Thursday, 24 April 2014

Pintu ke bilik harta sudah ditemui

Pintu ke bilik harta sudah ditemui
Pintu ke bilik menyimpan harta karun ditemui syarikat terlibat.

AYER KEROH - Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit.

“Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu.

“Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal.

Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui.

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini.

Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak kelak membuat tuduhan bahawa kita mengambil barangan di dalam bilik itu untuk diri kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, fasa kedua nanti membabitkan usaha mengenal pasti sama ada harta ditemui ini merupakan harta peninggalan Kesultanan Melaka atau sebaliknya.

-- Sinar Harian 

Pesawat Firefly berpatah balik, selamat mendarat di Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Firefly menuju ke Kota Bharu, terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah teknikal.

Firefly Airlines berkata pesawat FY1002/ MH9948 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 6.55 pagi tadi, terpaksa berpatah balik kerana masalah gear pendaratan.

"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Firefly Airlines, pesawat itu diarah berpatah balik ke Pulau Pinang.

"Ini adalah pendaratan biasa dan oleh kerana itu, pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang tidak dikerah," kata Firefly Airline di dalam satu kenyataan.

Firefly Airline berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Pulau Pinang pada pukul 7.30 pagi, hari ini.

"Kesemua 64 penumpang dan empat anak kapal yang berada di dalam pesawat telah diarahkan keluar dari pesawat.

"FY1002/MH9948 telah dijadualkan semula dan telah bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8:50 pagi dan selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 9:50 pagi."

-- ASTRO Awani 

Suami isteri maut minum racun akibat tekanan rumahtangga

MUAR:  Akibat tertekan dengan masalah rumahtangga, sepasang suami isteri maut apabila bertindak meminum racun rumput  di rumahnya di Taman Cempaka dekat Bukit Gambir di sini, semalam.

Pow Kim Chuan, 49, dan isterinya, Kang Yen Peng, 45, maut dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira jam 1 petang akibat pendarahan teruk organ dalaman.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari jiran mangsa selepas mendengar jeritan wanita dari arah bilik utama rumah berkenaan.

Jiran yang enggan dikenali berkata, dia segera ke rumah itu melihat Kim Chuan sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu.

Manakala isterinya ditemui terbaring atas katil bilik utama dalam keadaan tenat dan mengerang kesakitan.

Beliau menghubungi pusat  kesihatan berhampiran dan kedua-dua mangsa dihantar ke HPSF untuk rawatan lanjut,

Menurut jirannya, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa pasangan suami isteri berkenaan kerana  mereka  tidak pernah menunjukkan sebarang masalah di hadapan jiran.

Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga anak mangsa iaitu dua perempuan lingkungan usia 20an dan seorang lelaki berusia belasan tahun tiada di rumah kerana keluar bekerja dan ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak mengesahkan kejadian tersebut yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum mayatnya dituntut keluarga.

-- ASTRO Awani 

Lelaki bernafsu songsang terima padah

Lelaki bernafsu songsang terima padah
Suspek (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.


GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.

Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.

“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.

“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.

Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.

“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

-- Sinar Harian 

Penerbit TV Britain pilih Pulau Pinang sebagai lokasi penggambaran


GEORGE TOWN: Pulau Pinang sekali lagi dipilih sebagai lokasi penggambaran bagi drama bersiri. Kali ini, seorang penerbit televisyen Britain berada di sini untuk menerbit siri drama televisyen berjudul 'Indian Summers'.

Syarikat penerbitan, New Pictures Ltd., dari London dengan kerjasama syarikat tempatan, Biscuit Films Sdn Bhd, akan menjalankan penggambaran 10 episod pertama drama tersebut di sini.

Ketua Eksekutif New Pictures, Charlies Pattinson, yang juga penerbit eksekutif 'Indian Summers', berkata beliau mencari lokasi terbaik untuk penggambaran siri drama itu.

"Sejak beberapa minggu lepas, saya meninjau India, Sri Lanka, Johor Baharu, Kuala Lumpur Bukit Fraser dan Cameron Highlands tetapi semua itu tidak berkenan di hati sehingga saya singgah di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita sebelum majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri bagi penggambaran drama bersiri itu, di sini hari ini.

Tahun lepas, kru penerbitan dan barisan pelakon siri komedi dari Hong Kong, 'Outbound Love', berada selama sebulan untuk sesi penggambaran di Pulau Pinang sebelum ke Kuala Lumpur.

Pattinson berkata antara lokasi penggambaran di pulau tersebut ialah Hotel Crag dan Woodside Bungalow di Bukit Bendera, Muzium Negeri, Suffolk House dan Balik Pulau.

"Rakan kami di Malaysia iaitu Biscuit Films dan kami akan memulakan penggambaran bersama pelakon dan kru Britain dan Malaysia pada Isnin ini," katanya sambil menambah penggambaran 10 episod drama itu akan berjalan sehingga akhir Oktober ini.

'Indian Summers' dengan berlatar belakang bandar Simla di kaki bukit Banjaran Himalaya India, mengisahkan hari-hari terakhir British Raj, penjajah British yang berada di India antara tahun 1932 hingga 1947.

Terdahulu, syarikat penerbitan British itu memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri untuk menyewa Hotel Crag dari sekarang hingga Disember 2015 pada kadar RM650,000.

Selain itu, syarikat berkenaan juga akan menyewa Woodside Bungalow pada kadar RM120,000 setahun untuk tempoh lima tahun bermula bulan ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata syarikat penerbitan itu akan memulihkan bangunan yang usang itu untuk penggambaran drama bersiri itu.

"Para penerbit juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mewujudukan infrastruktur penggambaran lestari untuk kembali bagi siri penggambaran akan datang serta memastikan lokasi penggambaran sekarang akan dilindungi dan diselenggara dengan baik sepanjang tempoh penggambaran," katanya.

--BERNAMA 

Serpihan yang ditemui di pantai Australia tiada kaitan dengan pesawat

Usaha pencarian diteruskan - Foto AFP


PERTH: Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menolak sebarang kaitan serpihan yang ditemui di Pantai Australia dengan pesawat MH370.

Serpihan yang digambarkan sebagai ‘bahan yang tidak dikenali’ telah ditemui pada Rabu di pantai berdekatan Augusta iaitu lebih 300 kilometer dari selatan Perth.

Bahan yang tidak dikenali itu dijumpai oleh orang awam dan telah diserahkan kepada pihak polis.

ATSB telah memeriksa gambar-gambar dari bahan tersebut untuk mengenalpasti sama ada ia ada kaitan dengan pesawat MH370.

Gambar-gambar tersebut turut diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia.

Bagaimanapun, penerangan Ketua Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap penemuan berkenaan.

“Kami mengkaji dengan teliti gambar-gambar yang diserahkan oleh pihak polis kepada ATSB dan kami amat yakin bahawa penemuan tersebut tiada kaitannya dengan pesawat MH370” kata beliau kepada ABC.

“Kami akan terus mencari apa-apa kemungkinan yang boleh membantu siasatan, namun penemuan bahan ini sememangnya tidak dapat membantu dalam misi pencarian” katanya.

Dolan turut berkata bahan yang tidak dikenali itu adalah lembaran besi dengan beberapa skru rivet.

“Penemuan yang menarik untuk dilihat, namun tidak seperti yang kita harapkan” jelas Dolan yang mengesahkan perkara itu pada Rabu malam.

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi.

Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi". - AFP 

Countries with GST, and Malaysia perspective

To begin with, I'll state here that I am for the implementation of the GST (Goods &Services Tax) in Malaysia. Whether you agree to it or otherwise, 160 countries in the world think VAT/GST is the one that is right for them.

In the ASEAN region, only Malaysia, Myanmar and Brunei have yet to adopt this taxation system.

I read that many people are unhappy with the proposed GST rate of 6% as they are worried that this will quickly be revised and it won't be too long before it becomes double that figure. I think this is unlikely and by right it should not be the case. You don't need to be unduly worried.

Take the following cases for example - many countries did not change their GST/VAT rates after so many years of implementation:

Source: ASTRO Awani 


I say we are in the right direction. We just need to have an efficient way of enforcing the implementation, and transparent way of spending the extra billions of Ringgit collected.

You can find out here what are the goods and services exempted from GST.


Article sourced from: The Green Mechanics