Saturday, 21 March 2015

Juventus consider Radamel Falcao swoop

   


Juventus could use the Champions League quarter-final with Monaco to discuss Radamel Falcao, who won’t remain at Manchester United.

This isn’t the first time that Juve have been linked with Falcao, who was a target before he opted to go on loan to Old Trafford.

The Colombian international is due to return to Monaco at the end of the season and Tuttosport claim Juve directors Fabio Paratici and Beppe Marotta will use the Champions League to talk business.

There would be a huge stumbling block, as the Bianconeri would baulk at Falcao’s €12m per season wages.

It has been reported that Manchester United paid €12m just to have Falcao on loan with an option to buy for a further €55m.

They need a new forward to replace Carlos Tevez, who will return to Boca Juniors either this summer or in 2016.

He isn’t the only player Juventus want to discuss with Monaco, as they are also tracking youngsters Geoffrey Kondogbia and Anthony Martial.

Read the original article on Football Italia - The ultimate website for English-speaking fans of Italian football.

- Source: Eurosport 

Keanu Reeves and Jim Carrey to star in 'The Bad Batch'

The love story, from Annapurna Pictures and VICE, will be set in the wastelands of Texas and production is set to start in Los Angeles in April. - File Photo

HOLLYWOOD: Keanu Reeves, Jim Carrey and Suki Waterhouse have all been lined up to star in "The Bad Batch" directed by Ana Lily Amirpour.

Actor Jason Momoa has also been confirmed as a cast member, reports Deadline, while Amirpour is also writing the screenplay.

The love story, from Annapurna Pictures and VICE, will be set in the wastelands of Texas and production is set to start in Los Angeles in April.

Amipour is known for her directorial debut "A Girl Walks Home Along at Night," for which she won a Gotham Award. 

- Source: AFP RELAXNEWS

Gadis Mumbai seret lelaki yang cuba mencabulnya ke balai polis

PRADNYA: Wanita bukan objek untuk disentuh sembarangan. - Foto sumber Facebook Pradnya Mandhare

MUMBAI: Ketika kes rogol dan cabul dikhautiri semakin berleluasa di seluruh India, seorang gadis di negeri Maharashtra telah memberanikan diri untuk berdepan sendiri dengan pihak yang mengancam keselamatannya, lapor media tempatan.

Tanpa mengharapkan bantuan masyarakat sekeliling, Pradnya Mandhare yang diserang seorang lelaki mabuk di stesen kereta api Kandivali, Mumbai minggu lalu bukan sahaja melawan semula malah telah menggenggam rambut lelaki berkenaan dan menyeretnya ke balai polis berdekatan.

Pradnya berusia 20 tahun yang merupakan penuntut Sarjana Media Massa tahun ketiga di Kolej Sathaye, Vile Parle itu berhenti di stesen tersebut sewaktu mahu pulang ke rumahnya di Borivoli.

Pada pukul 2.30 petang, sementara menunggu kereta api yang seterusnya. Seorang lelaki mabuk mendekatinya dan mula meramas tubuhnya secara paksa. 

“Apabila saya cuba mengelakkannya, dia memegang saya. Pada mulanya saya terkejut selama beberapa saat, namun saya kemudiannya memukul lelaki itu dengan beg saya,” ujarnya kepada pihak media tempatan.

Lebih mengejutkan, tiada seorangpun anggota masyarakat yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu. Pradnya akhirnya mendapat kekuatan lalu menggenggam rambut lelaki tersebut lalu menyeretnya ke balai polis keretapi yang berhampiran.

“Kebanyakan wanita akan jadi takut untuk berjumpa pihak polis kerana proses memfailkan aduan adalah sangat panjang. Tapi itu tidak membuatkan saya teragak-agak untuk membawanya ke pihak berkuasa.

“Setiap wanita perlu melawan semula dalam kes-kes seumpamanya dan tidak harus berdiam diri. Wanita bukan objek untuk disentuh sembarangan,” ujar Pradnya. 

- Sumber: Agensi 

Lelaki masih sempat berselfie setelah ditembak penjenayah

Gambar selfie Isaac Martinez dalam keadaan berlumuran darah dan ketika menerima rawatan di hospital. - Foto sumber Snapchat Isaac Martinez

KUALA LUMPUR: Kegilaan berkongsi gambar ke akaun media sosial sudah sampai ke tahap ‘parah.’

Terbaharu, seorang lelaki dari Arizona, Amerika Syarikat yang ditembak penjenayah sempat mengambil gambar selfie keadaan dirinya yang berlumuran darah, lapor portal berita negara itu.

