Monday, 23 March 2015

Empat pekerja binaan maut lif terjatuh di Putrajaya

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, tiga mangsa yang merupakan warga Indonesia maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja Bangladesh meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

PUTRAJAYA: Empat pekerja binaan warga asing maut apabila lif pengangkut penumpang yang dinaiki mereka gagal berfungsi dan terjatuh dari tingkat 13 di tapak pembinaan blok kondominium di Presint 15 di sini.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, tiga mangsa yang merupakan warga Indonesia maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja Bangladesh meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 3 petang ketika dirawat di hospital berkenaan akibat cedera parah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Putrajaya DSP Zaihairul Idrus berkata ketiga-tiga warga Indonesia berkenaan yang merupakan penampal simen, berumur lingkungan 20-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata warga Bangladesh itu pula merupakan operator lif tersebut berumur sekitar 40-an. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Putrajaya.

Zaihairul berkata lif itu dipercayai mengalami masalah brek sehingga gagal dikawal dan menyebabkan ia terjatuh.

Lif terbabit turut membawa beberapa kampit simen yang dianggarkan seberat 1,200 kilogram, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut dan pihak kedutaan Indonesia dan Bangladesh telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata punca sebenar kemalangan masih disiasat dan kerja-kerja di kawasan itu dihentikan buat sementara waktu. 

- Sumber: Bernama

Masjid Jamek LRT ceiling collapses, but no casualties reported


During the incident at 2.10 pm, the ceiling structure at Platform 1 heading to Kelana Jaya was believed to have suddenly caved in. - TWITTER

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) confirmed that the ceiling at the Masjid Jamek Light Rail Transit (LRT) station collapsed this evening, but there were no casualties reported.

Prasarana (Communications and Media Affairs) senior manager Azhar Ghazali said in the incident at 2.10 pm, the ceiling structure at Platform 1 heading to Kelana Jaya was believed to have suddenly caved in.

Nonetheless, he said LRT passenger operations resumed as normal shortly.

"There were no loss of lives...as there were no passengers at the location during the incident. The cause of the incident is still being investigated," he said when contacted by Bernama. 

According to Azhar, the affected area was cleared up at about 4.45 pm. 

- Sumber: Bernama

Raja Zarith Sofiah bergelar Permaisuri Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru bagi bertemu rakyat, selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.

JOHOR BAHRU - Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini.

Gelaran itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang turut dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden dalam istiadat gilang gemilang di Istana Besar.

Diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah Perak, Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Almarhum Raja Ariff Shah.

Raja Zarith Sofiah melanjutkan pengajian di Cheltenham Ladies College, England sehingga tamat Tingkatan Enam sebelum meneruskan pengajian di Davies College, London pada tahun 1977.

Pada tahun berikutnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford dan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.

Raja Zarith Sofiah merupakan ahli bahasa yang memilih pengajian bahasa Mandarin semasa di Oxford dan turut mempelajari bahasa lain termasuk Perancis dan Itali.

Baginda turut mewarisi bakat seni lukis daripada ayahanda baginda.

Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Ibrahim pada usia 23 tahun dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.

Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia.

Baginda turut menubuhkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran terutama pembelajaran secara Islam.

Baginda juga aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan tulisan dan buku cerita kanak-kanak dan pernah menjadi penulis di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Sesungguhnya Permasuri Johor ini merupakan seorang yang peramah, berjiwa rakyat serta amat disenangi dan disanjungi rakyat. 

- Sumber: Bernama

Lori terbabas, ‎jatuh dalam gaung

Abdul Razak Hassan

KUANTAN - Tiga maut termasuk seorang pelajar Maktab Perguruan Lipis dalam kemalangan berasingan yang berlaku di Jalan Lipis-Merapoh hari ini.

Dalam kemalangan pertama pukul 4.30 pagi tadi, dua lelaki berasal dari Kelantan maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung di Kilometer 51 Jalan Lipis-Merapoh.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta Proton Persona S.Thamodharan, 37, dan pemandu lori tangki muatan minyak kelapa sawit, Yusri Ibrahim, 48.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kemalangan berlaku semasa pemandu Persona terbabit sedang menghala ke Merapoh dari arah Kuala Lipis.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Persona itu hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan dan bertembung dengan lori muatan 37 tan minyak sawit tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ‎

"Akibat pertembungan itu, lori terbabit telah terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung kira-kira 30 meter dari jalan," katanya.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat.

Sementara itu katanya dalam satu lagi kemalangan di Kilometer 46, jalan yang sama seorang pelajar Maktab Perguruan Lipis, Ahmad Izat Rosli, 24, maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas masuk ke dalam parit.

Abdul Razak berkata, nahas pukul 6 pagi itu berlaku semasa mangsa bersama isterinya, Hazirah Hassan, 22, dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Maktab Perguruan Lipis.

"Mangsa maut ditempat kejadian manakala isterinya hanya cedera ringan," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

- Sumber: Bernama

Ahli keluarga Kiram cuba lari dari polis

Sabah diceroboh

KOTA KINABALU - Seorang anggota keluarga Kiram dapat ditangkap selepas cuba melarikan diri setelah terdengar teriakan anggota polis, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Sub Inspektor Talib Sahib, yang ketika itu bertugas dengan Unit Tindakan Khas (UTK), berkata pada kira-kira 1.30 pagi, 23 Mac 2013, lelaki dikenali sebagai Datu Amir Bahar Hushin Kiram, seorang daripada 30 tertuduh dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, sedang berjalan bersama dua orang lain dari sebuah rumah yang dipantau pasukan UTK apabila saksi meneriak 'Down, Polis. Polis'.

"Saya memerhati pergerakan mereka bertiga menghala ke arah kedudukan di mana saya bersembunyi. Saya biarkan mereka melepasi saya pada jarak dua hingga lima meter. Kemudian, saya jerit "Down. Polis. Polis," katanya.

Ketika itu, mereka berjalan sebaris dengan seorang lelaki di hadapan, seorang wanita di tengah dan seorang lagi lelaki di belakang.

Sejurus selepas beliau meneriak, saksi itu berkata, beliau mengejar mereka yang cuba melarikan diri.
Selepas mengejar sejauh 20 meter, Talib berkata beliau dapat menangkap lelaki itu yang sebelumnya dilihat berjalan di belakang seorang wanita.

"Saya telah menerkam lelaki itu dan dia jatuh ke bumi bersama dua beg yang dipegangnya di tangan kanan," kata saksi itu.

Talib, yang sekarang berkhidmat sebagai pengawal pengiring kepada Menteri Dalam Negeri, berkata beliau mengarahkan lelaki itu untuk mencangkung sebelum meminta bantuan daripada anggota polis lain yang berada berhampiran, iaitu Asisten Komisioner Mohammad Khairani Khalid, Koperal Rahman Fitri dan Koperal Azri Muji.

"Saya meminta Tuan Khairani dan Koperal Fitri untuk mengawal lelaki yang saya tangkap itu dan saya telah membawa Koperal Azri mengejar dua orang lagi yang melarikan diri ke dalam semak," katanya.

Saksi itu berkata, selepas kira-kira 50 meter di hadapan, beliau berhenti mengejar mereka 'disebabkan keadaan terlalu gelap dan semak terlalu tebal.'

"Saya kembali ke tempat di mana saya telah menangkap lelaki tadi sambil menjerit meminta bantuan daripada pasukan serbuan lain.

"Ketika itu, Asisten Komisioner Hazani Ghazali (ketua operasi UTK) yang pertama sampai dan saya beritahu beliau bahawa saya berjaya menangkap seorang lelaki, manakala dua lagi telah melarikan diri ke dalam semak," katanya.

Talib berkata, Hazani segera memaklumkan kepada pasukan serbuan yang lain untuk mencari mereka di dalam semak itu sementara beliau menyoal siasat lelaki yang ditangkap.

"Asisten Komisioner Hazani bertanyakan kepada lelaki itu siapa namanya dalam Bahasa Inggeris dan lelaki itu memberitahunya 'My name is Datu Amir Bahar' (nama saya ialah Datu Amir Bahar). Ketika itulah saya tahu lelaki yang saya tangkap itu adalah orang yang dikehendaki oleh polis," katanya.

Seramai 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. 

- Sumber: Bernama

Ahli gusti patah leher ketika beraksi

Ahli gusti maut akibat patah leher ketika beraksi di atas gelanggang.

TIJUANA - MEXICO. Seorang ahli gusti maut akibat patah leher ketika beraksi di atas gelanggang, kelmarin.

Pedro Aguayo Ramirez, dikenali sebagai Hijo del Perro Aguayo lembik selepas terkena 'flying-kick' pihak lawan, Oscar Gutierrez yang juga dikenali sebagai Rey Misterio Jr.

Menurut Dailymail.uk, perlawanan gusti itu berterusan selama dua minit sebelum pihak pengadil dan peserta gelanggang menyedari Ramirez berada di ambang maut.

Ramirez kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan disahkan maut pada jam 1.30 pagi waktu tempatan. 

Kertas siasatan dibuka untuk menyiasat terdapat motif pembunuhan dalam kejadian tersebut.

- Sumber: Dailymail.uk

Dun Chempaka kekal milik Pas

Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad (kanan) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas keputusan rasmi itu diumumkan di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa malam ini. Turut sama calon bebas Aslah Mamat (kiri). - Foto Bernama


KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman.

Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.

Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,899 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan.

Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi, Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi.

- Sumber: Sinar Harian 

Dirogol tiga hari berturut-turut


Sekadar gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, di sini, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.

Menurut sumber, kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya berusia 18 tahun, kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

“Mangsa mendakwa, ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi jika tidak mahu rakaman video perbuatan seks mereka disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.

Katanya, mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa akur, sebelum sekali lagi dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.

“Selepas puas melepaskan nafsu serakah mereka, mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan abang mangsa yang bertindak mengejar suspek selepas curiga adiknya dihantar lelaki, terbabit tetapi gagal menangkap suspek.

“Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan susulan laporan dibuat, gerakan memburu suspek dijalankan.

“Kesemua suspek berjaya ditahan antara jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

- Sumber: Sinar Harian

Juan Mata wonder show stuns Liverpool

Premier League, Anfield - Liverpool (Sturridge 69) Manchester United (Mata 14, 59)

Substitute Steven Gerrard was sent off less than a minute after coming on as Manchester United powered to a convincing 2-1 win over Liverpool.

Gerrard had started the second half with a firm challenge on Juan Mata, but followed that up immediately with a stamp on Ander Herrera. Referee Martin Atkinson had no hesitation about showing the red card.

Juan Mata had opened the scoring after 14 minutes, picking up Herrera’s excellent pass on the right side and shooting across Simon Mignolet, bouncing the ball off the post into the net.

Liverpool were bizarrely subdued despite the rowdy and partisan home crowd. Their only real first-half chance came in the 35th minute as Jordan Henderson’s cross-field pass reached Daniel Sturridge in the box, who laid it off to Adam Lallana, but his shot screamed wide. 

United found it even easier after their opponents were reduced to 10 men, and Mata doubled the lead just before the hour mark with a spectacular overhead kick after an exchange of passes with Angel Di Maria.

Daniel Sturridge grabbed a consolation after 69 minutes, beating David de Gea at his near post.

And Wayne Rooney had the opportunity to put the game out of sight in second-half injury time after Daley Blind was bundled over in the box by Emre Can, but his penalty was poor and easily saved by Mignolet.



- Sumber: Eurosport