Thursday, 15 January 2015

Baju kurung: Pelajar salah tafsir arahan sekolah

KUALA LUMPUR - Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata, pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah di sini kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Mohd Amir berkata, permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.

Mohd Amir berkata, beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar.

Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa mengulas perkara itu berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah kerana pemakaian tersebut sejajar dengan dasar kementerian dalam soal pemupukan perpaduan.

"Tak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru di sini hari ini.

Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia adalah simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut beliau, majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Cina dan baju kurung tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa guru bukan Melayu bebas memakai baju kurung di sekolah tersebut.

- Sumber: Bernama

    Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul


    Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul

    KUALA LUMPUR: Australia akan menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, kerana ia melibatkan hukuman mati, lapor The Sydney Morning Herald.

    Jurucakap Jabatan Peguam Negara mengatakan undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian melainkan negara ini telah memberikan suatu aku janji Australia bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan.

    "Australia menentang hukuman mati. Kita menentang hukuman mati bagi di Australia dan di luar negara," laporan itu dipetik.

    Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Sirul dan ketua inspektor Azilah Hadri yang sebelum ini didapati bersalah dalam kes pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shariibuu.

    Panel hakim mahkamah persekutuan yang mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan dikenakan hukuman gantung akibat kesalahan tersebut .

    Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh berkata Malaysia akan mendapatkan kerjasama daripada Polis Persekutuan Australia untuk menangkap Sirul yang, menurut rekod imigresen, ke Australia pada bulan Oktober.

    Sementara Sinar Harian melaporkan, ibu Sirul, Piah Ahmad atau lebih mesra dipanggil Mak Long Piah berdoa supaya anaknya itu kembali semula ke tanah air.

    “Apa yang boleh Mak Long cakap? Hukuman sudah diputuskan hakim, sudah dijatuhkan mahkamah.

    “Dah lama kami terputus hubungan. Kali terakhir kami berjumpa tahun lalu semasa dia datang jemput anaknya.

    “Sebagai ibu, siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib anak, tambahan pula ketika ini Mak Long tidak tahu di mana dia berada.

    “Mak Long reda dengan keputusan yang sudah ditetapkan mahkamah. Itu ketentuan Tuhan. Sudah bahagian dia begitu, tapi kalau boleh Mak Long nak dia pulang," Piah dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

    Laporan Sinar Harian itu juga memetik Piah sebagai berkata anaknya memberitahu tindakan yang dilakukan atas arahan pihak lain.

    “Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.

    “Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu,” katanya.

    Manakala akhbar yang sama melaporkan, Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah menganggap pemergian Sirul ke Australia sebagai sesuatu yang menghairankan.

    "Sungguh pun (jika tertuduh dari luar negara) menang kes itu (di Mahkamah Rayuan), pihak pendakwaan akan guna akta tersebut. Bagi saya, apabila Sirul Azhar telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan (pada Ogos lalu), dia tidak salah dan rayuannya diterima.

    "Cuma saya hairan kenapa dia boleh ke luar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar," Dr Muhammad Shafee dipetik sebagai berkata. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Nurul Izzah sah bercerai talak satu

    Nurul Izzah sah bercerai talak satu

    KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

    Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain.

    Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari 2014.

    Psangan tersebut berkahwin pada 9 Mei 2003 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh dan seorang anak lelaki yang berusia empat. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Wanita potong alat sulit suami dua kali



    SHANGQUI - CHINA. Seorang wanita ditahan kerana memotong alat sulit suaminya yang dikatakan curang dengan wanita lain.

    Menurut laporan Mirror, Fan Lung, 32 menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar mesej kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21, namun terlupa untuk log keluar akaun emelnya dan apabila isterinya, Feng, 30 meneliti telefon, dia menemui mesej yang dihantar suamninya.

    Berang dengan kejadian itu, wanita tersebut kemudiannya mengambil gunting dan memotong alat sulit suaminya semasa lelaki tersebut sedang tidur.

    Fan kemudiannya dikejarkan ke hospital dan alat sulitnya berjaya disambung semula.

    Walaubagaimanapun, Feng dikatakan menyusup masuk ke bilik hospital dan memotong kembali alat sulit suaminya dan kemudian membuangnya ke luar tingkap. Menurut jurucakap hospital, pihaknya hanya menyedari kejadian tersebut selepas diberitahu seorang lelaki bogel sedang memukul seorang wanita di luar hospital

    "Staff bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati darah mengalir di kaki lelaki itu", katanya.

    Doktor dan polis berusaha mencari bahagian alat sulit yang telah dipotong di luar hospital tetapi tidak berjaya dan percaya ia mungkin sudah dibawa lari haiwan jalanan.

    Jurucakap hospital menambah, lelaki itu kehilangan banyak darah dan telah menjalani pembedahan.

    "Dia berada dalam keadaan stabil, tapi masih dalam keadaan tertekan.

    Dalam pada itu, kekasih lelaki tersebut berkata mereka akan segera berkahwin.

    "Saya tidak kisah dia kehilangan alat sulitnya kerana dia telah mempunyai lima orang anak", katanya.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Umie, maafkan abang kerana rumah kita dilelong - Khairuddin

    KHAIRUDDIN: Umie, maafkan abang kerana rumah dilelong - Gambar fail

    PUTRAJAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan memohon maaf kepada isterinya, Umie Aida kerana mengheret pelakon itu ke dalam isu lelongan rumah yang dikatakan mencecah harga RM2.1 juta pada Sabtu lepas.

    Bagaimanapun jelasnya, Umie dilihat terlalu tabah dan sentiasa memberi sokongan moral kepadanya walaupun mengharungi saat getir di dalam hidupnya akhir-akhir ini.

    "Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.

    "Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan," katanya semasa sidang media sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

    Sebelum ini Khairuddin menafikan diberitahu mengenai lelongan rumahnya selain tidak tahu menahu atau diberi sebarang notis atau writ mengenai lelongan itu.

    Sebuah akhbar juga melaporkan, seorang wanita dari Damansara yang enggan dikenali memberitahu membeli rumah Khairuddin selepas tiada mana-mana pihak membida rumah tersebut ketika lelongan dibuat.

    Bagaimanapun katanya, isu rumah itu hanyalah salah faham selain mengakui sudah ada pembeli dengan harga RM5.8 juta untuk unit rumah berkenaan.

    "Memang rumah itu hendak dijual tetapi bukan dilelong dengan harga yang begitu rendah. Saya sudah mengambil peguam untuk mencabar keputusan lelong berkenaan.

    "Tambahan saya sendiri dimaklumkan mengenai lelongan itu pada 13 Januari sedangkan ia berlangsung dua hari sebelumnya," jelasnya.

    Dalam isu berasingan, Khairuddin menggesa SPRM untuk menyiasat seluruh Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memberi kelulusan kepada pelbagai transaksi perniagaan yang didakwanya tidak telus.

    "Buat masa kini, saya terpaksa menghormati undang-undang kerana semuanya di peringkat siasatan," katanya.

    Khairuddin yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya juga didakwa diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi pada 24 Mei 2013.

    Sebelum ini, Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan turut meminta status dan kedudukan Khairuddin dalam politik disiasat Lembaga Disiplin UMNO.

    Dalam pada itu kata Khairuddin, dia tidak menafikan kemungkinan untuk keluar daripada parti berikutan serangan peribadi yang diterimanya.

    "Mereka melakukan semua jenis serangan peribadi terhadap saya, tetapi saya hanya ingin memberitahu yang mereka sangat bodoh.

    "Apa yang dilakukan pihak yang cuba menjatuhkan saya kini memakan diri mereka sendiri sekarang," ujarnya. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Nurul Izzah, hubby officially divorced

    Nurul Izzah Anwar was divorced by her husband Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim at the Syariah High Court today. -Filepix

    KUALA LUMPUR: PKR vice-president and Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar was divorced by her husband Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim at the Syariah High Court here today.

    Raja Ahmad Shahrir pronounced the proclamation of divorce ('talak satu') before Judge Mohd Amran Mat Zain.

    Nurul Izzah filed a petition for divorce in early January last year.

    The pair were married on May 9, 2003. They have a daughter aged seven and a boy aged four.

    Nurul Izzah, 34, is the eldest daughter of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    - Sumber: Astro Awani 

    Gurauan membawa padah


    XUE membawa anaknya di dalam beg tangannya.

    Beijing: Seorang wanita mencetuskan kemarahan selepas dia memuat naik gambar di Internet yang menunjukkan dia membawa bayinya berusia sembilan bulan di dalam beg tangannya.

    Xue Hsueh, 26, memasukkan anaknya itu di dalam beg berjenamanya sementara berbual dengan beberapa rakan.

    Seorang rakannya merakam gambar itu.

    Kerana sukakannya, dia memuat naik gambar itu di laman sembang Internet.

    Tindakannya itu membawa padah apabila ramai yang mengecamnya dan membandingkan tindakan itu dengan wanita yang gemar membawa anjing atau kucing dalam beg berjenama mereka untuk meniru gaya Paris Hilton.

    Seorang pengguna Twitter WuLei34 menulis: “Bayi berjenama, aksesori terbaru yang perlu dimiliki wanita.”

    Seorang lagi. LucyX menambah: “Saya tidak pasti apa yang dilakukan wanita itu jika tali beg putus?”

    Xue bagaimanapun membela dirinya dengan berkata, bayinya dimasukkan ke dalam beg itu untuk seketika saja.

    Dia sebenarnya mahu berjenaka mengenai penjagaan kanak-kanak jika bayi sekecil itu ditinggalkan kepada lelaki.

    -Sumber: Agensi 

    Pertempuran epik dengan raksasa

    ACTION Role Playing (ARP) merupakan genre permainan video yang sangat mendalam dan memerlukan masa lebih lama untuk dihabiskan. Antara judul terkemuka ARP ialah Dragon Age dan Mass Effect yang dihasilkan oleh Bioware. Namun, kedua-dua judul itu mempunyai tetapan masa yang berbeza. Dragon Age lebih pada masa silam manakala Mass Effect berlaku pada masa hadapan. Bagi sesetengah pemain, Dragon Age lebih menjadi pilihan mereka untuk dimainkan pada kebanyakan platform terkemuka.

    War Room

    Ini merupakan satu penambah guna dalam siri Dragon Age: Inquisition. Sebagai ketua kepada kumpulan The Inquisition, pemain diberi pandangan taktikal di seluruh Ferelden dan Orlais.

    Bagi melaksanakan misi, pemain memerlukan Power yang boleh didapati dengan melaksanakan misi-misi sampingan.

    Selain itu, misi-misi itu boleh dijalankan dengan tiga operator dan setiap daripadanya mempunyai pendekatan tersendiri serta ia mengambil masa yang berbeza untuk melengkapkan misi tersebut. 

    Perbualan Imersif

    Sama seperti permainan video action role playing lain ciptaan Bioware, pemain sentiasa diberi pilihan jawapan dalam setiap perbualan dan pilihan mereka akan membawa keputusan berbeza.

    Paling penting, jika pemain pernah menamatkan siri Dragon Age sebelum ini, pilihan-pilihan yang dilakukan mereka sebelum ini akan mempengaruhi dunia Dragon Age: Inquisition.

    Setiap perbualan pemain akan diberi pilihan jawapan sama ada untuk menyokong kenyataan, menentang atau mengutarakan kekeliruan mereka.

    Malah, Dragon Age juga membolehkan pemain menjalinkan hubungan dengan pengikut-pengikut mereka dengan bebas.

    Sepanjang perjalanan, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak dan ada daripada mereka yang sanggup menyertai The Inquisition untuk membantu menutup the rift.

    Plot

    Dragon Age: Inquisition merupakan kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Dragon Age II apabila pemain perlu memainkan watak Hawke yang telah membawa keamanan pada Ferelden.

    Kini, ancaman baharu muncul berikutan letupan yang berlaku pada majlis tertinggi antara Mages dan Templar sehingga menyebabkan kedua-dua pihak menjadi musuh. 

    Memburukkan lagi keadaan ialah kehadiran Rift yang membawa masuk pelbagai raksasa dari The Fade.

    Sebagai watak utama, pemain bertanggungjawab mencari jalan untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dan dalam pada masa sama, menutup Rift menggunakan mark di tangan pemain yang dilaporkan semakin banyak di seluruh Ferelden di bawah panji-panji The Inquisition.

    Mekanisme permainan

    Bagi sesetengah pemain yang biasa dengan siri Dragon Age, mereka pasti dapat mengenal pasti bahawa Dragon Age: Inquisition mempunyai mekanisme permainan yang hampir sama tetapi terdapat sedikit penambahan berbanding siri sebelum ini.

    Pemain juga mempunyai perspektif pandangan orang ketiga dan beberapa heads up display yang memaparkan maklumat-maklumat penting seperti jumlah nyawa dan tetapan kemahiran.

    Namun, bagi setiap pertempuran, pemain akan diberi pilihan untuk pause dan mengaturkan strategi serangan mereka. Ia sangat efektif untuk menumpaskan musuh yang lebih mencabar.

    Elemen pertempuran pula bergantung pada kelas watak dan pemain boleh memilih antara warrior, mage dan rogue yang mempunyai kelebihan tersendiri.

    Di samping itu, setiap kelas mempunyai cabang kemahiran yang sangat luas sama ada serangan atau ketahanan. 

    Ia bergantung kepada pemain untuk membuat pilihan pada permulaan permainan dan seperti yang dibincangkan, ia akan mempengaruhi cara mereka bermain.

    Pemain juga harus sedar bahawa Dragon Age: Inquisition mengguna pakai kesan-kesan seperti bleeding, stunned dan sunder dalam pertempuran. Namun, ia perlu digunakan sekiranya pemain ingin memenangi pertempuran dengan mudah dan efektif.

    Crafting

    Dragon Age: Inquisition juga mendorong pemain untuk menjelajahi seluruh Ferelden dan Orlais sambil menjalankan pelbagai misi sampingan.

    Paling penting, pemain juga mempunyai peluang untuk mengumpul barang-barang yang diperlukan untuk craft kelengkapan lebih kuat.

    Pemain harus mendapatkan kelengkapan tersebut terlebih dahulu dan beberapa schematic pada merchant yang berada di kebanyakan kawasan umum.

    Crafting adalah satu feature yang perlu diberi perhatian kerana kebanyakan kelengkapan boleh dipertingkatkan lagi keberkesanannya dengan penambahan runes yang memberi kelebihan magic padanya. 

    Sebagai pulangan, pihak musuh kini bukan sahaja diserang dengan serangan fizikal dan kesan-kesan bleed serta stagger, malah mereka kini diserang dengan unsur magic.

    Grafik dan audio

    Tidak dinafikan bahawa Dragon Age: Inquisition mempunyai grafik sangat terperinci dan cantik walaupun pada platform konsol.

    Pertempuran kini lebih berwarna dengan kesan magic dan letupan juga dipertingkatkan. Malah, beberapa lokasi dalam permainan ini pasti membuatkan pemain lebih menghargai reka bentuk yang telah dihasilkan oleh Bioware.

    Kesan bunyi dan lakonan suara juga dipertingkatkan agar lebih realistik dan ia penting bagi mewujudkan suasana tegang, suram atau gembira yang efektif.

    - Sumber: Kosmo!

    Rita Rudaini dapat mesej Jangan Gatal dari bekas suami

    PELAKON dan model, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar bersama Peguam Syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (kiri) hadir untuk mendengar perbicaran tuntutan nafkah keatas bekas suaminya, pemain bolasepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid


    KUALA LUMPUR: Rita Rudaini mengakui menerima mesej berbunyi 'Jangan Gatal' dari telefon bimbit bekas suaminya sekitar April lalu. 

    Rita turut ditanya mengenai dakwaan Aidil yang beliau tak menjawab mesejnya, Rita ada jawapannya sendiri.

    "Bayangkan kalau saya dapat mesej dari telefon bimbit suami berbunyi amaran Jangan Gatal, apa yang boleh saya katakan. Saya rasa dia macam tidak terima mesej yang dihantar kerana bila saya membalas mesej dia pula akan senyap.

    "Keesokannya dia akan mesej bertanyakan soalan yang sama seolah-olah saya tak menjawab soalannya sebelum itu. Saya kurang pasti jika ada orang yang memadamkan mesejnya termasuk menulis khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi Jangan Gatal itu. 

    "Saya pun jadi takut nak balas mesejnya kerana bimbang pula dituduh nak mengacau rumah tangga orang. Bukti jelas di sini, selalunya dia akan balas membahasakan diri awak kepada saya. Tetapi mesej Jangan Gatal itu membahasakan diri dengan I," katanya.

    Tambah Rita lagi, dia mempunyai bukti bertulis ketika suaminya bermain kayu tiga dengan isterinya sekarang beberapa bulan lalu sebelum mereka berkahwin. 

    "Saya memang ada bukti mereka bersandiwara dengan saya selepas enam bulan dia keluar dari rumah. Tapi saya simpan saja bukti itu. 

    Saya pernah tunjuk kepada dia dan dia sendiri tertunduk malu. Saya tak mahu cakap kosong," katanya.

    PEMAIN bolasepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak bersama Peguam Syarie Roshdan Sujak Rafie (kanan) hadir untuk mendengar perbicaran tuntutan nafkah oleh bekas isterinya, pelakon dan model, Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid

    - Sumber: Berita Harian 

    Ibu doakan Sirul Azhar pulang

    • Ibu doakan Sirul Azhar pulang

    SEBERAT mana pun tuduhan yang dikenakan ke atasnya, sebesar mana pun kesalahannya, namun anak tetap anak!

    Apa saja berita tentang darah daging yang pernah dikandung sembilan bulan, dibesarkannya itu, tidak mungkin dapat ditepis dan dibiarkan dibawa angin lalu.

    Tidak dapat digambarkan kesedihan seorang ibu apabila mengenangkan nasib anak keempat daripada lapan beradik iaitu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, kelmarin.

    Menjejaki rumah pusaka didiami Sirul Azhar bersama keluarga sejak kecil di kampung halamannya di Batu 8, Trong, Taiping, tidaklah sukar.

    Pertemuan singkat dengan Piah Ahmad, 71, atau lebih mesra dipanggil Mak Long Piah, tidak banyak sedikit, dapat berkongsi duka si ibu tua. 

    Ikuti luahan ibu kandung Sirul Azhar seperti diceritakan kepada Wartawan Sinar Harian, NURUL MAZWANA HAMDAN, semalam.

    Pintu rumah dibuka kecil. Separuh tubuhnya disembunyikan di balik daun pintu. “Apa yang boleh Mak Long cakap? Hukuman sudah diputuskan hakim, sudah dijatuhkan mahkamah," ibu tua itu bersuara lemah.

    Sebagai seorang ibu yang sentiasa mengharapkan kesejahteraan anaknya, dia hanya mampu memanjatkan doa dan berharap anaknya itu kembali semula ke tanah air.

    “Dah lama kami terputus hubungan. Kali terakhir kami berjumpa tahun lalu semasa dia datang jemput anaknya.

    “Sebagai ibu, siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib anak, tambahan pula ketika ini Mak Long tidak tahu di mana dia berada.

    “Mak Long reda dengan keputusan yang sudah ditetapkan mahkamah. Itu ketentuan Tuhan. Sudah bahagian dia begitu, tapi kalau boleh Mak Long nak dia pulang.

    Mak Long nak jumpa anak Mak Long, nak pegang tangan dia, nak sentuh pipi dia,” katanya.

    Air yang sejak awal bergenang di kelopak mata Mak Long sudah jatuh ke pipi. Mak Long tunduk, sambil menahan sebak di dada.

    “Walaupun amat berat untuk terima, Mak Long harus kuat terima semua ketentuan ini,” dia kembali bersuara. Riak duka masih jelas di wajahnya.

    “Doa Mak Long untuk Sirul tidak pernah putus. Setiap hari Mak Long mohon ALLAH lindungi dia, pelihara dia. Mak long selalu solat hajat untuknya.

    Menurut Piah, sudah lama dia tidak tonton televisyen kerana ia akan membuatkannya lebih sedih apabila mengenangkan anaknya itu.

    “Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.

    “Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu,” katanya. 

    Piah kini tinggal berseorangan di rumah itu. Anak-anaknya semua sudah bekerja dan berkeluarga.

    Kadang-kadang jiran-jirannya datang menemaninya pada waktu malam.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Divers hunt for victims in crashed AirAsia jet's main body

    Indonesian divers headed to the main body of AirAsia's QZ8501 hoping to recover more victims from the disaster. - File pic

    PANGKALAN BUN: Indonesian divers on Thursday headed to the main body of an AirAsia jet that crashed last month, hoping to recover more victims from the disaster, a day after it was finally located by a navy ship.

    Flight QZ8501 went down on December 28 in stormy weather during a short trip from the Indonesian city of Surabaya to Singapore with 162 people on board.

    After a lengthy search often hampered bad weather, a Singapore military vessel spotted the fuselage -- the plane's main body, believed to be the resting place of most of the victims -- at the bottom of the Java Sea on Wednesday.

    Underwater photos taken by high-tech search equipment showed the fuselage and part of AirAsia's motto, "Now Everyone Can Fly", painted on the plane's exterior.

    An advance team of 15 divers plunged into the water early Thursday to examine the main portion of the jet, S.B. Supriyadi, a rescue agency official coordinating the search, told AFP.

    "They will first assess how many bodies are still trapped inside the fuselage," he said, adding that about 100 more divers would join the effort after the initial assessment.

    "Hopefully we can retrieve all the victims as soon as possible."

    Just 50 bodies have so far been recovered.

    National search and rescue chief Bambang Soelistyo previously said that if divers had problems retrieving bodies from the wreckage while it is still on the seabed, officials would try to lift it.

    The fuselage is attached to part of a wing, and the wreckage is 26 metres (85 feet) long.

    Rescuers have already used giant balloons to lift the plane's tail out of the water, after it was found about two kilometres (1.2 miles) from the main body.

    Huge international hunt 

    MV Swift Rescue, the Singaporean ship that located the fuselage, was part of a huge international hunt that also included US and Chinese ships.

    It was the latest boost to the search effort following the retrieval this week of the jet's black boxes -- the flight data recorder and cockpit voice recorder -- which contain crucial information that should help determine why the plane went down.

    The boxes -- which are actually orange in colour -- have been flown to Jakarta, where Indonesia's National Transportation Safety Committee is leading a probe into the accident, helped by experts from countries including France and the United States.

    The country's meteorological agency has said bad weather may have caused the crash but only the black boxes will be able to provide definitive answers.

    The flight data recorder holds a wealth of information about every major part of the plane, with details such as the jet's speed and the direction it was heading in, while the cockpit voice recorder stores radio transmissions and sounds in the cockpit.

    Committee head Tatang Kurniadi said that 174 hours of data had been downloaded from the flight data recorder, and two hours and four minutes from the cockpit voice recorder. The data must be converted into a usable format before the lengthy analysis process can begin.

    Before take-off, the plane's pilot had asked for permission to fly at a higher altitude to avoid a major storm but the request was not approved due to other planes above him on the popular route.

    In his last communication, the experienced pilot said he wanted to change course to avoid the storm. Then all contact was lost, about 40 minutes after take-off.

    All but seven of those on board the flight were Indonesian. The foreign nationals were from South Korea, Singapore, Malaysia, Britain and France.

    - Source: AFP | Updated: January 15, 2015

    Kerajaan tidak larang bukan Islam berbaju kurung

    • Muhyiddin Yassin
    • Muhyiddin Yassin

    KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menegaskan tiada sebarang arahan kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk menyekat atau menghalang pelajar perempuan bukan Melayu memakai baju kurung sebagai seragam sekolah.

    Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian dengan itu mengarahkan setiap sekolah untuk tidak membuat peraturan yang tidak selari dengan dasar kementerian.

    "Bagi saya ia suatu perkara (pemakaian baju kurung) yang digalakkan sama ada pelajar Melayu Islam atau bukan Islam sebab itu sudah sebagai pakaian kebangsaan. Bagi sekolah kita tidak ada keluarkan arahan cuma bagi sesetengah sekolah ada peraturan dia sendiri.

    "Jadi saya fikir itu tidak betul dan perlu diperbetulkan semula. Kementerian akan minta pihak sekolah perbetulkan semula kerana sebab isu yang sedikit itu sudah menimbulkan tanggapan soal-soal perkauman sedangkan ia bukan isu perkauman," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) di sini, semalam.

    Muhyiddin mengulas isu seorang pelajar perempuan bukan Melayu di sebuah sekolah di ibu negara yang dilarang memakai baju kurung sebagai seragam sekolah seperti yang dilaporkan media semalam.

    Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu berbangkit kerana di sekolah itu terdapat arahan yang dibuat tidak selari dengan dasar kementerian.

    "Jadi kita akan buat langkah memperbetulkannya dan pihak sekolah itu atau sekolah-sekolah lain jangan mengenakan peraturan yang tidak disuruh oleh pihak kementerian atau yang boleh menimbulkan masalah lain.

    "Kita tidak mahu membicarakan soal-soal yang seolah-olah perkauman. Ini mungkin timbul lebih kepada salah faham ataupun sekolah itu ada peraturan yang tidak selari dengan kementerian. Tapi kita boleh perbetulkan," kata beliau.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Aaron Aziz dimasukkan ke hospital?

    • Aaron ketika menunggu menerima rawatan di Pusat Rawatan Prince Court.
    • Aaron ketika menunggu menerima rawatan di Pusat Rawatan Prince Court.

    PELAKON terkenal, Aaron Aziz dilaporkan dimasukkan ke pusat perubatan semalam kerana tidak tahan sakit leher yang dialaminya.

    Kenyataan tersebut disahkan oleh isteri yang juga pengurusnya, Diyana Halik melalui muat turun gambar bersama kapsyen menerusi laman akaun Instagramnya.

    Menurut Diyana, Aaron bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court di ibu kota untuk mendapatkan rawatan sejurus selepas tamatnya tayangan perdana sebuah filem lakonannya.

    Katanya, Aaron dibawa ke pusat rawatan tersebut kerana tidak tahan menderita sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari lalu.

    “Di sebalik senyuman itu sebenarnya tersingkap seribu kesakitan. Kesian sayangku tahan sakit.

    “Tolong berehat dan baring saja ya. Saya akan datang semula bila kerja saya sudah habis. Tolong pakai penyokong leher ya,” katanya seperti yang dipetik dari kapsyen sebuah gambar yang dimuatnaik menerusi laman sosial itu.

    Difahamkan, hero filem Ombak Rindu ini sebenarnya sering mengalami sakit di lehernya sejak terlibat dengan sebuah kemalangan sewaktu penggambaran rancangan Fear Factor beberapa lama dahulu.

    Buat masa sekarang, Aaron telah diberikan suntikan penahan sakit untuk melegakan sakit yang dialami.

    Menurut Diyana lagi, pihaknya sudah menyusun jadual untuk mengatur rawatan susulan dengan doktor.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Boyfriend caught cheating on girlfriend, thanks to vacuum cleaner

    PHOTO: YouTube/screengrab

    A woman returned home after visiting her parents only to discover - through a vacuum cleaner - that her partner had cheated on her. 

    "I’d spent a weekend away visiting my parents and when I returned I decided to give the house a good going over," said Nicola Lyon, from Woodford Green, London. 

    "I was hoovering our bedroom when Henry started to overheat and shut off.​

    "On closer inspection I could see it was jammed. I reached down to unpick the nozzle and I could see that it was choked with strands of long red hair – but I was light blonde," added the 21-year-old. 

    Ms Lyon and her partner, Deron Yapp, 24, met after they were introduced by friends in 2008.

    Two years later, Ms Lyon gave birth to their son, Riley. 

    He was the one.

    "We fell head-over-heels for each other. We were inseparable – I really thought he was the one," she said. 

    When the couple's son was just three months old, the family shifted to a new apartment. 

    That was when Ms Lyon's mother, Sandra, 58, passed the couple her old Henry the Hoover.

    Following a confrontation with her partner, Mr Yapp was kicked out of the house. 

    He admitted to his wrongdoing a few months later.

    - Source: Metro, via The New Paper 

    Keluarga minta sedekah jadi viral

    • Gambar sebuah keluarga yang didakwa memasuki kenderaan orang ramai sebelum meminta duit di sekitar bandar Kuala Terengganu yang viral dalam laman sosial.
    • Gambar sebuah keluarga yang didakwa memasuki kenderaan orang ramai sebelum meminta duit di sekitar bandar Kuala Terengganu yang viral dalam laman sosial.

    KUALA TERENGGANU – Kisah seorang lelaki dewasa yang membawa tiga orang kanak-kanak bersama dua lagi wanita dipercayai isterinya dan ibu kepada salah seorang daripada mereka kini menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

    Keluarga tersebut didakwa sering berlegar di Kuala Terengganu dan memasuki kereta orang awam secara tiba-tiba dan meminta wang, selain menyuruh pemilik kenderaan terbabit menghantarnya pulang.

    Mereka juga dikatakan enggan keluar dari kereta yang dimasuki sehingga diberikan wang, kecuali mangsa menghubungi polis dan ia kini menjadi bualan hangat serta menimbulkan kebimbangan orang ramai.

    Salah seorang mangsa yang ditemui Sinar Harian mengakui pernah mengalami situasi di mana salah seorang daripada keluarga berkenaan mengetuk tingkap keretanya untuk meminta wang.

    Menurut Haslinda Md Noor, 34, kejadian berlaku pada pertengahan tahun lalu ketika dia bersama adiknya meletakkan kenderaan di pekarangan Pasar Besar Kedai Payang sebelum dikejutkan dengan kehadiran sebuah keluarga.

    “Ketika itu, saya bersama adik berada di dalam kereta setelah selesai membeli barang di pasar, tiba-tiba keluarga itu menghampiri kereta kami dan salah seorang (wanita) mengetuk tingkap kereta beberapa kali sebelum meminta wang.

    “Keluarga itu dilihat seperti sebuah keluarga yang normal kerana jika dilihat dari segi luaran, semuanya sempurna tanpa sebarang kecacatan.

    “Mujur ketika itu saya mengunci pintu kereta, selepas berikan wang dia terus berlalu. Saya juga nampak mereka mengetuk tingkap kenderaan lain yang turut berada di kawasan sama selepas beredar dari kenderaan kami,” ceritanya.

    Dalam pada itu, menurut salah seorang yang menulis komen dalam status yang dikongsi ramai itu, keluarga peminta sedekah itu adalah jirannya yang tinggal di daerah Kuala Terengganu.

    Dalam masa sama juga, pembaca terbabit menyatakan lelaki dewasa yang selalu mendukung seorang kanak-kanak lelaki bersamanya, memiliki kad Orang Kurang Upaya kerana mengalami masalah lembam.

    Dia juga menulis, tahap pendidikan keluarga itu termasuk ketiga-tiga anaknya yang dibawa bersama tidak sempurna dan kemungkinan besar mereka tidak bersekolah.

    Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menjejaki keluarga berkenaan di sekitar bandar Kuala Terengganu semalam tidak berhasil apabila mereka gagal ditemui.

    Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Shaballah Zainal Abidin berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan keluarga berkenaan yang didakwa meminta sedekah dengan cara memasuki kenderaan orang ramai sebelum meminta wang di sekitar bandar Kuala Terengganu.

    Pada masa sama, Shaballah menasihati orang ramai yang melihat situasi seperti itu supaya melaporkan perkara berkenaan kepada balai polis berhampiran atau Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat.

    - Sumber: Sinar Harian 

    What if the girls with the K-Pop boys weren't tudung-clad?

    Zan Azlee wonders if all the brouhaha surrounding the K-Pop hugging and kissing on stage would have happened if the girl involved wasn't tudung-clad.

    This public debacle regarding K-Pop girly-boys hugging our Malaysian tudung-clad girls and kissing them seem to me as a tad, no a whole lot, ridiculous.

    Apparently, the infiltration of this evil Korean phenomenon into Malaysia has caused the degradation of our sacred local tradition, customs and beliefs.

