Saturday, 21 February 2015

Topeng Seribu Wajah

  • Topeng Seribu Wajah

  • Topeng Seribu Wajah

FALSAFAH di sebalik topeng menjadikan ianya sesuatu misteri kerana pelbagai tafsiran boleh diberi mengikut kepercayaan masyarakat yang mengamalkannya.

Topeng mempunyai kemampuan menunjukkan pelbagai emosi sebagaimana wajah manusia, sama ada kedamaian, kesengsaraan, kegembiraan dan sebagainya.

Topeng dengan telinga besar digambarkan sebagai pendengar yang baik, topeng dengan mulut terbuka memberikan makna kerakusan atau bijak berkata-kata, manakala topeng dengan pipi penuh pula digambarkan sebagai kerakusan atau kekayaan.

Setiap perwatakan topeng mempunyai falsafahnya tersendiri.

Penggunaan topeng sememangnya sinonim dengan sesetengah suku kaum di Malaysia khususnya Orang Ulu yang sehingga kini masih mengamalkan pemakaiannya dalam upacara keagamaan dan ritual.

Muzium Perak ambil peluang pameran budaya topeng

Menurut Kamus Dewan, topeng adalah sesuatu yang dipakai untuk menutup muka, direka dalam pelbagai bentuk seperti muka orang, binatang dan sebagainya.

Di Semenanjung, penggunaan topeng juga dapat dikesan melalui seni persembahan tradisional terutama bagi masyarakat Melayu tradisi seperti Menora dan Makyung di Kelantan serta Mek Mulung dan Awang Batil di Kedah dan Perlis.

Di Sarawak tradisi berkenaan diwarisi empat kumpulan utama iaitu Dayak, Dayak Laut, Murut dan Melanau.

Bagaimanapun, sejak kedatangan Islam ke Asia Tenggara, penggunaan topeng sebagai satu budaya agak berkurangan kerana larangan agama Islam yang tidak membenarkan penganutnya membuat bentuk figura atau imej muka manusia apatah lagi yang berkaitan dengan pemujaan.

Bagaimanapun, Pemangku Pengarah Muzium Perak, Penolong Kurator Kanan, Sahabudin Md Isa berkata, sehingga kini budaya topeng di Malaysia masih dipraktikkan beberapa kumpulan Orang Asli dengan kepercayaan yang kukuh dalam pantang larang dan kuasa ghaib.

"Permulaan 2015, Muzium Perak mengambil peluang ini dengan mengadakan Pameran Topeng ‘Seribu Wajah’ bermula Januari lalu hingga Jun depan.

“Buat kali pertama, Muzium Taiping mengadakan pameran ini dan kebanyakan topeng yang dipamerkan di sini adalah milik muzium sendiri dan sebahagiannya dibawakan dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Muzium Perak amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan pengunjung tempatan tetapi luar.

“Kita yakin, kelainan yang ditampilkan kali ini, bakal menarik perhatian lebih ramai pengunjung, terutama ketika musim cuti sekolah.

"Pada masa sama, pameran ini memberikan kefahaman latar belakang sejarah dan sosiobudaya masyarakat berkaitan pemakaian topeng.

“Selain itu, ia memperlihatkan keunikan budaya topeng berdasarkan motif dan penciptaan setiap reka bentuknya,” katanya.

Katanya, dunia topeng dan pengamalannya mengikut kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia mengikut kepercayaan masing-masing perlu di dokumentasikan.

"Malah, kita juga turut mempamerkan perwatakan dan sifat universal serta kepelbagaian pada setiap ukiran topeng berdasarkan fungsi dan peranannya,” katanya.

Topeng produk industri kreatif

Sahabudin berkata, topeng yang digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia adalah lebih kepada tarian dan ritual penyembuhan.

“Bagi masyarakat kaum Mah Meri dan Jah Hut, ukiran topeng lebih tertumpu kepada ciri watak roh nenek moyang.

“Topeng dicipta berdasarkan mitos dan cerita dongeng bertujuan mengurus, mendidik dan menerapkan moral kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, topeng digunakan dalam upacara keagamaan oleh masyarakat Kayan, Murut dan Iban di Sarawak.

