Monday, 16 September 2013

Mayat Chin Peng tidak dibenar dibawa pulang ke Malaysia

Mayat Chin Peng tidak dibenar dibawa pulang ke Malaysia - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.

"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand," kata Najib yang berada di sini sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Okt, 1924.

Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.

"Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya.

Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak. - BERNAMA 

2013 Ford Fiesta facelift – 1.5 Ti-VCT Sport to be launched on Sept 28

ford fiesta fl 05

The 2013 Ford Fiesta facelift will be officially launched in Malaysia on September 28, nearly three years since the car made its debut in the country. The new Fiesta will be introduced here in a solitary 1.5 litre Ti-VCT guise, but the Sport won’t be the only variant in the model line-up for long.

By December, the much-anticipated 1.0 EcoBoost variant should be making its way into the showrooms – the hatch is likely to get its Malaysian premiere at the Kuala Lumpur International Motor Show 2013 in November. A sedan form for the facelift is there, but whether that will appear alongside the hatch at point of launch remains to be seen.

The Fiesta facelift, first seen at a Go Further event in Amsterdam in September last year, made itsASEAN debut at the Bangkok Motor Show back in March this year – the car made a teaser appearance on press day, which was also when the 1.0 EcoBoost mill was announced as destined for the region.

Its exterior has a revised front end, with the by-now familiar Aston Martin-esque grille and a new bonnet replete with a power dome. New design headlamps feature as well, though they are still complex surface reflector units (at least in the case of the 1.5). No DRLs incorporated either, by the looks of it.

ford fiesta fl 03

The main mechanical change is the switch from the 120 PS and 152 Nm 1.6 litre Twin Independent Variable Camshaft Timing unit to the 1.5 litre Ti-VCT unit that debuted on the pre-facelift Fiesta in Thailand last year. The displacement revision came about in getting the Fiesta compliant with Thailand’s first-car progamme, which allowed first-time car buyers to deduct excise tax paid for the purchase of the car from their personal income tax.

The 1.5 litre Duratec mill, with 111 PS (109 hp) at 6,300 rpm and 140 Nm at 4,400 for output numbers, continues on with the familiar six-speed PowerShift transmission. Meanwhile, no revision to the braking system, with the familiar front disc/rear drum combi being retained.

Aside from that, the new Fiesta features plenty of added kit and bits – the PowerShift dual-clutch gearbox finally gets a manual override, though still no paddles to be found; you’ll have to make do with the SelectShift buttons located on the gearknob, as seen on the third-gen Focus.

The air-conditioning is now a fully automatic climate control unit (albeit single zone), and new to the car are automatic headlamps, a rain sensor/auto wiper system, full keyless entry and push-button start, all fitted as standard for the 1.5 Sport. Good value, when you consider that for the Australian market these items are all bagged under an optional Sport Executive Pack for that market’s destined 1.0 EcoBoost Fiesta Sport variant.


ford fiesta fl 02

The entire presentation has also been refined – the new car gets partial leather/fabric combination seats, and the silver for the trim panel found on the centre console stack (and instrument binnacle housing) in the current car has been replaced by gloss black. Silver has been retained for the steering wheel boss accent, but now resembles polished metal.

The six-speaker audio system from the current Fiesta has been retained for the 1.5, with the same layout interface panel to be seen, but Ford SYNC now goes on – the in-car connectivity system that connects mobile devices to the car via Bluetooth or USB had its regional introduction in the Focus last year.

The 1.5 litre doesn’t get a 4.2-inch TFT screen full colour display (might be the 1.0 EcoBoost variant will), but the display lettering is now presented in blue instead of orange.

No word on how many airbags the 1.5 will have, but the Australian market examples (Ambiente and Trend versions) feature seven. Given that the existing Fiesta sedan has seven airbags (the limited-run Beta and XTR hatch and outgoing 1.4 LX manual had it too), it would be logical to expect that the 1.5 should have the same number too. For certain, the 1.0 EcoBoost should have the full run.


ford-fiesta-mc-10

As for wheels, that on the 1.5 litre Ti-VCT may look familiar – the 15-spoke design is identical to that seen on the current sedan, which are 15-inch units. Some info suggests that the multi-spoke alloys for the 1.5 are 16-inch units, but this is unlikely to be the case; if they’re 15-inchers, then they should be wrapped with 185/55 tyres.

Some final notes. Australia is also scheduled to get the 120 PS and 170 Nm three-cylinder 1.0 EcoBoost variant in December, and for that market the car will be available in five-speed manual transmission as standard, with the six-speed PowerShift dual-clutch transmission as an option.

We’d ventured in an earlier report that the 1.0 EcoBoost isn’t making its debut at the same time as the 1.5, because the 2012 and 2013 International Engine of The Year is only available with a manual transmission at the moment, and the six-speed Powershift automatic gearbox for the engine in a Fiesta is only scheduled to be ready near the end of the year.

A quick word on the Fiesta ST as well, since we’re on the topic – the plans to get the pocket rocket in now look quite definite, but looks like that won’t arrive in Malaysia this year as earlier presumed. It’s coming in 2014 though, before the first half is out, from what we hear.


Source

Pencetak 3D boleh jadi ancaman kepada keselamatan

Pencetak 3D boleh jadi ancaman kepada keselamatan - Zaman Khan

Pencetak 3D, iaitu percetakan sesuatu pelan kepada model bentuk plastik, membuka ruangan kreatif untuk perniagaan dan ilmu namun boleh menjadi ancaman kepada keselamatan umum jika disalahgunakan.

Terbaru ada pihak dari Amerika Syarikat menyediakan pelan pembinaan senjata api yang boleh dicetak melalui laman web dan ini menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak termasuk Malaysia.

Oleh sebab itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata kerajaan bukan sahaja di Malaysia malah di dunia perlu ada sistem kawalan terhadap mesin teknologi digital terkini itu yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negara.

Beliau berkata penggunaan mesin itu mungkin memberi manfaat kepada semua namun tanpa kawalan yang ketat akan memberi peluang kepada individu berniat jahat menghasilkan sesuatu yang memudaratkan.

"Memang kita puji penggunaan mesin itu, tapi dari segi kesalahan ini sangat berbahaya, pencetak 3D yang dijual tanpa kawalan, individu yang berniat jahat mampu menghasilkan senjata api melaluinya," katanya kepada Bernama.

Zaman Khan berkata biarpun setakat ini, masih belum ada yang digunakan untuk perkara jenayah, namun sekiranya tidak dikawal dan tanpa pemantauan yang lebih akan membanjirkan negara malah dunia dengan senjata api," katanya.

Rasional kerisauan Zaman Khan bersandarkan insiden cubaan bunuh dan bunuh di negara ini melibatkan penggunaan senjata api termasuk membabitkan kes berprofil tinggi.

Antara kes itu adalah pada 29 Julai lepas apabila Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Zaman Khan mengulas berhubung pencetak 3D iaitu alat pembuatan yang menjadikan fail imej 3 Dimensi sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal, diperbuat daripada bahan plastik.

Dakwat atau bahan yang digunakan untuk membina objek bercetak itu diperbuat daripada 'acrylonitrile butadiene styrene' (ABS) iaitu bahan plastik yang sama digunakan untuk membuat mainan kanak-kanak dan mesin itu dijual beberapa syarikat di Malaysia dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM7,500 seunit.

Lebih menggemparkan ada laman video di You Tube memaparkan seorang lelaki Kanada berjaya menembak 14 pusingan tunggal dari senapang yang dihasilkan melalui pencetak 3D dan adakah penemuan yang jelas ini akan memaksa kerajaan Amerika Syarikat untuk memikirkan semula dan mengharamkan video itu daripada dimuat naik dalam talian.

Zaman Khan berkata dakwat yang digunakan pencetak 3D juga perlu dikawal atau diharamkan terus daripada dijual melainkan individu terbabit mempunyai lesen untuk memilikinya.

"Ini sangat bahaya, kalau di Malaysia dah ada, yang memiliki mesin pencetak ini perlu diberi kawalan dan pengawasan yang ketat oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman berkata pihaknya sentiasa memantau video yang dimuat naik dalam talian dan individu yang terlibat boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.

"Individu itu boleh disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998 iaitu seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, mewujudkan apa-apa komen, permintaan, mengugut atau mengganggu orang lain.

"Malah individu itu juga boleh dikenakan menurut Seksyen 183 AKM 1998 iaitu seseorang yang menggunakan apa-apa kelengkapan teknik atau sistem yang mmenjejaskan keselamatan awam, tapi pencetak 3D bukan sesuatu yang salah selagi tidak mendatangkan bahaya," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang melihat penyebaran video menghasilkan senjata boleh membuat aduan kepada SKMM dan polis namun dinasihati supaya tidak menyebarkannya kepada pengguna laman You Tube yang lain.

- BERNAMA

The most dangerous sport for women? It’s cheerleading!



When you think about 'dangerous' sports, things like boxing, rugby, American football, motor racing and skiing come to mind.

However, for women in the United States, one sport appears to be much more dangerous than anything else and it is not what you might expect.

Cheerleading, believe it or not, is the sport that causes BY FAR the highest number of serious injuries amongst women in the country.

Some people might just see it as pretty girls waving pom-poms but it is a lot more physically demanding than that and the injury results published by the Journal of Pediatrics reveal some alarming statistics.

According to the new research, 66 per cent of "catastrophic" sporting injuries (resulting in permanent disability or medical conditions) amongst women in the US are caused by cheerleading or 'competitive cheer.'

At university level the figure is even higher with more than 70 per cent of serious injuries being suffered by cheerleaders.

The report says the majority of serious injuries are suffered by those catching cheerleaders rather than the ones being flung in the air.

Visits to casualty resulting from cheerleading has gone from under 5,000 in 1980 to 26,786 in 2007, while some of the girls who were analysed in the latest study may have suffered undiagnosed concussions.

"I don't know that the general impression has evolved as fast as the sport has. It takes time for these things to register," Dr Cynthia LaBella, who wrote a separate report on cheerleading last year told the Washington Post.

"These girls, and boys, are at risk for injury. This should be considered a sport, and these folks should be treated as athletes, not as entertainers."

At the moment 29 US states recognise cheerleading as a sport.

Paediatrics want more states to acknowledge it as such as it would then require more regulation and qualified coaches.

An estimated 3.6 million Americans take part in cheerleading with 96 per cent of them women.


Source: Eurosport

Ronaldo best paid in history



Monday, September 16, 2013











Cristiano Ronaldo’s new contract with Real Madrid reportedly has him as the highest paid player in the world and in history.
The 28-year-old was announced this Sunday as having extended his deal with Los Blancos by three more years, committing through until June 2018.

Initial reports have suggested that the Portuguese star’s deal was set with an improved salary of 17 million euros a season, net, to make him the best paid player in La Liga and in the world currently.
However, AS are today running the line that his earnings are actually going to be closer to 21m euros (£17.5m) every year after tax.

Whilst also representing an outlay of around 40m euros a year for Madrid to pay, this new amount would place Ronaldo as the best paid player ever, surpassing the believed €20m net salary that Samuel Eto’o was picking up from Anzhi until this summer.

Read the original article on Football Espana - The ultimate website for English-speaking fans of Spanish football.


Source: Eurosport

Tunjuk perasaan bantah kejadian rogol kanak-kanak 5 tahun di Pakistan

Tunjuk perasaan bantah kejadian rogol kanak-kanak 5 tahun di Pakistan

Kumpulan pembela hak asasi manusia pada Ahad telah mengadakan bantahan berikutan kejadian rogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di timur Bandar Lahore.

Bagaimanapun kanak-kanak tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis sehingga kini masih belum mendapat petunjuk yang jelas tentang kejadian itu selain menahan beberapa suspek.

Menurut pegawai penguatkuasa undang-undang, kebanyakan mereka yang ditahan bagaimanapun telah dibebaskan selepas disoal siasat.

Menurut polis, kanak-kanak tersebut ditemui di luar hospital Lahore kira-kira jam 8.00 malam pada hari Jumaat, iaiui sehari selepas dia dilaporkan hilang.

“Keadaannya agak stabil, tetapi masih di unit penjagaan rapi,” kata seorang pegawai perubatan, Dr Farzand Ali kepada AFP.

Sementara itu seorang pegawai kanan polis, Zulfiqar Hameed pula memberitahu bahawa polis telah menyoal siasat beberapa suspek tetapi masih belum membuat penangkapan.

Pihak perubatan pula telah memaklumkan bahawa kanak-kanak itu dirogol beberapa kali.

Kumpulan yang mengadakan bantahan seluruh Pakistan itu turut menggesa pihak berkuasa segera menangkap pesalah-pesalah yang terbabit.

Kemarahan meluas menguasai media sosial sejurus saluran TV swasta menyiarkan laporan mengenainya.

Jenayah rogol sememangnya sukar untuk dibuktikan di Pakistan, di mana wanita negara itu sering dilayan seperti warga kelas kedua.

- AFP

Kritikan pedas juri punca tersingkir - Sani


Peserta yang tersingkir, Sani tidak menolak kemungkinan kritikan pedas juri Roslan Aziz mempengaruhi jumlah undian penonton terhadap persembahannya di konsert pertama Akademi Fantasia.

Walaubagaimanapun, dia menerima keputusan itu dengan tangan terbuka walaupun terkejut proses penyingkiran berlaku pada minggu pertama.

Sani atau nama penuhnya, Kamsani Jumahat menghargai kritikan juri tetap dan percaya komen dari mereka mampu memberi kesan kepada undian peserta.

Jejaka kelahiran Singapura ini mengakui masih dalam keadaan terkejut kerana disingkirkan.

Sani telah di jemput Astro Awani untuk menjadi tetamu Gala TV Plus pada Ahad.

Sementara itu, Faizal Tahir mengakui terkejut apabila Sani menjadi mangsa penyingkiran pertama Akademi Fantasia 2013.

Menyifatkan Sani sebagai pelajar contoh Faizal bagaimanapun terpaksa akur dengan adat sebuah rancangan realiti.

Membawakan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Sani hanya mendapat undian dua peratus.

Sementara itu, lagu Bukan Cinta Biasa membawa tuah kepada duo Azhael apabila mendapat undian SMS tertinggi dengan 26 peratus.

Faizal menjadi 'inspirer' untuk tiga minggu pertama sebelum tugas itu diambil alih Melly Goeslaw dan Datuk Siti Nurhaliza.

Pada konsert minggu pertama, Faizal mendapat pujian pengkritik tetap terutamanya Roslan Aziz kerana berjaya menggubah lagu-lagu yang dinyanyikan dengan susunan baru.

Sementara itu, pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad mengakui penonton mungkin mengambil masa untuk memahami konsep terbaru AF 2013.

Selain konsert mingguan, penonton diberikan informasi terkini menerusi program seperti AF Buzz, Diari AF dan Terus Gempak, Inilah AF (TGI AF).

AF Buzz ke udara setiap Isnin, manakala Diari AF pada Selasa hingga Khamis serta TGI AF  pada hari Jumaat.

Selain program itu, penonton turut berpeluang untuk berinteraksi dengan peserta AF menerusi Twitter.

Namun begitu,  AF 2013 mengekalkan format 100 peratus undian SMS untuk menentukan pemenang di samping jawatan tiga pengkritik tetap.

Akademi Fantasia 2013 yang dihoskan Zizan Razak telah bersiaran secara langsung dari Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya di saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135.

Kenapa kita takut dengan sejarah?

Gelagat para peserta yang berpakaian tradisional ketika raptai penuh Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksaksa sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Padang Merdeka di Kuching pada 13 Sept. 2013. -- Foto Bernama

ADA beberapa kesilapan besar apabila sesetengah daripada kita bercakap tentang sejarah negara ini — kononnya Sabah dan Sarawak masuk Malaysia atau menyertai Malaysia. Salah! Berhentilah daripada bercakap macam itu. Sabah dan Sarawak bukan masuk Malaysia; dua wilayah itu membentuk Malaysia bersama-sama Malaya dan Singapura setengah abad yang lalu.

Adalah tidak betul juga apabila sesetengah daripada kita tanpa rasa bersalah berkata "di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak." Yang ini pun hentikanlah juga; sudah-sudahlah memalukan diri sendiri apabila bercakap macam itu. Kalau kita kata "seluruh Malaysia" kenapa ada "termasuk Sabah dan Sarawak"? Apakah ada sebuah "Malaysia" tanpa Sabah dan Sarawak?

Ungkapan yang salah itu sudah selalu kita dengar. Ungkapan itu satu kesalahan fakta yang kalau diulang-ulang boleh jadi satu kejahatan. Jahatnya halus kerana ia tanpa sedar akan menyebabkan kita lupa. Penyakit lupa itu boleh jadi mudarat kepada negara, kepada bangsa, kepada masa depan anak cucu kita.

Ada juga yang berkata atau percaya bahawa Sabah dan Sarawak merdeka melalui pembentukan Malaysia.  Mereka ini barangkali tidak tahu atau terlupa bahawa Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 — tarikh sama dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Sarawak pula merdeka 10 hari sebelum itu iaitu pada 22 Julai. Sarawak buat pertama kalinya tahun ini menyambut hari bersejarah itu dalam satu upacara rasmi.

Tarikh 16 September 1963 yang kita sambut perayaan jubli emasnya hari ini bukan hari kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Hari ini adalah hari lahirnya sebuah negara baru yang kini kita banggakan atau sedang sedaya upaya kita usahakan untuk jadi sebuah negara yang akan kita banggakan lebih lagi — bernama Malaysia.

Wartawan Arfa Yunus dan Teoh El Sen yang kami kirimkan masing-masing ke Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kepada siri laporanMalaysia 50 Tahun memberitahu ada banyak orang yang tidak sedar tentang bab penting sejarah negara. Ini bukan masalah orang muda saja; orang yang tidak berapa muda pun sama.

Apakah masalahnya kalau kita lupa kepada sejarah 50 tahun lalu itu? Melupakan sejarah akan menyebabkan kita tidak tahu asal-usul. Kita tidak akan tahu dari mana kita datang dan ke mana kita mahu berangkat — sebagai satu bangsa, sebagai sebuah negara. Kita akan hilang peta dan kompas. Kita akan sesat.

Apakah kita mahu jadi seperti generasi muda Singapura yang tidak tahu bahawa republik itu pernah jadi sebahagian daripada negara ini? Sesetengah generasi muda kita pun mungkin serupa. Apakah yang akan jadi dan bagaimanakah Malaysia dan Singapura sekiranya sejarah itu difahami atau tidak lagi diketahui?

Sabah dan Sarawak hari ini dikenali sebagai antara 13 negeri dalam Malaysia. Malaya pula hanya tinggal jadi nama yang diberikan kepada spesis harimau dan generasi hari ini mungkin hanya tahu Malaya itu nama pasukan bola sepak kebangsaan. Malaya secara rasminya sudah jadi Semenanjung Malaysia.

Tetapi orang di Sabah dan Sarawak rata-ratanya merujuk kepada mereka yang datang dari Semenanjung sebagai "orang Malaya". Bagaimana mungkin mereka itu "orang Malaya" kalau Malaya itu tidak ada? Bagaimanakah "Malaya" masih boleh wujud dalam khayalan orang di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di kalangan orang di Semenanjung?

Persoalan-persoalan — serta kekeliruan dan kesilapan — yang berhubung kait dengan sejarah ini kepada sesetengah orang adalah hal remeh yang tidak perlu disebut. Sikap seperti inilah yang saya maksudkan sebagai kejahatan halus yang akan menjadikan kita lupa dan seterusnya mendatangkan mudarat.

Misalkan saja begini: Apakah yang akan dirasai oleh Ahmad yang tinggal berjiran dengan kita selama bertahun-tahun kalau pada suatu hari kita menyapanya dengan nama lain, bukan dengan nama Ahmad? Kita bukan sekali itu tersilap memanggilnya bukan dengan nama Ahmad tetapi kita percaya bahawa namanya bukan Ahmad.

Beberapa hari lepas saya menghadiri sebuah forum melibatkan empat anak muda yang berbincang mengenai identiti negara ini. Ada sesuatu yang cukup mengganggu saya apabila seorang daripada mereka bertanya: "Apakah negara ini hanya ada orang Melayu, Cina dan India sementara kami ini "dan lain-lain"? Anak muda yang bertanya itu daripada etnik Kadazan Dusun.

Suara hati anak muda itu mewakili cetusan rasa orang yang terpinggir dan dilupakan. Kita boleh beretorik mengatakan bahawa mereka tidak dipinggirkan tetapi apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat yang mungkin secara tidak sengaja boleh mengguris hati sehingga menyebabkan rasa terpinggir itu ada? Rasa itu terbentuk apabila misalnya kita mengulang-ulang ungkapan "seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak" serta merujuk kumpulan etnik sebagai "dan lain-lain".

Inilah antara masalah besar yang sedang kita wariskan kepada generasi akan datang. Ini masalah zaman ini iaitu kegagalan memahami beberapa asas yang membentuk negara ini, kegagalan memahami asal-usul, kegagalan memahami identiti dan seterusnya kegagalan memahami hak dan tanggungjawab.

Masalah ini bukan hanya dalam soal Sabah dan Sarawak atau pembentukan Malaysia. Tentang sejarah perjuangan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pun banyak di antara kita yang masih keliru — atau sengaja dibiarkan keliru. Ada sejarah yang diketengahkan; ada pula bahagian yang dipadamkan. Ada tokoh yang diangkat; ada tokoh yang dipinggirkan.

Sebarang usaha untuk mencungkil bab yang terpadam atau mengangkat tokoh yang terpinggir dalam sejarah selalu dicurigai. Sebarang usaha untuk meluruskan sejarah yang bengkok atau melengkapkan selalu dikecam.

Persoalannya: kenapa kita terlalu takut dengan sejarah dan takut juga untuk memahami sejarah?


Tulisan: Noor Azam Shairi, September 16, 2013 untuk ASTRO Awani 

Yang Dipertuan Agong lancar perarakan kapal berhias sempena 50 tahun Malaysia

Yang Dipertuan Agong lancar perarakan kapal berhias sempena 50 tahun Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam tadi berkenan melancarkan perarakan kapal berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Kuching.

Baginda memulakan acara dengan memutar 'steering' kapal yang disambut dengan bunyi kapal dan hon serta pertunjukan bunga api.

Baginda kemudian disajikan dengan pertunjukan pertama persembahan skrin air yang menampilkan logo sambutan dan juga montaj yang memaparkan perkembangan yang berlaku di Sarawak, perkembangan penduduk pelbagai kaum di negeri ini dan juga pembangunan yang dicapai negeri ini sejak dahulu hingga sekarang.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Turu hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri masing-masing.

Acara itu turut diserikan dengan nyanyian lagu tema sambutan 'Sarawak Harmoni' yang diiringi alunan muzik dan pertunjukan lampu berwarna-warni.

Acara dimulakan dengan perarakan 50 buah kapal berhias mewakili pelbagai jabatan, agensi, badan berkanun kerajaan negeri Sarawak dan syarikat swasta.

Turut serta ialah perarakan perahu tambang, kayak dan jet ski.

Acara diakhiri dengan persembahan dan bunga api.

- BERNAMA 

Berjalan tiga jam sehari demi ilmu


pukak

Di bahagian pedalaman Tuaran, Sabah, terletak sebuah kampung, Kampung Pukak di mana liputan telefon bimbit terhad dan tiada kemudahan internet.

Penduduk kampung yang terletak di daedah Kiulu, Tampaluri ini amat ramah dan tidak lokek dengan senyuman dimana ia akan membuat sesiapa sahaja tidak terfikir bahawa mereka hidup dalam keperitan.

Pada 11:45pagi Jumaat, pelajar Sekolah Kebangsaan Pukak mula berteriak kegembiraan kerana akhirnya, mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga yang tersayang pada hujung minggu.

"Adik-adik semua dah sedia untuk balik ke rumah?" saya berkata kepada sekumpulan enam pelajar, menunggu di pintu pagar sekolah. Pada masa itu, saya terdengar jeritan salah seorang daripada mereka.

"Sudah tentu kakak! Tetapi saya perlu mengisi semula botol air saya. Saya akan jadi dahaga setiap sepuluh minit," kata Rayrin Ambroseh , 7 atau lebih mesra dengan panggilan 'botak'.

Pada 12 tengah hari, dengan botol air di sebelah tangan dan beg galas yang berat dengan buku-buku teks, mereka sudah bersedia untuk memulakan perjalanan selama satu jam setengah pulang ke rumah.

Laluan perjalanan mereka agak rumit ditambah pula dengan keadaan cuaca yang terik. Menurut gadis cilik, Benney Christell , 10, laluan tersebut memang bahaya kerana dia sendiri pernah ternampak binatang berbisa seperti ular beberapa kali.

"Berhati-hati, kakak. Kakak tak biasa dengan laluan ini. Ikut saya ya? " kata Benney.

Merasakan seolah-olah saya sedang melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di hutan tebal tersebut, kelihatan keringat di dahi pelajar-pelajar tersebut dan Rayrin terus meneguk minumannya seperti itulah kali pertama dia mendapat air.

“Cenerlius, di mana jambatan gantung yang kamu selalu lalu itu?" saya bertanya kepada Cenerlius Lasin, 9. Saya sudah merasa letih mendaki bukit yang curam di situ.

“Dah dekat sebenarnya kak. Dan lagi satu, sebenarnya ada empat jambatan gantung tau kak. Nanti hati-hati ya, sebab kayu jambatan tu berlubang," kata Cenerlius .

Saya menelan air liur. Sangat menyeramkan.

Semasa di jambatan tersebut, keenam-enam rakan itu kelihatan begitu yakin berjalan melaluinya walhal kaki saya sudah menggeletar pada waktu itu.

Sylvender Sitim, 11, ketawa terbahak-bahak melihat ekspresi muka saya.


Sejurus selepas melalui jambatan itu, kami perlu melalui satu lagi 'jungle trekking'. Berjalan di lereng bukit yang sangat curam, saya terfikir bahawa sesiapa yang melalui laluan ini pasti akan menjadi gayat melihat pada ketinggiannya.

Mujur terdapat pagar di sepanjang laluan itu.

"Seorang lelaki mabuk pernah terjatuh di curam ini tahun lepas. Semenjak itulah pagar ini baru dipasangkan," kata Cenerlius.

"Ada antara adik-adik yang pernah terjatuh di sini?” saya bertanya, bimbang akan keselamatan mereka.

"Tidak sebab kami sudah professional, " kata Cenerlius sambil ketawa.

Saya mula berasa letih dan berfikir saya sepatutnya mendaftar masuk ke gimnasium sebelum datang ke sini. Saya bertanya kepada mereka, "berapa lama lagi sebelum kita boleh sampai ni?"

Vincent Komoniti yang berusia 12 tahun berkata kami baru berjalan selama 20 minit sahaja!

"Jadi, kita masih mempunyai lebih daripada satu jam untuk sampai?" saya bertanya dengan nada terkejut.

Mereka mentertawakan saya sambil berkata bahawa saya saya tidak mempunyai stamina yang kuat. Sangat lucu, dik!

Saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan dan saya akan memastikan mereka tidak perlu melalui perjalanan memenatkan pada hari tersebut. Saya cuba memanggil Roger Ginsuab, 36, salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pukak.

"Kakak di sini tiada liputan telefon bimbit lah. Selagi kita tidak keluar dari hutan ni, kakak tidak boleh membuat panggilan," kata Cenerlius.

Tiada liputan telefon bimbit langsung? Saya berfikir, ini tidak masuk akal.

"Di mana kakak boleh membuat panggilan Cenerlius? Ada jalan keluar tak dari sini menuju ke jalan utama?" saya bertanya .

Ya, dia berkata, tetapi ia akan mengambil masa 15 minit lagi. Baiklah, saya akan terus berjalan.

Sampai di satu curam, keenam-enam mereka lompat seperti atlit untuk turun dari kawasan itu.

15 minit berlalu tetapi saya masih tidak dapat melihat jalan utama yang disebut oleh Cenerlius tadi.

"Itu kerana kakak berjalan begitu perlahan!" Rayrin mentertawakan saya.

Selepas beberapa minit, kami akhirnya sampai ke jalan utama.

Saya membuat panggilan kepada Cikgu Roger dan meminta beliau untuk memandu kami ke rumah keenam pelajar tersebut.

"Kakak letih?" Bennlye Densip , 12 bertanya.

"Kakak dah tak boleh bercakap dan tidak cukup nafas, Ben," kata Cenerlius sambil memandang ke sebelah kiri jalan raya.

Cikgu Roger tiba dalam masa kurang daripada 10 minit sedangkan kami telah berjalan selama lebih daripada 30 minit.

Kami meneruskan bersama Cikgu Roger dengan menaiki kenderaan pacuan empat rodanya. Pemandangan yang indah dapat dilihat di sepanjang jalan.

Indahnya Sabah.

Kanak-kanak tersebut ketawa dan bercakap tentang bagaimana mereka teruja dan yakin bahawa Ibu bapa mereka pasti merasa terkejut melihat mereka tiba dengan kereta.

"Adik perempuan saya mesti rasa cemburu nanti!" kata Cenerlius.

Perjalan kami mengambil masa selama 25 minit disebabkan keadaan jalan raya yang teruk.

"Agaknya berapa lama baru kita semua akan sampai di rumah jika Cikgu Encik Roger tidak datang memandangkan kakak berjalan dengan sangat perlahan?" kata Rayrin sambil tersenyum.

"Di sekitar sini ada kedai yang menjual minuman tak adik?” Saya bertanya kepada mereka.

"Ya , ya! Datang ke sini. Kedai ini ada menjual minuman sejuk! " tambah Vincent.

Dengan tiga teguk sehaja, saya selesai minum.

"Sekarang adik-adik beli sahaja apa yang adik mahu. Kakak belanja," saya berkata kepada mereka, sambil rasa bersalah kerana minum terlebih dahulu sebelum bertanya jika mereka juga dahaga.

Bapa Cenerlius, Lasin Losod menyertai kami di kedai tersebut yang kelihatan amat gembira melihat anaknya sudah selamat sampai di rumah.

