Thursday, 2 October 2014

Model terbaharu Proton Iriz, kereta elektrik hasil usaha sama dengan LG Electronics

Proton sedang bekerjasama dengan LG Electronics dalam penghasilan model terbaharu kereta elektrik Proton Iriz.

Kerjasama tersebut dipertontonkan kepada umum melalui akaun Facebook Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato Sri Mustapa Mohamed yang membuat lawatan ke kilang LG di Korea.

Mustapa menghadiri taklimat mengenai kereta elektrik Proton Iriz yang dikatakan boleh dipandu sehingga 240 kilometer dengan hanya sekali cas.

Melalui foto yang dimuat naik, Mustapa juga berkesempatan memandu uji keluaran terbaharu Proton Iriz.


Mustapa ketika sesi memandu uji model terbaharu Proton Iriz. -Facebook Dato Sri Mustapa Mohamed

Beliau bersama-sama dengan jurutera LG berbincang mengenai pelbagai model Proton yang dihasilkan dengan usahasama pihak LG.

Proton Iriz elektrik ini disokong oleh hibrid dan elektrik powertrains.

Difahamkan, kereta elektrik Proton Iriz ini akan berada di pasaran pada hujung tahun depan, namun ia belum disahkan lagi oleh pihak Proton.

Sebelum ini, Parlimen pernah memberitahu bahawa Proton akan perkenalkan kenderaan elektrik pada 2014.

- Sumber: Astro Awani

Kanak-kanak enam tahun maut jatuh dari tingkat 13 di Putrajaya

Megat Arif Hussein Megat Irwan dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil ibunya.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini semalam.

Dalam insiden kira-kira pukul 11 malam itu, Megat Arif Hussein Megat Irwan dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil dan menguruskan ibunya seorang Orang Kelainan Upaya untuk naik ke rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata sebelum kejadian, mangsa bersama ayah serta ibunya baru pulang dari makan malam di kawasan berhampiran.

"Mangsa didukung oleh ayahnya untuk di bawa naik ke rumah kerana beliau sedang tidur manakala ibunya yang menggunakan kerusi roda menunggu di bawah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selepas menghantar dan mengunci rumah, ayah mangsa turun semula ke bawah untuk mengambil ibunya yang lumpuh sebelum dimaklumkan jiran yang menemui mangsa di kawasan bawah perumahan terbabit.

Ayah mangsa terus membawa anaknya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian, katanya.

Katanya hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman kerana terjatuh dari tempat tinggi.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sumber: Bernama

Terima kasih Najib, kata rakyat


Tulisan yang tertera di atas sekeping kad manila di salah sebuah stesen minyak ketika tinjauan Sinar Harian Online. - Foto Sinar Harian oleh Yusrizal Yusuf Ahmad


SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat.

Tinjuan Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.


Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam.

Lewat petang tadi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
- Sumber: Sinar Harian 

Aliff Aziz curi 2 telefon bimbit, bakal dipenjara


Aliff Aziz


PENYANYI kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.

- Sumber: Media Hiburan

Pesona Megan Nicole

Megan Nicole

BAGI pelayar setia laman YouTube, nama Megan Nicole barangkali tidak asing lagi. Bahkan, anda juga barangkali tergolong dalam 2.6 juta pengikut setianya sejak lima tahun lalu.

Maka tidak hairanlah jika Nicole kini menyandang tempat ke-95, daripada 100 individu paling dikenali menerusi laman YouTube. Sedikit latar belakang mengenai pemilik nama sebenar Megan Nicole Flores, berumur 21 tahun, Nicole dilahirkan di Houston, Texas. Anak kepada Tammy dan Frankie Flores ini, sememangnya minat menyanyi sejak usia 10 tahun lagi.

Minat Nicole bermula setelah bapanya membelikan set karaoke buat Nicole dan semenjak itu dia mula menyertai kumpulan nyanyian di gereja dan juga beberapa pertandingan di sekolah.

Pada tahun 2009, Nicole memuat naik video ‘cover’ pertamanya, Use Somebody oleh Kings of Leon. Sejak itu, dia melalui menyanyikan semula lagu-lagu daripada penyanyi terkenal seperti Bruno Mars, Katty Perry, Justin Bieber, Taylor Swift, Selena Gomez, dan ramai lagi.

Tidak terhad sekadar itu sahaja, bakat Nicole turut mendapat perhatian beberapa lagi artis YouTube yang lain dan kemudiannya mengajak Nicole untuk berduet bersama. Pada tahun 2011, Nicole melancarkan lagu original pertamanya, B-e-a-utiful.

Lagu tersebut ditulis oleh Nicole sendiri bersama Lairs Johnston, Stephen Folden, dan Tom Mgrdichian. Lagu tersebut mendapat sambutan hangat sekali gus menaikkan nama Nicole dalam masa singkat.

Pada Ogos 2012, Nicole menandatangani kontrak bersama Bad Boy Records, dan dalam masa sebulan, dia menduduki tangga ke-29 dalam carta Billboard Social 50 selama empat minggu.

Sehingga kini, Nicole sudah mengumpul lebih 2.6 juta pelanggan dan videonya sudah ditonton lebih 500 juta kali.

- Sumber: Sinar Harian

Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, tanah runtuh


Beberapa kawasan di ibu kota ditenggelami air sedalam setengah meter. Sumber: Twitter

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama sejam di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan insiden tanah runtuh yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, ketika warga kota ingin pulang daripada bekerja.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif ketika dihubungi Bernama berkata kawasan Jalan Raja Chulan dan sekitar Dang Wangi di sini dilanda banjir kilat dengan kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam setengah meter.

Katanya kejadian tanah runtuh berlaku pada 5.50 petang di hadapan Kondo Sri Putra Mas, di Jalan Duta Mas di sini yang menutupi separuh jalan, bagaimanapun tiada mangsa terperangkap dalam kejadian itu.

Samsol berkata pihak bomba telah menghubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan jentolak bagi membersihkan tanah runtuh tersebut.

Katanya terdapat juga kejadian pokok tumbang menghempap empat buah kenderaan berdekatan Balai Polis Sentul, di Jalan Ipoh, di sini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, warga media sosial turut kongsi gambar situasi banjir di Kuala Lumpur petang tadi:

Puluhan kenderaan di tenggelami air selepas KL di landa banjir kilat...http://t.co/LSh86n9ZGY....pic.twitter.com/PLw26QnHmo— Ismail Bukit Mas (@ismail_2012) October 1, 2014


Banjir jilat di KLpic.twitter.com/s5ZUvAKfFJ— N I M (@zatymaraai)October 1, 2014


Kalau hujan lama lagi habis la banjir KL nipic.twitter.com/z7ZTByBXlb— azimah halim (@zimhalim)October 1, 2014


Kl banjir lg??peh peh. suboh esok lah sampai rumah.pic.twitter.com/5RB2t69X41— Fara Lyana (@fayaidris)October 1, 2014


KL banjirpic.twitter.com/jQi0uOiFzB— M.Anas (@anasomurad)October 1, 2014

- Sumber: Bernama

Orang awam hilang privasi kerana Google Street View?

Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman petaGoogle Street View telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.

Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View.

Berikut adalah hasil undian pembaca Astro Awani tentang Google Street View: 

Orang awam kehilangan privasi kerana Google Street View
 
 
 
 
 
Total Votes: 2,462




- Sumber: Astro Awani