Wednesday, 6 May 2015

Orang ramai diminta waspada e-mel palsu


KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berwaspada dengan penyebaran e-mel kononnya daripada syarikat itu yang mendakwa penerima e-mel memenangi hadiah wang tunai RM150,000 daripada TNB.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata TNB tidak pernah menjalankan aktiviti promosi seperti itu.

"Ia adalah mesej e-mel palsu yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali untuk mencuri maklumat peribadi. 

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjawab e-mel itu atau mendedahkan data dan maklumat peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB di talian 1300885454

- Sumber: Bernama

Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya

Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti, di sini lewat petang tadi.

CYBERJAYA - Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.

Mayat ditemui orang awam kira-kira 4.30 petang tadi yang kemudian menghubungi pihak polis.

Turut ditemui berhampiran mayat ialah tas tangan milik mangsa dan sekeping nota.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata kes itu sedang disiasat. 

- Sumber: Bernama

10,000 pelekat cukai jalan diseludup dari JPJ


SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesan terdapat lebih 10,000 keping pelekat cukai jalan diseludup keluar daripada simpanan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di antara November tahun lepas hingga Mac tahun ini.

SPRM negeri turut mengesan sejumlah 1,500 geran kenderaan telah dikeluarkan tanpa kebenaran yang sah oleh kakitangan JPJ daripada simpanan JPJ yang mungkin digunakan bagi tujuan memalsukan pelbagai jenis kenderaan.

Siasatan mendapati pihak sindiket menjual sekeping pelekat cukai jalan asli antara RM450 hingga RM800, manakala sekeping geran kereta pula boleh mencecah sehingga RM1,200.

Susulan itu, SPRM negeri telah menahan empat individu termasuk dua kakitangan JPJ berhubung kegiatan kenderaan klon dalam 'Ops Photostat' yang dijalankan baru-baru ini.

Keempat-empatnya termasuk seorang wanita yang berusia lingkungan 20 dan 30-an itu diberkas secara berasingan di sekitar daerah ini minggu lalu. 

Kedua-dua orang awam berkenaan ditangkap kerana berperanan menjadi orang tengah bagi sindiket ini manakala dua orang kakitangan JPJ pula ditahan kerana disyaki menerima imbuhan berupa wang tunai bagi menyalurkan setiap maklumat pendaftaran kenderaan kepada orang tengah dan mengeluarkan pelekat cukai jalan dan geran kereta yang masih kosong daripada simpanan JPJ.

Pengarah SPRM negeri Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa semua pemilik kereta klon di negeri ini supaya tampil menyerahkan kenderaan mereka secara sukarela kepada pejabat SPRM negeri bagi mengelak dikenakan hukuman.

Sehingga kini, sebanyak 16 buah kenderaan disyaki kenderaan skrap telah disita dan 11 orang termasuk sembilan lelaki dan dua wanita telah ditangkap sejak 'Ops Photostat' dijalankan bulan lepas.

- Sumber: Bernama

96,488 maklum balas rundingan awam KWSP


KUALA LUMPUR - Kumpulan WangHi Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup rundingan awam bagi inisiatif penambahbaikannya setelah dibuka selama dua minggu bermula 21 April lepas.

Rundingan itu yang juga merupakan rundingan awam terbesar di negara ini, mendapat maklum balas sebanyak 96,448 daripada ahli KWSP.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata hasil keputusan rundingan tersebut akan dianalisa serta dibentangkan kepada Lembaga KWSP untuk penghuraian dan perbincangan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil untuk penambahbaikan.

"Keputusan awal rundingan tersebut menunjukkan sokongan terhadap pilihan untuk mengekalkan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun serta terhadap inisiatif-inisiatif yang lain," katanya.

Di samping itu, Shahril memberi jaminan bahawa hasil keputusan rundingan ini akan diumumkan secepat mungkin setelah dibentangkan kepada Lembaga KWSP.

Beliau menambah pihaknya berbangga dengan rundingan awam tersebut yang telah mendapat maklum balas menggalakkan daripada ahli KWSP.