Ketika kejadian, Martinez, 20, yang bekerja di restoran Bistro 13, di East Valley Institute of Technology pada Rabu telah dihampiri seorang lelaki yang meminta dia menyerahkan kunci kereta milik jurulatih tukang masaknya.

Apabila Martinez enggan menuruti kehendaknya, suspek melepaskan tembakan ke arahnya dan membawa lari kereta tersebut.

Namun ketika menahan kesakitan, Martinez sempat pula mengambil gambar selfie keadaan dirinya dan dimuat naik ke aplikasi sosial Snapchat.

Dia yang kemudiannya dihantar ke hospital telah sekali lagi mengambil gambar keadaan dirinya yang terbaring di katil wad, dengan kesan tembakan yang jelas di bahagian bahunya.

Selepas menerima rawatan, Martinez dibenarkan pulang. 

Sebagai seorang yang aktif di laman sosial, dia telah mengemas kini status untuk dilihat oleh kira-kira 1,200 kenalannya di Facebook.

Katanya: “Saya sudah berada di rumah dan dalam keadaan baik! Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan boleh sembuh.

“Sebutir peluru telah menembusi bahu hingga ke bahagian belakang saya. Jika tinggi atau rendah sikit, ia mungkin terkena arteri atau mematahkan tulang bahu. Ini satu keajaiban!”

Mengimbau kejadian, suspek mendekatinya dan mendesak agar diberikan kunci kereta. Setelah permintaannya ditolak, suspek mengeluarkan pistol dan diacukan kepadanya.

“Saya berundur ke belakang dan menjerit supaya orang lain yang berada di situ agar tunduk dan berlindung.

“Apa yang berlaku selepas itu adalah saya rebah ke tanah. Saya bingkas bangun dan terus berlari.

"Pada masa sama, saya melihat lelaki yang menyerang saya sudah membawa lari kereta tersebut dan memecut meninggalkan tempat kejadian,” ujarnya yang kemudian berjalan ke pos polis berdekatan.

Suspek, Ryan Elliot Giroux yang berusia sekitar 40-an, baru sahaja dibebaskan dari penjara Arizona dan pernah terlibat dalam pelbagai kes jenayah melibatkan kes pecah rumah dan pemilikan ganja.

- Sumber: Agensi 

Sarawak isytihar perang Pati

Adenan Satem

KUCHING - Selepas 'perang' terhadap kegiatan pembalakan haram membuahkan hasil, kerajaan negeri Sarawak kini mengisytiharkan ‘perang ‘ terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati).

Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satem semasa mengumumkan perkara itu hari ini berkata, langkah itu perlu diambil sebelum masalah Pati di negeri ini menjadi besar dan sukar untuk diatasi.

Beliau berkata kini terdapat banyak Pati terutama orang Suluk dan Bajau dari Filipina khususnya di Miri. 

"Mereka ini perlu segera ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sebelum menimbulkan masalah besar yang sukar diselesaikan di kemudian hari," katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhutanan Antarabangsa peringkat negeri di sini, hari ini.

Adenan berkata Jabatan Imigresen telah dimaklumkan tentang masalah Pati dari Filipina itu sejak setahun lalu tetapi tidak mengambil tindakan penguatkuasaan tegas dan sehubungan itu beliau telah mengarahkan jabatan segera bertindak tegas untuk menahan Pati terbabit.

Beliau bagaimanapun mahu supaya Pati yang ditahan dilayan baik, sesuai dengan layanan yang sepatutnya diberi kepada manusia terutama dalam kalangan kanak-kanak dan ibu mereka.

Sementara itu, Adenan berkata operasi antipembalakan haram, yang dilancarkan sejak beliau menjadi ketua menteri kini mulai membuahkan hasil.

Katanya, setiap hari pasukan penguat kuasa Jabatan Hutan melancarkan serbuan dan rampasan kayu balak yang ditebang secara haram.

Beliau turut mengingatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bahawa tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersekongkol dengan syarikat terbabit dalam kegiatan pembalakan haram.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga merancang untuk memperluaskan taman negara dan kawasan hutan simpan di negeri ini.

"Kita berharap pada suatu hari nanti kita menebang dan menjual kayu balak dari kawasan hutan yang ditanam, manakala hutan semula jadi kita dikekalkan.

"Bagaimanapun buat masa ini kita tidak boleh berbuat demikian kerana kawasan hutan tanam kita masih tidak mencukupi untuk menghasilkan kayu balak yang mencukupi," katanya.

Adenan berkata semua itu perlu dilaksanakan bagi memulihara hutan tropika untuk generasi akan datang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hutan negeri Sapuan Ahmad berkata, penguat kuasa jabatan berkenaan akan memperluaskan lagi operasi pembanterasan pembalakan haram. - Bernama

Pengantin bingung tempahan makanan kena GST

Laila tertekan untuk menyediakan makanan semasa majlis perkahwinannya.

KANGAR - Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan depan kecewa, apabila tempahan makanan yang dibuatnya oleh sebuah syarikat katering Januari lalu dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bakal pengantin yang mahu dikenali sebagai Laila berkata, dua hari lalu dia dihubungi syarikat tersebut memaklumkan makanan yang ditempahnya akan dikenakan GST sebanyak enam peratus.

“Saya hairan kenapa saya dikenakan GST sedangkan semasa saya membuat tempahan awal tahun lalu, syarikat tersebut memberitahu pihaknya tidak mengenakan GST.

“Saya sudah buat pembayaran pendahuluan kira-kira RM600 pada Januari lalu dan bakinya kira-kira RM10,000 lagi akan dibayar seminggu sebelum majlis,” katanya.

Menurutnya, dia masih tidak faham dengan tindakan syarikat katering dari Jitra, Kedah itu untuk mengenakan GST terhadap tempahan makanannya sedangkan tempahan dibuat lebih awal.

Katanya, kenaikan harga makanan yang ditempah itu menyebabkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan melebihi sepatutnya.

“Saya akan adakan kenduri pada bulan depan, sekiranya saya hendak membatalkan tempahan, saya risau tidak ada syarikat katering yang akan terima tempahan di saat akhir.

“Jika saya dimaklumkan lebih awal, ia memudahkan saya untuk membuat perkiraan,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat katering tersebut ketika dihubungi menjelaskan syarikat itu sudah berdaftar dengan pihak Kastam dan mereka diwajibkan mengenakan GST sebanyak enam peratus kepada pelanggan yang menerima tempahan makanan pada bulan April.

“Pihak kami baru saya menerima pengesahan bahawa syarikat perlu mengenakan GST, jadi sebaik menerima pengesahan tersebut kami terus menghubungi pelanggan.

“Pelanggan masih boleh membuat pilihan sama ada mahu meneruskan tempahan atau membatalkan tempahan. Sekiranya mereka mahu membatalkan tempahan, pihak syarikat akan pulangkan kembali wang pendahuluan yang sudah dibayar,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Juruterbang wanita China jadi perhatian di LIMA 2015

LANGKAWI: Juruterbang wanita China yang menjadi viral di laman sosial sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2015 akhirnya muncul di khalayak ramai.

Pada satu sesi ringkas petang tadi, juruterbang wanita itu dibawa ke Dewan Pameran LIMA untuk bertemu dengan orang ramai .

Pada sesi tersebut, orang ramai berkesempatan bergambar dan mendapatkan autograf daripada juruterbang berkenaan.

Hanya tiga daripada empat juruterbang wanita itu yang tampil iaitu Yu Xi, Tao Jia dan Sheng Yi Fei kerana seorang lagi rakan mereka terpaksa menjalani latihan untuk persembahan hari berikutnya.

Empat juruterbang pesawat tempur wanita China tersebut menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya penampilan dan juga kewibawaan mereka.

Lebih mengujakan, empat wanita jelita tersebut akan akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan penutup LIMA pada edisi kali ini.

Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yi Fei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa.

Mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempena ulang tahun pengasasan republik China yang ke-60 pada tahun 2009.

Mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Penerbangan Antarabangsa di Guangdong, China pada November lalu. 

- Sumber: Astro Awani 

Cara mengenali bungkusan Milo asli dan palsu

Foto ihsan Facebook Milo Malaysia

SHAH ALAM - Milo Malaysia memberitahu cara mudah untuk membezakan bungkusan Milo asli dengan bungkusan Milo palsu, semalam.

Pendedahan melalui laman Facebook 'Milo Malaysia' berkenaan memberitahu bahawa bungkusan plastik Milo asli dilakukan oleh mesin dan bahagian atas bungkusan tersebut tidak sempurna.

Pendedahan berkenaan juga menunjukkan bungkusan plastik Milo tiruan akan mempunyai bahagian atas mempunyai kesan gerigi yang sempurna.

Namun, pendedahan yang dibuat oleh Milo Malaysia menimbulkan persoalan selepas beberapa pelayar mempersoalkan kesempurnaan potongan yang dibuat oleh mesin pembungkusan produk Milo.

"Ini sangat mengelirukan. Maksud anda mesin (kepunyaan Milo) tidak memotong dengan sempurna? Jadi potongan tidak sempurna adalah (Milo) asli? Potongan sempurna pula adalah yang palsu? Anda pasti?" kata seorang pelayar, Iven Neoh.

"Sekarang saya tertanya jika Milo tin yang saya beli palsu (atau tidak). Saya tidak pernah beli Milo dalam beg (plastik). Ada sesiapa boleh beri saya maklumat?" kata Kimme Cheah.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Sabtu lepas.

- Sumber: Sinar Harian 

Sham Real X meninggal dunia, selamat dikebumikan

  • Sham Real X meninggal dunia, selamat dikebumikan
  • Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar. - Foto Sinar Harian oleh RIDAUDDIN DAUD

KUALA KANGSAR - Bekas pemain dram kumpulan rock tanah air, Real X menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Kangsar, petang semalam.

Ahmad Hishamsul Yahya, 42, atau lebih dikenali sebagai Sham Real X selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar, hari ini.

Urusan pengebumian Allahyarham selesai kira-kira jam 11 pagi yang turut dihadiri sanak saudara serta kenalan arwah.

Beberapa rakan artis dilihat turut hadir memberikan penghormatan terakhir antaranya Shah Slam.

Sepupunya yang enggan dikenali berkata, Sham Real X meninggal dunia akibat menghidap penyakit jantung dihidapinya.

“Arwah kerap juga membuat rawatan susulan di Kuala Lumpur bagi merawat penyakitnya itu. Apabila penyakitnya menyerang, memang arwah kelihatan lemah saja.

“Malam kelmarin (Rabu), arwah tidak boleh tidur sampai 3 pagi disebabkan sakitnya itu. Kemudian rakannya datang mengurut, barulah arwah boleh tidur lena.

“Tengah hari semalam, arwah rasa semakin teruk dan mengadu lapar. Arwah hanya sempat jamah tiga suap sebelum terus dibawa ke hospital,” katanya

Sham Real X melakar nama dalam industri hiburan selepas menganggotai kumpulan rock Real X yang menampilkan bekas penyanyi kumpulan XPDC, Mail dan menjadi kegilaan ramai pada era 90-an.

Beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pernah membawa watak sebagai seorang anggota kumpulan Malaikat Maut dalam filem Rock.

- Sumber: Sinar Harian | 20 Mac 2015 

Fenomena Ekuinoks mulai tengahari esok

gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks - yang berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa - bermula tengah hari esok (Sabtu).

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mansor berkata fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.

"Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing.

"Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya pada sidang media selepas penstriman secara langsung Fenomena Gerhana Matahari Penuh di Planetarium Negara di sini, hari ini.

Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Sementara itu, penstriman secara langsung itu bertujuan menyaksikan Gerhana Matahari Penuh di utara Kepulauan Faroe di Lautan Norway. 

Gerhana Matahari Penuh itu mengambil masa empat jam sembilan minit bermula pada 3.41 petang dan berakhir pada 7.50 petang waktu Malaysia. 

"Fenomena ini berlaku pada 8.41 pagi waktu Kepulauan Faroe dan kemuncaknya berlaku pada 10.15 pagi ketika itu. Ketika inilah (10.15 pagi) penduduk di sekitar kawasan itu akan mengalami waktu gelap selama 2 minit," katanya.

Selain kawasan kepulauan Faroe, fenomena itu juga dapat dilihat di kawasan Lautan Artik dari Greenland ke Norway.

Mohd Zamri berkata fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di antara Bumi dan Matahari yang penduduknya dapat melihat bayang-bayang matahari secara penuh atau separa.

"Fenomena kali ini merupakan fenomena gerhana matahari penuh terakhir buat penduduk Eropah sebelum gerhana matahari penuh berikutnya pada 12 Ogos 2026," katanya. 

Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my ataupun laman sosial Facebook 'Agensi Angkasa Negara'. 

- Sumber: Bernama | 20 Mac 2015

Surat nikah anak PM viral di laman sosial palsu

Daniyar Kessikbayev menyarungkan cincin ke jari Nooryana Najwa selepas diijab kabulkan. Majlis akad nikah selamat disempurnakan di Seri Perdana, semalam.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu.

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jawi.

"Pihak Jawi ingin menegaskan bahawa surat perakuan nikah berkenaan adalah palsu," katanya dalam kenyataan di sini.

Jawi turut menyertakan salinan surat perakuan nikah palsu yang dilaporkan viral di media sosial dan salinan surat perakuan nikah asli bersama-sama kenyataan itu.

Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000.

Salinan dokumen asli yang diperoleh daripada Jawi memaparkan nilai mas kahwin ialah sebanyak RM5,000 tanpa menyatakan belanja hantaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan sendiri akad nikah pasangan itu dalam satu majlis di Putrajaya semalam.

Nooryana Najwa dan Daniyar mula berkenalan ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.

- Sumber: Bernama