Saturday 28 February 2015

'Ini cara orang Malaysia berhimpun, ini bukan London' - Adam Adli

Aktivis Anak Muda, Adam Adli tidak mahu orang ramai menyamakan protes jalanan dengan keganasan yang menimbulkan kekacauan. L

KUALA LUMPUR: Aktivis Anak Muda, Adam Adli tidak mahu orang ramai menyamakan protes jalanan dengan keganasan yang menimbulkan kekacauan.

Dia yang ditemui selepas perhimpunan #KitaLawan yang berakhir di Taman Suria KLCC petang tadi berkata sebaliknya ia harus dilihat sebagai satu peluang untuk orang ramai bersuara.

"Kita yang datang berhimpun ini bukan penjenayah atau pengganas. Kita cuma orang biasa dan sama seperti orang lain dan kita mahu bersuara dan meluahkan ketidakpuasan dengan beberapa isu," kata Adam Adli.

Dia juga berkata bahawa gabungan 'marching band' dan 'street theatre' ketika perhimpunan adalah sebagai langkah agar orang ramai tidak takut dengan protes jalanan.

"Ini bukan Ukraine, atau London atau Libya ke apa. Tidak. Ini cara orang Malaysia. Kita hormat sama sendiri. Kita bukan cari gaduh," katanya.

Adam Adli turut mengakui perarakan ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) setelah berhimpun di pusat membeli belah Sogo petang tadi dibuat pada saat akhir dan dilakukan setelah memaklumkan pihak polis tentang perancangan itu.

"Perkara yang tidak dirancang adalah paling baik. Kita cuma memberitahu pihak polis. Mereka tidak boleh menghalang kami," katanya.

Adam Adli berkata perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac akan menyaksikan lebih ramai penyokong dan ia akan bermula di Sogo.

"Selebihnya kita akan serahkan kepada hari tersebut dan apa yang akan berlaku," katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan Astro AWANI di kawasan Suria KLCC yang merupakan pusat membeli belah yang digemari pelancong, beberapa warga asing yang ditemui berkata perhimpunan #KitaLawan sama sekali tidak menjejaskan pengalaman mereka.

"Ia amat menarik," kata seorang pelancong dari China, Ming Ming, 32.

"Semua orang berhak bersuara dan memberikan pendapat mereka di tempat umum. Ia tidak menjejaskan imej Malaysia," tambahnya, yang berasal dari daerah Guangdong.

Florean Gas, 32, dari Lyon, Perancis menganggap perhimpunan ini kecil berbanding di Eropah.

"Kita ada (perhimpunan) di Eropah di skala yang lebih besar. Ia bukanlah normal tetapi itulah yang berlaku dengan politik.

"Ia tidak menjejaskan saya kerana mereka telah pun bersurai," kata Gas.

#KitaLawan merupakan satu perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Dianggarkan sekitar 150 orang hadir dalam perhimpunan hari ini.

- Sumber: Astro Awani 

Harga petrol RON95, RON97, diesel naik 25 sen bermula malam ini

Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015.

KUALA LUMPUR: Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen seliter mulai 1 Mac 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan peningkatan itu, harga minyak seliter kini RM1.95 untuk petrol RON95, RM2.25 bagi RON97 dan RM1.95 bagi diesel.

Peningkatan harga petrol dan diesel ini adalah berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Februari 2014 dan kadar pertukaran matawang.

"Harga baharu ini akan berkuatkuasa bagi bulan Mac 2015. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran.

"Kerajaan pada 21 November 2014 telah memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam satu catatan tweetnya menulis orang ramai perlu mengatur perbelanjaan dengan lebih baik berikutan peningkatan harga petrol ini.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.

Sumber: Astro Awani 

Disabled woman uses tongue to help mum's business

PENDANG: Being a person with deformed hands and feet does not prevent a 30-year-old woman in Kampung Gelong Gajah in Tobiar, here, to explore the outside world using the internet.

Using her tongue to type or access information on her smart phone and laptop, Nursamawati Mahmud, wishes to use her 'newfound ability' to promote soy sauce and vinegar produced by her mother for the past 10 years.

"I want to use the internet to expand my mother's business... so far, her products had been marketed around here and around Pendang and Pokok Sena," the eldest daughter among five siblings told reporters at her home.

Nursamawati's perseverance has attracted a telecommunication company, Clixster Mobile Sdn Bhd (Clixter Mobile) to come forward to help by donating a smartphone and sponsoring a lifelong internet package to her.

Clixter Mobile Brand Chief Communications and Media officer, Hazran Mohamed said they hoped the contribution could be used by Nursamawati to reach her goal in expanding her mother's business, besides socialising and such.


Hazran (left) presenting Nursamawati with a new smartphone so that she can help promote the soy sauce and vinegar that her mother had been producing for the last 10 years.

Nursamawati, who received the donations gratefully, said she started to use the internet since 2010 and planned to create a blog to tell her life story as a disabled person since she was one-year-old, and how she learned to use gadgets to access social websites such as Facebook, WhatsApp, Instagram and Wechat.

"Because of my disabilities, I am becoming a shy person. But using social network, I can befriend people who accept me as their friends and always encourage me to be more positive," she said, adding that currently, she had about 1,400 friends on Facebook. 

Her mother, Saudah Shaari, 52, said Nursamawati required more attention from her since her daughter was not able to eat, bathe or wear clothes on her own.

"I'm so proud of her. Despite her disabilities, she still wants to help expand our family business. She seems happier ever since she learned to use the internet," Saudah said.

- Sumber: Bernama

Wanita OKU guna lidah akses internet mahu bantu ibu promosi kicap, sos

Nursamawati Mahmud melayari internet dengan menggunakan lidah untuk menaip perkataan dan mengakses maklumat pada telefon bimbit dan komputer riba miliknya. 

PENDANG: Kecacatan tangan dan kaki dialaminya tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita berusia 30 tahun di Kampung Gelong Gajah, Tobiar di sini untuk menerokai dunia luar dengan menggunakan perkhidmatan internet.

Nursamawati Mahmud yang melayari internet dengan menggunakan lidah untuk menaip perkataan dan mengakses maklumat pada telefon bimbit dan komputer riba miliknya berhasrat membantu mempromosikan produk kicap, sos dan cuka yang diusahakan ibunya sejak 10 tahun lepas.

"Saya cuba fikirkan macam mana nak kembangkan perusahaan mak saya ini. Sebelum ini kicap, sos dan cuka yang mak buat dipasarkan di sekitar daerah Pendang dan Pokok Sena sahaja dan kalau boleh saya nak gunakan internet untuk kembangkan perniagaan keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga akan mewujudkan blog untuk menceritakan perjalanan hidupnya yang bergelar OKU dan mengalami kecacatan itu sejak berumur setahun dan bagaimana dia belajar menggunakan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan Wechat.

Prihatin dan tertarik dengan kegigihan Nursamawati, Clixster Mobile Sdn Bhd tampil menghulurkan bantuan dengan menyumbang sebuah telefon pintar dan menaja pakej internet sepanjang hayat.

Ketua Pegawai Komunikasi Jenama dan Media syarikat itu, Hazran Mohamed berkata sumbangan itu diharap dapat membantu Nursamawati menggunakan perkhidmatan internet tanpa had seumur hidupnya untuk bersosial, mengakses isu semasa dan sebagainya.

"Sumbangan yang kamia berikan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk melakukan sesuatu untuk menceriakan dan mengubah kehidupannya," katanya.

Nursamawati yang gembira dengan sumbangan itu berkata dia mula melayari laman sesawang dan laman sosial sejak tahun 2010 selepas diperkenalkan oleh rakan baiknya.

"Sebelum ini saya malu untuk berhadapan dengan orang ramai sebab saya tak sempurna macam orang lain. Dengan adanya laman sosial saya mampu untuk berkawan dan rakan-rakan kampung dan laman sosial banyak beri semangat untuk saya teruskan kehidupan.

"Saya sekarang tak macam dulu lagi dan mahu buktikan orang kelainan upaya mampu melakukan perkara seperti orang normal," katanya yang kini mempunyai kira-kira 1,400 rakan di Facebook.

Ibunya Saudah Shaari, 52, berkata anak sulungnya itu memerlukan penjagaan sepenuhnya seperti menyuap makanan, mandi dan memakai pakaian kerana dia tidak mampu untuk melakukan sendiri.

Katanya dia amat kagum dengan kesungguhan anak sulungnya itu yang tidak mengenal erti susah untuk menguasai sesuatu walaupun terpaksa menggunakan lidah.

"Sejak pandai menggunakan internet hidup dia dah tak murung lagi seperti dulu. Keadaan banyak berubah sebab masa yang ada dihabiskan dengan melayari internet," katanya. 

- Sumber: Bernama 

Dadah: Remaja Indonesia dihukum mati

KUANTAN: Seorang remaja warga Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah mengedar tiga kilogram dadah jenis Methamphetamine di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu ke atas Ajeng Yulia, 21, selepas mendapati keterangan yang diberikan bekas juruwang itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ajeng yang berasal dari Jakarta dituduh mengedar dadah berkenaan di lapangan terbang itu pada jam 11 malam, 10 Nov 2013.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada penghakimannya, Ab Karim berkata mahkamah menolak pembelaan secara bersumpah tertuduh yang mendakwa tidak mengetahui bagasi yang dibawanya dari New Delhi ke sini mengandungi dadah, kerana bagasi itu diberikan oleh seorang bernama ‘Stanley’.

‘Stanley’ menurut tertuduh adalah warga Nigeria yang dikenalinya di New Delhi.

Ab Karim berkata: “Bagaimana seorang juruwang yang tidak mempunyai pendapatan tetap, boleh ke New Delhi untuk berjumpa ‘Stanley’, kononnya untuk belajar bahasa Inggeris sebelum terbang ke Malaysia seorang diri?”

“Tertuduh memberikan nama ‘Stanley’, namun tidak mengemukakan nombor telefon atau alamat lelaki itu. Hanya menggunakan nama ‘Stanley’ sedangkan terdapat beribu-ribu lelaki yang mempunyai nama itu,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mohd Radzi Shah Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam Aina Azemi. 

Sumber: Bernama

Harga baharu petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini

Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

SHAH ALAM: Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.

Hasan juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen penurunan harga di seluruh negara meskipun berlakunya perubahan terhadap harga petrol dan diesel sama ada menjurus kepada peningkatan ataupun penurunan.

"Harga minyak bukan faktor utama menentukan harga barangan tetapi sebaliknya ada faktor lain yang mempengaruhi harga barangan sama ada ia turun ataupun naik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' bagi produk minuman dan makanan Nestle (M) Bhd di sini hari ini.

Pada 1 Feb lepas, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.

Mengulas mengenai kempen Nestle hari ini, Hasan berkata ia adalah kempen promosi terbesar Nestle yang menawarkan penjimatan antara lapan hingga 33 peratus bagi 50 produk terpilih Nestle termasuk Milo, Maggi dan Nescafe.

Beliau berkata kempen itu yang akan berlangsung sehingga akhir bulan depan adalah inisiatif Nestle bagi menangani kos sara hidup rakyat ketika negara menghadapi harga minyak yang tidak menentu. 