"Berikutan kejayaan rundingan ini dan penglibatan yang menggalakkan dalam kalangan ahli, KWSP akan menggunakan platform rundingan seperti ini untuk berhubung secara aktif dengan ahli bagi inisiatif lain yang berkaitan dengan persaraan mereka," katanya. 

- Sumber:  Bernama

Jam tangan paling menyerlah dan berani di Malaysia


Sekiranya anda inginkan jam yang menyerlah dengan perincian berani untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda, jam BOMBERG adalah apa yang anda perlukan. 

Boleh didapati di Malaysia sejak Februari 2015, BOMBERG telah melancarkan koleksi BOLT-68 yang dibawakan secara eksklusif melalui Watatime. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BOMBERG, Giancarlo Mantuano, “Koleksi BOLT-68 menampilkan ciri-ciri unik di mana butang-butang dan ‘crown’ diletakkan pada posisi jam 12.

Ini membolehkan setiap jam ditransformasi untuk menjadi jam poket. Berikutan respons positif yang diterima daripada peminat jam tempatan, saya berbesar hati untuk mengumumkan BOLT-68 NEON yang dilancarkan di Baselworld 2015 baru-baru ini terdiri daripada empat variasi kuarza baru.

Tiga daripadanya datang dengan bekas keluli hitam ‘Physical Vapour Deposition’ (PVD) dengan pilihan hijau neon, biru muda atau fuchsia dan yang keempat pula adalah model emas putih dan ros. 

- Sumber: Astro Publication 

5 soalan pelik, 5 jawapannya

Teknik fonetik dan nada menjadikan accent penyanyi berbunyi 'American'.

Pernah bertanyakan diri sendiri soalan-soalan ini? Mungkin belum dapat jawapannya? Nah, kami berikan kepada anda jawapan kepada 5 soalan pelik tetapi logik ini.

1. Darah manusia berwarna merah, jadi kenapa urat kita nampak seperti warna biru?

J: Kerana perbezaan julat atau kepanjangan gelombang, dan perbezaan sifat bahan yang mengenai tangan kita apabila kita melihatnya. Warna biru yang dihasilkan diserap darah lantas memantulkan warna urat kelihatan seperti warna biru. Jawapan yang sama juga boleh diberi kepada persoalan kenapa langit berwarna biru.

2. Kenapa kita tak dapat dengar accentpenyanyi ketika menyanyi?

J: Betul, apabila dengar Adele menyanyi, kita tak boleh teka sama ada dia British atau American. Ini berkaitan dengan faktor fonetik dan nada. Apabila menyanyi, seorang penyanyi perlu 'menekan' sesetengah suku kata dan memanjangkan sebutan huruf vokal. Hasilnya, semua sebutan dalam nyanyian kedengaran "American".

3. Apa beza "&" dan "dan" dalam kredit filem?

J: Simbol "&" bermaksud dua orang yang bekerja bersama, manakala "dan" bermaksud hasil kerja seseorang diubah dan digunakan oleh seseorang yang lain.

4. Kenapa kita tak boleh tentukan sama ada tomato sejenis buah atau sayuran?

J: Secara teknikal, tomato adalah buah kerana mempunyai biji di dalam yang boleh diambil dan ditanam. Tetapi keputusan Mahkamah Agung New York pada tahun 1893 memutuskan ia adalah sejenis sayuran kerana tak mahu petani yang menanam tomato terlepas dari membayar cukai.

5: Kenapa jari kita mengecut selepas mandi atau berendam dalam air?

J: Tak ada kena mengena dengan penyerapan air yang banyak. Sebaliknya, ia terjadi untuk menguatkan cengkaman jari tangan dan kaki ketika berada dalam air. Contoh paling mudah, seperti tayar kereta yang punya kualiti yang baik, ia akan mencengkam apabila melalui air atau kawasan basah. Hebat badan kita, bukan? 

Alyah buka rahsia mengenai lagu - lagu tentang bekas tunangnya?



“Saya gembira dengan setiap hasil lagu yang saya kerana setiap lagu ada cerita sendiri.Teringat masa lagu Kau Bisuramai yang melemparkan kata cerca mengenai penampilan pelik saya. Lantas lagu itu di hasilkan. 

