin cabaran berkayak dari Tanjung Piandang ke Pantai Remis dapat di atasi dalam masa sehari," katanya.

Beliau berkata beliau akan berkayak sejauh 40 kilometer sehari untuk menamatkan misi keseluruhan sejauh 2,200 kilometer dalam tempoh dua bulan.

Bekas pesara tentera ini pernah mencatat beberapa kejayaan berkayak secara solo sebelum ini antaranya 'Kayak Solo Survivor Down River 24 Hours Chenderoh Dam' dan 'Solo Survivor Upstream Teluk Intan-Kuala Kangsar' sejauh 150 kilometer.

Tuanku Syed Faizuddin sebelum melepaskan Murad bertitah setiap orang perlu bercita-cita tinggi dan menanam impian untuk mengubah realiti hidup menjadi lebih berjaya.

"Cita-cita ini haruslah disertai dengan daya pemikiran yang luas, usaha keras dan cekal serta sifat ingin belajar untuk memperbaiki diri selain agama dijadikan pegangan," titah baginda. 

- Sumber: Bernama

Seragam hitam: Sultan Nazrin murka tindakan Adun pembangkang - Zambry

Menteri Besar Perak berkata Sultan Nazrin Muizzuddin Shah murka dengan tindakan Adun pembangkang yang berpakaian serba hitam semalam. - Foto Bernama

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah murka dengan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang yang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, semalam.

Beliau berkata ekoran tindakan biadab semua Adun pembangkang itu menyebabkan Sultan Perak menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

"Seorang Raja bukan mudah menyebut Beta murka tapi rakyatnya serta (saya) sebagai memanda Menteri Besar baginda, kita fahamlah apa ayat yang telah dizahirkan, jadi tak perlulah saya sebut kalau pembangkang nak tanya Tuanku murka atau tidak, saya nak sebutkan, ya, Tuanku murka," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Zambry berkata semalam merupakan hari bersejarah buat Tuanku yang merupakan keberangkatan pertama baginda ke DUN selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan dan akan dirakamkan dalam arkib negara.

"Bagi seorang Raja, orang-orang penting, pemimpin dan sebagainya peristiwa itu dianggap bersejarah yang akan disimpan tapi bayangkan dengan tindakan mereka (pembangkang) yang juga akan menjadi sejarah. Walaupun apa yang mereka sebutkan taat setia, mohon ampun dan tidak berbelah bahagi kepada Raja, tetapi perbuatan semalam tetap terakam dalam sejarah," katanya.

Selain itu, Zambry berkata tindakan pembangkang berpakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha untuk mengalih tumpuan terhadap isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat.

"Saya menganggap kenyataan ini sekali lagi menunjukkan sikap sebenar mereka dan saya ulang sekali lagi, mereka tidak menunjukkan perbuatan yang mereka lakukan itu dengan penuh kekesalan dan jelas menunjukkan bahawa mereka tetap angkuh dan biadab," katanya.

Zambry juga melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pembangkang yang cuba mempertahankan diri dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya telah sebutkan bahawa semalam hari yang paling bersejarah buat Tuanku dan alasan yang diberi oleh mereka tidak menyalahi kod etika dan tunjuk protes mereka.

"Kalau mereka benar ikhlas dan ingin menunjukkan protes mereka kenapa hanya semalam tetapi tidak hari ini, saya mengganggap ia hanyalah semata-mata alasan yang paling cetek dan tidak munasabah yang mereka gunakan pada hari ini," katanya.

- Sumber: Bernama

Foto pertunangan Adira dan Shahrul gembirakan peminat

Foto pertunangan pasangan ini telah dimuat naik di akaun Instagram Shahrul Nasrun.

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang dicungkil bakat daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Adira, dalam diam sudahpun mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Shahrul Nasrun Kamarudin, 29, sejak tiga bulan lalu.

Majlis yang dilangsungkan pada 22 Disember 2014 di Kundasang, Sabah itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga Adira serta Shahrul.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 24, yang popular melalui lagu Aku Ada Kamu dan Dewi Cinta itu dan pasangannya telah menetapkan tarikh pernikahannya pada September depan.

Foto pertunangan mereka mula dimuat naik di akaun Instagram Shahrul sejak empat hari lalu dan mendapat reaksi gembira daripada peminat yang sama-sama mendoakan kebahagiaan mereka berdua.





Pasangan itu khabarnya mereka bakal bernikah pada hari ulang tahun kelahiran Adira dan majlis resepsi juga dijangka bakal dilangsungkan di Kota Bharu, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Hubungan Adira dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) sebelum ini bukan lagi rahsia berikutan masing-masing pernah mendedahkan tentang keserasian antara mereka, termasuklah tentang keluarga masing-masing yang sudah saling bertemu.