- Sumber: Bernama

Hafiz Suip selamat bertunang dengan Effy

HAFIZ Suip selamat bertunang dengan Effy. - Foto Instagram Hafiz 

KUALA LUMPUR: Hafiz Suip melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy sebentar tadi. 

Majlis pertunangan itu diadakan di Hotel Pullman, Kuching. Effy yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga berasal dari Kuching, Sarawak. 

Bakal isteri penyanyi lagu Masih Jelas itu juga sebenarnya mempunyai talian persaudaraan jauh dengan keluarganya dan berusia awal 20-an. 

Menurut Hafiz, mereka menjalin persahabatan sejak lima tahun lalu ketika beliau belum mencipta nama sebagai penyanyi. 

Hafiz tertarik dengan Effy kerana gadis itu lemah lembut, matang dan menghormati orang tua. 

Antara teman artis yang hadir ialah Khairil Azam Pilus dan Hazama.

SEKITAR majlis pertunangan Hafiz dan Effy di Hotel Pullman, Kuching malam ini. - Foto NSTP




- Sumber: BH Online 

‘Jihadi John': quiet football fan who developed thirst for war

An arrangment of British daily newspapers photographed in London shows the front-page headlines and stories regarding the identification of the masked Islamic State group militant dubbed ‘Jihadi John’ on February 27, 2015 -© AFP

LONDON: Mohammed Emwazi, named by British and US media as the Islamic State executioner known as “Jihadi John”, has been described as a quiet but intense young man who gradually developed a taste for war.

People who knew him quoted in British media reports said they could not reconcile their impressions of football-loving Emwazi with that of the “cold, sadistic and merciless” killer, as he is remembered by one former hostage.

Emwazi, 26, was born in Kuwait but the family moved to London when he was six years old and he grew up in North Kensington, a leafy middle-class area of west London where a network of Islamist extremists has has been uncovered in recent years.

As a child he was a fan of Manchester United football club and the band S Club 7, according to a 1996 school year book published by The Sun tabloid.

“What I want to be when I grow up is a footballer,” he wrote in the book.

He went on to study information technology at the University of Westminster, which confirmed that someone by that name left six years ago and said it was “shocked and sickened” by the allegations.

His university records, including a photograph, were published by Sky News on Friday.

The document revealed his birthdate to be August 17, 1988, and that he gained a lower second class (2:2) degree in his Information Systems with Business Management degree.

Some reports quoted former students remembering radicals at the university and said that a student connected to the radical group Hizb ut-Tahrir became president of its union.

– ‘Strange and unfriendly’ –

The campaign group Cage, which published years of correspondence with Emwazi, blamed his radicalisation on a post-graduation trip to Tanzania in 2009.

Emwazi told Cage the trip was a holiday but said he was accused by British authorities of planning to join al-Shabab fighters in Somalia.

Following overnight detention at gunpoint in Dar es Salaam, the Tanzanian capital, Emwazi said he and his friends were sent back to Britain via Amsterdam, being interrogated in both ports, according to the correspondence released on Thursday by the London-based charity.

He claimed that British intelligence services had been behind his detention, that they had asked him to become a spy and that they had promised him “a lot of trouble” after he rejected the offer.

On the advice of his mother and taxi-driver father, Emwazi flew to Kuwait to live with his fiancee’s family and took up a job in IT, Cage said.

He paid two return visits in 2010 to see his parents, who were now living in a modest house on the edge of a housing estate in west London.

Neighbour Elisa Moraise told the Daily Telegraph that Emwazi by then had become “strange and unfriendly”.

– ‘Adrenaline junky’ –

It was while trying to return to Kuwait after the second of these visits, in July 2010, that he claimed in his emails to Cage that authorities blocked him from travelling and put him on a terror watch list.

Court papers published by British media connected him to a networks of extremists known as “The London Boys” — originally trained by al-Shabab.

The Guardian newspaper said that some of them played five-a-side football together.

The papers also linked him to Bilal al-Berjawi, who became a senior leader of al-Shabaab but was killed in a US drone attack in January 2012.

After changing his name to Mohammed al-Ayan and one final failed attempt to enter Kuwait in early 2013, he went missing, the Cage emails said.

Cage said the police told his family they believe he travelled to Syria after that.

How he rose to become one of the world’s most wanted men is a mystery, but one hostage who fell under his control in the IS group’s hub in Raqqa talked of a “cold, sadistic and merciless” killer.

Two British trainee medics who met Emwazi when he visited friends in a Syrian hospital described him as “quiet, but a bit of an adrenaline junkie”.

“I spotted this guy walking in, dressed in full combat kit, with a pistol on a holster, magazine, shopping bag in one hand and talking on a phone in the other,” one of the medics told ITV News.

“He would bring drinks, sweets and ice cream”.

They described hearing of one incident in which Emwazi drew his gun against a group of armed men who threatened to rob his weapons.

“He seems like someone with not a lot to lose,” said the medic. 

 - Source: AFP

Adeline Tsen terus raih tawaran


Adeline Tsen


KUALA LUMPUR: Empat tahun setengah menceburi dunia seni, Adeline Tsen masih gigih membina nama. Saat ini Adeline masih tegar meneruskan perjuangan seninya dan tawaran berlakon tidak pernah surut.

Drama bersiri Hotel Mania yang pernah menghiasi TV3 beberapa tahun lalu menjadi percubaan pertamanya sebagai pelakon. 

Ketika itu, Adeline sebenarnya masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam kursus Ijazah Perakaunan.

Mei tahun lalu, dia sudah menamatkan pengajian di universiti berkenaan dan kini tumpuan penuhnya kepada bidang seni. 

