Saturday, 26 October 2013

iPhone 5s and 5c now on sale in 35 more countries

iPhone 5s and 5c now available in 35 more countries

If you were disappointed that your country missed out on the initial iPhone 5s and iPhone 5claunches, we have good news: you can (probably) buy the smartphones today. 

As promised, Apple has released both devices in 35 more countries, including Russia, South Korea and wide swaths of Europe. There hasn't been quite as much fanfare as there was in September, however. 

Our colleagues at Engadget Chinese covered the launch in Taiwan, and noticed that retail demand was mixed -- since many customers could pre-order their iPhones, only some stores had long queues. 

Those who haven't yet seen the new iPhones won't have to wait long, at least. Apple plans to ship the 5s and 5c to 16 more countries on November 1st, and the handsets should reach 100 nations by December.


Source: Engadget

India's biggest phone maker launches 5-inch, full HD smartphone

Image


You'd be forgiven for not knowing Micromax, but it's a name that might get a little more familiar in the future.

The Indian smartphone manufacturer has hired Hugh Jackman to be its pitch person, and the first product you'll find him carrying is the surprisingly tasty-looking Canvas Turbo.

The Turbo is a 5-inch aluminum-clad smartphone with a 1,920 x 1,080 display that's backed up by a 1.5GHz MediaTek chip and 2GB RAM. On the imaging front, there's a 13-megapixel camera and a 5-megapixel front-facer, while the whole thing is running Android 4.2.1.

If there's a downside, it's that there's no microSD card slot to complement the 16GB of on-board storage, but the fact that it's retailing for 19,990 ($325) should soften the blow a little.

This handset launches in India tomorrow, October 26, but the company will be trialling sales in Russia later in the year -- and if that's successful, you'll begin to see Micromax smartphones entering more markets in Europe throughout next year.

Source: Engadget

Konsert Ke$ha batal, penganjur rugi RM1.1 juta

Konsert Ke$ha batal, penganjur rugi RM1.1 juta

Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Ke$ha telah dipaksa untuk membatalkan konsert yang sepatutnya diadakan di Malaysia pada Sabtu selepas pihak berkuasa berkata ia akan menjejaskan sensitiviti agama dan budaya negara ini.

"Kami dukacita ingin memaklumkan bahawa konsert tersebut (di Stadium Kuala Lumpur) akan dibatalkan," kata penganjur konsert, Livescape dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa mereka kerugian RM1.1 juta kerana pembatalan konsert itu.

Livescape berkata mereka menerima surat daripada pihak berkuasa atas keputusan untuk mengharamkan konsert tersebut pada saat-saat akhit pada Jumaat , walaupun bersetuju untuk "mengubah suai persembahan yersebut mengikut kesesuaian buday dan sensitiviti di Malaysia".

Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa mereka menolak permohonan konsert itu atas alasan bahawa ia "menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya di Malaysia".

- AFP melalui ASTRO Awani

Saraf suara bengkak, FaFau diarah berehat

Fara Fauzana
Fara Fauzana


PETALING JAYA - Pengacara Nona yang juga penyampai radio Media Prima Berhad Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal Oktober ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’ membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.

“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak bertambah serius,” katanya dipetik mStar Online.

Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.

Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.

Kata Fara yang juga dikenali dengan panggilan FaFau, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis tertentu.

“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.

“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.

Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus berpanjangan.


- Sinar Harian

UiTM diiktiraf Malaysia Book of Records

UiTM diiktiraf Malaysia Book of Records
- Foto Bernama

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya menanam 2,013 batang pokok Meranti Bukit di kampus induknya di sini serta 13 lagi cawangannya secara serentak hari ini sempena program 'Going Green UiTM 2013'.

Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah berkata penanaman pokok itu perlu menjadi contoh kepada universiti lain serta badan korporat untuk menanam pokok bagi menghidupkan suasana hijau.

Usaha menanam pokok itu dilakukan dengan kerjasama Landskap Malaysia.

Beliau berkata kepentingan pokok dan hutan kepada manusia tidak dapat dinafikan dan pemeliharaannya dapat membantu generasi akan datang untuk mengenali jenis hutan yang ada beserta ekosistemnya.

"Banyak manfaat yang kita peroleh jika hutan yang ada kita jaga dan pulihara dengan baik kerana masih banyak khazanah hutan boleh diteroka untuk dipelajari.

"Malah hutan juga menawarkan pelbagai jenis ubatan kalau kita betul-betul menghayatinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut di sini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Landskap Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

- BERNAMA

Terkejut jumpa sampul berpeluru, nota ugutan

Terkejut jumpa sampul berpeluru, nota ugutan
Dua butir peluru jenis 9 mm THAI ARMS yang dijumpai di rumah yang didiami suspek di Solok York ketika serbuan, petang semalam.


GEORGETOWN - Seorang pekerja di sebuah kedai menjual jeruk terkedu selepas menjumpai sampul surat yang mengandungi sebutir peluru di hadapan kedai tempatnya bekerja.

Menurut sumber, pekerja berkenaan, Che Dan Mohd Shariff, 61, menjumpai sampul surat berwarna putih itu di hadapan kedai menjual jeruk yang terletak di Jalan Penang ketika sedang membuka pintu premis berkenaan untuk menjalankan perniagaan.

Difahamkan, mangsa menjumpai sampul surat itu kira-kira jam 8 pagi, semalam.

“Pada mulanya, mangsa tidak mengesyaki apa-apa ketika menjumpai sampul surat berkenaan dan menyangka ia ditinggalkan orang awam yang lalu lalang di hadapan premis itu. Bagaimanapun, setelah memegang sampul surat berkenaan, mangsa berasa tidak sedap hati apabila ada benda keras dalam sampul itu.

“Setelah memberanikan diri, mangsa membuka sampul surat itu dan mendapati kandungannya adalah sebutir peluru jenis SME 38 SPL bersama sekeping nota yang meminta wang sebanyak RM20,000,” katanya.

Sumber berkata, selain meminta wang, suspek turut mengugut mangsa tidak membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan selain turut meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi serta menulis 04 di akhir nota itu.

“Dengan apa yang ditulis, dipercayai nota berkenaan dikirimkan ahli kongsi gelap yang bertujuan untuk mengugut pemilik kedai jeruk berkenaan.

“Mangsa yang dalam ketakutan kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada majikannya. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, pemilik kedai itu membuat laporan di Balai Polis Central, semalam,” katanya.

Difahamkan, dari keterangan pemilik kedai itu, dia yang berasal dari Batu Uban tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana pihak sejak membuka perniagaannya itu pada 2009.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki ditahan ketika serbuan dibuat di sebuah rumah di Solok York, di sini, petang semalam.

Suspek yang berusia 43 tahun itu ditahan setelah polis mendapat maklumat rumah yang didiaminya menyimpan senjata api.

Ketika diserbu, suspek berada seorang diri di rumah berkenaan dan tidak melawan ketika polis menahannya.

Menurut sumber, polis menjumpai dua butir peluru jenis 9 mm THAI ARMS setelah menggeledah rumah suspek.

“Bagaimanapun, tiada senjata api ditemui dalam serbuan itu. Hasil semakan, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk samun dan kesalahan dadah.

“Suspek juga pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun 1992. Suspek kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Hero 'tua' yang semakin menyengat

Micheal Douglas
Micheal Douglas

Micheal Douglas


Pada 2010, aktor berumur 69 tahun itu berjaya menerima penghargaan sebagai Anugerah Ikon dalam Palm Spring International Film Festival berikutan penglibatannya selama lima dekad dalam dunia perfileman Hollywood.

Splash News turut melaporkan, anugerah berkenaan hanya diberikan kepada penggiat seni filem yang banyak memberi sumbangan kepada industri perfileman Inggeris.

“Kami sangat bangga memberikan penghargaan ini kepada Douglas kerana kreativiti dan sumbangannya dalam dunia perfileman yang tidak boleh dipertikaikan,” kata Darryl MacDonald, yang juga pengarah festival itu.

Penghargaan itu bagaimanapun bukanlah petanda berakhirnya perjuangan Douglas dalam industri ini walaupun dia telah disahkan menghidap kanser kerongkong pada tahun itu.

Malah, anak kepada pelakon Kirk Douglas itu dilihat masih bersemangat untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan melalui kemunculan semulanya pada tahun itu menerusi filem Wall Street: Money Never Sleeps arahan Oliver Stone.

Lanjutan dari filem Wall Street yang diterbitkan 23 tahun lalu, Douglas kembali membawa watak pakar pelaburan, Gordon Gekko yang terkenal dengan ayat ‘tamak itu bagus’ di samping Josh Brolin dan aktor kian meningkat naik, Shia LaBeouf.

Kehebatan aktor itu berlakon tidak dapat disangkal apatah lagi apabila filem Wall Street: Money Never Sleeps berjaya melonjak ke tangga teratas carta box-office pada minggu pertama tayangannya di AS dengan kutipan tiket berjumlah AS$19 juta (RM60.8 juta).

Jika melalui filem Wall Street, Douglas mencipta kejayaan dengan memenangi trofi Oskar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada 1987, filem sekuel ini turut mencalonkannya bagi kategori Aktor Pembantu Terbaik untuk Anugerah Golden Globes.

Bagaimanapun, dia kurang bernasib baik kerana tewas kepada Christian Bale yang berlakon dalam filem The Fighter.

“Tentu ada cara yang lebih mudah untuk mendapatkan tepukan gemuruh berbanding mendapat kanser,” katanya.

Selain itu, bekas suami Catherine Zeta Jones ini juga pernah memenangi pelbagai anugerah melalui lakonan hebatnya dalam pelbagai filem seperti  Romancing The Stone (1984), The War Of The Roses (1989), Black Rain (1989), Basic Instinct (1992), Falling Down (1993), The American President (1995), The Ghost and the Darkness (1996) dan The Game (1997).

Tuah watak Liberace

Watak flamboyan pemain piano tersohor, Liberace yang dipegang oleh Douglas menerusi filem Behind The Candelabra’s (2013) membawa tuah kepada aktor berkenaan apabila dinobatkan sebagai Aktor Terbaik Minisiri atau Drama di Anugerah Emmy ke-65.

Douglas turut menujukan kejayaannya itu kepada seorang lagi pelakon drama itu iaitu Matt Damon yang turut tercalon dalam kategori serupa.

Lebih menggembirakan lagi apabila drama terbitan produksi HBO itu turut membawa pulang anugerah Minisiri atau Drama Terbaik.

Filem Behind The Candelabra adalah kisah benar mengenai kehidupan pemain seorang pemain piano terkenal, Liberace (Michael Douglas) yang berasal dari Paman Sam, Valentino.

Bagaimanapun, filem ini lebih berfokus pada hubungan asmara sesama jenis dengan pembantunya Scott Thorson yang dilakonkan oleh Matt Damon.

Adegan ‘panas’ di antara Douglas dan Damon seterusnya menjadi tunjang utama filem ini apabila kedua-duanya dilihat  serasi  memainkan watak ini.

“Dalam cerita ini, peranan saya lebih kepada perempuan! Rambut dan mekap untuk watak Liberace mengambil masa selama dua jam setengah lamanya.

“Bagi babak cinta, saya dan Damon tidak mengadakan sebarang latihan langsung. Kami hanya berpandukan pada skrip semata-mata,” katanya.

Las Vegas taruhan terbaru

Terbaru, Douglas bakal muncul dalam Las Vegas bersama aktor hebat lain Robert De Niro, Morgan Freeman dan Kevin Kline yang akan menjengah pawagam 31 Oktober nanti.

Filem komedi arahan Jon Turteltaub ini mengisahkan empat sahabat baik yang berumur 60-an dan membuat keputusan melarikan diri dari tempoh persaraan. Mereka lari ke Las Vegas untuk meraikan rakan mereka yang masih belum berkahwin.

Douglas berkata, keempat-empat mereka mempunyai hubungan persahabatan yang telah lama dicipta.

“Kami semua kawan-kawan lama dan di satukan melalui filem ini,” katanya.



Sumber: Sinar Harian 

Tiada ruang atau kompromi untuk LGBT

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin


YAN - Kerajaan tidak akan memberi ruang atau berkompromi terhadap permintaan mana-mana pihak yang bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang negara dan ajaran Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permintaan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) agar amalan LGBT (lesbian, biseksual, gay, transgender) dibenarkan di negara ini adalah tidak wajar sama sekali.

Beliau berkata ia bertentangan sama sekali dengan sistem perundangan negara dan akidah Islam yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

"Dari sudut agama, ia sudah bertentangan dengan ajaran kita. Jadi tidak wajar ia ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya kepada media selepas menghadiri himpunan peladang, penternak dan nelayan bersama TPM di Bukit Besar di sini petang tadi.

Beliau diminta mengulas tindakan Comango menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva Switzerland menyebabkan Malaysia terpaksa melalui proses semakan berkala sejagat (universal periodic review - UPR) pada 24 Oktober lalu untuk menilai pencapaiannya dalam hak asasi manusia.

