Thursday 9 July 2015

Kejam! Acu parang, heret, rogol, tumbuk

Tertuduh (tengah) dikawal ketat polis ketika keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan.

KOTA BHARU – Kejam! Itu kata hakim kepada seorang penganggur sebelum menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan kerana merogol seorang remaja berusia 13 tahun yang turut diacukan parang dan ditumbuk.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Rezza Fitri Sepei, 30, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

“Perlakuan kami sungguh serius dan kejam! Saya harap hukuman yang dijatuhkan ini akan memberi peluang kepada kamu berfikir apa yang sudah kamu lakukan dan jadikannya pengajaran serta belajar daripada kesilapan ini,” kata hakim.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun 10 bulan itu di tepi kawasan tanah kosong berhampiran kebun getah di Kampung Tegayong, Melor, di sini, antara jam 11 malam dan 12 tengah malam, 19 April lalu.

Pada jam 9.30 malam kejadian, mangsa tertidur di bahagian tengah rumahnya bersama adik perempuan yang berusia 11 tahun. Tiba-tiba, mangsa dikejutkan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Ropi iaitu tertuduh.

Tertuduh mengheret mangsa ke ruang tamu sambil mengacu parang kepada mangsa. Mangsa yang cuba melawan menyebabkan tertuduh terlanggar rak pinggan dan bunyi menyebabkan bapa mangsa yang ada di luar rumah masuk ke dapur.

Ketika itu, bapanya pula diacukan parang dan tidak dapat berbuat apa-apa. Tertuduh terus mengheretnya ke dalam hutan berhampiran rumah dan merogolnya. Mangsa cuba melawan, tetapi ditumbuk di bahagian kiri muka.

Seterusnya, mangsa kemudian meminta tertuduh supaya membenarkannya pulang dan tertuduh berpesan agar tidak menceritakan kejadian itu kepada ayahnya. Pada keesokan hari, mangsa dibawa ke balai untuk membuat laporan.

Pemeriksaan doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, mengesahkan mangsa dirogol dan mengalami luka pada bahagian belakang dan lutut kiri. Mangsa cam tertuduh melalui kawad cam kerana memang kenal tertuduh.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mariah Omar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira jenayah serius yang dilakukan terhadap remaja terbabit.

Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 22 April lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

'Saya tidak akan tembak jika tahu dia budak'

Aminulrasyid Amzah

SHAH ALAM - "Saya tidak akan lepaskan tembakan jika‎ mengetahui pemandu kereta Iswara Putih ialah seorang budak," kata seorang anggota polis pada perbicaraan kes saman keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang maut ditembak di kepala kira-kira lima tahun lepas.

Konstabel Tambahan Mohd Izham Mahayadin, 31, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau juga tidak akan melepaskan tembakan jika mengetahui bahawa kereta itu dipandu oleh Aminulrasyid, 15.

Mohd Izham yang bertugas di cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Zulkifly Omar yang mewakili defendan pertama dalam kes saman itu, Koperal Jenain Subi.

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 66, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 45, selaku plaintif menamakan Jenain, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid, akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa anggota polis itu tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan tujuan menghentikannya.

Dalam pernyataan saksinya, Mohd Izham berkata pada hari kejadian, ketika di Persiaran Dato' Menteri, kereta peronda yang dinaikinya telah dipintas oleh kereta dipandu Aminulrasyid dalam keadaan laju serta mencurigakan dan beliau turut dimaklumkan oleh pemandu kereta peronda, Koperal Azhar Hashim bahawa kereta Iswara tersebut telah melanggar lampu isyarat merah.

"Koperal Azhar terus mengejar kenderaan tersebut dengan membuka beacon light (suar) dan membunyikan siren dan saya telah memberikan arahan beberapa kali kepada kenderaan tersebut supaya berhenti di tepi jalan menggunakan mikrofon dalam kereta peronda tersebut, namun kenderaan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti malahan semakin laju.

"Kereta peronda kami cuba memintas tetapi gagal dan kenderaan itu juga telah beberapa kali menghimpit kereta peronda kami. Saya kemudian telah buat hebahan untuk meminta bantuan daripada kereta peronda berhampiran untuk menahan kenderaan tersebut," katanya.

Mohd Izham yang merupakan saksi empat defendan lain berkata, selepas membuat hebahan kereta peronda mereka masih mengekori kereta dipandu Aminulrasyid sehingga di hadapan Hotel Concorde dan kemudian beliau melihat sebuah lagi kereta peronda dinaiki Jenain turut mengejar kereta remaja berkenaan sehingga memasuki Bulatan Kayangan.

Saksi itu berkata semasa di Bulatan Kayangan beliau telah melepaskan tembakan ke arah tayar kanan belakang kereta Iswara itu dengan niat untuk memberhentikan kenderaan tersebut yang dipandu dengan laju dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Pada masa itu, cara pemanduan kenderaan tersebut yang agak agresif juga telah menimbulkan rasa syak terhadap pemandu kenderaan tersebut," katanya. 
Seterusnya, Mohd Izham berkata apabila kereta peronda dinaikinya memasuki Jalan Tarian 11/2 beliau terdengar beberapa das tembakan dilepaskan dan beliau melihat kereta Iswara itu masih terus bergerak sebelum kemudian naik ke bahu jalan dan melanggar tembok rumah.

"Selepas kereta Iswara itu terbabas, saya dan Koperal Azhar lihat seorang lelaki di belakang kenderaan itu cuba melarikan diri dan Koperal Azhar cuba menangkap lelaki itu namun tidak berjaya. Kami cuba mengejarnya tetapi lelaki itu berjaya melarikan diri dan apabila berpatah balik ke tempat kereta Iswara terbabas saya lihat seorang lelaki tidak sedarkan diri tertiarap dengan separuh kakinya terkeluar dari kenderaan itu," katanya.

Ketika disoal balas peguam N.Surendran yang mewakili keluarga Aminulrasyid, anggota polis itu bersetuju bahawa ketika mengejar kereta Iswara berkenaan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat sama ada pemandu dan penumpang dalam kenderaan itu telah melakukan jenayah.

Mohd Izham bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Surendran bahawa tindakan beliau menembak kereta Iswara itu kerana syak kononnya pemandu kenderaan itu seorang penjenayah adalah alasan yang tidak boleh diterima.

"Maksudnya kalau rasa syak pada mana-mana kereta membolehkan awak melepaskan tembakan," soal Surendran.

"Bukan syak sahaja tetapi syak disebabkan perbuatan kenderaan itu dan tembakan dilepaskan hanya untuk berhentikan kenderaan," jawab saksi itu.

"Bukankah awak telah diberi latihan tentang bagaimana hendak memberhentikan kereta," soal Surendran.

"Latihan membabitkan pemanduan biasa sahaja bukan membabitkan high pursuit (mengejar dengan hebat) seperti ketika kejadian," jawabnya.

Ketika pemeriksaan semula oleh Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub mengenai perkara yang bermain di fikirannya ketika mengejar kereta dipandu Aminulrasyid, Mohd Izham menjawab ketika itu yang terlintas di fikirannya ialah pemandu kereta Iswara tersebut ialah seorang penjenayah yang baru selesai melakukan jenayah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung pada 14 dan 19 Ogos ini.

- Sumber: Bernama

Ketua kumpulan 'Nuar Ayam' direman enam hari lagi


BACHOK - Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman terhadap suspek dipercayai ketua kumpulan 'Nuar Ayam' selama enam hari lagi bermula hari ini.

Perintah lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin selepas tahanan reman suspek selama 14 hari berakhir hari ini.

Suspek berumur 37 tahun itu dipercayai terlibat dalam 23 kejadian jenayah di negeri ini melibatkan satu kes bunuh, 16 kes samun, empat kes pemerasan, satu kes rogol dan satu kes melepaskan tembakan.

Kebanyakan kejadian berlaku di daerah Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

- Sumber:  Bernama

1MDB tidak serah dokumentasi penting pada Audit


KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara berdepan dengan masalah apabila kurang mendapat kerjasama daripada pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari segi dokumentasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu antara isu yang dibangkitkan Jabatan Audit semasa menyiapkan laporan interim syarikat tersebut.

"Secara keseluruhan PAC berpuas hati dengan kerja yang dilakukan Jabatan Audit nampak menyeluruh dan dibuat dengan telus.

"(Bagaimanapun) ada dua perkara yang ditimbulkan dari segi dokumentasi seperti penyata bank dan perjanjian-perjanjian syarikat tidak diberi kerjasama yang baik dari pengurusan 1MDB. 

"Jadi kita minta mereka beri kerjasama kepada audit untuk teruskan kerja mereka supaya laporan itu dapat dimuktamadkan, " katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai proses pengauditan 1MDB, hari ini.

- Sumber: Sinar Harian 

WSJ allegations against Najib Razak a test for Malaysia's judiciary

Datuk A. Kadir Jasin said the whole controversy kicked up by the WSJ report last week is a stress test for the country's judiciary system.

KUALA LUMPUR: Prominent blogger Datuk A. Kadir Jasin said the controversy kicked up by The Wall Street Journal (WSJ) expose last week which implicated Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, is a stress test for the country's judiciary.

"It will test the principle that nobody is above the law in our country," he wrote in his blog today.

He said precedent had been set by the prosecution of prominent politicians since the time of Tunku Abdul Rahman.

Among cases Kadir cited were of former cabinet minister Abdul Rahman Talib, former Selangor Mentri Besar Datuk Harun Idris, and former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, as examples of those in positions of power who were taken to court.

He said Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail now has his task cut out for him in handling the allegations made by The Wall Street Journal.

"The question here now is, does Abdul Gani really want to bring all those involved, including Najib, to justice?" the former New Straits Times (NST) group chief editor questioned.

He said Abdul Gani shoulders a heavy responsibility as the information he has before him is also available to other agencies like the police and Bank Negara.

"Some of the information and relevant documents have also been leaked and is in the hands of third parties, including the foreign media," Kadir said.

Commenting on the formation of the inter-agency task force now looking into alleged misappropriation of funds linked with embattled strategic development company 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kadir believed the team is in a position to get to the bottom of things.

He said this is because the agencies, working together, would less likely be subjected to coercion or threats, compared to if they were working separately. 

- Source: Astro Awani 

Computer glitch grounds United flights for an hour

United, owned by parent United Continental Holdings, serves 235 destinations in the United States with a fleet of 691 mainline aircraft and 566 regional planes.

WASHINGTON: A computer glitch grounded United Airlines flights at US airports for the second time in six weeks early Wednesday, backing up thousands of passengers in the busy morning travel rush.

Flights were prevented from taking off for more than an hour due to "automation issues," the Federal Aviation Administration said in an initial notice.

United Airlines confirmed on its Twitter account that it experienced a "network connectivity issue" and apologized to customers "for any inconvenience."

Wednesday's delay began at 8:26 am EST (1226 GMT) and initially applied to all flights operated by United and its subcontractors. While the subcontractors were soon cleared, United was unable to fix the problem for their entire service until 1347 GMT.

In early June, United flights were grounded in the US for more than 40 minutes due to a computer problem.

Long lines at check-in and confused, frustrated customers were seen on local television stations as a reported 3,500 flights worldwide were affected.

An AFP reporter at the Newark, New Jersey airport said things were calm inside the terminal where people had already checked in for their flights.

United, owned by parent United Continental Holdings, serves 235 destinations in the United States with a fleet of 691 mainline aircraft and 566 regional planes. 

- Source: AFP

Dua lagi anggota bayi dijumpai - Polis

Kaki dan tangan bayi itu ditemukan di lokasi sama iaitu di dalam tangki najis rumah yang sama kira-kira 3.30 petang tadi. -Gambar hiasan

ALOR SETAR: Dua lagi anggota badan bayi yang dikerat lapan di Kampung Manggol, Jitra semalam, dijumpai hari ini, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdullah.

Beliau berkata, kaki dan tangan bayi itu ditemukan di lokasi sama iaitu di dalam tangki najis rumah yang sama kira-kira 3.30 petang tadi.

