Friday, 18 October 2013

4 Tip untuk jadi Model

4-Tip-untuk-jadi-Model/

Jika anda rasakan bahawa anda layak menjadi model, ingatlah, modelling bukan sekadar muka cantik dan perut kempis. Tidak percaya, mari lihat 4 tip berikut untuk bantu anda kecapi cita-cita menjadi seorang model berjaya.

Kulit tebal

Anda ingat bos anda garang, cuba jadi seorang model sewaktu temuduga. Semua pihak akan kritik paras rupa, cara jalan dan pos anda. Jadi untuk elakkan terasa sedih dan menangis kerana dikritik, pastikan kulit tebal dan anggap kritikan itu sebagai pengajaran.

Baiki pos anda

Belajar beri pos terbaik daripada Tyra Banks. Pastikan leher jinjang dan kreatif mempelbagaikan posisi. Perkara terbaik adalah untuk senyum dengan mata ataupun ibarat kata Tyra, Smize!

Bukan setakat muka sahaja, malah pastikan posisi badan juga nampak menarik dengan mencekak pinggang mampu memberikan ilusi pinggang lebih ramping.

Bentuk badan anda penting


Bentuk badan anda sangat penting. Bukanlah perlu kurus macam orang sakit tetapi perlulah dijaga. Sekarang bolehlah makan burger dan tak nampak lemak di badan tetapi perkara sebegini akan mula jelas apabila anda tua. Ikuti cara Miranda Kerr menjaga wajah dan badan dengan bahan organic dan senaman Yoga dan Pilates.

Berani bersuara!
Tahukah anda, model adalah duta bagi produk. Bagaimana nak jual produk jika tidak pandai bercakap? Ramai sangat model yang kita lihat tidak reti berbahasa Inggeris, harapkan muka sahaja cantik. Jika anda ingin menjadi model antarabangsa, berlatihlah baiki bahasa dan cara percakapan.

Dengan itu, jika anda rasa anda sama hebat macam Amber Chia, selamat mencuba nasib. Sehingga minggu hadapan, inilah pilihan model kesayangan saya. XX


Devon Aoki



Jocelyn Chew

 


Naima Mora

 


Source: MyLaunchPad

No comments:

Post a Comment