Monday, 8 December 2014

Pemandu teksi Uber ditahan kerana merogol

Gambar hiasan. Sumber internet


MATHURA - INDIA. Polis menahan seorang pemandu teksi Uber atas tuduhan merogol seorang penumpang berumur 25 tahun dalam satu kejadian, Jumaat lepas.

Kejadian tersebut memberi kesan buruk kepada syarikat teksi berkenaan, yang selama ini mementingkan keselamatan, lapor Yahoo.news.

Polis berjaya mengesan suspek yang telah meninggalkan teksinya dan lari ke Uttar Pradesh.

Ketika kejadian, suspek dilaporkan menyerang penumpangnya itu di sebuah kawasan terpencil di ibu kota India.

Pegawai polis, Deepak Mishra mengkritik Uber kerana siasatan menunjukkan bahawa peranti GPS tidak disertakan dalam teksi suspek, malah pemeriksaan mandatori oleh pihak polis terhadap pemandu juga tidak dibuat.
- Sumber: Sinar Harian 

‘Dia banyak berjanji!’

  • Kamal Adli
  • Kamal Adli

"SEMINGGU sebelum putus, Intan banyak janji dengan saya. Antaranya termasuk janji susah senang sama-sama dan jika dia mati, jangan kahwin dengan orang lain," luah pelakon kacak, Kamal Adli, mengenai bekas kekasihnya, Intan Ladyana.

Akui sukar untuk melupakan Intan, Kamal tidak putus asa dalam mendapatkan Intan kembali namun, dia patah hati apabila mendapat tahu bekas kekasihnya itu sudah ada pengganti.

"Bukan saya tak cuba dapatkan dia kembali, namun dia tetap dengan pendirian itu. Mungkin salah saya juga sebab lambat tapi, saya mahu kumpul duit dahulu. Malah, saya ada perancangan untuk mengahwininya tahun ini.

"Selepas hubungan kami berakhir, sebulan saya tidak ambil sebarang tawaran kerja kerana merasakan ianya tidak perlu lagi. Selama ini, saya kuat bekerja kerana nak kumpul duit untuk mengahwininya.

"Sepanjang enam tahun bersama, saya kerja keras untuk dia termasuk beli rumah namun, segalanya tidak kesampaian. Malah, saya juga terkejut kerana dia sudah ada pengganti walaupun baharu sahaja beberapa bulan berpisah," jelas pelakon, PE3 ini.

Tambah Kamal, dia juga kecewa dengan tindakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay (LJ), yang dikatakan menjadi 'orang tengah' dalam memperkenalkan Intan kepada lelaki tersebut.

"Saya ada dengar orang bercerita, LJ memberitahu dia yang memperkenalkan Intan kepada lelaki itu. Saya sendiri tidak tahu apa motif LJ buat begitu sedangkan kami juga berkawan dan saya dalam usaha untuk berbaik semula dengan Intan.

"Dia tahu bagaimana saya sayang dan cintakan Intan, kenapa dia buat saya begitu? Namun, saya tak salahkan dia 100 peratus, mungkin ada silap salah saya juga sebelum ini.

"Saya juga menghormati pendirian Intan, jika dia gembira saya tumpang gembira. Mungkin tiada jodoh antara kami dan sejujurnya, saya tak pernah sia-siakan Intan sebelum ini. Saya betul-betul sayangkan dia," katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

Gara-gara hadiah telefon pintar

  • Selvaratnam menunjukkan gambar isterinya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu.
  • Selvaratnam menunjukkan gambar isterinya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu.

MANJUNG - Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan.

S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya.

Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook.

“Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.

“Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan,” katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini.

Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas.

Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha.

“Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura.

“Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8,” katanya.

Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha.

Katanya, sehingga sekarang dia tidak tahu mahu mencari Ritha di mana dan berharap orang awam yang mengetahui keberadaan isterinya dapat menghubungi Selvaratnam dengan segera.

“Saya juga mahu masyarakat menjadikan kisah saya ini sebagai pedoman agar tidak membiarkan anak-anak atau isteri terlalu bebas melayari internet sehingga menimbulkan kesan negatif seperti ini,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Dollah kecewa silap pertahanan

Pasukan Malaysia ternyata kecewa di akhir perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki apabila ditewaskan pasukan Vietnam di Stadium Shah Alam malam tadi.

KETUA Jurulatih Skuad Bola Sepak Harimau Malaya, Dollah Salleh melahirkan kekecewaannya terhadap kealpaan benteng pertahanan yang menyaksikan pasukan negara tewas 2-1 kepada Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jurulatih berusia 51 tahun itu berkata, kesilapan pemain pertahanan, Mahalli Jasuli pada separuh masa kedua memberi kesan yang amat besar kepada pasukan negara yang kini berhadapan misi hidup atau mati dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, Khamis ini.

"Hari ini, saya anggap persembahan terburuk kami terutama dalam bahagian serangan dan pertahanan. Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada pemain, tetapi kami masih ada 90 minit di Hanoi dan dalam bola sepak apa pun boleh berlaku," kata Dollah kepada wartawan selepas perlawanan. 

Bekas jurulatih Polis Diraja Malaysia itu juga terkejut dengan pendekatan serangan pantas Vietnam di bawah bimbingan jurulatih Jepun, Toshiya Miura yang jauh berbeza daripada kekalahan 3-0 pasukan negara dalam perlawanan persahabatan menentang Vietnam sebelum ini.

Dollah juga berkata, tiga pemain lawan, Nguyen Huy Hung, Pham Thanh Luong and Que Ngoc Hai bermain dengan baik pada malam tadi.

"Hari ini mereka (Vietnam) adalah lebih baik berbanding semasa kami tewas kepada mereka sebelum ini dan kami bernasib baik mereka tidak menyumbat lebih banyak gol," katanya. - 

- Sumber: Bernama

Tewas lagi: Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam

Piala AFF Suzuki 2014


MALAYSIA kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, di Shah Alam, malam ini.

Kedudukan pada separuh masa pertama terikat 1-1.

Malaysia membuka jaringan dengan sepakan penalti oleh Safiq Rahim pada minit ke-14.

Vietnam kemudiannya menyamakan kedudukan melalui jaringan Vo Huy Toan pada m-32 dan pada minit ke-60, Nguyen Van Quyet mengesahkan penguasaan Vietnam dengan satu lagi gol. 

- Sumber: Bernama

Janji masuk syurga dengan RM200

Zahim ketika menceritakan kejadian berkenaan kepada wartawan.

SEREMBAN - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, hampir terjebak dengan kata-kata seorang 'pendakwah' yang mendakwa seseorang itu mendapat syafaat dan boleh masuk syurga apabila membayar RM200 kepadanya.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahim, 23, berkata, dia didatangi lelaki berusia lingkungan 40-an itu, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, minggu lalu ketika sedang minum bersama seorang rakannya di sebuah kedai makan di Rahang, di sini.

Menurutnya, kejadian bermula apabila lelaki terbabit yang hanya memakai kemeja-T dan berseluar jeans, menyapanya untuk meminjam pemetik api.

"Kemudian, dia terus duduk semeja dengan kami. Mula-mula itu hanya berbual biasa saja, tetapi selepas itu, tiba-tiba dia mula bercerita dan bertanya kepada saya. Antara soalannya, 'kau pilih syirik atau dosa besar?, " katanya.

"Dia cakap, kalau saya solat, tapi bacaan salah, sudah dikira syirik dan solat saya hanya sia-sia. Masa itu, saya dah rasa tidak sedap hati,” katanya.

Zahim berkata, lelaki itu berterusan menceritakan perkara berkaitan agama sehinggalah dia memberitahu boleh memberi syafaat kepada orang, dengan syarat memberinya wang sebanyak RM200.

Menurutnya, tawaran daripada lelaki itu amat mengejutkan kerana ia ternyata tidak masuk akal serta boleh menjejaskan akidah sesiapa yang mempercayainya.

