Monday, 12 January 2015

Menara hijau di Paris menjelang 2050?

Paris menyasarkan untuk mengurangkan 75% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050. -Vincent Callebaut Architectures

Paris menyasarkan untuk mengurangkan 75% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.

"2050 Paris Smart City" merupakan satu projek penyelidikan dan pembangunan untuk Dewan Bandaraya Paris oleh Vincent Callebaut Architectures.

Ia mempunyai lapan bangunan tinggi yang mengitar semula tenaga mereka dengan sendiri dalam masa singkat melalui satu sistem inovatif.

Bangunan-bangunan yang terdapat di daerah ini termasuk "Mountain Towers", yang menggabungkan solar, hidrodinamik, dengan menggunakan sistem penyaman udara bio.

“Antismog Towers” di daerah ke-14 digambarkan sebagai “koridor ekologi” sepanjang 23 km.

Sebuah kompleks yang dipanggil “Photosynthesis Towers” di daerah ke-15, yang akan dibina dalam lingkaran menegak menampilkan algae hijau manakala “BambooNest Towers” menampilkan tanaman.

- Source: AFP RELAXNEWS

Waktu yang tepat untuk berhenti - Sharifah Aleya

Selepas lapan tahun berkhidmat, kontrak Leya bersama Hot FM berakhir pada 31 Disember lalu - Foto Twitter

Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya mengakui perletakan jawatannya pada bulan lepas di stesen radio Hot FM adalah satu tindakan yang tepat pada masanya.

Dengan kelahiran bayi lelakinya pada 9 Januari lalu, Leya berharap agar dapat memberikan tumpuan penuh buat anak-anaknya.

“Perletakan jawatan saya dikira dibuat pada masa yang tepat, apabila saya bersalin juga beberapa hari selepas hari terakhir saya di Hot FM iaitu 31 Disember.

Jadi, selepas ini saya dapat tumpukan lebih perhatian buat bayi yang baru lahir ini dan juga anak kembar saya” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelas Leya, selepas ini dia lebih senang membuat kerja secara freelance dan tidak pasti sama ada akan meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio di stesen lain.

“Belum ada tawaran lagi untuk ke mana-mana, buat masa sekarang saya dalam proses berpantang dan selepas ini akan berkerja secara freelance,” katanya yang sudah berkhidmat di stesen radio berkenaan selama lapan tahun.

Bercerita mengenai bayinya yang merupakan cucu dan cicit lelaki pertama dalam keluarganya, Leya mengakui wujud rasa kekok.

“Adik beradik Leya semua perempuan dan anak kembar saya juga perempuan. Saya akui kelahiran bayi lelaki pertama ini buat saya jadi kekok kerana tak ada pengalaman langsung. Lebih-lebih lagi dari segi penjagaannya yang berbeza dengan cara penjagaan bayi perempuan.

Malah, kecoh juga bila saya dan adik beradik yang lain sewaktu mahu menukar lampin anak. Semua bagai tak pasti bagaimana sepatutnya harus dilakukan,” cerita Leya yang juga merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana.

Bayi lelaki tersebut merupakan anak pertama Leya hasil perkahwinan keduanya bersama Muhammmad Azam Abdullah atau Miko.

Leya dan Miko telah diijabkabulkan pada Januari 2014 di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara.

Leya mempunyai sepasang anak kembar Aza Ameena dan Asha Ameena hasil perkahwinan terdahulu.

- Sumber: Astro Awani 

Messi tidak mahu berhijrah ke Chelsea


Messi tidak mahu berhijrah ke Chelsea

Minggu lepas topik Messi to Chelsea trending selama beberapa hari.

Selepas dinafikan presiden kelab, kini pemain Barcelona Lionel Messi sendiri menegaskan dia tidak mahu berhijrah.

Messi menafikan dia tidak sekepala dengan jurulatih Barcelona, Luis Enrique dan juga menafikan dia mahu berhijrah ke Chelsea ataupun Manchester city.

Kenyataan dibuat pada Ahad selepas Messi membantu pasukannya menewaskan Atletico Madrid 3-1.

Messi menegaskan dia tidak boleh mempengaruhi keputusan dalam kelab dan khabar angin dia mahu Enrique dipecat sebagai tidak masuk akal.