"Saya masih meneruskan survival seni macam biasa. Tawaran kerja atau besar tetap datang. Kalau dulu masa belajar saya kena selektif menerima tawaran berlakon tapi sekarang tak lagi. Hingga saat ini pun saya masih berasakan diri ini sudah popular. 

"Saya masih anggap diri ini bertatih dan baru. Hijau lagi sebenarnya dan jauh lagi perjalanan seni saya. Cuma satu pencapaian peribadi yang saya banggakan selepas tamat pengajian, dua drama lakonan saya iaitu Rindu Awak 200 Peratus dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta meletup.

"Lucunya dua buah drama berkenaan watak saya bermula dengan pangkal Airen. Mungkin tuah Tahun Baharu Cinta gamaknya drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta menang Anugerah Drama TV Meletop di Anugerah Meletop ERA 2015 baru-baru ini," kata anak bongsu tujuh beradik itu.

Adeline turut berkongsi gambar sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikannya baru-baru ini. 

Dia pulang ke kampung halaman di Kota Belud, Sabah selama lima hari. Raya itu dimanfaatkan Adeline sebaik mungkin kerana sudah dua tahun dia tak pulang beraya.

"Memang seronok sesekali sekala dapat berjumpa ahli keluarga dan sanak saudara. Saya yakin semua orang akan gembira dapat berjumpa tersayang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adeline memberitahu dia juga saat ini sibuk mengacara untuk siaran Astro, menjalani penggambaran sitkom untuk TV3 selain terbabit dalam penggambaran drama Aidilfitri dan filem bersama Osman Ali.

Adeline Tsen bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Tahun Baharu Cina, baru baru ini.

Adeline Tsen bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Tahun Baharu Cina, baru baru ini.

Adeline Tsen bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ketika sambutan Tahun Baharu Cina, baru baru ini.

- Sumber: BH Online 

Tomok kongsi gambar bayi kedua di media sosial

GAMBAR anak kedua Tomok . - Ihsan Instragram Tomok

KUALA LUMPUR : Penyanyi Tomok berkongsi gambar anak keduanya di laman sosial Instagram empat jam lalu yang setakat tengah hari ini sudah mencecah lebih 28,000 'likes'.

Tomok memuat naik gambar yang dicapai dari paparan Twitter bagi memaklumkan kepada peminat yang isterinya, Siti Rahayu Abas telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal seberat 3.33 kilogram pada jam 1.34 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Tomok dan Siti Rahayu berkahwin pada 1 Julai 2011 di Dewan AU2, Keramat dan mempunyai seorang cahaya mata comel bernama Arrianshah Akid.

- Sumber: BH Online 

Pemimpin pembangkang Russia Boris Nemtsov ditembak mati


GAMBAR fail diambil pemimpin pembangkang Russia, Boris Nemtsov berucap semasa protes pembangkang, pada bulan Disember, 2011 di Moscow. - Foto REUTERS

MOSCOW: Pemimpin pembangkang Russia, Boris Nemtsov ditembak mati di tengah Moscow tengah malam tadi, demikian menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Russia.

"Di tengah Moscow, seorang lelaki dengan dokumen bernama Boris Yefimovich Nemtsov ditemui terbunuh," kata jurucakap berkenaan memberitahu AFP.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut.


Polis Moscow mengesahkan mengenai pembunuhan itu dan sudah membuka kertas siasatan.

"Menurut maklumat awal, seorang lelaki ditembak antara tujuh hingga lapan das dari sebuah kereta ketika mangsa sedang berjalan kaki menyusuri jabatan Bolshoi Moskvoretsky," kata pasukan penyiasat dalam satu kenyataan.

Nemtsov, antara pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Presiden Vladmir Putin.

Beliau memulakan karier politiknya sebagai Gabenor Wilayah Nizhny Novgorod di tengah Russia dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1990-an ketika pemerintahan Presiden Boris Yeltsin.

Selepas meninggalkan Parlimen pada 2003, beliau membantu kepada pembentukan beberapa parti dan kumpulan pembangkang.

Pembunuhan Nemtov ketika menjelangnya satu tunjuk perasaan besar-besaran pembangkang yang dijadualkan pada 1 Mac. 

- Sumber: AFP | Februari 28, 2015

At least, 48 percent of Malaysians are obese


Malaysians had the highest rate of obesity in the Asian region in 2011. - File Photo

BAGAN SERAI: At least, 48 percent of Malaysians, of whom 15.2 percent are adults, are obese, based on a National Health and Morbidity Survey (NHMS) in 2011.

Public Health Institute (IKU) director Dr Mohd Tahir Aris, who disclosed this, said it showed that the number of adults suffering from diabetes had gone up by 3.6 percent compared to 11.6 percent during the national survey in 2006.

"One in every three adult Malaysians is found to have high blood pressure while infectious diseases such as tuberculosis and vector borne diseases such as dengue fever are still hard to curb and always need appropriate attention," he said.

He said this to reporters after a ceremony to launch the 2015 National Health and Morbiditi Survey at Bukit Merah Laketown Resort here, Friday.

Malaysians had the highest rate of obesity in the Asian region in 2011, he added.

Earlier, Health deputy director-general (Research and Technical Support) Dr Shahnaz Murad said the Health Ministry (KKM) had picked 10,000 houses randomly with 40,000 respondents nationwide for the 2015 NHMS.

"Fifty-seven data gathering teams comprising research supervisors, nurses and part-time workers nationwide have been trained in preparation for the survey.

"The data-gathering survey, which will be conducted house-to-house, will be carried out from March to June," he said.

He said the modules entered into 2015 NHMS, among others, were related to cardiovascular diseases, namely, diabetes, hypertension, blood cholesterol level, smoking, lack of physical activities and diet status.

"Other than the main module, other modules found in 2015 NHMS include adult and children mental health, tuberculosis and leprosy, dengue fever and traditional and complementary treatments," he said.

According to Shahnaz, the findings of NHMS would assist KKM in evaluating, planning and implementing numerous health programmes in the country.

"The outcome of the survey can support periodical monitoring activities of non-communicable diseases other than contributing to the evaluation of the National Strategic Plan Indicator to tackle health problems in Malaysia," he said.

His speech text was read by Mohd Tahir.

- Source: Bernama 

Khairuddin dilucut jawatan Naib Ketua UMNO Bhg. Batu Kawan

UMNO Pulau Pinang telah menerima salinan surat pelucutan jawatan Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan.

GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang telah menerima salinan surat pelucutan jawatan Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan daripada ibu pejabat UMNO.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pelucutan jawatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan UMNO dan peraturan-peraturan persidangan UMNO.

"Ia juga selaras dengan Perkara 9A(1)(d) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seorang bankrap yang belum dilepaskan (undischarge bankrupt) tidak boleh memegang sebarang jawatan di dalam pertubuhan.

"Beliau (Khairuddin) telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap oleh mahkamah pada 24 Mei tahun lepas dan satu laporan mengenai kebankrapan dirinya telah dibuat ke ibu pejabat UMNO," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Musa berkata Khairuddin masih kekal sebagai anggota UMNO dan boleh menghadiri persidangan tahunan di peringkat cawangan tempat beliau menjadi anggota. 

- Sumber: Bernama 

Sepet ditayangkan kembali demi muzium Yasmin Ahmad

Filem yang melangkaui batas bangsa dan agama ini sentiasa dekat pada hati masyarakat kerana paparan kisah cinta dua bangsa yang sentiasa membuai perasaan penonton.

KUALA LUMPUR: Filem ikonik arahan pengarah tersohor Yasmin Ahmad, Sepet akan ditayangkan semula pada 13 Mac depan di Cineleisure, The Curve.

Selepas lebih 10 tahun sejak filem itu ditayangkan kepada umum, ia kembali menemui peminatnya bagi mengisi tabung dana kelangsungan Muzium Yasmin Ahmad At Kong Heng yang terletak di Ipoh.

Menerusi laman web www.movie-gogo.com, peminat boleh menyumbang sejumlah wang untuk berpeluang menyaksikan filem tersebut.

Dermawan terpilih turut berpeluang untuk bertemu bintang-bintang filem tersebut antaranya Sharifah Amani yang berperanan sebagai Orked, Ng Choo Seong (Jason), Adibah Noor (Kak Yam) dan ramai lagi.



Sejurus tayangan satu diskusi ilmiah yang dikemudi pengkritik filem terkenal, Hassan Muthalib berkenaan filem tersebut akan turut diadakan.

Filem yang melangkaui batas bangsa dan agama ini sentiasa dekat pada hati masyarakat kerana paparan kisah cinta dua bangsa yang sentiasa membuai perasaan penonton.

Dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18, Sepet dibintangi Ng Choo Seong, Sharifah Amani, Ida Nerina, Harith Iskander, Adibah Noor, Linus Chung, Tan Mei Ling dan Thor Kar Hoong.

Caranya mudah sahaja, sumbang sokongan anda di www.movie-gogo.comdengan menyatakan jumlah sumbangan anda (RM100, RM60, RM25, RM10, RM5 atau RM1).

Setakat ini sebanyak 56% tiket telah pun terjual, hanya tinggal 88 tiket yang masih boleh dibeli.

- Sumber: Astro Awani 

Kemalangan MRT Semantan: MRT Corp. tunggu laporan bedah siasat

MRT Corp. masih menunggu laporan bedah siasat berhubung punca kematian seorang pekerja warga Bangladesh di MRT Semantan.

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) masih menunggu laporan bedah siasat berhubung punca kematian seorang pekerja warga Bangladesh dalam kemalangan di tapak pembinaan MRT di Portal Semantan, di laluan Jalan Duta semalam.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awamnya Amir Mahmood Razak berkata bedah siasat terhadap mayat Rijaul Abdul Goni, 40, yang maut di tempat kejadian dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan siap lewat petang semalam.

"Laporan bedah siasat itu masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amir menafikan laporan media bahawa badan Rijauli hancur dalam kemalangan itu dan menurutnya laporan awal menyatakan badannya dalam keadaan baik.

"Syarikat kami sedang membuat persiapan untuk menghantar jenazah Rijaul pulang ke negaranya pada Isnin," katanya dan menurutnya syarikat telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berhubung perkara itu.

Dalam kemalangan itu, tiga pekerja Bangladesh sedang memasang kerangka besi tetulang di tapak V4 Portal Semantan pada 1.20 tengah hari semalam apabila ikatan antara besi tersebut dan kerangka terputus dan menghempap pekerja berkenaan.

Sementara seorang lagi pekerja, Shanaullah yang dihantar ke HKL kerana mengalami kecederaan di muka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas surgeri dilakukan pada hidungnya manakala seorang lagi pekerja Rozlu Karim tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Amir berkata syarikat merakamkan takziah dan rasa kesal dengan kejadian itu kepada keluarga pekerja berkenaan berhubung kejadian malang itu.

Katanya MRT Corp bersama-sama pihak berkuasa relevan sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kejadian itu. 

- Sumber: Bernama

Gelandangan di KL semakin bertambah

Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat sejak kerajaan mengumumkan pembinaan pusat perlindungan golongan itu.