"Saya bimbang tentang keselamatan Cenerlius yang terpaksa berjalan kaki ulang-alik ke sekolah setiap hari," katanya.

"Cenerlius bukan tinggal di Asrama Pukak seperti yang lain?" saya bertanya.

Cenerlius berkata beliau tidak boleh tinggal di asrama disebabkan kapasiti asrama itu tidak dapat menampung kesemua pelajar.

"Lagipun saya suka pulang ke rumah setiap hari. Saya hanya mahu kembali dan berjumpa dengan keluarga saya walaupun ia memenatkan," kata Cenerlius.

Di situ saya mendapat tahu bahawa daripada enam pelajar tersebut, Cenerlius dan juga Rayrin berjalan kaki ke sekolah dan pulang ke rumah setiap hari sejak pra-sekolah lagi. Kadang kala mereka diteman pelajar-pelajar sekolah menengah berhampiran yang turut pulang ke destinasi yang sama.

"Tetapi jika mereka mempunyai kelas tambahan, kami tiada pilihan selain berjalan kaki sendiri. Tetapi tidak mengapa sebab saya ada Rayrin dan kami sudah biasa dengan laluan ini," tambah Cenerlius sambil menghirup minumannya.

"Bagaimana  anak saya? Dia ada mengacau awak atau banyak?" tanya Lasin.

Dengan tekad dan semangat yang ditunjukkannya, saya menjawab, saya pasti Cenerlius akan cemerlang dalam pelajarannya.

"Saya harap dia akan mengikut jejak langkah kakaknya dan mendapat peluang untuk memasuki universiti. Saya bimbang tentang pendidikan anak-anak saya. Saya mahu mereka mendapat kehidupan yang lebih baik supaya suatu hari nanti anak-anak mereka tidak perlu berjalan kaki selama tiga jam untuk ke sekolah, " tambah Lasin.

Selepas menghantar Benney, Rayrin si ' botak ' dan Sylvender ke rumah masing-masing, saya ucapkan selamat tinggal kepada mereka.

"Bye, kakak!" Ketiga-tiga mereka berkata.


Memikirkan kegembiraan keenam-enam mereka, saya berasa lebih bersemangat.

Kebanyakkan daripada kita melalui kehidupan yang agak mudah berbanding mereka. Pada zaman persekolahan kita akan menaiki bas ke sekolah atau dihantar oleh Ibu Bapa tetapi kita masih malas untuk bangun di waktu pagi.


Pengalama berjalan bersama mereka membuat saya tertanya-tanya bagaimana pada usia yang sangat muda mereka terpaksa mengharungi pelbagai kepayahan demi untuk mendapatkan pendidikan.

Pada hari itu itu mereka dapat ‘menyimpan’ peluh mereka daripada berjalan kaki untuk satu jam setengah.

Tetapi minggu depan? Siapa yang akan menghantar mereka pulang? Saya hanya boleh berdoa agar perjalanan mereka pergi dan balik dari sekolah selamat untuk tahun-tahun yang akan datang.


Sumber: Astro Awani, by Arfa Yunus, sempena Hari Malaysia

Mak dan anak sama sahaja!


Biasa kita dengar kisah Lindsay Lohan ditahan polis kerana memandu mabuk, namun setelah dilepaskan dari pusat pemulihan, Lindsay nampaknya pandai jaga batasan.
Perkara sebaliknya pula yang berlaku. Ibu Lindsay Lohan ditangkap memandu mabuk!
Dina Lohan telah ditahan kerana memandu pada 77mph di kawasan 55mph dan setelah diperiksa menunjukkan tahap alcohol berlebihan dalam darah beliau.
Biarpun begitu, Lindsay menjalankan tanggungjawab anak mithali apabila dilihat dengan membantu ibunya di balai polis.
Dunia memang sudah terbalik bukan? Dahulu ibu bapa menjaga anak apabila anak bertindak melampau kini anak pula menjaga ibu bapa.
Source

Chin Peng meninggal pada Hari Malaysia


Chin Peng, 90 tahun, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya meninggal dunia pada Hari Malaysia, hari ini. Akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa dia meninggal akibat sakit tua dan disahkan meninggal dunia pada 6.20am di sebuah hospital di Bangkok.

Chin Peng memimpim Parti Komunis Malaya dan melawan pihak British untuk mendapatkan kebebasan bagi koumins.

Selama ini, dia hidup di Thailand dan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.


Sumber