Monday, 18 May 2015

Tindakan berani Ah Kooy: '10 ah long masuk, 10 ah long saya bunuh'


AH KOOY: '10 ah long masuk, 10 ah long saya bunuh.'

KUALA LUMPUR: Berhati-hati semua peminjam wang tidak berlesen atau lebih dikenali dengan gelaran ah long terutama di Menglembu, Perak.

Bagaimana tidak sebuah klip video Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy berdurasi 41 saat yang sedang 'viral' di media sosial kini menjadi bukti polis sudah tidak mahu berkompromi lagi dengan sindiket itu.

Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, membuat amaran kepada ah long yang menjadikan kawasan sekitar Mengelembu sebagai lokasi menampal poster atau iklan pinjaman wang.

"Masuk saya punya 'area, ah long 10 orang mari, 10 saya bunuh, lu tak puas hati panggil 'lawyer' jumpa saya. Jangan ganggu saya punya area Menglembu, ini sticker jangan gantung ah long.

"Saya tak pakai duit ah long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen kepada saya Menglembu semua penuh dengan sticker ah long. Datang dan lihat. Ah long berani mari jumpa saya kita 'Chek chow' (lawan satu lawan satu).

"Kita berlawan. Awak ada pistol, bawa keluar. Saya tahu awak membelinya dari Thailand," kata Ah Kooy di dalam rakaman tersebut.

Video berdurasi 41 saat yang menunjukkan amaran Ah Kooy kepada ah long di sekitar Mengelembu - Sumber YouTube bagan serai

Sementara itu, sebuah portal melaporkan, lelaki yang menjadi 'model' di dalam klip video itu merupakan pekerja bagi sebuah agensi ah long.

"Kakitangan saya telah menggantung kain rentang apabila dia ditangkap. Daripada apa yang saya diberitahu, sebuah parti politik telah membuat aduan kepada polis mengenai banner itu di suatu tempat di Cheras.

"Itulah yang mendorong anggota polis untuk melakukan apa yang dilakukan," kata individu yang dihubungi melalui nombor yang tertera di dalam klip video seperti yang dilapor portal berkenaan.

Dalam pada itu, laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menemuramah Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan bahawa Ah Kooy adalah Ketua di Balai Polis Menglembu.

Chang Keong menegaskan, walaupun niat Ah Kooy adalah murni, tindakannya itu dilihat tidak profesional selain penggunaan perkataan yang kurang sesuai dalam klip berkenaan.

Tambah Chang Keong lagi, terdapat 14 kes berkaitan dengan peminjam wang haram di Ipoh sejak Januari dan lima daripadanya berlaku di Menglembu.

- Sumber: Astro Awani 

Zayn Malik role model in anti-terror project


With Zayn as an example, the girls will understand that their future is brighter living in the country.

KUALA LUMPUR: Popular singer and former member of One Direction, Zayn Malik has been roped in an anti-terrorism project as their icon in helping to stop young British Muslim girls from being recruited to become jihadi brides.

The project, headed by The Apprenticestar Nurun Ahmed, believes that with Zayn as an example, the girls will understand that their future is brighter living in the country, Inquisitr reported.

The project was set up after three young girls, Amira Abase, Kadiza Sultana, dan Shamima Begum, left their homes and families in London to join Islamic State (IS) in Syria. They are believed to be married to IS militants.

But latest reports claimed that the girls have gone missing and IS is now searching thoroughly for them.

The authorities fear that girls will be able to run away more easily during school break in July. 

- Source: Astro Awani 

Basarnas detected the location of student who fell into Indonesian

Mount Merapi, with its peak at 2,968 metres above sea level and located in the central Java province, is the most active in Indonesia. - AFP Photo/Adek Berry/FILES

JAKARTA: The National Search and Rescue Agency (Basarnas) has detected the location of a student who was reported to have fallen into Mount Merapi last Saturday.

