Wednesday 28 December 2016

Handphone Republik: Terhangat 2016!


Perlukah anda membeli kamera DSLR, sedangkan ada telefon pintar yang mampu merakam foto cantik ala jurugambar profesional?

Tak perlu lagi pikul beg besar tapi hanya selit dalam poket anda, rakamlah beribu gambar menarik. Anda yang tak hensem pun akan nampak kacak, yang cantik manis pula tampak lebih jelita.

Hanya sentuh di skrin telefon, kamera kombo Leica akan pastikan kepuasan selfie (swafoto) maksimum milik anda!

Juga, anda mungkin terkejut dengan rekaan telefon dengan pengaruh futuristik. Boleh buat anda rasa lebih 'kerek' memiliki sebuah telefon dengan kombinasi skrin hampir bebas bezel. Rasa 'tip top' bro!

Tapi, rasa hebat tu tak guna juga bila ada telefon pintar lengkap dengan modul tambahan seperti speaker dan kamera yang pertama kali diperkenal tidak mendapat sambutan. Buat canggih-manggih pun orang tak nak beli. Terus sentap dan tak mahu buat lagi untuk model baru nanti. Kesian...

Namun, awas! Ada juga situasi, anda mungkin bengkak hati diejek 'pengganas' bila telefon idaman kecoh dilaporkan boleh bahayakan nyawa selepas meletup di sana-sini.

Lebih hangat, ada yang marah-marah tak boleh layan lagu favourite buat ulit tidur sebab lubang cocok audio tak ada.

- Sumber: Sinar Harian | 28 Disember 2016