Friday, 21 April 2017

Acer Memperkenalkan Siri Chromebook Khusus Untuk Pendidikan Dan Perniagaan

Membeli sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran ataupun perniagaan selalunya agak sukar kerana harga komputer riba sekarang mempunyai tanda harga yang agak mahal.


Hari ini Acer memperkenalkan beberapa siri Chromebook baru untuk pasaran Malaysia, khusus untuk industri pendidikan dan juga perniagaan. Ini termasuklah Acer Chromebook 14 CP5-471, Acer R11 738T, dan Acer Chromebook 11 N731.


Model terutama dari siri ini, Acer Chromebook 14 CP5-471mempunyai skrin bersaiz 14 inci dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-6200U, RAM DDR3 sebanyak 8GB dan juga storan sebanyak 25GB. Ia hadir dengan dua port USB 3.0, satu port USB 3.0 Type-C, satu port HDMI dan sebuah pembaca kad SD yang terbina.


Menariknya, Chromebook 14 ini juga mempunyai beberapa ciri yang membuatnya sebuah komputer riba yang lasak. Paparannya menggunakan Corning Gorilla Glass 3, manakala papan kekuncinya kalis air, dan mampu menghalang air sebanyak 330ml daripada masuk di celah-celah komponen melalui lubang di tepi papan kekunci tersebut.

Dalam pada itu, Chromebook 14 ini juga disahkan melepasi piawaian MIL-STD 810G di mana ia mampu menampung berat 60KG, dan juga ujian jatuh setinggi 122cm. Dari segi bateri pula, Acer mengatakan bahawa Chromebook 14 ini mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga 12 jam apabila dicas dengan penuh.


Acer Chromebook R11 738T pula sebuah komputer riba yang boleh dilipat 360 darjah, dan digunakan sebagai sebuah tablet. Ia mempunyai paparan sesentuh 11 inci yang mampu menyokong sentuhan sebanyak 10 jari. Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Celeron, dan juga mempunyai RAM sebanyak 4GB.


Ia mempunyai sebuah port USB 3.0, sebuah port USB 2.0 dan juga sebuah port HDMI dan pembaca kad SD untuk melengkapkan I/O komputer riba ini. Dari segi jangka-hayat pengecasan pula, Chromebook R11 ini juga dikatakan mampu bertahan lebih daripada 10 jam dengan satu pengecasan penuh.

Acer Chromebook R11 ini juga merupakan peranti Chromebook pertama yang boleh mengakses Google Play Store, dan ini memberikan Acer Chromebook 11 akses kepada lebih 2 juta aplikasi di kedai aplikasi Google tersebut. Chromebook R11 juga mempunyai sokongan WiFi MIMO 802.11ac yang memberikan peranti ini sokongan internet yang sangat laju.


Untuk kegunaan sekolah-sekolah dan para pelajar, Acer memperkenalkan Acer Chromebook 11 N7 C731. Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Celeron dua-teras N3060 dan 2GB RAM, komputer riba Chromebook 11 ini menggabungkan beberapa ciri-ciri daripada kedua-dua Acer Chromebook 14 dan juga Acer Chromebook R11.

Ini termasuklah pengesahan piawaian MIL-STD 810G, dimana Chromebook 11 ini boleh menakung air sebanyak 330ml, dijatuhkan dari ketinggian 122cm dan juga menampung berat sebanyak 60kg.


Dalam pada itu, engsel paparan Acer Chromebook 11 ini juga boleh ditolak sehingga 180 darjah, dan ini memudahkan pelajar untuk berkongsi paparan dengan rakan-rakan dan guru mereka melalui paparan 11.6 inci tersebut.

Pihak Acer Malaysia juga berkata bahawa kesemua peranti-peranti ini boleh dibeli sekarang. Acer Chromebook 14 CP5731 boleh dibeli pada harga RM2299, Acer Chromebook R11 738T pada RM1499, manakala Acer Chromebook 11 pula mempunyai tanda harga bermula pada RM999.

- Sumber: Amanz | Apr 20, 2017 

WhatsApp Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Menyuruh Siri Membaca Mesej Terbaru

Apple sedia menawarkan sokongan untuk mengintegrasikan Siri pada pelbagai aplikasi iOS, dan terkini WhatsApp dilihat mengambil kelebihan berkenaan, dan membolehkan pengguna mengarahkan Siri untuk membaca mesej terkini yang diterima mereka.

Untuk menikmati ciri ini, pengguna mestilah menggunakan versi WhatsApp terkini, serta menjalankan iOS 10.3 dan terkini.


Disamping penambahan ciri baru ini, kini WhatsApp turut menawarkan kemaskini antaramuka pada tab panggilan, dan skrin informasi berkaitan Group.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp untuk iOS, anda boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baru ini.

- Sumber: Amanz 

Ratu cantik dedah muka disimbah asid bekas kekasih

Gessica Notaro ketika muncul dalam sebuah rancangan. - Foto Mediaset

ROME - ITALI. Ratu cantik Itali yang disimbah asid oleh bekas teman lelakinya akhirnya mendedahkan wajahnya buat pertama kali dalam satu program televisyen di sini.

Gessica Notaro, 27, finalis Ratu cantik Itali pada tahun 2007 muncul pada satu rancangan bual bicara di negara itu.

"Saya mahu dia lihat apa yang dia telah lakukan. Ini bukan cinta," katanya selepas membuka skarf yang menutupi wajahnya.

Pengacara rancangan itu, Maurizio Costanzo memberitahu wanita itu, dia tidak perlu mendedahkan wajahnya namun wanita itu tetap berkeras mahu melakukannya.

Wajah Gessica mengalami kecederaan teruk akibat serangan pada 10 Januari dan dia telah melakukan pembedahan bagi menyelamatkan mata kirinya.

Dia berkata, serangan tersebut dilakukan bekas teman lelakinya Jorge Edson Tavaress yang kini ditahan polis.

Mereka berpisah pada penghujung Ogos dan dia telah mendapat perintah larangan terhadap lelaki itu selepas tindakan lelaki itu yang mengugutnya.

Gessica yang bekerja sebagai pelatih singa laut di Adriatic resot bandar Rimini mendakwa, bekas teman lelakinya pernah mengugut untuk menyimbah asid kepadanya.

"Apabila asid dicurah ke muka saya, saya melutut dan berdoa agar tidak buta.

"Muka saya hancur tetapi ciri-ciri wajah saya masih ada. Saya masih mempunyai mulut. Begitu juga hidung saya. Saya masih mengenali diri saya di dalam cermin. Mata ini sepatutnya buta tetapi tidak, " katanya dipetik Metro.uk

Insiden itu tidak mematahkan impiannya, malah menurut Gessica dia bercadang mengeluarkan sebuah album.

Tavares yang berasal dari Cape Verde menafikan dakwaan tersebut dan akan menghadapi perbicaraan.

- Sumber: Sinar Harian | 21 April 2017

Lelaki maut keracunan lepas makan katak

Spesis kodok yang dimakan lelaki berkenaan bagaimanapun tidak diketahui. - Foto Getty Images


SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang lelaki Korea Selatan maut akibat keracunan selepas makan kodok kerana menyangka ia adalah daripada spesies katak yang boleh dimakan.

Polis berkata, mangsa adalah antara sekumpulan lelaki yang menangkap haiwan amfibia itu di kolam takungan berhampiran bandar Daejon pada Mac lalu.

Menyangka ia adalah spesies katak yang boleh dimakan, mereka memasak dan memakannya di sebuah restoran sehari kemudian.

Lelaki berusia 57 tahun mengalami muntah-muntah tidak lama selepas itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya

Polis berkata, bufotenin, bahan kimia yang biasa ditemui pada kodok dijumpai di dalam sisa makanan sekumpulan lelaki berkenaan.

Mangsa lain yang turut makan hidangan itu turut menunjukkan tanda keracunan namun terselamat.

BBC Korea Selatan melaporkan, katak adalah makanan istimewa di beberapa bahagian luar bandar Korea Selatan.

Beberapa spesies katak kodok merembeskan racun melalui kulit mereka jika gelisah atau apabila berasa terancam dan berada dalam bahaya.

Bufotenin boleh membawa maut apabila dimakan dalam jumlah yang banyak.

- Sumber: Sinar Harian | 21 April 2017

Wow! Cantiknya seni pasir pantai ini

REKAAN ini akan lebih menakjubkan jika dilihat dari atas.

SETIAP rekaan perlu disiapkan secepat mungkin sebelum air mula pasang.

REKAAN menyerupai sesungut ini dihasilkan di pantai Brean Down.

REKAAN nampak lebih abstrak jika dilihat dengan lebih dekat.


PENGUNJUNG pantai berjalan di atas seni pasir.


RICHARDSON sudah mencipta 45 seni pasir di seluruh barat daya England sejak 2013.


Berukuran selebar sehingga 152 meter, karya seni luar biasa ini mengubah pantai yang lengang menjadi kanvas kosong.

Ciptaan menakjubkan ini adalah cetusan idea artis Julian Richardson, 42, yang mempunyai hanya beberapa jam untuk menyiapkan satu rekaan sebelum ia dihapuskan air pasang.

Dengan menggunakan pencakar, Richardson dengan teliti ‘menyapu’ pasir itu untuk mendedahkan pasir basah yang lebih gelap di bawah.

Artis yang berasal dari Wiltshire itu sudah mencipta 45 hasil seni pasir di seluruh barat daya England sejak 2013. 

Pantai pilihannya ialah Brean Down di Somerset kerana Selat Bristol mempunyai antara perubahan air pasang surut terbesar di dunia, sekali gus memberinya ruang lebih luas untuk menghasilkan karyanya.

Tanjung setinggi 91 meter di atas turut menawarkan pemandangan menarik seluruh teluk itu.

Richardson berkata: “Kerana keadaan air pasang surut, seni pasir menjadi sangat popular. Setiap hasil seni boleh dinikmati sepenuhnya apabila dilihat dari atas. Jika dilihat dari bawah pula, ia akan nampak lebih abstrak.

“Saya hanya mempunyai tujuh jam untuk menyiapkan seni ini dan merekod setiap karya yang sudah siap sebelum air pasang.

“Dalam beberapa keadaan, saya terpaksa mengubah rekaan atau terpaksa menukar sedikit bahagian untuk melengkapkan karya itu dan merakam hasilnya sebelum mula ditelan air pasang.”

- Sumber: Agensi | disiarkan pada 2016 

Triton tampil maskulin - harga RM77k hingga RM130k

MODEL bergaya bersama Mitsubishi Triton versi ditingkatkan.

PANDANGAN sisi Mitsubishi Triton yang lasak.

RUANG kargo bertudung penuh.


RIM dua tona.


SISTEM multimedia terkini.

TRANSMISI automatik lima kelajuan.

STERENG pintar pelbagai fungsi.


Pasaran kenderaan pikap kembali rancak apabila Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd melancarkan dua model versi peningkatan VGT Adventure X dan VGT Adventure yang menawarkan waranti selama lima tahun atau 200,000 kilometer.

Varian terbaru itu dijana enjin Mivec 2.4 turbo diesel DI-D Common Rail dan Geometri Turbo Bolehubah (VGT) yang menghamburkan kuasa sehingga 181PS manakala tork setinggi 430Nm.

Antara pembaharuan dilakukan termasuklah rekaan jeriji radiator hadapan lebih menyerlah dan sporty. Bagi model varian VGT, perumah lampu hadapan diisi dengan lampu HID yang diintegrasikan bersama DRL.

Ruang dalaman masih menawarkan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan susun atur papan pemuka yang kemas. Stereng juga dilengkapkan kawalan audio, cruise, bluetooth dan paparan meter baru. Malah, bagi varian VGT, kerusi pemandu boleh dilaras pada lapan posisi berbeza secara automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, Tomoyuki Shinnishi berkata, varian terbaru itu mempunyai ciri lebih premium selain elemen keselamatan ditambah baik dengan tujuh beg udara SRS selain menerima penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (NCAP ASEAN).

“Kami menjangkakan peningkatan perkongsian pasaran mencapai 15 peratus pada 2017 daripada 13 peratus dicatatkan tahun lalu.

“Antara ciri ditambah baik termasuk sistem Kawalan Tarikan dan Kestabilan Aktif (ASTC) bagi memastikan kenderaan dalam keadaan terkawal apabila melalui permukaan jalan licin dan lasak,” katanya.

Diimport sepenuhnya dari Thailand, enam varian ditawarkan dan harga jualan asas bermula daripada RM77,390 bagi Quest MT hingga RM130,900 untuk Adventure X AT.

Sumber: Harian Metro | 16 April 2017

Jika ulang, saya saman: Adnan Yaakob

Adnan ketika sesi penggulungan titah Diraja Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada persidangan Dun.

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi amaran tegas akan menyaman Adun Semambu, Lee Chean Chung sekiranya terus membuat tuduhan tidak berasas dalam isu penjualan East Coast Mall (ECM).

Adnan berkata, dakwaan Chean Chung berhubung isu itu seolah-olah menuduh dirinya sebagai seorang yang mengamalkan rasuah membabitkan penjualan pusat membeli belah itu kepada syarikat dari Singapura.

"Saya memberi amaran tegas kepada Semambu jika terus mengaitkan saya dalam isu tersebut.

"Andaian tersebut memberi persepsi negatif dalam masa sama membuktikan kerja pembangkang yang sering menyebarkan pembohongan.

"Jika Semambu terus ulangi tuduhan ini, saya akan saman. Jika rasa saya salah guna kuasa, Semambu boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)," katanya ketika menggulung titah Diraja Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada persidangan Dun, hari ini.

Adnan menjelaskan, dalam Capital Land Malaysia Mall Trust terdapat pegangan saham oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 9.8 peratus dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 10 peratus.

Adnan turut mengingatkan Chean Chung supaya mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang tuduhan.

Chean Chung yang juga Ketua Penerangan AMK sebelum ini memuat naik status di laman Facebook miliknya mengenai isu penjualan ECM dan mendakwa kerajaan negeri menjual aset kepada Singapura.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adnan berkata, peruntukan sebanyak RM5juta disalurkan oleh kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air di loji rawatan air Sungai Bilut di Raub.

Beliau berkata, dengan kos itu diharap dapat menyelesaikan isu air yang membelenggu penduduk di kawasan itu.

- Sumber: Sinar Harian | 21 April 2017

Dunia dari angkasa

Dari gunung berapi di Jepun hingga ke sulur paut lagun di Iran, buku baru yang merakam pemandangan udara menakjubkan planet Bumi.

Overview: A New Perspective adalah himpunan koleksi imej yang diilhamkan daripada akaun Intagram penulis Benjamin Grant, Daily Overview. 

Akaun Grant yang mempunyai pengikut 367,000 itu mencabar penonton melihat Bumi dari perspektif berbeza.

Dalam usaha menyampaikan pemandangan menyeluruh mengagumkan itu - umpama angkawasan melihat planet ini dari angkasa - Grant bekerjasama dengan DigitalGlobal untuk memilih imej satelit yang paling menarik.

Gambar yang dipamerkan Grant antara lain menunjukkan komuniti sementara pada festival Burning Man di Nevada dan penempatan berselirat di padang pasir di Abu Dhabi, selain organisasi mengejutkan di pantai Ipanema.

Selain itu, ketenangan Angkor Wat yang memukau di Kemboja, kota metropolitan seperti New Delhi dan kem pelarian terbesar dunia, Dadaab, di Kenya juga dikongsikan bersama.

“Mustahil untuk melihat sepenuhnya dan menghargai keindahan dunia dari garis penglihatan kita di permukaan bumi.

“Sedangkan sistem kehidupan yang dibina dan dibangunkan manusia serta kesan buruknya terhadap planet kita sesuatu yang wajar diperhatikan,” katanya.

- Sumber: Agensi

Haval H6 Coupe and H9 for Malaysia – price to start from RM115,000


We previously reported on the arrival of the Haval H6 Coupe and H9 in Malaysia back in January, and now, we have some information relating to the models’ specifications for our market. This comes straight from Ahmad Azam Sulaiman, CEO of Go Auto, who spoke to our sister site paultan.org/BMduring Auto Shanghai 2017.

Firstly, both SUVs are slated to land in Malaysia by Q3 or Q4 this year as fully imported (CBU) models from China. As for pricing, the H6 Coupe is expected to be priced at around RM115,000, while the H9 could retail for RM140,000.

Focusing on the H6 Coupe, the SUV will occupy the same segment as the Volkswagen Tiguan 1.4 TSI as well as the Hyundai Tucson T-GDI, powered by a 2.0 litre turbocharged four-cylinder petrol engine with direct injection. The mill churns out 194 hp and 315 Nm of torque, and sends drive to the front wheels via a six-speed dual-clutch transmission. 

In its domestic market (China), the H6 is available with the 1.5 litre turbo petrol engine, which is mated to a six-speed automatic, and all-wheel drive is available as an option. However, Go Auto says it has no plans to bring the blown 1.5L version as it would directly compete against its own H2 that is already on sale here.


Inside the cabin, there’s plenty of soft-touch materials, leather upholstery and pleasant-looking plastics, as my colleague Farid pointed out. A detailed list of equipment fitted on the display car wasn’t provided but from what we can see, there’s a TFT-LCD colour display, electrically adjustable front seats, an Audi-esque gear selector (with paddle shifters), dual-zone climate control, smart key and push-start button.

As for the H9, the ladder-frame SUV will replace the H5 when it arrives, packing a direct-injected 2.0 litre turbo four-pot. In the H9, the engine outputs 158 hp and 324 Nm of torque, which is more than the H5’s 2.0L VGT turbodiesel (148 hp/310 Nm), paired with a ZF-sourced six-speed auto and all-wheel drive system. 

The H9 is available in three trim levels – Standard, Luxury and Super Luxury – although Go Auto has yet to decide which will be destined for Malaysia. Among the premium features available on the H9 is a retractable running board that automatically presents itself when the doors are open to help with entry and exit.

Other bits of kit shown here include a colour display screen for the infotainment system, automatic air-conditioning (with second-row blower), push-start button and even an Infinity audio system. The H9 will compete against the Isuzu MU-X, Toyota Fortuner and Ford Everest.

- Source: paultan.org

Adam Rosly tidak mengaku enam tuduhan

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua AMK, Datuk Adam Rosly Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi atas enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adam Rosly, 30, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan di hadapan hakim Allaudeen Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ahli perniagaan itu didakwa memberi pernyataan palsu ketika percakapannya dirakam oleh dua pegawai SPRM.

Pernyataan itu berhubung kerjaya beliau sebagai pengarah sebuah syarikat, sumber pendapatan dan pembelian sebuah rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang secara tunai.

Adam Rosly menyebut beliau mendapat sumber kewangan untuk membeli banglo tersebut melalui pinjaman wang daripada dua ahlong, pemberian keluarga, hasil jualan kereta serta hasil perniagaan.

Bagi kesalahan itu dakwaan dibuat mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (8) akta sama.

Sementara itu bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Adam Rosly didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya Gegas Mentari Holdings Sdn Bhd untuk memperdaya pegawai penyiasat berkenaan. 

Kesalahan itu pula dibuat mengikut Seksyen 32 (8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613).

Kedua-dua kesalahan itu membawa hukuman denda tidak lebih RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 10 Feb 2017 antara jam 10 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib pada mulanya membantah jaminan ke atas tertuduh namum menawarkan RM400,000 sekiranya mahkmah mempertimbangkan untuk memberikan jaminan.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal memohon jumlah jaminan sebanyak RM150,000 kesalahan yang dilakukan tidak serius selain mempunyai pendapatan yang tidak seberapa.

Mahkamah membenarkan ahli perniagaan itu diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan untuk menyerahkan pasport ke mahkamah.

- Sumber: Sinar Harian | 21 April 2017

Perkhidmatan Eatigo Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Perkhidmatan menempah restoran merupakan satu aplikasi yang popular di pasaran tempatan. Salah satu pengendali utama adalah TableApp yang membolehkan anda menempah meja di restoran. Dalam membawakan kelainan, satu lagi startup baru yang hadir adalah eatigo yang membolehkan anda menempah meja dan memperoleh diskaun untuk masa berlainan.

Menggunakan eatigo, pengguna boleh melihat pelbagai restoran yang menawarkan diskaun. Menariknya, diskaun yang ditawarkan adalah berbeza mengikut waktu. Sekiranya pengguna menempah pada waktu puncak, diskaun yang ditawarkan pada restoran tersebut mungkin berbeza dengan waktu bukan puncak. Malah eatigo turut memaparkan harga makanan dan juga kiraan diskaunnya berdasarkan waktu.


eatigo merupakan startup dari Thailand dan mereka juga merupakan pemenang Digital/Online Startup of The Year pada anugerah Rice Bowl Startup Awards pada tahun 2015. Selain dari laman web, mereka juga turut menyediakan aplikasi iOS dan Android yang boleh digunakan di restoran.

- Sumber: Amanz | Apr 20, 2017

Belut setengah meter dikeluarkan dari perut pesakit

Belut berukuran setengah meter dikeluarkan dari perut seorang lelaki. –Foto Guangzhou Daily

GUANGZHOU - CHINA. Doktor di selatan China berjaya mengeluarkan belut berukuran setengah meter dari perut seorang lelaki yang memasukkannya di dalam badannya sebagai ubat tradisional untuk merawat sembelit yang dialaminya.

Pesakit memberitahu doktor, dia ada mendengar bahawa belut boleh digunakan bagi merawat penyakit sembelitnya, lapor Guangzhou Daily.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital minggu lalu apabila belut itu mula mendatangkan kesan pada usus yang dimasukkannya melalui dubur.

Memetik South China Morning Post, seorang doktor berkata, ketika lelaki berkenaan tiba di hospital, perutnya mengembang seperti belon.

Melalui pembedahan, mereka mendapati belut berkenaan telah memecahkan ususnya dan menyebabkan kesan pada rongga perut dan hampir membunuhnya.

Pada 2013, seorang lelaki dari Guangdong dimasukkan ke hospital selepas memasukkan belut dalam badanya bagi keseronokan seksual.

Awal tahun ini, seorang wanita turut dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama.

- Sumber: South China Morning Post | 20 April 2017