Sehubungan itu, Muhyiddin berharap wakil Malaysia dapat memberi hujahan terbaik bagi menangkis pelbagai isu yang dibangkit oleh Camango itu.


Sinar Harian

Suspek tembak pegawai bank masih dalam negara

Mohd Bakri Zinin
Mohd Bakri Zinin

KUALA LUMPUR - Suspek yang menembak mati pegawai wanita Ambank dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lepas dipercayai masih berada dalam negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berpusat di Selangor untuk menjejaki suspek.

"Task force ini juga dibantu oleh jabatan lain di Bukit Aman dan kita akan pastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.

Dalam kejadian itu Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank itu.

Semalam polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai isteri pengawal keselamatan tersebut dan menemui semula lebih 20,000 yang dipercayai antara jumlah keseluruhan wang rompakan RM450,000 yang dilarikan suspek.

Bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang, Mohd Bakri berkata polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan proses penapisan ke atas pengawal keselamatan di setiap syarikat kawalan keselamatan.

"Kita akan beri bantuan kepada KDN untuk memastikan saringan pemeriksaan saringan kepada anggota keselamatan dilakukan kerana mereka menggunakan senjata api dan kita utamakan firma keselamatan yang terbabit dalam kes tembak baharu-baharu ini," katanya.

Mengulas pula kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N Surendran yang mahu membela pengawal keselamatan tersebut, beliau menyifatkan wakil rakyat parti pembangkang itu mengeluarkan kenyataan bodoh.

"Bagi saya, ini kenyataan bodoh. Tiada apa yang boleh saya komen.

Suruh dia ikut kita dan rasa bagaimana perasaan seorang anggota polis melaksanakan tugas dan tanggunjawab dalam operasi tertentu yang mengakibatkan mereka ini terdedah kepada ancaman peluru dan sebagainya sebelum membuat keputusan itu," katanya.

Mengulas peruntukan RM8.8 bilion yang diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014, Mohd Bakri berkata langkah itu akan memberi impak besar kepada PDRM dari segi menambah baik prasarana dan aset ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan polis kepada masyarakat.

Katanya peruntukan itu meliputi RM200 juta bagi kelengkapan seperti senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan peruntukan tersebut kepada PDRM dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara.

- BERNAMA

Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula 26 Oktober 2013

Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula hari ini


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek berkata harga gula akan dinaikkan 34 sen ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014.


Beliau  berkata ini menjadikan harga gula kini RM2.84 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini.

Hasan berkata langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada Bernama.

Beliau turut memberi amaran agar peniaga tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan buat rakyat.”

- ASTRO Awani 

Perempuan simpanan tauke dadah

Perempuan simpanan tauke dadah
Ibu tunggal 23 tahun yang ditahan kerana disyaki memiliki pil kuda dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.


DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah.

Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.

Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah.

"Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal.

"Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara.

"Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?” katanya.

Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan.

Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu.

“Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila.

"Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini,” katanya.

Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


Sinar Harian

Rahsia di sebalik kedai kosong

Rahsia di sebalik kedai kosong
Premis tidak berpenghuni dijadikan tempat menghasilkan DVD cetak rompak oleh suspek bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Rahsia di sebalik kedai kosong
Pegawai PPDNKK menunjukkan mesin menyalin yang digunakan suspek untuk menghasilkan DVD cetak rompak.


IPOH – Hasil intipan yang dilakukan selama tiga bulan di sebuah rumah kedai tidak berpenghuni di Jalan Pasar Patrick, berjaya melumpuhkan kegiatan mencetak cakera padat digital (DVD) di sini.

Penolong Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri, Mohd Kamarul Mohd Noor berkata, serbuan jam 5 petang itu disertai lapan pegawai PPDNKK mendapati rumah kedai berkenaan kosong namun mesin menyalin masih berjalan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat empat mesin menyalin yang mana setiap satu menghasilkan 15 cetakan.

“Kita merampas 12,000 DVD pelbagai judul filem antarabangsa yang keseluruhannya bernilai RM60,000 dan salinan ini dipercayai diedarkan sekitar Ipoh.

