Thursday 9 January 2014

Wanita Thai menyorok dalam beg

Mongkolsermsak
Mongkolsermsak ditemui bersembunyi di bawah timbunan baju di dalam beg.


NOGALES - UNITED STATES. Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup seorang wanita Thailand di dalam beg pakaian di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, dekat Arizona, semalam.

Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan berkata, Pornkamol Mongkolsermsak, 48, ditemui ketika pihaknya memeriksa kenderaan yang memasuki AS.

“Wanita dari Bangkok itu bersembunyi di bawah pakaian dalam beg besar diletakkan di bahagian belakang kenderaan yang dipandu lelaki dari Phoenix berusia 56 tahun,” katanya.

Menurutnya, laporan dipetik AP, Mongkolsermsak didakwa memasuki semula ke negara itu secara haram selepas dihantar pulang ke negara asal tahun lalu.


Anak Mas Selamat ditahan di bawah ISA di Singapura

SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri Singapura menahan anak kepada pemimpin Jemaah Islamiyah negara itu, Mas Selamat Kastari selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik oleh Channel News Asia, kementerian itu memaklumkan Masyhadi Mas Selamat, 25, ditahan pada 21 November tahun lalu.

Masyhadi sebelum itu ditangkap di Indonedia pada 20 Oktober tahun lalu kerana penglibatannya dalam Jemaah Islamiyah yang dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas.

Dia diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura pada 30 Oktober.

Mas Selamat menggemparkan rantau ini lima tahun lalu setelah bolos daripada Pusat Tahanan Whitley Road di Singapura pada 27 Februari 2008. Dia jadi orang buruan selama lebih setahun sebelum ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia di Skudai, Johor pada 1 April 2009.

Mas Selamat diserahkan semula kepada pihak berkuasa Singapura pada 24 September 2010 dan sejak itu ditahan di bawah ISA.

Menurut kementerian itu lagi, Masyhadi menuntut di madrasah di Indonesia sejak berumur 13 tahun.

Dia dikatakan diasuh dengan ajaran radikal Jemaah Islamiyah dan melalui latihan separa tentera di Indonesia apabila meningkat dewasa.

Dia kemudian menjadi anggota Jemaah Islamiyah secara rasmi apabila mengangkat sumpah taat setia semasa berumur 21 tahun.

Masyhadi juga dikatakan telah melakukan aktiviti pengintipan dan menyebarkan propaganda radikal Jemaah Islamiyah melalui Internet.

Kementerian Dalam Negeri Singapura turut memaklumkan dua lagi rakyat Singapura dikenakan perintah sekatan di bawah ISA selama dua tahun bermula Disember tahun lalu.

Dua tahanan itu, Zakaria Rosdan, 23, dan Muhammad Khairul Sofri Osman, 29, dikatakan telah terpengaruh menjadi radikal selepas mencari maklumat dan menonton video dan laman web radikal.

Zakaria dikatakan cuba menghubungi sejumlah pergerakan militan antarabangsa dalam usaha menyertai mereka dan cuba masuk ke zon konflik.

Kementerian itu menambah Khairul pula memberikan galakan dan membantu Zakaria dalam usahanya itu.

Mereka yang dikenakan perintah sekatan dikehendaki mematuhi beberapa peraturan termasuk tidak keluar dari Singapura tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut Kementerian Dalam Negeri itu lagi, ia membebaskan seorang bekas tahanan ISA pada 15 Disember lalu selepas berpuas hati tahanan itu tidak lahi mendatangkan ancaman yang memerlukan tahanan pencegahan.

Dia bagaimanapun dikenakan perintah sekatan pada hari yang sama.

Mohd Azmi Ali, yang ditahan pada Disember 2009 merupakan anggota Jemaah Islamiyah yang berlindung di luar negara bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa Singapura.

Kementerian itu juga memaklumkan perintah sekatan ke atas enam lagi anggota Jemaah Islamiya yang lain dibiarkan luput setelah mereka memberikan kerjasama dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Astro Awani 

Pengerusi MyWatch terima ugutan bunuh sekali lagi


KUALA LUMPUR: Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan mendakwa menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan bunuh dalam usahanya untuk menonjolkan semula peranan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut dalam mendedahkan sindiket jenayah dan anggota polis yang korup.

SMS dari nombor telefon yang tidak dikenali tersebut diterima pada jam 3.53 pagi hari ini.

Sanjeevan berkata, SMS yang ditulis dalam campuran bahasa Tamil dan Malaysia bertulis “Aku akan bunuh kau. Kau fikir kau sudah bagus. Jangan main-main dengan aku. Jika engkau bagus sangat, aku lagi bagus dari kau. Pastinya kau akan mati di tangan aku. Jika engkau berani, hubungilah aku di.....”

Sanjeevan yang masih lagi dalam proses pemulihan selepas kejadian ditembak oleh orang yang tidak dikenali pada Julai tahun lalu mengatakan bahawa beliau terjaga dari tidur sekitar jam 8 pagi untuk melihat mesej pada telefon bimbit beliau dan dengan segera beliau dilanda kebimbangan yang memuncak.

Beliau kerap dilanda perasaan yang sama apabila dilanda dan diburu terutamanya ketika peristiwa yang hampir mengorbankan dirinya.

