Monday, 30 March 2015

From the Galaxy S to the S6: 5 years of innovation from Samsung



The Samsung Galaxy S6 debuted at Mobile World Congress 2015.

The Samsung Galaxy S6 and S6 Edge, officially launching on April 10, are the latest in a range that has been setting new benchmarks for high-end smartphones each spring since 2010.

Samsung Galaxy S
Launched in Asia in June 2010 and worldwide over the following months, the Galaxy S was clearly positioned as a rival to the iPhone 4, boasting a more powerful processor and a 4-inch SuperAMOLED display. Samsung's high-end smartphone debuted with Android 2.1 (Eclair) and was later updated to 2.2 (Froyo).

Samsung Galaxy S2
Revealed at MWC in Barcelona in February 2011, the Galaxy S2 was rolled out worldwide over the course of the following spring and quickly became a commercial success. The model stood out for its dual-core processor and its dual camera, including an 8MP rear camera with autofocus and 1080p HD video recording.

Samsung Galaxy S3
It was May 2012 when the Galaxy S3 stepped in to replace its popular predecessor. The third model in the range had an even larger screen (4.8 inches) with HD resolution (1280 x 720 pixels), a smart vocal assistant (S Voice) and Android Jelly Bean. The first Galaxy phone to be offered as 4G-ready in select markets, the S3 was also the first to debut alongside a smaller, lower-spec version, the Galaxy S3 Mini.

Samsung Galaxy S4
Launched in April 2013, the Samsung Galaxy S4 was 4G-ready and boasted a range of other improved specs, including a five-inch screen, an octa-core processor and a 13MP camera. The device also stood out for its ability to respond not only to a finger or stylus but also to eye movements, for example by pausing a video when the user looks away.

Samsung Galaxy S5
Premiered at last year's MWC, the fifth-generation Galaxy phone went on sale in April 2014. The 5.1-inch smartphone (1920x1080 pixels) stands out from its predecessors primarily through its fingerprint reader and virtually instantaneous autofocus. Compatible with the South Korean brand's first smartwatches, the S5 comes with Android KitKat.

Samsung Galaxy S6
Once again in March of this year, the brand chose to unveil its latest flagship at MWC in Barcelona. The Galaxy S6 is said to be more robust than previous models thanks to its metal shell, but there is no longer a removable battery or microSD card slot. For its part, the S6 Edge has a display that curves around the right and left sides, making it the first smartphone of its kind.

- Source: AFP RELAXNEWS 

Amaran tsunami berbahaya susulan gempa 7.7 di kepulauan Papua New Guinea

Amaran tsunami berbahaya telah dikeluarkan susulan gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 di kepulauan Papua New Guinea sebentar tadi.

SYDNEY: Amaran tsunami berbahaya telah dikeluarkan susulan gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 di kepulauan Papua New Guinea sebentar tadi.

Menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak 54 kilometer dari bandar Kokopo Panguna di pulau New Britain dan 789 kilometer dari ibu negara Port Moresby.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii dalam pada itu menyebut bahawa "ombak tsunami berbahaya mungkin melanda pantai yang terletak dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon."

- Sumber: AFP

Malaysia sasar hab teknologi hijau rantau Asean

Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA - Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjadi Hab Teknologi Hijau di rantau Asean menerusi pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara yang holistik dan berterusan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan kini berada pada landasan perancangan yang betul dalam pembangunan lestari dan kemajuan teknologi hijau.

"Sebagai bukti, laporan dwitahunan EPI (Indeks Prestasi Alam Sekitar) 2014 yang dihasilkan Yale University, menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-51 dari 178 negara.

"EPI ini mengukur kedudukan negara-negara dunia dalam pelaksanaan dasar berkaitan isu alam sekitar yang berfokus kepada perlindungan kesihatan manusia daripada bahaya alam sekitar dan perlindungan ekosistem," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini.

