Saturday 5 October 2013

Pilu...Empat maut dalam kemalangan di Hulu Terengganu

Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, di sini hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

"Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

"Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

"Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku," katanya.

- Bernama

Life lessons from Hanis Zalikha


I believe that we can learn about life from just about anyone, not necessarily those who are older than us. This time around my personal choice of a life guru is the cheerful Astro celebrity, Hanis Zalikha, as I’ve fallen madly in love with her optimistic view on life.

Although Hanis is eons younger than all of us combined, she’s actually really mature in her life choices.

So here are the 4 life lessons I’ve managed to learn from watching this stunning girl.

Always think positive

Hanis takes on challenges positively. She looks at what others would perceive as hellish through rose tinted glasses. One thing we can learn from Hanis is to use challenges as a lesson, not complain but seize it with a positive mind set.


Make collagen your best friend

I totally support Hanis in this sense. Once you hit 25, skin care and body care are the two most important investments in life. Hanis lives on collagen and masks to ensure perfect, flawless skin. Don’t you want to be stunning like Hanis? Then make collagen your life investment.


Be friends with everyone

As much as I love pulling off a Blair Waldorf snob face, we all know that’s not going to help us in the long run. Hanis Zalikha is anything but a snob. She makes friends with everyone, regardless of social status. We should learn from Hanis as we never know who just might end up helping us in the future. I’m not telling you to spill your deepest, darkest secrets, but I am telling you to be nice to everyone.


Keep family close

Hanis is a very family oriented person, just look at how close she is to her family. No amount of wealth can replace your family. A boyfriend/husband can leave you at the drop of a dime, but family will always be there by your side to make sure you’re OK.


Source: Atiqa Juana @MyLaunchpad

6 Old Men we don’t mind marrying


Recently I wrote a piece on the main criteria one would need if one ever felt like marrying a younger wife. Well this time around, I thought I’d add on, WHO we younger girls wouldn’t mind marrying, even if he wasn’t Taib Mahmud rich.
George Clooney
Nobody could ever replace George Clooney. The one and only silver fox who makes grey hair look sexy. Apart from looking that yummy at that age, George is funny and charming, a total sweetheart to keep close when things aren’t a bed of roses.
Shah Rukh Khan and Idris Elba
Look, I’m definitely not racist, I love my men tall, dark and handsome too. If both Shah Rukh Khan and Idris Elba were still single, I’d definitely make a run for them. Oh well, there’s still some hope at Shah Rukh Khan’s upcoming Malaysian concert.
Bruce Willis
I’ve lost count of the times I’ve watched Die Hard just because of Bruce Willis. If there was ever a true definition of a real man, it would definitely be Bruce Willis.
Johnny Depp
I’ve officially run out of words to describe how cool Johnny Depp is.
Daniel Craig
Last but not least, the one and only James Bond. My heart would leap out of my chest if I woke up next to perfection every single day of my married life.

Source: Atiqa Juana @Mylaunchpad

Mayat dalam but kereta dipercayai mangsa culik

Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim
Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim


IPOH - Dua lelaki yang ditemui mati di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan semalam, mungkin mangsa culik di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata ini susulan penangkapan tiga lelaki berumur antara 20 dan 30-an di Pulau Pinang yang disyaki terbabit dengan kes penculikan itu.

"Seorang suspek ditangkap semalam, manakala dua lagi ditangkap hari ini. Polis sedang siasat sama ada ketiga-tiga suspek ini mempunyai kaitan dengan dengan kes culik dan bunuh mangsa ini dan adakah kedua-dua mangsa ialah mangsa sebenar penculikan itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kehilangan kedua-dua mangsa itu dilapor oleh rakan mereka pada Rabu lepas.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan.

Mohd Dzuraidi berkata mangsa Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Sabah dan Seu Hong Chee, 19, dari Tangkak, Muar ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka dibalut plastik lut sinar di dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu.

Katanya hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati kedua-dua mangsa mati akibat sesak nafas selain mengalami kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

"Mangsa berumur 28 tahun mati akibat diserkup manakala mangsa berumur 19 tahun mati akibat dijerut di bahagian leher. Kematian dipercayai berlaku lebih kurang lima hari lepas," katanya.

Sementara itu, saudara terdekat Seu yang enggan dikenali, berkata Seu merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perkakasan.

"Dia sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur tetapi dipindahkan ke cawangan di Pulau Pinang. Dia kerap telefon keluarga untuk bertanya khabar tetapi kebelakangan ini dia jarang telefon," katanya ketika ditemui pemberita di luar bilik mayat HRPB hari ini.

- Bernama

Polis rampas kenderaan RM1 juta

BALIK PULAU - Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket mencuri kereta mewah dengan penangkapan tujuh individu termasuk pembeli menerusi operasi yang dijalankan sejak pertengahan bulan lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis juga merampas 11 kenderaan mewah termasuk sebuah motosikal dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta dalam operasi yang dilakukan di Pulau Pinang dan Kedah itu.

Operasi dilancar susulan penangkapan seorang lelaki berusia 27 tahun pada 19 Ogos lepas di Kubang Semang, Bukit Mertajam bersama sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima yang dipercayai baharu dicurinya di Queensbay, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Susulan penahanan lelaki itu yang dipercayai dalang sindiket, polis berjaya menahan empat lagi lelaki dan dua wanita dalam beberapa serbuan di negeri ini dan juga Kedah," katanya.

Katanya, siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak setahun lepas dan telah mencuri lebih 20 kenderaan mewah di Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Kelantan.

Menurut Abdul Rahim, sindiket itu menggunakan alat khas untuk mematikan sistem komputer dan penggera keselamatan kenderaan terbabit sebelum menghidupkan enjin menggunakan alat sama.

"Alat khas yang dibeli dengan harga RM1,000 itu dipercayai teknologi terbaru yang digunakan sindiket mencuri kereta mewah kerana mereka boleh mencuri kenderaan dalam masa satu hingga dua minit sahaja," katanya.

Beliau berkata, sebaik kenderaan mewah itu dicuri, sindiket akan menukar nombor pendaftaran, nombor casis dan nombor enjin serta didaftarkan semula dengan Jabatan Pengangkutan Jalan menggunakan geran kereta yang dilupus atau dihapus.

"Seterusnya sindiket itu akan menjual kereta berkenaan kepada pembeli tempatan dengan harga RM8,000 hingga RM50,000 sebuah mengikut jenis kenderaan," katanya.

Abdul Rahim berkata, tiga yang ditahan itu merupakan anggota sindiket manakala empat lagi adalah pembeli kenderaan curi berkenaan.

Kesemua yang berusia antara 21 dan 45 tahun itu direman bagi membantu siasatan Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil.

Sementara itu katanya, polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka ialah Juhari Padzin, 45, dan beralamat di Kampung Kuala Pegang, Kupang, Kedah dan Mohd Sobri Mat Nayan, 29, di alamat No 56, Kampung paya Terendam, Sik, Kedah.

"Sesiapa yang mengenali dua lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

- Bernama

Trend terbaru Hollywood: Jangan pakai bra?


Macam-macam trend fesyen terkini, daripada warna terang sehingga kasut sepatu tajam macam durian.

Trend terbaru yang melanda selebriti Hollywood agak mengejutkan bagi mereka yang lebih konservatif zaman kini- keluar rumah tanpa bra dengan sengaja.

Tidak ada alasan kukuh untuk keluar tanpa pakaian dalam yang menyokong asset anda, kerana kalau nak ikutkan potongan dres yang kadang kala tiada tali atau bareback, ada sahaja rekaan pakaian dalam yang serasi dengan dres tersebut (pernah dengar stick on silicone bra? Sangat berguna jika memakai tiub dres).

Jadi mengapa bintang terhangat Hollywood lebih gemar meninggalkan bra di rumah? Mungkinkah lebih selesa? Ataupun terlupa?

Kalau nak ikut trend ini, pastikan baju anda cukup tebal. Kami tidak ingin melihat perkara yang tidak harus dilihat.


