Sunday, 9 February 2014

Clint Eastwood to the rescue, saves man from choking


Hollywood's iconic good guy, Clint Eastwood, is also a real life hero after swooping to rescue a choking guest at a California reception.

"Clint saved my life," Steve John told The Carmel Pine Cone, the local newspaper where the actor once served as mayor in the 1980s.

During a reception late Wednesday for a golf tournament in Carmel-by-the-Sea, John was eating and chatting, only to get a piece of cheese stuck in his windpipe.

"Suddenly, I couldn't breathe. It was as bad as it could have been," recalled the director of the AT&T Pebble Beach National Pro-Am golf tournament in California.

"Clint came up behind me, and he knew exactly what to do."

The award-winning actor and director told the local paper that he saw in John "that look of panic people have when they see their life passing before their eyes."

Eastwood, 83, moved behind John to perform the Heimlich maneuver.

"I gave him three good jolts, and that got it out," the mega star recalled.

"And then I made him drink a big glass of water with a bunch of lemon squeezed in it."

Eastwood, who most famously inhabited the role of "Dirty Harry," confessed he'd never performed the Heimlich maneuver in real life before: "except to practice."

The maneuver consists of standing behind a person and pressing strongly with both hands just above their navel to help expel any food or other object that is blocking the airway. - AFP 

Government must respond to Waytha's allegations - Ramon


KUALA LUMPUR: The resignation announcement of Deputy Minister in the Prime Minister’s Department P Waythamoorthy (pix) on Saturday has put the spotlight on allegations that the government has failed to fulfill certain promises, especially for the Malaysian-Indian community.

These allegations, according to said Centre for Public Policy Studies (CPPS) chairman and Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) director Tan Sri Ramon Navaratnam, must now be explained by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his government.

“I think the government owes an explanation to all Malaysians and especially Malaysian Indians,” Ramon told Astro AWANI, Sunday.

Ramon said that the allegations that the government has not fulfilled its promises were "very serious" and a "quick, satisfactory response" is needed in order to safeguard its integrity and good governance.

"More than anyone else, the Prime Minister and the government have to live by their promise, otherwise public confidence would deteriorate even further,” he said.

On Saturday, Hindraf, or Persatuan Hindraf Malaysia, announced that Waythamoorthy will resign from all government posts, including his Senatorship, by Monday.

This was later confirmed by Waythamoorthy himself. Waythamoorthy, a founding member of the Hindraf, was appointed senator and then deputy minister after the May 2013 general election.

Prior to that, he signed a Memorandum of Understanding(MoU) with the government which split Hindraf into two, one group considered pro-Pakatan and the other, headed by Waythamoorthy, pro-BN.

Meanwhile, Ramon also questioned why Waythamoorthy had resigned after serving so many months, which had initially given the public an impression that he was quite happy.

“He has told side of the story, now government has to explain. We want to know the truth. First of all, what did he ask for? What were those proposals? What did the government promise to deliver? And lastly, what and where are the gaps in failures in delivering?”

“This is particularly urgent in view of the coming elections and the need for the people of all races to be assured that the government’s promises can or cannot be taken seriously. We then adjust our attitudes accordingly,” he said.

“We talk about Nambikei (trust). Can we trust or can you not trust? Waythamoorthy has now put up a challenge that shows, from his point of view, that he is absolutely frustrated without any sense of hope. This was done in apparent protest and disgust. What is he going to do next?”

On Saturday, Hindraf secretary P. Ramesh announced Waythamoorthy’s resignation, citing the alleged failure of the government in fulfilling its promises.

Astro Awani 

Polis nafi penyokong Pahang maut dalam pergaduhan


KUANTAN: Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.

"Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial.

"Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu.

Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan," katanya.

Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam.

Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor.

Bernama

Hotel di Madinah terbakar, 15 jemaah maut

RIYADH: Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah pada Sabtu telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain, lapor agensi berita SPA.

Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia.

Agensi tersebut melaporkan, beberapa pegawai yang ditemui berkata kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah.

Laporan sebelum ini berkata 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut.

Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia.

"Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan . Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran," kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut.

Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi.

Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut.

Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar.
- AFP 

Three people named as 'possible' successor


KUCHING: Amid speculation that Tan Sri Abdul Taib Mahmud will step down as Sarawak Chief Minister, three people have been named as possible successors to the post.

They are PBB deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and information chief Tan Sri Adenan Satem.

According the The Star Taib had announced the names during the party’s Supreme Council meeting yesterday, adding the information was obtained from party insiders.

However the matter was not confirmed by the party’s Permanent Chairman Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar saying only “It’s possible”.

He added he would support anyone that Taib chooses as his successor.

Johari too was tight lipped over the matter asking reporters to divert their questions to Asfia.

Taib is expected to make an important announcement on Monday. He had also received the full mandate from the PBB committee caucus to name his successor.

Astro Awani 

Saya perlu bergerak beberapa langkah lagi sebelum berundur - Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen BN Sarawak hari ini. -- Foto Bernama


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini beliau perlu bergerak "beberapa langkah lagi" sebelum bersara dari jawatannya.

Beliau berkata antara perkara yang perlu beliau lakukan ialah memohon perkenan menghadap Ketua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng untuk memberitahu Tuan Yang Terutama mengenai hasratnya untuk bersara dari jawatan Ketua Menteri Negeri.

"Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Taib ialah Presiden PBB dan pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Ditanya sama ada beliau akan berundur menjelang hujung bulan ini, Taib menjawab: "Ya...saya fikir begitulah...supaya saya dapat gaji penuh untuk Februari".

Bernama 

Kebakaran hutan Dungun semakin buruk


KUALA LUMPUR: Kebakaran hutan paya bakau yang berlaku di Kampung Bahagia Tok Kah, Dungun di sini pada 26 Januari lalu kini semakin memburuk apabila telah merebak ke kawasan di sekitarnya.

Kejadian yang bermula sekitar 1.8 hektar kawasan hutan tersebut kini telah merebak dan memusnahkan 16 hektar kawasan hutan dan ianya masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.

Difahamkan, kebakaran yang berlaku itu dijangka hanya dapat dipadamkan sebelumnya pada minggu hadapan.

Akhbar Sinar Harian yang dipetik sebelum ini menyatakan bahawa lebih 50 anggota bomba dan penyelamat terpaksa berkampung di dalam hutan tersebut dalam usaha mengawal api daripada merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Nor Azizi Che Noh, keadaan cuaca semasa yang kering serta ditambah tiupan angin yang kencang telah menyebabkan kebakaran tersebut merebak.

“Selain itu kekurangan sumber air juga menjadi cabaran utama dalam memadamkan kebakaran yang berlaku itu. Malah bantuan dari balai luar seperti dari Balai Bomba Marang dan Kuala Terengganu turut diperlukan untuk mengawal api,” katanya.

Bernama

Calon bakal Ketua Menteri Sarawak janji sokong siapa saja yang dipilih


KUCHING: Dua daripada tiga calon yang disebut-sebut bakal dipilih oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggantikan dan seterusnya menjadi ketua menteri yang baharu, berikrar akan menyokong sesiapa sahaja yang akhirnya dipilih untuk memegang jawatan tersebut.

Taib, menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom, menegaskan bahawa tiga pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) -- Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Anggota Majlis Tertinggi Tan Sri Adenan Satem -- merupakan bakal penggantinya.

Abang Johari, ketika ditanya pemberita sama ada akan wujud masalah apabila hanya seorang daripada tiga calon berpotensi itu dipilih, berkata perkara itu tidak timbul memandangkan kuasa memilih diberikan sepenuhnya kepada Taib.

"Saya akan menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh ketua menteri yang juga presiden PBB, itu adalah asas serta etika yang telah dipersetujui (berdasarkan keputusan dikeluarkan semalam)," katanya.

Majlis Kerja Tertinggi PBB dan kaukus parti itu bersetuju memberi mandat serta menyokong penuh untuk Taib memilih serta menamakan penggantinya sebelum beliau berundur.

Sementara itu, Awang Tengah berkata beliau masih terkejut apabila disebut sebagai antara tiga calon bakal menggantikan Taib.

"Tetapi di sini saya ingin tegaskan akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Taib.

"Paling penting yang dipilih itu akan meneruskan 'all the good things' melalui asas kuat yang telah disemai oleh ketua menteri. Selain itu kerjasama kuat antara yang dipilih bersama pemimpin-pemimpin lain juga perlu diteruskan," katanya.

Adenan pula gagal ditemui pemberita selepas mesyuarat itu.

Di IPOH, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mengulas perkembangan di Sarawak itu, berkata kepimpinan perlu mempunyai proses 're-generation' sejajar dengan perubahan dunia supaya dapat menyesuaikan diri dengan landskap persekitaran baharu terutama dalam aspek politik.

"Zaman selepas negara mencapai kemerdekaan para pemimpin dilihat mempunyai banyak kuasa namun dalam dunia sekarang rakyat mempunyai suara yang besar...saya percaya keputusan Taib itu satu keputusan yang baik, beliau telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya," katanya kepada pemberita ketika sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Tambun di Chemor di sini hari ini.

Beliau berkata negara amnya dan Sarawak khususnya memerlukan kepimpinan baharu dengan pemikiran yang baharu dan tidak boleh bergantung dengan cara lama untuk memajukan negara.

"Bagi pembangunan ekonomi Sarawak pula, negara telah mempunyai asas ekonomi yang mantap, jadi saya berharap pemimpin baharu akan lebih kreatif terhadap inisiatif untuk meletakkan ekonomi Sarawak ke tahap lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin empat parti komponen serta anggota Dewan Tertinggi BN Sarawak di ibu pejabat PBB di sini hari ini.

Bernama

6,000 peserta konvoi berbasikal Hari Wilayah


PUTRAJAYA: Seramai 6,000 perserta hari ini telah menyertai program konvoi berbasikal sempena Hari Wilayah 2014 dan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang diadakan di Putrajaya.

Aktiviti rekreasi itu sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan tersebut yang rata-ratanya terdiri warga kota.

Kayuhan beramai-ramai ini bermula di hadapan Mahkamah Putrajaya dan melaui Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Dataran Putrajaya.

Peserta dilepaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sekitar jam 8.30 pagi.

Acara sejauh 50 kilometer ini menawarkan pelbagai hadiah untuk peserta termasuk basikal, set televisyen, telefon bimbit, kamera, peti sejuk, set hawa dingin, alat dapur, mesin basuh dan juga vakum.

Tengku Adnan berkata pada awalnya penganjur menyasarkan 5,000 peserta sahaja namun penyertaan melebihi jumlah sasaran itu menandakan kejayaan penganjuran program berbasikal berkenaan.

Menurutnya, program itu bukanlah acara perlumbaan, sebaliknya berbentuk santai dengan tujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan berbasikal selain memupuk kecintaan warga kota terhadap Wilayah Persekutuan.

"Seiring dengan slogan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 'Wilayah Persekutuan Ceria', program ini dapat mengeratkan hubungan antara peserta yang turut membawa keluarga masing-masing pada hujung minggu," kata Tengku Adnan pada sidang media selepas merasmikan acara.

Perserta konvoi terdiri daripada golongan perbagai umur dengan menaiki pelbagai jenis basikal.

Program itu merupakan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Astro Awani 

AirAsia balas dengan sajian 'Nasi Lemak Lengkap'


KUALA LUMPUR: Hampir dua minggu selepas berita 'nasi lemak telanjang' Malaysia Airlines (MAS), kini saingan mereka AirAsia sudah pun 'membalasnya' dengan iklan 'nasi lemak lengkap' yang dimuatkan dalam akhbar mingguan tempatan.

AirAsia mengiklankan menu kegemaran rakyat Malaysua itu dengan tulisan 'Nasi Lemak kami Lengkap!' ditambah dengan slogan 'Sejuklah di udara kalau telanjang!'.

Bagaimanapun Air Asia ketika dihubungiAstro AWANI hari ini memaklumkan bahawa tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak.

Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.

"Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia," kata kenyataan tersebut.


Sementara itu chef selebriti terkenal tanahair, Chef Wan dalam akaun Instragramnya hari ini menyifatkan iklan AirAsia itu sebagai 'persaingan yang sihat' di mana pemenangnya tentulah yang terbaik.

Beliau turut memesan kepada MAS agar mengotakan janji mereka untuk 'mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan' mereka.

"Jika tidak, lain kali saya boleh bawa sebiji timun dan rebus telur sendiri atas pesawat dan kongsikannya dengan penumpang sebelah," gurau Chef Wan.

Chef Wan turut memberitahu bahawa tindakan beliau telah dipuji dan disokong oleh krew-krew semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kerana menurutnya perkara sudah lama diketengahkan oleh mereka namun tidak diendahkan.

Tambah beliau, sebagai Duta Makanan Malaysia, beliau mahukan yang terbaik untuk negara apatah lagi nasi lemak merupakan juadah nombor satu Malaysia, dan katanya amatlah memalukan jika kita bersifat 'cakap tak serupa bikin'.

Chef pada 29 Jan lalu telah menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand di mana beliau telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik MAS.

Chef Wan yang tidak berpuas dengan hidangan tersebut, menggelarkan nasi lemak itu sebagai 'telanjang' kerana hanya mengandungi nasi dan sambal, iaitu tanpa kacang, timun dan ikan bilis, berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaum Instagramnya.

Gambar yang dimuatkan itu juga turut menerima pelbagai reaksi di media sosial yang rata-ratanya menyokong tindakan Chef Wan itu.

Astro Awani 

Skrin kristal nilam dan bentuk melengkung untuk iPhone6?


Mustahil untuk pecah jika iPhone6 menggunakan paparan skrin kristal nilam. --Oleksandr Berezko/shutterstock.com


Menurut khabar terbaru, syarikat pengeluar telefon bimbit Apple merancang untuk menggunakan kristal nilam atau sapphire pada paparan skrin telefon iPhone berkenaan yang akan membuat ia hampir mustahil untuk pecah.

Laman web 9to5Mac adalah yang pertama untuk melaporkan berita ini, yang mengatakan Apple dan GT Advanced bersetuju untuk menghasilkan sehingga 200 juta skrin gajet berkenaan.

Berbanding dengan kaca biasa, kristal nilam susah untuk pecah atau calar.

Ini menjadikan bahan yang sesuai untuk digunakan oleh Apple untuk keluaran iPhone seterusnya yang berkemungkinan akan mempunyai skrin yang sedikit melengkung seperti khabar angin yang tersebar di internet.

Pengeluaran paparan skrin kristal nilam bakal bermula seawal bulan ini, menurut laman web itu.

Apple telah menggunakan kristal nilam dalam kuantiti yang lebih kecil untuk melindungi kamera pada model iPhone 5S. - Agensi 

Balai Polis Bukit Tengah dibaling 'mercun bola'


BUKIT MERTAJAM:  Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dibaling bahan letupan oleh beberapa suspek awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu menyebabkan sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal balai terbabit rosak selain cermin balai pecah manakala sebahagian silingnya runtuh.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Nasir Salleh berkata, kejadian awal pagi itu dipercayai dilakukan individu bermotosikal yang bertindak membaling bahan letupan dipercayai "mercun bola" ke perkarangan balai polis.

“Bahan letupan itu ialah mercun bentuk bola tu, dia kumpul sikit-sikit sampai boleh pegang dalam genggaman tangan kemudian dia baling dalam balai. Masa ia meletup, ‘wave’nya naik ke atas, dia tidak ada bahan ‘splinter’ lain, masa dia naik pecah cermin-cermin dan siling dan juga terkena pondok sentry,” kata Nasir.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang bertugas ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nasir berkata, siasatan forensik mendapati bahan letupan itu merupakan mercun berkuasa tinggi.

Kejadian menyebabkan kerugian antara RM10,000 hingga RM15,000 manakala kes disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui  motif sebenar kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran bagi mengenalpasti suspek.

Polis turut meminta bantuan orang ramai untuk mengenalpasti suspek  dengan menghubungi balai polis berhampiran.


Astro Awani 

Senarai pemenang Anugerah MeleTOP ERA

AME berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu malam.

Berikut adalah senarai para pemenang:

Fesyen Meletop

1) Elfira Loy
2) Nora Danish
3) Nur Fazura
4) Shila Amzah
5) Zizan Razak (PEMENANG)

Couple Meletop

1) Aeril Zafrel & Wawa Zainal
2) Diana Amir & Habib
3) Fizo Omar & Mawar
4) Izzue Islam & Awin Nurin
5) Nabil Ahmad & Zira (PEMENANG)

Bintang Siber Meletop

1) Aaron Aziz
2) Dato' Siti Nurhaliza
3) Emma Maembong
4) Najwa Latif
5) Zizan Razak (PEMENANG)

Artis Baru Meletop

1) Azhael
2) Faizul
3) Risteena Munim
4) Syafiq Kyle
5) Zara Zya (PEMENANG)

Johara

JoHaRa Pagi Era memenangi kategori Program Radio Meletop - Facebook

Program Radio Meletop

1) Carta Era 40
2) Carta Fulamak Sinar
3) Carta Meletop 40 Era
4) Johara Pagi Era (PEMENANG)
5) Sinar Pagi

Penyampai Baru Radio Meletop

1) Aril Era fm
2) Feeya Iskandar Sinar fm
3) Nabil Era fm (PEMENANG)
4) Shasha Al Khred Era fm
5) Zahid Era fm

Grup / Duo Meletop

1) Dato' AC Mizal
2) Forteen
3) Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip (PEMENANG)
4) Najwa Latif feat Syamkamarul & Sleep
5) Zizan Razak & Kaka Azraff

Hafiz

Hafiz memenangi tiga anugerah iaitu Grup/Duo Meletop, Penyanyi Meletop, Lagu Meletop

Penyanyi Meletop

1) Akim
2) Dato' Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip (PEMENANG)
4) Najwa Latif
5) Stacy

Lagu Meletop

1) Bahagiamu Deritaku: Hafiz Suip (PEMENANG)
2) Galau: Dato' Siti Nurhaliza
3) Infiniti Cinta: Zizan Razak & Kaka Azraff
4) Muara Hati: Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
5) Kita : Forteen

Program TV Meletop

1) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
2) Love You Mr. Arrogant
3) Maharaja Lawak Mega 2012 (PEMENANG)
4) Masterchef Selebriti Malaysia 2013
5) Super Spontan 2013

Bintang TV Meletop

1) Azlee Khairi: Love You Mr Arrogant
2) Jep: Super Spontan 2013 (PEMENANG)
3) Johan: Maharaja Lawak Mega 2012
4) Zara Zya: Love You Mr. Arrogant
5) Zizan Razak: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Bintang Filem Meletop

1) Aaron Aziz: KL Gangster 2 (PEMENANG)
2) Jep: Sepah the Movie
3) Siti Saleha: KL Zombie
4) Yana Samsudin: Minyak Dagu
5) Zizan Razak: KL Zombie

Filem Meletop

1) Highland Tower
2) KL Gangster 2 (PEMENANG)
3) KL Zombie
4) Lawak Ke Der?
5) Sepah the Movie

Artis Serantau Meletop

1) Afgan
2) Randy Pangalila
3) Sleeq (PEMENANG)
4) Smash
5) Tegar

Anugerah WeChat Meletop: Zizan Razak
Anugerah Top Top MeleTOP Wanita: Zara Zya
Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki: Zizan Razak

Pemain T-Team sedia angkat sumpah Al-Quran


KUALA TERENGGANU: Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.

"Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah Al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah Al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Feb lepas.

Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.

"Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super. Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super," katanya.

Bernama

Sitkom 88 Kopitiam dihentikan, pelakon didakwa terlibat 'Onederful Malaysia'


KUALA LUMPUR: Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.

"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.

Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.

Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.

RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya.

Bernama

Zizan Razak ungguli Anugerah MeleTOP ERA



Zizan Razak berjaya membawa pulang anugerah utama pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME) iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu, beliau juga membawa pulang anugerah Fesyen Meletop, Bintang Siber Meletop, dan Anugerah WeChat Meletop.

Hafiz juga mengungguli anugerah tersebut yang diadakan buat pertama kali dengan tiga anugerah: Grup/Duo Meletop, Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.

Pendatang baru Zara Zya berjaya membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baru Meletop. 

AME yang bertemakan 'Yang Hit, Yang Meletop' merupakan anugerah terbaru untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital.

Ia menampilkan Datuk AC Mizal, Neelofa dan Nabil Ahmad selaku pengacara. Manakala Hanis Zalikha dan Aril bakal bertindak selaku pengacara karpet merah.

AME berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu malam.

Keputusan Liga Super - 8 Februari 2014


BERIKUT ialah keputusan perlawanan Liga Super di beberapa venue malam ini:

    
LIGA SUPER:

Lions XII     0   -  Terengganu     0

    
Perak           2    -  Kelantan       1
    
T-Team        2    -  Angkatan Tentera 2
    
Sime Darby FC 1    -  Selangor       2