“Masa mula-mula itu, saya rasa mungkin dia nak kongsi pengetahuan agama. Bila saya tanya berkaitan apa yang dicakapkan, jawapan diberikannya lancar dan memang boleh membuatkan kita percaya. Tapi bila sampai minta duit, saya mula fikir yang dia tak betul," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Zahim berkata, dia bagaimanapun terlepas kira-kira 40 minit selepas perbualan itu apabila meminta diri dengan alasan sudah lewat malam.

Menurut Zahim, dia percaya mereka yang kurang pengetahuan agama akan terpengaruh dengan apa yang disampaikan lelaki berkenaan.

Malah, katanya, perwatakan dan pakaian lelaki itu, langsung tidak menampakkan dia tidak waras atau sesat.

“Dia pandai sebab nak dekat dengan kita kononnya nak pinjam pemetik api. Lepas itu, dia cerita macam-macam dan setiap soalan yang kita tanya dia boleh jawab dengan lancar," katanya.

Berikutan itu, Zahim meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memantau perkara tersebut kerana tindakan lelaki terbabit secara halus boleh menyesatkan orang ramai, lebih-lebih lagi berani datang di kawasan tumpuan ramai.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan dan aduan berhubung kejadian seperti didakwa Zahim.

- Sumber: Sinar Harian 

Cheaper Proton Suprima S Standard introduced – RM69,438


Proton has introduced another variant to its Suprima S range, and the Suprima S Standard rolls in as the entry-level model in the lineup, which now reads like this: Standard, Executive, Premium and Super Premium.

The Standard is based on the Executive variant, previously the base starting point, and omits certain kit and features to bring its price under the RM70k mark. The omissions also bring the kerb weight down by 10 kg over the Executive, the Standard tipping the scales at 1,365 kg.

There are no changes to the powertrain, and the CamPro 1.6 Turbo continues on as is, the low-pressure turbocharged unit offering the same 138 hp at 5,000 rpm and 205 Nm between 2,000 and 4,000 rpm as the rest of the Suprima range.

Compared to the Executive, the Standard loses the engine cover and front fog lamps, and its projector headlight position lamps are of the bulbed variety (on the Executive, LEDs).


Other cosmetic changes include the omission of black tape for the B-pillar and door sashes, a move to a Panther Grey finish for the centre panel (on the Executive, in Onyx Black) as well as a minor revision to the floor console design (between the two front seats) – the rear lid has been removed.

The variant also drops the front reactive headrest, driver-side overhead handle grip, anti-trap feature in the front power windows, as well as the seat belt reminder for the front passenger. The Suprima S Standard rides on the 16-inch alloys from the Preve, wrapped with 205/55 profile rubbers.

Elsewhere, the Android-based Proton Infotainment System (seven-inch LCD screen DVD player with GPS navigation and Bluetooth/USB/iPod connectivity) found on the Executive has been replaced by a two-DIN single CD/radio head-unit, though the four speaker count still remains. Also omitted, the steering audio switches as well as Yes 4G connectivity.


Safety equipment for the Suprima S Standard consists of dual front airbags and ABS with EBD – owners will have to make do without ESC, traction control, brake assist, hill-hold assist and side/curtain airbags found in the Executive, which means the variant will not be five-star ANCAP-rated like its siblings up the range. Isofix mount points, however, have been retained.

Five exterior colours are available for the Suprima S Standard, and these are Tranquility Black, Genetic Silver, Atlantic Blue, Solid White and Fire Red, the same colours found on the Suprima S at its launch in August 2013.

As for pricing, the Suprima S Standard goes for RM69,438 (solid) and RM69,888(metallic), on-the-road with insurance, which makes it RM6,900 cheaper than the Executive (solid), and RM6,800 in the case of the metallic version. Customers in East Malaysia will have to wait until December 18 before they can get up close with the S Standard in showrooms.

- Source: paultan.org

Sabah MCA forms committee to study RCI report

MCA deputy president Datuk Dr Wee Ka Siong said after examining the RCI report, the committee would make proposals deemed necessary.

KUALA LUMPUR: Sabah MCA has formed a special committee to examine in detail the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on illegal immigrants in Sabah.

MCA deputy president Datuk Dr Wee Ka Siong said after examining the RCI report, the committee would make proposals deemed necessary.

"I was informed about the setting up of the committee two days ago. This is a positive step as only Sabahans would understand the real problems concerning illegal immigrants in Sabah."

He said this to reporters after opening a seminar on the Goods and Services Tax (GST), organised by the 988 radio station, Sunday.

- Source: Bernama

Philippine typhoon survivors find homes in ruins again

Typhoon Hagupit hit the central Philippines late on Saturday with gusts of 210 kilometres (130 miles) an hour -AFPpic

TACLOBAN: A year after losing all their belongings to one of the world's strongest storms, thousands of weary people in the Philippines emerged from evacuation shelters on Sunday to find their homes again in ruins.

Typhoon Hagupit hit the central Philippines late on Saturday with gusts of 210 kilometres (130 miles) an hour, destroying flimsy houses, tearing roofs off others, knocking down power poles and smashing bridges.

During a terrifying night, it cut across Tacloban city and dozens of other communities that were only just starting to recover from last year's catastrophic Super Typhoon Haiyan.

"We were on edge the entire night because the winds were so strong. We could see roofs flying," 39-year-old peanut vendor and Haiyan survivor Vicente Roquero told AFP at an evacuation centre in Tacloban on Leyte island.

Haiyan's monster winds and tsunami-like storm surges claimed more than 7,350 lives, and left more than one million people on central Philippine islands in need of new and safe homes.

Hagupit, which was due to take three days to cut across the Philippines, did not generate the massive storm surges that claimed so many lives last year in the central Philippines.

Mass evacuations before it arrived also helped to ensure there was no repeat of the mass casualties in the areas devastated by Haiyan.

"There is a collective sigh of relief," Jerry Yaokasin, vice mayor of Tacloban, a city of 220,000 people that was one of the worst-hit last year, told AFP

"The initial assessment is that there are no casualties. We were better prepared... up to 50,000 people were packed in evacuation centres."

But many people -- who have since Haiyan lived in tents, temporary shelters and shanty homes -- again faced the trauma of losing their homes.

"The temporary houses destroyed by the typhoon is our big problem right now... our biggest challenge is how to provide for those who were displaced because of that," Yaokasin said.

After losing her coastal shanty home to the storm surges of Haiyan, Maria Anna Alvarez, 34, had been barely surviving -- living with a dozen other relatives on the outskirts of Tacloban in a tent provided by an aid agency.

She returned from an evacuation centre on Sunday morning to see the tent, and those of 300 other families living nearby, destroyed.

"We were hoping for a merry Christmas... but it looks like that wish won't come true," Alvarez said.

"Nothing was left of our place, but we have no choice but to be resilient... the important thing is we're alive."

Tereso Sano, a 42-year-old unemployed driver, said he would start rebuilding the home nearby he shared with seven others as soon as the winds subsided.

"It's a difficult feeling, knowing you don't have a roof above your head," Sano told AFP. 

- Source: AFP

Suspek mengaku bunuh, potong badan mangsa

ABDUL RAHIM: Dengan petunjuk baharu itu, polis telah mendapat lokasi badan seorang lelaki yang kepala, tangan dan kakinya ditemui di kawasan berasingan di Bukit Mertajam.

GEORGE TOWN: Polis mendapat beberapa petunjuk baharu bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes bunuh dan mengerat anggota badan rakyat Myanmar yang dipercayai dilakukan rakyat negara itu sendiri, kata Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata dengan petunjuk baharu yang diperoleh hasil soal siasat terhadap 17 lelaki Myanmar yang ditahan, polis telah mendapat lokasi badan seorang lelaki yang kepala, tangan dan kakinya ditemui di kawasan berasingan di Bukit Mertajam.

"Suspek mengaku membunuh sebelum memotong anggota badan dan membuangnya termasuk badan lelaki berkenaan ke dalam tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap dekat sini dua minggu lepas.

"Setakat ini polis hanya menemui kepala, tangan dan kaki mangsa. Kemungkinan badan mangsa telah hanyut ke sungai atau laut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Polis di sini, Ahad.

Pada 24 Nov lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam dan pada Khamis pula, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk kampung dalam tali air di Sungai Bakap.

Terbaru pada Isnin lepas kepala dan tangan kiri dari lengan hingga tapak tangan ditemui dalam beg plastik berhampiran tong sampah di Machang Bubok.

Abdul Rahim turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kes pembunuhan itu bukan ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan mayarakat setempat sebaliknya hanya membabitkan rakyat Myanmar.

Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah Pulau Pinang menurun sebanyak 377 kes atau 4.8 peratus dalam tempoh Januari hingga semalam berbanding 7,854 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata kejayaan menurunkan kadar jenayah itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada polis.

- Sumber: Bernama 

Puting beliung di Gugusan Manjoi, 57 rumah rosak

MUSNAH.: Ruang tamu sebuah rumah musnah di mana bumbungnya diterbangkan puting beliung pada pukul 2.30 petang di kawasan Gugusan Manjoi pada Ahad.

IPOH: Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung petang Ahad.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.

Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian bumbung.

"Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang terlibat di Kampung Tengku Hussein Baru.

Beliau berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka," katanya.

Seorang mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak.

Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate bersama anggota keluarganya.

"Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat," katanya sambil menjelaskan kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung itu. 

- Sumber: Bernama 

Bakar Al-Quran: Dr Mashitah beri keterangan polis

Dr Mashitah enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Mashitah Ibrahim tampil beri keterangan di IPD Dang Wangi petang Ahad susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran.

Dr Mashitah membangkitkan isu itu dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung pada akhir bulan lalu.

Lapor portal Agenda Daily, beliau tiba di ibu pejabat polis itu jam 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar bagaimanapun enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Pada Jumaat, Ketua Parlimen DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tiada sebarang siasatan dibuat terhadap Mashitah, biarpun telah ada laporan polis dibuat.

Kit Siang berkata Ahmad Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Dr Mashitah.

Pada 28 November, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching membuat laporan polis kerana kenyataan Dr Mashitah dianggap langsung tidak bertanggungjawab.

Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata kenyataan Dr Mashitah boleh menimbulkan huru-hara dan pecah belah.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan bahawa bekas timbalan menteri itu betanyakan perwakilan UMNO adakah mereka rasa tercabar dengan kejadian itu.

"Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak. Kalau rasa begitu, kenapa tidak bersuara. Jangan diam. Mana suara kita di dalam media, di alam maya. Jangan jadi majoriti senyap. (Jangan biarkan) yang minoriti ini bercakap," katanya seperti dipetik dari laporan itu. 

- Sumber: Astro Awani

Malaysia tunduk kepada Vietnam, 2 - 1

Penyerang Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha (kiri) bergelut dengan Le Phuoc Tu dari Vietnam ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam tadi. Foto AFP/Mohd Rasfan

SHAH ALAM: Skuad Harimau Malaya tewas kepada Vietnam 2-1 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Laungan Ultras Malaya memberikan semangat kepada pemain pada permulaan perlawanan, namun beberapa usaha yang merbahaya dihasilkan oleh pemain Vietnam.

Tuah menyebelahi Harimau Malaya selepas pengadil Ma Ning menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Vietnam. Safiq Rahim dengan selesa meyudahkan jaringan memberikan harapan mengulangi kejayaan Malaysia pada tahun 2010.

Perlawanan bertambah sengit selepas Vietnam kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi jaringan Huy Toan Vo melepasi penjaga gol Khairul Fahmi Che mat.

Skuad kendalian Toshiya Miura terus memberikan tekanan pada separuh masa kedua dan akhirnya berjaya mendapatkan gol hasil daripada jaringan penyerang Van Quyet Nguyen pada minit ke-59.

Gary Steven Roobat dan Indra Putra Mahyuddin dibawa masuk namun tidak berjaya membantu Malaysia mendapatkan keputusan yang lebih selesa untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Vietnam nanti. 

- Sumber: Astro Arena