“Biasanya topeng yang dihasilkan ialah ritual nenek moyang dan topeng yang mewakili syaitan serta roh.

“Tiga ciri penting topeng Sarawak berkaitan dengan bentuk, corak dan warna.

“Dua bentuk topeng Sarawak yang boleh dibezakan dengan wajah manusia dan kedua ialah muka makhluk halus yang dicirikan orang Melanau, Kayan dan Kenyah,” katanya.

Katanya, masyarakat Orang Asli Mah Meri dan Jah Hut di Semenanjung Malaysia serta etnik Iban, Kenyah dan Kayan dari Sarawak memperlihatkan budaya pembuatan topeng sebagai produk kraf tangan yang menarik.

“Malah, kerajaan melalui Perbadanan Kraftangan Malaysia dan pertubuhan kerajaan giat mempromosikan topeng yang dihasilkan sebagai produk industri kreatif Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, topeng kini berfungsi sebagai cenderamata atau barangan perhiasan apabila pembuatannya dikomersialkan.

“Selain itu, Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf topeng yang dihasilkan etnik Mah Meri dan Jah Hut.

“Melalui industri kreatif, topeng yang dihasilkan berpotensi diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Dengan galakan dan sokongan yang diberikan ini dapat membantu perkembangan dan pembangunan industri kreatif dalam komuniti mereka,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Self-driving cars, smart street furniture: 76 Designs of the Year nominated


A Google self-driving car - AFP Photo/Glenn Chapman

Paris's Foundation Louis Vuitton, the iPad app Monument Valley and Google's self-driving car are among the 76 projects chosen for the shortlist of the Design of the Year awards, all of which go on display next month at the London Design Museum.

The works are divided into six categories -- architecture, digital, fashion, product, graphics and transport -- and are chosen for featuring a design that "promotes or delivers change, enables access, extends design practice or captures the spirit of the year."



View of the Louis Vuitton Foundation designed by architect Frank Gehry in the Bois de Boulogne in Paris. - AFP Photo/Bertrand Guay

In addition to recognizing Gehry Partners' new museum outside of Paris, the architecture shortlist includes the futuristic food market Markthal Rotterdam (MVRDV), the residential One Central Park with its vertical gardens (Atelier Jean Nouvel) and the Long Museum West Bund (Atelier Deshaus), built from a repurposed coal-loading point.

The Escher-esque Monument Valley app is joined in the digital category by sci-fi game "No Man's Sky," shopping app Disclosed, Asif Khan's MindFaces installation for the Winter Olympics and Responsive Street Furniture, an aid for visually impaired pedestrians by Ross Atkin and Jonathan Scott.

Fashion notables include Fausto Puglisi with his Cubist-inspired Fall/Winter 2014-15 womenswear, Raf Simons' high-art FW14/15 collection for Sterling Ruby and Kate and Laura Mulleavy's Star Wars homage for Rodarte's FW14/15 line.



Promotional image for "Monument Valley" - ustwo

In graphics, a proposal for a new Norwegian banknote comes in alongside the animated typeface Franchise Animated and Marcel's "Inglorious Fruits and Vegetables" supermarket campaign for reducing food waste.

Product nominees include an air-purifying billboard (University of Engineering and Technology of Peru), the BrydgeAir keyboard for iPad, the Double O LED bikelight (Paul Cocksedge Studio) and the Grow It Yourself kit from Ecovative, made of compostable mushroom building materials.

Transport nominees going up against the Google self-driving car include the BMW i8, Tesla's Model S and the MOTIV.e City Car.

The exhibition "Designs of the Year 2015" will showcase all nominees from March 25 to August 23 at the Design Museum in London. A winner in each category as well as an overall winner are to be announced later in the year.

- Source: AFP RELAXNEWS

'Dia tinggalkan kami pada hari lahirnya'


IPOH - "Hari ini adalah hari lahir anak saya yang ke-28 tetapi dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," demikian luahan bapa kepada N.Suren, 28, yang mati ditembak di rumahnya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di sini, malam tadi.

T. Nadarajah, 54, berkata ketika kejadian, anak sulung dari tiga beradik itu baharu sahaja selesai menyempurnakan upacara keagamaan di sebuah kuil berhampiran.