“Tidak sampai 10 hari pun kita menjalani tahun 2014, ‘trend’ itu sudah kembali. Apa yang akan terjadi seterusnya tentulah misteri terutamanya ketika polis tidak mahu member perlindungan kepada saya dan keluarga saya,” dakwa Sanjeevan kepada Astro Awani.

Menceritakan kembali pelbagai gangguan yang dihadapi beliau ketika beliau mengetuai kempen MyWatch, Sanjeevan menurutnya tidak pernah mendapat satu jawapan yang pasti mengenai gangguan-gangguan tersebut.

Ini termasuklah ugutan bunuh yang diterimanya pada Januari tahun lalu berikutan satu laporan yang dibuat beliau merhubung polis di Jelebu.

Selain itu juga, beliau pernah diserang tiga lelaki di tempat letak kereta sehinggalah membawa kepada insiden tembakan keatas beliau yang hampir membunuhnya.

Beliau juga mengadu bahawa polis tidak begitu efektif dalam menyelesaikan kes tembakan beliau itu.

Menerusi akaun Twitter beliau telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempoh sekitar jam 4 petang tadi.

Bila ditanya, adakah beliau takut pada waktu ini, Sanjeevan hanya ketawa sambil mengatakan bahawa “Saya hanya bimbangkan mengenai keselamatan keluarga saya sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

Astro Awani 

At least 5 killed in Japan plant explosion: police


TOKYO: An explosion at a chemical factory in Japan killed at least five people and injured a dozen more Thursday, police said.

The blast happened in the early afternoon at the plant in Yokkaichi, central Japan, when maintenance crews were working on a heat exchanger used in the production of silicon products, a plant spokesman told AFP.

Initial reports put the death toll at two, but they were quickly revised upwards.

"Five people are dead. 12 people have been injured, of whom nine sustained only minor injuries," said a spokeswoman at Mie prefectural police.

A separate police spokesman told AFP the plant, run by Mitsubishi Materials, makes parts for solar panels and automobiles, dealing with polymers made from silicone, hydrogen and chlorine.

"The explosion occurred but there is no fire. We received an emergency call at 2:09 pm (0509 GMT)...and at 2:21 pm the incident appeared to have calmed down," he said.

Hiroki Morofuji, an official at the plant, said the incident had involved maintenance workers at the plant, sited in a heavily industrialised region.

Mitusbishi Materials, headquartered in the Japanese capital, makes a range of products including auto parts, silicon wafers for memory chips used in consumer electronics, and cement for road and bridge construction.

The company, which reported sales of about $12.2 billion in its latest fiscal year, has over 22,000 employees and operations across the globe including in the United States, Brazil, Germany and India, according to its website. - AFP 

Pelajar maut nahas ketika melintas ke sekolah

ALOR SETAR - Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong, Gunung Keriang di sini maut selepas dirempuh sebuah kereta pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Nur Afiza Baquri, 15, yang sedang melintas jalan untuk ke sekolah di seberang jalan rumahnya telah dilanggar sebuah motosikal yang menyebabkannya terpelanting ke arah bertentangan dan dirempuh sebuah kereta.

Ibu pelajar itu, Zaiton Ahmad, 40, berkata pagi tadi Nur Afiza bersama-sama kembarnya Nur Afifi keluar awal untuk ke sekolah yang terletak 100 meter dari rumahnya.

"Lepas mereka keluar, akak dengar bunyi dentuman dan bagitau suami, Baquri Baharom, 38, ada kemalangan berlaku tapi masa tu tak tahu lagi anak yang dilanggar sebelum kakak (Nur Afifi) menjerit beritahu adik (Afiza) dilanggar," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Katanya dia dan suami terus bergegas pergi melihat keadaan anaknya tetapi semasa mereka memanggil nama anaknya itu, mangsa tidak memberi sebarang reaksi.

"Pemandu kereta yang melanggar dia yang juga jururawat di Hospital Jitra cuba periksa nadi adik tapi sudah tidak berdenyut sebelum bawa ke HSB. Adik (disahkan) meninggal di hospital kerana cedera parah di bahagian kepala," katanya.

Katanya jenazah anaknya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Gunung Keriang selepas selesai proses bedah siasat.

Nur Afifi berkata dalam kemalangan itu, motosikal itu terbalik manakala kembarnya terpelanting ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta.

Ibu saudara kembar itu, Rosniza Mohd Zohir, 33, berkata kemalangan kerap berlaku di kawasan itu kerana pada waktu pagi kenderaan banyak lalu lalang dan laju ditambah pula keadaan yang gelap kerana tiada lampu jalan.

"Sebelum ini, ramai dah minta pihak yang bertanggungjawab memasang lampu isyarat dan kon tapi sampai sekarang tiada tindakan yang diambil dan sudah banyak kemalangan kat sini," katanya. - Bernama

Bekas Ratu Venezuela ditembak mati


Bekas Ratu Venezuela ditembak mati
Spears dan Berry maut ditembak di lebuh raya.


CARACAS - VENEZUELA. Bekas Ratu Venezuela dan bekas suaminya maut ditembak lelaki bersenjata di barat laut Venezuela, kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, ketika kejadian Monica Spears dan Thomas Henry Berry dipercayai memberhentikan kereta selepas mengalami kerosakan di lebuh raya.

