Sunday, 15 December 2013

Skype brings picture in picture video calls to Android tablets



For Skype's latest Android update, the company turned to an unlikely source of inspiration: parent company Microsoft's Windows 8.1 OS. Specifically, the Skype team wanted to achieve a Snap View-like feature for Android tablet users and that's just what's rolling out to users today.

The new picture-in-picture option allows callers to continue browsing the web, reading email or even playing Candy Crush on their slates while they video chat away. A new pinch to browse alphabetically feature has also been bundled into the update, making it far easier to locate contacts without endlessly scrolling through a list.

Existing Skype users should see the update hitting their Android devices soon though, take note, smartphone users will only benefit from included stability and bug fixes.


Engadget

The best tablet deals of the week

Tablets may not be on your shopping list this holiday season, but there are a few tempting specials that may make you reconsider. This year's Nexus 7 model sees a $50 price cut with three other options for slate-style media consumption to help avoid annoying relatives in a couple weeks. Be sure to visit our product database to monitor prices on these gadgets and more as they move around. Join us and add the gadgets you're shopping for to your "Want" list; every time there's a price cut, you'll get an email alert!



Nexus 7 (2013)
Price: $179 (regularly: $229)
Buy: Office Depot

Google's 7-inch slate has had the attention of the Android faithful since its arrival a few months back. Unskinned Android and solid performance earned the tablet a 91 Engadget Global Score. And the device just got an update to 4.4.2, bringing all KitKat's features.



ASUS Transformer Pad Infinity (TF701T)
Price: $400 (regularly: $450)
Buy: Amazon

We first caught a glimpse of the Transformer Pad Infinity back in June, and our editors were immediately smitten with the tablet's crisp 299 PPI display for viewing Android apps. Once more, a current-gen slate has nabbed a $50 discount -- in case the recipient craves the freshest tech.




Barnes & Noble Nook HD+
Price: $149 (regularly: $269)
Buy: Office Depot

Shopping for someone special who isn't concerned with the latest and greatest but is after a reading device with a bit more to offer? The Nook HD+ is worth a look, especially at this price. In addition to sorting that personal library, apps from Google Play are available on-screen as well.



Samsung Galaxy Tab 2 7.0
Price: $130 (regularly: $250)
Buy: MacMall

For those after a smaller slate, the Galaxy Tab 2 7.0 's price tag is now checking in at a 90-day low. Reliable performance and solid battery life are in play for all of those Android-powered exploits. However, you'll want to keep in mind that Samsung has discontinued this particular model.


Source: Engadget 

Peranti cincin pintar (smart ring)

Smarty Ring
Smarty Ring


SEORANG jurutera dari Chennai, India, Ashok Kumar mengilhamkan sebuah peranti berteknologi tinggi dipanggil cincin pintar atau Smarty Ring.

Cincin keluli tahan karat ini boleh dihubungkan pada telefon pintar melalui Bluetooth dengan menggunakan aplikasi khusus.

Kumar berkata, cincin ini dilengkapi skrin LED boleh memberi isyarat terhadap, panggilan telefon, emel, faks dan boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh.

“Ia boleh berhubung dengan peranti Android atau IOS. Kini, anda lebih bebas tanpa perlu memegang telefon sepanjang masa,” katanya, dipetik dari laporan DailyMail.

Menurutnya, jangka hayat cincin ini mampu bertahan 24 jam selepas dicas dan bakal berada di pasaran April tahun depan pada harga 167 pound (RM880).


Sinar Harian

Upah bunuh isteri kerana ingin nikah lagi

MUMBAI - INDIA. Hanya kerana gagal mendapat kebenaran untuk berkahwin seorang lagi, seorang lelaki sanggup mengupah dua lelaki membunuh isterinya.

Lelaki yang berasal dari Arab Saudi yang dikenali sebagai Samir Shaikh dikatakan telah mengupah Ismail Sheikh,28 dan Jamir Shaikh, 19 untuk melakukan jenayah itu.