- Sumber: Astro Awani 

Mahkamah putuskan Mejar Zaidi dibuang kerja

Mejar Zaidi Ahmad bersama keluarga diluar mahkamah. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI

KUALA LUMPUR - Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di Pertuan Agong oleh
Mahkamah Tentera di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S Nadzeer Salehuddin.

Ketika membuat keputusan itu Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk mensabitkanya bersalah.

Pada 27 Oktober lalu Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri daripada dua pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dua tuduhan itu.

- Sumber: Sinar Harian 

Flight data recorder retrieved from crashed AirAsia jet: official

Flight QZ8501 crashed on December 28 en route from Indonesia's Surabaya to Singapore.

JAKARTA: The flight data recorder was retrieved Monday from the AirAsia plane that crashed in the Java Sea a fortnight ago with 162 people on board, Indonesia's national search and rescue chief said.

"I received information from the National Transport Safety Committee chief that at 07:11 am, we succeeded in bringing up part of the black box that we call the flight data recorder," Bambang Soelistyo told reporters.

"What we are still trying to find is the cockpit voice recorder."

Flight QZ8501 crashed on December 28 en route from Indonesia's Surabaya to Singapore.

Indonesia's meteorological agency has said that stormy weather likely caused the Airbus A320-200 to go down but a definitive answer is impossible without the data recorders.

National Transport Safety Committee senior investigator Mardjono Siswosuwarno told AFP that the black boxes would be sent to Jakarta and analysed at the committee's laboratory.

The flight data recorder monitors factors such as airspeed and heading, while the cockpit voice recorder stores radio transmissions and sounds in the cockpit.

Flight QZ8501 crashed on December 28 en route from Indonesia's Surabaya to Singapore. Indonesia's meteorological agency has said that stormy weather likely caused the Airbus A320-200 to go down but a definitive answer is impossible without the data recorders.

Forty-eight bodies have been recovered so far, but the weather has hampered efforts to locate all the victims and the wreckage. 

On Sunday, Indonesia's transport ministry said the black boxes had been located under the plane's wreckage after officials earlier said strong ping signals had been detected near an object believed to be the main body of the plane.

S.B. Supriyadi, a director with the national search and rescue agency, said that initial analysis of the wreckage so far recovered indicated that the plane exploded on impact with the water.

"It exploded because of the pressure," he told reporters in Pangkalan Bun town on Borneo island, the search headquarters.

"The cabin was pressurised and before the pressure of the cabin could be adjusted, it went down -- boom. That explosion was heard in the area."

Victims believed trapped in cabin. The search has involved US, Chinese and other international naval ships.

Supriyadi said many bodies were believed trapped in the cabin, so reaching that part of the wreckage was also a top priority.

The tail of the plane, with its red AirAsia logo, was lifted out of the water on Saturday using giant balloons and a crane.

It was brought by tugboat on Sunday to a port near Pangkalan Bun. All but seven of those on board the flight were Indonesian.

The bodies of a South Korean couple were identified on Sunday, but their 11-month-old baby remains unaccounted for, Indonesian authorities said.

The other foreigners were one Singaporean, one Malaysian, one Briton and a Frenchman -- co-pilot Remi Plesel. Their bodies have not been recovered.

While the cause of the crash is unknown, the disaster has once again placed Indonesia's chaotic aviation industry under scrutiny.

Indonesian officials have alleged Indonesia AirAsia did not have a licence to fly the route on the day of the crash, although the airline rejects the claim.

Indonesia's transport ministry quickly banned AirAsia from flying the Surabaya-Singapore route.

On Friday it suspended dozens more routes operated by five other domestic airlines for similar licence violations.

- Source: AFP via Astro Awani | January 12, 2015

Perakam data penerbangan dikeluarkan daripada pesawat

Perakam data penerbangan dikeluarkan daripada pesawat

JAKARTA: Perakam data penerbangan berjaya dikeluarkan daripada pesawat malang AirAsia QZ8501 pada Isnin, menurut ketua BASARNAS.

"Saya mendapat maklumat daripada BASARNAS pada 7.11 pagi tadi yang kami berjaya mengeluarkan sebahagian daripada kotak hitam yang dikenalpasti sebagai perakam data penerbangan," kata Bambang Soelistyo kepada media.

"Kami sedang berusaha mencari perakam suara kokpit."

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura yang membawa 162 penumpang dalam pesawat malang tersebut.