Sumber: MyLaunchpad

Pelajar kolej ditemui mati di air terjun

KUANTAN - Seorang pelajar Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang mati lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di kawasan air terjun Sungai Emas dekat Sungai Lembing di sini, hari ini, 5 Oktober 2013.

Mayat Syed Amir Amirul Syed Razman, 18, ditemui oleh rakan-rakannya di air terjun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata remaja lelaki itu berkunjung ke Air Terjun Sungai Emas itu bersama rakan-rakannya awal pagi ini untuk berkelah.

Pihak keluarga mangsa dan kolej berkenaan telah dimaklumkan berhubung kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat. - Bernama


Sumber

Sindiket 'gores dan menang' sasar warga emas

PPIM


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini meminta pengguna, terutama warga emas, agar berwaspada dengan sindiket penipuan 'gores dan menang' yang masih menular ibarat penyakit di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mendapati sindiket sedemikian yang wujud di negara ini sejak 30 tahun lalu, aktif di bandar raya utama dan berpusat di ibu negara.

Mereka menyasarkan warga emas kerana golongan ini dilihat kurang berpengetahuan tentang kepenggunaan, jadi senang ditipu, katanya ketika ditemui Bernama di Forum Pengguna III-2013 Ke Arah Kesejahteraan Pengguna 'Masalah Pengguna, Masalah Kami, Masalah Negara' di sini.

Forum dua hari yang bermula hari ini itu bersempena Pameran Halal Fiesta 2013 (Halfest 2013) merupakan anjuran bersama PPIM dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

"Contoh kes yang pernah PPIM terima melibatkan seorang warga emas yang terpaksa menjual rumah akibat terpedaya dengan penipuan 'gores dan menang' dan sekarang terpaksa menanggung hutang kira-kira RM600,000.

"Kes ini masih lagi tidak dapat diselesaikan memandangkan tidak mempunyai bahan bukti yang mencukupi," katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, PPIM mengenal pasti 30 masalah utama yang membebani kehidupan seharian masyarakat berdasarkan aduan pengguna kepada pihaknya di seluruh negara.

"Antara masalah terbesar ialah 'Along' iaitu pinjaman berlesen tanpa etika yang menekan dan menggunakan ugutan, kekerasan bagi menakutkan peminjam yang jahil, serta skim cepat kaya atau piramid.

"Bagi tempoh Jun tahun lepas sehingga Julai lalu, PPIM terima 1,893 kes melibatkan 'Along', manakala skim cepat kaya atau piramid pula 1,457 kes," katanya.

Pada majlis hari ini, PPIM juga bertukar memorandum kerjasama dengan UniKL, iaitu untuk menjalin hubungan pintar bagi mendedahkan pelajar UniKL kepada kepentingan menjaga hak sebagai pengguna.


- Bernama

Nyaris maut waktu tidur

Nyaris maut waktu tidur
Rashid melihat keadaan atap rumahnya selepas pokok mata kucing tua itu tumbang.


MARANG - Tiga beranak nyaris maut apabila sebatang pokok tua menghempap atap rumah mereka dalam kejadian ribut di Jalan Cerang Seketuk di Kampung Wakaf Tapai di sini, kelmarin.

Mangsa, Rashid Mat Zain, 51, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, keadaan cuaca hujan lebat berserta angin kencang.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan isteri, Siti Dewi Ismail, 44, serta anak mereka, Mohd Tarmizi, 26, sedang tidur sebelum pokok itu tumbang menimpa atap rumah mereka.

“Apabila kejadian itu berlaku, kami menyangka ia adalah bunyi kilat yang kuat, namun selepas anak memeriksa rupa-rupanya atap bahagian tepi rumah kami sudah ranap ditimpa pokok mata kucing berusia lebih 20 tahun itu,” katanya.

Sementara itu Siti Dewi berkata, mereka tiga beranak bernasib baik kerana pokok tersebut tidak tumbang menghempap bahagian atap bilik tidur.