“Sekumpulan lelaki bersenjata merompak dan turut mencederakan anak perempuan mereka, Maya Berry Spear yang berusia lima tahun,” katanya.

Menurutnya, laporan dipetik AFP, kereta mangsa dipercayai melanggar objek tumpul di jalan terbabit.

“Objek itu ditempatkan secara sengaja oleh penjenayah sebagai sebahagian daripada rancangan rompakan.

Sinar Harian 

GST boleh turunkan harga kereta

GST boleh turunkan harga kereta
Segmen kenderaan yang mempunyai margin keuntungan rendah dijangka boleh mengalami pengurangan harga jualan selepas GST diperkenalkan pada 2015. (Gambar hiasan)


PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015 mungkin boleh menurunkan harga kereta di negara ini, bergantung kepada segmen kenderaan.

Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan bagi Asia Pasifik Kavan Mukhtyar berkata, GST akan memberi manfaat kepada kenderaan yang dijual dengan margin keuntungan kecil kerana kadar cukai itu lebih rendah iaitu enam peratus berbanding cukai jualan 10 peratus buat masa ini.

"Sekarang ini, cukai jualan sebanyak 10 peratus dikenakan kepada kenderaan yang dijual tetapi dengan pelaksanaan GST, ianya akan berubah.

"Bagi kenderaan yang dijual dengan margin keuntungan kecil, GST mungkin boleh menurunkan harga kereta. Manakala bagi segmen kenderaan mewah, kebiasaannya margin keuntungan lebih tinggi dan kemungkinan harga kenderaan mewah akan meningkat walaupun GST dilaksanakan," katanya dalam taklimat media berhubung prospek industri automotif 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan GST pada 1 April 2015 akan menyebabkan penjualan kenderaan di Malaysia pada tahun ini meningkat kerana pembeli akan membuat keputusan untuk membeli kenderaan sebelum cukai itu dilaksanakan, tahun depan.

Sementara itu, kajian Frost & Sullivan menunjukkan industri automotif dijangka kekal positif dengan peningkatan jualan dijangka sebanyak 4.2 peratus tahun ini, sekali gus menyasarkan jualan 675,000 unit kenderaan tahun ini berbanding sasaran tahun lalu sebanyak 648,000 unit.

Menurut Kavan, unjuran peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2014 itu didorong keadaan positif ekonomi serta aliran pelaburan berterusan.

“Saya menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 5.4 peratus pada tahun ini, didorong penggunaan domestik yang kukuh serta peningkatan dalam eksport Malaysia.

“Selain itu, pengumuman Dasar Automotif Nasional yang baharu pada pertengahan Januari ini juga dilihat akan menjadi pemangkin untuk membawa industri tempatan ke hadapan melalui pendekatan serampang dua mata dan mengubah Malaysia menjadi hab pengeluaran segmen kenderaan cekap tenaga (EEV) pada 2020,” katanya.

- Sinar Harian 

Restoran popular diarah tutup gara-gara tikus

KUCHING - Sebuah restoran yang sering menjadi tumpuan ramai di Jalan Tun Jugah di sini diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching hari ini berikutan penemuan sarang dan najis tikus.

Sepasukan pegawai dari jabatan itu yang diketuai Penolong Pegawai Kanan Kesihatan Persekitaran Sabri Sahari mengeluarkan surat arahan penutupan dalam Operasi Premis Bersih Kuching 2014 di sini.

"Semasa diperiksa, kami mengesan sarang dan najis tikus dalam kawasan stor penyimpanan makanan dan dapur di premis ini. Sebab itulah tempat ini ditutup untuk tempoh dua minggu supaya pemiliknya dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan yang sewajarnya," katanya kepada media yang menyertai operasi itu.

Pemilik kedai berkenaan yang mendakwa dia baru sahaja mengambil alih perniagaan itu tahun ini turut dikompaun sebanyak RM1,000 setelah pekerja-pekerjanya yang menyediakan makanan didapati tidak menjalani latihan pengendali makanan.

Menurut Sabri, kompaun berkenaan dikenakan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang mula dikuatkuasakan 1 Jan lepas.

Sabri berkata premis berkenaan akan dibenarkan beroperasi semula hanya apabila pemilik berkenaan melaksanakan langkah-langkah kebersihan yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

Katanya sepanjang sembilan hari pertama penguatkuasaan peraturan itu, sebanyak 76 buah premis di sekitar bandar raya ini telah diperiksa di mana dua buah premis pengendalian makanan diarah tutup dan kompaun berjumlah RM2,000 dikumpul.

"Pemeriksaan terhadap premis-premis berkaitan akan dilakukan secara berterusan melalui operasi bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan di sini," katanya. - Bernama

Isu Mercedes: Tak puas hati penjelasan MB?

Isu Mercedes
KBV8 pada Mercedes Benz S320

ALOR SETAR - Sehari selepas penafian Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengenai pembelian sebuah Mercedes Benz S300, beberapa blog pro pembangkang semakin rancak memperkatakan isu berkenaan, termasuk tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.

Beberapa maklum balas yang dipetik daripada laman sosial meminta kerajaan negeri membuat penjelasan terperinci berikutan ianya membabitkan perbelanjaan negeri.

