Thursday 10 October 2013

Pesawat tergelincir dan terbabas di Kudat

Pesawat tergelincir dan terbabas di Kudat

Sebuah pesawat komersial MASwings' Twin Otter tergelincir dan terbabas di sebuah kampung di Kudat hari ini apabila membuat pendaratan cemas.

Perkara ini disahkan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dalam satu kenyataan.

Kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang dan ketika itu pesawat itu dilaporkan dinaiki oleh 16 penumpang.

Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Berita itu turut tersebar dengan pantas di laman media sosial dan gambar pesawat itu turut  dikongsi ramai.




BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL. - ASTRO Awani 

Isu bayaran makan VVIP RM6,000: Peniaga nafi caj harga mahal

Peniaga nafi caj harga mahal
Fauziah (kiri) menunjukkan laporan polis dan bil sebenar dicaj terhadap ahli rombongan VVIP itu.


KOTA BHARU - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

“Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

“Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan,” katanya kepada pemberita.

Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

“Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

“Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000.

“Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500,” katanya.

Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.

“Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang.

“Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini,” katanya.

Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.

Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Sumber

Nenek tak sangka rumah terbakar


KUALA TERENGGANU - Seorang nenek tidak menyangka asap yang dilihatnya adalah berpunca dari rumahnya sendiri yang terbakar.    

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di Kampung Bukit Bayas itu, Wan Esah Abdullah, 85, bersama cicitnya Wan Muhammad Aiman Wan Badrol Azhar, 8, sedang membeli ikan di sebuah gerai tidak jauh dari rumahnya.
    
Beliau berkata beliau tidak sempat menyelamatkan sebarang harta bendanya termasuk dokumen penting.
    
"Ketika itu tok sedang beli ikan. Tok nampak asap tebal dari jauh, tapi tok  tak sangka asap itu datang dari rumah tok.
    
"Bila dah nampak api baru tok tahu rumah tok terbakar. Masa itu tok dah tak sempat nak selamat apa-apa, hanya tengok saja," katanya kepada pemberita.
    
Sementara itu cicitnya yang dibelanya sejak kecil asyik menangis dengan kejadian itu.
    
Pegawai Bomba Tinggi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozali Hussin berkata pihaknya menghantar tiga jentera dengan 19 anggota untuk memadam kebakaran tetapi mendapati api sudah marak membakar hampir keseluruhan rumah mangsa dan turut merebak ke dua buah rumah lain yang berhampiran.
    
Namun dua rumah rumah tersebut berjaya diselmatkan, katanya.    



Punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Shabery Cheek akan perjelas isu K-Pop

Shabery Cheek akan perjelas isu K-Pop kepada PAC

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan membuat penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012.

Beliau ketika itu adalah Menteri Belia dan Sukan.

Ahmad Shabery berkata beliau telah menghubungi Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya PAC memanggilnya memberi keterangan berhubung isu itu.

"Saya akan menjelaskan perkara ini kepada PAC. Saya telah menghubungi Pengerusi PAC untuk memanggil saya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama TV pada Rabui.

Selain PAC, Ahmad Shabery berkata beliau telah memohon kepada pihak Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen.

Beliau mengulas gesaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Menteri Belia dan Sukan itu berhubung perbelanjaan untuk sambutan berkenaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, kementerian itu membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.


- BERNAMA

Pesakit cabul jururawat

Pesakit cabul jururawat
Nora menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Segamat berhubung kejadian menimpanya.


SEGAMAT - Seorang jururawat di sebuah klinik swasta di sini, mendakwa dia dicabul seorang pesakit yang mahu mendapatkan rawatan, petang kelmarin.

Mangsa, Nora (bukan nama sebenar), 29, berkata, ketika kejadian, pesakit lelaki berumur 40-an itu mahu mendapatkan rawatan lanjut kerana sakit di bahagian telapak tangan kanannya.

Menurutnya, lelaki tersebut kemudian dibawa berjumpa pegawai perubatan dan kelihatan tangannya seperti membengkak.

“Kebetulan, saya yang masuk ke bilik rawatan lalu di sebelahnya dan tiba-tiba terasa objek keras seperti tangan di punggung saya.

“Saya sangka seluar yang saya pakai tersangkut pada bucu meja sebelum tersedar lelaki itu meraba punggung saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menyedari kejadian tersebut, dia segera menepis tangan lelaki berkenaan dan memarahinya disebabkan malu dengan insiden kurang sopan itu.

Doktor juga bertindak memarahi lelaki itu kerana melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kakitangannya.