“Saya turut terjaga dari tidur selepas bunyi dentuman kuat itu kedengaran. Anak turut mengejutkan kami sebelum dia turun untuk melihat keadaan kerosakan yang berlaku selepas pokok mata kucing itu tumbang,” katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu dan berharap ada pihak yang dapat menghulurkan bantuan untuk membaiki semula atap rumah mereka yang rosak. “Suami saya hanya melakukan pelbagai pekerjaan di kampung ini dan tidak mampu untuk membaikinya dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKKK) Wakaf Tapai, Sulong Ismail, 69, berkata, pihaknya sudah membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk mendapat bantuan daripada peruntukan Tabung Darul Iman bagi membantu mangsa.

Sumber

Susan Bennett confirms that she is the original voice of Apple's Siri

Susan Bennett confirms that she is the voice of Apple's Siri video


If you're ever thrust into the mire of a trivia quiz at short notice, there are just some facts that everyone needs to know.

Robert April was the first Enterprise captain, the largest organ in the body is the skin and the original voice of Siri in the US? Susan Bennett.

The Atlanta-based voice actor, who has previously provided a human side to Tillie the All-Time Tellerand Delta Airlines' announcements, outed herself to CNN after a hunt to identify the voice. Bennett reveals that the Siri recording sessions lasted four hours a day, every day across the month of July 2005.

Now that we know the identity of Bennett and Jon Biggs, her UK counterpart, we're seriously considering getting the two in the same room for a Siri-off.

Source: Engadget 


Orang muda lebih percaya media sosial

Media sosial


KUANTAN - Golongan muda negara ini dilihat lebih cenderung mempercayai media sosial sebagai sumber berita sekalipun sebahagian besar laporan atau maklumat yang disebarkan itu tidak benar.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin berkata malah golongan berusia 30 tahun ke bawah itu kini menjadikan media sosial sebagai akses maklumat utama mereka.

"Sekarang ini media perdana tidak lagi diiktiraf sebagai saluran perdana oleh golongan muda, media perdana hanya menjadi saluran maklumat utama kepada golongan orang-orang lama sahaja," katanya ketika berucap merasmikan Program Semarak Patriotisme 1Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, golongan itu juga dilihat tidak lagi berminat menonton atau mendapat maklumat menerusi media arus perdana seperti televisyen atau akhbar-akhbar utama.

"Mereka gunakan media sosial seperti blog di Internet untuk berinteraksi sesama mereka, membuatkan mereka lebih mempercayai saluran sosial berkenaan walaupun berita-berita di dalam itu sebahagian besar adalah tidak benar tetapi mereka menganggapnya benar," katanya.

Beliau berkata trend itu perlu ditangani dengan sebaiknya supaya tidak semakin parah sehingga akhirnya boleh menjejaskan perpaduan dan intergrasi nasional.

"Sebagai contoh apabila kita merayakan sambutan 50 tahun Hari Malaysia dan 56 Tahun Hari Kemerdekaan, kita minta semua kibar Jalur Gemilang untuk memeriahkan dan menyemarakkan lagi patriotisme.

"Sebaliknya, terdapat golongan muda yang mengibarkan bendera lain, begitu juga lagu Negaraku yang telah kita dendangkan selama ini tetapi ada suara-suara yang menentang lagu tersebut," katanya.

Selain itu, beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh jabatannya terdapat golongan yang lantang bersuara memberi pandangan bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan negara, dan mempengaruhi orang muda dengan idealisme mereka.

- Bernama

Foto Nurul Depp Dukung Baby Z Di Hadapan Mertua



Walaupun masih terlalu awal untuk menunjukan rupa paras bayi lelaki yang baru dilahirkan penyanyi Nurul Depp sekitar jam 10 pagi semalam, namun dia yang ditemui portal murai.com.my sebentar tadi nampaknya tidak keberatan untuk merakamkan pose menarik bersama bayi yang hanya dikenali sebagai Baby Z itu.

Bukan dia seorang, malah wad hospital yang terletak di tengah-tengah bandaraya itu turut diceriakan dengan kehadiran kedua mertuanya yang datang jauh dari Perancis untuk meraikan cucu pertama mereka itu.

Nurul Depp berkata, semuanya berada dalam keadaan baik dan dia amat bersyukur kerana dia telah selamat menjalani proses bersalin secara normal dan suami tercinta Eric Depp yang berada ketika itu telah dapat mengazankan bayinya itu sendiri.

"Alhamdulillah semua berada dalam keadaan baik belaka. InsyaAllah kalau taka da masalah, menurut pihak hospital saya akan pulang ke rumah mulai esok.

"Saya bersyukur dengan doa peminat semua, bayi ini telah lahir dengan selamat. Malah saya juga cukup gembira kerana rakan terdekat telah datang melawat saya walaupun badan masih dalam keadaan lemah," katanya.

Portal murai.com.my juga perhatikan, Baby Z yang memiliki mata bewarna kelabu itu kelihatan cukup mesra dan tidak lokek senyuman apabila di sentuh atau didukung oleh sesiapa.

Antara selebriti yang telah datang melawat bagi meraikan hari bahagia berkenaan iaitu Ning Baizura, Daphne Iking, Noryn Aziz dan teman rapat penyanyi Tika Cinta itu.

Sementara itu Eric Depp berkata, tiada kata lain yang dapat diungkapkan selain perasaan syukur dengan kelahiran bayi sulungnya itu.

"Saya sedikitpun tidak rasa kekok atau takut apabila Nurul meminta saya menghantarnya ke hospital pada malam kelmarin kerana semuanya sudah siap untuk menerima kemunculan bayi ini.

"Bagaimanapun saya tak sangka, bayi ini telah lahir dalam jangkamasa yang singkat kerana sangkaan saya mungkin ianya akan mengambil sedikit masa," katanya dalam nada gembira.

Inilah dia pose menarik Nurul Depp yang sedang mendukung baby boy berkenaan sebagai tatapan istimewa kepada semua peminatnya.


Sumber: murai.com

Polis dicekup bersama kekasih di hotel

Polis dicekup bersama kekasih di hotel
Pasangan yang ditahan penguat kuasa Jaij setelah didapati berdua-duaan di dalam bilik yang berkurung.


BATU PAHAT – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah,” katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Sumber

Anak penjaga gol Johor Darul Takzim meninggal dunia

Anak penjaga gol JDT meninggal dunia
Al-Hafiz Hamzah tenang membawa jenazah anakanda Adam Farish ke surau berdekatan untuk disembahyangkan. - FB Kesultanan Johor


JOHOR BAHRU - Anak sulung penjaga gol utama skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 2, meninggal dunia, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Adam Farish yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) meninggal akibat akibat komplikasi paru-paru.

Muhammad Al-Hafiz yang berada di Kelantan bagi perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, tidak akan diturunkan.

Beliau kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.


Sumber. Oktober 5, 2013.

Keluarga 8 suspek kes rogol ambil tindakan

Keluarga 8 suspek kes rogol ambil tindakan
Dua daripada lapan suspek menunjukkan wajah mereka yang disebarkan sambil diperhatikan ibu dan bapanya.


SUNGAI BUAYA - Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.

Ibu seorang suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.

“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek.

“Cukuplah kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara.

“Gambar itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka.

Katanya, dari apa yang berlaku itu, individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini.

Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan.

Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial.

“Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab,” katanya.

Sinar Harian juga telah difahamkan bahawa gambar tersebut dirakam ketika kesemua suspek termasuk dua lelaki yang menghadapi kes berlainan sedang dalam perjalanan ke Selayang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Gambar tersebut telah mula dimuat naik antara 20 September hingga 25 September lalu dan terus tersebar di laman internet dan sosial.


Sumber

KRU Studios rancang Black Hawk Down versi baru

KRU Studios rancang Black Hawk Down versi baru

KRU Studios merancang untuk menerbitkan versi lain filem Hollywood, Black Hawk Down dengan mengangkat sudut pandang tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di Mogadishu, Somalia itu.

Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim mendedahkan bahawa filem itu masih dalam peringkat perancangan dan penyelidikan mengenai peristiwa itu akan dimulakan tidak lama lagi.

"Kami belum melibatkan diri dengan mana-mana pihak ketiga. Kami menjalankan penyelidikan sendiri untuk menempatkan kejadian itu dari kaca mata tentera Malaysia (yang menyertai pertempuran tersebut)," katanya kepada Astro AWANI.