Pada siasatan awal, polis hanya mengesyaki Samir tetapi akhirnya membawa kepada penglibatan Ismail dan Jamir.

Sebaik diberkas, kedua-duanya mengaku melakukan jenayah itu.

Menurut Pegawai Penyiasat Kanan Polis Mumbai, Inspektor Mankhurd SG Rajput, Ismail telah membuat pinjaman wang daripada suami mangsa sebanyak Rs10,000 (RM520).

"Suspek (Ismail) berkata, Samir telah mengambil pasport dan dokumen peribadi lain sebagai jaminan dan berjanji untuk mengembalikannya selepas kerjanya selesai.

“Ismail juga mendakwa, Samir akan melunaskan hutangnya sekiranya dia membunuh isterinya, Sufiya dan berjanji membayar upah Rs35,000 (RM1,800) untuk pembunuhan itu.

"Ismail berkata, dia bertemu Samir ketika lelaki itu pertama kali datang dari Arab Saudi sebulan setengah yang lalu .

“Samir meminta tolong kepadanya untuk menghapuskan Sufiya . Tarikan kepada tawaran ini bukan hanya kepada pengecualian daripada melunaskan pinjaman, tetapi juga wang upah, " kata Rajput.

Dalam kejadian pagi Selasa lalu, sebaik anak lelaki Sufiya yang berusia 14 tahun pergi ke sekolah, Ismail dan Jamir pergi ke tingkat lima rumah pangsa mangsa di Lallubhai Compound.

Lebih menyedihkan, sebaik ditikam beberapa kali di badan mangsa, Ismail kemudiannya membakar wanita yang berusia 35 tahun itu.

Selepas membunuh mangsa, kedua-dua suspek segera meninggalkan lokasi jenayah.

Namun, hasil siasatan, polis mendapati terdapat beberapa rekod panggilan telah dibuat suspek kepada mangsa pada hari kejadian.

Ismail dilaporkan menghubungi Sufiya dan datang melawatnya kira-kira tiga atau empat kali sebelum ini.

Sinar Harian 

Che Ta bagaikan permaisuri

Rozita Che Wan

SELEPAS hampir 10 tahun hidup tanpa suami, kini Rozita Che Wan, 40 kembali meniti bahagia bersama insan dicintainya, Zain Saidin, 29. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja dengan perkahwinan mereka.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila mereka kini telah disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama padan ini diraikan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ala New York Glamour yang bertemakan Sex In The City.

Dihoskan oleh Datuk Mahadzir Lokman majlis ini turut dihadiri oleh saudara-mara kedua mempelai, sahabat handai dan tetamu yang terdiri daripada VIP, para artis, media cetak dan elektronik serta blogger.

Mendapat jolokan ‘Wedding of the Year’, perkahwinan Che Ta diibaratkan seperti kisah pementasan yang penuh gilang-gemilang bagi penyatuan dua hati bermula jam 8.30 malam, malam kelmarin.

Suasana dewan pameran di Setia City Convention Centre bertukar menjadi segar lagi mewah ditambah pula hiasan bunga-bungaan memenuhi segenap ruang dewan.

Che Ta, yang mengenakan gaun glamor dengan perincian butiran kristal dan warna emas, rekaan Muhammad Abharuddin Aziz (Qudyn) tampil memukau dengan gimik kepulan asap (smoke machine), menantikan Zain untuk bersama-sama ke singgahsana.

Lebih romantis apabila resepsi indah mereka diiringi lagu Cinta Sesungguhnya, nyanyian Sabhi Sadhi yang juga merupakan lagu kegemaran mereka.

Tidak menunggu lama, kedua mempelai kemudiannya duduk di singgahsana khas rekaan Nasrul Nasrudin dari NAS Great Idea, yang bernilai RM200,000.

Bagaikan raja dan permaisuri Che Ta dan Zain turut merakam momen indah di singgahsana paling mahal dalam sejarah perkahwinan selebriti.