According to local television news reports, the equipment used by Basarnas detected an object, believed to be that of the body of Ari Yunanto, 21, at a depth of more than 100 metres today.

However, the search and rescue team was still unable to enter the crater due to the presence of smoke and poisonous gas, and only expect to be able to do so later today, if it rained.

The student of the Atma Jaya University, Yogyakarta, was reported to have fallen into the crater of Mount Merapi, said to be 100 to 200 metres deep, while taking pictures at the peak of the mountain.

He was said to have climbed the mountain with five friends, who then lodged a report on the incident.

Mount Merapi, with its peak at 2,968 metres above sea level and located in the central Java province, is the most active in Indonesia.

- Source: Bernama

Pandikar Amin has shamed me, says Tun Mahathir

Dr Mahathir during the book launch.

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad said he had been ‘shamed’ by Tan Sri Pandikar Amin Mulia when the latter claimed he did not resign.

The former premier said the Dewan Rakyat Speaker had sought his (Dr Mahathir’s) counsel on his own accord.

“He told me about his dissatisfaction with Datuk Seri Najib (Abdul Razak). And he said he wanted to resign.

“He said he was no longer the Speaker. That was what he told me.

“He told me a little bit about how he unhappy with how Parliament is treating him.

“After that he asked me what he should do. I said, if he wanted to resign, then resign. I believed he said he had already given Najib a letter saying he wanted to resign,” Dr Mahathir said at the launch of his book “Dr Mahathir’s selected letters to world leaders” at the Perdana Leadership here today.

Dr Mahathir said he was only repeating what Pandikar Amin had told him.

“He’s talking as if I had lied. No need for this. It’s embarrassing me,” he said.

Before this, Pandikar Amin had denied that he would be resigning as Dewan Rakyat Speaker.

Earlier today, Pandikar Amin assumed his official duties in Parliament.

- Source: Astro Awani 

Hukuman mati Mursi tindakan zalim - Tun Mahathir

Mohammed Mursi

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi sebagai tindakan zalim.

Menurutnya, penghakiman yang dibuat oleh pihak yang menentang Mursi tidak sepatutnya berlaku.

“Dalam Islam disebut berkali-kali, apabila kau menghukum, hukumlah dengan adil. Ini hukuman dibuat oleh pihak yang menentang dia (Mursi), tidak bolehlah. Saya berpendapat itu zalim,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran buku ‘Dr Mahathir’s Selected Letter’s to World Leaders volume two’, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Mursi,ulama Islam dunia, Yusuf Al-Qaradawi dan 105 penyokong Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden, Hosni Mubarak.

Mursi mendengar keputusan itu di kandang pesalah, manakala sebahagian besar tertuduh yang lain tidak hadir, termasuk Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.

Bagaimanapun, hukuman tersebut hanya akan dilaksanakan selepas mendapat ‘restu’ daripada pihak berkuasa agama paling tinggi di negara itu, Mufti Besar Mesir dan keputusan akhir hukuman akan diumumkan pada 2 Jun ini.

Dalam perkembangan lain, Yusuf Al-Qaradawi mengutuk keras keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal serta mencabul hukum Islam melalui satu rakaman video yang dimuatnaik ke laman Twitternya pada Ahad lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

Jangan cepat buat kesimpulan - Mia Ahmad

SELEBRITI, Mia Ahmad di lokasi Drama Hati Perempuan. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Nama pelakon baharu, Mia Ahmad ini hangat diperkatakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

Dikatakan berlaku cinta lokasi atau cinlok di antaranya dengan pelakon Syarul Ridzwan selepas sama-sama membintangi drama Hati Perempuan yang sudah pun berakhir pada 14 Mei lalu menerusi slot Akasia TV3.

Syarul sebelum ini yang pernah dicalonkan sebagai Artis Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 menafikan sekeras-kerasnya yang dia dan Mia ada ikatan istimewa. 

Menurut Syarul, mereka hanya berkawan baik dan sudah lama kenal serta beberapa kali bekerjasama sebelum digandingkan dalam drama Hati Perempuan.

BH Online mendapatkan reaksi Mia pula. 

"Mereka yang pantas mengatakan kami bercinta itu tak tahu apa apapun sebenarnya. Mereka hanya cakap berdasarkan apa yang dilihat termasuklah melalui gambar yang dimuat naik kami di laman Instagram selain komitmen yang ditunjukkan di dalam lakonan di kaca TV serta di luar skrin apabila sama-sama mempromosikan drama berkenaan.

"Tiada apa antara kami. Tapi saya selesa bekerjasama dengannya. Dia seorang yang baik," katanya. 

Mia turut ditanya mengenai kononnya dia kini sudah berubah sikap dan mula berangan.

"Saya tak pasti dari mana cerita ini datang kerana ia kali pertama didengari saya. Yang pasti kerjaya seni saya baharu sahaja bermula dan tak semudah itu saya akan mempersiakannya," katanya yang memegang watak Yuhanis dalam drama Hati Perempuan arahan Kas Roshan. 

Kerjaya lakonan Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi bermula selepas dia berjaya membawa watak Anis dalam drama bersiri Ku Tak Rela untuk slot Azalea. Sebelum itu, dia pernah membawa watak sokongan dalam beberapa drama bersiri seperti Rindu Awak 200% dan Romi Cinta Julia.

Sebelum berlakon, Mia sebenarnya bermula dengan iklan komersial. Anak keempat daripada lima beradik yang juga bekas pramugari Air Asia X ini berhijab sejak pertengahan 2014.

MIA Ahmad dan Syarul Ridzuan di lokasi Drama Hati Perempuan. - Foto Hasriyasyah Sabudin


- Sumber: BH Online 

Zamani Slam semakin pulih

ZAMANI, ketika sidang media mengenai perkembangan terkini beliau yang menjalani rawatan di sebuah pusat dan rawatan pemulihan penagihan dadah.

KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers, di sini, semakin pulih. 

Zamani, 44, yang telah menjalani pemulihan selama tiga bulan berkata, beratnya yang sebelum ini 45 kilogram meningkat sebanyak 11 kilogram dan program pemulihan di pusat itu menjadikannya lebih positif dari segi mental dan fizikal.

"Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok.

Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang...itu yang paling saya bersyukur," katanya pada sidang media bagi memaklumkan perkembangan terkininya.

Beliau turut memaklumkan tempoh beliau berada di pusat berkenaan belum diketahui kerana ia bergantung kepada penilaian pihak pengurusan.

"Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah)...dan saya berazam untuk berubah bagaimanapun saya masih perlu meneruskan rawatan ini," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya termasuk penyanyi Datuk Jamal Abdillah dan vokalis OAG, Mohd Radhi Razali yang memberi sokongan moral kepadanya.

Zamani yang turut mengakui kesilapannya kerana terjebak dalam penyalahgunaan dadah turut memohon maaf kepada peminatnya kerana tindakannya itu mengecewakan mereka.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi; Jamal; Radhi; abang Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim; dan peguam kepada Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Sementara itu, Mohd Yunus berkata Zamani menunjukkan perubahan yang memberangsangkan dan pihaknya sedang berusaha untuk membantu beliau pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat bagi meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

Zamani Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Zamani (Slam) dan pembantu peribadinya, Nur Juliana Abdul Rani, masing-masing didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lepas.

- Sumber: BERNAMA

Geng motor besar bertelingkah, 9 anggota terbunuh



Seorang anggota polis tempatan mengawal kawasan tempat letak kereta berhampiran restoran Twin Peaks pada Ahad Mei 17, 2015, di Waco, Texas. AP/Rod Aydelotte/Waco Tribune-Herald

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya sembilan orang anggota geng motor besar terbunuh di Texas pada Ahad apabila pergaduhan antara kumpulan berseteru meletus di sebuah tempat meletak kenderaan.

