Sunday, 1 December 2013

Impak Bajet 2014 ke atas anda & hartanah anda

Impak Bajet 2014 ke atas anda dan hartanah anda

Sumber: iMoney

Polis buru 10 lagi suspek pengikut 'Tuhan Harun'

Polis sedang memburu sepuluh lagi pengikut kumpulan ajaran sesat, ‘Tuhan Harun’ bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), 10 November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan melalui laman Facebook PDRM hari ini.

harun

Berdasarkan laporan media, tujuan penangkapan tersebut bertujuan bagi melengkapkan siasatan susulan penangkapan 13 pengikut yang sama semalam.

"Pihak polis percaya dengan 10 tangkapan baru yang menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang termasuk 2 wanita serta dengan rampasan sepucuk pistol semi auto, kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Agama Islam Pahang dianggap telah diselesai.

"Walaubagaimanapun pihak polis akan mengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan kes ini," kata Hadi dalam kenyataan tersebut.

PDRM turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut agar menghubungi pegawai-pegawai berikut:

DSP ZAKARIA - 019-3822020
ASP ZUKRI - 013-9764999
INSP MOHD HASNI - 016-4888025

Dalam kejadian tersebut, Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di Kuantan.

Kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Susulan kejadian itu, ketua kumpulan sebuah sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.

Dengan penangkapan Harun, polis telah berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan 13 suspek termasuk dua wanita yang merupakan anggota kumpulan ajaran sesat itu serta merampas senjata api yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan itu.

Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya @KBAB51 malam tadi.



ASTRO Awani

Pulau Batu Puteh: Jawatankuasa bincang sempadan

Pulau Batu Puteh

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil baru bagi membincangkan penandaan sempadan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin - kelompok batu yang muncul di laut kedua-dua negara.

Ini dipersetujui pada Mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) berhubung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Putih, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin, di Singapura selama dua hari mulai Khamis.

Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Singapura, K. Shanmugam, yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu menerangkan mesyuarat itu juga mengadakan rundingan tidak formal tentang penubuhan jawatankuasa kecil itu, yang dibentuk berikutan persetujuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong semasa Permukiman Pemimpin-pemimpin itu di Singapura Februari lepas.

Perwakilan Malaysia ke mesyuarat itu diketuai ketua setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim sementara Singapura oleh setiausaha tetap Kementerian Luarnya, Chee Wee Kiong.

Kenyataan itu menerangkan mesyuarat juga meneruskan perbincangan mengenai isu-isu berkaitan yang timbul dari Penghakiman ICJ mengenai perkara itu, dan ia juga bersetuju yang Mesyuarat Kelapannya diadakan tahun depan.

Pada Mei 2008, ICJ memutuskan Pulau Batu Puteh terletak di bawah kedaulatan Singapura dan Terumbu Karang Tengah kekal sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Bagaimanpun, mahkamah tidak memutuskan dengan jelas tentang Terumbu Karang Selatin, dan hanya mengisytiharkan bahawa ia milik negara dalam perairan wilayah di mana terletaknya terumbu karang berkenaan.

Berikutan keputusan ICJ itu, Malaysia dan Singapura menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi menanda sempadan maritim di kawasan sekitar Pulau Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah, dan menentukan pemilik Terumbu Karang Selatin.

BERNAMA

SPR akui dakwat kekal tidaklah sekekal mana dalam laporannya

SPR akui dakwat kekal tidaklah sekekal mana dalam laporannya

Dakwat kekal yang digunakan di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU ke 13) didapati hilang apabila dicuci dan terdapat dakwat kekal yang terkena pada kertas undi.

Ini adalah antara kelemahan-kelemahan yang diterangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam Laporan Post Mortem PRU ke 13.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata bukan sahaja itu, kelemahan yang dikenalpasti dalam penggunaan dakwat kekal itu ialah pelaksanaan tatacara dakwat kekal tidak dijelaskan dengan terperinci dan dakwat kekal didapati lambat kering menyebabkan terkena pada kertas undi.

“Kelemahan lain yang dikenal pasti termasuk dalam proses pengiraan undi. Contohnya ejen parti tidak faham istilah ‘undi ditolak’ dan ‘undi rosak’ dan terdapat dakwaan ketua tempat mengundi memutuskan undi ragu mengikut ejen-ejen parti.

“Semasa hari pencalonan pula, pegawai pengurus mengalami kesukaran dalam mengesan status bermastautin kerana kebanyakkan calon tidak tinggal di alamat berkenaan dan kesukaran mengesah status muflis daripada Jabatan Insolvensi.

“Semasa hari pengundian pula, terlalu banyak saluran dalam satu-satu pusat mengundi menyebabkan pengundi bercampur antara satu tempat mengundi dengan tempat mengundi yang lain dan kertas undi yang dilipat terbuka setelah dimasukkan ke dalam peti undi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Abdul Ghani berkata berdasarkan kelemahan-kelemahan tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dicadangkan.

“Untuk dakwat kekal, SPR telah membuat penambahbaikan dalam kandungan bahan dakwat, kaedah penyimpanan, kaedah penandaan pada jari daripada dicalit kepada dicelup jari telunjuk kiri pengundi dan menyediakan panduan tatacara penggunaan kepada kerani pengundian.

“Untuk proses pengiraan undi, SPR, antara lain akan meneliti dan membuat penambahbaikan dalam aspek latihan dan Buku Panduan Memutus Undi Ragu bagi membantu Ketua Tempat Mengundi memutuskan undi ragu dengan lebih berkesan.

“Untuk hari pengundian, cadangan pembaikkan yang dikemukakan antara lain adalah cara melipat kertas undi yang betul akan dilaksanakan,” katanya.

Laporan post mortem itu adalah hasil mesyuarat yang diadakan oleh ahli tertinggi SPR di anatara 19 Jun 2013 sehingga 15 Julai 2013.


ASTRO Awani