- Sumber: AFP |  Januari 12, 2015  

Bapa maut selepas hantar anak ke sekolah

MELAKA: Seorang bapa meninggal dunia selepas menghantar anaknya ke sekolah dengan motosikal pada hari pertama persekolahan hari ini.

Jurucakap polis berkata Ong Chye Huat, 62, meninggal di Jalan Sungai Putat selepas menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Batu Berendam pada pukul 6.30 pagi tadi.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Datuk Tamby Chik Karim apabila gagal mengawal motosikalnya di jalan yang agak berselekoh lalu terbabas ke bahu jalan. 

- Sumber: Bernama | Januari 12

Fenomena Obsesif Lelaki Comel Korea


Bagi peminat tegar selebriti Korea, topik mengenai artis pujaan mereka asyik bermain di bibir, dibincang serta dikongsikan bersama rakan sealiran minat. Selagi drama juga lagu titipan Negara terkenal dengan kimchi itu berkumandang serta diminati, deretan filem serta dramanya tidak putus mengisi slot tayangan televisyen tempatan bahkan dimuat turun di internet, selagi itu demam terhadap industrinya tidak kebah. 

Namun, menyelongkar soal minat dan kegilaan, tidak dinafikan majority penggemar juga pengikut seni hiburan turut masyhur dengan panggilan Hallyu ini adalah wanita sekali gus menyebabkan segala tumpuan serta perhatian lebih memihak kepada selebriti lelakinya.

Dibandingkan populariti suam-suam kuku artis wanitanya, berani dikatakan selebriti lelaki Korea menikmati kemasyhuran setanding dikecapi bintang ternama Hollywood. Malah menerusi kewujudan kumpulan peminat fanatic bergelar 'sasaeng' yang tidak segan silu mengintip setiap pergerakan idola mereka semata-mata mahu menjadi orang pertama memperoleh perkembangan terkini artis pujaan mereka secara tidak langsung turut mendedahkan dunia luar terhadap 'kisah dalam kain' artis mereka.

Selama melayari laman tertentu yang turut menyelitkan kisah sasaeng, saya dapati artis lelakinya selalu menjadi mangsa kerakusan golongan ini yang begitu berhasrat memiliki atau menjadi sebahagian daripada kehidupan artis berkenaan (meskipun hakikat sebenar golongan ini tidak langsung mendapat tempat di hati artis terbabit kerana disifatkan menceroboh privacy selain sering berkelakuan luar batas). Kumpulan TVXQ pernah berikrar tidak mahu memberi muka terhadap sasaeng lantaran tindakan biadab mereka yang bukan saja didakwa mendera mental kumpulan itu bahkan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Antara perkara gila dilakukan sasaeng termasuk menyelinap masuk ke pangsapuri ahli kumpulan berkenaan dan mencumbui mereka ketika sedang lena tidur. Ada yang lebih gila menghadiahkan tuala wanita penuh darah kotor namun nasib Junsu lebih malang, apabila diberitakan terbabit kemalangan jalan raya gara-gara mengelak diekori sasaeng.

Itu belum lagi membabitkan senarai panjang jika difikirkan, diakui bertentangan hak asasi manusia antaranya, melakukan kunci pendua apartmen dihuni kumpulan itu, mengekori Changmin sebelum mengakibatkan kecederaan jari kelingkinnya, merekodkan perbualan telefon mereka dan paling tidak boleh diterima akal, membekukan akaun bank milik anggota kumpulan itu. Pun begitu, apa sebenarnya yang mendorong kemunculan sasaeng ini? Apakah faktor utama yang mengikat minat seterusnya menyebabkan kegilaan melampau terhadap selebriti kesayangan mereka?

Rasanya ramai bersetuju, jika saya katakan artis lelaki (ya, mereka selalu menjadi mangsa) juga popular dengan jolokan idol memiliki pakej sempurna sebagai bintang. Bermula seraut wajah tampan menggetarkan jiwa sementara yang memiliki jelapang wajah dan personaliti comel, dianggap pula mewakili imej teman lelaki ideal yang meskipun bersifat keanak-anakan namun romantik serta penuh pengertian.

- Sumber: Astro Awani 

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap pegawai bank dan suami

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, kerana tidak hadir ketika sebutan kes itu hari ini. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pegawai bank dan suaminya, yang menghadapi pertuduhan memindah dan mengeluarkan wang RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mereka gagal hadir di mahkamah.