Polis memberitahu wartawan tempatan bahawa mereka lega bahawa tiada seorang pun mereka yang sedang makan di restoran berhampiran tempat kejadian cedera ketika sekurang-kurangnya lima anggota geng berbeza bergaduh menggunakan senjata api. 

"Dalam 34 tahun penguatkuasaan undang-undang, ini adalah kejadian paling ganas yang pernah saya terlibat. Darah di merata tempat," kata Sarjan Patrick Swanton kepada akhbar Waco Tribune.

"Ini adalah salah satu pergaduhan bersenjata terburuk kami pernah lihat dalam kawasan bandar. Mereka mula menembak pegawai kami," katanya.

Pertempuran berlaku di luar sebuah restoran yang juga sebahagian daripada rangkaian bar sukan dikenali sebagai Twin Peaks yang terletak di kawasan pusat membeli belah di Waco.

Ia juga tempat untuk anggota kumpulan bermotosikal berkumpul.

Polis sebelum itu berkata pihak mereka telah dimaklumkan tentang perhimpunan geng motor besar yang dirancang terlebih dahulu dan pegawai mereka telah bertindak campur tangan dengan pantas, tetapi ahli kumpulan mula bergaduh dengan menggunakan pisau, rantai besi dan kemudian senjata api.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mengarahkan perniagaan di kawasan itu ditutup dan memindahkan saksi dan suspek untuk tujuan keselamatan.

Turut dilaporkan bahawa lebih ramai ahli geng lain menuju ke kawasan berkenaan untuk meneruskan persengketaan.

Stanton berkata polis juga telah melaporkan kebimbangan mereka kepada Twin Peaks namun pihak terbabit enggan memberikan kerjasama.

Media tempatan melaporkan bahawa seramai 18 yang lain turut cedera.

Polis Waco dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan tiada pegawai polis cedera. 

- Sumber: Agensi

15 cebisan mayat bayi tanpa kepala ditemui

Menurut Polis, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu.

JOHOR BAHRU: 15 cebisan mayat bayi tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman ketika memaklumkan kepada wartawan pagi ini berkata, cebisan mayat berkenaan ditemui sekumpulan pekerja pembersihan loji kumbahan tersebut pada jam 10.30 pagi ketika mereka sedang menjalankan tugas.

"Ketika sedang membersihkan kawasan itu, mereka ternampak beberapa objek yang mecurigakan tersangkut di perangkap sampah,"

"Selepas dikumpulkan didapati ia adalah cebisan mayat dipercayai mayat seorang bayi," jelasnya.

Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 1:30 petang semalam untuk tindakan lanjut.

Menurut pihak Polis, kepala bayi malang itu masih belum ditemui

Setakat ini polis telah mengumpulkan 15 keratan badan termasuk bahagian kaki dan tangan bayi terbabit. Manakala kepalanya masih belum ditemui.

Mohd Khamsani menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan. 

- Sumber: Astro Awani 

Tiada penggantungan: Cukup sekadar minta maaf kerana berselfie


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak akan mengantungkan pelajarnya Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, sekiranya dia membuat permohonan maaf berhubung tindakannya ‘berselfie’ di pentas ketika berlangsungnya istiadat konvokesyen di UiTM Lendu Melaka semalam.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, walaupun tindakan pelajar itu dianggap sebagai melanggar istiadat namun pihak UiTM masih ada ‘hati budi’ untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Tiada penggantungan sekiranya pelajar itu minta maaf, bagi UiTM cukuplah sekadar dia minta maaf, dan masalah itu selesai sekiranya dia berbuat demikian.

“Gantung kalau dia tidak minta maaf , kita gantunglah, untuk itu UiTM beri masa seminggu untuk dia minta maaf , kalau dia minta maaf tiada apa-apalah, orang Melayu senang maafkan orang. Itu bangsa kita, pesan saya jangan melanggar adat itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Oleh itu, beliau berharap agar pelajar sentiasa mematuhi peraturan , jika tidak mahu sebarang masalah timbul.

“Konvokesyen adalah adat istiadat iaitu tertib mereka perlu patuhi semasa adat istiadat itu, kalau peraturan ini dia langgar apa yang kita tetapkan, ia dianggap tidak hormat istiadat, kalau kita biarkan perkara ini, semua orang akan buat.

“Kita ada 24,000 hendak graduan, dan berjam-jam 10 hingga 14 hari , kalau pelajar berbuat demikian dia akan lambatkan proses dan merosakkan istiadat, jadi sebab itulah saya tegas tentang perkara ini,“ katanya.

Muhammad Hasrul Haris graduan Diploma Fotografi mencetuskan kontroversi apabila mengambil gambar selfie bersama Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvensyen UiTM ke-82 berlangsung.

- Sumber: Sinar Harian 

BR1M bukan rasuah

BR1M adalah elaun keselamatan sosial memandangkan ia menyasarkan kumpulan-kumpulan yang menerima kesan (daripada tekanan ekonomi).

KUALA LUMPUR: Menjawab kepada pihak yang masih mempertikaikan tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa program berkenaan adalah inisiatif jaringan keselamatan sosial rakyat khususnya untuk golongan berpendapatan rendah yang disyorkan pakar ekonomi negara.

Melalui laman web NajibRazak.com, Perdana Menteri menjelaskan bahawa BR1M merupakan jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara yang terdiri daripada para pegawai rasmi Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

“Kebanyakan daripada mereka ialah pakar-pakar ekonomi dan bukannya ahli politik. Jaringan sosial seumpamanya juga dilaksanakan di banyak negara lain.

“Ada yang mengatakan ia ‘bantuan untuk pengangguran’ yang menyasarkan golongan yang tidak bekerja. Bagaimanapun, BR1M adalah untuk golongan berpendapatan rendah.

“Kedua-duanya adalah bentuk elaun keselamatan sosial memandangkan ia menyasarkan kumpulan-kumpulan yang menerima kesan (daripada tekanan ekonomi),” jelas beliau.

Najib menjelaskan, kerajaan mahu merasionalkan konsep subsidi menyeluruh menjadi subsidi yang menyasarkan golongan memerlukan. Dengan memansuhkan subsidi menyeluruh, kerajaan dapat menjana simpanan yang kemudian disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah.

BR1M juga menurut Najib, bermanfaat untuk meringankan beban golongan sasaran berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Najib juga mengulas tentang sesetengah ahli politik yang mendakwa walaupun dengan pemberian BR1M, rakyat tidak berterima kasih.

“Pemikiran yang semata-mata beracuan politik itulah yang membuatkan mereka percaya BR1M sebagai rasuah, sedangkan itu bukan yang difikirkan jawatankuasa fiskal.

"Kami melihatnya sebagai langkah ekonomi dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa memandang paksi politik mereka. Ia juga diberi mengikut tempoh tertentu dan bukan hanya ketika pilihan raya,” jelas beliau.

Menurut Najib, orang selalu berkata ‘berikan seseorang ikan, dia akan makan untuk sehari, Ajarkan dia memancing, dia boleh hidup sepanjang hayat’.

“Namun realitinya, kita perlu lakukan kedua-duanya – memberi bantuan kepada yang memerlukan dan pada masa yang sama melabur dalam pendidikan, menambah baik kemahiran dan melonjak produktiviti,” jelas Najib.

Tambahnya, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam bajet selain kerajaan memperkenalkan pelbagai program latihan di bawah beberapa kementerian seperti program TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak lagi. 