Turut didedahkan menerusi laman sosial itu, mendakwa Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV8 yang didaftar pada 5 April 2006, kini didaftarkan dengan nombor pendaftaran baharu, iaitu KDQ 9900.

Manakala plat KBV8 diletakkan pada Mercedes Benz S300, yang dikatakan dibeli beberapa bulan lalu. Pertukaran plat itu dikatakan melalui proses retention dan boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat pembelian kenderaan baharu.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah (Tan Sri Azizan Abdul Razak), Mohd Helmi Khalid berkata, terdapat beberapa fakta meragukan berhubung penjelasan Mukhriz mengenai penafian membeli sebuah kereta baharu, kelmarin.

Berikutan itu, beliau memohon penjelasan dibuat bagi mengungkai kekeliruan yang timbul, sekiranya benar tiada pembelian dibuat.

“Selama lima tahun saya berkhidmat bawah pentadbiran Allahyarham Azizan, plat KBV8 adalah nombor pendaftaran Mercedes Benz S320, bukan S300.

"Tidak wujud Mercedes Benz S300 di Wisma Darul Aman. Manakala KCX8 model S350 dibeli pada tahun 2011 sebagai kereta rasmi tambahan,” katanya.

Menurutnya, pada ketika itu, hanya terdapat dua buah kereta rasmi yang digunakan oleh Menteri Besar, sehingga Mei 2013.

Mohd Helmi berkata, bagi mendapatkan kepastian, beliau bertanya sendiri kepada pekerja di sebuah kedai aksesori di Jalan Gangsa, yang membuat proses pertukaran plat pada kedua-dua kereta terbabit.

“Saya bukan tuduh melulu, namun timbul kekeliruan apabila plat KBV8 digunakan pada kereta lain yang digunakan oleh Menteri Besar. Adakah nombor plat itu dibeli individu lain dan digunakan pada S300 miliknya, tetapi kenapa ada tertera menteri besar pada plat itu,” katanya.

Difahamkan, Mercedes Benz S300 yang diletakkan plat KBV8 kini berada di Kuala Lumpur, manakala Mercedes Benz S320 yang ditukar kepada plat KDQ 9900 akan digunakan di Kedah.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali ketika dihubungi, bagaimana pun enggan mengulas lanjut.

Manakala Pemangku Pengarah JPJ Kedah, Fatimah Saad yang kini berada di Kuala Lumpur, berkata, sebarang permohonan pendaftaran baharu kereta rasmi kerajaan negeri perlu didaftarkan bawah SUK dan tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

Namun, beliau mengesahkan untuk sebarang proses retention, ia membabitkan sebuah kenderaan baharu dan lama, bagaimana pun tidak dapat memberi butiran sama ada kerajaan negeri membuat permohonan itu, kerana berada di luar kawasan.

- Sinar Harian 

Wisma Putra confirmed the incident involves former Al-Azhar student

M. Naser Zahed - Facebook Photo


KUALA LUMPUR: Official of Wisma Putra today confirmed the incident in Cairo which involves a former Al-Azhar University student injured when shrapnel of a stray bullet hit him on the face.

In commenting on this incident, the official said that the injury is minimal and that he is now receiving continuous help from the embassy in Egypt.

When asked on the aid provided to the students in Egypt, the official said that the embassy is holding continuous meetings with the students there, providing them with advise on ways to stay safe while studying in Egypt.

“Malaysian students are mainly advised not to take part in any demonstrations held or to be anywhere near such areas and to remain vigilant at all times” said the official to Astro AWANI.

Yesterday, M. Naser Zahed, 27, who was on his way to send his wife for an exam at the Islamic Sciences Al-Azhar University, decided to return home upon discovering a demonstration which got out of control.

While walking home he felt something hit his face and realised that he was bleeding. He was later brought to the hospital for further treatment.

Naser was accompanied by a staff from the Malaysian Embassy in Egypt.

When asked on the aid provided to the students in Egypt, the official said that the embassy is holding continuous meetings with the students there, providing them with advise on ways to stay safe while studying in Egypt.

Malaysian students are mainly advised not to take part in any demonstrations held or to be anywhere near such areas and to remain vigilant at all times.

Astro Awani 

Datuk Khatijah terkilan isu keluarga diputar belit

Nur Khatijah terkilan isu keluarga diputar belit
Kisah Nur Khatijah yang menggunakan wang syiling untuk membayar yuran mendapat liputan.


SHAH ALAM - Datuk kepada murid miskin, Nur Khatijah Abdullah, 7, iaitu Mohd Rodzi Ariffin, 61, terkilan apabila kenyataannya mengenai nasib mereka sekeluarga diputar-belit melalui beberapa laporan media dan khabar angin di media sosial.

Menurutnya, disebabkan laporan yang tidak tepat itu, pihaknya disoal siasat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kebenaran kisahnya yang diceritakan kepada media (bukan Sinar Harian) sebelum ini.

“JKM banyak kali telefon saya bertanya betul ke tak dapat Perkeso atau pencen? Apa yang saya dapat jika menipu? Lihat saja rumah saya yang serba kekurangan ni,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di kediaman di Flat Taman Dagang Fasa 2A, Ampang, semalam.

Kisah Nur Khatijah tersebar di laman sosial selepas datuknya membawa bunjut wang syiling berjumlah RM64 untuk membayar yuran sekolah cucunya itu.

