Wednesday, 25 June 2014

DUN Kelantan lulus pindaan enakmen sekat kembangkan agama bukan Islam

Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya atau boleh disebat.


KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 2014 bagi membolehkan anggota polis dan timbalan pendakwa raya membantu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mencadangkan pindaan itu berkata menerusi pindaan berkenaan, undang-undang itu diseragamkan dengan negeri-negeri lain.

Mohd Nassuruddin ketika ditemui berkata, sebelum ini tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Di bawah enakmen diluluskan pada 1981 itu, mana-mana pihak yang memujuk atau menghasut orang lain yang beragama Islam menganut agama lain atau cenderung kepada agama itu hingga meninggalkan agama Islam atau tidak menyukai agama Islam boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya atau boleh disebat.

Persidangan DUN ditangguh hari ini dan akan bersambung pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian. - BERNAMA 

Panda gergasi kembalikan kegemilangan Zoo Negara

Kehadiran panda gergasi di Malaysia dijangka dapat mengembalikan 'zaman kegemilangan' Zoo Negara susulan penurunan jumlah kehadiran pengunjung sejak enam tahun lepas.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Zaharin Md Arif berkata orang ramai kini dilihat semakin menunjukkan minat untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mengetahui kehadiran pasangan panda gergasi itu.

Sejak 2008, kehadiran tahunan pengunjung tempatan mencatatkan penurunan antara 30,000 ke 40,000 setiap tahun daripada purata 740,000 pengunjung.

"Bagaimanapun, pengunjung tempatan mula kembali termasuk untuk melihat pembinaan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan diharapkan trend ini akan terus meningkat apabila ia dibuka 28 Jun ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Pusat Konservasi Panda Gergasi dan Sambutan Ulang Tahun Zoo Negara ke-50 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zaharin berkata kedua-dua panda gergasi itu semakin 'selesa' di 'rumah baharu' mereka dan berat badan haiwan itu dilihat bertambah sejak tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu.

Beliau turut memberitahu harga tiket untuk menyaksikan panda gergasi itu adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Pada majlis perasmian itu, Najib mengumumkan 'identiti tempatan' untuk pasangan panda itu dengan memberikan nama Xing Xing yang bermaksud makmur bagi panda jantan dan Liang Liang (cantik) kepada panda betina.

Nama-nama itu dipilih berdasarkan 'Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda' anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.

Sementara itu, guru, Soon Choon Yen, 54, yang mencadangkan nama Liang Liang kepada panda betina memberitahu beliau telah lama meminati rupa panda yang bulat berwarna putih dengan 'lingkaran hitam' pada mata.

"Perkataan cantik sentiasa bermain di fikiran setiap kali melihat panda. Lebih menarik, Liang Liang juga berbunyi seakan-akan 'riang' dalam Bahasa Melayu, dan saya rasa ia adalah nama yang paling sesuai untuk panda itu," katanya.

Soon, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menewaskan lebih 2,000 peserta lain yang diterima dalam pertandingan untuk menamakan panda gergasi itu.

Sementara itu, nama Xiang Xiang dicadangkan pelajar Chia Chee Nee, 22, dari Sandakan yang tidak dapat hadir ke majlis itu kerana sedang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Idea kreatif mereka menamakan kedua-dua panda itu membolehkan Soon dan Chia dinobatkan sebagai pemenang pertandingan sekali gus membawa pulang sebuah kereta
Proton Preve setiap seorang. - Bernama


Justin Bieber terlibat dalam kemalangan di Beverly Hills

Kejadian berlaku di hadapan restoran Mastros Steak House. Gambar: dailymail.co.uk


Penyanyi terkenal Justin Bieber terlibat dalam satu kemalangan di Beverly Hills, California.

Sebuah kenderaan jenis BMW SUV berlanggar dengan kereta milik Justin jenis Cadillac Escalade berwarna hitam di pintu bahagian penumpang di sebelah kanan. 

“Justin merupakan seorang penumpang, dan bukan pemandu, dan beliau tidak cedera. Beliau dalam keadaan baik,” kata satu sumber kepada portal berita Mail Online.

Justin dilihat keluar dari kenderaan semula sebelum memasuki balik kenderaan itu sambil diiringi seorang pengawal keselamatan dan seorang sahabat.

Kejadian berkenaan mendapat perhatian orang ramail yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar dan video Justin. Ini kerana lokasi kejadian berhampiran beberapa kafe.

Kejadian berlaku di hadapan Mastro’s Steak House, lokasi yang sama di mana Justin dan Selena Gomez makan malam bersama pada 20 Jun, mencetuskan spekulasi bahawa mereka kembali sebagai pasangan kekasih.

- ASTRO Awani 

Xing Xing, Liang Liang nama tempatan panda gergasi

Panda betina, Liang-Liang, makan ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Panda Zoo Negara, di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Xing Xing, yang bermaksud makmur, dan Liang Liang yang bermakna cantik, sebagai nama tempatan bagi panda gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh China.

Perdana Menteri berkata nama-nama itu dipilih berdasarkan 'Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda' anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.

"Kita tahu pasangan panda gergasi ini ada nama China tapi kita cadang memberi nama Malaysia terutama bila mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang dekat sini, hari ini.

"Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia," seloroh Najib.

Menurutnya pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.

Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Kedua-dua haiwan yang masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.

Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China, dan ia merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.

"Saya difahamkan sehingga kini China telah menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China tiba di negara ini pada 21 Mei lepas dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Kedua-dua haiwan itu yang berusia tujuh tahun, dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.

Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China selain ia merupakan penghormatan buat Malaysia dan mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.

"Saya difahamkan sehingga kini China menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 negara sahaja. Justeru itu, sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata ia adalah wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah US$200 juta pada 1974, telah meningkat kepada lebih US$106 bilion tahun lepas.

Beliau berkata pembinaan pusat itu juga berupaya menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini terutama ke lokasi tarikan pelancong seperti Zoo Negara.

"Bukan semua perbelanjaan RM25 juta itu dikeluarkan oleh kerajaan tetapi sebaliknya hanya RM10 juta dikeluarkan kerajaan manakala RM15 juta lagi dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd," jelas Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib berkata pusat konservasi panda gergasi itu akan mula dibuka kepada orang awam pada 28 Jun ini dan beberapa golongan berpeluang melihat pasangan panda itu secara percuma.

"Kanak-kanak, anak yatim dari rumah kebajikan, warga emas dan golongan orang kurang upaya akan diberi masuk secara percuma ke pusat itu selama 30 hari," katanya.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudian melawat pusat konservasi itu dan menandatangi plak perasmian sebelum memberi makan kepada pasangan panda gergasi itu. - Bernama

Suarez faces lengthy ban as as FIFA opens probe



FIFA has opened disciplinary proceedings against Uruguay forward Luis Suarez after Italy defender Giorgio Chiellini accused him of biting during the South Americans' 1-0 Group D victory at the World Cup.

The probe means Suarez, twice previously banned for biting, may be hit with another lengthy suspension despite escaping punishment during the match.

"FIFA can confirm that disciplinary proceedings have been opened against the player Luis Suarez of Uruguay," the world football body said in a statement.

FIFA said Suarez and the Uruguayan FA had until 5 p.m. Brasilia time (2100 UK time) on Wednesday to "provide their position and any documentary evidence they deem relevant".

FIFA is probing what it called an apparent breach of two articles of the organisation's disciplinary code. One covers infringements and the other offensive behaviour and fair play.

Suarez and Chiellini clashed in the Italian penalty area 10 minutes from the end of the match which sealed Uruguay's progression and Italy's elimination from the tournament.

Chiellini furiously pulled open his shirt to show the mark to the referee.

Reuters photographs show what appeared to be bite marks on his shoulder and pictures also showed Suarez sitting on the ground holding his teeth immediately after the incident.




The Italians were still complaining about it when Uruguay's Diego Godin scored with an 81st-minute header to secure the win.

