SINGAPURA - Dua puluh empat orang didakwa di mahkamah hari ini kerana pembabitan mereka dalam rusuhan di Little India di Race Course Road pada malam hari Ahad.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar berkata: "MFA (Kementerian Luar) bekerjasama rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi India bagi memudahkan bantuan konsular dan sokongan untuk warga mereka, termasuk perwakilan peguam.
Dalam pada itu, polis dalam posting Facebooknya berkata: "Setakat Selasa 3:20 pagi, siasatan lanjut menunjukkan bahawa dua lagi lelakIni menjadikan jumlah orang yang didakwa kerana insiden itu kepada 24. Kesemua mereka adalah warga India.
Empat orang yang tidak terbabit dalam insiden itu telahpun dibebaskan dari tahanan Polis.
Rusuhan meletus pada Ahad malam berikutan kemalangan maut melibatkan seorang warga India berusia 33-tahun di Little India, sebuah kawasan terkenal sebagai tempat pekerja asing dari benua kecil India berkumpul pada hujung minggu.
Insiden itu adalah yang pertama dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum 1969 yang berlarutan selama tujuh hari mengakibatkan empat terbunuh dan 80 cedera.
Dalam insiden Ahad, sepuluh pegawai polis cedera termasuk lima anggota polis bantuan yang merupakan warga Malaysia dengan status pemastautin tetap di Singapura mengalami kecederaan kecil ketika membantu polis Singapura menangani rusuhan itu.24 warga India didakwa terlibat rusuhan
Lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa buah kereta persendirian turut musnah. -
BERNAMA