Jumlah itu bagaimanapun tidak mencukupi dan terpaksa ditambah atas belas ihsan guru-guru pada hari pertama sesi persekolahan.

Rodzi yang lebih mesra dipanggil Pak Long akui sudah tidak terdaya lagi melakukan sebarang kerja berat sejak berhenti menjadi pemandu bas mini pada tahun 1995 selepas perkhidmatan bas itu dihentikan.

“Ada juga saya ambil upah tempahan buat hulu parang, tetapi tempahan itu bermusim, bukan setiap hari ada yang mahu buat.

“Duit RM64 itu Tijah sudah kumpulkan sejak tadika lagi. Katanya mahu guna untuk bayar yuran sekolah,” katanya sebak sambil memangku cucu kesayangannya.

Pak Long yang juga mengidap sakit lutut bertanggungjawab menjaga Nur Khatijah sepeninggalan isterinya, Shamsiah Yusoff, 55, yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang berdekatan.


Nak jaga tok wan dengan mak

Nur Khatijah yang mesra disapa Tijah seorang kanak-kanak yang mudah mesra, malah ketika dikunjungi Sinar Harian semalam, dia tidak segan untuk duduk dipangku penulis.

“Bila besar nanti, Tijah nak jadi doktor...boleh ubatkan Tok Wan dengan mak (panggilan nenek).

“Nanti Tijah nak kumpul duit banyak-banyak, nak beli laptop,” katanya sambil tersenyum manja.

Menurut Nur Khatijah, jiran tetangga ramai yang gemar beri wang syiling kepadanya dan wang syiling itu akan diasingkan mengikut nilai dalam tabung berasingan.

“Hari-hari Tijah tidur dengan mak...mak yang jaga Tijah...Tijah sayang mak,” ujarnya.

Nur Khatijah obses dengan penyanyi seberang Tegar dan menjadikan penyanyi itu sebagai idolanya, malah setiap hari bait lagu ‘Aku Yang Dulu Bukan Sekarang” sering bermain di bibirnya.


Jaga Tijah hingga akhir hayat

Nenek Nur Khatijah yang mesra dipanggil Mak Long nekad mahu menjaga cucu tunggalnya hingga akhir hayat walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan.

“Sejak mak Tijah meninggal masa umur dia dua tahun tiga bulan, Mak Longlah yang menjaga. Dia meninggal kerana sakit barah paru-paru.

“Selama ni, Mak Long rahsiakan saja beban kami kerana tak mahu susahkan orang lain. Kami ada mohon JKM bermula tahun lalu bantuan untuk Tijah...dapatlah sebulan RM100,” katanya.

Mak Long yang bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM900 sebulan untuk membeli barang keperluan harian dan wang itu yang digunakan untuk perbelanjaan mereka sekeluarga memandangkan suaminya tidak mampu
bekerja lagi.

“Berapa sangatlah jumlah gaji tu kalau nak bandingkan belanja sekarang yang tinggi. Mujur ustazah Tijah, selalu hulurkan wang dan beli apa yang patut,” katanya sebak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam atas nama Mohd Rodzi Ariffin 12-12202-023994-9 atau Maybank atas nama Shamsiah Yusoff 1121-8316-7327.

Sinar Harian 

Pengganas: Sejam berbalas tembakan

Pengganas: Sejam berbalas tembakan
Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas pada Mac lalu.


KOTA KINABALU - Pasukan Keselamatan Malaysia betul-betul mempunyai beberapa saat saja untuk respons terhadap sekumpulan pengganas Sulu, ketika bertembung dengan mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu bila satu tembakan meletus pada 1 Mac tahun lalu.

Superintenden Mancha Anak Laga dari Pasukan Operasi Am (GOF) Komando VAT69 memberitahu mahkamah tinggi, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini bahawa pada kira-kira 10 pagi hari berkenaan, pasukannya bertembung sekumpulan antara 35 dan 40 orang, yang memakai pakaian celoreng dan menjerit pada mereka dalam Bahasa Malaysia, “Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami!” dan kemudian mula menembak anggota pasukannya.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed tentang jarak masa ketika penceroboh itu menjerit dan bila tembakan meletus, beliau berkata: “Kira-kira tiga hingga empat saat. Selepas mereka mula menembak berterusan, pasukan saya dan saya sendiri mencari perlindungan dan mula membalas tembakan ke arah mereka. Ia berlarutan kira-kira sejam.

“Semasa berbalas tembak, seorang daripada orang saya, Korporal Sabaruddin Daud terbunuh akibat beberapa kecederaan di kepala selepas ditembak penceroboh,” katanya.

Mancha adalah saksi ketiga pendakwa dalam perbicaraan 30 orang yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti pengganas di Sabah tahun lalu.

Menurutnya, beliau telah memberitahu komander taktikalnya, Datuk Abdul Rashid Harun tentang pertempuran itu dan kemalangan jiwa menerusi walkie-talkie.

Ditanya oleh Abdul Wahab sama ada beliau tahu maksud perkataan ‘tiger’, yang digunakan oleh penceroboh, Mancha berkata, ia merujuk kepada dirinya dan anggota pasukannya. 