Sebaik tiba di hadapan rumah, anaknya membuka pintu pagar sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal Honda EX5. 

Salah seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dalam jarak kira-kira 10 meter.

"Selepas terkena tembakan pertama, anak saya berlari sambil menjerit agar dia tidak ditembak namun tidak diendahkan suspek yang melepaskan beberapa das tembakan lagi.

"Jeritan Suren didengari oleh sepupunya yang bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku, namun anak saya dilihat terbaring dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.

Nadarajah, anggota polis berpangkat koperal di Balai Polis Kanthan Baru dekat sini berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas dan mengetahui mengenai kejadian itu daripada adik mangsa.

"Saya menghantar Suren dan adiknya baru-baru ini untuk menghadiri temuduga kerja di Johor....malangnya hasratnya itu tidak kesampaian," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa mati akibat terkena empat das tembakan di bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah.

Polis menemui lima kelongsong peluru jenis 9mm dan dua butir peluru di tempat kejadian manakala dompet serta dua telefon bimbit milik mangsa masih berada dengannya. 

- Sumber: Bernama

Himpunan kecoh, Adam Adli, Fariz ditahan


KUALA LUMPUR - Himpunan #KitaLawan petang tadi dihadiri kira-kira 50 peserta bagi menunjukkan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya berlangsung secara aman bertukar kecoh apabila salah seorang aktivis, Adam Adli Abdul Halim ditahan polis.

Adam Adli yang diiringi lebih kurang enam anggota polis berpakaian biasa diarahkan ke Balai Polis Dang Wangi sebaik himpunan itu tamat.

Ekoran penahanan itu, peserta himpunan itu yang berada di hadapan pusat membeli-belah Sogo kemudian berkumpul di depan balai polis tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila polis bertindak menutup pintu pagar utama dengan dikawal rapi lebih kurang 20 anggota di sebelah dalam dan luar balai polis itu.

Dalam kekecohan antara peserta dengan anggota polis, seorang lagi aktivis, Fariz Musa ditahan untuk dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam Adli dan Fariz difahamkan ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan mengikut Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan himpunan tersebut.

Himpunan hari ini adalah kali kedua dianjurkan selepas perhimpunan sama dibuat, minggu lalu.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha yang menyertai perhimpunan itu turut menyampaikan ucapan dengan menyeru kepada semua rakyat supaya menentang kezaliman dan penindasan.

“Bermula dengan satu langkah. Pesanan ayah (Anwar) jangan gusar, kerana perjuangan kita belum selesai, kita akan melawan kezaliman.

“Kami akan terus beri tekanan dengan menganjurkan himpunan seperti ini untuk menegakkan keadilan,” katanya.

Sebelum itu, himpunan dimulakan dengan Tarian Naga sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pada 10 Februari lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana gagal dalam rayuan mengetepikan sabitan kes meliwat pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

'Improper modification of audio system can cause vehicle fire'

Improper modifications of the audio system, especially in wiring, is among the causes of vehicles catching fire.

JOHOR BAHARU: Improper modifications of the audio system, especially in wiring, is among the causes of vehicles catching fire, said Johor Fire and Rescue Department assistant director (Operations) Mohd Rizal Buang.

He said other vehicle fire cases were caused due to accidents and arson.

Mohd Rizal said to date, there was no case of vehicle fire caused by the petrol tank being filled up.

"There has been no such cases (of vehicles catching fire because the tank is fully loaded with fuel) even in hot temperatures, including in Johor," he said when contacted by Bernama, here, today.

Mohd Rizal said this when asked to comment on the spread of text mesages claiming that vehicle fires could occur if the fuel tank is fully filled.

He said a total of 610 cases of vehicle catching fire were recorded in Johor for the period of last year until yesterday, but none of the cases were found to be due to a fully filled tank.

Mohd Rizal said vehicle owners should be more careful in doing audio or other system modifications because failure can caused sparking which could lead to fire in their vehicles.

However, he said a thorough study should be held by the relevant parties over allegations that filling a petrol tank with fuel can cause vehicle fire.

- Source: Bernama

Proton ambil berat isu Exora terbakar


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.

"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.

"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.

Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. 