KUALA LUMPUR: Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat sejak kerajaan mengumumkan pembinaan pusat perlindungan golongan itu, kata ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib semasa perjumpaan ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur petang tadi, berdasarkan kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Datuk Bandar membuat kajian pada tahun lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan DBKL akan bina pusat perlindungan gelandangan, semasa itu ada kira-kira 600 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

"Tetapi selepas berita itu, ia telah menarik perhatian lebih ramai gelandangan. DBKL kini telah banci kira-kira 1,500 hingga 2,000 gelandangan di Kuala Lumpur setiap hari," katanya kepada pemberita di pejabat DBKL hari ini.

Dakwa beliau, semasa beliau bertanya kepada Ahmad Phesal tentang jalan penyelesaian yang terbaik, Ahmad Phesal menjawab, "tangkap semua".

Bagaimanapun Ahmad Phesal ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat tersebut, nafi akan mengambil tindakan sedemikian.

"Tak boleh la sebab ini masalah sosial yang perlu ditangani oleh kerajaan... dulu kita buat ikut tindakan penguatkuasaan, tetapi kita sedar ada kategori-kategori yang perlu kita lihat supaya dapat kita selesaikan," jelasnya.

Namun beliau mengakui bertambahan jumlah gelandangan di ibu kota itu.

"Nampaknya gelandangan sudah bertambah sampaikan orang yang berkeupayaan pun tunggu hendak makan sebab selalu dapat makan percuma, jadi sekarang makin bertambah," kata Ahmad Phesal.

Mengulas tentang pelan penyelasaian, katanya terdapat tiga pusat perlindungan yang kini sedang dibangunkan DBKL termasuk satu projek kendalian Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di bawah tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada kerajaan.

Katanya pusat perlindungan yang dibangunkan MRCB itu melibatkan kompleks di atas tapak berukuran 12,000 kaki persegi di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Keduanya kami bercadang hendak mengambil bekas hotel di Jalan Chow Kit dan sekarang dalam proses untuk memiliki premis itu," katanya.

Maklum beliau, DBKL juga akan membina kabin sementara di Jalan Medan Tuanku sebagai satu lagi pusat perlindungan gelandangan.

Mengulas lanjut tentang projek MRCB itu, katanya projek tersebut telah dimulakan sebulan lalu dan dijangka siap dalam masa setahun hingga satu setengah tahun dan dikhususkan untuk gelandangan lelaki dan wanita.

Najib pada Julai lalu telah mengumumkan pembinaan pusat perlindungan gelandangan selepas melakukan tinjauan aktiviti dapur jalanan yang memberi makanan percuma kepada golongan tersebut di Jalan Tun Perak.

- Sumber: Astro Awani 

Robin van Persie ruled out of FA Cup clash against Arsenal



Manchester United striker Robin van Persie is set for a lengthy lay-off because of an ankle injury, manager Louis van Gaal has revealed. 

Van Persie, who has scored 10 goals for United this season, turned his right ankle in the closing stages of the 2-1 defeat to Swansea last Saturday and left the Liberty Stadium on crutches.

Scans have shown the injury is "not heavy", according to Van Gaal, but he still expects a relatively long spell out for the former Arsenal man.

The United boss said: "He is injured. He is the only injured player I have so we change (Michael) Carrick for Van Persie.

"He has an ankle problem. But I don't think it's very heavy but an ankle problem takes a long time. It's not one week or two weeks but we have to wait and see."

Even a two-week recovery would mean Van Persie returning to fitness on March 13 but United face his former club Arsenal in the FA Cup quarter-finals on March 9.

Dutch striker Van Persie has struggled for fitness and form this season, scoring 10 goals in 24 appearances, and his latest setback could see Radamel Falcao handed an extended period in the starting XI.

However, the Colombian, who joined United on a season-long loan from AS Monaco for £6 million, has failed to live up to expectations, scoring just four goals in 19 appearances.

United have the option of paying around £43 million to make Falcao's move permanent at the end season, but Van Gaal did little to boost the 29-year-old's confidence when asked if he would start against Sunderland on Saturday.

"The possibility is higher (that Falcao will play) of course because when a striker is away another has to play," he said. "We will have to wait and see."

United could climb above Arsenal into third in the Premier League table if they beat Sunderland at Old Trafford as the Gunners host Everton on Sunday.

Van Gaal admitted it was "a rat race between five clubs" to finish in the top four and said it would be a "big disappointment" if United failed to qualify for the Champions League.

"Our process is continuing and always we are going better," the Dutchman said. "In spite of the many injuries we have had in the first half of the season and also in spite of the criticism of our defence, we are there.

"We are still in the FA Cup so I am pleased with the results, but not with a lot of the performances of my team.

"When you see our matches we are mostly the better team, but the better team is not always winning." 

-Source: PA Sport - 2/27/15, 8:42 PM

OPTIMISER dari First by Celcom berbaloi

PERSOALANNYA adakah kecenderungan anda lebih kepada 'suara' atau Internet?

Memperkenalkan OPTIMISER dari First by Celcom untuk pengguna yang mencari tawaran paling berbaloi untuk panggilan telefon, penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) dan Internet.

Sebagai seorang pengguna First, pengalaman mobile anda akan dibawa ke satu tahap baru dengan OPTIMISER.

Dengan melihat pada tabiat penggunaan telefon bimbit anda, OPTIMISER boleh mereka satu pelan khusus kepada keperluan anda. 

Malah anda masih boleh menikmati penggunaan Internet dan SMS serta panggilan tanpa gangguan selepas menghabiskan jumlah yang diperuntukkan. 

First adalah milik anda dengan harga RM85 dan melalui OPTIMISER, anda diberi Internet sebanyak 2GB data dan 2GB WiFi serta panggilan dan SMS (150 minit dan 150 SMS) secara percuma!