Hakim Norsharidah Awang mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, kerana tidak hadir ketika sebutan kes itu hari ini.

Norsharidah turut memerintahkan notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada penjamin kedua-dua tertuduh yang juga gagal hadir di mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pada 20 Ogos 2014, Nur Shila mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran Khan.

Nur Shila turut berdepan empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, dua pertuduhan menipu dan dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun dua mangsa MH370 iaitu Ju Kun, warganegara China, dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.

Sementara itu, Basheer Ahmad Maula mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kad debit dan kad ATM akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan.

Dia juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang sama daripada akaun simpanan yang sama.

Nur Shila didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai 2014 manakala suaminya di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei 2014 dan 11.28 malam 29 Jun 2014. 

- Source: Bernama 

Tersebar di WhatsApp - Ops Raya Cina tidak benar



AUTA

Satu mesej tersebar di laman sosial dan aplikasi pesanan WhatsApp yang menyatakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat satu operasi dikenali sebagai ‘Ops Raya Cina’ dalam tempoh terdekat.

Mesej itu menyebut JPJ memutuskan untuk membuat operasi berkenaan setelah mengusulkan perkara itu dalam satu mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat agensi tersebut di Putrajaya, Rabu lalu.

Menurut pesanan itu, operasi tersebut akan dijalankan di seluruh negara dengan anggota JPJ membuat penyamaran, iaitu tanpa memakai pakaian seragam dan tidak menggunakan kenderaan jabatan itu.

“Setiap anggota diberikan sasaran 15 saman seorang. Mesyuarat memutuskan pesalah-pesalah ini akan diberi surat saman secara pos kepada pemilik dan denda tidak kurang RM1,000,” menurut mesej berkenaan.

FAKTA

JPJ menafikan penyebaran maklumat mengenai operasi itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi itu, JPJ memaklumkan mesej berkenaan adalah palsu dan dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“JPJ ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan itu tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, JPJ menjelaskan, pengurusan tertinggi jabatan tersebut tidak pernah menetapkan sasaran bagi kepada setiap anggotanya untuk mengeluarkan 15 saman seperti yang didakwa di dalam pesanan itu.

“Sehubungan itu, kami (JPJ) ingin menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui media sosial ataupun aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan JPJ sendiri,” kata jabatan itu.

- Sumber: Sinar Harian 

Golden Globes open with tribute to Paris attack victims

Joshua Jackson, left, and Diane Kruger pose with a sign reading "Je Suis Charlie" at the 72nd annual Golden Globe Awards at the Beverly Hilton Hotel on Sunday, Jan. 11, 2015, in Beverly Hills, Calif. (Photo by Jordan Strauss/Invision/AP)

LOS ANGELES: The Golden Globes -- the first major event in Hollywood's awards season -- opened Sunday with a show of solidarity with France after terrorist attacks and a pledge of support for freedom of expression.

Comic duo Tina Fey and Amy Poehler opened the three-hour show -- second only to next month's all-important Oscars -- with a monologue making fun notably of the recent Sony Pictures hack and the firestorm over "The Interview," a farce about killing North Korea's leader.

The duo joked that the evening was to celebrate "all the movies that North Korea was okay with."

The evening took a more serious turn when the head of the Hollywood Foreign Press Association -- which hands out the Globes -- brought the audience at the Beverly Hilton to its feet with a pledge to support freedom of expression in the wake of both the Sony hack and the French attacks.

"Together we will stand united against anyone who will repress free speech, anywhere, from North Korea to Paris," said HFPA chief Theo Kingma.

On the red carpet, several stars including George Clooney, Helen Mirren and Kathy Bates displayed the "Je Suis Charlie" sign that has become a rallying cry in the wake of the deadly gun attack on French satirical weekly Charlie Hebdo.

'Birdman' eyes glory

While an eve-of-show computer glitch appeared to suggest two other films could take the top prizes, "Birdman" is still in strong position with the most nominations at seven.

The movie, starring former "Batman" Michael Keaton as a washed-up film actor trying to revive his career on stage, earned the most nominations with seven, on top of a string of accolades and other nominations leading up to the Globes.

Coming-of-age drama "Boyhood" and Nazi code-breaking thriller "The Imitation Game" starring Britain's Benedict Cumberbatch are also hotly tipped to take home trophies with five nods apiece.

J.K. Simmons won the first prize of the night -- the best supporting film actor Globe for his performance as a bullying jazz drumming teacher in "Whiplash."

"Fargo" took home the prize for best miniseries or television movie, while "Transparent" won Amazon's first Golden Globe, for best comedy/musical television series.

Real-life dramas

This year's crop of nominated movies is heavy on true stories: four of the five Globes best drama contenders are based on real-life events.

Among the historical figures featured are British geniuses Stephen Hawking and Alan Turing, and Martin Luther King Jr.

In the best musical or comedy category, the widely acclaimed "Birdman" still seems to be the film to beat.

The movie also earned nods for best actor for Keaton, best supporting actor (Edward Norton), best supporting actress (Emma Stone) and best director (Mexico's Alejandro Gonzalez Inarritu).

Its rivals include Wes Anderson's "The Grand Budapest Hotel," Disney's dark musical fairytale romp "Into the Woods," "Pride" and "St Vincent"

On the drama side, the best film contenders are: "Boyhood," "Foxcatcher," "The Imitation Game," "Selma" and "The Theory of Everything."

Barely 48 hours before the curtain goes up for the 72nd Globes ceremony, a website glitch appeared to suggest that "Selma" and "Into the Woods" could be set for best film honors.

The films were briefly posted on the Globes website as winning the best drama and best musical/comedy film awards, before the captions were taken down, according to industry journal Variety.

A spokesman said the films were chosen "randomly" from nominees' lists as Web technicians fine-tuned the website ahead of the show, and that the captions should not have been live.

Open TV field

On the small screen, "Fargo" had the most nominations at five. In the television categories, critics see a free-for-all now that the widely acclaimed "Breaking Bad" is no longer on the air or in the running.

A victory for Netflix's "House of Cards" for best drama series after Amazon's win for "Transparent" for best comedy would highlight the increasing influence of online streaming providers as they battle the traditional broadcast and cable networks.

Unlike the Oscars, which are voted on by some 6,000 industry members of the Academy of Motion Picture Arts and Sciences, the Globes are selected by fewer than 100 journalists from the Hollywood Foreign Press Association.

But a Globes win can still provide a huge boost for an Oscars campaign. Oscar nominations will be announced on Thursday. The Academy Awards will then be held on February 22. 

- Source: AFP 

Sedekah RM5 samun RM4,000



ALOR PONGSU - Seorang warga emas tidak menyangka wang sedekah RM5 yang diterima dari seorang lelaki berkopiah menyebabkan dia kerugian RM4,000 selepas disamun individu itu di rumahnya di Kampung Parit Lebai Kadir, di sini 8 Januari lalu.

Lebih menyedihkan, Radiah Ismail, 71, juga kempunan bantuan banjir dijanjikan lelaki terbabit sesudah wang tunai dan barang kemas miliknya lesap.

Anak mangsa, Mohammad Shafiee, 32, berkata, ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, ibunya bersendirian di dapur sambil mengupas buah nangka sebelum didatangi seorang lelaki berkopiah.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa mahu menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Kerian dan meminta mangsa memberikan kad pengenalan kepadanya untuk mengisi borang permohonan.

“Sebaik sahaja menemui emak saya, lelaki itu terus menghulurkan wang tunai RM5 sambil menunjukkan sejumlah wang tunai yang banyak di dalam begnya, kononnya untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

“Bagaikan dipukau, emak segera menurut arahan lelaki itu supaya ambil kad pengenalan dalam beg duit yang digantung di bahagian penjuru ruang tamu rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mohammad berkata, selepas menerima kad pengenalan ibunya, suspek meminta mangsa mengambil segelas air di dapur.

Menurutnya, ibunya terkejut lihat individu terbabit tergesa-gesa beredar dari rumahnya sebaik keluar dari dapur.

“Emak saya panggil lelaki itu yang tergesa-gesa naik motosikal dan ajak minum air disediakan, namun dia menolak dengan alasan perlu urus permohonan mangsa banjir lain.

“Ketika emak saya mahu simpan kad pengenalannya, dia terkejut beg duit digantung pada penjuru dinding ruang tamu rumah lesap,” katanya.