Mahdzir berkata, di peringkat Asean pula Malaysia menduduki tangga ketiga iaitu selepas Singapura dan Brunei.

"Jelas, kedudukan ini masih perlu diperbaiki namun saya amat yakin sasaran kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hab Teknologi Hijau di rantau Asean dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata, Malaysia bergerak lebih agresif untuk berubah ke arah penggunaan teknologi tinggi serta industri berasaskan pengetahuan intensif agar dapat kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Katanya kementerian sedang membuat perancangan pelaksanaan program dan projek yang menumpukan peningkatan sumbangan Teknologi Hijau kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

"Selain itu, Pelan Induk Teknologi Hijau Negara dan pelan Tindakan Mobiliti Elektrik juga telah disediakan dengan tujuan mengukuhkan semua inisiatif, program dan aktiviti yang akan dilaksanakan supaya menjadi lebih efektif dan sistematik," katanya.

Mahdzir berkata, di samping itu kementerian juga mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan beberapa negara seperti Korea Selatan dan Kemboja bagi mempelopori bidang teknologi hijau yang akan menyumbang kepada pembangunan hijau di rantau ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sasaran Malaysia untuk menjadi Hab Teknologi Hijau di rantau Asean memerlukan masa dan usaha dilaksanakan secara berperingkat memandangkan bidang teknologi hijau masih baharu di negara ini sejak Dasar Teknologi Hijau Negara dilancarkan pada 2009.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, Teknologi Hijau yang merangkumi sektor ekonomi utama iaitu tenaga, bangunan, pengangkutan, pengurusan sisa dan air telah menyumbang sejumlah RM7.9 bilion atau 0.8 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013.

"Pelaburan daripada teknologi hijau dari sektor-sektor tersebut sebanyak RM920 juta dan jumlah pendapatan yang direkodkan pula sebanyak RM33.1 bilion pada 2013," katanya.

Katanya berdasarkan kajian yang dijalankan kementerian, pembangunan teknologi hijau disasarkan dapat menyumbang RM22.4 bilion menjelang 2020 dan RM60 bilion pada 2030 kepada KDNK.

"Pelaburan dijangka meningkat kepada RM28 bilion dan RM86.3 bilion menjelang 2020 dan 2030 serta dapat mewujudkan 114,590 peluang pekerjaan pada 2020, dan pada 2030 pula terdapat sebanyak 211,500 peluang pekerjaan," katanya.

Sementara itu, tanpa menyatakan nama syarikat, Mahdzir berkata di Malaysia sudah ada beberapa syarikat tempatan, termasuk di Pahang dan Selangor, yang menghasilkan panel solar fotovoltan (PV) untuk pasaran tempatan dan dieksport ke negara luar.

"Ada syarikat tempatan juga mampu mengeluarkan panel solar PV ini untuk dieksport dan pasaran tempatan, selain syarikat asing yang ada di negara kita yang mengeluarkan panel solar ini. Sekarang kita... dari segi mengilang dan mengeluar solar panel ini, menduduki kedudukan tiga tangga teratas di dunia," katanya.

- Sumber: Bernama

Perkhidmatan monorel ditangguh sementara

Penggantungan sementara perkhidmatan turut berpunca daripada insiden kedua apabila sebuah tren dua gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ekoran masalah teknikal.

KUALA LUMPUR: Sebuah tayar getah monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa pagi ini menyebabkan perkhidmatan monorel di bandar raya ini digantung sementara mulai pukul 8.50 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata tiada sebarang penumpang di dalam tren itu semasa kejadian.

"Kebakaran dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran itu menyebabkan asap tebal menyelubungi stesen bertingkat berkenaan.

Penggantungan sementara perkhidmatan turut berpunca daripada insiden kedua apabila sebuah tren dua gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ekoran masalah teknikal.

Tren penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan menolak tren yang tersangkut itu ke stesen Imbi sebelum penumpang turun.

"Rapid Rail sedang melakukan siasatan dalaman atas kedua-dua insiden tersebut dan memohon maaf dengan kerumitan yang ditimbulkan," kata Abdul Hadi.

- Sumber: Bernama 

Tayar gerabak terbakar, perkhidmatan monorel tergendala

Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

"Sekarang operasi memadam masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

- Sumber: Bernama 

Gempar dapat panggilan kewujudan bom

Mahkamah Majistret Jitra.

JITRA - Orang ramai yang berurusan di Mahkamah Majistret Jitra, di sini, digemparkan dengan kewujudan bom selepas pihak mahkamah menerima panggilan daripada seorang lelaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, difahamkan panggilan itu dijawab oleh seorang kerani yang bertugas.

Susulan itu, mahkamah dengan bantuan polis mengarahkan orang ramai keluar daripada pekarangan bangunan mahkamah tersebut.

Pemeriksaan oleh Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah bagaimanapun mendapati tiada kesan menunjukkan kewujudan bom di premis itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, pihak mahkamah menerima panggilan daripada seorang lelaki India yang memaklumkan kewujudan bom.

"Kita telah melakukan pemeriksaan dan mengklafikasikan kes sebagai panggilan palsu atau ugutan psikologi", katanya kepada Sinar Harian.

- Sumber: Sinar Harian 

SIC kecewa dengan prestasi Zulfahmi

Foto: SAFWAN MANSOR

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin perlu memperbaiki segera prestasi dalam perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan MotoGP Dunia di Litar Losail, Qatar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali.

Pelumba pasukan Drive M7 SIC itu gagal meraih kedudukan petak perlumbaan yang baik selepas mencatat masa kelayakan yang agak mengecewakan pada sesi kelayakan, semalam.

Muhammad Zulfahmi mencatat masa dua minit dan 08.040 saat untuk berada di kedudukan ke-28, sementara rakan sepasukannya, Jakub Kornfeil dari Republik Czech meraih petak ke-26 dengan masa 2:07.602s.

"Saya sebenarnya enggan komen lagi mengenai prestasi kedua-dua pelumba (terutamanya Zulfahmi). Saya rasa mereka sudah tahu perasaan saya ketika ini.

"Saya amat kecewa dan malu dengan prestasi pasukan kita. Saya tidak sangka catatan masa kelayakan memang teruk," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia di sini, hari ini. 

Menurut Razlan, pengurus pasukan Drive M7 SIC, Johan Stigefelt telah menghantar laporan mengenai sesi kelayakan itu kepadanya.

"Mereka sudah menghantar laporan kepada saya tetapi saya belum sempat membacanya dengan teliti kerana kesibukan perlumbaan F1 di sini," katanya.

Beliau terus berharap kedua-dua pelumba dapat mempamerkan prestasi yang membanggakan pada saingan sulung pasukan itu musim ini. 

Perlumbaan kelas Moto3 itu berlangsung pada pukul 11 malam waktu Malaysia hari ini. 

- Sumber: Bernama

Lufya tolak babak bersentuhan Lufya tolak babak bersentuhan


SEORANG demi seorang selebriti wanita tempatan berhijrah ke arah lebih baik. Termasuklah penyanyi yang juga pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini.

Memilih untuk mengenakan tudung sejak ulang tahun kelahiran ke-30 Februari lalu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini berkata, dia telah mengambil keputusan untuk mengehadkan karier seninya demi imej barunya itu.

Malah, dia juga nekad untuk tidak menyanyi lagi.

"Kerana itu rakaman lagu yang pernah dimuat naik di laman sosial You Tube sebelum ini telah dipadamkan," katanya.

Mengulas lanjut, pelakon kelahiran Johor Baharu ini turut mengurangkan aktiviti lakonan dan hanya memilih watak yang bersesuaian sahaja.

"Bila dah bertudung ni saya perlu lebih berhati-hati menerima skop kerja yang diberikan.

"Untuk tawaran yang mempunyai adegan bersentuhan terpaksa saya tolak dan lepaskan," katanya tetap akan turun padang melibatkan diri dengan kerja yang diterima sebelum bertudung.

Dalam pada itu, Lufya tidak menolak sekiranya mempunyai tawaran dalam bidang pengacara yang dirasakan lebih sesuai dengan personalitinya itu.

"Sekarang sedang mencari kerja-kerja yang lebih sesuai dengan personaliti bertudung, bagi saya mengacara adalah lebih mudah," katanya.

Berkongsi perasaannya juga, akui Lufya, walaupun pada awalnya dia pernah menangis memikirkan kejatuhannya dalam bidang seni kerana membuat keputusan untuk bertudung, namun dia tetap menguatkan hati.

"Perasaan takut kerana tuntutan agama membuatkan saya nekad dengan keputusan tersebut. Lagipun, soal rezeki di tangan ALLAH SWT dan itulah pesan ibu kepada saya," katanya ujian Tuhan kepadanya tahun lalu antara faktor dia berubah.

- Sumber: Sinar Harian 

Skrin Samsung Galaxy S6 Edge mampu tahan ujian baling ke lantai

Setiap kali hadirnya telefon pintar baru, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah ujian jatuh yang dilakukan ke atasnya. Kini, dengan pengenalan Galaxy S6 Edge oleh Samsung, sebuah video baru hadir ke arena web memperlihatkan ujian jatuh agresif dilakukan ke atasnya.
Melalui video yang dikongsikan melalui laman Youku, ia memperlihatkan seorang pengguna mengambil peranti Galaxy S6 Edge dan mencampaknya secara agresif pada lantai. Dan apa yang mengejutkan adalah skrinnya tahan hentak, dan tiada kesan retak yang berlaku ke atas skrinnya.
Jika benar hasil yang ditunjukkan, maka boleh dikatakan binaan yang dibawakan oleh Samsung untuk Galaxy S6 Edge ini adalah sesuatu yang membanggakan, dan mengurangkan kesangsian pengguna ke atas ketahanannya memandangkan menggunakan kaca pada bahagian hadapan dan belakang.
- Sumber: Amanz

Cubaan penggodam profesional untuk ceroboh Sarawak Report

Portal berita Sarawak Report didakwa diserang penggodam profesional sejak 23 Mac lalu.

KUALA LUMPUR: Portal berita Sarawak Report mendakwa pihak mereka ‘diserang’ penggodam profesional pada 23 Mac lalu apabila beberapa laporan artikel dilaporkan lesap daripada laman itu.

Cubaan menggodam itu dikatakan bermula pada 10.37 pagi dan salah satu artikel di portal itu dikatakan hilang dari laman web selepas setengah jam.

“Penggodam ini begitu teliti apabila mereka menyembunyikan dan mengubah alamat IP mereka sebagai usaha untuk menyembunyikan lokasi mereka.

“Kedua-dua IP dihubungkan dengan pelayan proksi dan mereka yang menyamar diri mereka daripada Google, yang mana ia adalah helah agak mudah, menurut pakar-pakar web,” lapor Sarawak Report pada Ahad.

Antara artikel Sarawak Report yang ditarik balik penggodam adalah laporan mengenai Pengerusi Abu Dhabi’s Aabar Fund, Khadem al-Qubaisi yang dikatakan menerima USD $20 juta daripada Good Star Limited.

Sarawak Report mendakwa Good Star Limited yang dikawal hartawan Jho Low, merupakan sebuah syarikat yang menerima USD $700 juta daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) .

Ia dikatakan sebagai sebuah transaksi 'pembayaran balik pinjaman' yang dibuat kononnya untuk syarikat PetroSaudi.

Sarawak Report sebelum ini pernah melaporkan beberapa artikel berkenaan isu kehilangan wang daripada dana 1MDB.