- Sumber: Bernama

Hukuman mati: Presiden Brazil tolak kunjungan duta Indonesia

Roussef (gambar) memutuskan untuk menangguhkan pemberian kelayakan untuk duta Indonesia itu. Foto AFP

BRASILIA: Hubungan tegang Brazil dan Indonesia dijangka berterusan apabila dalam episod pertikaian terbaru, Presiden Brazil Dilma Roussef bertegas enggan menerima kunjungan duta baru Indonesia ke negara itu.

Kenyataan dibuat selepas Rousseff menyatakan menyambut baik pelantikan Toto Riyanto dalam satu majlis rasmi. Bagaimanapun Roussef memutuskan untuk menangguhkan pemberian kelayakan untuk duta Indonesia itu.

Hubungan tegang kedua-dua negara dikatakan berpunca daripada tindakan tegas Jakarta terhadap warga Brazil yang didapati bersalah atas dakwaan jenayah berkaitan dadah. Salah sorang darinya adalah Rodrgigo Gularte, yang berdepan hukuman mati.

Selain Gularte, Jakarta juga menghukum mati Marco Archer Cardoso Moreira, yang bersalah menyeludup dadah Januari lalu.

Indonesia yang mempunyai undang-undang ketat atas kesalahan dadah, menolak rayuan akhir yang dikemukakan presiden Brazil. Tindakan itu menyaksikan brazil memanggil pulang dutanya dari Jakarta.

- Sumber: Agensi

Tegar ditipu pengurus baru pula, kini kembali mengemis?

Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan. Foto HLive

KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan.

Umpama terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut naga, Tegar yang pernah ditipu pengurus lamanya, sekali lagi diperlakukan demikian, tetapi oleh pengurus baru dikenali sebagai 'A'.

Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

“Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada pasport.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.

“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.

Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.

“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan.

 -- Sumber: Astro Gempak

Anugerah MeleTop Era 2015: Siapa bakal menang?


Zizan dominasi pencalonan, AC Mizal dan Akim di tangga kedua dengan tiga pencalonan. - Foto Fail

Bagi tahun ini, pelakon, pelawak dan penyanyi Zizan Razak sekali lagi mendominasi pencalonan AME 2015 dengan tercalon dalam lapan kategori.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak tercalon menerusi kategori Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Hos TV MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Infiniti Cinta dan Grup Duo MeleTOP bersama Kaka Azraff.

Manakala Datuk AC Mizal, Datuk Siti Nurhaliza dan Akim Ahmad pula berada di tangga kedua apabila masing-masing tercalon untuk tiga buah kategori.

Anugerah MeleTOP Era 2015 mempertandingkan 18 kategori termasuklah empat kategori baharu iaitu ‘Drama TV MeleTOP’, ‘Hos TV MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Lihat apa kata beberapa selebriti yang dihubungi Astro AWANI harapan mereka dengan pencalonan di AME 2015 ini.

ZIZAN RAZAK

Mendapat lapan pencalonan ini sudah cukup besar buat saya. Saya tidak harap apa-apa cuma terserah kepada rezeki Allah SWT.

Namun saya cukup bangga dan sangat happy bila ramai yang menyokong saya sehingga ke lapan pencalonan.

AC MIZAL

Sebenarnya anugerah ini bergantung kepada peminat. Namun saya berharapkan kepada kemenangan kerana ia menandakan hasil kerja saya dihargai dan dalam masa yang sama dapat membanggakan peminat-peminat saya terutamanya kelab peminat ‘AC Peace Yall Lovers’.

Apa yang penting, menjadi finalis maksudnya saya masih diterima dalam industri ini dan masih bertahan selama 23 tahun sebagai anak seni.

AKIM AHMAD

Semoga saya menang! (ketawa). Terpulang kepada peminat. Apa yang pasti jika kemenangan menjadi milik saya, pujian tersebut harus diberikan kepada peminat kerana itu adalah hasil undian mereka.

Namun saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Kalau Ada rezeki, adalah.

Untuk pencalonan dalam kategori Lagu MeleTOP bagi lagu Mewangi, saya tak merasakan kemenangan di Anugerah Industri Muzik (AIM) lalu adalah tiket untuk menang dalam kategori ini. Namun saya mengaku, lagu tersebut banyak membawa tuah dalam kerjaya saya. Kita tengoklah macam mana nanti.