Terdahulu, seorang anggota polis bantuan di Felda Sahabat, Lahad Datu memberitahu mahkamah, beliau nampak sekumpulan lelaki memakai uniform celoreng di Kampung Tanduo selepas keluar memancing pada pagi 12 Februari.

Mohd Ali Asmadi, 40, berkata, beliau menganggarkan terdapat lebih 100 orang.

“Saya yakin mereka bukan anggota Tentera Malaysia kerana saya belum pernah melihat askar Malaysia memakai uniform jenis itu,” katanya.

Sinar Harian 

Tragis: Bayi tercampak atas jalan

Bayi tercampak atas jalan
Keadaan motosikal ditunggang Rohani dan Perodua Myvi dipandu Rasniza setelah terlibat kemalangan di lampu isyarat di Kilometer 9 Jalan Ajil-Kuala Berang, pagi semalam.


KUALA BERANG - “Walaupun menggeletar kerana pertama kali lihat kemalangan di depan mata, saya gagahkan diri angkat seorang bayi lelaki yang tertiarap atas jalan setelah tercampak keluar daripada kereta kerana khuatir dia dilanggar kenderaan lain.”

Demikian kata Sabariah Mansor, 49, saksi kemalangan di Kilometer 9 Jalan Ajil-Kuala Berang berhampiran lampu isyarat di bandar Kuala Berang membabitkan tiga Perodua Myvi, sebuah Proton Wira dan sebuah motosikal Honda EX5, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, bayi berusia setahun setengah, Rizki Hazid yang menaiki Proton Wira dipandu ibunya, Siti Sarah Ali, 29, dari arah Ajil-Kuala Berang bagaimanapun terselamat, manakala ibunya patah tangan kiri.

Sabariah berkata, sebaik terdengar bunyi brek kuat, dia yang ketika itu sedang mengemas barang di kedai makannya terus berpaling untuk melihat apa yang berlaku sebelum terdengar bunyi dentuman dan sekelip mata
beberapa kereta terbabas serta turut terbalik.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan benar-benar buatkan saya terkejut dan ketakutan. Sebaik terlihat seorang bayi berada atas jalan, saya gagahkan diri angkatnya kerana bimbang dilanggar kenderaan lain kerana ketika itu lalu lintas agak sibuk," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata Sabariah, ketika itu bayi berkenaan tertiarap atas timbunan kaca dan tidak menangis walaupun terdapat darah di bahagian bawah dagunya, manakala ibunya dikeluarkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

“Beberapa ketika berada dalam dukungan, barulah bayi lelaki itu menangis dan ada sedikit darah keluar daripada mulutnya. Ibunya pula cedera di bahagian tangan kiri dipercayai kerana tersepit.

Sinar Harian 

MyWatch chief greeted by new death threat for 2014


KUALA LUMPUR: MyWatch chairman R Sri Sanjeevan has claimed that he received a SMS death threat this morning, amid plans to revive the anti-crime NGO with more exposés on crime syndicates and dirty cops.

At 3.53am today, Sanjeevan said he received the SMS from an unknown number.

Writing in a mix of Tamil and Malay, it said:“I am going to kill you. You think you’re so great. You don’t play with me, brother. If you think you are great, I am greater than you. Confirm you will die in my hands. If you have the balls, call me at...”

Sanjeevan, who is recovering after being shot by unknown gunmen in July 2013, said he woke up at 8am to find the message on his phone and was immediately hit by a sense of déjà vu.

The familiar feeling of being harassed and hunted, he said, always accompanied him before his near fatal experience.

“Not even 10 days after 2014, the trend is coming back. What is going to happen next is of course a mystery, especially because police refuse to give me or my family protection,” claimed Sanjeeevan to Astro AWANI.

Recounting the various types harassment he has received when he was spearheading the MyWatch campaign, Sanjeevan said he never got clear answers on them.

These incidents include a death threat in January 2013, a report he made against the Jelebu police also on threats against him, the incident where he was assaulted by three men at a parking lot, and lastly the shooting.

He complained that the police have been ineffective in solving his shooting, and the other cases prior to that.

He said he will lodge a police this afternoon, though he was not confident anything will come out of it.

Asked if he was afraid, Sanjeevan just laughed. "I am worried about my family, that's all," he said.

On July 27, 2013, Sanjeevan was gunned down by an unknown gunman while driving with his friend in Bahau, Negeri Sembilan. No arrests have been made on the case to date.

Yesterday, Sanjeevan told news portal FreeMalaysiaToday that MyWatch will continue to make exposés, despite having former IGP Musa Hassan and S Gobikrishnan, whom were MyWatch patron and adviser, leaving the NGO following the shooting.

ASTRO Awani 

Angin kencang bergelora berterusan sehingga Isnin


Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) yang kini melanda perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin (13 Jan).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 4.5m itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.

Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melanda perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat serta Sandakan.

Keadaan angin kencang yang bertiup antara 40 dan 50 km/jam serta ombak setinggi 3.5m itu dijangka berlaku esok sehingga Isnin ini, menurut kenyataan itu.

Keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut.

BERNAMA 

Berhati-hati: Lori bawa bahan toksik terbalik berhampiran Plaza Tol Jelapang

Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Sebuah lori tangki yang membawa bahan toksik formaldehid terbalik dan mengalami kebocoran di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang pagi tadi.