Mohammad berkata, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepadanya dan laporan dibuat di Balai Polis Bagan Serai.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian hampir RM4,000 apabila wang tunai berjumlah RM550, seutas rantai dan sebentuk cincin disimpan di dalam beg duit itu lesap dikebas suspek.

“Sewaktu buat laporan polis, kami dimaklumkan satu lagi kejadian hampir sama berlaku kepada sepasang suami isteri di Kampung Parit Air Hitam 2 pada hari sama,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30-an dan dipercayai tiada kaitan dengan penyamaran pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.

Beliau turut mengesahkan kejadian kedua melibatkan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Parit Air Hitam 2, pada petang hari sama dan mangsa kerugian RM2,000.

- Sumber: Sinar Harian 

Kami akan lindungi identiti peminat, kata penganjur acara K-Pop

Pihak penganjur mendakwa peminat terpilih sudah memberi kebenaran untuk mengikuti aktiviti di atas pentas.

KUALA LUMPUR: Berikutan insiden kurang menyenangkan yang kini hangat diperkatakan mengenai tingkah laku beberapa peminat perempuan Melayu Islam yang terlalu teruja dengan kumpulan artis K-Pop, B1A4, pihak penganjur acara berkenaan, TGM Events tampil menjelaskan duduk perkara melalui laman Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah isi kandungan penjelasan tersebut:

Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4) Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis. 

- Sumber: Astro Awani 

Bintang muda Wolfsburg meninggal dunia

Pihak polis telah mengesahkan pemain kebangsaan Belgium itu meninggal dunia di tempat kejadian.

KUALA LUMPUR: Pemain muda yang semakin meningkat naik Junior Malanda, 20 yang beraksi untuk Wolfsburg di Bundesliga telah diisytiharkan meninggal dunia apabila terlibat dengan kemalangan maut di Bielefeld, Jerman.

Pihak polis telah mengesahkan pemain kebangsaan Belgium itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan terbabit terkeluar dari jalan raya dan merempuh penghadang jalan raya sebelum berpusing beberapa kali namun ada seorang yang tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal ditempat kejadian, dan individu itu adalah Bernhard Geoffrey Malanda Adje," ujar pihak polis.

Malanda, 20 telah dijadualkan untuk terbang ke Afrika Selatan untuk menjalani latihan bersama pasukannya Wolfsburg menjelang bermulanya Bundesliga selepas cuti rehat selama sebulan.

Pemain itu menyertai Die Wolfe pada tahun 2013 dari Zulte Waregem dan pernah juga bersama Anderlecht dan Lille pada permulaan kariernya.

Kali terakhir Malanda beraksi adalah ketika mereka bertemu Colongne pada 20 Disember.

Junior Malanda merupakan salah satu dari bintang muda yang meningkat naik dan sentiasa sahaja menjadi tumpuan pasukan gergasi Eropah lain.

Persatuan Bolasepak Belgium telah mengeluarkan kenyataan menyampaikan takziah mereka kepada keluarga dan sahabat Junior Malanda. 

- Sumber: Astro Arena 

29 ditahan sedang khayal ketika sambut hari lahir

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata serbuan kira-kira 3 pagi itu menyaksikan penahanan 10 wanita dan 19 lelaki. - Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Sebanyak 29 individu termasuk dua anggota polis bantuan sebuah bank tempatan ditahan ketika sedang khayal disyaki akibat penggunaan dadah di bilik sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata serbuan kira-kira 3 pagi itu menyaksikan penahanan 10 wanita dan 19 lelaki.

"Hasil pemeriksaan di bilik itu, polis menjumpai pelbagai jenis dadah antaranya 15 pil ecstasy, sebiji pil erimin 5, bekas air lima liter yang disyaki berisi air ketum dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ketamin," katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua yang ditahan berumur antara 20 dan 37 tahun dan bekerja antaranya sebagai juruteknik, pemandu, pekerja bank selain polis bantuan.

Mohd Shukor berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu sedang meraikan hari lahir seorang daripada mereka ketika serbuan dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Sumber: Bernama

Kotak hitam pesawat QZ8501 ditemui

Namun begitu pasukan itu gagal mengeluarkannya ekoran terhimpit di bawah serpihan pesawat. - Gambar Fail

JAKARTA: Anggota kumpulan penyelam Indonesia pada Ahad berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu bersama 162 penumpang, kata Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB).