Lagu Kisah Hati cinta pula menceritakan kisah cinta saya yang tidak kesampaian. Tak Mungkin Kerana Sayang pula berkait rapat dengan cerita saya dahulu yang pernah bertunang dan tidak sampai ke jinjang pelamin”… 

- Sumber: Astro Publication

Model ‘palsu’ tawar khidmat seks ditahan

Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati menyamar sebagai seorang model dan menawarkan khidmat seks terhadap lebih 350 wanita menerusi atas talian.

NICE - ITALY. Seorang lelaki merupakan warga emas ditahan polis selepas didapati menyamar sebagai seorang model dan menawarkan khidmat seks terhadap lebih 350 wanita menerusi atas talian.

Menurut pihak berkuasa, warga emas yang menggunakan nama samara ‘Anthony LaRoche’ menawarkan khidmat seks liar ke atas wanita-wanita yang dihubungi.

“Dia menggunakan khidmat teks dan kemudahan e-mel untuk menghubungi wanita-wanita terbabit.

“Setelah menabur pelbagai janji kepada wanita-wanita yang diperdaya, dia mengumpan wanita-wanita ini ke apartmennya sebelum menutup mata perempuan itu dengan menggunakan kain,” kata satu sumber oleh pihak berkuasa.

Penipuannya didedahkan oleh seorang wanita yang mengaku mengadakan hubungan kelamin dengan lelaki tersebut.

Menurut wanita itu, selepas mengadakan hubungan kelamin, dia menekan fius lampu untuk melihat lelaki itu dan terkejut sebaik sahaja ternampak seorang lelaki tua di hadapannya.

“Dia seorang lelaki tua yang berumur kira-kira 65 tahun. Saya betul-betul terkejut dan tidak sangka dengan penipuannya,” katanya.

Polis kemudian menyerbu apartmen lelaki tersebut sebelum menahannya.

- Sumber: Sinar Harian 

Nicol David on cloud nine after clinching Asian Championship title

For the record, Nicol won the Asian championship in 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 and 2011.

KUALA LUMPUR: Malaysian squash queen and world number one player continued her sizzling display when she captured her ninth Asian Championship title in the 18th edition of the tournament held in Kuwait.

Nicol, the top seed and also the eight-time Asian Champion, proved that she still had her winning touch as she only took 35 minutes to demolish defending champion, Annie Au of Hong Kong; 12-10, 11-7 and 11-8 in the final match at the Sheikh/Salem Al-Sabah International Squash Complex in Kuwait, late Tuesday.

For the record, Nicol won the Asian championship in 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 and 2011.

The second silwerware picked up by the 31-year-old Penangite after the Cleveland Classic title on February, will surely be a major boost for her to defend the British Open crown in Hull, England, next week.

Leo Au, the fourth seed, however, redeemed his sister's failure after he pulled off an upset against the third seed, Abdullah Al-Mezayen who was the host player with a 11-7, 11-9 and 13-11 victory in 47 minutes in the men's final match. 

- Source: Bernama

Fight fans sue Pacquiao over injury

After the fight, Pacquiao and Top Rank revealed the 36-year-old had been injured in training camp some three weeks earlier. - File pic

LOS ANGELES: Two Nevada men filed a class-action lawsuit against Manny Pacquiao on Tuesday, seeking millions in damages because they say he fraudulently concealed a shoulder injury before his defeat to Floyd Mayweather.

It is just the latest fallout from Mayweather's victory in Las Vegas on Saturday in a unanimous decision, with Pacquiao saying afterwards that the shoulder complaint hampered his performance in the welterweight world title showdown.

The plaintiffs argue that by failing to go public with the injury before the feverishly anticipated bout, the Philippine icon and his camp violated the Nevada Deceptive Trade Practices Act.

The suit filed in a US District Court in Las Vegas names Pacquiao, his manager Michael Koncz, promotional company Top Rank and Top Rank chairman Bob Arum and president Todd duBoef.

According to court documents available online, the lawsuit claims that when plaintiffs Stephane Vanel and Kami Rahbaran -- who bought tickets, forked out pay per view fees or bet on the fight -- the defendants "knew and had full knowledge and information that defendant Pacquiao had been seriously injured and was suffering from a torn rotator cuff."

