Thursday, 4 July 2013

Gempa bumi di Sumatra bunuh 22 orang

Gempa bumi di Sumatra bunuh 22 orang

SUMATRA: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richte melanda Sumatra semalam dan membunuh kira-kira 22 orang setakat ini.

“Setakat ini, 22 orang telah mati, 210 orang tercedera dan beribu-ribu bangunan dan rumah telah musnah,” kata Jurucakap agensi bencana Alam Sutopo Purwo Nugroho.

Sebelum ini, pasukan keselamatan dilaporkan masih menjalankan operasi menyelamatkan orang ramai yang terperangkap.

Selepas gempa bumi pertama, dua gempa bumi yang berukuran lebih 5.0 pada skala Richte turut berlaku di kawasan tersebut.

Pada April tahun lepas, satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Ricthe berlaku di Banda Aceh dan menyebabkan amaran tsunami.

Pada September 2009 pula, satu gempa bumi di Padang, Sumatra membunuh lebih 1,000 orang.

- AFP

Polis serbu tayangan filem kontroversi 'No Fire Zone'

Polis serbu tayangan filem kontroversi 'No Fire Zone'

KUALA LUMPUR: Pihak polis bertindak menyerbu tayangan filem kontroversi “No Fire Zone’ yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi.

Serbuan dibuat sejurus filem itu selesai ditayangkan sekitar 8.30 malam.

Susulan itu juga 3 individu dari sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Komas yang dipercayai penganjur tayangan itu, telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.

Turut terbabit dalam serbuan itu adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.

Dipercayai pihak kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur telah membuat satu aduan mengenai penayangan filem itu yang antara lain didakwa memaparkan kekejaman tentera Sri Lanka itu ke atas penduduk minoriti Tamil di utara negara itu.

Penonton dikatakan hanya perlu menunjukkan MyKad sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan yang berkapasiti 150 orang.


Sumber: Astro Awani