Menurut satu laporan Bernama, laluan di Km 269.8 dijangka ditutup kepada lalu lintas sehingga 1 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Sumasivam berkata buat masa ini trafik dilencongkan ke Jalan Persekutuan.

Penutupan jalan itu bagi membolehkan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat pasir Puteh di sini menjalankan kerja-kerja pembersihan, katanya kepada pemberita di lokasi.

Menurut Sumasivam, kemalangan berlaku pukul 7.20 pagi tadi dan turut membabitkan dua buah kereta yang gagal mengelak lori tangki berkenaan yang melintangi jalan.

Kemalangan menyebabkan empat orang termasuk pemandu lori tangki itu cedera dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan, katanya.

Beliau berkata lori itu yang membawa 23 tan metrik cecair formadehid bagi kegunaan industri dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Kuantan, Pahang.

Astro Awani 

Melaka tolak Raja Noor Jan

Melaka tolak Raja Noor Jan
Idris dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar menunjukkan surat watikah yang diberikan Raja Noor Jan untuk mengadakan perbincangan.


AYER KEROH – Kerajaan negeri menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang usaha dilakukan sesetengah pihak yang boleh membangkitkan suasana keliru dalam kalangan rakyat Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, menerusi mesyuarat Exco semalam, pihaknya sebulat suara memutuskan tanpa rasa simpati menolak mereka yang cuba menuntut pengiktirafan tertinggi di Melaka selain tidak mengiktiraf pemberian darjah kebesaran oleh pihak tertentu.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan sewajarnya kerana tindakan itu sudah bercanggah dengan perlembagaan negara.

Idris berkata, perkara itu membabitkan Raja Noor Jan Raja Tuah mengaku sebagai Sultan Melaka, kehadiran Bonda Ratu Nusantara ke negeri ini baru-baru ini, selain tidak mengiktiraf pemberian darjah kebesaran Adat Perpatih Naning kepada pelbagai individu.

“Apakah fungsi Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang boleh mengiktiraf seseorang itu sultan atau tidak.

“Kita menolak dokumen dan individu mengaku sebagai Sultan Melaka kerana Melaka sebuah negeri bersekutu yang ditadbir wakil persekutuan menjadi ketua negeri dan dikenali Yang Dipertua Negeri.

“Dia bukan lahir di Melaka pun untuk menuntut kesultanan yang juga membabitkan beberapa negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam.

Idris turut hairan berikutan masih ada individu kelihatan kurang siuman untuk bertindak sedemikian selepas Melaka menikmati pelbagai kemajuan.

Katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan warta melibatkan hanya darjah kebesaran, pingat dan bintang yang diberikan Yang Dipertua Negeri boleh diiktiraf peringkat negeri serta negara.

“Mereka yang terima darjah, bintang kebesaran dari kumpulan adat ini tidak layak menerima anugerah daripada Yang Dipertua Negeri dan mana-mana anugerah diberikan sebelum ini akan ditarik balik.

“Pemberian pingat oleh institusi adat ini seolah-olah sudah menjadi kerabat diraja. Ada doktor, peguam yang menerimanya,” katanya.

Manakala, penasihat undang-undang negeri akan mengkaji perkara berkenaan sebelum melakukan tindakan seterusnya.


Sinar Harian

Dibakar hidup-hidup kerana dendam

Dibakar hidup-hidup kerana dendam
Kontena di parkir kereta yang terbakar, awal pagi semalam. Gambar kecil: Warga Myanmar rentung dibakar hidup-hidup. Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Angkara dendam seorang penjaga parkir warga Myanmar rentung setelah dibakar hidup-hidup dalam sebuah kontena, di Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, di sini, awal pagi semalam.

Sungguh tragis kerana ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa bersama rakannya sedang nyenyak. Bagaimanapun, rakan mangsa hanya melecur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, siasatan menemui dua tong plastik mengandungi minyak tanah di tempat kejadian.

"Pemeriksaan juga menjumpai sebatang kayu pencucuh dipercayai digunakan untuk memulakan api,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi berhubung sebuah kontena terbakar dan 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Api sedang marak ketika kami tiba di lokasi kejadian, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan hanya melecur pada kulit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya percaya terdapat unsur khianat dan jenayah dalam kejadian itu.

“Kita percaya kejadian kebakaran itu sengaja dengan niat membunuh. Kita ada petunjuk positif berhubung kes itu dan akan melakukan tangkapan terhadap individu terbabit dalam masa terdekat.

“Kita percaya motif kejadian adalah berkaitan pungutan parkir di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Sinar Harian 

Rakyat Sarawak setuju dengan hukuman berat bagi pesalah ragut


KUCHING: Berikutan saranan beberapa pertubuhan bukan kerajaan(NGO) supaya hukuman yang lebih berat dikenakan bagi kesalahan meragut, rata-rata masyarakat di bumi Kenyalang, Sarawak turut bersetuju dengan saranan tersebut yang mendesak supaya pihak berkuasa di negara ini mengenakan tindakan yang lebih berat bagi memberi kesedaran kepada pesalah tersebut disamping ianya dapat membendung masalah salah laku berkenaan kepada orang ramai.