    Are they really sure that this specific evil Korean phenomenon will cause the downfall of our morals? And are they sure that our local customs are so above-all in the first place?

    I was having lunch with a girl friend of mine a few days ago and she asked me a question relating to this issue of K-Pop Romeos seducing our virgin princesses.

    "Zan, do you think if someone like me was to be up there on the stage hugging and kissing the prancing singers, all this fuss would even arise?" she asked.

    Now to put things into context, this friend of mine (who shall remain nameless) portrays a certain image that might not be consistent with tudung-clad virgins.

    She likes to wear skirts that are several inches above her knees, tight leggings with images of wild cats snarling, and tops and blouses that are very 'breathable', let's say.

    But she's a nice girl and really, what is all this obsession with perception and stereotyping people? Oh well, this is Malaysia we're talking about anyway.

    So my reaction to her question if all this brouhaha would have erupted if it was someone like her was a loud laugh and an aggressive nod in agreement to what she was trying to say.

    My guess would be that Malaysians wouldn't give a care if the girls involved weren't tudung-clad because, well, if wouldn't be unbecoming of someone who wasn't tudung-clad.

    It seems that many Malaysians are desperate to want to 'preserve' our customs that they they get caught in the trap of defining everything to a simple black or white.

    They forget that to be a true human society, there will always be another area that is known as grey. The area thst lies between black and white, or even a mixture of it both.

    If Malaysians become blind to grey, then it would be impossible for the country to ever have that moderate stand, and to be able to discuss and debate issues that we encounter as we progress.

    Now back to the K-Pop boys and the tudung-clad girls. It seems that now the religious authorities want the girls to surrender or they will issue a warrant of arrest.

    Seriously? Is the 'crime' so terrible and heinous as to have to spend all resources to pursue the young tudung-clad girls like she were the criminal of the century?

    This is the danger of labelling and stereotyping without giving space for discourse. We start judging based on non-facts before even thinking properly.

    Sure, we're a little conservative that the rest of the world and there isn't anything wrong with that. And the K-Pop probably genuinely wasn't aware. Honest mistake.

    But unless we really want to live in a closed-up land that doesn't interact with the outside world, we have to be prepared to accept when cultures collide.

    Like I said, it isn't wrong for Malaysians to want to protect our culture, but going on a witch hunt and painting negative perceptions is not the way to go about it.


    - Source: Astro Awani, by Zan Azlee

    Mereka berada di pentas K-Pop dengan keizinan tuhan - Gadis misteri

    GADIS MISTERI: Mereka berada di pentas K-Pop dengan keizinan tuhan - Gambar fail

    KUALA LUMPUR: Seorang 'gadis misteri' memberitahu kehadiran remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi konsert K-Pop B1A4 sebelum ini adalah dengan keizinan tuhan.

    Video berdurasi 5 minit 42 saat yang sedang 'viral' dan hangat dikongsi di media sosial kini menunjukkan visual seorang gadis meluahkan perasaan mengenai insiden remaja Melayu dipeluk artis K-Pop berkenaan.

    "Bukan mereka yang diuji tetapi kita juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah.

    "Allah hendak uji kita yang hebat sangat menjadi 'keyboard warrior', anda memaki orang seolah-olah anda hebat daripada anda lahir sampai sekarang.

    "Renung-renungkan diri sendiri apakah hikmah di sebalik peristiwa ini," katanya dalam video itu.

    Video seorang 'gadis misteri' yang menyifatkan kehadiran beberapa gadis Melayu di atas pentas K-Pop Sabtu lepas adalah dengan keizinan tuhan - Sumber YouTube Siakap Keli

    Sabtu lepas, video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan viral di media sosial.

    Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.

    Ia turut mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyindir gadis-gadis berkenaan agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

    Bagaimanapun, Peguam firma Tetuan Azmi dan Fadzly, Ahmad Fadzly Abdul Gani yang mewakili penganjur konsert artis K-Pop, B1A4, TGM Events memaklumkan, perlakuan peminat membabitkan gadis Melayu yang bertindak melampau dan melakukan aksi kurang menyenangkan semasa konsert kumpulan K-Pop B1A4 adalah di luar jangkaan penganjur.

    Dalam pada itu sumber Astro AWANI memberitahu, gadis misteri yang muncul di video itu mengakui tidak takut dengan apa yang dilakukannya.

    "Saya yakin dengan izin Allah, video ini tersebar, dan terbukti ramai yang ingin menjadi tuhan," kata sumber itu.

    Pada Rabu, Pengarah Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya memberi tempoh selama seminggu untuk remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi K-pop untuk menyerah diri.

    Paimuzi menegaskan, waran tangkap juga akan dikeluarkan sekiranya remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Pembunuhan Bali: Perbicaraan pasangan Amerika bermula



    Mangsa dan kedua-dua suspek berasal dari Chicago.

    DENPASAR: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan teman wanitanya yang berusia belasan tahun berhadapan perbicaraan di Pulau Bali, Indonesia pada Rabu atas tuduhan membunuh ibu wanitaitu selepas dijumpai terperosok di dalam beg pakaian di luar sebuah hotel terkemuka di Indonesia pada Ogos, tahun lalu.

    Suspek Heather Mack, yang hamil dan teman lelakinya, Tommy Schaefer bakal berdepan hukuman mati jika didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan ke atas Sheila von-Wiese Mack, 62 yang dijumpai mati di tempat letak beg di dalam but sebuah teksi di sebuah hotel di pulau peranginan itu.

    Pihak pendakwa berkata, Schaefer yang teresak-esak menangis ketika memasuki kamar perbicaraan, “memukul von-Wiese Mack secara membuta tuli” dengan sebuah mangkuk selepas dia melepaskan kata-kata berbau perkauman kepadanya dalam satu pertelingkahan. Schaefer berkulit hitam .

    “Tertuduh yang sedang marah dan beremosi, mengangkat sebiji mangkuk buah dan membalingnya ke muka von Wiese Mack,” kata pendakwaraya Eddy Arta Wijaya di Mahkamah Daerah yang terletak di wilayah Denpasar ketika membacakan pendakwaan.

    “Wiese cuba menolak pemegang (mangkuk) tersebut ke arah Schaefer dan terkena mulutnya, dan ini telah menyebabkan beliau lebih marah dan beremosi. Dengan menggunakan kedua-dua tangannya, Schaefer memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian mata dan hidungnya menggunakan mangkuk buah tersebut.”

    Dia kemudian menolak bahagian muka (Wiese) ke katil, “sehingga mangsa kaku,” tambah Eddy.

    Pihak pendakwaan berkata Heather Mack, 19, hanya mampu bersembunyi di dalam bilik mandi ketika pergelutan berlaku sebelum beliau dan teman lelakinya itu menyumbat badan ibunya ke dalam beg pakaian.

    Mack dan Schaefer, yang dibicarakan secara berasingan, keberatan untuk memberi sebarang temuramah kepada pihak media selepas perbicaraan. Perbicaraan akan bersambung pada Januari 21.

    Mangsa dan kedua-dua suspek berasal dari Chicago. 

    - Sumber berita dan gambar: AFP

    Peguam dapatkan arahan daripada keluarga Altantuya


    KUALA LUMPUR - Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, peguam Ramkarpal Singh Deo akan menulis surat kepada bapa Altantuya Shaariibuu bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung saman yang difailkan keluarga wanita itu akibat kematiannya.

    Ramkarpal berkata, firmanya sedang meneliti penghakiman itu dan mungkin meminda kenyataan tuntutan yang difailkan keluarga berkenaan sebelum ini.

    Pada 4 Jun 2014, ibu bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, masing-masing berusia sembilan dan empat tahun, memfailkan saman terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan.

    Dalam saman itu, keluarga Altantuya menuntut pampasan RM100 juta.

    "Sebaik sahaja menerima jawapan daripada keluarga itu, kami akan failkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuat pindaan terhadap afidavit yang diperlukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

    Ramkarpal berkata, beliau juga akan menulis surat kepada mahkamah untuk memohon dipercepatkan tarikh bagi pengurusan kes itu.

    Katanya saman itu difailkan pada 2007, tetapi ditangguhkan prosidingnya sementara menunggu keputusan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

    "Oleh kerana perkara berkaitan jenayah itu kini sudah selesai, kami berharap saman ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini," katanya.

    Semalam, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar serta menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap mereka kerana membunuh Altantuya setelah membenarkan pihak pendakwaan merayu mengenai keputusan pembebasan mereka.

    Dalam kenyataan tuntutan mereka, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk. 

    Mereka mendakwa Altantuya ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar, anggota Unit Tindakan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan cebisan mayat wanita itu kemudian dijumpai di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November 2006.

    Mereka juga mendakwa penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, bersubahat dengan dua anggota polis itu dalam pembunuhan Altantuya.

    Kata mereka Azilah dan Sirul Azhar bertindak bercanggah dengan perlembagaan dan menyalahgunakan amanah yang diberi kepada mereka sebagai anggota PDRM dan penjawat awam dalam kerajaan Malaysia.

    Keluarga itu mendakwa akibat tindakan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak, mereka mengalami kerugian, terutama dua anak lelaki Altantuya, yang kehilangan kasih sayang ibu dan satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.

    Shaariibuu, profesor psikologi dan Altantsetseg, yang tinggal di Bayangol District, 19 horoo, Block 56, Apartment 28, Ulanbaatar, Mongolia, berkata, Altantuya dibesarkan di St Petersburg, Rusia dan mendapat pendidikan di Beijing, China. 

    - Sumber: Bernama

    29 maut keracunan alkohol di India


    UTTAR PRADESH - INDIA. Sekurang-kurang 29 maut manakala lebih 100 orang lagi masih dirawat di hospital selepas minum alkohol bertoksik di sini, semalam.

    Penduduk di beberapa buah kampung di Lucknow dan Unnao jatuh sakit selepas meminum minuman tersebut.

    Pegawai kerajaan, Anil Garg berkata, mangsa adalah terdiri daripada penonton yang menyaksikan perlawanan kriket di sebuah kampung di daerah Lucknow.

    Memetik laporan BBC, keadaan beberapa mangsa adalah kritikal dan sebilangan diletak dibawah pemerhatian dan ada sebahagian kehilangan penglihatan.

    Dalam pada itu, penjual minuman berkenaan telah ditahan dan bahan kimia yang dijumpai di kedai berkenaan turut dirampas untuk di uji kaji.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Hairan pesalah boleh ke luar negara


    SHAH ALAM - Walaupun tidak menyalahi undang-undang, pemergian Koperal Sirul Azhar Umar ke luar negara dianggap menghairankan apatah lagi dia tidak kembali ke Malaysia semasa Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya, kelmarin kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lalu.

    Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, kebiasaannya pendakwaan akan menggunakan Akta Mahkamah Kehakiman 1963 untuk menghalang pesalah melarikan diri ke luar negara.

    Katanya, akta ini banyak digunakan, terutama dalam kes membabitkan tertuduh dari luar negara.

    "Sungguh pun (jika tertuduh dari luar negara) menang kes itu (di Mahkamah Rayuan), pihak pendakwaan akan guna akta tersebut. Bagi saya, apabila Sirul Azhar telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan (pada Ogos lalu), dia tidak salah dan rayuannya diterima.

    "Cuma saya hairan kenapa dia boleh ke luar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar," katanya kepada Sinar Harian.

    Namun beliau berpendapat pendakwa raya dalam kes ini mungkin tidak menyangka seorang rakyat Malaysia, yang juga bekas polis, tidak akan hadir ke Mahkamah Persekutuan mendengar keputusan kesnya.

    “Saya tidak rasa ada udang sebalik batu (mengenai kehilangan Sirul Azhar). Ia hanya tanggapan pendakwa raya atau timbalan pendakwa raya bahawa Sirul Azhar akan datang ke mahkamah, tetapi tanggapan itu nampaknya tidak betul,” katanya.

    - Sumber: Sinar Harian 

    David Luiz jadi bahan jenaka selepas dipilih 'World XI'

    David Luiz diiktiraf pemain antarabangsa.

    KUALA LUMPUR: Dunia terkejut apabila pertahanan Brazil David Luiz tersenarai dalam kesebelasan dunia FIFA/FifPro.

    Telegraph UK melaporkan badan pemain bola sepak profesional, FifPro menyatakan 'Team of the Year' dipilih berdasarkan undian yang dibuat 23,383 pemain dari 58 negara.

    Wartawan dan peminat tidak terlibat dalam undian ini. Ini bermakna para pemain profesional mengiktiraf David sebagai salah seorang pertahanan terbaik di dunia.


    Penulis laporan itu, Jason Burt turut menyatakan keputusan yang dibuat lebih 23,000 pemain dan jurulatih Paris St Germain (PSG), Carlo Ancelotti adalah lebih matang berbanding troll terhadap pemilihan David di media sosial.

    Baginya lagi, David Luiz adalah pemain pertahanan yang hebat dan pemimpin yang layak untuk berada dalam pasukan Fifa tahun.

    Kenapa pemilihan David Luiz disindir? Mungkin ramai yang menghukum David berdasarkan persembahan buruknya semasa Piala Dunia bersama Brazil tahun lalu.

    Skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu diaibkan di halaman mereka sendiri 1-7 kepada juara dunia, Jerman.

    Selain itu ramai juga berkongsi gambar pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang sedang ketawa kononnya ketawa sinis terhadap penyenaraian David dalam World XI.

    David pernah beraksi bersama Chelsea bersama Mourinho. Laporan menyebut Mourinho membuat keputusan untuk menjual David kerana tidak berpuas hati dengan persembahannya.

    - Sumber: Astro Awani 

    7 rentung dalam kemalangan bas berhampiran Tapah

    Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

    KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.

    Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

    Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

    Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.

    Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.

    Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.

    Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang. 

    - Sumber: Astro Awani |  Januari 15, 2015

    Dua lagi mayat dikenal pasti dan badan pesawat QZ8501 dikesan

    BASARNAS: Penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh, ROV milik sebuah kapal SAR.

    KUALA LUMPUR: Dua lagi mayat mangsa penerbangan AirAsia QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan Christanto Leoma Hutama dikenal pasti Rabu.

    Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti pada lewat malam Rabu.

    AirAsia dalam kenyataan terkininya malam tadi juga berkata Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas) telah mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.

    Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.

    "Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok (Khamis) untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat," kata kenyataan itu. 

    - Sumber: Bernama 

    Seven passengers burnt to death, 22 others injured in bus crash near Tapah

    Preliminary investigations found that the accident took place when the bus hit into the tyre of a lorry which was in the middle of the road.

    KUALA LUMPUR: Seven passengers of a bus burnt to death while 22 others injured in an accident which caused the vehicle to burn at Kilometer 326.3 of the North-South Highway (PLUS) near the Tapah exit.

    The 1.15am accident which was confirmed by Tapah OCPD, Superintendan Somsak Din Keliaw took place when the bus with a capacity of 30 passengers was heading to Genting Highlands from Kuala Kurau, Parit Buntar.

    Preliminary investigations found that the accident took place when the bus hit into the tyre of a lorry which was in the middle of the road.

    It later caused the vehicle to skid to the left before crashing into a Daihatsu Charade parked at the shoulder of the road bursting into flames.

    The owner of the Charade was believed to have stopped his car to move the tyre, however was unable to do so in time. 

    - Source: Astro Awani 

    Singapore navy finds main body of crashed AirAsia jet


    This picture released on Jan 14, 2015 by the Republic of Singapore Navy Facebook page shows the fuselage of the AirAsia plane that crashed into the Java Sea late last December. - AFP Photo/Republic of Singapore Navy.

    PANGKALAN BUN: A Singaporean navy ship on Wednesday located the main body of the AirAsia plane that crashed into the Java Sea late last month, believed to be the resting place of most of the 162 victims.

    Flight QZ8501 crashed on December 28 in stormy weather during a short, routine flight from the Indonesian city of Surabaya to Singapore.

    The discovery of the fuselage is the latest boost in a slow-moving search operation often hampered by bad weather. It followed the recovery this week of both the plane's black boxes, which contain vital information to determine what caused the crash.

    "The MV Swift Rescue has located the fuselage of the AirAsia plane in the Java Sea," said Singapore's Defence Minister Ng Eng Hen in a Facebook post, adding that Indonesian search and rescue officials had been informed.

    "The accident is a tragic event resulting in the loss of many lives. I hope that with the fuselage located, some form of closure can come to the families of the victims to ease their grief."

    His post was accompanied by underwater photos of what appeared to the fuselage. The words "now" and "everyone" are visible, apparently from AirAsia's motto "Now Everyone Can Fly" painted on the plane's exterior.

    Indonesia's national search and rescue chief Bambang Soelistyo confirmed that the fuselage had been found by the Singaporean ship and said divers would head to the wreckage on Thursday.

    "It's dark today, its not possible to dive, so we will dive tomorrow. The main focus is to find victims in the fuselage," he told AFP.

    "If it's difficult we will lift (the fuselage) up either in part or in whole."

    Finding the main body of the Airbus 320-200 has been seen as vital, as most of the victims are believed to be still trapped inside. Just 48 bodies have so far been recovered.

    The Singapore navy ship was part of a huge international hunt for the plane, which also included US and Chinese ships.

    Vital black boxes

    The so-called black boxes -- which are actually orange in colour -- have been flown to Jakarta, where Indonesia's National Transport Safety Committee is leading a probe into the accident, helped by experts from countries including France and the United States.

    The country's meteorological agency has said bad weather may have caused the crash but only the black boxes will be able to provide definitive answers.

    Investigators have started retrieving data from the recorders and converting it into a usable format, which will take around a week, before the lengthy analysis process can begin, committee head Tatang Kurniadi told AFP.

    The flight data recorder holds a wealth of information about every major part of the plane, with details such as the jet's speed and the direction it was heading in, while the cockpit voice recorder stores radio transmissions and sounds in the cockpit.

    The committee has said a preliminary report on the accident will be produced within a month, and a final report after a year.

    At a port near Pangkalan Bun, the search headquarters on Borneo island, Indonesian investigators and their French counterparts also began examining the tail, which was lifted out of the water at the weekend.

    Before take-off, the plane's pilot had asked for permission to fly at a higher altitude to avoid a major storm but the request was not approved due to other planes above him on the popular route.

    In his last communication, the experienced pilot said he wanted to change course to avoid the storm. Then all contact was lost, about 40 minutes after take-off.

    - Source: AFP | January 14, 2015

    Michelle Yeoh helps out flood victims in Kelantan

    KUALA LUMPUR: Hollywood actress Tan Sri Michelle Yeoh is now in Kelantan to help out flood victims.

    A source told Astro AWANI today that Yeoh intended to visit the state for personal reasons but decided to lend a hand when she found out that volunteers in three villages were assisting flood victims.

    "When she heard about the efforts by two NGOs, namely Fo Guang Sha and Chi Hui Tang, she chose to provide food aid as well as motivation to the volunteers," the source said.

    Yeoh (left) helping villagers set up a tent for flood victims during her visit.

    Yeoh visited three villages today, which are Batu Jong, Dusun Nyior and Kampung Keluat.

    Yeoh's long-time fiancee, Datuk Seri Jean Todt did not accompany her during this trip, the source added.

    - Source: Astro Awani