Friday, 18 October 2013

Coklat Cadbury berwajah baru

Cadbury berwajah baru
Chen menunjukkan bungkusan baru coklat Cadbury Dairy Milk. - Foto Sinar Harian Oleh: Zulfadhli Zaki


SYARIKAT pengeluar coklat jenama Cadbury, Mondelez Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan pembungkusan dan reka bentuk baru bagi semua perisa Cadbury Dairy Milk dalam usaha syarikat itu untuk meningkatkan lagi jenama itu di pasaran coklat tempatan.

Ketua Kategori Coklat Mondelez Malaysia Julie Chen berkata, coklat Cadbury yang sebelum ini berbentuk empat segi kini dihasilkan dalam bentuk bulat selain penambahan ramuan bagi setiap perisa.

“Ramuan ditambah untuk memberikan lebih kenikmatan kepada penggemar coklat.

“Penampilan baru ini diharap akan kukuhkan produk ini di pasaran. Kami jadikan beberapa selebriti Malaysia sebagai ikon untuk menarik minat penggemar coklat,” katanya semasa pelancaran imej baru itu, kelmarin.

Beliau berkata, syarikat itu juga menganjurkan kempen Pilih Kegemaran Anda untuk mencari perisa yang menjadi pilihan rakyat negara ini.

“Penggemar coklat jenama ini perlu mengundi perisa coklat yang mereka gemari sebelum pertandingan ini berakhir pada 28 Oktober ini, ” katanya.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment