Thursday, 6 March 2014

Keputusan peringkat 8 Le Tour de Langkawi 2014


LTdL 2014

BERIKUT keputusan Peringkat 8 kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 di sini, hari ini:

        
PERINGKAT 8: KUANTAN KE MARANG (202.2KM)

    

10 PELUMBA TERBAIK:

1. Theo Bos (NED) Belkin-Pro Cycling Team - 5 jam 01 minit 58 saat

2. Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team - 5'01:58s
3. Kenny Van Hummel (NED) Androni Giocattoli-Venezuela - 5'01:58s
4. Micahel Kolar (SVK) Tinkoff-Saxo - 5'01:58s
5. Robert Foster (GER) UnitedHealthcare Pro Cycling - 5'01:58s
6. Aidis Kruopis (LTU) Orica Greenedge - 5'01:58s
7. Daniel Klemme (GER) Synergy Baku Cycling Project - 5'01:58s
8. Yannick Martinez (FRA) Team Europcar - 5'01:58s
9. Francesco Chicchi (ITA) Yellow Fluo - 5'01:58s
10. Omar Bertazzo (ITA) Abdroni Giocattoli-Venezuela - 5'01:58s
        
PELUMBA MALAYSIA

    

11. Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team - 5'01:58s
20. Mohd Fauzan Ahmat Lutfi (MAS) Malaysia - 5'01:58s
30. Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team - 5'01:58s
31. Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team - 5'01:58s
42. Suhardi Hassan (MAS) Malaysia - 5'01:58s
44. Mohd Saiful Anuar Aziz (MAS) Terengganu Cycling Team - 5'01:58s
49. Mohammed Adiq Husainie Othman (MAS) Terengganu Cycling Team - 5'01:58s
74. Abdul Rashid Ibrahim (MAS) Malaysia - 5'03:36s
106. Mohd Rauf Nur Misbah (MAS) Malaysia - 5'01:58s
107. Anuar Manan (MAS) Terengganu Cycling Team - 5'01:58s
108. Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia - 5'01:58s
                            
PENDAHULU KESELURUHAN (JERSI KUNING)

1. Mirsamad Pourseyedigolakhour (IRI) Tabriz Petrochemical Team - 30'19:00s

2. Merhawi Kudus (ERI) MTN Qhubeka - 30'19:08s
3. Isaac Bolivar (COL) UnitedHealthcare - 30'19:11s
    
PELUMBA ASIA (JERSI PUTIH)

1. Mirsamad Pourseyedigolakhour (IRI) Tabriz Petrochemical Team - 30'19:00s

2. Ghaffari Vahid (IRI) Tabriz Petrochemical Team - 30'20:27s
3. Amir Kolahdozhagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team - 30'22:03s
       
RAJA PECUT (JERSI BIRU)

1. Aidis Kruopis (LTU) Orica Greenedge - 71 mata

2. Michael Kolar (SVK) Tinkoff-Saxo - 69 mata
3. Theo Bos (NED) Belkin-Pro Cycling Team - 62 mata
    
RAJA BUKIT (JERSI MERAH)

1. Matt Brammeier (IRL) Synergy Baku Cycling Project - 34 mata

2. Isaac Bolivar (COL) MTN Qhubeka - 31 mata
3. Mirsamad Pourseyedigolakhour (IRI) Tabriz Petrochemical Team - 25 mata

Sumber: Bernama

Azlin Alias dilantik Ketua Setiausaha Sulit PM

KUALA LUMPUR - Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Datuk Azlin Alias dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 10 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pelantikan Azlin bagi menggantikan Tan Sri Ab Aziz Kasim yang akan bersara wajib pada 10 Mac ini.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti dimiliki Azlin akan membolehkan beliau melaksanakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dengan cemerlang," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ab Aziz di atas segala sumbangan dan khidmat bakti diberikan sepanjang perkhidmatan beliau khususnya sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. - Bernama

Mungkin tunda nikah!

Mungkin tunda nikah!

LEBIH kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung.

Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam denggi.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten.

“Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.

“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan.

“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.

“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan tersebut akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai gurauan.

“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa ia kurang manis.

“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya.

Sinar Harian 

Emosi isteri terganggu terima surat saman

Emosi isteri terganggu terima surat saman
Arinee menunjukkan surat saman membabitkan kereta Volvo (gambar kecil) yang mempunyai nombor pendaftaran sama dengan kereta miliknya.


RANTAU PANJANG – Seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.

Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38, menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP 4909.

Arinee berkata, pada tarikh kejadian itu, dia berada di Golok sejak sebulan lalu.

"Justeru, kenapa pula saya yang disaman. Saya hanya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan ibu mentua kerana surat saman dihantar menggunakan alamat di Rantau Panjang.

"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian pertama sejak dia membeli kereta tersebut pada 2009.

Sementara itu suaminya, Isma Airfath Hassamuddin turut memohon pihak polis menyiasat kejadian itu kerana menyebabkan emosi isterinya terganggu.

Isma yang juga dikenali sebagai Koseng Kombi berharap, isterinya dapat dilepaskan daripada tindakan saman tersebut.

"Bagi mencari keadilan, saya dan isteri telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini," katanya.

Sinar Harian 

Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanita

Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanita
Kereta mangsa mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut. Kesan darah mangsa kelihatan di atas jalan. - Foto: Ihsan Oriental Daily


PETALING JAYA - Seorang lelaki sempat memeluk teman wanitanya yang trauma selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan berpusing beberapa kali namun akhirnya dia maut dalam kejadian di Kilometer 17.2 Lebuh Raya Damansara Puchong, malam kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, N Nesa Raja, seorang penghantar surat, bersama teman wanitanya menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback dari Puchong menuju Damansara.

Menurut saksi, kereta dipandu mangsa terbabas melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali.

Katanya, kenderaan itu berpusing beberapa meter, sebelum merempuh pengadang di bahagian kiri jalan.

"Selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, mangsa sempat memeluk teman wanitanya berkemungkinan untuk menyelamatkan wanita itu.

"Bagaimanapun, kepalanya terhentak pada tingkap yang terbuka dan pembahagi jalan sepanjang kereta itu berpusing," katanya.

Saksi berkata, darah serta sebahagian daging di muka dan otak mangsa itu dilihat bertaburan atas jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Teman wanitanya yang dilaporkan cedera ringan turut menerima rawatan di hospital sama.

Sinar Harian 

'Tunggu tindakan saya!' - Hanez Suraya

Hanez Suraya
Hanez Suraya

'Tunggu tindakan saya!'

“SELEPAS dia (Nurliyana Abd Manan) mengeluarkan kenyataan kepada media, saya dan keluarga dihina oleh masyarakat. Apatah lagi, ramai yang mengenali saya dan ia secara tidak langsung menjejaskan imej saya. Jadi saya harap dia membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama saya” ujar Hanez Suraya dalam satu sidang media di One World Hotel, petang semalam.

Menurut Hanez, segala dakwaan wanita terbabit yang mengatakan Hanez sebagai punca keretakan rumahtangga dia dan suaminya yang dikenali sebagai Mr R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha langsung tidak benar kerana Hanez hanya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu.

“Saya baru dua bulan mengenali Romie, sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lepas. Malah, dia juga sudah memfailkan penceraian pada Oktober, dua bulan sebelum saya mengenali Romie.

“Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ,” katanya.

Dalam sidang media tertutup itu, Hanez turut hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala Romie, 34, turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Romie, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Romie didakwa menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.

Nurliyana bertambah berang apabila Hanez memuat naik di laman Istagram gambar diri bersama kedua-dua anaknya.

Tindakan Hanez itu dianggap sebagai sengaja mengeksploitasi anak-anak Nurliyana dan tidak menghormati wanita itu sebagai ibu kanak-kanak berkenaan.

Malah, Hanez dan Romie juga didakwa bercuti ke Bangkok tahun lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.

Hanez berkata, dia bagaimanapun sudah meminta maaf sebelum ini kerana mendakwa Romie sebagai duda.

“Tentang isu duda, saya sekali lagi memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ada salah faham mengenai hal itu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

KDN haramkan buku 'Ultraman The Ultra Power'

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama

Facebook padam akaun penjualan senjata api secara haram

KUALA LUMPUR: Facebook mengumumkan larangan baru itu terhadap promosi senjata api menggunakan laman sosial itu.

Menurut laporan portal The Wall Street Journal yang memetik muat naik Facebook di laman itu sebagai berkata, pengendali laman sosial terbesar itu akan memadamkan akaun yang menawarkan pembelian senjata api tanpa melakukan semakan atau melangkau sempadan negara secara haram.



Muat naik perubahan larangan pengguna dan akaun berkaitan pembelian dan penjualan oleh Facebook.

Mereka akan memberitahu pengguna yang menawarkan pembelian senjata itu dan akan mengehadkan akses muat naik yang berkaitan penjualan senjata api kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas.

Syarikat itu juga akan memberikan peringatan kepada muat naik Instagram oleh pengguna yang sedang mencari senjata api untuk dibeli dengan mengingatkan mereka tentang undang-undang pemilikan senjata api.

Dalam kenyataan yang sama juga, Facebook berkata mereka turut bergantung kepada laporan daripada para pengguna akan kewujudan akaun yang menawarkan pembelian atau penjualan senjata api dan perubahan ini akan dilakukan sepanjang beberapa minggu akan datang.

Perubahan ini dilakukan selepas enam minggu kempen oleh kumpulan aktivis bergelar “Mayors Against Illegal Guns and Moms Demand Action for Gun Sense in America” (Datuk Bandar Menentang Senjata Haram dan Para Ibu Mendesak Tindakan Kesedaran Senjata di Amerika) yang memuat naik sebuah video menggambarkan penjualan senjata api secara haram melalui Facebook.

Kumpulan terbabit bercadang untuk menyerahkan lebih 130,000 petisyen untuk meminta tindakan diambil ke atas muat naik penjualan senjata api secara haram kepada Facebook.

Namun Facebook kini dilihat lebih dahulu mengambil tindakan dengan meminda syarat dan larangan dalam terma penggunaan laman sosial itu semalam.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, akaun penjualan senjata api di Facebook yang dinyatakan oleh kumpulan itu masih lagi beroperasi sehingga pagi tadi.

Pengendali akaun 'Guns For Sale' itu bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai akaun mereka.



"Kami merupakan komuniti yang dibina untuk membantu peminat senjata api untuk membeli dan menjual secara SAH.

Kami menyokong seratus peratus idea untuk menjauhkan senjata api daripada kanak-kanak dan orang-orang berbahaya seperti penjenayah,” kata muat naik kenyataan rasmi terbabit.

Astro Awani 

Bekas pemain bola KL fail saman terhadap FAM

FAM

KUALA LUMPUR - Bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur Hafizi Roslee, yang digantung seumur hidup kerana didapati terlibat dalam skandal rasuah dan mengatur perlawanan, memfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan itu.

Hafizi, 29, selaku plaintif memfailkan saman pemula itu terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, selaku defendan menerusi Tetuan Khairuddin Ngiam & Tan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada 26 Februari lepas.

Media memperoleh salinan saman itu hari ini melalui peguam Kevin De Rozario yang mewakili bekas pemain bola sepak itu.

Kevin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 17 Mac ini untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.

Dalam saman pemula itu, Hafizi memohon satu perintah supaya mahkamah membatalkan keputusan FAM yang menggantungnya seumur hidup daripada sebarang kegiatan bola sepak.

Hafizi turut memohon deklarasi bahawa segala tatacara dan prosiding tatatertib, hukuman dan rayuan dalam Kod Tatatertib FAM Edisi 2012 adalah tidak berperlembagaan, sebarangan dan bercanggah dengan peraturan keadilan asasi serta dasar awam.

Beliau juga memohon satu deklarasi bahawa perbicaraan yang dikendalikan FAM tanpa kehadirannya pada 20 Disember, tahun lepas adalah batal dan tidak sah.

Pada 20 Disember tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada Hafizi dan empat pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dalam skandal rasuah dan mengatur perlawanan.

Mereka yang lain adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie dan Jeremy Danker.

Selain itu, Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia; Penolong Pengurus Rosli Omar dan Pegawai Pasukan Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama. - Bernama

Video Justin Bieber ditahan bakal didedah


LOS ANGELES: Video yang menunjukkan Justin Bieber ditahan polis pada Januari lalu bakal didedahkan kepada umum dengan beberapa babak digelapkan.

Ini adalah untuk memelihara ruang peribadi penyanyi itu dan menjaga aibnya.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Miami yang membenarkan video itu diedarkan kepada agensi media.

Astro Awani 

Anggota Taktikal Khas dan imigresen dikepung seratus 'tonto' ketika operasi


MELAKA: Lebih 100 orang 'tonto' dilaporkan mengepung anggota Jabatan Imigresen Melaka kira-kira dua jam di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya pada Rabu malam.

Pemangku Pengarah Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata dalam kejadian 7 malam itu, seramai 23 anggota Grup Taktikal Khas dan tujuh anggota penguat kuasa Imigresen berjaya keluar daripada premis terbabit bersama 35 warga asing termasuk 34 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dengan diiringi 15 anggota polis dari Balai Polis Bandar Hilir.

"Tanpa bantuan, pasukan kita mungkin bermasalah kerana bangunan pusat hiburan tersebut dikepung lebih 100 orang yang kita percaya tonto untuk menghalang anggota Imigresen membawa keluar GRO terbabit.

"Beberapa tonto juga bertindak mengambil gambar nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki anggota kita yang dikhuatiri untuk tujuan tidak elok," katanya kepada pemberita Khamis di Kompleks Keselamatan Dalam Negeri.

Beliau berkata beberapa pelanggan lelaki tempatan dalam keadaan mabuk juga bertindak mempersoalkan tindakan anggota Imigresen menahan kumpulan GRO terbabit, namun ketegangan tersebut dapat diatasi dengan baik.

Mengulas lanjut tentang operasi yang mereka jalankan, Abu Bakar Sidek berkata seramai 33 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga China yang kesemunya berusia antara 18 hingga 35 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan di bangunan tiga tingkat yang mula beroperasi seawal jam 3 petang.

Beliau berkata turut ditahan ialah seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun yang dipercayai pekerja pusat hiburan tersebut.

"Antara GRO yang ditahan iaitu warga China berusia 30-an yang merupakan isteri kepada warganegara tempatan, manakala seorang daripada mereka dipercayai 'ibu ayam' warga Vietnam yang berusia 35 tahun," katanya.

Beliau berkata berdasarkan intipan selama tiga hari sebelum serbuan dilakukan, GRO terbabit akan dihantar dengan kenderaan dalam kumpulan kecil secara berperingkat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mereka akan dibawa keluar dari pusat hiburan tersebut oleh pelanggan yang berminat.

Katanya siasatan awal mendapati 13 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga China terbabit disyaki melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan manakala 20 wanita warga Vietnam dan lelaki Bangladesh itu dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah.

"Semua mereka yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah untuk siasatan lanjut," katanya.

Bernama 

29 Mac tarikh mengundi PRK DUN Balingian, 17 Mac penamaan calon

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari ini mengumumkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak, akan diadakan pada 29 Mac dan penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac.

Kerusi N.51 kosong selepas penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan pada 28 Februari lalu.

Berita lanjut akan menyusul.

Bayi melecur kerana alahan ubat dijangka pulih dua bulan lagi


ALOR SETAR: Bayi lapan bulan yang melecur dipercayai akibat alahan ubat dijangka sembuh sebulan dua lagi, kata Pegawai Kesihatan Bahagian Dermatologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Edwin Jude Gunasegaran.

Beliau berkata pihak hospital masih memantau perkembangan Muhammad Nasrullah Khairul Nizam dari semasa ke semasa.

Pada 16 Feb lalu, badan bayi ini didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberikan sebuah klinik swasta di sini ketika mendapat rawatan akibat ruam.

"Bayi ini telah dibawa ke hospital ini sebanyak dua kali dan dalam tempoh itu saya lihat keadaan kulitnya bertambah sembuh. Tetapi hasil pemeriksaan lanjut, saya lihat bayi ini mungkin ada menghidap penyakit lain jadi kita akan jalankan pemeriksaan," katanya semasa melawat bayi tersebut di rumah keluarganya di Taman Stadium di sini semalam.

Ketua Puteri UMNO bahagian Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor yang turut melawat Muhammad Nasrullah, berkata bayi itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta bagi mendapat pandangan daripada doktor pakar di sana pula.

"Kita akan bawa adik Nasrullah ke Kedah Medical Centre dan akan dengar pandangan daripada doktor pakar kulit dan dari situ barulah tindakan susulan boleh dibuat.

"Saya harap inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ahli keluarga bayi ini, tapi apa yang paling penting adik Nasrullah akan kembali sihat seperti dahulu," kata Nor Sabrina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri.

Benama

Bekas pesakit denggi berisiko diserang kali kedua

KUALA LUMPUR: Mereka yang pernah menghidap demam denggi mempunyai risiko tinggi diserang penyakit itu untuk kali kedua.

Malah kajian mendapati serangan denggi kali kedua sering kali membawa kesan yang lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan maut.

Pengarah, Pusat Penyelidikan & Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Universiti Malaya, Prof Sazaly Abu Bakar berkata ramai beranggapan bahawa mereka yang pernah menghidap denggi tidak akan mendapat penyakit sama kerana antibodi berupaya melawan penyakit selepas jangkitan pertama.

Namun kajiannya di Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya membuktikan mereka yang pernah menghidap penyakit itu perlu lebih berhati-hati.

"Dalam kajian kami mendapati hampir 100% mereka mati denggi sebab jangkitan seterusnya kedua ketiga yang penting nak beritahu yang pernah terkena denggi mereka terdedah risiko terkena denggi berdarah teruk kali kedua tiga. Jadi amat penting bagi mereka memastikan mereka ini tidak digigit nyamuk," kata Prof Sazaly.

