Sunday, 1 September 2013

Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

 Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

Sumber imej: The Malaysian Insider


29 Ogos, 2013 - Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.

"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.



Sumber

WeChat menjadi pilihan ramai di Malaysia



WeChat

 
WeChat telah menduduki tangga pertama selama enam minggu berturut-turut di takhta aplikasi sosial mudah alih yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.

Setakat ini, ianay telah mencapai kadar penggunaan sebanyak 60% daripada jumlah telefon pintar di negara ini.

“WeChat bukan sahaja aplikasi mesej yang membolehkan kawan sama kawan berkomunikasi diantara satu sama lain, ianya juga membolehkan jenama-jenama besar tempatan berinteraksi terus dengan pelanggan mereka tanpa menggunakan medium yang lain. Kami mempunyai SDK dan API yang boleh digunakan oleh pembangun untuk membangunkan app dengan WeChat.

"Kami di WeChat ingin membina ekosistem yang unik, di mana pelanggan kami boleh melakukan apa sahaja – di dalam satu aplikasi sahaja,” kata Poshu Yeung, Timbalan Presiden, Tencent International Business.

DI Malaysia, WeChat telah bekerjasama dengan jenama seperti Dominos Pizza dan juga melibatkan Lisa Surihani dan juga Shaheizy Sam sebagai duta mereka.

Ini memberikan WeChat kredibiliti apabila berinteraksi bersama orang awan dan juga syarikat-syarikat yang ingin bekerjasama dengan mereka.


Sumber

Foam finger inventor says Miley Cyrus 'degraded an honorable icon'


Singer Miley Cyrus performs "Blurred Lines" during the 2013 MTV Video Music Awards in New York August 25, 2013. REUTERS/Lucas Jackson


LOS ANGELES (TheWrap.com) - The man credited with inventing the foam finger - like the one Miley Cyrus brought to the forefront of national attention at Sunday's MTV Video Music Awards - is not her No. 1 fan.

Iowa native Steve Chmelar, who created the foam finger prototype in 1971 (which Geral Fauss would later go on to mass produce in 1978), said he didn't like his invention's newfound infamy.

"She took an honorable icon that is seen in sporting venues everywhere and degraded it," Chmelar told FoxSports. "Fortunately, the foam finger has been around long enough that it will survive this incident."

"For people who like that kind of entertainment, I'm sure that it met their needs," Chmelar said.
But it's not his entertainment cup of tea: "If I had a choice between Julie Andrews singing 'The Sound of Music' and Miley Cyrus doing 'Can't Stop,' I'd go the Julie Andrews route."

Lisa Katnic, who designed Cyrus' particular spongy digit, was much happier with how everything turned out. She told Yahoo! Music that the prop was designed for an editorial shoot about a year ago, but it never saw the light of day until a brief appearance in Robin Thicke's "Blurred Lines" video, which Katnic styled.

Katnic said she created the exaggerated appendage with several options - French manicured or gold glitter nails, for example - but Cyrus chose the red ones. And, according to Katnic's comments on her Instagram account, Cyrus was such a fan of the finger that she took it home with her.

And Katnic defends Cyrus' controversial antics, saying: "Honestly, of any person I've worked with, she's the nicest, most genuine celebrity I've met ... She's 20 years old, hot and having fun. What college-age person wouldn't?"

Chmelar was less effusive: "As for Miley Cyrus, let's hope she can outlive this event and also survive."

Source

Justin Bieber ‘attacked at club’




Justin Bieber was reportedly attacked by a partygoer in Toronto, Canada.

The 19-year-old singer was at a nightclub with his entourage at around 3am on Saturday morning when he was rushed.

According to TMZ, the altercation occurred when the heartthrob left the VIP area and entered the crowd.

In snaps obtained by the website Justin can be seen looking startled as an attendee charged toward him and tried to yank him to the ground by his top.

However Justin’s crew quickly came to defend him while the star “unleashed a fury of kicks”, writes the publication.

The troublemaker was guided out of the venue by security and the group decided cops weren’t needed at the scene.

But Justin and his friends soon exited the place and the performer may have been grateful for the opportunity to drive home in the city.

Justin is temporarily banned from driving in California, according to a recent report.

He was allegedly pulled over in the Calabasas area at approximately 4.30am on Wednesday morning because he failed to come to a halt at a stop sign in his white Ferrari.

At that time it seems police learnt he is not even allowed to drive in the state.

California residents are required to obtain a valid license within ten days of moving there and finding an address. As Justin bought his home in June, he had broken that rule.

The Canadian crooner is said to have cooperated with law enforcement officers and was cited for both offenses.

He was also reportedly “ordered out of the driver’s seat”, leaving his passenger to get them safely home.

Justin will have to get a valid California license from the Department of Motor Vehicles before he can get back behind the wheel.

© Cover Media


Source

Panas! Lagi 2 Kes Tembak Mati, Walaupun Pihak Polis Jalankan Ops Cantas


Anggota polis memeriksa lokasi seorang lelaki dipercayai bekas anggota TUDM berusia 35 tahun maut ditembak berdekatan kedai makan bapanya di Taman Rishah , Ipoh kira-kira 7.30 pagi.


IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa.

"Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan.

"Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-       -       -       -       -       -       -       -       -       -       -       -

Seorang lagi diTembak mati ketika sembahyang

Nusajaya: Seorang bekas tahanan ordinan darurat (EO) yang bersembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini, maut selepas ditembak lebih 10 das dari jarak dekat, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, K Jaganathan, 37, (gambar) disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa didatangi dua lelaki yang datang ke kuil itu menaiki sebuah motosikal.“Suspek terus meluru ke arah mangsa yang bersembahyang sebelum melepaskan tembakan. Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian berlaku dengan pantas,” katanya di sini, semalam.

Menurut Noor Hashim, hasil siasatan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan pada hari sama. “Sehubungan itu, polis kini memburu dua suspek dan individu yang terbabit dalam kejadian itu

Semakan juga mendapati mangsa yang maut turut mempunyai lebih tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan berat dan pernah ditahan di sebagai EO di Penjara Simpang Renggam selama dua tahun,” katanya.

Noor Hashim berkata, siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan mana-mana geng kongsi gelap.

“Kita akan lakukan siasatan secara terperinci mengenai kejadian itu, terutama bagi mengenal pasti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.Sementara itu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya menemui 14 kelongsong peluru di lokasi kejadian membabitkan mangsa yang juga penternak lembu.

Sumber polis berkata, semua kelongsong peluru itu dihantar ke makmal untuk pemeriksaan. “Tembakan dilepaskan seorang daripada dua penjenayah dan kami masih menyiasat jenis senjata digunakan,” katanya. Menurut sumber, siasatan awal mendapati sedas tembakan dilepaskan terhadap mangsa dari belakang sebelum beberapa das lagi dari depan apabila mangsa tumbang.

“Penjenayah melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC dan setakat jam 4 petang semalam, tiada tangkapan dibuat,” katanya.


Source

Pasangan khalwat rayu gambar tidak dirakam


 

 
[SH] BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.
 
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.
 
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.
 
Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.
 
“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.
 
“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.
 
Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.
 
Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.
 
Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.