Friday, 24 March 2017

Suami Nora, Johan Nawawi meninggal dunia

Johan Nawawi. - Foto www.ummi.my


KOMPOSER Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi, Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Setakat ini belum dimaklumkan punca kematian Allahyarham.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Al-Fatihah.

- Sumber: Sinar Harian | 24 Mac 2017

Rupa-rupanya suami sudah meninggal dunia

Orang ramai memenuhi pekarangan rumah mangsa.

GUA MUSANG - Seorang lelaki ditemui maut di bilik rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gua Musang, di sini, oleh jirannya setelah gagal dihubungi isteri sejak pagi semalam.

Mangsa, Badrol Hisham Kassim, 56, dipercayai meninggal dunia seorang diri setelah menghantar isteri dan anak pulang ke kampung di Jeli, sejak Khamis lalu.

Menurut saksi, Zulkifli Ibrahim, dia dimaklumkan jiran mangsa, Rohani Awang, bahawa isteri mangsa memintanya untuk melihat keadaan Badrol di rumah mereka.

"Saya cuba mengetuk pintu beberapa kali namun tiada jawapan. Lalu saya memecahkan pintu kerana terhidu bau busuk.

"Mayat mangsa ditemui berada di salah satu bilik tidur dan saya segera menghubungi polis," katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian | 24 Mac 2017