Abdul Rahim berkata ini menjadikan kesemua lapan bahagian bayi tersebut telah lengkap ditemukan.

"Kaki dan tangan itu akan dihantar ke Hospital Alor Setar untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, polis menemukan sebahagian tubuh bayi yang dikerat lapan di dalam tangki najis sebuah rumah di Kampung Manggol.

Polis mengesahkan bayi perempuan itu dikerat oleh ibunya menggunakan senjata tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri, sebelum dibuang di tangki najis.

Hasil bedah siasat mendapati bayi perempuan itu sudah meninggal dunia ketika dilahirkan.

Suspek berusia 31 tahun dari Kampung Tanjung, Mukim Binjal di sini melahirkan bayi itu pada usia kandungan lapan bulan dalam tandas di rumah datuknya.

- Sumber: Bernama

Siapa bocor maklumat siasatan kepada WSJ?

Siapa bocor maklumat siasatan kepada WSJ?

KUALA LUMPUR: Persoalan siapa bocor maklumat siasatan kepada Wall Street Journal (WSJ) dilihat akan terjawab selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan supaya siasatan penuh dibuat.

Misteri itu juga akan terjawab apabila gesaan Abdul Gani itu turut disokong Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Siasatan dijalankan selepas laporan yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.

Isunya jika diteliti mungkin remeh selepas awal-awal lagi 1MDB sendiri sudah menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik Najib.

Namun, persoalannya tetap berlegar di fikiran rakyat negara ini apabila Najib seolah-olah tidak dibiarkan tidur 'lena' oleh WSJ dan portal Sarawak Report yang berterusan menyerangnya dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan yang 'dilihat' sahih.

Bagaimanapun, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa semua pendedahan WSJ atau Sarawak Report tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh, sekali gus kesahihannya boleh dipertikai.

Menarik apabila Abdul Gani sendiri mengaku isu ini bukan persoalan 'whistle-blowing' kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan.

Namun, apa yang dibimbangkan Abdul Gani adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.

Najib juga mungkin boleh menghela nafas sedikit lega apabila Gani turut memberitahu perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai olehnya.

Amaran yang ditimbulkan Abdul Gani nampak jelas, individu dalaman yang membocorkan maklumat sulit siasatan akan berhadapan kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Selain itu individu berkenaan turut berhadapan kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan.

Spekulasi sebelum ini juga dilihat diteruskan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut.

"Dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Bagaimanapun Khalid pantas menafikan pembunuhan Hussain ada kaitan dengan siasatan yang dilakukan ke atas 1MDB.

Khalid turut dilaporkan berkata tidak akan menuruti saranan orang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah yang memintanya untuk menahan atau menangkap individu tertentu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada Rabu, portal Sarawak Report yang mendedahkan isu ini dilapor mengalami serangan siber, sesuatu yang dianggap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai 'pembalasan' terhadap tindakan laman web itu yang didakwa banyak melakukan pembohongan.

Isu siapa yang mendedahkan sumber juga pernah dibangkit Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu pihak berkenaan perlu mendedahkan sumber sebelum mengeluarkan laporan yang dikatakan sahih oleh mereka.

Klimaknya, Najib sendiri pada Rabu telah mengarahkan peguamnya menghantar surat kepada WSJ bagi meminta pengesahan mengenai laporan akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Perdana Menteri di dalam arahan surat itu juga meminta WSJ mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat dan menuduhnya menyalahgunakan dana milik 1MDB.

Najib juga pada akhir kenyataannya menegaskan tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

"Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO," jelasnya.

- Sumber: Astro Awani 

Proton pertaruh 3 model baharu tahun depan


PROTON Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke 30 hari ini, akan mempertaruhkan tiga model generasi baharu tahun hadapan bagi meningkatkan jualan dan prestasi kewangan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata model baharu tersebut merupakan peningkatan daripada model sedia ada iaitu Saga, Persona dan Perdana hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda.

"Dalam industri automotif, memang kita ada pinjam meminjam teknologi. Syarikat kereta gergasi (yang lain) pun bertukar-tukar teknologi. Dalam hal ini, kita cuma menggunakan platform sahaja daripada Honda dan yang lain adalah hasil usaha kita sendiri.

"Saya benar-benar berharap ketiga-tiga model yang akan memasuki pasaran secara berperingkat mulai Januari tahun hadapan akan mendapat sambutan yang memberangsangkan," katanya pada majlis berbuka puasa Proton di sini, hari ini.

Beliau berkata model-model tersebut akan memiliki reka bentuk dan sistem elektronik terkini mengikut cita rasa pengguna zaman ini, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

Mahathir berkata prestasi Proton agak kurang baik sekarang ini walaupun telah berusaha dengan gigih menghasilkan kereta yang berkualiti dan canggih setaraf kereta luar negara seperti model Iriz.

"Saya dapati model Iriz sangat baik kerana amat ringan dan mudah dipandu berbanding dengan kereta luar negara yang sama kualiti. Namun sambutan pengguna kurang baik.

"Walau bagaimanapun, baru-baru ini kita dapati sambutan bagi model Preve lebih baik," katanya. 

- Sumber: Bernama

Tun M cabar Najib tunjuk akaun bank


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar untuk mendedahkan butiran akaun bank bagi membuktikan tiada dana sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun miliknya.

Cabaran itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi temu bual bersama media antarabangsa BBC UK yang disiarkan semalam.

Dr Mahathir berkata, dengan mendedahkan akaun milik peribadi, perdana menteri boleh membersihkan namanya daripada skandal yang melibatkan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, sebelum ini Najib menyangkal semua tuduhan yang dibuat terhadap beliau dan mendakwa semua tuduhan itu adalah satu komplot yang dirancang untuk menjatuhkan kredibiliti sebagai perdana menteri.

“Beliau (Najib) kata itu satu komplot, dan mengarut serta tidak benar. Buktikan bahawa perkara itu tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.

“Beliau mempunyai akaun-akaun bank. Apa yang beliau perlu buat ialah berkata: ‘Anda periksa akaun saya, anda lihatlah,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak pernah bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan Najib.

Melalui temu bual itu juga Dr Mahathir turut mengulangi persoalan yang dibangkitkan beliau sebelum ini berhubung di mana dana RM42 bilion milik 1MDB.

- Sumber: Sinar Harian 

Dana Petronas talian hayat Najib selamatkan 1MDB?

Mohd Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – PKR tidak menolak kemungkinan dana Petronas akan digunakan sekali lagi bagi menyelamatkan syarikat atau agensi kerajaan yang bermasalah termasuk syarikat pelaburan 1Malaysia Develepoment Berhad (1MDB).

Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan “talian hayat” itu sebagai pilihan utama untuk menyelesaikan masalah syarikat yang sarat dengan hutang itu dengan alasan sebagai salah satu pelaburan.

“Apatah lagi kerana Tun Razak Exchange begitu rapat dengan KLCC, mungkin boleh digunakan alasan, ia sebahagian daripada pelaburan Petronas dalam hartanah di sekitar KLCC.

“Semasa zaman Tun Dr Mahathir pun wang Petronas digunakan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera, Proton, MISC dan termasuk juga syarikat perkapalan milik anak bekas Perdana Menteri itu sendiri,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan komentar di laman Wall Street Journal (WSJ) yang memberi amaran bahawa dana Petronas mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan 1MDB sekiranya pelaburan syarikat itu menemui kegagalan.

Amaran itu dibuat WSJ berdasarkan penelitian ke atas perkembangan isu tersebut, apabila 1MDB kini terpaksa menjual asetnya bagi menampung beban hutang.

Ditanya tentang sebarang cara untuk menghalang dana Petronas daripada disalahgunakan bagi tujuan tersebut, Rafizi berkata lagi ianya agak mustahil melainkan Perdana Menteri dilucutkan jawatan atau 1MDB itu ditutup.

“Ianya juga boleh berlaku sekiranya BN kalah pada PRU14. Selagi BN berkuasa dan juga Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, risiko dana Petronas itu digunakan memang tinggi,” katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian