KUALA LUMPUR: Konsert bintang Bollywood, Shahrukh Khan dan rakan-rakan yang dijadual berlangsung pada 11 Oktober ini tetap ditangguhkan ke satu tarikh lain biarpun Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menangguhkan lawatannya ke Malaysia pada tarikh yang sama.
Konsert Tempation Reloaded: Live in Malaysia itu sebelum ini ditangguhkan ekoran masalah logistik susulan lawatan Obama ke negara ini pada 10 dan 11 Oktober.
"Kami telah membuat keputusan itu dan penangguhan tersebut tidak dapat ditarik balik," kata jurucakap penganjur konsert, O. Kumaraguru ketika dihubungi oleh Astro AWANI.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Obama menangguhkan lawatannya bagi menguruskan krisis penutupan operasi pentadbiran di Amerika.
Jelas Kumaraguru, sekiranya Obama mengumumkan lebih awal tentang penangguhan lawatannya itu, konsert berkenaan mungkin dapat diteruskan mengikut jadual.
Konsert Shahrukh Khan dan rakan-rakan itu kini dijadual akan diadakan sebelum April tahun depan dan tarikhnya akan diumumkan hujung bulan ini.
Pengangguhan itu diumumkan bagi pihak penganjur, 2Spicy Entertainment Sdn. Bhd. dan Hitman Solutions Sdn. Bhd melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman web jualan tiket konsert berkenaan di www.vip.my.
"(Penangguhan) ini adalah kerana isu keselamatan yang telah dibangkitkan ekoran lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia dalam siri kunjungan ke empat negara Aisa yang kebetulan terlalu dekat dengan tarikh konsert," kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu, lawatan berkenaan menimbulkan beberapa isu logistik yang boleh menjejaskan kelancaran penganjuran konsert berkenaan.
Penganjur konsert berkenaan juga merakamkan kekesalan atas penangguhan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, peminat yang telah membeli tiket boleh mendapatkan wang mereka semula daripada semua cawangan Rock Corner mulai 12 Oktober ini dan proses pembayaran balik akan diproses dalam masa 10 hari bekerja.
Mereka yang ingin terus memegang tiket berkenaan pula dijanjikan satu pakej ekslusif peminat pada tarikh baru konsert.
* Sebarang pertanyaan lanjut boleh, sila hubungi +60123114601(10 pagi hingga 5 petang) atau emel: temptation@vip.my