Laporan-laporan berkenaaan juga ada menyebut dan memaparkan beberapa gambar personaliti yang dikatakan terlibat di sebalik ‘misteri’ kehilangan duit dana itu, di mana antaranya adalah bintang Hollywood Paris Hilton.

Lantaran itu, Sarawak Report pada Ahad juga melaporkan pihak berdepan dengan penggantungan selepas “individu tidak didedahkan” membeli hak cipta gambar hartawan Jho Low berparti dengan beberapa orang selebriti.

“Bagi sesetengah nama-nama besar ini lebih merisaukan gambar-gambar yang kami paparkan di portal ini. Kami didesak untuk menarik balik dari memaparkan gambar-gambar yang sebenarnya merupakan beban bukti yang menyokong kepada artikel-artikel kami.

“Memandangkan artikel dan gambar merekodkan perbelanjaan besar oleh individu-individu tertentu, yang dikaitkan dengan kehilangan berbilion-bilion ringgit yang sepatutnya memberi manfaat kepada kawasan-kawasan miskin dan mundur di Malaysia, kami percaya ini demi kepentingan awam untuk melihat gambar-gambar ini,” lapor Sarawak Report.

- Sumber: Astro Awani 

Lelaki hilang dibaham buaya

Kinabatangan, Sabah: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala ikan di Sungai Sangau, di sini, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa bersama tiga lagi rakannya dikatakan sedang menangkap ikan sebelum lelaki terbabit disambar buaya. 

Anggota Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan jam 7.22 malam sebelum melancarkan operasi mencari kira-kira jam 11 malam tadi.

- Sumber: Berita Harian Online | 30 Mac 2015

Pendaki maut ketika cuba tawan Gunung Angsi

ANGGOTA bomba dan pasukan perubatan bersedia di kaki Gunung Angsi. - Foto NSTP

KUALA PILAH: Seorang pendaki berusia 49 tahun maut dipercayai akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Angsi di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 10.48 pagi, lelaki terbabit yang mendaki bersama tiga lagi rakan dikatakan pengsan sebelum rakannya menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bersama seorang pembantu perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, dihantar ke lokasi kejadian sebelum lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia. 

Katanya, pasukan bomba sedang berusaha membawa mayat mangsa turun dan dijangka dihantar ke HTAN untuk bedah siasat. 

- Sumber: BH Online | 29 Mac 2015

Awas! Si penipu GST

Keratan muka depan utama akhbar Sinar Harian hari ini.

APAKAH jenis penipuan yang dilakukan peniaga dapat dikesan melalui operasi membanteras pencatutan sehingga Februari 2015?

Kes-kes yang dihasilkan sehingga 26 Mac 2015 adalah sebanyak 1,688 kes di bawah kesalahan tidak meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, kesalahan di bawah pelabelan barangan tersedia bungkus 4 kes, 53 kes di bawah kesalahan gagal menggunakan tanda khas (merah jambu), 4 kes di bawah kesalahan menjual melebihi harga maksimum), 1 kes telah dihasilkan di bawah kesalahan Seksyen 14(1) mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan, dan juga 5 kes telah dihasilkan di bawah kesalahan Seksyen 21(5) kerana enggan memberi maklumat. Sejumlah 999 kes di bawah kesalahan gagal menentusah alat timbang dan sukat yang digunakan untuk perniagaan, 18 kes di bawah kesalahan Akta Perihal Dagangan 2011 dan 19 kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Berapakah nilai rampasan yang dilakukan? Apakah denda dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011?

Ops Catut telah dilancarkan pada 14 Januari 2015 dan telah menghasilkan prestasipencapaian yang positif. Berikut adalah hasil tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan hingga 26 Mac 2015. Sebanyak 563,000 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara ke atas semua peringkat perniagaan.

- Sumber: Sinar Harian 

Berkonsepkan Garden Wedding, Sharifah Sakinah nikah dalam hujan




Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah di Hotel Shangri-La di Putrajaya dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. - Instagram Sharifah Sakinah

DENGAN sekali lafaz, pelakon Sharifah Sakinah, 26, kini sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya Aliff Adha, 27.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari pada petang Sabtu.

Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah di Hotel Shangri-La di Putrajaya dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan pangilan Kinah menerima tujuh dulang hantaran unik daripada pihak lelaki di mana kesemuanya adalah tujuh pasang kasut Adidas dengan rekaan berbeza.

Pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskah Al – Quran, tali pinggang, seutas jam dan sepasang kasut bola.

Bagaimanapun, jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Lebih menarik lagi, sewaktu majlis pernikahan berlangsung, hujan turun renyai-renyai seakan-akan merestui hari bahagia pasangan tersebut.

Pasangan ini juga turut berkongsi detik indah itu menerusi akaun Instagram dengan hashtag #kinalif.

Di sini dikongsikan foto-foto menarik sekitar majlis pernikahan Kinalif yang diambil daripada jurufoto rasmi iaitu PelangiPutih Films.
--------





- Sumber: Astro Gempak 

Tindakan 'biadap' kumpulan metal Carcass timbulkan kemarahan peminat muzik

Tindakan 'biadap' kumpulan itu turut mendapat selaan salah seorang artis nasyid, Hamzah Hamidun.

KUALA LUMPUR: Gara-gara 'marah', sebuah kumpulan metal dari England, Carcass telah bertindak memuat naik status di Facebook menyelar kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan mereka mengadakan persembahan di sini.

Malah, kumpulan tersebut juga telah memuat naik imej bendera Malaysia secara terbalik sambil mengatakan visa mereka telah ditolak kerana kandungan lirik mereka yang tidak sesuai.

Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat muzik tempatan yang turut memuat naik komen mereka pada status tersebut.

Antara komen itu diajukan oleh seorang artis nasyid, Hafiz Hamidun, yang mempersoal tujuan kumpulan tersebut menterbalikkan imej Jalur Gemilang.

"Whats up with the flag? Sorry, no respect for you too. As a Malaysian, im happy you guys are not performing here. (Kenapa letak bendera macam tu? Maaf, saya pun tak ada rasa hormat pada kamu. Sebagai rakyat Malaysia, saya gembira anda tidak mengadakan persembahan di sini)," tulisnya.







Bagaimanapun, salah satu daripada komen yang diberikan menyebut bahawa negara yang menolak visa kumpulan Carcass sebenarnya Filipina dan bukannya Malaysia, kerana Malaysia tiada dalam senarai jelajah mereka.



Sebelum ini, kumpulan heavy metal Lamb of God juga pernah dibatalkanpersembahan di Malaysia pada September 2013 selepas mendapat arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

- Sumber: Astro Awani 

Infografik: Apa itu Hudud

Pada 19 Mac,sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, untuk dilaksanakan ke atas orang Islam di negeri itu.



- Sumber: Astro Awani | by Nasrul Shazli

Sebastian Vettel jaguh F1 di litar Sepang

Pemandu Ferrari Scuderia, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan Formula 1 Grand Prix di Sepang pada Ahad.

SEPANG: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel membuktikan kebangkitan Ferrari apabila menghalang penguasaan Mercedes AMG Petronas untuk merangkul kejuaraan F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 di Litar Sepang di sini, hari ini.

Vettel, juara dunia empat kali, merangkul kejuaraan pertama bersama Ferrari musim ini selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix Australia di Melbourne, dua minggu lepas.

Pemandu berusia 27 tahun itu mencatat masa terpantas 1'41:05.793s untuk meninggalkan kedua-dua pelumba Mercedes, juara dunia, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg di tempat kedua dan ketiga dalam perlumbaan 56 pusingan itu.

Hamilton, yang memenangi Grand Prix Australia 2015, mencatatkan masa 1'14:14.362s dan Rosberg pula 14:18.103s.

Vettel menjadi pelumba paling banyak menjuarai Grand Prix Malaysia dengan rekod empat kali iaitu tiga ketika bersama Red Bull (2010, 2011 dan 2013) dan 2015 iaitu pertama musim baharu bersama Ferrari.

Kemenangan Vettel itu turut menamatkan kemarau kejuaraan pasukan Ferrari sejak 2013 dengan kemenangan terakhir oleh Fernando Alonso pada pusingan ketiga musim 2013 di Grand Prix China dan pusingan kelima di Grand Prix Sepanyol. 

- Sumber: Astro Awani 

Pesawat Air Canada terbabas langgar tiang elektrik

Air Canada

HALIFAX - KANADA . Pesawat Air Canada yang membawa 135 penumpang dan lima anak kapal dilaporkan terbabas sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield di Nova Scotia, kata jurucakap lapangan terbang, Peter Spurway.

Memetik laporan CNN, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu dan pesawat penerbangan 624 dari Toronto itu dikatakan berada dalam keadaan yang agak teruk.

Namun, menurut kenyataan Air Canada, 23 penumpang telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Salji tebal dilaporkan ketika kejadian namun Spurway berkata masih belum jelas sama ada cuaca itu menjadi punca kemalangan.

Susulan kejadian itu, lapangan terbang tersebut bergelap akibat terputus bekalan elektrik namun pihak Nova Scotia Power kemudiannya memaklumkan bahawa bekalan elektrik telah dikembalikan.

- Sumber: Sinar Harian | 29 Mac 2015

Rumah ibu bapa Hannah Yeoh dirompak

Menurut Hannah, perompak-perompak yang memakai sarung tangan dan topeng muka itu telah menggeledah seluruh isi rumah selama 15 hingga 20 minit. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Ahli Speaker Selangor Hannah Yeoh telah menghantar pesanan cemas kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter selepas kediaman ibu bapanya dirompak ‘lima lelaki bertopeng’ pada Ahad, lapor The Star Online.

“Lima lelaki bertopeng bersenjatakan parang merompak rumah ibu bapa saya di USJ. Bapa dan abang saya diikat,” kata Hannah dalam tuit tersebut yang turut membuat tag kepada akaun rasmi Khalid iaitu @KBAB51.

Sementara itu di akaun Facebook, Hannah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya menyatakan bahawa rompakan itu berlaku pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, bapa dan abangnya diikat sementara ibu, pembantu rumah, nenek saudara dan anak saudaranya telah dipaksa menutup kepala mereka dengan selimut.

Perompak-perompak yang memakai sarung tangan dan topeng muka itu telah menggeledah seluruh isi rumah selama 15 hingga 20 minit.

“Jenayah sebegini yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia. Kita mahukan Malaysia yang lebih selamat dan itu memerlukan pengurusan sumber polis secara efisien dalam memerangi jenayah,” tulis Hannah,. Dia turut bersyukur tiada seorangpun ahli keluarganya dicederakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua memberitahu bahawa kesemua suspek berkenaan dipercayai memasuki halaman rumah yang dilengkapi kamera litar tertutup tersebut melalui pintu tepi yang tidak berkunci.

Walaupun kes tersebut masih dalam siasatan dan kerugian belum dianggarkan, polis mengesahkan kumpulan perompak itu telah melarikan wang tunai berjumlah RM8,000, barang kemas, minuman beralkohol dan lima kotak produk sarang burung. 

- Sumber: Astro Awani 

Berpisah dari Malaysia detik paling seksa

Lee Kuan Yew

SINGAPURA - Pemisahan daripada Malaysia adalah 'detik paling menyeksakan' bagi Lee Kuan Yew, tetapi ia terbukti menjadi titik perubahan ke arah hala tuju Singapura yang membawa tuah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Kuan Yew, Perdana Menteri pengasas Singapura yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Singapura melalui "Penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu" untuk membentuk Persekutuan Malaysia yang baharu. 