Pastinya ada yang tertanya, mengapa mahu pilih First by Celcom? Selain merupakan pemenang Forst & Sullivan Awards, mereka dikenali dengan tawaran pakej dan pelan yang terbaik. 

Ia juga merupakan rangkaian terpantas, membolehkan anda kekal berhubung tak kira di mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, khidmat pelanggan Celcom sentiasa bersedia untuk menolong anda.



- Sumber: Amanz

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang First, layari https://www.celcom.com.my/personal/plans/first

Leonard "Mr Spock" Nimoy meninggal dunia pada usia 83 tahun

Leonard Nimoy, pelakon yang pernah memegang watak utama dalam siri sains fiksyen, Star Trek meninggal dunia pada usia 83 tahun.

LOS ANGELES: Leonard Nimoy, pelakon yang pernah memegang watak utama dalam siri sains fiksyen, Star Trek meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana radang paru-paru.

Nimoy memulakan pembabitannya dalam drama Star Trek dari tahun 1966 hingga 69.

Dia jadi tumpuan ramai kerana wataknya sebagai Mr. Spock iaitu separuh manusia dan vulcan.

Selepas popular dengan Star Trek, beliau ditawarkan untuk membintangi drama bersiri terbaru Mission Impossible.

Nimoy juga pernah menghasilkan buku puisi dan cerita kanak-kanak.

Dilahirkan di Boston, beliau berkahwin dengan Sandra Zober dan mempunyai dua anak iaitu Julie dan Adam.

Selepas bercerai pada 1988, dia berkahwin dengan eksekutif filem terkemuka, Susan Bay. 

- Sumber: AFP

After movie, Malaysia also bans ‘Fifty Shades’ books

Director of the film Sam Taylor-Johnson, cast members Jamie Dornan, Dakota Johnson and author EL James arrive for the British premiere of the movie ‘Fifty Shades of Grey’ in London February 12, 2015. — Reuters pic

KUALA LUMPUR, Feb 27 — The Home Ministry has banned the popular “Fifty Shades of Grey” erotica trilogy, citing reasons of morality, after previously prohibiting the screening of the movie adaptation locally.

The order under the Printing Presses and Publications Act 1984 dated February 24 banned the printing, publication and even ownership of the romance novels by British author EL James featuring sadomasochism — “Fifty Shades of Grey”, “Fifty Shades Darker” and “Fifty Shades Freed” — throughout the country, three years after the books have been available in stores.

“The printing, importation, production, reproduction, publishing, sale, issue, circulation, distribution or possession of the publication described in the Schedule, which is likely to be prejudicial to morality, are absolutely prohibited throughout Malaysia,” Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said in the order.

The Film Censorship Board (LPF) had earlier banned the film adaptation of “Fifty Shades of Grey”, reportedly saying that the movie contained unnatural and “sadistic” sex scenes, such as scenes of a woman being bound and whipped.

The “Fifty Shades” trilogy, dubbed “mommy porn”, has sold more than 100 million copies around the world since its publication by Vintage in 2012.

The softcore erotica books chronicle the relationship between virginal student Anastasia Steele and 27-year-old billionaire Christian Grey.

- Source: Malay Mail online

Robot jadi teman hidup popular warga Jepun


ISUMI: Asap setanggi berkepul-kepul keluar daripada sebuah kuli Buddha, manakala Sami membacakan mantera untuk si mati. Ia adalah upacara sebenar, cuma yang terlantar di mimbar bukanlah orang tetapi robot anjing yang sudah menjadi fenomena di Jepun. 

Peranti itu yang dipanggil 'AIBO', robot teman ria kegunaan isi rumah pertama seumpamanya, dilengkapkan cip Kepintaran Rekaan (AI) yang membolehkannya membangunkan personaliti sendiri. 

"Saya dapati pemilik percaya robot berkenaan mempunyai roh sendiri," kata Nobuyuki Narimatsu, 59, pemilik sebuah syarikat baik pulih elektronik yang mengkhusus kepada produk vintaj. 

Sony melancarkan generasi pertama AIBO pada Jun 1999, yang mana kumpulan pertama mencatat jualan 3,000 unit dalam tempoh 20 minit walaupun harga seunit lebih AS$2,000 (RM7,268). 

Dalam tempoh beberapa tahun berikutnya, lebih 150,000 unit sudah dijual dalam pelbagai varian. 

Anjing robot berkenaan dilengkapkan dengan pelbagai pengimbas, kamera dan pembesar suara. Malah, generasi terkini boleh bercakap. 

Bagaimanapun menjelang 2006, Sony dilanda masalah apabila model perniagaannya tidak dapat dipertahankan dan ia berhadapan saingan sengit dalam pelbagai bidang. AIBO, peranti atau alat permainan mahal, malah kadang kala dianggap remah, terpaksa dihentikan keluaran. 

Sony menutup 'Klinik AIBO' pada Mac 2014. ..dan sejak itulah bermulanya detik sukar bagi pemilik AIBO termasuk Hideko Mori, 70, yang menjadikan AIBO teman rapatnya selama lapan tahun.

"AIBO memang senang dijaga, ..saya tidak pernah sangka akan ada penghujung kepada hayatnya," katanya. 

Kepada pemilik AIBO selepas itu, kerosakan robot mereka sukar dibaiki kerana ketiadaan komponen. Jika ada sekali pun, hanyalah dengan cara mengambil bahagian daripada AIBO lain yang sudah tidak lagi digunakan. 