- Sumber: Astro Awani 

Mercedes-Benz CLS 400 now on sale – RM598,888


Would you believe the Mercedes-Benz CLS-Class was launched about a decade ago? The car that started the whole four-door coupe phenomenon is now in its second generation in facelifted form. 

Previewed last week at a Mercedes AMG Petronas F1 driver meet and greet dinner, Mercedes-Benz Malaysia have finally announced the new GST pricing for the car. The new price is RM598,888 which represents a massive RM162k drop from the pre-facelift CLS 350’s RM761k price tag.

The new RM599k price tag puts the CLS 400 closer to the pricing of its German competitor, the RM585k Audi A7. We bet this will catch the attention of many who have been considering grey imported CLS before this since an officially imported and climatised product with four year unlimited mileage warranty is now within reach. This move leaves Munich’s 6-Series GranCoupe alone in the ambitious RM700k-800k price range.


So what’s changed from the outgoing CLS 350? The CLS 400 does lose some equipment but gains some as well. What’s gone is the panoramic roof (replaced with a sunroof) and the Night View Assist infrared camera, but what’s been added on is an AMG Line exterior and interior kit, Steering Assist with Stop&Go Pilot for the Distronic Plus active cruise control, and a Surround View camera system.

The Malaysian-spec car gets the optional Multibeam LED headlamps as standard. Each Multibeam LED headlamp contains a module for the low-beam headlamp, which can be swivelled upwards up to 12 degrees. It can swivel to let you see around bends, allowing the road to be illuminated effectively as soon as possible.

This active light function will also swivel back to the straight-on position before the corner ends, allowing the driver to identify dangers earlier when entering and exiting bends. The anticipatory control allows an additional range of between 30 and 60 metres, depending on the traffic situation.


The outgoing 3.5 litre normally aspirated V6 has been replaced with a 3.0 litre twin-turbo V6 producing 329 hp and 480 Nm of torque, driving the rear wheels via a 7G-Tronic Plus seven-speed gearbox.

The AMG Line kit has sportier bumpers, paired with striking 19-inch wheels wrapped with staggered 255/35 rubber at the front and 285/30 at the rear. Other than the new bumpers, the facelift brings a new diamond radiator grille, and slightly darkened tail lamps with multi-level function. 

If you’ve always wanted a CLS-Class, the new pricing should be very good news for you. It’s also pretty close to the S400 Hybrid’s price tag so if you’re on the wrong end of the long waiting list for that one and tend to want to drive your own car, perhaps you can consider this instead.

- Source: Paultan.org

Dipenjara 7 tahun, 4 sebatan cabul penuntut IPTA

SHAH ALAM - Seorang pemandu bas persiaran dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak dan mencabul kehormatan seorang penuntut sebuah universiti awam, bulan lepas.

Hakim Slamat Yahya memerintahkan Mohd Jais Rosli, 45, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Mac lepas.

Tertuduh merupakan pemandu bas yang diarahkan majikannya untuk membawa dan menghantar penuntut-penuntut di dalam kawasan universiti berkenaan.

Mohd Jais didakwa merompak RM100 milik penuntut jurusan Kejuruteraan Kimia berusia 21 tahun menggunakan senjata iaitu pisau dan sebatang besi di perhentian bas di hadapan Hospital Shah Alam di sini pada pukul 4.20 petang, 26 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebat.

Lelaki itu juga didakwa menggunakan kekerasan untuk mencabul gadis berkenaan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi tuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, selepas menaiki bas dipandu tertuduh, mangsa mendapati tiada penumpang lain di dalam bas melainkan tertuduh.

Lelaki itu kemudian secara tiba-tiba bertindak menutup pintu bas dan mencekik leher mangsa serta menutup mulut dan hidung gadis itu menggunakan tuala lembab berwarna kuning.

Pada masa sama, tertuduh bertindak membuka tudung mangsa dan menyuruh gadis itu membuka bajunya.

Mangsa cuba melawan dan berlari ke arah tempat pemandu serta membunyikan hon untuk meminta pertolongan tetapi tertuduh bertindak mencekik leher mangsa sambil mengacukan pisau dan melilit leher gadis itu menggunakan wayar mikrofon.

Tertuduh kemudian meminta mangsa memberikan sejumlah wang dan gadis itu menyerahkan RM100 tetapi tertuduh meminta wang lebih banyak serta mengugut mangsa supaya memberikan wangnya yang berada dalam akaun.

Ketika kejadian tertuduh sempat meminta maaf kepada mangsa dan berjanji akan memulangkan semula wangnya selain turut menceritakan masalahnya kepada gadis itu melalui beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapp selepas kejadian.

Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia mempunyai empat orang anak, merupakan kesalahan pertama dan telah menyesali perbuatannya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira trauma dialami mangsa yang berada dalam bas seorang diri bersama tertuduh.

"Perbuatan tertuduh seperti acu pisau, besi dan cekik leher mangsa boleh menyebabkan kecederaan parah yang juga boleh mengakibatkan kematian.

"Kejadian itu akan beri kesan bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada penuntut lain memandangkan tertuduh merupakan pemandu yang diamanahkan untuk ambil dan hantar penuntut dalam kawasan universiti, " katanya. 

- Sumber: Bernama

Royal pardon rejected, Anwar disqualified as MP

Anwar who was Permatang Pauh MP is also Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor and Pakatan Rakyat leader. - File pic 

KUALA LUMPUR: The Pardons Board has rejected Datuk Seri Anwar Ibrahim’s petition for royal pardon over his sodomy conviction.

According to senior federal counsel Amarjeet Singh, Anwar also lost his qualification as an MP following the rejection.

Anwar who was Permatang Pauh MP is also Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor and Pakatan Rakyat leader.

It had been reported on Friday, March 27, 2015, that the petition to obtain a royal pardon for Anwar had been ‘disposed’ on March 16 by the Pardons Board.


Amarjeet Singh who delivered the affidavit to court informed that the board had ‘disposed’ the petition. 

The affidavit avowed by the director-general of the legal division of the Prime Minister’s Department has been submitted to the applicants.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s family sought a royal pardon for his sodomy conviction on February 24 .

PKR communications director Fahmi Fadzil said Anwar’s wife, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail and his daughter Nurul Nuha went to the Istana Negara to submit the application, while Nurul Izzah has submitted an official letter to the Parliament to inform of the matter.

Anwar's second daughter, Nurul Nuha, 31, said in a statement that the petition was made 'based on Article 42 of the Federal Constitution'.

- Source: Astro Awani 

Respect decision of Pardons Board on Anwar's petition - Muhyiddin

Anwar has since been disqualified as the Permatang Pauh MP as of March 16, when a petition to have him pardoned of his crimes was rejected.

JASIN: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has advised all quarters to respect the Pardons Board decision rejecting the petition for a royal pardon from Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who is serving a five-year jail sentence for sodomy.

"The decision was made by the Yang di-Pertuan Agong. We have to respect the decision," he told reporters after launching the Malaysian Polytechnic POLYGreen Blueprint at the Merlimau Polytechnic near here.

Senior federal counsel Amarjeet Singh said in Kuala Lumpur today that the Pardons Board rejected the petition at a meeting on March 16, and that Anwar was thus disqualified as an MP. Anwar is the MP for Permatang Pauh in Penang.


He said by virtue of the Pardons Board decision, the High Court dismissed an application by Anwar for leave for a judicial review of the decision of the commissioner-general of prisons prohibiting him from attending
Dewan Rakyat sittings.

Judge Datuk Asmabi Mohamad made the decision in chambers in the presence of Amarjeet Singh and Anwar's lawyer, Latheefa Koya.

On Feb 10, the Federal Court dismissed an appeal by Anwar and upheld the conviction and five-year jail sentence imposed by the Court of Appeal that had overturned a High Court decision acquitting him of having sodomised Mohd Saiful Bukhari Azlan on June 26, 2008.

- Source: Bernama | April 01, 2015

Ketua Pembangkang baharu lepas PRK


KUALA LUMPUR - Keputusan siapa Ketua Pembangkang yang baharu hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, kerusi Parlimen Permatang Pauh akan tetap diberikan kepada PKR.

"Bagi kita setakat hari ini kerusi Permatang Pauh masih belum dikosongkan. Speaker belum lagi umum kekosongan kerusi.

"Jadi, sekiranya kerusi Permatang Pauh diumumkan kosong, sudah tentu konsensus dalam PR ini adalah calon untuk Permatang Pauh akan ditentukan kepimpinan PKR," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Hari ini, Anwar dilaporkan hilang kelayakan di Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan dikatakan menolak permohonan keluarga Anwar.

Menurut Anthony lagi, isu pengganti Ketua Pembangkang masih belum timbul susulan kerusi Permatang Pauh masih belum dikosongkan.

"Kita akan membuat keputusan itu selepas PRK. Saya rasa soal isu Ketua Pembangkang itu belum timbul lagi.

"Kita hanya akan buat keputusan sehingga selepas proses PRK ini...sekiranya ada," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

    Solar Impulse 2 mendarat di China


    PESAWAT Solar Impulse 2 mendarat di China awal pagi ini untuk melengkapkan pusingan kelima misi mengelilingi dunia dengan menggunakan tenaga suria. - Foto REUTERS

    SHANGHAI: Pesawat Solar Impulse 2 mendarat di China awal pagi ini untuk melengkapkan pusingan kelima misi mengelilingi dunia dengan menggunakan tenaga suria.

    Pesawat yang dipandu Bertrand Piccard itu mendarat di Lapangan Terbang Chongqing pada jam 1.35 pagi selepas penerbangan selama 20 jam dari Myanmar.

    Pesawat berkenaan dijadualkan untuk berhenti seketika di bandaraya di barat daya China itu sebelum meneruskan penerbangan ke Nanjing, kira-kira 270 kilometer dari Shanghai, tetapi terpaksa menangguhkannya berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

    Pasukan misi itu kini menjangkakan pesawat berkenaan terpaksa menunggu untuk beberapa hari lagi sebelum menyambung penerbangan ke timur.

    "Kami letih tetapi masih amat gembira untuk berada di Chongqing," kata jurutera misi, Michael Anger di laman web projek berkenaan. "Di China, penerbangan ini amat mencabar, terutama untuk Bertrand ."

    Piccard, seorang daripada dua juruterbang Switzerland yang mengendalikan pesawat tenaga suria itu, mengharungi sejuk melampau sehingga -20 darjah Celsius dalam kokpit dan keadaan penerbangan yang tidak menentu ketika merentasi Yunnan dan Sichuan. 

    - Sumber: AFP melalui BH Online | 31 Mac 2015

    Govt trying to get more than 800 Malaysians out of Yemen

    Yemenis gather near the rubble of houses near Sanaa Airport on March 31, 2015 which were destroyed by an air strike as Saudi-led coalition warplanes hit Shiite Huthi militia targets across Yemen overnight. - AFP Photo/Mohammed Huwais

    KOTA KINABALU: The government is trying to evacuate 879 Malaysian citizens out of Yemen as soon as possible, said Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman.

    He said his ministry and the Malaysian embassy in Sanaa were still discussing with the Yemeni government on the best way to bring them out of the strife-torn country, whether by air or land.

    "At present, the majority of Malaysians (in Yemen) are students and are in four cities. In Sanaa, there are 159 people, Al-Hudayda (45), Aden (75) and Hadramaut (600). We have been able to contact all of them and they are safe.

    "...efforts are still being made to evacuate them from Yemen as soon as possible. We do not know what will happen (in Yemen). So our focus is how to bring our citizens out safely," he said.

    Anifah was speaking to reporters after presenting appointment letters to five Heads of Missions here Tuesday.
    The recipients were Datuk Ramlan Ibrahim who will be the Permanent Representative to the United Nations (UN) in New York, Datuk Zulkifli Adnan (Ambassador to Germany), Datuk Adnan Othman (Ambassador to Austria and Malaysian Permanent Representative to UN in Vienna, Ahmad Rozian Abd Ghani (Ambassador to Kuwait) and Mohamad Nizam Mohamad (Ambassador to North Korea).

    He said out of the 879 Malaysians in Yemen, 264 had already registered with the Malaysian embassy there.

    According to Anifah, National Security Council representaives were already in Saudi Arabia to coordinate and find the best way to bring the Malaysians out of Yemen safely.

    Meanwhile, Anifah advised all Malaysians not to visit Yemen for the time being.

    He also advised Malaysians overseas to register with the Malaysian embassies in the countries where they are and that all Malaysians should know the telephone number of the Malaysian embassy so that they could contact it if necessary.

    - Source: Bernama 

    Jari kaki tertinggal di lokasi nahas

    Lori jenis Isuzu remuk teruk di bahagian kiri akibat nahas terbabit. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang.

    KUALA SELANGOR – Penemuan cebisan jari kaki milik kelindan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 8.4 Lebuhraya Latar menghala ke Kuala Selangor menggemparkan pengguna jalan raya, petang kelmarin.

    Dalam kemalangan kira-kira jam 2.35 petang itu, mangsa, Ahmad Abdul Hafis Satar, 23, bersama seorang lagi kelindan dan pemandu lori jenis Isuzu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Selangor.

    Sumber berkata, lori yang dipandu rakan sekerja mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebuah lori jenis Nissan UD yang berhenti di lorong kiri kecemasan akibat tayar pecah.

    Akibat pelanggaran di bahagian belakang sebelah kanan lori itu, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk akibat tersepit dalam bahagian yang remuk.

    Bagaimanapun, cebisan jari kaki milik mangsa maut yang ditemui orang awam berjaya diserahkan kepada polis di Hospital Tanjong Karang.

    Manakala seorang lagi kelindan cedera parah dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan pemandu lori dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

    Pemandu lori jenis Nissan UD dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berada di luar kenderaan ketika kejadian berlaku.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kemalangan terbabit.

    Kes masih disiasat Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohamad Elme Othman di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan manakala seorang lagi kelindan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

    Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kuala Selangor untuk membantu siasatan.

    - Sumber: Sinar Harian 

    New Zayn Malik demo prompts One Direction row

    One Direction, who have sold over 50 million records worldwide, announced last week that Malik was leaving the band. - File pic

    LONDON: A demo of a new song by former One Direction star Zayn Malik has been posted online, sparking a row between its producer and one of Malik's former bandmates Tuesday.

    "I Won't Mind" features soulful vocals by Malik over a simple acoustic guitar loop and lyrics such as: "We are who we are when no one's watching/And right from the start, you know I got you."

    One Direction, who have sold over 50 million records worldwide, announced last week that Malik was leaving the band but that they would continue as a foursome.

    He said he was quitting because he wanted "to be a normal 22-year-old who is able to relax and have some private time".

    The new song was posted on Twitter by British producer Naughty Boy, who has previously worked with musicians including Emeli Sande.

    But the move drew an angry reaction from One Direction's Louis Tomlinson, who tweeted at Naughty Boy: "Wow @NaughtyBoyMusic you're so inconsiderate pal, seriously how fucking old are you ? Grow up! #masterofallwisdom".

    Tomlinson's words were retweeted 320,000 times. Shortly after, he added: "Always have struggled to bite my tongue".

    Meanwhile, Naughty Boy faced a volley of abuse from One Direction fans for posting the demo but wrote that he would "let the music do the talking". 

    - Source: AFP RELAXNEWS

    'Harry Kane is worth £100m', says Rodney Marsh



    Former England international Rodney Marsh believes Harry Kane is worth £100m.

    The outlandish statement comes just days after the Tottenham striker scored on his senior debut for Roy Hodgson's side against Lithuania.

    Kane had scored 29 goals in all competitions for his club before getting his first England goal on Friday, an amazing feat when you consider he only made his first league start of the season on November 9.

    "I have said it before – I think Kane will leave Tottenham," Marsh told talkSPORT.

    "I could be wrong and he might stay, but it’s my opinion. I reckon he’d be worth £100million, I really do. If I was a chairman of a club I’d pay it."


    EUROSPORT's View: 

    Although Kane's impressive five month form has made him the Premier League's best player, it seems slightly premature to value him above Cristiano Ronaldo and Gareth Bale. If he continues to work hard and put in consistent performances for Tottenham than it will be just a matter of time before a major European club pays big money for him.

    - Source: Eurosport | March 31, 2015

    Proton umum turun harga sehingga 3.25 peratus


    PROTON Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

    Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

    Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan CGT.

    "Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka, tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

    "Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

    Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan GST berkenaan.

    Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

    Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

    Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my.

    - Sumber;  Bernama | 1 April 2015

    Kehilangan besar buat Najib

    Datuk Seri Najib Tun Razak bertanya sesuatu kepada isteri Allahyarham Setiausaha Sulitnya Datuk Mohd Poad Jelani, Datin Hamizah Abdul Khalid (kanan) sebelum menunaikan solat jenazah di Masjid Pangkalan Udara Subang, hari ini.

    SUBANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kepulangan ke Rahmatullah setiausaha sulitnya, Datuk Mohd Po'ad Jelani akibat barah Lymphoma, satu kehilangan besar bagi beliau dan Pejabat Perdana Menteri.

    Najib berkata, sepanjang hayatnya, Allahyarham Mohd Po'ad telah menjalankan tanggungjawabnya dengan begitu dedikasi dan amanah serta mempunyai keperibadian baik.

    "Saya amat sedih dengan pemergian Mohd Po'ad kerana beliau telah bekerja dengan saya sejak tahun 1999 ketika saya Menteri Pendidikan.

    "Saya ambil beliau bekerja dengan saya selepas melihat ciri-ciri kepimpinan yang ada pada beliau sebagai Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid TUDM Subang di sini malam ini.

    Mohd Po'ad, 50, meninggal dunia di Hospital Raffles, Singapura pada jam 9 pagi ini ketika sedang menjalani rawatan barah Lymphoma.

