Sunday 26 July 2015

6 tahun pemergian, peminat kongsi pesan Yasmin Ahmad

Media sosial hari ini dibanjiri dengan kata-kata semangat pengarah Yasmin Ahmad, enam tahun selepas pemergiannya.

KUALA LUMPUR: Media sosial hari ini dibanjiri dengan pesan dan kata-kata semangat yang pernah disuarakan oleh pengarah Yasmin Ahmad.

Ini kerana, hari ini merupakan ulang tahun ke-enam pemergian pengarah filem yang terkenal menerusi filem Sepet, Talentime dan Gubra.

Karya beliau, walaupun ringkas, tetapi memberi kesan yang hebat kepada mereka yang telah menonton.

Filem atau iklan arahan beliau menggunakan gaya lakonan yang bersahaja dan semulajadi.

Yasmin Ahmad turut terkenal dengan kata-kata semangat beliau, yang dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada para peminatnya.

Antara yang berkongsi mutiara kata Allahyarham ialah pelakon terkenal Sharifah Amani, yang pernah membintangi beberapa filem arahan Yasmin Ahmad.

Maybank turut memberi penghormatan kepada Yasmin Ahmad.

“Kami memperingati beliau untuk karya dan kreativiti beliau,” tulis Maybank menerusi akaun rasmi Twitter mereka.

Ia juga memuat naik video iklan bertajuk ‘Close To You’ yang merupakan skrip terakhir yang dikarang oleh Yasmin Ahmad dan dihasilkan dalam bentuk sebuah iklan oleh syarikat perbankan terkemuka itu.

Sementara itu di Singapura, satu tanyangan istimewa diadakan di Malay Heritage Centre bagi memperingati karya Yasmin Ahmad.

Tiga filem yang ditayangkan adalah Rabuh, Mukhsin, dan Talentime.

Pada November 2014, muzium khas yang diberi nama Yasmin At Kong Heng dirasmikan bagi meraikan kehidupan pengarah filem terkenal itu. 

Pada Mac 2015, filem ikonik Sepetditayangkan semula, 10 tahun selepas tayangan filem berkenaan.

Selain Sepet, filem-filem yang dihasilkan beliau seringkali menjadi buah mulut orang kerana keunikan jalan cerita yang dibawanya seperti Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentine.

Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di otak. 

- Sumber: Astro Awani 

Tindakan penggantungan The Edge wajar hanya selepas siasatan selesai - Akhbar Satar

AKHBAR: TI-M merasakan KDN seharusnya mengenakan tindakan undang-undang supaya pihak yang terbabit boleh membela diri mereka di mahkamah. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Penggantungan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily sepatutnya dibuat selepas penyiasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.

Transparency International – Malaysia (TI-M) Presiden Datuk Akhbar Satar dalam satu kenyataan berkata tindakan tersebut akan dianggap kukuh jika terdapat alasan yang kuat di akhir penyiasatan tersebut.

"Kebelakangan ini, terdapat beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan dari semua pihak. Oleh itu, kenapa gantung The Edge?" kata Akhbar.

Tambah beliau, TI-M merasakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) seharusnya mengenakan tindakan undang-undang supaya pihak yang terbabit boleh membela diri mereka di mahkamah.

"Menggantung sebuah akhbar kerana melaporkan skandal 1MDB tidak akan membantu kerajaan langsung. Malah, impak ke atas Malaysia adalah negatif termasuk persepsi antarabangsa ke atas kebebasan media," kata Akhbar.

Beliau turut menyentuh mengenai laman web Sarawak Report yang disekat dimana ia memberi gambaran Kerajaan telah membelakangi janji untuk tidak menapis Internet. 

"Semua tindakan ini akan mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap negara dan memberi impak negatif kepada mata wang.

"Kerajaan kita tidak seharusnya 'melebih-lebih' dalam menghalang kebebasan bersuara atas dasar bertindak atas pengkritik," jelas beliau. 

- Sumber: Astro Awani 

Manchester United enjoy easy victory over Barcelona


Pre-season friendly, Levi's Stadium - Manchester United 3 (Rooney 7' Lingard 65' Januzaj 90+1') Barcelona 1 (Rafinha 90') - Photo by Brian Bahr/Getty Images

Goals from Wayne Rooney, Adnan Januzaj and Jesse Lingard gave Manchester United an easy victory over Barcelona.

Manchester United took the lead in the first half through an Ashley Young corner. His cross was met by a stooping, unmarked Rooney, whose header left Marc-Andre Ter Stegen static.

Barcelona had chances, and Luis Suarez twice hit the post. His first effort came when the scores were level, a free kick that left David de Gea stranded, just like his second attempt, another from outside the box that hit the opposite post.

In the second half, Memphis Depay went close with a solo run into the box, bringing a save from Jordi Masip, and Ivan Rakitic sent a free kick just over the bar. United made it two when Lingard tapped in at the back post following an entire change in Louis van Gaal's line up.

Munir then hit the woodwork, the third time for Barcelona, and two excellent goals, one for Rafinha and then for Januzaj, gave a frantic finish to an enjoyable game.

- Source: Eurosport

Gantung The Edge: KDN perlu jelaskan dengan telus dan terperinci - Reezal

REEZAL: penjelasan ini perlu bagi mengelak timbulnya persepsi buruk terhadap kerajaan. - Gambar Fail

KEPALA BATAS: Kementerian Dalam Negeri, KDN diminta memberikan penjelasan lebih telus dan terperinci mengapa permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican penjelasan ini perlu bagi mengelak timbulnya persepsi buruk terhadap kerajaan.

“KDN perlu memaklumkan sebab apa mereka digantung kalau dikatakan mereka boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, pembohongan, fitnah maka ia perlu diterangkan dahulu. Agar ia menjadi lebih nyata dan terang dan dapat diterima rakyat.

“Saya khuatir pertimbangan yang sebegini kalau gagal difahami oleh rakyat akan memberi gambaran yang tidak sihat kepada kerajaan,” kata Reezal pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.

Reezal juga menegaskan penjelasan mampu menangkis persepsi buruk, kalangan pembaca akhbar berkenaan yang majoritinya terdiri daripada kalangan pelabur asing serta warga korporat.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu juga meminta KDN tidak selektif dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bersikap provokasi.

Reezal mengulas penggantungan permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial selama tiga bulan oleh KDN pada Jumaat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat turut mengesahkan penggantungan tersebut dibuat kerana penerbitan akhbar itu mempunyai motif-motif tertentu. 

- Sumber: Astro Awani

Rompakan kedai emas: RM280,000 lesap dalam seminit

Nilai kerugian dianggarkan RM280,000 - Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan dua dulang emas dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Lebuh Ampang di sini, petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.42 petang itu, empat suspek dilihat menaiki dua motosikal jenis Honda berwarna merah dan putih sebelum dua daripada mereka masuk ke dalam kedai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek kemudiannya bertindak memecahkan kaca meja pameran dan membawa lari rantai dan cincin emas daripada dua dulang terbabit.

"Suspek menggunakan tukul besi dan parang untuk merompak serta memakai topi keledar dan sarung tangan bagi mengelakkan daripada dikenal pasti.

Semua suspek berpakaian kemeja putih ( jalur hitam ) dan berseluar hitam," katanya.

Nilai kerugian dianggarkan RM280,000.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata kedai emas berkenaan sebelum ini pernah berdepan cubaan merompak pada tahun 2013.

Pemilik kedai emas berkenaan turut dilaporkan cedera di bahagian bahu selepas terkena tembakan semasa cubaan tersebut.

Tambahnya dalam kejadian terbaru, terdapat lima pekerja di premis berkenaan namun mereka berada di dalam pagar berjaring dan premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan.

"Polis sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti semua suspek," katanya.

Menurutnya, rakaman CCTV mendapati terdapat tiga imej lelaki di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan. 

- Sumber: Astro Awani

Sarawak Report: KDN berurusan dengan Britain


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan dengan kerajaan Britain melalui Wisma Putra jika terdapat 'prima facie' untuk tindakan perundangan ke atas pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Scotland Yard sudah sedia terjalin dan ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan.

"Jika terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh Clare Brown, hubungan dua hala dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM. 

"Sebagaimana prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain," katanya.

Ahmad Zahid berkata biarpun kebebasan pendapat dilaksanakan di negara ini, namun sebarang maklumat yang dipinda dan diada-adakan tidak boleh diterima.

"Apatah lagi jika paparan berita atas talian oleh Clare Brown mempunyai niat jahat," katanya.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar Straits Times dari Singapura di penjara Thailand baru-baru ini, bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Andre Justo Xavier mendakwa dia bersetuju menjual maklumat sulit yang dicuri daripada bekas majikannya kepada Brown dan seorang ahli perniagaan Malaysia yang merancang meminda maklumat berkenaan sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan Malaysia. 

- Sumber: Bernama