- Sumber: Astro Awani | Mei 17, 2015

Pesawat rasmi ACJ320 bukannya untuk kemewahan - Najib

Pesawat eksekutif ACJ320 itu yang baharu diperoleh kerajaan pada Ahad melakukan penerbangan rasmi pertama dengan membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, namun ia bukannya untuk kemewahan tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

"Hiasan dalaman pesawat dikonfigurasikan supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dalam pesawat dan tugas negara boleh diteruskan walaupun semasa penerbangan.

"Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada atau tidak sesebuah negara harus mempunyai sebuah jet rasmi," kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam blog NajibRazak.com.

Dalam catatannya itu, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan kerajaan, selain memberi maklum balas beliau berhubung perkara itu.

Beliau menjelaskan pesawat eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) dibeli bagi menggantikan pesawat berusia 16 tahun yang berbahaya dari segi keselamatan.

"Selain itu, ia juga adalah pesawat rasmi yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang merupakan sebab mengapa kita tidak boleh berkompromi mengenai jaminan keselamatan," kata beliau.

Najib berkata kos penyenggaraan pesawat lama adalah tinggi, oleh itu kerajaan akan melupuskan pesawat lama dan wang yang diperoleh daripada penjualannya akan digunakan untuk mengurangkan kos pembayaran pesawat baharu.

"Kita tidak boleh terpengaruh dengan propaganda pembangkang bahawa kerajaan telah membazirkan wang membeli jet baharu. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah jet itu dibeli untuk menggantikan pesawat berusia 16 tahun, yang berbahaya dari segi keselamatan," kata beliau.

Pesawat eksekutif ACJ320 itu yang baharu diperoleh kerajaan pada Ahad melakukan penerbangan rasmi pertama dengan membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Alor Star ke Pulau Langkawi. 

- Sumber: Bernama 

Najib jawab 13 tuduhan termasuk‎ Altantuya

  • Najib Tun Razak
  • Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan 13 isu dan tuduhan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya.

Najib dalam Twitter dan blog beliau NajibRazak.com menyatakan: "Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak dan telah menulis pendapat saya mengenainya."

Beliau kemudian menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan isu seperti berikut:

1. Tuduhan mengenai kes Altantuya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Rasuah'.

3. Tuduhan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah rasuah.

4. Tuduhan terhadap 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

5. Tuduhan mengenai 'Jambatan bengkok' - Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan atas tanah sendiri tanpa kelulusan Singapura.

6. Dakwaan: "Sebagai Presiden Umno, Najib adalah lebih teruk berbanding Pak Lah" (Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi).

7. Tuduhan: (Najib) mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), dengan menubuhkan sebuah agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.

8. Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan.

9. Dakwaan: Untuk menawan kembali penduduk Cina dan India, Najib telah mengabaikan tindakan afirmatif.

10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Dakwaan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia.

12. Dakwaan bahawa jenayah telah meningkat sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dimansuhkan.

13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan.

- Sumber: Sinar Harian 

Restoran hidang daging manusia diserbu

- Gambar Hiasan

ANAMBRA - NIGERIA. Sebuah restoran hotel ditutup selepas didapati menghidangkan daging manusia sebagai sajian kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke restoran terbabit.

Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran tersebut menghidangkan daging manusia kepada pelanggan mereka.

Lapor portal Metro. co.uk, polis melaporkan menemui keadaan kepala manusia yang dipotong dan disembelih dalam keadaan mengerikan selain turut menjumpai cebisan-cebisan daging manusia yang disimpan di bahagian dapur restoran.

Pihak berkuasa turut menemui sejumlah telefon bimbit dan laras senjata automatik ketika melakukan serbuan ke atas restoran tersebut.

Seorang penduduk tempatan ketika ditemui pemberita berkata, dia sentiasa menyedari aktiviti pelik yang berlaku di restoran terbabit.

“Mereka (pekerja) tidak pernah memakai pakaian yang bersih dan teratur, cara mereka keluar masuk hotel juga agak pelik. Saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di restoran tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menahan 10 pekerja yang didakwa terbabit dengan jenayah tersebut.

- Sumber: Sinar Harian