Kajian mendapati kebanyakan wabak penyakit virus demam denggi di negara ini adalah disebabkan oleh jangkitan denggi virus daripada Seroptip 1.

"Lebih 60% pesakit yang kita rawati di Pusat Perubatan Universiti Malaya kami mendapati mereka telah dijangkiti virusSerotip 1. Cuma 20% denggi disebabkan virus Serotip 2 dan 1% masing-masingSerotip 3 dan 4." tambahnya.

Namun katanya penemuan itu tidak mengejutkan berikutan virus Serotip 1telah berada di Malaysia sejak sekian lama dan Serotip 2 juga bukan virus baru.

Serotip-serotip virus denggi yang wujud dinamakan denggi jenis 1, 2, 3, dan 4. Biarpun berlainan strain virus namun keempat-empat virus berkenaan adalah serupa.

Bagaimanapun, Sazaly melihat punca penularan wabak denggi kali ini bukan disebabkan faktor virus sahaja.

"Dalam kajian dapati kemungkinan wabak berlaku sebab populasi di mana ramai yang tidak ada kelalian kepada jangkitan virus denggi jumlah mereka adalah ramai dan menyebabkan mereka terdedah jangkitan denggi virus." kata Sazaly.

Namun apa yang nyata punca sebenar wabak adalah bukan faktor nyamuk semata-mata.

Penulis juga melakukan eksperimen memasukkan tangan ke dalam kotak yang dipenuhi ratusan ekor nyamuk aedes.

Hanya beberapa saat dalam kotak itu, kesemua nyamuk mula mengerumuni tangan dan terasa sakit apabila digigit nyamuk-nyamuk berkenaan.

Biarpun terdapat kesan gigitan namun nyamuk-nyamuk ini sebenarnya telah dibiakkan dalam makmal dan bebas daripada virus denggi.

Sekaligus membuktikan hanya apabila seseorang yang dijangkiti virus denggi digigit oleh nyamuk aedes maka penyebaran wabak akan berlaku.

Astro Awani 

Cute fitness regime for baby and father


KUALA LUMPUR: The arrival of a baby rarely heralds a period of optimum fitness for parents. With no time or energy for trips to the gym, new parents can soon find themselves out of shape.

There are plenty of books and DVDs that show women how to exercise with their baby to get back in shape. But what about the poor neglected dad?

The truth is, raising children comes naturally to fathers and this video proves that new dads can be spontaneous, healthy and fun while babysitting his toddler.

This adorable dad posted a video of himself exercising with his even more adorable infant daughter while she works on her neck strength.

It actually does look like a decent workout, even for a grown man. So for parents who don’t have time for the gym, take notice!

Agencies

Law student attempts to commit suicide from new Penang bridge


KUALA LUMPUR: A 27-year-old law student, said to be the nephew of a deputy minister, became the first person to jump off the Penang bridge at about 2.40pm on Wednesday.

South-West District Police Chief, Supt Lai Fah Hin said, the victim is currently being treated at a hospital in Penang and is reported to be in stable condition.

He added, the student is believed to have attempted to commit suicide on the Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Bridge which was officially opened on Saturday.

The victim had been rescued by several fishermen who were about 500m from Kilometer 13.9 of the Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Bridge.

Police have not released the victim’s name or reason behind the suicide attempt.

Lai Fah Hin added, an investigation paper had been opened under Section 309 of the Penal Code for attempted suicide.

Astro Awani 

Kempen perangi denggi #CukupSetakatSamson dapat perhatian ramai

Kempen perangi denggi #CukupSetakatSamson dapat perhatian ramai

KUALA LUMPUR: Kempen yang dilancarkan Astro AWANI dengan hasgtag #CukupSetakatSamson di Twitter dan Facebook bagi memerangi habis-habisan wabak denggi mula mendapat perhatian ramai.

Di Twitter terutamanya, beberapa golongan doktor turut memuji langkah bijak ini.

Ada juga orang ramai yang turut berkongsi sama kenangan atau cerita mengenai denggi dan bahayanya kepada nyawa kita.















Pemergian salah seorang warga kerja Astro AWANI  Khairul Anuar Che Ramli atau Samson pada Ahad lalu cukup memberi impak yang besar.

Samson antara mangsa yang pergi meninggalkan kita semua kerana denggi.

Untuk itu Astro AWANI akan melancarkan kempen #CukupSetakatSamson bagi memerangi habis-habisan wabak denggi di negara ini.

Bagi menyatakan sokongan anda, sila klik like diwww.facebook.com/CukupSetakatSamson.

Astro Awani