"Beliau berusaha bertungkus lumus untuk merealisasikannya, dan berjaya.

"Malangnya tidak lama kemudian penggabungan itu gagal, dan kami dikeluarkan daripada Malaysia," kata Hsien Loong dalam kata-kata penghargaan semasa upacara pengebumian negara untuk mendiang bapanya.

Daripada abu pemisahan itu, Hsien Loong berkata, Kuan Yew telah membangunkan sebuah negara.

Beliau berkata, perkara paling mudah untuk dilakukan adalah merayu kepada pengundi kaum Cina sahaja. Sebaliknya, Kuan Yew menaruh impian untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum, pelbagai agama.

Singapura tidak berdasarkan pada bangsa, bahasa atau agama, tetapi berteraskan nilai-nilai asas – pelbagai kaum, kesaksamaan, meritokrasi, integriti, dan keluhuran undang-undang.

Kuan Yew mengisytiharkan: "Ini bukan sebuah negara milik mana-mana komuniti tunggal; Ia adalah milik kita semua."

Hsien Loong berkata, Kuan Yew berkeras untuk mengekalkan bahasa-bahasa ibunda walaupun bahasa Inggeris menjadi keutamaan.

Lebih-lebih lagi, katanya Kuan Yew adalah seorang pejuang.

Semasa berdepan krisis, beliau berkata, apabila semua membayangkan tiada harapan, Kuan Yew kekal bersifat enggan mengaku kalah, pintar, tegas dan berpendirian tetap dalam memperjuangkan sesuatu.

"Oleh kerana beliau tidak pernah goyah, kami tidak pernah teragak-agak. Ini kerana beliau sanggup berjuang, kami mendapat keberanian dan berjuang bersama-sama beliau dan mencapai kemenangan.

"Atas semangat juang itu, Encik Lee mengangkat Singapura daripada taraf Dunia Ketiga untuk menjadi taraf Dunia Pertama," kata Hsien Loong. 

- Sumber: Bernama

Malaysia aims to be ASEAN green technology hub

Mahadzir said the ministry projects green technology's contribution to GDP to rise to RM22.4 billion by 2020 and RM60 billion by 2030.

KUALA LUMPUR: Malaysia aims to be the ASEAN green technology hub with the implementation of the National Green Technology Policy, says Energy, Green Technology and Water Deputy Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid.

He said the government is on the right track in developing green technology, citing Yale University's Environmental Performance Index in 2014 which ranked Malaysia 51st out of 178 countries globally and third in ASEAN after Singapore and Brunei.

The index, published every two years, quantifies the environmental performance of a country's policies.

Mahdzir said Malaysia is aggressively moving towards high technology and knowledge-based industries to remain internationally competitive, and his ministry plans to raise the contribution of green technology to the economy, society and environment in the 11th Malaysia Plan.

"The National Green Technology Master Plan and Electric Mobility Action Plan also aim to ensure more effective and systematic implementation of all initiatives, programmes and activities," he said, adding the country is also collaborating with South Korea and Cambodia in green technology.

However, he said, achieving the target will take time as the National Green Technology Policy was launched only in 2009.

Green technology, encompassing the energy, construction, transport, waste management and water sectors, contributed RM7.9 billion or 0.8 per cent to Gross Domestic Product (GDP) in 2013, he said.

He said, "Investments in these sectors totalled RM920 million, and they generated revenue of RM33.1 billion in 2013".

Mahadzir said the ministry projects green technology's contribution to GDP to rise to RM22.4 billion by 2020 and RM60 billion by 2030.

"Investments are expected to rise to RM28 billion by 2020 and RM86.3 billion by 2030, creating 114,590 jobs in 2020 and 211,500 jobs in 2030," he said.

He said besides foreign companies, several Malaysian firms, including in Pahang and Selangor, are also producing photovoltaic solar panels for the local and export markets, making Malaysia the world's third largest producer of solar modules. 

- Source: Bernama |  March 29, 2015