Tinjauan Astro AWANI mendapati warga di negeri Sarawak turut menganggap hukuman yang sedia ada pada masa kini amat ringan hukumannya dan kemungkinan ianya tidak akan memberi kesedaran kepada pesalah berkenaan dan ada juga kemungkinan mereka akan kembali mengulangi kesalahan yang sama selepas dibebaskan.

Mereka semua amat besetuju dengan hukuman berat yang dikenakan kepada pesalah berkenaan dan mereka juga turut berasa marah kalau hukuman yang ringan sahaja diberikan kepada pesalah ragut berkenaan.

Selain itu juga, ada individu yang mencadangkan agar Malaysia melaksanakan sistem hudud mengikut negara Brunei bagi mengurangkan jenayah di negara ini disamping memberi cadangan agar dibina satu pusat khas seperti pusat serenti bagi menepatkan para peragut ini untuk menjalani hukuman dan pemulihan.

Rata-rata peragut yang ditangkap pada masa kini hanya dikenakan hukuman ringan dan tidak sepadan degan perbuatan mereka yang ada ketikanya mendatangkan kecederaan yang teruk kepada mangsa yang diragut.

Buat masa ini, tiada undang-undang khusus bagi jenayah ragut.

Pesalah akan didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak membabitkan kekerasan.

Bagi kes ragut yang membabitkan kekerasan, senjata atau mendatangkan kecederaan, pesalah akan didakwa sebagai jenayah samun.

Hukuman maksima untuk kesalahan ragut tanpa kekerasan yang pertama adalah lima tahun dan tujuh tahun bagi kesalahan berulang.

Manakala bagi kesalahan ragut menggunakan kekerasan, hukuman maksima adalah 20 tahun.

ASTRO Awani 

Kecuaian punca tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru


KUALA LUMPUR: Kecuaian dilihat menjadi punca utama berlakunya kejadian tanah runtuh di Jalan Mahameru, di sini petang Selasa.

Insiden itu boleh dielakkan sekiranya kerja mengukuhkan cerun bukit di kawasan berkenaan dibuat mengikut amalan kejuruteraan yang baik.

Pakar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin, antara lain melihat runtuhan berlaku kerana sisa tanah hasil kerja pengukuhan dibiar terkumpul di atas cerun terbabit.

"Jadi tanah yang dipotong daripada atas dilambakkan dibahagian tengah cerun tanpa dimampatkan memang berkeadaan sangat longgar, mudah diresapi air dan mudah menjadi tepu terutama apabila hujan lebat.

"Jadi apa yang berlaku semalam hujan lebat, tanah menjadi tepu dan seterusnya mengalir ke bawah. Sebab itu apa yang kita lihat semalam keadaan tanah yang runtuh itu seperti aliran atau lebih sesuai dipanggil aliran lumpur." katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jelas Dr Tajul keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan sistem perparitan yang sempurna.

"Sistem pengaliran sementara ini memang kena ada, sewaktu sebarang kerja-kerja pembinaan cerun untuk mengelakkan bahan-bahan kerja tanah diresapi air. Tapi itu tiada, kalau kita lihat di permukaan cerun masih ada lagi kesan-kesan mata air keluar. Itu menandakan cerun ini tiada sistem saliran yang sempurna."

Ekoran pemerhatiannya itu, Dr Tajul menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera membersihkan sisa tanah yang dilihat masih terkumpul di atas cerun berkenaan di samping membina sistem perparitan sempurna.

Beliau bimbang sekiranya langkah itu tidak diambil segera, satu lagi runtuhan akan berlaku jika kawasan berkenaan terus dilanda hujan lebat.

Mengulas pandangan Dr Tajul, DBKL memberitahu Awani proses mengalih sisa berkenaan memang menjadi keutamaan mereka.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, DBKL Tan Keng Chok menjelaskan kerja pembersihan akan dilaksanakan segera sebelum kerja mengukuhkan cerun berkenaan disambung semula.

Katanya kelemahan sistem perparitan juga akan diperbetulkan bagi mengelak insiden berulang.

"Masalah yang utama yang menyebabkan hakisan adalah disebabkan oleh sistem saliran. Dulu memang tak sempurna jadi sekarang kita akan buat beberapa longkang supaya air boleh dialirkan dan tidak menyebabkan tanah itu tepu dan menggelongsor."

Sebagai langkah berjaga-jaga DBKL akan meletakkan dua barisan benteng konkrit bagi mengelak tanah terus memasuki jalan raya sekiranya berlaku runtuhan susulan.

Projek pengukuhan cerun berkenaan sebelum ini dilakukan selepas ia runtuh pada Mei tahun lepas.

Keng Chok percaya runtuhan kedua ini tidak akan menjejaskan kerja-kerja mengukuhkan cerun berkenaan dan projek itu dijangka siap mengikut jadual iaitu pada 30 Mac 2014.

Astro Awani 

Penoreh getah dijatuhi hukuman penjara angkara merogol anak tiri


Tertuduh dibawah keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu




KOTA BHARU: Angkara merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun, seorang penoreh getah hari ini menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini siang tadi.

Tertuduh, Mohd Napi Aris, 38, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, Mohd Napi didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun yang mana perhubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undangn hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Astro Awani 

Penyamun paksa nenek seks oral

Sum Chang Keong
Sum Chang Keong


BERCHAM – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya.

Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya.

Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian