Wednesday, 22 January 2014

Polis buru individu pertama sebar gambar Nursyafiqah di internet

Nursyafiqah Abdullah

KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.

Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

"Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat," Manoharan memberitahu Astro AWANI.

Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.


Org yg upload gambar2 mangsa yg mati dlm keadaan ngeri adalah org yg tiada perasaan terhadap keluarga mangsa atau org itu suka dgn keganasan— Tan Sri Musa Hassan (@TSMusaHassan) January 21, 2014

Sumber: Astro Awani 

Lelaki maut tersepit lif angkut barang


KUCHING: Seorang pekerja syarikat perkakasan yang terletak di Bangunan One TJ, Jalan Stutong, Kuching telah dijumpai mati akibat kepalanya tersepit di bahagian lift mengangkut barangan di dalam bangunan berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada pihak media, kejadian telah dilaporkan terjadi pada jam 4.28 petang pada Selasa.

Mangsa adalah seorang remaja lelaki tempatan yang berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Benedict Juan A/k Christopher.

Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang telah sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan perkara tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya dan siasatan awal ditempat kejadian mendapati tiada unsur unsur jenayah dan khianat terjadi dan kejadian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-ASTRO Awani 

CASTMET Sdn. Bhd. nafi arah penyanyi turun pentas kerana bertudung


KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju hartanah, CASTMET Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka bertindak mengarahkan seorang penyanyi, Marinatasha Isnariah Mustapar turun dari pentas dari membuat persembahan kerana dia berhijab dalam pemakaiannya ketika majlis makan makan malam tahunan syarikat tersebut di Bukit Kiara pada Sabtu lalu. 

Pengarah Urusannya, Tan Keh Wah memberitahu syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana individu berdasarkan latar agama, keturunan dan juga kepercayaannya.

“Ingin saya tegaskan disini, syarikat kami bukanlah syarikat berteraskan perkauman atau ‘rasis’ dan kami tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana individu kerana pegangan agama, kepercayaan atau keturunan,” kata Tan.

Menurut Tan, Marinatasha ditegah untuk tidak membuat persembahan oleh pihaknya bukan kerana dia bertudung tetapi dia bukanlah penyanyi yang dipersetujui oleh pihaknya dan pihak pengurusan acara.

Pada 6 Januari lalu, Jawatankuasa Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 telah bermesyuarat dan dalam mensyuarat itu, pihak CASTMET Sdn Bhd telah menjemput Mohd Solih Toha, iaitu wakil dari syarikat pengurusan acara.

“Dalam mesyuarat tersebut, kesepakatan telah dicapai dimana kumpulan muzik yang akan membuat persembahan akan berinteraksi seperti menari dan menyanyi bersama tetamu yang hadir pada malam itu,” kata Tan kepada pemberita di Bukit Damansara pada Selasa.

Pada 15 Januari pula, ketika raptai dijalankan, penganjur (CASTMET Sdn Bhd) telah diperkenalkan dengan kumpulan ‘Rufus’ yang akan membuat persembahan pada majlis tersebut.

“Kumpulan ini dianggotai oleh seorang penyanyi, pemain dram, pemain gitar utama, pemain gitar ‘bass’ dan pemain ‘keyboard dan ketika itu kami dimaklumkan dari ketua kumpulan ini, Nazri bahawa penyanyi yang muncul ketika majlis ‘preview’ itu, Marinatasha hanyalah sebagai penyanyi pengganti untuk sesi raptai dan kami berpendapat bahawa beliau tidak sesuai untuk majlis pada malam itu,” kata Tan lagi.

Tan menambah keputusan untuk tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung adalah disebabkan pada majlis tersebut ada dihidangkan minuman beralkohol.

“Menurut isi perjanjian itu, penyanyi harus berinteraksi dengan tetamu yang kebanyakkannya lelaki bukan Islam dengan menari dan menyanyi bersama mereka dan demi menjaga maruah dan sensitiviti orang Islam, syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung dalam majlis tersebut,” jelas Tan lagi.

Melalui wakil syarikat pengurusan acara juga, Tan difahamkan penyanyi utama bagi persembahan malam tersebut bukanlah Marinatasha tetapi adalah bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-8 iaitu Zafarina Jamhari atau Farina.

Pada majlis makam tersebut, selepas Marinatasha tidak dibenarkan membuat persembahan, beliau masih lagi naik ke pentas setelah diundang oleh Farina untuk mendendangkan dua buah lagu bersamanya.

“Ketika berada di pentas itulah, Marinatasha telah bertindak mengumumkan di khalayak ramai bahawa beliau adalah penyanyi utama dan beliau tidak dibenarkan membuat persembahan kerana memakai tudung,” kata Tan lagi.

Sebelum itu, penyanyi penyanyi mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan. 

Marinatasha Isnariah Mustapar, 32, mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah di Bukit Kiara pada Sabtu lalu.

Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut.

Kenyataannya itu telah mengejutkan tetamu yang hadir terutama pengurusan syarikat tersebut dan ianya juga telah memburukkan imej dan nama syarikat tersebut yang menunjukkan bahawa syarikat itu seolah-olah ‘rasis’.

Selepas acara itu tamat, wakil syarikat CASTMET ada bertemu dengannya untuk mempersoalkan tindakannya itu dan sekali lagi CASTMET Sdn Bhd dituduh sebagai ‘rasis’.

Lantaran itu, setelah tersebarnya laporan kejadian tersebut yang dipaparkan melalui blog, pihaknya membuat laporan polis setelah terdapat ugutan dari sebuah badan bukan kerajaan yang mengugut untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat CASTMET Sdn Bhd pada Jumaat ini selepas solat Jumaat.

"Syarikat kami menggalakkan pekerja wanita beragama Islam bertudung malah kami menyediakan tudung sebagai sebahagian pakaian seragam pekerja kami," katanya lagi. 

Tan berkata sebagai pengarah urusan syarikat, dia menjemput Marinatasha untuk ke pejabatnya dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.

"Saya menjemput Marina dan ibunya untuk hadir ke pejabat kami, lihat sendiri situasi disana dimana lebih separuh pekerja kami adalah bumiputra beragama Islam dan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah ," katanya.

Namun, Marinatasha menolak pelawaan tersebut dan berkeras untuk tidak mahu pergi ke pejabat CASTMET Sdn Bhd.

Sebelum itu, dalam satu sidang media yang berlainan, penyanyi, Marinatasha, 32 mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan. 

Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut ketika majlis makan malam tahunan syarikat tersebut berlangsung.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Perunding Polisi dan Dasar Awam MySuara, Faizal Riduan.
- Astro Awani 

Diet soda could be causing you to overeat

Scientists say diet soda may sabotage weight loss efforts.
US: 
Artificially sweetened drinks are being blamed again for sabotaging diets in a new US study that found diet soda could lead to increased food intake.

After looking at national consumption patterns of diet beverages and calorie intake, researchers from John Hopkins Bloomberg School of Public Health concluded that overweight and obese adults who drink diet beverages consume more calories from food than obese adults who drink regular sodas and other sugary beverages.

The results come as consumption rates of diet soda in the US have seen a dramatic spike over the last few decades, with three percent of the population consuming diet drinks in 1965, up to 20 percent today, authors note.

Data was compiled from national health surveys conducted between 1999 to 2010. The results were published in The American Journal of Public Health last week.

The findings corroborate previous research that found artificial sweeteners may cause greater activation of the brain’s reward sensors, disrupt appetite control and cause people to increase their overall food intake.

Another study published last year in General Dentistry also provided compelling evidence for avoiding diet soda, after researchers said that the consumption of artificially sweetened drinks is as damaging to the teeth as the use of crack cocaine and meth.

AFP relaxnews

MB Melaka: Ikrar taat setia saya, hanya untuk isteri saya

--gambar fail

KUALA LUMPUR: "Ikrar taat setia saya hanya kepada isteri saya sahaja."

Ini adalah jawapan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Idris Haron kepada'permaisuri' yang menuntut beliau memberikan ikrar taat setia kepadanya.

Malah, Idris berkata sekiranya ‘permaisuri’yang mendakwa suaminyalah sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka itu, hendak menjadi 'permaisuri', Melaka kena ada Sultan terlebih dahulu dan perlembagaan perlu dipinda.

"Melaka sudah ada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka sebagai wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu jika hendak jadi pewaris atau nak jadi permaisuri Sultan Melaka, perlu ada Sultan dahulu.

"Sekiranya hendak ada Sultan Melaka, perlembagaan perlu dipinda. Hendak pinda perlembagaan perlu dapat dua pertiga sokongan di Parlimen.

"Sekiranya beliau boleh dapat dua pertiga sokongan ahli Parlimen pinda perlembagaan, saya selaku Ketua Menteri akur luhur perlembagaan," katanya kepada Astro AWANI.

Menurut laporan mStar online, ‘permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor, itu, telah melabelkan Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ selama ini, hanya berlagak semata-mata.

Lebih mengejutkan lagi, pembantu peribadi ‘permaisuri’ itu, Hidhir Yusof, berkata majikannya mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir kepada mStar online.

Ia dilaporkan bahawa, ‘permaisuri’ itu cuba bertemu dengan Idris tetapi percubaan itu kurang berjaya.

Pada 14 Januari lepas, Raja Noor Jan Shah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Penahanan itu dibuat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, selepas pihak polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

- Astro Awani 

Komposer terkenal Kassim Masdor meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Komposer puluhan lagu tema filem-filem hitam putih di zaman kegemilangan Studio di Jalan Ampas, Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.

Memetik laporan mStar Online, cucu Allahyarham iaitu Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma dan kritikal pada malam Selasa sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.

Antara yang terawal menerima berita pemergian Allahyarham ialah Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.


Saya terima berita menyedihkan Pak Kassim Masdor baru sahaja meninggal dunia di Spura. Al fateha— khairul anwar salleh (@khai_salleh) January 21, 2014


Ketika hayatnya, Allahyarham telah mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Beliau mula mencipta lagu pada usia 16 tahun dengan lagu Sapu Tangan Tanda Mata, dendangan Allahyarham Puan Sri Saloma dan anara lagunya yang paling popular adalah lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned.

Turut popular adalah lagu Pelangi Petang, Gelombang, Bahtera Merdeka, Si Baju Hijau dan Hari Ini Dan Semalam.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.

Selain mencipta lagu-lagu dalam filem, beliau merupakan penjaga konti filem-filem arahan P.Ramlee.

Allahyarham yang menjadi bapa tunggal sejak 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.

Jenazah Allahyarham kini berada di Blk 512 Choa Chu Kang St 51 Yew Tee North5 #04-257 Singapore dan akan dikebumikan pada pukul 12 tengahari ini.

Sejurus berita pemergiannya tersebar, laman sosial dihujani dengan ucapan takziah daripada penggiat seni tempatan.

Antaranya Melissa Saila, Tiara Jacquelina, Dato' Ramli MS, Monoloque, Faisal Ishak dan ramai lagi:-


Just got a shocking news of a death of a dear person.Innalilahiwainalilahirojiun..— Melissa Saila (@MelissaSaila) January 21, 2014


Alfatihah buat teman pangkat ayahanda ku kassim masdor...— ramli ms (@ramlims)January 21, 2014


Alfatihah buat Uncle Kassim Masdor, Komposer tersohor. Sakit pneumonia. He was one of the most prolific...http://t.co/FtqG6oY7wC— tiara jacquelina (@tiarajacquelina) January 21, 2014


Innalillah , idolaku Pak Kassim Masdor baru shj 'pergi' meninggalkan kita smua. Hari yg sgt suram. :( Al Fatihah— monoloQue (@monoloQue) January 21, 2014


.. hamba berperan sebagai watak beliau di dlm#SalomaBiopic - khabarnya beliau blm sempat menontonnya.. AL-FATIHAH buat Pak Kassim Masdor ..


- Astro Awani