Saturday, 2 November 2013

Misteri tapak kaki gergasi di Marang

Misteri tapak kaki gergasi
Perbezaan saiz antara kesan tapak kaki yang ditemui dengan kaki manusia.

Misteri tapak kaki gergasi
Pak Rani mengukur tapak kaki bersaiz besar yang berukuran kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar.

Misteri tapak kaki gergasi
Mohd Zullaidi menunjukkan salah satu kesan tapak kaki yang ditemui dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Marang.


MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.

Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.

Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.

“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal.

“Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.

Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.


Penemuan bukan kali pertama

Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung.

“Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat ‘makhluk gergasi’ yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan,” katanya.

Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan ‘big foot’ iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya.

“Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki ‘big foot’ terus menjadi misteri,” katanya.

Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan ‘big foot’ juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.

Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.

“Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat,” katanya.

Sinar Harian

Kemeriahan majlis kahwin bertukar pilu


LABUAN - Kemeriahan satu majlis perkahwinan di sini tidak kekal lama apabila seorang anggota keluarga pengantin maut dalam kemalangan jalan raya pada petang Jumaat.

   
Mangsa, Aridan Jidi, 28, dari Beaufort, Sabah, terbunuh dalam kemalangan ngeri pada pukul 2.40 petang itu, manakala pembonceng motosikal yang ditungganginya cedera parah.
   
Motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di satu persimpangan di Tan Villa Park di sini. Kemalangan berlaku tidak lama selepas Aridan tiba di sini untuk menghadiri majlis itu.
   
Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya Dzulfiqkar Jaidi, 15, kini dirawat di Hospital Nucleus Labuan.
   
Pemandu lori berkenaan yang berumur 58 tahun, ditahan untuk sisatan lanjut. 

- Bernama

Lebih 50,000 bas sekolah tak berdaftar

SPAD

YAN - Terdapat lebih 50,000 bas sekolah di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, sehingga kini, hanya 18,000 bas sekolah yang berdaftar.

Syed Hamid berkata, kebanyakan pengusaha bas sekolah terutamanya di kawasan luar bandar tidak mendaftar dengan SPAD kerana mereka menggunakan bas lama yang tidak memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan suruhanjaya itu.

"SPAD tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mengeluarkan lesen bas sekolah, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Sesiapa pun boleh memohon asalkan dia berkelayakan seperti warganegara Malaysia, tidak mempunyai rekod jenayah dan bukan seorang yang bankrap," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Skim Perlindungan Insurans Murid-murid Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini hari ini.

Katanya, penyediaan skim insurans itu adalah untuk memastikan kenderaan yang digunakan membawa murid-murid sekolah terjamin keselamatannya.

BERNAMA

Monsun Timur Laut bermula, diramal berakhir Mac tahun depan

Monsun Timur Laut bermula, diramal berakhir Mac tahun depan

Musim Monsun Timur Laut di negara ini bermula semalam dan dijangka berakhir pada minggu ketiga Mac 2014.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, episod hujan lebat pertama dijangka berlaku sekitar minggu ketiga bulan ini.

Ia menjelaskan bahawa pada musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami empat hingga lima episod hujan lebat yang menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari.

Keadaan itu boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri pantai timur dan kawasan selatan Semenanjung pada bulan ini dan Disember serta Januari 2014.

Kejadian sama boleh berlaku di bahagian barat dan tengah Sarawak pada Disember 2013, Januari dan Februari 2014, dan di pantai timur Sabah pada Januari dan Februari 2014.

"Walaupun negara dijangka mengalami Monsun Timur Laut yang normal, namun setiap episod hujan lebat boleh menyebabkan kejadian banjir terutama di kawasan lembangan sungai," kata jabatan itu.

Musim itu menyaksikan angin timur laut yang bertiup secara tetap merentasi Laut China Selatan hingga ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.

BERNAMA

Pengawal keselamatan sementara tidak dibenarkan


Tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat keselamatan yang melantik pengawal keselamatan sementara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata semua syarikat keselamatan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya pengawal yang dilantik wajib hadir kursus serta lulus tapisan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukan sewenang-wenangnya mengambil pengawal keselamatan berdasarkan bilangan yang diperlukan pelanggan.

Isu pengawal keselamatan mula timbul apabila seorang pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan pada 23 Oktober lepas di Petaling Jaya, Selangor.

Pada Khamis sebuah kedai emas di Setapak, Kuala Lumpur dirompak pengawal keselamatan kedai itu sendiri.

Mengulas kejadian tersebut, Wan Junaidi berpendapat kejadian itu mungkin kerana suspek terdesak berikutan tindakan KDN memeriksa dengan teliti latar belakang lebih 26 ribu pengawal keselamatan di negara ini.

Sumber: ASTRO Awani

Wanita berpunggung besar lebih pintar?


Setiap kali anda mencuba seluar jeans dan merungut betapa hodohnya rupa punggung anda, sila fikir dua kali. Mengapa?
Menurut sebuah kajian oleh Universiti Oxford,wanita yang miliki punggung lebih besar jauh lebih pintar daripada biasa dan tahan kepada penyakit kronik.
Wanita yang miliki punggung lebih besar turut terbukti miliki tahap kolesterol lebih rendah dan kurang alami masalah kencing manis atau masalah jantung.
Menarik bukan? Bukan itu sahaja, kerana rupanya menurut ABC News, wanita yang miliki punggung besar memerlukan lemak Omega 3 yang terbukti membantu perkembangan otak. Kajian juga temui bahawa anak kepada wanita berpunggung besar jauh lebih bijak berbanding anak kepada wanita kurus.
Nampaknya sentiasa ada hikmah disebalik bentuk badan seseorang. Yay, tidak perlu ke gym lagi lepas ini!


Sumber: MyLaunchpad

Bekas pegawai dipenjara seumur hidup kerana rasuah

gari

BEIJING - CHINA. Mahkamah China hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang bekas pegawai kerajaan atas kesalahan rasuah.

Bekas Timbalan Gabenor bagi provinsi Jilin, Tian Xueren disahkan bersalah kerana menerima rasuah lebih 19 juta yuan (RM9.8 juta).

“Sebagai seorang yang memegang jawatan awam, Tian mencari pendapatan yang menyalahi undang-undang... menerima wang dan hadiah secara haram dengan mengambil kesempatan atas kuasa dan statusnya.

“Tindakannya, itu sama seperti jenayah rasuah,” kata mahkamah di Beijing dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut Tian membantu syarikat dan individu untuk mendapatkan pinjaman bank, kontrak dan promosi serta diberi rasuah antara tahun 1995 dan 2011.

Sinar Harian

Gadis hilang ditemui selamat

Siti Zubaidah Zakaraya
Zarina (kanan) bersyukur Fatin (kiri) ditemui selamat.


SUNGAI PETANI - "Saya tak ingat apa-apa". Demikian luahan mangsa yang dilaporkan hilang, Fatin Afifah Mohd Fazli, 16, dari Flat Paya Nahu yang ditemui selamat malam Selasa lalu di sebuah rumah penduduk sekitar Kampung Permatang Gedong, dekat sini.

Fatin berkata, sebaik sahaja keluar dari tandas masjid (tempat dia singgah sebelum masuk ke sekolah), dia berasa pening lalu tidak mengingati apa-apa sehingga dibawa balik sebuah keluarga kerana melihat dirinya berada dalam keadaan kebingungan.

Menurutnya, keluarga itu menjaganya sepanjang dilaporkan hilang sebelum dijemput ibu saudara selepas keluarga terbabit melihat paparan menerusi akhbar Sinar Harian yang dibuat ibunya, Zarina Mohd Noor, 39, mengenai kehilangannya.

“Saya dibawa pulang ke rumah mereka dan dijaga keluarga itu sebelum dijemput ibu saudara pulang ke rumah,” katanya semalam.

Menurut Zarina, salah seorang ahli saudaranya menerima panggilan dari sebuah keluarga yang mengatakan Fatin Afifah berada bersama mereka sepanjang tempoh itu dan dijaga rapi.

“Sebaik sahaja menerima panggilan, ahli keluarga bergegas ke lokasi yang dimaksudkan sebelum menemui anak saya dalam keadaan selamat,” katanya.

Zarina berkata, laporan polis dan pemeriksaan perubatan sudah dilakukan bagaimanapun disahkan, tiada sebarang kecederaan.

Pada 29 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari disedari hilang setelah dimaklumkan rakan sekelas kepada abang sulung mangsa, dia tidak masuk ke kelas pada Ahad, 27 Oktober.

Fatin Afifah sebelum itu bersama abangnya, Mohd Amirul Mukhlis, 17, baru sahaja meletakkan motosikal di pekarangan masjid yang terletak di hadapan sekolah sebelum ke tandas masjid kerana sakit perut.

Semasa mahu pulang sekolah, Mohd Amirul dimaklumkan berhubung ketidakhadiran adiknya ke sekolah pada hari itu, sebelum memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai kehilangannya.

Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang turut membantu keluarga itu sehingga anaknya ditemui selamat.

Sumber: Sinar Harian

McDonald's Japan 'sorry' over homeless ban

McDonald's Japan 'sorry' over homeless ban

McDonald's Japan issued an apology Friday after it was revealed one of its outlets had posted a notice banning homeless people for more than a year.

The notice, which had triggered an online debate, said staff at the west Tokyo branch "would refuse entry to people deemed improper," citing poor hygiene and homelessness as examples.

But the global fast food giant said Friday that following complaints, the sign had been replaced, and now made no mention of homelessness.

"Even though the purpose of the notice was for other customers to be able to feel comfortable in the outlet, some of the words it used were inappropriate, and we apologise for that," a company spokesman told AFP.

The new sign states that entry will be refused to those deemed likely to "cause trouble to other customers, such as by making a rumpus with loud voices, sleeping and having poor hygiene".

The spokesman added that all other outlets in the country had been instructed to ensure notices are free from discriminatory language.

Despite the relative wealth of Japan and its traditional emphasis on family networks, the homeless are not an uncommon sight in Japanese cities.

Unlike in many western nations where the homeless tend to be young, the men and women who live on Japan's streets are overwhelmingly older people.

Sudden corporate downsizing and the disappearance of lifetime employment has created an underclass of men in late middle-age who find themselves virtually unemployable.

Officially, a total of 8,265 people were considered homeless in Japan as of January this year, the welfare ministry said, down 13.7 percent from a year earlier.

- AFP

Cara elakkan payudara mengecil

Cara elakkan payudara mengecil


Sebagai seorang yang giat bersenam bagi memastikan bentuk badan kekal langsing, perasan atau tidak, bukan setakat lemak di pinggang dan perut yang berkurang, malah payudara yang menjadi kebanggaan wanita turut mengecil!

Salah satu sebabnya adalah kerana payudara turut terdiri daripada lapisan lemak. 

Sememangnya tiada wanita yang mahu alami masalah ini, jadi apa yang boleh dilakukan untuk elakkan payudara mengecil sementara masih membakar lemak badan?

1.    Tukar diet permakanan
Banyakkan pengambilan bijirin, buahan dan sayuran. 

2.    Tambahkan senaman kardio
Cuba lakukan senaman kardio selama 150 minit seminggu untuk mengurangkan kadar kehilangan lemak. Pastikan memakai bra khas untuk bersenam agar dapat menyokong payu dara.

3.    Lakukan senaman dada
Lakukan bench press dan cuba angkat berat untuk tingkatkan otot pectoral yang akan membesarkan payu dara.

4.    Jangan ambil pil sebarangan
Usah percaya dengan iklan yang menyatakan krim atau pil tertentu boleh mengembalikan saiz payu dara anda. Kemungkinan besar terdapat kesan sampingan yang merbahaya.



Sumber: MyLaunchpad