Pembaikan AIBO dilaksanakan syarikat A FUN, yang terdiri daripada bekas jurutera Sony. Bagi penyelia di A FUN, Hiroshi Funabashi, pemilik AIBO tidak menganggap robot itu sebagai mesin sebaliknya sebahagian ahli keluarga. 

Dalam pada itu, Bungen Oi, seorang sami di kuil Kofukuji, Isumi berkata dia terkejut dengan sikap taasub pemilik terhadap robot mereka. 

"Pada masa depan, kita akan dapat lihat sejauh mana manusia terikat dengan robot yang menjadi sebahagian hidup mereka," katanya. 

Sementara itu, gergasi telekomunikasi Jepun, Softbank mengumumkan akan mula menjual robot berbentuk manusia dikenali Pepper menjelang pertengahan tahun ini pada kos dianggarkan AS$2,000 seunit.

Walaupun bukan untuk membantu membuat kerja rumah, Pepper disasar menjadi teman rapat pengguna menerusi keupayaannya membangunkan personaliti sendiri seperti juga yang pernah dialami pemilik AIBO sebelum ini. 

- Sumber: AFP

Leonard Nimoy, Spock on 'Star Trek,' dead at 83

Leonard Nimoy, Spock on 'Star Trek,' dead at 83

LOS ANGELES: Veteran actor Leonard Nimoy, who delighted sci-fi fans worldwide with his iconic turn as the pointy-eared half-human, half-Vulcan Mr Spock in the "Star Trek" television series and films, died Friday aged 83.

Nimoy, who suffered from chronic obstructive pulmonary disease, died at his home in Los Angeles, his family and agent said. A private memorial service was being planned.

Tributes poured in from castmates, actors, fans, the wider science community -- and President Barack Obama.

"I loved him like a brother. We will all miss his humor, his talent, and his capacity to love," said William Shatner, who played the hot-headed Captain James T. Kirk on the ground-breaking "Star Trek," which debuted in the 1960s.

George Takei, who portrayed Mr Sulu on the sci-fi show, tweeted: "Rest in peace with the stars, my dear friend."

"So many of us at NASA were inspired by Star Trek. Boldly go..." the US space agency said on Twitter, highlighting one of the series' main catchphrases -- "To boldly go where no man has gone before."

Obama said simply: "I loved Spock."

- Career-defining role -

Born in Boston on March 26, 1931 to Jewish immigrant parents from what is now Ukraine, Nimoy left for Hollywood at the age of 18, winning a sprinkling of small parts in 1950s television series.

With his square jaw and serious features, Nimoy worked his way into showbiz playing cowboy characters and lawmen before he found a niche that would last a lifetime in the world of science fiction.

In 1966 he was cast in his greatest role -- as the ever-logical Spock, the science officer aboard the spaceship USS Enterprise, which ventured around the galaxy, exploring new worlds in death-defying odysseys.

Spock was the cool counterpoint to Kirk, played by Shatner, and the even-tempered sparring partner of ship doctor Leonard "Bones" McCoy, played by DeForest Kelley.

The trinity had ratings-boosting chemistry that sustained "Star Trek" during its initial four-year run.

Spock would be resurrected for several feature films after "Star Trek" snowballed into a cultural phenomenon in the 70s and 80s, making his Vulcan salute and salutation "live long and prosper" a touchstone of the science-fiction world.

Nimoy later revealed he based the hand gesture on a Jewish blessing.

In addition to acting, Nimoy was an accomplished director.

He directed two of the Star Trek films including one of the most well received, "Star Trek IV: The Voyage Home." Nimoy also directed 1987 hit comedy "3 Men and a Baby" starring Tom Selleck.

- Role model for geeks -

Nimoy, along with some of his co-stars, struggled with the type-casting stardom he was thrown into by legions of earnest "Star Trek" fans.

In 1975 he authored the book "I am Not Spock," attempting to open up space between himself and the character that had so captured people's imaginations.

While "Star Trek" fever built, Nimoy starred in "Invasion of the Body Snatchers" in 1978, and then alongside Ingrid Bergman in 1982's "A Woman Called Golda."

Nimoy would eventually embrace his role as an authority figure in the sci-fi world. He wrote a rebuttal to his earlier memoir -- "I am Spock" in 1995.

As Spock, Nimoy became a role model for nerds and geeks: he was calm under pressure with a logical response always at the ready.

He related an "embarrassing" anecdote to The New York Times in 2009 when he toured a California university with scientists who looked to Spock for approval.

"Then they’d say to me, 'What do you think?' Expecting me to have some very sound advice. And I would nod very quietly and very sagely I would say, 'You’re on the right track'."

Nimoy had two children with his first wife, and was married to his second wife Susan since 1989.

- Active later years -

Nimoy built off his sci-fi and Spock fame for the rest of his career, lending his voice to documentaries, video games and television shows.

He sold "Live Long and Prosper" apparel, and waved the Vulcan salute at "Star Trek" conventions.

He returned to "Star Trek" as an older version of his Spock character in the franchise's reboot directed by J.J. Abrams in 2009 and in a 2013 sequel.

Nimoy remained active in his later years, releasing photography books and poetry.

He also took a role on sci-fi TV series "Fringe," which ran from 2008 to 2013 and was also directed by Abrams.

In his last tweet, posted Monday under his handle @TheRealNimoy, Nimoy said: "A life is like a garden. Perfect moments can be had, but not preserved, except in memory."

In the heart of Hollywood on Friday, fans paid tribute to Nimoy at his star on the Walk of Fame.

"Before Obi-Wan, before Yoda, before Star Wars -- there was Spock," said Gregg Donovan, an English-born actor dressed in a top hat, a red tailcoat and white gloves, who said he once bagged Nimoy's groceries at a Los Angeles supermarket.

- Source: AFP