“Suspek memproses DVD berkenaan dari mula hingga akhir termasuk pembungkusan. Ini adalah operasi kali kelima pada tahun ini untuk mengekang aktiviti cetak rompak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan beberapa maklumat mengenai premis itu daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, suspek berlindung di sebalik rumah berkenaan dengan menggunakan pintu belakang untuk masuk ke premis tersebut.

"Keadaan kedai yang terletak agak terbelakang dan kurang dilalui orang ramai memudahkan mereka melakukan kegiatan jenayah berkenaan,” katanya.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Sinar Harian

Mayat tergantung ditemui selepas 8 tahun

PARIS - PERANCIS . Pemilik baru sebuah apartmen terkejut selepas menemui mayat lelaki tergantung di kediamannya di sini, minggu lalu.

Sumber polis memberitahu, siasatan awal mendapati, mayat reput tersebut adalah bekas pemilik rumah terbabit yang berumur lingkungan 40-an dan dipercayai menggantung diri kira-kira lapan tahun lalu.

Menurut jiran, mereka menyangka lelaki tersebut yang juga seorang pengawal keselamatan telah pulang semula ke Kemboja kerana didakwa menghilangkan diri selepas memfailkan aduan berhubung pemecatannya kepada jabatan buruh pada 2005, dipetik dari laporan AFP.

- Sinar Harian 

Amuk: 'Dia bukan seorang pemarah'

Hamidah Abd Rahman
Hamidah Abd Rahman


SEGAMAT - Ibu kepada suspek yang menikam empat mangsa di tiga lokasi sekitar Taman Melati, Gombak, kelmarin, mengakui anaknya bukan seorang pemarah.

Sambil menyifatkan anak ketiga daripada enam beradik itu sebagai seorang yang pentingkan pendidikan adik-adiknya, Hamidah Abd Rahman, 56, berkata, anak lelakinya tidak pernah putus mengirimkan wang belanja setiap bulan meskipun hanya bekerja sebagai pemandu van.

“Dia tidak pernah mengadu sebarang masalah kepada saya. Dia sudah lima tahun bekerja sebagai pemandu van rokok di Cheras dan dia juga mempunyai rakan sekampung yang juga rakan baiknya yang bekerja sebagai pemandu lori treler di Klang.

“Beberapa tahun lalu dia pernah putus cinta, tetapi saya rasa itu bukan faktor yang membuatkannya bertindak sehingga di luar kawalan begini.

“Saya harap orang ramai jangan membuat tanggapan awal sehingga dia disahkan mengalami sakit mental oleh doktor. Dia (suspek) seperti tunjang keluarga kerana anak saya yang pertama sudah meninggal dan anak yang kedua pula sakit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Felda Pemanis 1, di sini, semalam.

Hamidah turut menafikan anaknya mengalami masalah mental dan terlibat dengan ajaran sesat, sebaliknya mengakui sebagai seorang yang baik.

“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu oleh anak bongsu saya sejurus pulang dari kebun bahawa dia (suspek) terlibat dalam kes pembunuhan di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

“Saya seolah-olah tidak percaya kerana setahu saya dia tidak mempunyai sebarang masalah. Kali terakhir dia pulang ke kampung sewaktu Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Tidak pula dia menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Malah, elok pula dia bergaul dengan adik-beradik dan rakannya yang lain. Sebab itu saya tidak percaya anak saya ini ada penyakit mental,” katanya.

Jiran suspek yang enggan dikenali turut mengakui suspek lebih mesra disapa dengan gelaran ‘Kadok’ oleh penduduk setempat menganggap lelaki terbabit sebagai anak sendiri.

“Saya anggap Kadok ini seperti anak saya sendiri kerana dia rapat dengan salah seorang anak saya. Apabila dia pulang ke kampung, dia sering datang ke rumah saya dan boleh dikatakan kebanyakan masanya dihabiskan di sini.

“Dia (suspek) juga boleh dikatakan seorang yang reti menghormati orang tua dan tidak lokek untuk menghulurkan duit terutamanya kepada cucu-cucu saya. Jadi, berita yang diterima ini seolah-olah tamparan hebat kepada saya dan keluarga dia,” katanya.


Sinar Harian

Diana Amir sah bergelar isteri

Diana Amir
Dengan sekali lafaz, Diana dan Habib sah bergelar pasangan suami isteri.


PUTRAJAYA - Tanggal 25 Oktober menjadi saksi penyatuan pasangan Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam ini.

Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo, Heliza, Yatt Hamzah dan Irma Hasmie.


Sumber: Sinar Harian