NEELOFA

Alhamdulillah, tahun ini saya dicalonkan. Kalau nak cakap pasal harapan, tipulah kalau tak nak menang - Astro Gempak.

AMAN AF

Saya tak sangka nama saya akan tercalon untuk Anugerah MeleTOP memandangkan saya masih baru dalam industri ini. Ini umpama langkah kanan dan permulaan dalam karier saya. Menang atau kalah saya tolak tepi kerana itu semua bergantung pada rezeki masing-masing.

Saya tidak ada masalah, kalau lihat senarai pencalonan tu semuanya yang hebat-hebat. Kalau nak kata dari segi persaingan bagi saya ini adalah persaingan yang sihat. Saya tak mahu terlalu fikirkan sangat kerana bagi saya dapat tercalon pun saya rasa cukup bersyukur. - Astro Gempak.

Bertemakan ‘Yang Hit, Yang Legend’, AME akan berlangsung pada 22 Februari ini dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9 malam.

Siaran ini boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

- Sumber: Astro Awani 

Kaca mata unik tanda kehadiran selebriti di AME 2015


Para selebriti begitu sporting mengenakan kaca mata Anugerah MeleTOP Era - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Kehangatan Anugerah MeleTop Era 2015 (AME 2015) yang akan berlangsung pada Ahad semakin dirasai.

Lebih-lebih lagi apabila selebriti terkenal tanah air mula memuat naik beberapa foto mereka memakai kaca mata unik tanda kehadiran mereka pada majlis tersebut dengan hashtag #YESAME2015 di akaun Instagram masing-masing.

Lebih menarik lagi, para selebriti begitu ‘sporting’ mengenakan kaca mata tersebut sambil berselfie dengan gaya mereka tersendiri.

Antaranya ialah Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Amyra Rosli, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Datuk AC Mizal dan Elizabeth Tan.

Saksikan AME 2015 pada Ahad, 22 Februari bermula dengan siaran secara langsung Konsert Tirai Anugerah MeleTOP Era pada jam 8.30 malam diikuti dengan Anugerah MeleTOP Era pada jam 9.00 malam.

Siaran langsung dibawakan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan Astro HITZ.













A photo posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on


A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on
Sumber: Astro Awani

Murid dibuli dua rakan sekolah


SHAH ALAM - Foto seorang murid yang dipercayai mangsa buli dari Pasir Mas, Kelantan telah dimuatnaik dan viral di laman sosial, hari ini.

Foto berkenaan yang dimuatnaik oleh Friends of BN - Barisan Nasional di laman Facebook menarik perhatian dan mengundang kerisauan beberapa pihak terutamanya ibu bapa.

Menurut kenyataan yang disertakan bersama foto tersebut, murid berkenaan, Arif, 10, dibuli oleh dua orang rakan sekelasnya.

Mangsa telah dibawa ke sebuah kelas.

Rambut mangsa kemudian digunting botak sehingga meninggalkan kesan luka.

Pelayar alam Facebook rata-rata melahirkan simpati dan mengecam kejadian tersebut.

- Sumber: Sinar Harian | Februari 17, 2015

Protes tuntut popiah milik Indonesia



JAKARTA - INDONESIA. Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam bagi menegaskan bahawa kuih popiah, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.

Protes 'Save Lunpia' anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.

Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah itu perlu diambil bagi menegaskan bahawa popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia supaya Malaysia tidak mendakwa makanan itu berasal dari negara ini.

"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah (awal) agar (popiah) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (popiah) sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai (popiah) menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah (pencegahan),” katanya.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober 2014 telah menetapkan popiah sebagai warisan budaya nasional.

Katanya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) supaya mengiktiraf popiah sebagai berasal dari Indonesia.

Beliau berkata, popiah diasaskan seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.

Peserta protes itu juga dilaporkan memberikan popiah Semarang kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain dalam laman Twitter beliau semalam turut memaklumkan mengenai protes itu.

"Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lunpia (popiah) Indonesia (daripada) digunakan oleh Malaysia," menurut Zahrain sambil berkongsi gambar protes itu.