"It was ridiculous not to send Suarez off," Chiellini told Rai TV. "It is clear, clear-cut and then there was the obvious dive afterwards because he knew very well that he did something that he shouldn't have done."

Suarez contested that version of events, however.

"Those are situations that happen on the pitch. We were both just there inside the area. He shoved me with his shoulder, and my eye got left like that also," he said in reference to Chiellini's mark.

--Eurosport 

Two-year ban? Era-defining bite deserves era-defining response




Luis Suarez wrote a dark new chapter in World Cup history by biting Italy's Giorgio Chiellini during the match against Uruguay on Tuesday - and his disgrace will almost certainly land him the longest ban in World Cup history.


WHAT HAPPENED

Suarez clashed with Chiellini with just over 10 minutes to go at the end of the final Group D clash, in which the winning team was assured of a spot in the last 16.

It was clear immediately that this was more than a normal clash in the box between fierce rivals: Chiellini ran to the referee to show him bite marks on his shoulder, and video replays clearly showed the Uruguayan superstar sinking his teeth into the defender's shoulder.

FIFA are investigating the incident - and Suarez, twice previously banned for biting, looks set to be hit with another lengthy suspension despite escaping punishment during the match.

World Cup rules allow the use of video or "any other evidence" to retrospectively punish players, so there is no question that the 27-year-old is facing a long spell out of the game.


HOW LONG CAN HE BE BANNED FOR?

FIFA's disciplinary code allows for a maximum ban of 24 matches or two years - and they do have the power to impose the sanction on all football, worldwide. The longest suspension FIFA has ever imposed for an offence at a World Cup was eight games for Italy's Mauro Tassotti, who broke the nose of Spain's Luis Enrique with an elbow to the face during the 1994 World Cup.

The Liverpool striker's history of biting means that his ban will certainly be longer than Tassotti's. Suarez was banned for 10 games last year after biting Chelsea's Branislav Ivanovic in a Premier League match and in 2010 he was suspended for seven games for a similar offence against PSV Eindhoven's Otman Bakkal while playing for Ajax in 2010.




It is also not the first time that he has flouted the rules at the World Cup: four years ago he missed Uruguay's World Cup semi-final against Netherlands after being sent off for a deliberate handball on the line that denied Ghana what would have been a match-winning goal in the final minute of extra time.


The defining moment of the World Cup

Suarez was already assured of a permanent spot in the World Cup hall of shame for his handball against Ghana four years ago; but his latest crime against football has gone far beyond that. What the 'Cannibal of Ajax' did in Natal on Tuesday will become the defining image of the World Cup, just as Harald Schumacher's sickening challenge on Patrick Battiston did in 1982.

Source: Eurosport 

Hisham tebus maruah, legasi yang akan dikenang selamanya

Karisma Hisham di pentas dunia sewaktu mengemudi krisis MH370 dipandang tinggi


KUALA LUMPUR: Perubahan kabinet terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan berakhirnya peranan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pemangku Menteri Pengangkutan.

Walaupun sekadar memangku, popularitinya melonjak ke tahap tertinggi setelah berjaya menguruskan tragedi MH370 dengan baik dan kesempatan itu telah dipergunakan dengan cemerlang.

Pemerhati melihat, kemampuan beliau menangani insiden yang dianggap misteri dalam sejarah penerbangan antarabangsa itu telah berupaya mengembalikan kepercayaan awam terhadap keupayaan kepimpinan Hishammuddin yang sebelum ini dikritik dalam menangani isu pencerobohan penganas Sulu pada 2013.

Bagi Dr. Jeneri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, krisis MH370 berupaya menjadikan Hishammuddin sebagai pemimpin lebih matang, sekaligus memperbetulkan tanggapan ramai terhadap kelemahannya dalam menguruskan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Berdasarkan tindakan, kenyataan dan bagaimana perwatakan beliau, beliau boleh diberi markah cemerlang, ” jelas Jeneri.

“Ia (MH370) menjadi penanda aras tertinggi dalam menangani krisis.” 

Begitupun, Dr Jeneri menyatakan krisis MH370 lain sifatnya berbanding krisis pencerobohan Lahad Datu, kerana krisis MH370 melibatkan kemampuan komunikasi dan berdepan media global.

Walaupun sebelum krisis MH370, Hishammuddin sudah pun memperoleh beberapa kriteria yang membolehkan beliau diangkat ke jawatan utama dalam kerajaan.

Pada pemilihan UMNO 2013, Hishammuddin berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden walaupun hanya mendapat undian ketiga antara calon-calon lain.

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang cukup kukuh, terutamanya dari pengundi berbangsa Melayu.

Pada lapisan lain pula, kedudukan Hishammuddin sebagai cucu pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar dan anak kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn, meletakkan beliau di tempat yang lebih istimewa terutama daripada kalangan ahli parti.

Begitupun, Hishammudin pernah menyaksikan tempoh-tempoh sukarnya semasa berada di dalam kabinet.

Selain didakwa lemah menangani krisis pencerobohan Lahad Datu, beliau juga menerima kritikan orang bukan Melayu apabila menjulang keris semasa persidangan UMNO pada 2005.

Begitupun, Hishammuddin dilihat kembali menyerlah setelah berupaya menguruskan tragedi MH370 yang disaksikan seluruh dunia, lantas menjadikan beliau salah seorang calon yang layak mengisi jawatan perdana menteri, terutamanya oleh pemerhati luar.

Pernah bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Hishammuddin seterusnya menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang Di University Of Wales, dan kemudiannya ke London School Of Economics pada 1988.

Selepas menamatkan pengajian, beliau menyertai firma Skrine & Co dan seterusnya menjadi rakan kongsi di firma Lee Hishammuddin.

Hishammuddin menjadi ahli kabinet sejak 15 tahun lalu.

Astro Awani 

Kerajaan kaji kaedah terbaik beri BR1M - Ahmad Maslan

Kerajaan kaji kaedah terbaik beri BR1M

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan yang berhak menerimanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata ini termasuk cadangan pemberian BR1M secara kupon makanan.

Beliau berkata selain itu, kerajaan turut sedang membuat penambahbaikan ke atas pelaksanaan pemberian BR1M agar agihan bantuan dapat disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak sahaja dengan lebih efisien ke arah peralihan subsidi bersasar.

“Sebarang penambahbaikan penggagihan BR1M akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2015,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Ahmad Maslan berkata jumlah kelulusan bagi BR1M 2014 adalah seramai 6.8 juta penerima dengan peruntukkan sebanyak RM3.6 bilion.

Penerima yang berjaya merangkumi 4.5 juta penerima isi rumah dan 2.3 juta penerima bujang.

“Jumlah ini dijangka meningkat memandangkan permohonan rayuan baru sahaja ditutup pada 31 Mei 2014 dan masih terdapat permohonan yang sedang di proses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Dari segi penunaian pula, sehingga 31 Mei, sebanyak 6.4 juta penerima atau 94 peratus telah menunaikan BR1M,” katanya.

Beliau berkata Selangor merupakan negeri penerima tertinggi BR1M dengan peruntukan sebanyak RM470 juta yang melibatkan seramai 925,000 orang atau 13.8 peratus daripada jumlah penerima di seluruh negara.

Sementara itu, beliau berkata Johor merupakan negeri penerima BR1M kedua tertinggi dan Sarawak adalah negeri penerima BR1M yang ketiga tertinggi.

“Johor menerima peruntukan sebanyak RM413 juta manakala Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM350 juta.”

Astro Awani 

Gaji ibu Firdaus RM1,500

Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.
Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.

TIDAK tahu di mana silapnya, namun penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai Sabtu lalu membuatkan banyak hati tersentuh.

Malah ada menyalahkan pihak tertentu kerana didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib golongan OKU sehingga dibiar hidup dalam derita.

Menurut sumber, ibu Firdaus, Lolanopita, 40, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Bajau dari negeri sama iaitu Dullah Sibil, 53, pada tahun 1995.

Merantau jauh ke Semenanjung dan meneruskan kehidupan sebagai suami isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata istimewa iaitu Firdaus, tetapi jodoh mereka tidak panjang.

Selepas berpisah sejak 14 tahun lalu, difahamkan Dullah meninggal dunia pada 22 Januari 2012.

Berdasarkan sumber, Lolanopita kemudian berkahwin dengan lelaki yang kini berusia 46, di Thailand pada 2006 tetapi kes pendaftaran perkahwinan di Malaysia belum selesai. Difahamkan Lola isteri kedua.

Mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Meneruskan kelangsungan hidup, Lola bekerja di Brahim’s Airline Catering sebagai pekerja penyajian sejak 10 tahun lalu dengan anggaran pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 termasuk elaun.

Ia dianggap cukup untuk menyara dua anaknya.

Namun berdasarkan kenyataan Lola sebelum ini, dia seolah-olah tertekan dengan kesempitan hidup dan kecewa apabila ramai menuduhnya tidak tahu jaga anak.

Dia juga dakwa tidak pernah mendaftar anaknya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya kerana bekerja.

Mujur remaja ini ditemui Jabatan Imigresen yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin, jika tidak, mungkin Firdaus masih terkurung di situ.

Majikan terkejut

Sementara itu, Syarikat Brahim Airline Catering Sdn Bhd yang juga majikan Lola, tidak mempunyai maklumat mengenai ibu mangsa yang mempunyai seorang anak OKU.

Pengurus Kanan Modal Insan, Ahmad Reza Kamaruddin mengesahkan ibu mangsa tidak membuat pengisytiharan kepada Jabatan Sumber Manusia syarikat berhubung perkara itu.

“Memang ibu mangsa pekerja syarikat kami. Namun syarikat tidak mempunyai maklumat sehinggalah keluar di media.

“Selepas kes meledak di media, pemeriksaan rekod di Jabatan Sumber Manusia mendapati wanita berkenaan tidak membuat pengisytiharan mengenai anaknya berstatus OKU walaupun ada mendaftar nama Firdaus dalam rekod syarikat,”katanya.

Katanya, jika syarikat tahu seseorang pekerja mereka ada kesukaran hidup atau masalah berhubung anak-anak, pihaknya akan membantu kerana syarikat sememangnya mempunyai unit khas menjaga kebajikan pekerja sedemikian.

“Ini adalah polisi syarikat kami. Jika kami tahu wanita itu kesusahan seperti yang didakwa, syarikat akan beri bantuan kepada mereka anak beranak,” katanya. 

Beliau mengesahkan Lolanopita Sadi bekerja sebagai pekerja penyajian di bahagian pastri di syarikat katering yang beroperasi di Sepang. Dia bekerja selama 10 tahun.

Namun pihak syarikat tidak pernah menerima apa apa maklumat tentang kesempitan hidupnya kerana tidak pernah diceritakan kepada Ketua Jabatannya, kesatuan yang dianggotainya mahupun Jabatan Sumber Manusia.

“Kami terperanjat apabila berita ini gempar di dalam media.

“Dia bekerja di bahagian pengeluaran. Kami adalah syarikat pengeluar makanan. Kami boleh mempertimbangkan untuk memberi segala bantuan yang perlu bagi memastikan pekerja yang menghadapi masalah sedemikian dibantu. Bahkan semua pekerja disediakan makanan percuma setiap hari,” tegasnya.

- Sinar Harian 

New Microsoft-Nokia smartphone is ... Android


Microsoft said the Nokia X2, an updated version of a handset unveiled this year before the takeover was completed -Astro AWANI



WASHINGTON: Microsoft rolled out its first new Nokia smartphone since acquiring the Finnish group's handset division -- using the Android operating system from arch-rival Google on Tuesday.

Microsoft said the Nokia X2, an updated version of a handset unveiled this year before the takeover was completed, was "designed to introduce the 'next billion' people to the mobile Internet and cloud services."