"Defendants further know that such injury would severely affect his performance," the lawsuit says.

"None of the defendants informed or apprised the public or even the Nevada Athletic Commission about the injury to defendant Pacquiao."

The clash between Pacquiao and Mayweather at the MGM Grand Garden Arena was billed as the "Fight of the Century."

It's certainly set to go down as the most lucrative bout in history, with possible revenue of $400 million.

That could include as many as three million pay-per-view purchases, at about $100 each.

The bout went the full scheduled 12 rounds, Mayweather easily winning on the judges' scorecards to take his perfect record to 48-0.

After the fight, Pacquiao and Top Rank revealed the 36-year-old had been injured in training camp some three weeks earlier.

They said he'd been cleared by doctors to fight, although they had expected him to be able to take an anti-inflammatory injection on fight night, but the Nevada State Athletic Commission ultimately denied him.

Pacquiao attorney Daniel Petrocelli told The Los Angeles Times that he expects the lawsuit to be dismissed.

"It claims Pacquiao was injured (immediately) before the bout and that's not true -- he was injured (nearly a month) before the bout, was examined by doctors and cleared to fight," Petrocelli said. "And he was examined by the commission right before he fought."

- Source: AFP via Astro Awani 

Siti Nurhaliza lancar Radio Peace Yall FM malam ini

KUALA LUMPUR: Stesen radio bervisual, Peace Yall FM Radio Online berkonsepkan Radio Interaktif yang dimiliki sepenuhnya oleh Datuk AC Mizal akan dilancarkan malam ini di Zebra Square, Kampung Pandan. 

Istimewanya Datuk Siti Nurhaliza diberi penghormatan untuk melancarkan majlis itu nanti.

Peace Yall FM akan bersiaran 24 jam sehari dan akan beroperasi sepenuhnya melalui sistem interaktif secara aplikasi dengan hanya satu klik untuk memuat turun aplikasi di 'Apps Store' bagi pengguna Apple iOs atau 'Google Play Store' untuk pengguna sistem peranti Android. 

Anda juga boleh melayari saluran interaktif ini melalui laman sesawang www.Peaceyallfm.com menerusi komputer atau pelayar mudah alih. 

Berkonsepkan 'satu klik' Peace Yall FM komited membawakan satu pengalaman yang pasti luar biasa sejajar peredaran semasa yang pastinya 'BOOM' Pendekatan Media alaf baru ini bertujuan menyuntik minat Generasi Y merasai inovasi teknologi masa kini dan kami di Peace Yall FM menjadi perintis membawakan Radio Interaktif bervisual dwibahasa pertama di Asia Tenggara.

Antara vj yang akan mewarnai radio ini ialah Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila, Syuk Balas dan Abam Bocey. Siti Nurhaliza juga akan membuat persembahan selain, Joe Flizzow dan Sonawan.

- Sumber: BH Online 

Usah ungkit sejarah silam saya - Fahrin Ahmad

PELAKON, Fahrin Ahmad pada tayang perdana Pilot Cafe di Pavillion, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akan melangsungkan hari bahagianya pada pagi Sabtu ini di Pusat Konvensyen Sime Darby. 

Hari berkenaan juga jatuh pada ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Menurut pelakon filem Pilot Cafe, bakal isterinya hanya orang biasa dan hanya akan diperkenalkan pada hari mereka bernikah dan menegaskan bukan di kalangan orang seni.

"Sepanjang perkenalan belum genap setahun ini, kami tak melalui proses percintaan yang biasa seperti kebanyakan pasangan kekasih. Dek kesibukan saya, kami terlalu jarang berjumpa. 

"Kami ambil keputusan untuk ke fasa seterusnya dua tiga bulan selepas perkenalan dan seterusnya untuk melakukan perbincangan membabitkan ahli keluarga masing masing hujung tahun lepas.

"Saya juga nampak keikhlasan dan ketulusan keluarga bakal isteri untuk menerima saya sekalipun saya pernah berdepan dengan episod percintaan yang pahit sebelum ini termasuk dicop macam macam," katanya kepada BH Online pada sidang media diadakan di Flora Terrrace.