- Sumber: Sinar Harian 

Najib sepatutnya tak jawab apa-apa

  • Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak perlu menjawab ketika diajukan soalan mengenai kenyataan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar bahawa dia diarah pihak atasan dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketua Jabatan Komunikasi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, pastinya jawapan ‘mengarut’ yang diberikan Najib mengenai isu itu boleh menimbulkan pelbagai tanggapan.

“Polemik timbul apabila cara Najib jawab seolah-olah ingin mengetepikan persoalan tersebut atau menidakkan kemungkinan tentang perkara itu.

“Secara profesional sepatutnya, Najib jawab pertanyaan itu tidak sesuai ditanya dalam konteks tersebut dan mungkin perlu dijawab dalam keadaan lain atau pada sidang media yang lebih tersusun,” katanya.

Kata Mohd Khairie, pada pandangannya, jawapan Najib ketika itu mungkin reaksi spontan disebabkan beliau tidak bersedia menjawab soalan tersebut.

“Cara Najib jawab, saya letakkan dia dalam konteks keadaan semasa majlis itu yang kurang selesa atau mungkin beliau ingin untuk meneruskan acara atau beredar.

“Walau bagaimanapun, disebabkan ini kes berprofil tinggi, sebagai penganalisis komunikasi saya lihat tidak sesuai Najib mengetepikan pertanyaan tersebut dengan cara demikian,” katanya.

Menurutnya, ini kerana Najib sendiri pernah dikaitkan dengan kes tersebut.

Sementara itu, Mohd Khairie turut menyokong pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa polis tidak seharusnya mengetepikan dakwaan baharu yang diberikan individu yang terlibat dengan kes tersebut.

“Pihak berkuasa termasuk polis, jangan cepat melatah dan dengan mudah mengetepikan semua ini.

“Sewajarnya polis nilai kewajaran dan sejauh mana fakta-fakta itu boleh dikaji, sama ada untuk dibuka semula atau perlu diberi perhatian.

“Bukan dengan cara menolak dengan mudah,” katanya.

Oleh itu kata Mohd Khairie, penting bagi kerajaan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi pencerahan terhadap perkara tersebut.

“Kes ini sedang diperhatikan seluruh dunia. Jadi ada kewajaran Pejabat Peguam Negara boleh berbincang dengan kerajaan dan perlu ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Sekiranya ini tidak dilakukan, persepsi dunia akan beri kesan kurang baik kepada Malaysia walaupun keputusan mahkamah telah diperoleh,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian

Tangan remaja 14 tahun dipotong

  • Tangan remaja 14 tahun dipotong

KEMAMAN - Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak yang dilahirkan dengan sempurna anggota badan, terpaksa dipotong tangannya akibat menghidap barah tulang.

Ibu mangsa, Hanismulizuana Mustaffa, 36, berkata, hatinya sebak ketika doktor memaklumkan tangan kiri anak perempuannya yang berusia 14 tahun, Faradina Che Fauzan terpaksa dipotong bagi mengelakkan virus barah merebak di bahagian tubuh lain.

Bagaimanapun, dia dan suami, Che Fauzan Che Ahmad, 44, reda dengan ketentuan ALLAH SWT setelah dimaklumkan itulah jalan terbaik untuk menyelamatkan anak sulung mereka itu yang mesra dengan panggilan Dina.

“Hanya kepada ALLAH kami berserah dan kami juga sangat bersyukur sebab walaupun keadaannya masih belum stabil selepas pembedahan, namun Dina amat kuat semangat,” katanya.

Tangan kiri membesar

Anak sulung daripada tiga beradik yang tinggal bersama keluarga di Kota Bharu, Kelantan itu diketahui menghidap barah tulang di bahagian tangan kiri selepas mendapat suntikan untuk barah serviks di sekolahnya, iaitu sebuah sekolah agama di Kota Bharu pada Oktober tahun lalu.

Menurut Hanismulizuana, dia dan suami kemudian membawa Dina ke hospital besar Kota Bharu untuk mendapatkan pengesahan setelah tangan kiri anak mereka itu semakin besar dan tidak mampu diangkat.