Namun begitu pasukan itu gagal mengeluarkan kotak hitam ekoran terhimpit di bawah serpihan pesawat.

“Pasukan penyelam di kapal Jadayat berjaya menemui peralatan penting, kotak hitam pesawat QZ8501,” kata Tonny Budiono, seorang pegawai kanan kementerian itu di Jakarta.

Perakam suara dan data penerbangan itu ditemui pada kedalaman 30-32 meter, katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelam akan berusaha pada Isnin untuk mengalihkan serpihan pesawat itu bagi mendapatkan kotak hitam itu.

“Sekiranya usaha itu masih gagal, kami akan menggunakan belon untuk mengapungkan serpihan pesawat seperti mana yang kami lakukan ketika mengangkat ekor pesawat yang lalu,” kata Tonny.

Sementara itu pengarah pasukan SAR, S.B. Supriyadi pada awalnya memaklumkan serpihan pesawat yang dipercayai bahagian badan pesawat itu telah berjaya dikesan berhampiran isyarat ping kotak hitam terbabit.

Sehingga kini katanya, 48 mayat telah berjaya ditemui.

Kata Supriyadi, pihaknya percaya lebih banyak mayat terperangkap di bahagian kabin pesawat dan akan ditemui. Bahagian ekor pesawat telah berjaya diangkat pada Sabtu.

- Sumber: AFP

Fuhlamak! Kursus 'selfie' Kini diajar di kolej


Subjek fotografi di pusat pengajian tinggi mungkin sudah biasa didengar, bagaimana pula dengan kursus 'selfie'? Tentu pelik bukan? Namun, itulah kursus yang ditawarkan oleh sebuah kolej di London khusus untuk penggemar selfie.

Ianya memberi peluang kepada individu yang berminat untuk mendapatkan ilmu lanjutan secara teori dan praktikal berkenaan kegilaan mengambil gambar sendiri itu.

Antara mata pelajaran yang dimuatkan dalam kursus ini adalah teori dan praktikal tentang pengenalan selfie. Selain itu, penuntut perlu menghadiri ceramah, mengadakan sesi pembentangan, seminar, perbincangan dan kerja bersama pasukan.

Kursus ‘Seni Potret Diri Sendiri’ mengambil masa selama sebulan bakal bermula pada Mac depan dan yuran sebanyak £132 (RM712) dikenakan buat individu yang berminat.

- Sumber: MH Online

SHARIFAH ALEYA SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI


Tahniah diucapkan kepada pelakon dan bekas penyampai Hot FM, Sharifah Aleya yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, kira-kira jam 5.55 pagi tadi. 

Leya telah berkongsi berita gembira ini bersama pengikutnya di Instagram dengan disertakan bersama status;

"Alhamdulillah, pada jam 5.55pg td (9.1.15), saya telah pun selamat melahirkan anak lelaki (2.5kgs) secara normal. Namanya InsyaAllah akan ditetapkan dan dikongsikan kelak. Terima kasih atas segala doa2 dan kata2 semangat anda semua. Alhamdulillah," tulisnya. 

Untuk rekod, cahaya mata lelaki ini adalah hasil perkongsian hidup bersama Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko yang dikahwininya pada 11 Januari tahun lalu. 

Sebelum ini, Leya telah memiliki sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena, 5, hasil perkahwinan bersama bekas suami, pemuzik dan komposer Muhammad Ashraf Aasimudin.

- Sumber: MH Online | Januari 9

Video gadis Melayu ‘dipeluk’ K-pop jadi viral

    • Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral


  • Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral
  • Video gadis Melayu ‘dipeluk’ K-pop jadi viral

KEDATANGAN kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di Kuala Lumpur semalam ternyata ‘mengejutkan’ banyak pihak.

Apa tidaknya video yang disebar di laman media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu yang manis bertudung tidak segan silu dipeluk dan dicium oleh artis Kpop berkenaan di atas pentas.

Adegan tersebut ternyata mengundang kritikikan pedas daripada pelayar media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan ‘adegan’ tersebut.

Kumpulan Kpop tersebut membuat persembahan bersempena KL Live Center Kuala Lumpur semalam, konsert tersebut dianjurkan oleh Acer.

- Sumber: Sinar Harian | Januari 11, 2015