Majlis kemudiannya menyaksikan kedua pasangan mempelai menikmati makan beradap di ruangan ‘Sweetheart Castle’ yang berkonsepkan ‘candle light dinner’.

Semasa makan beradap, hos menjemput penyanyi Fazli Zainal untuk menyanyikan tiga buah lagu.

Apa yang menariknya, semasa lagu kedua nyanyian Fazli menerusi lagu popular Marc Anthony, iaitu My Baby You, kedua pasangan ini sentiasa berbalas pandangan semasa lagu ini didendangkan. Jelas lagi tersebut berjaya memperlihatkan elemen kasih sayang yang di antara kedua mempelai.

Kemudiannya, penyanyi Ayu iaitu Finalis One In A Million itu, telah menyanyikan dua buah lagu iaitu dendangan Christina Perri, A Thausand Years, dan lagu yang dipopularkan oleh Whitney Houstan iaitu I will Always Love You untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Tepat jam 9.30 malam, tetamu dapat menyaksikan persalinan kedua Che Ta dengan rekaan pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini (RR).

Che Ta kelihatan sungguh anggun dengan persalinan gaun kuning ‘mustard’ kelihatan seperti ‘ball-gown’ yang mempunyai butiran kristal penuh di bahagian pinggang dengan menggunakan 40 meter fabrik Italian Tulle. Manakala Zain pula segak menggayakan rekaan Taufik Tailor.

Pakaian sedondon ini sesuai dengan upacara memotong kek white coklat macademia dihiasi replika Eifel Tower sebagai mercu tanda percintaan mereka.

Replika angsa, menu khas

Turut menarik perhatian ialah replika angsa yang bergantungan dihiasi bunga-bungaan yang berjurai menyamai konsep 'Twilight' di malam nikah kedua-dua mempelai ini di setiap meja tetamu termasuk kenamaan.

Kenamaan yang duduk di meja utama itu turut dihidangkan dengan 9 menu khas yang dinamakan dari rancangan kedua selebriti ini seperti Nasi Primadona, Oh My Ayam Masak Merah, Daging Masak Kuzi Rania, Pajeri Nenas Kiah, Dalca Sayur Master Chef, Krim Karamel Sayang, Buahan Campuran dan Air Kordial Backcurrant Sunquick.

Antara kenamaan yang hadir ialah Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid, Penerbit drama terkenal, Pena Creative Sdn Bhd, Datin Ziela Jalil.

Artis yang turut bersama memeriahkan majlis termasuklah Izara Aisyah, Dafi, Ziana Zain, Tasha Shila, Michael Ang, Azza Elite dengan pembantu hos iaitu Mazlan Pet-pet.

Peluang bergambar

Tepat jam 10.30 malam, tetamu diminta beratur untuk menemui raja sehari ini dan bergambar untuk mengabadikan momen indah mereka. Sasha adalah orang pertama yang memberi penghargaan itu sebelum diikuti oleh keluarga, dan saudara mara sebelah Che Ta dan Zain.

Seramai 30 media yang hadir diikuti dari media elektronik, cetak dan blogger yang terbabit bagi menjayakan majlis persandingan malam ini, turut sama bergambar kenangan.


Sinar Harian 

Gadis ini mampu 'tilik' masa depan?

Revalina S Temat

SESUATU yang tidak diduga orang ramai bahawa artis seberang ini mempunyai kemahiran menilik masa depan seseorang dengan lukisan.

Sebelum ini Revalina sering kali menghasilkan lukisan masa depan dan mampu membaca fikiran seseorang.

“Tepat sekali, namun gadis yang memiliki kemampuan itu adalah Dewi, watak yang saya bawa dalam filem pendek ‘Gadis Indigo’ kata Revalina membuka rahsia.

“Dalam filem tersebut, Dewi mempunyai kemampuan untuk membaca masa depan seorang melalui lukisan tangannya. Akan tetapi Dewi tidak mampu untuk menilik masa depannya,” katanya.

Filem pendek yang diarahkan oleh lima pengarah muda seperti Reza Rahaadian, Asmirandah, Monty Tiwa, Adhyatmika dan Donny Alamsyah bakal menemui peminat pada 12 Disember.


Sinar Harian

Henti sebar gambar patung haji, hajah

Henti sebar gambar patung haji, hajah
Patung yang didakwa diberi gelaran haji dan hajah yang tersebar di laman sosial.


IPOH – Perkongsian sebuah gambar patung berhala menyerupai imej warak di laman sosial menggemparkan masyarakat Islam, semalam.

Gambar patung lelaki berkopiah dan wanita bertudung yang diperoleh daripada Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official itu dikatakan diletakkan di sebuah lokasi di Lumut tanpa adanya perincian lokasi sebenar dinyatakan.

Laporan portal www.ismaweb.net dipetik berkata, peletakan patung berimej sedemikian didakwa bertujuan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Melayu.

Pasangan patung yang turut diberi gelaran ‘haji’ dan ‘hajah’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang rata-ratanya mahu siasatan lanjut dibuat bagi mengesahkan kesahihannya.

Kerajaan negeri menggesa mana-mana pihak menghentikan segera sebarang perbuatan yang boleh mengundang kekeruhan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara ini.

Exco Pendidikan Islam, Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menyentuh nilai sensitiviti serta budaya masyarakat.

Malah menurutnya, perkara berkenaan juga bakal mencetuskan nilai persepsi atau dari segi nilaian agama itu sendiri.

“Berhati-hatilah dalam perkara seperti ini, sebaran dan perkongsian sesuatu yang belum tentu kesahihannya hanya akan mengundang kemarahan rakyat, jadi jangan dimuat turun secara sewenangnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut memaklumkan, sedia untuk menyiasat sekiranya dakwaan gambar itu benar wujud.

Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang aduan diterima berhubung kewujudan patung berkenaan, malah maklumat patung itu turut diketahui melalui internet, semalam.

“Jika betul ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama akan sedia siasat, Cuma kita khuatir jika ia tidak benar dan disebarkan atas maksud tertentu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar Lumut mendapati, rata-rata penduduk di sana tidak pernah melihat patung seumpama itu di mana-mana tokong di situ.Malah, ada antaranya memaklumkan, baru pertama kali melihat patung seumpama itu di internet.

Seorang penduduk, Ling Chin Tong, 50, berkata, dia tidak pernah melihat patung berpakaian seumpama itu seumur hidupnya.

“Saya memang tidak pernah melihat patung yang memakai kopiah dan tudung seperti di dalam gambar ini, saya tahu pun setelah melihat gambar yang ditunjukkan ini,” katanya.

Chin Tong berkata, selama ini, dia hanya melihat patung biasa (tanpa bertudung dan berkopiah) yang sering digunakan penganut agama itu untuk ditempatkan di rumah ibadat.

“Jika patung seumpama ini memang saya tidak pernah lihat,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Yew Kong Tung, 47.

Kong Tung berkata, agak mustahil patung sedemikian ditempatkan di rumah ibadat mereka kerana semua masyarakat maklum ia menggambarkan imej Islam.

“Ia dilihat seperti agak pelik dan seolah-olah tidak wujud, saya pergi ke mana-mana pun tidak pernah melihat patung seperti itu,” katanya.

Bagi Hong Chi Ping, 27, pula, patung dalam kepercayaan agama Buddha dianggap sebagai dewa.

“Patung itu dipuja untuk mendapatkan kebaikan, namun saya tidak pernah melihat ia dipakaikan dengan kopiah dan tudung kerana kebiasaannya ia dibuat rambut sahaja,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Haslinda Daud, 26, turut mengakui tidak pernah melihat patung sedemikian dan hanya mengetahui perkara itu di dalam internet.

Sebagai penduduk tempatan katanya, dia juga tidak mengetahui sama ada patung itu wujud atau tidak.

“Dalam laman sesawang semua orang bercerita mengenainya, jadi saya dapat maklumat pun dari situ.

“Saya sendiri tidak tahu sama ada ianya wujud atau tidak. Siasatan harus dilakukan supaya isu berkenaan mendapat penyelesaian terbaik,” katanya.

Reaksi sama diluahkan Muhaiyudin Yusof, 31, yang mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak, timbul isu lain yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum.

“Perkara berkaitan Islam tidak seharusnya dijadikan permainan kerana ia melibatkan agama, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengetahui sama ada ianya benar-benar wujud atau tidak kerana kita tidak mahu timbul isu lain pula selepas ini,” katanya.

Sumber

Pingat emas hadiah perkahwinan

Sukan SEA 2013
Sukan SEA 2013

PESILAT negara, Mohd Al-Jufferi Jamari menyifatkan kejayaannya meraih pingat emas di temasya Sukan SEA ke-27 hari ini sebagai hadiah perkahwinannya pertengahan tahun depan dengan bakal isterinya Noorhafiezah Matasuki, pesilat dari Selangor.

Mohd Al-Jufferi yang berasal dari Kuantan, Pahang itu memperolehi kemenangan mutlak secara TKO 'Technical Knockout' selepas merebahkan pesilat dari Vietnam, Dang Toan Thang hanya dalam masa 1:25' pada aksi akhir Kelas E Putra (Kategori berat badan 65-70kg) di Stadium Tertutup Zayer Thiri dekat sini.

Pingat gangsa bagi acara itu dimenangi bersama pesilat Myanmar, Kyaw Swar Win dan Somkid Rakjun dari Thailand.

Manakala nasib berbeza menimpa pesilat senior negara, Ahmad Shahril Zailudin yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-5 dalam kiraan mata kepada pesilat tuan rumah, Kyaw Naing Tun pada acara akhir kelas D Putra (Kategori berat badan 60-65kg).

Pingat gangsa bagi acara itu milik bersama pesilat Indonesia, Sapto Purnomo dan Sakdo Omkaeo, Thailand.

Penyandang gelaran juara acara yang sama pada Sukan SEA Indonesia 2011 itu berkata pada mulanya beliau rasa agak tertekan apabila berdepan dengan pesilat senior namun rezeki perlawanan banyak menyebelahinya.

"Saya mengguna teknik menangkis serangan dengan mengguna kaki menyebabkan bahagian lutut lawan cedera," katanya.

Mohd Al-Jufferi berkata beliau pernah bertemu lawannya sebanyak dua kali sebelum ini termasuk ketika beraksi di Sukan SEA Indonesia 2011.

Sementara itu, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut mengucapkan tahniah kepada pesilat negara kerana mereka telah berjaya menyumbang dua pingat emas pada hari penutup tirai acara silat.

Mohd Ali berharap sumbangan dua pingat emas itu dapat membantu kontinjen negara mencapai sasaran 40 pingat emas seperti yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pingat emas pertama skuad silat negara disumbangkan Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan dalam acara ganda putri.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Timbalan Presiden Myanmar, Dr.Sai Mauk Kham. -- Bernama

Chong Wei raih gelaran keempat

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa beliau masih sukar digugat apabila berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat pada Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir 2013, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia hanya mengambil masa 32 minit untuk menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugarto 21-10 dan 21-12 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Sebelum ini, Chong Wei menjuarai Siri Super Akhir sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

Kemenangan ini juga adalah kejuaraan ketujuh buat Chong Wei pada tahun ini selepas menjuarai Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.


Sinar Harian

Selamat bersemadi Nelson Mandela



QUNU : Tembakan meriam 21 das dan penghormatan negara mengiringi keranda pejuang anti Aparhteid Nelson Mandela yang berlangsung pada Ahad.

Mandela dikebumikan di kampung halamannya, Qunu di mana mendiang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di sana.

Khemah yang dibina khas menempatkan lebih 4,500 tetamu yang hadir termasuk balu mendiang, Graca Machel, bekas isteri Winnie Madikizela yang duduk di sebelah Presiden Jacob Zuma.

Dibalut bendera Afrika Selatan, keranda Mandela diletakkan di atas kulit lembu dan dikelilingi 95 lilin yang merupakan simbol 95 tahun usianya yang luar biasa, dari seorang banduan kepada seorang presiden.

Turut hadir ke acara tersebut termasuk Putera Charles dan personaliti televisyen terkenal, Oprah Winfrey.

Upacara tersebut disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.


ASTRO Awani 

Tambang bas sekolah naik 40% mulai 1 Jan jika SPAD tidak umum kadar baru

Tambang bas sekolah naik 40% mulai 1 Jan jika SPAD tidak umum kadar baru

MUAR:  Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% mulai 1 Januari 2014 jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.

Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, ini kerana lebih 10,000 bas sekolah yang berada di bawah persekutuan itu sudah tidak dapat menampung peningkatan kos operasi dan sekiranya perkhidmatan diteruskan mereka akan menanggung rugi.

Pada 26 November lalu, pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya akan memperhalusi permohonan tersebut kerana setiap keputusan yang akan diambil adalah melihat kepada kepentingan semua pihak.

Syed Hamid berkata, tidak semudah itu untuk pihaknya meluluskan kenaikan tambang bas sekolah kerana jumlah yang diminta bukan kecil serta mungkin tidak dipersetujui pihak lain dan pengusaha bas sekolah sebelum ini mengenakan bayaran kepada pelanggan mereka lebih daripada apa yang telah dipersetujui bersama SPAD.

Kata Syed Hamid lagi, mereka berani melakukan perkara tersebut kerana tahu perkhidmatan bas sekolah merupakan satu keperluan setiap ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah dan keadaan itu membuatkannya tidak ada pilihan lain.

Amali Munif berkata, PPPBSM dimaklumkan pihak SPAD bahawa permohonan sebelum ini masih dalam peringkat kajian dan sekiranya kadar 40 peratus itu tidak diluluskan berkemungkinan banyak pengusaha bas akan menghentikan operasinya.

Selain masalah itu katanya, PPPBSM juga berdepan dengan syarat yang ditetapkan kerajaan supaya bas sekolah melebihi usia 30 tahun tidak dibenarkan lagi beroperasi atas faktor keselamatan.

Beliau memberitahu, terdapat 3,000 bas di bawah PPPBSM sudah melebihi usia 30 tahun dan walapun dalam bajet 2013 kerajaan meluluskan skim penggantian bas sekolah SPAD melalui pemberian rebat RM10,000, tawaran itu tidak dapat menyelesaikan masalah.

Menurutnya, klasifisasi bas melebihi 30 tahun sudah tidak selamat digunakan agak kurang tepat kerana keadaan bas sekolah bergantung penggunaan, penyelenggaraan dan model kenderaan itu.


Astro Awani

36-0: Skuad hoki wanita Malaysia cipta rekod dunia di Sukan SEA


Skuad hoki wanita negara mencipta rekod dunia dengan menjaringkan gol sebanyak 36-0 dalam pertemuan dengan Kemboja pada perlawanan pusingan awal Temasya Sukan Sea ke-27. -- fotoBERNAMA



YANGON: Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini Sabtu.

Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang oleh Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.

Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.

Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').

Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').

Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur (23'), Raja Norsharina Raja Shabuddin (18'), Surizan Awang Noh (52') dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70.

Pasukan negara turut menerima satu gol menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja.

Jurulatih negara Mohd Nasihin Nublin Ibrahim berkata kemenangan besar skuad negara itu merupakan satu kejutan dan pemanas badan sebelum menentang Singapura, Thailand dan Indonesia pada perlawanan seterusnya.

"Saya tahu skuad akan menang tetapi tidak menjangka dengan kemenangan sebesar ini...mereka perlu mengekalkan permainan yang mudah dan pantas pada perlawanan seterusnya nanti," katanya.

Selepas ini skuad negara, selaku juara bertahan akan menentang Singapura pada Isnin ini kemudian Thailand, pada hari berikutnya dan melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Indonesia, Khamis ini.

Siti Nurhaliza jadi nenek


Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza


DATUK Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, telah pun selamat menimang cucu pertama mereka, pada Khamis lalu.

Berita itu telah dikongsikan oleh besan mereka, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin menerusi laman Twitter beliau.

Diberi nama Ayden, bayi tersebut merupakan hasil perkahwinan anak mereka, Anas Zawawi dan Nasha Alyssa pada Disember tahun lalu.

Apa pun, tahniah kepada Siti yang sudah bergelar nenek!


Sinar Harian

Aidil Zafuan temui cinta baharu

Aidil Zafuan
Aidil Zafuan bersama teman barunya, Zarema Zaina.l - Foto ihsan Media Hiburan


BEKAS suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.

Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan bakal mengahwini anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.

“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut. Namun setelah dipujuk, Aidil sudi memberikan sedikit komennya.

“Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.


Sinar Harian

Pemuda mati lemas, rakan selamat


KUANTAN – Dua rakan yang tenggelam dibawa arus deras ketika turun ke muara Sungai Seberang Balok dekat sini, petang kelmarin berjaya diselamatkan orang awam.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka, Mohd Saufi Yunus, 19 disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Balok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa bersama rakan berusia 40 tahun dipercayai turun ke sungai itu kira-kira jam 5 petang sebelum kedua-duanya tenggelam dibawa arus air deras.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala rakannya yang terselamat turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Hasil laporan pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada sekiranya mahu turun ke laut atau sungai berikutan cuaca kini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti di kawasan terbabit.


Sinar Harian 

Menggerunkan! Bas terbang tembus kedai

Bas terbang tembus kedai
Separuh bas yang menembusi dinding sebuah kedai di Jalan Pudu.


KUALA LUMPUR - “Bas yang dipandu sangat laju sejak mula-mula saya naik. Terasa melayang-layang macam mahu terbang.”

Adu seorang penumpang sebuah bas Rapid yang terbabas sebelum menghentam dan menembusi bangunan kedai menjual pam air dan alat-alat jentera di Jalan Pudu, lewat petang hari ini.

Separuh dari bas berkenaan berada di bahagian dalam bangunan kedai itu mengakibatkan bahagian hadapan bas remuk.

Misari Nisar, 24, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk bahagian belakang bas.

Katanya, kejadian berlaku terlalu pantas, namun apa yang dia ingat, bas bergerak terlalu laju.

“Ada penumpang yang menjerit supaya bas diperlahankan tapi masa itu bas sudah ‘terbang’ ke seberang jalan. Saya terhantuk ke hadapan dan terjelepok di bawah tempat duduk hadapan, kemudian pengsan.

“Barangan peribadi saya termasuk beg, dompet dan telefon bimbit hilang sebaik saya sedar,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, seramai kira-kira 20 penumpang berada dalam bas berkenaan.

Bas berkenaan datang dari Jalan Imbi ke Jalan Pudu menuju ke arah Jalan Cheras terbabas di laluan bertentangan dan menghentam bangunan kedai terbabit.

Sumber bomba berkata, terdapat tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas dan dua wanita berusia 40-an cedera ringan dalam kejadian itu dan diberi rawatan segera oleh ambulans yang tiba.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Lim Ho Peng, 66, berkata, ketika kejadian kedainya telah tutup daripada beroperasi.

Dia yang berada di bangunan bersebelahan terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dari arah kedainya.

“Kedai sudah tutup dari jam 5.30 petang, tapi saya belum balik dan terdengar bunyi dentuman kuat.

“Bila saya tengok rupa-rupanya sebuah bas menghentam kedai. Banyak alat jentera untuk jualan dan pameran rosak, dirempuh bas termasuk dihempap batu dinding kedai,” katanya.

Difahamkan peralatan pam air dan alat-alat jentera yang musnah bernilai RM500 hingga RM50,000 setiap satu namun jumlah kerugian belum dikenal pasti.

Sinar Harian