    Najib tiba di masjid berkenaan pada pukul 7.30 malam bagi menziarahi jenazah dan menunaikan solat Maghrib berjemaah disusuli solat jenazah.

    Beliau turut menemui keluarga Allahyarham bagi menzahirkan ucapan takziah kepada mereka.

    Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan warga kerja Pejabat Perdana Menteri.

    Perdana Menteri sebelum ini berada di Sarawak untuk lawatan kerja dua hari.

    Jenazah yang diterbangkan dari Singapura tiba di pangkalan TUDM Subang 6 petang sebelum dimandi, dikafan serta disembahyangkan di masjid berkenaan dan seterusnya dibawa ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang untuk dikebumikan selepas solat Isyak.

    Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Ana Farahah Mohd ketika ditemui pemberita berkata bapa saudaranya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang ketika cuti sekolah baru-baru ini.

    Beliau berkata, Allahyarham kemudian dibawa ke Singapura pada Selasa lepas bagi menjalani rawatan kimoterapi di sana. 

    "Pakcik ialah seorang yang tegas tetapi pemurah dan baik hati serta menjaga kebajikan anak-anak buahnya," katanya.

    Usaha pemberita untuk menemu bual isteri dan anak-anak Allahyarham bagaimanapun gagal.

    Mohd Po'ad yang berasal Kampung Janda Baik, Bentong meninggalkan isteri, Datin Hamizah Abdul Khalid, 48, dan tiga orang anak, iaitu Nabilatasha, 23, Nabila Afiqah, 21, dan Muhamad Irfan Hazim, 16.

    Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Najib di Kementerian Pendidikan pada 1999.

    Mohd Po'ad kemudian menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri pada 1 April 2004 seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri. 

    - Sumber berita & foto: Bernama

    Sambal ubat vokal Cakra Khan

    KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan mendedahkan petua untuk memastikan suara lunak.

    Jejaka berusia 24 tahun itu berkongsi petua bahawa perlu makan sambal sebelum melalui proses rakaman.

    "Saya mengamalkan petua makan sambal sebelum merakamkan lagu bagi memastikan suara lebih sedap.

    "Tidak sangka rupanya Datuk Siti Nurhaliza rupanya turut mengamalkan rahsia yang sama.

    "Kami makan nasi padang sebelum merakamkan lagu duet Seluruh Cinta itu," kata Cakra ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama media di Hotel Istana, di sini.

    Sementara itu, Cakra turut meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan Ed Sheeran kerana begitu meminati penyanyi antarabangsa itu.

    "Saya cuma memberitahu kepada pihak pengurusan untuk berduet dengan Ed Sheeran namun tidak menyimpan harapan terlalu tinggi.

    "Saya turut berkesempatan pergi konsert Ed Sheeran di Singapura baru-baru ini. Antara lagu kegemaran saya adalah I'm A Mess dan Thinking Out Loud," katanya.

    - Sumber: BH Online | 31 Mac 2015

    GST: Toyota, Lexus cars cheaper by up to RM4k or 2%


    Not everything will be more expensive with the new Goods and Services Tax (GST), certainly not cars from Toyota and Lexus. But it’s not as simple as 6% GST replacing the old 10% sales tax for a 4% reduction either, as UMW Toyota Motor (UMWT) is keen to explain. 

    “There will be price reduction up to RM4,000 or 2% for Toyota and Lexus models. UMW Toyota Motor vehicles will pass 100% of the cost savings to the customers upon purchasing any Toyota and Lexus models during the new tax structure’s implementation,” said UMWT president Datuk Ismet Suki.


    A UMWT press statement explained that under the GST regime, there are different implications to businesses in various areas ranging from tax computation, collection, refunds, reconciliation to costing, as compared to the outgoing Sales and Services Tax (SST) system. See the attached chart for a better idea of how GST works, and read our GST feature to learn more. 

    Affirming UMWT’s support for the implementation of the GST, Ismet said the company would be transparent in its business transactions and will strictly adhere to the Price Control and Anti-Profiteering Act 2014. 

    There has been an issue of pre-GST stocks being “double taxed” but UMWT has committed to not transfer increased cost of business to customers, even for pre-GST stocks. Also note that the price reduction in question here exclude insurance, which will now be subject to its own 6% GST.

    - Source: Paultan.org | 1 April 2015

    Ribut petir dijangka berterusan hingga awal pagi Rabu

    KUALA LUMPUR: Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Selat Melaka dijangka berterusan hingga awal pagi esok.

    Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, Selasa, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

    - Sumber: Bernama | 31 Mac 2015

    6ixth Sense imbau nostalgia di HRC


    KUMPULAN 6ixth Sense berjaya mengimbau kembali nostalgia Sense Of Love di Hard Rock Cafe. - Foto NSTP

    KUALA LUMPUR : Kumpulan 6ixth Sense berjaya mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu yang dipopularkan oleh mereka pada persembahan Sense Of Love di Hard Rock Cafe (HRC), di sini.

    6ixth Sense menggabungkan lagu-lagu yang berjaya mempopularkan mereka sepanjang 10 tahun bertapak dalam industri tempatan.

    Antaranya lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka adalah Hari Ini Dan Semalam, Penerang Hati, Sempurnakanku, Tanpa dan Menyesal, Tak Bisa Memilihmu dan Khatimah Cinta.

    6xith Sense turut menyanyikan single terbaru mereka, 7 Kali Malam Minggu yang mendapat sambutan ramai serta menduduki carta radio tempatan.

    Mereka turut mempersembahkan lagu Semanis Cinta yang menjadi runut bunyi bagi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Shaheizy Sam dan Fazura.

    Adi selaku vokalis ternyata berjaya menggegarkan pentas dengan persembahan bertenaga yang diberikannya diiringi oleh Wan (drum), Gjie (bass), Atan (gitar) dan Ayoy (gitar).

    6ixth Sense yang dianggotai oleh lima orang anak muda gabungan Indonesia dan Malaysia turut memperkenalkan dua buah kumpulan anak didik mereka iaitu Cerpen Band dan Sakura Band.

    Kumpulan Sakura dan Cerpen masing-masing menyampaikan tiga buah lagu khas buat kira-kira 500 peminat yang hadir.

    - Sumber: BH Online | 29 Mac 2015

    Sasha dakwa pelawak popular perdaya ramai wanita


    SASHA tampil supaya tiada lagi wanita yang akan terpedaya.

    KUALA LUMPUR: Seorang wanita tampil mendedahkan apa yang didakwanya perilaku sebenar pelawak popular yang dikatakan galak bermain cinta dengan ramai wanita. 

    Hanya mahu dikenali dengan nama Sasha, beliau menegaskan dirinya tampil bagi memastikan tiada lagi perempuan yang terpedaya dengan tipu helah lelaki berkenaan.

    "Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

    "Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara 'video call'.

    "Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Namun saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga," kata Sasha kepada BH Online.

    Sasha menegaskan, beliau jelak dengan perangai pelawak itu yang semakin besar kepala serta berasakan dirinya begitu hebat dan boleh terlepas dengan segala skandal yang dilakukannya.

    Kata Sasha lagi, beliau kesal kerana pelawak itu menggunakan populariti diri untuk berbuat sesuka hati.

    "Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.

    "Tiada pihak yang ingin menjatuhkan diri beliau namun tindak tanduknya yang tidak bertamadun itu yang membuatkan popularitinya merudum.

    "Saya tahu beliau pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. Namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya," katanya.

    - Sumber: BH Online | 30 Mac 2015

    GST: All Proton models now cheaper, by up to 3.25%


    Proton has announced its new car prices following the implementation of the Goods and Services Tax (GST), which comes into effect today. Prices across the automaker’s model range have dropped, with a reduction of up to RM1,475 or 3.25% from pre-GST prices.

    The new on-the road prices includes all models in the Proton line-up, covering the Saga, Persona, Inspira, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S, and Iriz.

    The automaker’s entry-level model, the Saga SV 1.3 MT, is now cheaper by RM803 post-GST, while the RM1,475 reduction mentioned earlier is for the Iriz 1.3 CVT Standard, which has seen its old price of RM45,540 being revised to RM43,975.


    “Consumers can now look forward to not only value-for-money cars but cars with enhanced quality and safety features. For example, consumers can now buy a Proton Saga from as low as RM33,242 or a Preve 1.6L CVT Executive at RM61,023. All these prices have taken into account the 6% GST and are the on- the-road prices,” said Proton CEO Datuk Abdul Harith Abdullah. 

    The above price list isn’t the complete picture –  the table above will be updated at Paultan.org soon to include other variants in the model ranges. 

    - Source: Paultan.org

    GST: Honda Malaysia releases new prices - all CKD models cheaper


    Honda Malaysia has released its full GST price list – all locally-assembled (CKD) models and their variants are cheaper by between RM500 and RM2,500 except for the fully-imported (CBU) Odyssey, which sees an increase of RM1,008 for the EX and RM513 for the EXV.

    The Odyssey is Honda Malaysia’s only CBU model – all other models are assembled in Pegoh, Melaka. The company attributes the differences in price drops to the different features and accessories in each model and variant, and says the price drops are due to savings from the implementation of GST being passed down to the consumer.

    “In the automotive industry, the difference in the car prices is not as straightforward as 10% minus 6% as there are many factors involved. The main difference in the tax calculation is the difference in the taxable base for SST (Sales and Services Tax) and GST,” said Honda Malaysia MD and CEO Yoichiro Ueno.


    “For example, the SST was based on the distributor’s value of the car and is then charged 10% tax excluding dealer margins, transportation costs, handling fee, accessories and other miscellaneous distribution costs while GST is charged based on the final selling price of the car on the road.”

    And it’s not just the cars themselves – Honda Malaysia has also announced that its spare parts will now be cheaper by 3.7% on average, across all models. GST will be added to the labour charge, but the total maintenance cost is estimated to be reduced by 2-4%, depending on the model.

    “We hope that the market will stabilise promptly after the introduction of GST. We will also continue to work closely with our suppliers and dealers, and monitor our finance processes to ensure the correct calculation of the GST in order to avoid under-charging or over-charging of the new GST,” Ueno said.

    - Source: Paultan.org

    2015 Toyota Camry – specs and equipment released


    UMW Toyota Motor has released official specifications of the updated 2015 Toyota Camry, which will be launched on April 2. A new engine, a new hybrid variant and added kit – let’s go through all of them, shall we?

    First up, what’s under the bonnet. As mentioned previously, the Camry gets an all-new engine – a 6AR-FSE 2.0 litre four-cylinder petrol engine with VVT-iW and D-4S direct and port injection. Producing 167 PS at 6,500 rpm and 199 Nm at 4,600 rpm (17 PS and 9 Nm from before), it finally ditches the old four-speed automatic transmission for a six-speed unit with Super-ECT.

    The new mill is capable of running on both Otto and Atkinson cycles, the latter for better efficiency. As such, it achieves a combined ECE-rated fuel consumption figure of 7.3 litres per 100 km, down from 8.3 litres per 100 km previously.

    Bigger news is the availability of a new 2.5 Hybrid model, which mates a 2AR-FXE 2.5 litre VVT-i four-cylinder petrol engine (160 PS at 5,700 rpm and 213 Nm at 4,500 rpm) with a 105 PS/270 Nm electric motor and a nickel-metal hydride battery. Combined, they produce a total system power output of 205 PS and deliver a combined fuel consumption of 5.2 litres per 100 km.

    Two trim levels are available for the 2.0 litre – the base 2.0E and the mid-level 2.0G, doing away with the recent 2.0G X variant. Both models now come with HID projector headlights with LED daytime running lights, dual exhaust outlets, keyless entry and push-button start, but otherwise equipment levels remain the same.

    The 2.0E gets manually-adjustable fabric seats, a basic radio and CD/MP3 player with USB and iPod connectivity, six speakers, dual-zone automatic climate control with rear air vents and an Optitron instrument cluster with a new full-colour multi-info display. Going up to the 2.0G nets you eight-way power-adjustable leather seats, cruise control and security and solar film for the windows.

    Sitting at the top of the range, the 2.5 Hybrid replaces the old 2.5V and comes with automatic LED twin-projector headlights, automatic wipers, an auto-dimming rear-view mirror, a new seven-inch touchscreen navigation system with Bluetooth connectivity and reverse camera, a 10-speaker JBL Green Edge Tech sound system, a Panasonic Nanoe air ioniser and Qi wireless charging. We don’t get the Thai-market car’s power-reclining rear seats and triple-zone climate control, though.

    Last but not least, we come to safety – the 2.5 Hybrid gets the full complement of seven airbags (including one for the driver’s knee), VSC, Hill Start Assist and a Blind Spot Monitor with Rear Cross Traffic Alert (RCTA), but misses out on pre-crash alert, lane departure warning and dynamic radar cruise control, all of which come on cars from across the northern border.

    As before, the 2.0 litre models get two airbags – on par with the Honda Accord but behind the six-airbags-as-standard Nissan Teana. Disappointingly, the base 2.0E soldiers on without VSC, either. On the options list for the 2.0 litre models is an aerokit derived from the Thai-market Extremo variant, a seven-inch touchscreen DVD-AVN system with Bluetooth and a reverse camera, as well as security and solar film for the 2.0E.

    All that remains to complete the puzzle are prices for all variants, which we’ll find out during the launch of the 2015 Toyota Camry in two days time.

    - Source: Paultan.org