Katanya, doktor pakar di Unit Jagaan Koronari HUSM Kubang Kerian sehingga kini masih membuat pemantauan rapi terhadap Dina, malah kos ubat bernilai RM12,000 sehari juga di bawah tanggungan pihak hospital kerana pesakit masih pelajar.

“Tangan kiri Dina jadi makin besar dan dia tak mampu angkat tangannya itu. Ketika kami tahu penyakit anak kami ini, ia sudah pada tahap kronik,” katanya ketika menerima kunjungan Puteri Umno Dun Chukai di HUSM, semalam.

Hanismulizuana turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Kemaman yang sangat prihatin dan sudi memberi sumbangan kepada keluarganya.

Puteri Umno Dun Chukai lancar kutipan derma kilat

Sementara itu, bagi meringankan beban Faradina sekeluarga, Puteri Umno Dun Chukai melancarkan kutipan derma kilat dan kemudiannya menyerahkan kutipan pertama berjumlah RM2678.40, semalam.

Ibu saudara mangsa yang juga AJK Puteri Umno Bahagian Kemaman, Harwany Yusof, 34, yang menyerahkan sumbangan itu berkata, wang berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan keluarga itu sepanjang berada di hospital.

Malah, katanya yang juga Pengerusi Kelab Belia Aswari Kemaman, kutipan itu akan diteruskan untuk membantu Faradina sekeluarga dalam menempuh ujian sukar tersebut.

“Daripada kutipan amal tabung kilat Adik Dina, Puteri Umno Dun Chukai dapat mengumpul sebanyak RM2678.40.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Dun Chukai, Pejabat Parlimen Kemaman, Atra Dun Kijal dan warga Kemaman atas derma ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada Penyelaras Puteri Umno Dun Chukai, Norfaizah Sulong dan sukarelawan pergerakan ini kerana membantu sepanjang kutipan berjalan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Menara pencakar langit Dubai, The Torch, terbakar

Sebuah pencakar langit di Dubai terbakar awal pagi tadi. Tiada kematian dilaportkan. - AP Photo/Rhea Saran

DUBAI: Salah satu menara pencakar langit tertinggi dunia, The Torch, terbakar di sini awal pagi tadi.

Kebakaran bermula di tingkat ke-50 pada menara kediaman bangunan itu dan merebak ke tingkat ke-70.

Keadaan diburukkan lagi dengan angin kencang, yang menyebabkan api cepat marak di menara setinggi 336.1 meter itu dan penduduk terpaksa dipindahkan berpindah ke menara bersebelahan.

Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan itu dan berjaya dikawal selepas sejam setengah oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam.

Beratus-ratus penduduk pula dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.

Ini bukan kali pertama bangunan pencakar langit di Dubai terbakar.

Pada tahun 2012, menara 34-Tamweel di daerah Menara Tasik Jumeirah berdekatan terbakar disebabkan oleh putung rokok yang dibuang di dalam tong sampah di bangunan itu.

- Sumber: AFP 

Amalan makan plasenta atau uri kian popular di Amerika Syarikat

Claudia Booker menunjukkan bekas pil uri yang kian menjadi popular di kalangan ibu-ibu di Amerika Syarikat. - AFP PHOTO/BRENDAN SMIALOWSKI

WASHINGTON: Trend kesihatan datang dan pergi, tetapi satu trend yang kian popular di kalangan ibu baharu di Amerika Syarikat adalah untuk makan plasenta atau uri bayi.

Mereka yakin ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menghasilkan susu yang sihat dan menghindari kemurungan selepas bersalin.

Amalan tersebut turut menyebabkan kaum ibu menjauhkan diri dari perubatan moden untuk rawatan semula jadi, atau mengikut trend selebriti Hollywood yang sering mengetengahkan rawatan ‘New Age’ terkini.

Dikenali sebagai "placentophagy," ia memerlukan para ibu untuk makan uri yang kaya dengan zat besi dalam beberapa bentuk: cecair, pepejal atau dimasukkan ke dalam pil.

Sesetengah bidan menggalakkan amalan pemakanan uri untuk ibu juga.

"Uri membantu memulihkan badan anda dengan vitamin, mineral, hormon," kata seorang bidan Claudia Booker kepada AFP.

Untuk $270 (RM984.96) Booker akan memproses organ berkenaan untuk dijadikan pil dan boleh bertahan selama beberapa minggu.

Setakat ini, tiada kajian saintifik tentang bilangan ibu baharu yang mengambil bahagian dalam amalan ini.

Namun amalan ini popular di kalangan selebriti Hollywood termasuk Alicia Silverston dan Januari Jones.

Terdapat juga buku memasak yang mengandungi resipi seperti lasagna dan tqcos yang mengandungi uri.

Amalan ini turut memberikan manfaat emosi.

Seorang ibu Laura Ransom dari Las Vegas, Nevada mengambil pil uri selepas kelahiran anak ketiganya dan berkata ia membantu beliau menguruskan jadual yang sibuk.

"Pil ini memberikan saya tenaga, mengawal emosi saya dan oleh itu saya benar-benar gembira. Ia turut membantu saya untuk menangani beberapa perkara setelah mendapat anak ketiga setelah kita berpindah dan juga sumai saya memulakan kerja baru,” katanya.

- Sumber: Agensi

OneNote for iPad now gets handwriting support


If you use OneNote on the iPad, you've probably wondered by now why the heck you can't just use a pen. After all, the Android tablet added stylus support six months ago, and the Windows version has had this feature since 2003 (a full seven years before the iPad even existed). 

Finally, though, Microsoft is throwing Apple fans a bone: The company just issued an update that allows iPad owners to use the stylus of their choice (or their fingers), complete with 16 ink colors and various onscreen writing implements (marker, highlighter, et cetera).




In addition, Microsoft added optical character recognition (OCR) throughout its entire family of apps, so that if you upload an image with text, those printed words will then become searchable in the application. 

Previously, this feature was only available on OneNote for Windows, but now you can use it on various other devices, including the iPhone, Windows Phones, Macs and, yes, the iPad. 

You can try that out today (Microsoft suggests waiting five minutes after an image upload to do a text-search), and in the coming months the company will also add business support, along with a way to search older images, too.

- Source: Engadget 

Samsung lancar kelas bestari pertama di Malaysia

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua dari kiri) melawat Kelas Bestari ketika hadir pada Majlis Perasmian Samsung Smart Classroom di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas hari ini.

JELI: Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sini adalah sekolah luar bandar pertama yang menerima Kelas Bestari Samsung yang dibangunkan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung, Datuk Roh Jae Yeol, berkata ia juga sejarah buat Samsung kerana pertama kali projek itu diperkenalkan di Malaysia.

"Pelancaran kelas bestari ini adalah sebahagian inisiatif global Samsung yang dilaksanakan di hampir 400 sekolah di 72 negara lain.

"Ia merevolusikan kaedah mengajar tradisional bagi pembangunan pendidikan dan profesional," katanya semasa berucap pada majlis perasmian kelas itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini hari ini.


Turut hadir, Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang.

Roh berkata, SK Ayer Lanas dipilih untuk projek itu bagi merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar.

"Ia disasar untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggunakan teknologi sedia ada dan menambah nilai kepada pendidikan mereka serta memiliki kemahiran penting abad ke-21," katanya.

Beliau berkata, kandungan pendidikannya diselaras dengan silibus sekolah kebangsaan yang memfokus kepada bahasa Malaysia, Inggeris, Sains dan Matematik untuk murid Tahun Enam.

"Ia juga dilengkapi dengan pemantauan keupayaan di mana guru boleh menyelia kemajuan pelajar dalam latihan pembelajaran di samping menyediakan sasaran tambahan melatih.

"Dengan kaedah ini, sekolah boleh mencapai penambahbaikan dan prestasi akademi positif," katanya dan menambah pasukan Samsung akan memantau program itu selama tiga tahun.

Sementara itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, Kelas Bestari Samsung itu akan meningkatkan lagi minat murid untuk belajar dan menjadi berdaya saing, sekali gus mampu melahirkan lebih ramai pelajar pintar.

"Saya percaya kita akan melihat hasilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Banyak negara maju telah menggunakan teknologi seperti ini dalam proses pembelajaran di sekolah.

"Saya berharap lebih ramai syarikat gergasi melabur dalam program seperti ini untuk peningkatan akademik pelajar di Malaysia," katanya.

- Sumber: BERNAMA