Menurut Norman, pihaknya masih lagi berbincang tentang jalan cerita filem yang belum ada judul itu serta usaha-usaha untuk berunding dengan Kementerian Pertahanan.

"Sekiranya kami berjumpa dengan pihak ketiga yang boleh bekerjasama dan projek itu kami lihat ada potensi, kami tentu akan meneruskannya. Perancangannya memang ada," tambah beliau.

Black Hawk Down yang terbit pada 2001 diarahkan oleh sutradara Ridley Scott dan diangkat daripada sebuah buku dengan judul yang sama yang ditulis oleh Mark Bowden.

Biarpun filem itu mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan terutama kerana adunan bunyinya, rakyat Somalia dan tentera antarabangsa yang berada di negara Afrika bergolak itu meremehkan filem tersebut kerana beberapa fakta yang salah.

Filem itu misalnya memadamkan peranan dan sumbangan tentera antarabangsa yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu di Somalia termasuk tentera Malaysia daripada Batalion ke-19 Askar Melayu Diraja (Mekanis).

Dalam pertempuran itu, Korporal Mat Aznan Awang terbunuh selepas kereta perisai yang dipandunya ditembak dengan grenad pelancar roket semasa operasi menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Baraaka. Sembilan tentera Malaysia turut cedera.

Dua helikopter Amerika yang terlibat dalam misi memburu ketua pemberontak Jeneral Mohamed Farra Aidid sebelum itu menembak jatuh dua pesawat helikopter Amerika jenis Sikorsky UH-60 Black Hawk.

Mat Aznan kemudian dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas keberaniannya itu.

Norman mendedahkan perancangan itu sebagai menjawab gesaan pembaca Astro AWANI yang mengharapkan keberanian tentera Malaysia di Mogadishu pada 20 tahun lalu diceritakan kepada generasi muda yang mungkin terpedaya dengan gambaran dalam filem Hollywood berkenaan.

Astro AWANI pada Rabu melaporkan sebuah dokumentari mengenai pertempuran di Mogadishu sedang diusahakan oleh pembikin filem dokumentari Ahmad Yazid Ahmad Puad untuk membetulkan gambaran salah tersebut.

"Kalau semua berjalan lancar, dokumentari itu akan ditayangkan di pawagam tempatan sebelum akhir tahun depan," kata Ahmad Yazid.

Norman menambah bahawa KRU Studios juga berminat untuk menerbitkan filem patriotik tetapi filem berkenaan tidak semestinya filem sejarah.

Beliau memberi contoh filem Hollywood, Independence Day dan berkata, rasa bangga dan cinta kepad anegara boleh dipupuk menggunakan apa saja cerita termasuk "cerita tentang makhluk asing" dan komedi atau muzikal.

"Filem patriotik tidak semestinya melodrama, menumpukan hanya kepada Merdeka, mengangkat tokoh politik atau apa yang berlaku 50 tahun lalu," katanya.

Beliau percaya sebuah filem cerita rekaan malah lebih menarik dari mencabar bagi seseorang pembikin filem dan adalah salah untuk mengatakan filem itu kurang patriotik.

"Cuma masalahnya di Malaysia, cerita makhluk asing seperti dalam Independence Day agak asing dengan kita kerana kita lebih dekat dengan hantu.

"Kami masih menunggu masyarakat dan pihak berkuasa untuk bersikap lebih terbuka tentang bagaimana pembikin filem bercerita dan mendekati penonton," kata Norman.

KRU Studios ialah syarikat penerbitan filem dan muzik yang diasaskan oleh Norman dan dua adik-beradiknya, Yusri dan Edry.

Filem terbaru mereka, Vikingdom: The Blood Eclipse dilaporkan mendapat bayaran AS$10 juta hasil jualan ke pasaran antarabangsa. Filem itu ditayangkan di Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia minggu ini.

Filem kisah fantasi dengan belanja besar itu didasarkan daripada watak legenda kaum Vikings. Ia diarahkan oleh Yusri dan menampilkan pelakon Hollywood manakala pembikinannya melibatkan tenaga kerja tempatan. - ASTRO Awani