Saturday, 3 August 2013

Penumpang panik punca bot karam - Mangsa

Penumpang panik punca bot karam - Mangsa

KOTA TINGGI: Seorang mangsa yang selamat menceritakan bagaimana penumpang bot pancung yang turut dinaikinya menjadi panik setelah bot dipukul ombak, sehinga menyebabkan bot itu karam.

"Kami panik lalu berkumpul di bahagian tepi sebelah bot menyebabkannya tidak seimbang dan terbalik. Bila sudah jatuh ke laut, saya dapat dengar orang dan kanak-kanak menjerit dalam gelap," kata Edey Muliadi, 26, ketika ditemui di Pengkalan Daerah Maritim Tanjung Sedili di sini hari ini.

Pengendali jengkaut di Puchong, Selangor ini berkata sejurus selepas itu, cuaca mulai hujan dan mereka cuba berpaut pada bot yang sudah terbalik itu, namun ia karam selepas beberapa minit kerana tidak dapat menampung berat mereka.

Dia berkata dia bersama tiga lagi mangsa yang selamat kemudiannya berenang dan berpaut pada dua bekas minyak petrol dari bot itu yang terapung.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, sebuh bot pancung yang dipercayai membawa 44 warga Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di Batam, karam antara perairan Sedili dan Penawar di sini akibat dipukul ombak besar.

Mereka sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang.

Meskipun melecur pada dada, perut dan tangan kerana terkena tumpahan minyak petrol panas bot, Edey berkata dia tetap berpaut pada bekas petrol itu sebelum ditemui nelayan tempatan 15 jam kemudian.

"Sesekali semasa terapung itu, saya alami luka dan sakit digigit ikan-ikan kecil. Tetapi demi keluarga di Surabaya, saya bertahan untuk terus hidup," katanya.

Mohamad Saiful Bahari Nur, 34, berkata dia membayar tambang perjalanan sebanyak RM1,300 untuk pulang ke kampungnya di Lombok menerusi Batam.

"Kami berjalan di dalam gelap dan air yang sejuk selama 15 minit dari pantai untuk menuju ke bot yang menunggu di laut," katanya yang mendapat tahu mengenai perkhidmatan bot itu daripada seorang kawannya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu di sebuah ladang di Taiping, Perak berkata inilah kali pertama dalam masa 13 tahun, dia balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri selepas berjanji dengan keluarganya untuk pulang.

"Saya hanya mahu jumpa ibu saya yang menjaga anak-anak saya selepas isteri saya meninggal dunia dua tahun lalu," katanya.

Dua lagi mangsa yang selamat ialah Mustafa Ali, 31, dan Tajul Abdullah, 34.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan saki baki mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini melibat dua buah kapal, empat buah bot laju dan dua unit udara melibatkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

- BERNAMA

Dakwaan hanya 19% pelajar Cina cemerlang ditawarkan ke IPTA tidak benar

Dakwaan hanya 19% pelajar Cina cemerlang ditawarkan ke IPTA tidak benar

KUALA LUMPUR:  Dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong kononnya hanya 19 peratus pelajar Cina yang mencatat Purata Penilaian Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 mendapat tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), adalah tidak benar.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan seramai 3,584 pelajar telah mendapat PNGK 4.0 dengan 47 peratus daripada jumlah itu adalah pelajar Bumiputera, 35 peratus pelajar Cina, 10 peratus pelajar India dan tujuh peratus lain-lain.

"Dari jumlah keseluruhan, 3,545 pelajar telah ditawarkan ke IPTA. Ini jelas menunjukkan 99 peratus pelajar yang mendapat PNGK 4.0 telah mendapat tawaran IPTA dan hanya 39 pelajar atau satu peratus yang tidak mendapat tawaran," menurutnya.

Menurut kenyataan itu, kegagalan satu peratus itu adalah disebabkan faktor antaranya, tidak memenuhi syarat khusus program, unjuran tempat telah penuh terutamanya program kritikal, pelajar berada pada merit rendah dan pelajar membuat pernyataan 'TIDAK' sekiranya ditawarkan program selain yang dipohon.

Kementerian itu turut menafikan dakwaan Wee kononnya sistem meritokrasi yang diperkenalkan pada 2002 menggantikan sistem kuota adalah satu bentuk sistem kuota lebih buruk membawa kepada kemerosotan kemasukan pelajar bukan Melayu secara umum.

Menurut kenyataan itu, pengambilan pelajar berdasarkan meritokrasi adalah telus dan profesional dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum sebagai satu langkah menghasilkan graduan yang holistik.

"Mengikut prinsip meritokrasi, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, bangsa, keturunan, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal tidak akan dinafikan peluang mengikuti pengajian di IPTA," katanya.

Kementerian itu berkata pengambilan pelajar ke IPTA juga ada yang dilaksanakan menerusi proses temuduga, selain beberapa IPTA berstatus Universiti Penyelidikan yang diberi autonomi dalam pengurusan kemasukan pelajar.

Justeru, kementerian berharap 39 pelajar dengan PNGK 4.0 yang gagal mendapat tawaran IPTA, dapat membuat rayuan dengan kadar segera.

"Kementerian Pendidikan amat prihatin dengan masalah mereka, oleh itu kesemua 39 pelajar itu akan diberi keutamaan memasuki IPTA jika ada kekosongan selaras keputusan Jemaah Menteri," menurutnya. - BERNAMA 

Wenger enggan ulas mengenai Suarez



LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan mengulas lanjut mengenai pemain Liverpool, Luis Suarez yang menjadi sasaran kelab London itu.

Ujar Wenger lagi segala perbincangan membabitkan kedua-dua kelab adalah sulit dan tidak perlu didedahkan.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

Lelaki cedera akibat mercun di Pasir Mas



KOTA BHARU :  Gara-gara cuba menyalakan sumbu mercun bola, seorang duda berusia 55 tahun cedera di bahagian dada serta pergelangan tangan kirinya.

Mercun itu yang ditemuinya di tepi jalan meletup sejurus dinyalakan.

Klick video untuk mengetahui lebih lanjut.

Infografik: 10 tips elak kecurian identiti sempena Aidilfitri

Astro Awani berkongsi dengan pembaca mengenai tips mengelak kecurian identiti sempena Aidilfitri. Tips ini sebenarnya berguna bila-bila masa dan di mana sahaja:

tips raya


Astro Awani. Ogos 03, 2013

Empat lagi mangsa bot karam Tanjung Siang ditemui selamat

Empat lagi mangsa bot karam Tanjung Siang ditemui selamat

JOHOR BAHARU:  Empat lagi penumpang bot pancung yang karam malam tadi di antara perairan Sedeli dan Penawar berhampiran Tanjung Siang, Kota Tinggi, berjaya diselamatkan setakat tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rashid berkata empat mangsa itu ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menjadikan jumlah mangsa yang ditemui selamat seramai lapan orang.

Sebelum ini, empat mangsa berjaya ditemui oleh nelayan tempatan dan APMM pada kirakira pukul 4 petang tadi dan malam ini empat lagi mangsa yang terselamat ditemui, katanya ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun katanya operasi mencari dan menyelamat yang disertai oleh APMM, Jabatan Laut dan pasukan Polis Marin telah dihentikan dan akan bersambung pukul 8 pagi esok.

Pada masa sama, katanya, beliau telah mengarahkan semua balai polis berhampiran dengan pantai supaya menugaskan anggota untuk memantau pantai berhampiran kawasan mereka.

Dalam kejadian yang berlaku lewat malam semalam, sebuah bot pancung yang dipercayai membawa seramai 40 pendatang tanpa izin warga Indonesia ke Batam untuk menyambut Aidilfitri karam setelah dipukul ombak besar.

Mereka sebelum itu dipercayai telah berlepas dari Tanjung Siang lewat petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika cuaca ribut dan tragedi malang itu hanya disedari kira-kira 4 petang tadi apabila sekumpulan nelayan menemui tiga mangsa berpaut pada tong plastik.

Seorang lagi ditemui oleh bot peronda APMM yang melakukan rondaan rutin di kawasan itu.

Hasrat pulang beraya di kampung halaman untuk 40 pendatang tanpa izin warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila 36 daripada mereka dikhuatiri lemas manakala empat diselamatkan apabila bot pancung dinaiki karam di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi, malam semalam.

Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 4 petang tadi apabila sekumpulan nelayan tempatan menemui tiga daripada mangsa berpaut pada tong plastik sebelum mereka diselamatkan.

Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan rondaan harian di kawasan 13.55 batu nautika dari perairan Tanjung Siang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata sehingga kira-kira jam 10 malam tadi gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pasukan Polis Marin dan APMM.

"Berdasarkan maklumat awal, kejadian hanya disedari petang tadi dan bot itu dinaiki oleh kira-kira 40 pendatang tanpa izin dengan empat daripada mereka berjaya diselamatkan.

"Mereka difahamkan dalam perjalanan pulang ke Batam untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Bot pancung berkenaan sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang lewat petang semalam sebelum ia karam akibat dipukul ombak kuat tengah malam semalam.
- BERNAMA 

Tema Hari Kemerdekaan 2013 - Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' tema Merdeka 56

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri telah memilih tema ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.

Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara.

Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Menurut jurucakap Kementerian Komunikasi dan Multimedia, satu pertandingan logo kemerdekaan turut diadakan selama 10 hari dan dibuka kepada rakyat Malaysia sempena pemilihan tema ini dan ianya telah dimenangi oleh Noor Hishammudin Omar.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos di Sungai Petani, Kedah, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos di Pusat Maritim Putrajaya dan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos.

Selain itu, sempena Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia, Sabah dan Sarawak turut akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini seperti Acara Bot Berhias pada 15 September di tebingan Sungai Sarawak dan acara sambutan pada 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dimana ia dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.

Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah turut akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu dimana ianya akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum dan etnik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusiwww.malaysiamerdeka.gov.my.


- Astro Awani

Video: Empat pegawai Jakim Sarawak maut dalam kemalangan


SRI AMAN: Seorang penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak maut bersama tiga orang lagi pegawai jabatan berkenaan dalam satu kemalangan jalan raya berdekatan Sri Aman, kira-kira 200km dari sini pada Khamis.

Ibrahim Hailee, 35, meninggal dunia di tempat kejadian setelah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak di Km 48, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira-kira pukul 3.30 petang, kata Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamed.

Menurutnya, turut meninggal di tempat kejadian ialah Harliani Hanani, 29, Halimah Hamrie, 30, dan Qurraty Aini Rolfandy, 23.

Dua orang penumpang lain dalam kenderaan itu cedera dengan salah seorang daripada mereka parah dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, katanya.

Pemandu lori balak berusia 44 tahun itu kini sedang disoal siasat oleh polis, katanya.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jakim Sarawak, Muhammad Nizamuddin Amiruddin berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalanan menuju Sri Aman untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama saudara baharu di Masjid Betong.

Malam semalam, tiga daripada mangsa dilapor turut berbuka puasa di majlis anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak bersama petugas media di atas Kapal Maritim Bijak. Majlis itu diserikan dengan tazkirah, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan diketuai oleh Ibrahim.

Bekas pengarah, CEO mengaku tidak bersalah gelapkan RM30 juta

Bekas pengarah, CEO mengaku tidak bersalah gelapkan RM30 juta

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah dan ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah.

Tertuduh, Datuk Sarchu Sawal dan Datuk Tan Han Kook yang mengendalikan syarikat usahasama Felda, KPF Quality Sdn Bhd dituduh melakukan penyelewengan membabitkan lebih RM30 juta.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur antara Ogos 2011 dan Februari 2012.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan ikat jamin sebanyak RM2 juta kepada tertuduh pertama, dan RM1 juta kepada tertuduh kedua dengan dokumen perjalanan masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan kedua-dua kes itu semula pada 13 September.

Timbalan pendakwa raya Azlin Sabtu sebelum itu memohon kedua tertuduh diikat jamin dengan RM2 juta setiap seorang kerana didakwa atas tuduhan berat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, kedua mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sarchu merupakan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan dituduh melakukan pecah amanah RM16.9 juta, manakala Tan, RM13.1 juta.

Pada Disember lalu, Tan yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan didakwa atas tuduhan menipu pegawai bank dengan menggunakan dokumen palsu bagi menuntut kemudahan sama membabitkan RM67 juta.

-Astro Awani

Cameron to release three 'Avatar' sequels

Cameron to release three 'Avatar' sequels

LOS ANGELES: Canadian director James Cameron is making three sequels to his film "Avatar," which will be released between 2016 and 2018, Fox Studios announced Thursday.

The 2009 film is the highest-grossing movie on record, having netted $2.8 billion(RM9.1 billion) at the box office worldwide.

Cameron had originally planned for only two sequels.

"In writing the new films, I've come to realize that 'Avatar's' world, story and characters have become even richer than I anticipated, and it became apparent that two films would not be enough to capture everything I wanted to put on screen," Cameron said in a statement.

The movie featured Sigourney Weaver, Sam Worthington and Zoe Saldana and told the story of a paraplegic soldier sent to the fictitious planet of Pandora, which is coveted for its natural resources.

The three sequels will be filmed simultaneously beginning in 2014, Fox said in a statement. They will be released in December of 2016, 2017 and 2018, respectively.

Cameron, who wrote "Titanic" and "Avatar" by himself, has taken on four screenwriters for the project.

Josh Friedman ("War of the World"), Rick Jaffa and Amanda Silver ("Dawn of the Planet of the Apes") and Shane Salerno ("Armageddon" and "Savages") will work on the sequels.

"We at the studio have no higher priority, and can feel no greater joy, than enabling Jim to continue and expand his vision of the world of 'Avatar,'" said Fox Film chief Jim Gianopulos in a statement.

According to trade magazine Variety, the budget for the three films could reach $1 billion (RM3.2 bilion).- AFP RELAXNEWS