The device will be sold worldwide as a dual-SIM phone at a price of US$135 (approximately RM434), Microsoft said in a statement.

While Microsoft has been struggling to get a foothold in the smartphone market with its Windows Phone operating system, the X2 "provides access to a world of Android apps and popular Microsoft services," the statement said.

Even though it uses the rival Android platform the X2 offers "a gateway to Microsoft services," including the Skype messaging program and OneDrive cloud storage.

The initial Nokia X was unveiled at the Mobile World Congress in Barcelona in February, before Microsoft completed its takeover of Nokia's handset division in April.

The new version cuts the price of a phone which has had success in some countries.

"The Nokia X family is going from strength to strength, with the Nokia X smartphone achieving top-selling status in Pakistan, Russia, Kenya and Nigeria, while earning the third-best-selling smartphone spot in India," said Timo Toikkanen, head of mobile phones for the Microsoft Devices Group.

"The Nokia X2 elevates the Nokia X experience with a stellar new design, ease of use and new Microsoft experiences. We're proud to continue to bring smartphone innovation to lower and lower price points."

With the Nokia X unveiled in February, Android applications work, but users cannot access Google's services, notably its applications store, Google Play.

Tuesday's statement said users would have access to the Nokia Store as "the place for finding the highest-quality Android apps" for the device.

Windows Phone has managed to get only around 3.5 percent of the global smartphone market, while Android has more than 80 percent, according to recent figures from research firm IDC.
- AFP 

Hidup mewah bawa padah

Pasangan ini membeli rumah agam bernilai RM2.7 juta.
Pasangan ini membeli rumah agam bernilai RM2.7 juta.

GARA - gara terlalu taksub mengumpul koleksi barangan sains fiksyen, sepasang suami isteri di Britain menerima padah selepas mereka dihukum penjara kerana mencuri 2.3 juta pound (RM13 juta) dari sebuah syarikat.

Julie Nikerson, 55, dari West Yorkshire dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan kerana melakukan pengubahan wang haram dan penipuan ketika bekerja di jabatan kewangan di sebuah syarikat dobi sejak 2005.

Wanita tersebut didakwa menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah rumah agam bernilai 500,000 pound (RM2.7 juta), perbelanjaan bercuti berjumlah 200,000 pound (RM1.1 juta) termasuk membeli kostum Star Trek berharga 16,000 pound (RM88,000).

Pasangan tertuduh, Anthony, 48, pula dihukum penjara 30 bulan kerana bersubahat dengan isterinya.

Dia mengaku ada memindahkan 925,000 pound (RM5 juta) ke dalam akaun perniagaannya antara Julai 2009 dan Disember 2012.

Anthony mendakwa dia menjadi gelap mata dengan tindakan isterinya walaupun menyedari ia adalah perbuatan pecah amanah.

"Pasangan tersebut mahu hidup mewah walaupun ia sebenarnya di luar kemampuan mereka," kata jurucakap polis.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan kesemua 1,000 koleksi barangan sains fiksyen milik mereka termasuk helmet Darth Vader yang dirampas pihak berkuasa supaya dilelong.

Dalam satu kenyataan, pengurus di pusat lelongan Wilsons di Northern Ireland, Aidan Larkin memaklumkan, koleksi tersebut sukar diperoleh di pasaran.

“Ia jarang ditemui dan hanya boleh didapati dalam sesi lelongan khas,” katanya menurut laporan Daily Mail.

Sinar Harian 

Kavita goes global via Indianroots.com

Luxe Metallica by Kavita on Indianroots.com

Model turned fashion designer Kavita Sidhu hosted a signing ceremony to commemorate a collaboration between Karamia Sdn Bhd and Indianroots.com of New Delhi TV Media group.

This collaboration marks another milestone for the local fashion and retail industry where a local product is marketed globally via online shopping.

For Kavita, this is her best opportunity to explore her heritage and expand her label further, not just as fashion label, but a lifestyle label.

Only a couple of days after Kavita showcased her Luxe Metallicacollection during KL Fashion Week 2014, this founder of Karamia Sdn Bhd got herself busy with e-commerce, representing Malaysia’s fashion industry with her label, Kavita.

Due to the buzzing fashion industry in Malaysia, Indianroots.com, a global platform which brings ethnic-sensible products to people all over the world, acknowledges the relevance in welcoming a Malaysian brand like Kavita on board.

Primarily focused on the international market, Indianroots.com is driven by the vision to connect and reconnect Indians to their roots and travel across countries to gather the best of Indian designers and their rich cultural heritage and style. - Astro Awani 

Cara paling murah menonton Piala Dunia 2014 di Brazil


Mahu menonton perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil tetapi wang tidak mencukupi untuk membayar hotel?

Caranya, berkhemah di tepi Pantai Copacabana yang terletak di Rio de Janeiro serta masak di situ.

Peminat bola sepak dari Selatan Amerika yang tidak mampu untuk menyewa hotel kini bertindak tidur di tepi pantai popular itu; ada yang memasang khemah, tidur di dalam van dan ada juga yang tidur di atas pasir sahaja.

Disebabkan harga hotel yang naik memuncak dari AS$200-AS$250 (RM643-RM803) semalam ke AS$700-AS$800 (RM2,249-RM2,571) satu malam, warga Argentina, Colombia, Chile serta Ecuador tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa Brazil akan bahaya bermalam di tempat terbuka.


world cup, piala dunia, copacabana
Kaki bola tidur di pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil, setelah harga hotel naik melonjak sempena Piala Dunia 2014. - AP Photo/Wong Maye-E


Memetik laporan portal Daily Mail, seorang pengunjung yang bermalam di tepi Pantai Copacabana, Emmanuel Estrada, 29 berkata, beliau mengambil masa selama empat hari memandu keretanya dari Buenos Aires ke Sao Paulo semata-mata untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia.

“Kami akan terus berada di sini sehingga Argentina menang Piala Dunia, dan semestinya beberapa hari selepas itu juga,” kata Estrada yang bekerja sebagai tukang paip di Buenos Aires.

Sementara itu, seorang mekanik dari Chile, Fabian Alvarez yang telah memandu sejauh 5,000 kilometer pula berkata beliau membuat keputusan untuk tidur di dalam van selepas gagal mencari hotel murah di Rio.

Menurut Fabian, beliau bercadang untuk berbelanja sebanyak satu juta peso Chile (RM5,749) untuk sepanjang perjalanannya di sana termasuk petrol, makanan serta tiket menonton perlawanan Piala Dunia.

“Kami berasa selamat di sini. Semua ini berbaloi. Saya merasa sebak sewaktu kami menyanyikan lagu kebangsaan Chile di stadium,” kata Alvarez yang telah menonton perlawanan antara Chile dan Australia pada Jumaat lepas.


world cup, piala dunia, copacabana
Penyokong pasukan bola sepak Chile berkampung di tepi Pantai Copacabana, Rio de Janeiro sebagai langkah berjimat susulan harga hotel yang melonjak naik  - Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA


Memasang khemah dan tidur di tepi Pantai Copacabana bukanlah perkara yang dibenarkan pihak berkuasa Rio memandangkan kes ragut dan rompakan selalu terjadi di situ.

Namun sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014, pihak berkuasa Rio berjanji untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta menyediakan tandas utnuk pengunjung di pantai itu.

Dalam satu laporan oleh agensi berita AFP, seorang pekerja majlis perbandaran Rio yang dikenali sebagai Paes berkata, kemudahan perkhemahan juga akan disediakan selain menjaga kebersihan dan keselamatan di pantai tersebut.

“Kami mahu pelancong kami yang telah memandu jauh dari negara jiran di Selatan Amerika supaya merasa seronok dan menikmati perlawanan Piala Dunia di bandar kami dengan cara yang betul,” kata Paes.


world cup, piala dunia, copacabana
Pengunjung yang melancong ke Brazil untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 tidur di dalam van walaupun pihak berkuasa Rio memberi amaran akan bahaya berbuat demikian – Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA


Namun, tidak semua pelancong merasa gembira dengan berita ini.

Seorang penyokong Argentina, Daniel Muller berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan majlis perbandaran Rio untuk menempatkan semula pengunjung yang bermalam di Pantai Copacabana ke satu lokasi lain.

“Rio tidak bersedia untuk menerima pengunjung seramai ini. Sekarang kami terpaksa berpindah ke tempat lain dan jika kami tidak patuh dengan keputusan ini, mereka akan merampas van kami,” kata Muller kepada AFP.

“Kami mahu terus berada di sini. Jika mereka mahu alihkan kami ke tempat yang lebih 30 kilometer jauh, lebih baik saya tinggal di negara saya sendiri sahaja,” kata seorang warga Chile, Jonatan Tabia.

Sumber: ASTRO Awani 

Tiong Lai diumum Menteri Pengangkutan baharu

rombakan kabinet

PUTRAJAYA - Berikut senarai Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi:

Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk We Ka Siong

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: Datin Paduka Chew Mei Fun


-- Sinar Harian 

Akaun FB ibu remaja malang digodam

Akaun FB ibu remaja malang digodam


SHAH ALAM - Akaun Facebook wanita yang didakwa ibu kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah, 15, telah digodam sejak malam semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun tersebut telah diceroboh sekitar jam 7 petang kelmarin dengan menggunakan nama Syah RilekCrew.

Penggodam turut memuatnaik status yang mengundang kemarahan di akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola itu, menyebabkan ramai pelayar Facebook meninggalkan komen dan kata-kata kecaman kepada pemilik asal akaun tersebut.

Pemilik asal akaun tersebut masih dalam tahanan reman polis sejak Ahad lalu, dijangka dibebaskan hari ini.

Wanita berkenaan didakwa ibu kepada Muhammad Firdaus apabila beberapa keping gambar dipercayai Muhammad Firdaus telah dikongsi dalam akaun Facebook berkenaan. 

Muhammad Firdaus sebelum ini telah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Omar, ketika mengadakan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Flat Taman Semarak, Nilai.

Remaja malang ini ditemui dalam sebuah bilik rumah yang kotor dan terdapat kesan najis serta air kencing. Keadaannya yang kurus kering, dipercayai kerana kekurangan zat makanan dan dalam keadaan diri yang tidak terurus.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sinar Harian 

Polis nafi tiga gadis dibunuh

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya tiga gadis dibunuh dalam belukar di Presint 5, Taman Rimba Putrajaya di sini, baru- baru ini.

PDRM menerusi laman facebooknya menyatakan setakat ini, polis tidak menerima sebarang maklumat dan laporan berkaitan kes itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan itu boleh menyebabkan seseorang individu didakwa mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Piala Dunia: KJ cuba 'up boss' pula

Piala Dunia: KJ cuba 'up boss' pula

TAK habis-habis dengan Piala Dunia. Begitulah minat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap sukan yang menjadi kegilaan ramai itu.

Selepas dengan selamba meminta MC daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari pertama Piala Dunia berlangsung, Khairy hari ini cuba 'mengampu' bosnya pula.

Menerusi gambar photoshop pasukan 'Brazil' yang dikongsi di laman Twitter miliknya, Khairy yang berjersi nombor 11 bergurau, beliau tahu kenapa pasukan Brazil berjaya menewaskan Cameroon 4-1, malam tadi .

"Yes, ini sebab Brazil memang. #11 score dua bijik (up sendiri), 4 man of match (up boss), pakai songkok red card," tulisnya.

Selain KJ dan Najib, pemain lain pasukan 'Brazil' yang menjadi viral itu termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ibrahim Ali dan Safik Rahim.

Tidak ketinggalan, Khairul Fahmi Che Mat, Rowan Atkinson dan 'pemegang kad merah', Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zain.

Sinar Harian