Menurutnya, atas nasihat majikan dan rakan sekerjanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat selepas kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak kami sedang giat mengesan lelaki tersebut untuk membantu siasatan dan saya nasihatkan kepada setiap klinik swasta supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.


Sumber

Polis rampas pistol, pedang gergasi!

  • Fhulamak! Besarnya parang tu!

  • Polis rampas pistol, pedang
    Mohd Nashir (dua, kiri) menunjukkan senjata yang dirampas.


JITRA – Bertindak atas maklumat dadah pada 7 Oktober lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah melakukan serbuan di sebuah bengkel kereta di Changloon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lima lelaki berumur antara 31 hingga 42 tahun.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi tersebut, polis menjumpai tiga paket dadah jenis syabu dianggarkan seberat 3.60 gram.

“Pada masa sama, polis juga telah menjumpai dua besi berbentuk silinder yang telah diubah suai untuk dijadikan alat penembak dengan menggunakan peluru kaliber .22, satu pistol tiruan, dua pistol paintball yang telah dimodifikasi, 250 butir peluru dan tiga butir peluru penabur shot gun.

“Dalam lokasi sama, pihak polis turut menjumpai dua bilah pedang, dua bilah parang dan satu pisau kecil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Mohd Nashir berkata, semakan turut mendapati mereka mempunyai kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

“Buat masa ini, semua suspek direman untuk siasatan lanjut sehingga 14 Oktober ini mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971,” katanya.


Sinar Harian

Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari

Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari
Wan Mohd Samsudin (dua, kanan) ketika memperkenalkan anggota polis yang terlibat dalam penangkapan suspek.

RAUB – Polis kini dalam usaha mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan rogol yang berlaku pada 30 September lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi di asrama pekerja sebuah pasar raya dekat sini, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan terus menarik mangsa ke bilik lain.

Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita pelekat dan kain.

“Rakan mangsa yang turut berada di bilik itu turut diikat bahagian tangan, kaki dan mulut.

“Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik berkenaan dan mengambil telefon bimbit mangsa jenama Sony Ericson Experia dan telefon jenama Alcatel serta wang tunai RM50,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, selepas itu suspek bertindak masuk semula ke tempat mangsa diikat dan kemudian merogolnya sebelum beredar.

Katanya, susulan kejadian itu, polis giat menjejaki suspek yang imejnya direkodkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Anthony di talian 017-9060519 atau hotline IPD Raub 09-355 4999 untuk membantu siasatan,” katanya.


Sinar Harian. Oktober 10

Hershey bina kilang baru di Malaysia

Hershey bina kilang baru di Malaysia
Hershey akan melaburkan RM816 juta untuk membina kilang di Johor.


THE HERSHEY Company (Hershey) akan membina sebuah kilang baru membuat konfeksi di Johor, untuk memenuhi peningkatan permintaan pengguna terhadap produknya di rantau ini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rantaian Bekalan Hershey Terence O’Day berkata, kilang baru itu menggunakan teknologi pembuatan konfeksi terkini.

"Ia akan memperkukuh kedudukan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap rangkaian produk kami di seluruh rantau ini.

"Pengguna di seluruh Asia kini mula menggemari pelbagai produk konfeksi Hershey dan China khususnya, sedang berkembang lebih pesat daripada mana-mana pasaran lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kilang Hershey dengan pelaburan bernilai US$250 juta (RM816 juta) itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia sepanjang 18 tahun sejarah syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Noharuddin Nordin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Hershey adalah bukti negara ini tetap mempunyai daya tarikan untuk syarikat multinasional datang membuat pelaburan besar di rantau ini.

"Projek ini akan membawa manfaat ekonomi yang positif kepada Malaysia dari segi pekerjaan dan perniagaan bagi pembekal tempatan," katanya.

Sinar Harian

3 lelaki tidak sempat belanja wang rompakan ditembak mati polis

Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.

 Tiga lelaki yang mengepung dan merompak seorang wanita di Klang Selatan, tidak sempat untuk membelanjakan wang haram tersebut apabila mereka mati ditembak oleh pihak polis. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 ke 30 tahun itu, adalah hanya sebahagian daripada kumpulan yang merampas RM2,000 daripada wanita tersebut. Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut telah memerhatikan wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit. “Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tida buah kereta, mengepung kereta wanita itu. “Sejenak kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu, memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI. Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan tersebut telah mengejar perompak-perompak itu. “Mereka meninggalkan salah satu kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sabuah motosikal. “Kemudian, mereka berpecah jalan. Polis berj

Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI.

tembak

Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka.

- ASTRO Awani