Fahrin dilihat begitu bijak menyimpan rahsia percintaannya dan bersyukur kerana nasib seperti menyebelahinya kerana hubungan mereka tidak diketahui ramai.

"Mungkin ada hikmahnya kerana ada tanggungjawab untuk melindungi perasaan keluarga bakal isteri yang tidak terbiasa dengan senario hiburan tanah air," katanya.

Fahrin juga berharap selepas ini apa sahaja sejarah percintaannya yang dahulu tidak lagi diungkit.

"Biarlah sejarah lama itu terus luput kerana saya sudah akan membina kehidupan sendiri," katanya sambil menyifatkan bakal isterinya seorang yang bijak, matang dan tabah.

Diasak mengenai gosipnya dengan Izreen Azminda yang dikaitkan selepas sama sama membintangi drama Eskperimen Cinta, Fahrin menjelaskan tiada apa apa antara mereka.

"Itu soal hati dia dan semuanya di luar bidang kawalan saya," katanya.

- Sumber: BH Online 

Surface 3, a tablet that works like a laptop

Rukmani Subramanian, Chief Marketing & Operations Officer, Microsoft Malaysia and K.Raman, Managing Director, Microsoft Malaysia introducing Surface 3

The Surface 3 is the latest addition to the Surface family. Officially launched today by Microsoft Malaysia, Surface 3 is designed and built with premium material and it works more than a tablet; it can replace your laptop.

“When we first envisioned Surface years ago, we challenged ourselves with an ambitious goal: to build a perfect product. It wasn’t something we would achieve overnight and as the result Surface 3 works like a laptop – offering productivity and design people love about Surface Pro 3 in a thinner, lighter, more affordable package.” said Rukmani Subramanian, Chief Marketing and Operations Officer, Microsoft Malaysia.

Perfect Blend of Performance and Value

Surface 3 is the first device with a quad-core Intel Atom x7 processor, with 10.8 inch ClearType HD multi-touch display. The three-position kickstand is ideal for using the Surface 3 while working at a desk, sitting on a couch or holding in the palm of a hand as a natural writing surface. Packs with a 3.5 megapixel 1080p front-facing camera and 8 megapixel 1080p autofocus rear-facing camera.

Weighing only 622g, the Surface 3 is running on Windows 8.1 with a free upgrade to Windows 10 when it’s available later this year. It also comes complete with a one-year subscription of Microsoft Office 365 Personal, including Outlook, Word, Excel, PowerPoint and OneNote, plus OneDrive cloud storage.

Surface 3 is ideal choice for students as it can easily transition from a tablet during downtime to a laptop in lecture halls meanwhile for professional who require light mobility, it works best as a laptop. In addition, it is capable to connect to Microsoft Exchange like any other laptop.

It is priced from RM1,989 for 64GB and RM2,389 for 128GB version and available in Malaysia starting 9 May 2015.

- Sumber: Astro Awani 

Tak dibenar mengundi, Anwar fail saman

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) dan pengerusinya serta kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan beliau mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan dijalankan esok.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi melalui peguamnya N Surendran.

Dalam sama tersebut, Anwar selaku plaintif memohon deklarasi mahkamah bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi dan berhak untuk membuang undi di PRK Permatang Pauh dan mana-mana PRK.

Beliau turut menuntut pampasan kerana mendakwa hak perlembagaannya digugat dan dicabuli.

- Sumber: Sinar Harian 

Bayi 9 bulan maut tercampak keluar dari MPV dalam kemalangan di Senai

JOHOR BAHARU: Seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 22, Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran persimpangan keluar Senai, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Razak Md Said berkata pada kejadian pada pukul enam pagi itu, bayi itu yang berada di pangkuan ibunya yang duduk di sebelah bapanya di tempat duduk hadapan, tercampak keluar ketika kejadian.

Beliau berkata bapa bayi itu, yang memandu Proton Exora, gagal mengawal kenderaan yang dipandunya di lorong kanan, lalu masuk ke lorong kiri dan melanggar belakang sebuah lori treler.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu kemudiannya terbabas ke tepi jalan sebelah kiri, melanggar rel penghadang jalan lalu terbalik beberapa kali, kata beliau.

Motosikal yang berada di belakang Proton Exora itu, cuba mengelak kedua-dua kenderaan di hadapannya dan terbabas ke rel penghadang jalan.

Bagaimanapun, ibu bapa bayi, pemandu treler dan penunggang motosikal hanya kecederaan ringan, kata Razak.

Identiti kesemua mangsa kemalangan bagaimanapun tidak didedahkan.

"Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Sumber: Bernama 

Mara beri peluang kedua kepada Nur Fitri

Laporan pihak penjara menunjukkan bahawa Nur Fitri berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mahu memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya Nur Fitri Azmeer Nordin yang kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, lapor portal mStar.

Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata pelajar berusia 23 tahun itu akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.

“Saranan ini adalah sebagai tanda sokongan kepadanya. Secara peribadi, saya bersetuju. Kita berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya,” kata Nazir.

Tambah Nazir, peluang kedua tersebut tidak eksklusif buat Nur Fitri malah tindakan yang sama boleh diberikan bagi mana-mana pelajar cemerlang tajaan Mara yang berdepan nasib sama.

“Laporan pihak penjara menunjukkan bahawa dia berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan, maka adalah wajar untuk kita memberinya sokongan semula,” ujar Nazir.

Terdahulu, MARA dilapor menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri setelah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London.


Dalam pada itu, pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah menyarankan agar kerajaan tidak memberi peluang kedua menyambung pelajaran di London kepada Nur Fitri, sebaliknya meminta dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi negara ini untuk mengelak perkara seumpama berulang.

- Sumber: Astro Awani 

Reduced majority as BN win Rompin by-election

Datuk Hasan Arifin (fourth, left) after being announced the winner of the Rompin by-election earlier tonight. - Astro AWANI/Haider Yutim

ROMPIN: Barisan Nasional (BN) has succeeded in retaining the Rompin parliamentary seat (P091) after winning the by-election today.

Its candidate, Rompin UMNO division acting chief and former Pahang menteri besar Datuk Hasan Arifin, defeated PAS' Nazri Ahmad with a 8,895 majority after obtaining a total of 23,796 votes.

The Pahang PAS Youth chief only garnered 14,901 votes.

The win was announced by the Election Commission (EC) official vote-tallying centre at the Sultan Haji Ahmad Shah Silver Jubilee Hall in Kuala Rompin here at 10.25pm.

According to the EC, turnout for the by-election was 73 percent of the 53,294 registered voters in the Rompin constituency, which is approximately 38,900.

The seat fell vacant after incumbent of 23 years Tan Sri Jamaluddin Jarjis was killed in a helicopter crash along with five others on April 4 near Semenyih in Selangor.

In the 2013 general election, Jamaluddin retained the seat by beating former Wanita PAS chief Nuridah Mohd Salleh with a majority of 15,114 votes. Voter turnout then was 85.9 percent.

The Rompin by-election is the ninth to be called since GE13 in May 2013.

- Source: Astro Awani 

Dyana Sofya tak kenal erti serik


PERMATANG PAUH - Tiada istilah 'serik' buat Dyana Sofya Mohd Daud dalam dunia politik sekali pun tewas dalam percubaan pertama bertanding pada PRK Telok Intan tahun lalu.

Bekas calon DAP itu juga berkata, walaupun tidak bergelar 'Yang Berhormat', beliau tetap menghulurkan khidmatnya kepada pengundi Telok Intan sepanjang masa.

"Tidak, mana ada serik dalam politik. Sekarang ini pun saya masih bersama pengundi Telok Intan dan saya tetap kena beri perkhidmatan kepada mereka," katanya kepada Sinar Online selepas Majlis Makan Malam bersama pengundi Cina di Bukti Mertajam, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dyana juga berkata beliau belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada PRU14 akan datang sebaliknya.

"Kita tengoklah macam mana (pilihan raya) akan datang," ujarnya.

Mengulas lanjut, Dyana yang telah berada dalam kawasan PRK Permatang Pauh sejak Sabtu lalu turut menyifatkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PR.

Katanya, sebagai pemimpin muda dalam DAP, beliau tidak melihat sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pemuda Pas dan PKR bagi membantu memenangkan calon pada PRK Permatang Pauh.

"Tiada masalah, jadi tiada masalah, kita boleh bekerjasama, semuanya bekerja kuat untuk pilihan raya ini.

"Calon PKR adalah calon PR, jadi kita semua bekerja bersama-sama," ulasnya.

Ditanya tentang penerimaan masyarakat khususnya golongan muda terhadap kehadirannya membantu calon PKR berkempen, Dyana berkata sambutan amat menggalakkan dan usaha

mereka akan berterusan hingga ke hari pembuangan undi.

"Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu selesa, kena kerja kuat sampai hari buang undi.

"Alhamdulillah (penerimaan) sangat bagus, kita boleh tengok di sini (majlis makan malam bersama pengundi Cina) sangat bagus, kita harapkan supaya sokongan sebegini akan terus," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei dengan 71,890 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab pada hari tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

Lelaki lari bogel lepas gagal merogol

Lelaki berkenaan melarikan diri dalam keadaan berbogel sebelum dicekup selepas terjatuh dari pokok.

KAJANG - Tindakan seorang lelaki memanjat pokok bagi mengelak ditangkap selepas mencabul seorang pelajar wanita di tandas asrama sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan pokok itu patah dan dia terjatuh ke bawah.

Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa yang sedang mandi di tandas berkenaan.

"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba merogolnya. Bimbang jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu berlari keluar dan memanjat pokok berkenaan.

“Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk turun dari pokok, suspek enggan dan nekad berada di atas pokok selama kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya bertenggek telah patah," katanya.

Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.

“Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Terima kasih Siti, sampai juga hajat adik Amira

Foto Instagaram rozisangdewi

PENYANYI popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mengadakan pertemuan dengan anak-anak mangsa nahas Lebuhraya Duke, di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Melihat kemesraan anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dengan Siti, ramai pelayar Facebook menzahirkan nasihat supaya isteri Datuk K itu mengambil kedua beradik tersebut sebagai anak angkat.

“Terserlah sifat keibuan beliau. Siti, ambil sahajalah mereka berdua jadi anak angkat Siti,” tulis Fazrin Zafrin.

Seorang lagi pemilik akuan Facebook menggunakan nama Ramlah Abd Samad mengucapkan penghargaan ke atas usaha Siti untuk bertemu dengan kedua beradik itu.

“Terharu dan terima kasih Siti kerana telah datang menziarah anak yatim piatu Nur Amirah dan adiknya,” katanya.

Semalam menerusi sebuah video berdurasi 6 saat, anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira meluahkan hasrat bertemu dengan penyanyi nombor satu negara itu.

Siti menerusi laman mikro Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 memberikan respons “InsYA-ALLAH pasti bertemu “ selepas ditanya peminat yang menyaksikan video adik Nur Firuza Amira.

Lantaran itu, timbul spekulasi bahawa Siti akan mengambil mereka berdua sebagai anak-anak angkatnya.

Dakwaan tersebut dijawab oleh pengurus peribadinya, Rozi yang memohon agar spekulasi tersebut tidak terus disensasikan.

Menerusi laman Instagramnya, Rozi menyatakan bahawa sejak berita tersebut tersebar pihak Siti dihujani pelbagai pertanyaan sedangkan berita tersebut belum sahih.

"Datuk Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau," tulisnya.

- Sumber: Sinar Harian 

BN menang di Rompin, majoriti menurun


ROMPIN - [DIKEMASKINI] Nyata kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Rompin tidak mudah digugat lawan apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin menang dengan 23,796 undi menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad yang menerima 14,901 undi.

Hasan menang dengan majoriti 8,895 undi, menurun berbanding majoriti yang diterima BN pada pilihan raya umum lalu.

Menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRK P.091 Rompin juga merosot berbanding PRU13 dengan hanya 73 peratus yang keluar mengundi.

Pada PRU13, penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan untuk penggal keenam setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Dr Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

- Sumber: Sinar Harian