Thursday, 24 October 2013

KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan

KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.

Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.

- BERNAMA

Larikan RM8,000 acu parang di leher juruwang stesen minyak

KEPALA BATAS - Seorang juruwang sebuah stesen minyak di Permatang Sintok di sini melalui detik cemas apabila diacu parang di lehernya oleh dua penyamun dalam kejadian malam semalam.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 malam, apabila dua lelaki bersenjatakan parang menyerbu ke dalam premis dan mengacu parang ke leher mangsa sambil mengarahkannya mengeluarkan wang dari mesin daftar tunai.

"Kejadian itu berlaku tidak sampai dua minit dan disaksikan oleh seorang lagi pekerja premis berkenaan yang tergamam. Suspek kemudian beredar dengan menaiki motosikal tanpa mencederakan mangsa berusia 21 tahun itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) , Asisten Superintendan Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mangsa gagal mengecam wajah suspek manakala nombor pendaftaran motosikal yang berjaya dicatat oleh mangsa didapati nombor palsu," katanya.

Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu penyamun berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM8,000 hasil jualan minyak semalam.

Katanya polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di stesen minyak tersebut.

- BERNAMA

15,000 penyokong serbu Stadium Negeri sejak 5 pagi

15,000 penyokong serbu Stadium Negeri sejak 5 pagi
Peminat bola sepak Sarawak berasak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak menentang Pahang, di Stadium Negeri di Kuching, hari ini. - Foto Bernama


KUCHING - Demam bola sepak Piala Malaysia terus melanda Sarawak apabila lebih 15,000 penyokong menyerbu Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini untuk membeli tiket perlawanan separuh akhir kedua antara skuad Bujang Senang menentang Pahang, Sabtu ini.

Tinjauan Bernama mendapati suasana sekitar Stadium Negeri yang kebiasaannya hanya meriah pada hari-hari perlawanan, berubah umpama pesta, ada penyokong yang sudah beratur seawal 5 pagi, walaupun tiga kaunter jualan tiket hanya dibuka pada pukul 10 pagi.

Sebanyak 10,000 tiket yang diperuntukkan untuk dijual hari ini habis dalam tempoh sejam kaunter jualan dibuka, manakala baki tiket akan dijual esok bermula pukul 10 pagi.

Bagi memastikan kelancaran jualan kali ini, serta memberi peluang sama rata kepada semua penyokong, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menetapkan setiap pembeli perlu menunjukkan kad pengenalan di samping hanya membenarkan setiap penyokong membeli sehingga lima tiket sahaja.

Bagaimanapun peraturan FAS itu mengakibatkan sesetengah penyokong marah kerana tidak diberitahu lebih awal, serta peraturan menyebabkan urusan pembelian mengambil masa lebih lama kerana petugas kaunter perlu menulis nombor kad pengenalan di buku tiket.

Bagi Hashim Razali dari Kampung Boyan, dekat sini, berkata dia datang ke stadium seawal 5 pagi selepas menghantar anak saudara ke sekolah namun gagal mendapatkan tiket walaupun beratur awal kerana ada penyokong memotong barisan, selain faktor laluan ke kaunter tidak teratur dan tersusun.

Nasib yang seakan sama turut menimpa Augustus Nanang, dari Serian, 65km dari sini, yang tiba di bandar raya ini semalam dan menumpang tidor di rumah saudara.

"Seawal 5.30 pagi saya dah beratur di sini, tetapi tak tahan sangat diasak pembeli lain, ada yang terlalu agresif, memotong barisan, jadi tak tahan jadi saya mengalah," katanya.

Penyokong fanatik skuad Bujang Senang, yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada juara Liga Perdana 2013 itu sering disifatkan sebagai pemain ke-12 pasukan dan sorakan 25,000 penonton dalam perlawanan Sabtu ini mampu memberi suntikan semangat kepada barisan pemain Bujang Senang.

Dalam pertemuan pertama di Stadium Darul Makmur, Sarawak tewas 1-3 kepada Pahang namun masih mampu layak ke perlawanan akhir jika berjaya mengurangkan defisit jaringan skuad Tok Gajah itu.

- BERNAMA

Polis ambil keterangan sarjan tentera pukul isteri

BUKIT MERTAJAM - Polis telah mengambil keterangan daripada seorang sarjan tentera yang bertindak memukul isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, pihaknya merekodkan keterangan lelaki berusia 42 tahun itu dan isterinya berumur 35 tahun pada Selasa.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan perubatan mengenai kejadian pukul itu daripada HSJ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, anggota tentera itu bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta HSJ di sini.

Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku apabila lelaki berkenaan bertemu dengan isterinya yang merupakan warga Indonesia di tempat letak kereta terbabit sebelum mereka bertengkar.

Dalam pertengkaran itu, anggota tentera yang bertugas di sebuah kem tentera di sini gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur.

Ekoran kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami lebam di mata kiri, hidung berdarah dan sakit seluruh badan membuat laporan polis.


- BERNAMA

Hilux 2013 berciri baru dijangka popular

Hilux berciri baru dijangka popular
Ismet (kiri) bersama Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor Khong Man Chong semasa pelancaran Hilux baru di Sabah, pada Selasa.


UMW Toyota Motor Sdn Bhd menyasarkan untuk menjual lebih 29,000 unit Hilux dengan ciri dipertingkatkan, tahun depan

Model trak pikap paling laris di Malaysia itu memaparkan ciri penambahbaikan baru yang diyakini membawa lebih nilai kepada kenderaan tersebut.

Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ismet Suki berkata, Hilux dengan ciri baru itu diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas pelanggan Toyota.

"Hilux sememangnya dikenali kerana ketahanan dalam segmen trak pikap 4x4.

“Kenderaan ini pasti menjadi pilihan utama dalam kalangan mereka yang mahukan pikap lasak dan berkuasa," katanya.

Menurut Ismet, pengambilan tempahan bagi Hilux dipertingkatkan ini bermula 17 September lalu dan lebih 800 unit telah diterima sehingga kini.

Antara penambahbaikan Hilux tersebut ialah rim roda aloi 17 inci, kerusi kulit, ruang dalaman berwarna gelap, reka bentuk lampu kabus depan baru, kerusi pemandu boleh ubah secara elektrik, tali pinggang keledar hadapan dengan penegang dan had kuasa sebagai ciri keselamatan tambahan.

Selain itu, Hilux itu juga dilengkapi enjin turbo diesel 3.0 liter dan 2.5 liter dengan teknologi Intercooler VNT dan D-4D Common Rail untuk prestasi terbaik dengan kecekapan bahan api.

Lebih 4.5 juta unit model terkini Hilux telah dijual di seluruh dunia setakat ini, dengan model semasa Hilux yang dilancarkan di Malaysia pada 2005 terjual lebih 145,000 unit di Malaysia setakat September 2013.

Sumber

Anzalna Nasir pertahan maruah kakak

anzalna

Walaupun cuba mengambil langkah selamat dengan tidak memberi sebarang komen yang boleh mengeruhkan keadaan, namun Anzalna merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk melindungi kakanya daripada mendapat persepsi buruk masyarakat.

"Pada mulanya saya tidak mahu campur tangan dalam hubungan mereka. Namun, setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah dan mendengar penjelasan kakak, saya perlu tampil kerana perkara ini boleh menjatuhkan maruah kakak sebagai seorang wanita.

"Saya ada membaca sebahagian mesej antara Shah dan Diana dan apa yang boleh saya katakan perbualan mereka tidak seperti kawan biasa. Malah segala bukti telah saya 'printscreen' agar tidak berlaku sebarang hal berbangkit di kemudian hari. 

"Jadi, apabila Shah sendiri menafikan hal ini, saya berasa kasihan dengan kakak yang seperti terhegeh-hegeh dalam hubungan ini," ujar Anzalna yang ditemui di majlis pelancaran program bual bicara Diva De Vida di Finas, semalam. 

Dalam pada itu, Anzalna juga sempat memberi nasihat kepada wanita yang mengalami masalah sama;

"Kepada semua wanita, janganlah beri peluang kepada lelaki untuk menjatuhkan maruah anda dan berhati-hatilah jika ingin berkawan dengan artis kerana akhirnya anda pasti kecewa," ujar Anzalna yang merujuk kepada sesetengah artis yang tidak jujur dalam menjalinkan hubungan. 


Oleh:Editorial MH
Tarikh: 24 Oktober 2013

Rini AF selamat bersalin anak lelaki

rini
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan buat penyanyi Rini yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata pada jam 12.36 tengahari, 18 Oktober yang lalu di hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. 

Bayi lelaki ini diberi nama Mushi Iman. Akui Rini dia terpaksa bersalin menggunakan kaedah 'caesar' kerana bayinya yang agak besar.

"Tapi Rini tidak kisah bersalin kaedah apa pun, janji semuanya selamat dan sihat walafiat. Alhamdulillah syukur," ujar Rini ketika dihubungi sebentar tadi.


Oleh:Editorial MH
Tarikh: 24 Oktober 2013

FBI letak jawatan sebagai penyampai radio Hot FM

  • Faizal Ismail
  • Faizal Ismail - Foto Ihsan Facebook Faizal Ismail


SHAH ALAM - Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam. Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Sementera itu menurut laporan portal hiburan Gua.com, ekoran tindakan FBI yang mengatakan bahawa beliau telah meletak jawatan, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM?

Menurut laporan tersebut juga, ekoran daripada perkhabaran tersebut pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang peletakan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Bagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."

- Sinar Harian

Australia's capital allows gay marriage

Australia's capital allows gay marriage

Australia's national capital on Tuesday passed legislation making it the first place in the country to allow gay marriage and said a legal challenge from the federal government would not stop same-sex weddings.

Same-sex unions are available in a majority of Australian states but because marriage comes under federal legislation these couples are not formally recognised as married by the government.

The new law passed by the Australian Capital Territory's (ACT) 17-member Legislative Assembly in Canberra means the first weddings could take place by the end of the year, Chief Minister Katy Gallagher said.

"I am sorry that the Commonwealth threat hangs over this law," Gallagher said referring to the national government's warning it would challenge the law in the High Court. "But couples who marry will do so with their eyes open to the action that the Commonwealth is taking."

She added: "We understand this creates some uncertainty ahead, but that should not deter us; it does not rattle us and it doesn't change our path."

The Marriage Equality Act means that gay couples from outside the small ACT, home to the city of Canberra and the national parliament, could travel there to be wed by an authorised celebrant.

Gallagher said national Attorney-General George Brandis had urged her not to go ahead with the legislation as it was inconsistent with federal laws that do not permit same-sex weddings.

Brandis has vowed to challenge the move in the High Court, with the outcome potentially affecting those who used the law to wed.

"It would be very distressing to individuals who may enter into a ceremony of marriage under the new ACT law, and to their families, to find that their marriages were invalid," he said earlier this month.

Gallagher said activists had fought too hard for too long to be put off by another legal hurdle, adding that the ACT was confident its law was strong.

"We are simply legislating to improve outdated, inhumane laws," she said.

Gallagher acknowledged opposition to the change, particularly from those of strong religious faith, but said the bill did not in her view challenge, diminish or undermine the religion or faith of any individual.

"If we are to be judged by a higher being on this law then let it be so," she said.

ACT opposition leader Jeremy Hanson opposed the bill which was passed with the support of Greens member Shane Rattenbury after some emotional debate.

"We do not see the ACT Assembly as a vehicle to drive national agendas on social agendas," Hanson said.

"We are Australia's smallest parliament in a small jurisdiction and we do not think that a majority of one person in the ACT should change the definition of marriage for a country of over 23 million people."

Gay marriage has recently been a high-profile political issue in Australia, home to one of the world's largest annual gay and lesbian mardi gras celebrations in Sydney.

Federal parliament last year voted down laws allowing same-sex marriage when conservative members opposed the move as a block after leader Tony Abbott denied them a conscience vote on the sensitive issue.

Abbott, who does not support gay marriage, has since become Prime Minister but so far has not heeded the urgings of his gay sister Christine Forster who has called for MPs to be allowed to vote as their conscience, not the party, dictates.

"Marriage is about love, it's about people's feelings, it's a matter of the heart," Forster told Channel Nine on Tuesday.

"That for me means it should be a conscience decision, rather than a policy decision."

In April New Zealand became the first Asia-Pacific country to legalise gay marriage.
- AFP

Lelaki tikam 4 mangsa dalam 40 minit

Berita ngeri ini juga disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini, 24 Oktober 2013.

Lelaki tikam 4 mangsa dalam 40 minit
Anggota polis mengangkat mayat pelajar lelaki yang terbunuh setelah ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek di Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju.


KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.

"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.

Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.


Sumber

Pekebun kawasan cerun penyumbang bencana banjir

Pekebun kawasan cerun penyumbang bencana

Bencana banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands sekali lagi mengulangi 'siren amaran' oleh para aktivis alam sekitar hampir sedekad lalu.

Aktiviti pertanian yang tidak lestari di kawasan cerun menjadi faktor yang menterjemah kebimbangan selama ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ahmad Daud menyifatkan sikap pekebun di kawasan cerun ini menyumbang kepada kecepatan berlakunya bencana di kawasan tanah tinggi.

"Contohnya, perangkap kelodak (kolam) tidak di buat di kawasan ladang kebanyakkanya. Ini masalah kepada berlakunya peningkatan kelodak yang mengalir ke sungai-sungai", kata beliau kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas keperluan bagi mengelak kawasan takungan air yang makin cetek akibat daripada kelodak yang kian banyak terkumpul.

Ini sekaligus menjejaskan sungai dan kawasan takungan air yang mendorong belakunya bencana banjir.

"Selain itu, rumah-rumah plastik di kebanyakan kebun menyumbang kepada kecepatan banjir," kata Ahmad Daud yang baru 2 tahun menjadi Pegawai Daerah Cameron Highlands.

"Kita sentiasa lakukan penguatkuasaan san pemantauan. Ladang-ladang haram di kawasan cerun memang dihalang tetapi fokus tentunya mengajar pekebun-pekebun sedia ada kerana ini melibatkan amalan yang telah lama," ujar Daud.

Kumpulan aktivis alam sekitar sebelum ini mendakwa lebih 80 peratus air di kawasan tanah tinggi ini dialihkan ke sektor pertanian.

Selain itu, lebih 80 peratus ladang pula dibuka dan diusahakan di kawasan cerun.


Datuk Ahmad Daud, Pegawai Daerah Cameron Highlands


Empangan Sultan Abu Bakar


Rumah Plastik (kebun)


Sumber: ASTRO Awani

Alatan komputer dan telefon pintar di Malaysia antara termurah di dunia

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Harga alatan komputer dan telefon pintar di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia kerana kerajaan komited meningkatkan akses teknologi maklumat (IT) kepada rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan pelbagai cukai tambahan untuk mereka menikmati kemudahan IT.

"Jika kita ke negara lain, kita akan dapati harga gadget (alatan) komputer termasuk smartphone (telefon pintar), iPhone, iPad dan sebagainya di sini adalah murah. Jika kita lihat harga iPhone di Amerika Syarikat, tidak ada bezanya di sini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang bertanya jika kerajaan berhasrat memberikan potongan cukai kepada gadjet komputer dan telefon pintar bagi membolehkan rakyat termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman menikmati kemudahan IT.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi kerana ia adalah pengukur dalam menentukan tahap kemajuan sesebuah negara pada masa kini.

Dalam perihal jalur lebar, beliau menjelaskan terdapat tiga perkara yang penting iaitu penembusan, liputan dan kepantasan.

"Untuk penembusan, kita telah mencapai sebanyak 67 peratus dan ia adalah satu angka yang boleh dibanggakan berbanding beberapa negara lain. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam sudut kepantasan," katanya.

Ahmad Shabery menjelaskan usaha untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi bukan terletak kepada kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan kerjasama daripada kerajaan tempatan.

Sebagai contoh, katanya kerajaan tempatan diminta membuat perancangan mengenai infrastrutur komunikasi di taman perumahan baharu yang akan dibina bagi memudahkan tapak untuk memasang fiber optik dapat dijalankan dengan mudah sekiranya kawasan itu mempunyai masalah penembusan komunikasi seperti jalur lebar.

"Sekiranya tiada tapak disediakan, syarikat telco (telekomunikasi) perlu mencari tapak yang sesuai dan mungkin perlu menyewa tanah itu...sewaan yang tinggi akan dipindahkan kepada pengguna," katanya.

Mengenai program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Ahmad Shabery berkata sehingga kini, sebanyak 4,380 kampung itu telah diwujudkan selain merancang untuk menubuhkan 306 lagi.

Selain itu, sebanyak 121 Pusat Internet 1Malaysia diwujudkan di Pejabat Penerangan Daerah seluruh negara, 99 perpustakaan jalur lebar dibangunkan di perpustakaan terpilih dan pengagihan Komputer 1Malaysia telah melebihi 1 juta unit.


- Bernama

KPN janji buru sampai dapat pembunuh pekerja bank

Pekerja bank mati ditembak
Mayat mangsa yang ditembak dalam sebuah bank di USJ 2, semalam dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


KUALA LUMPUR - Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang.


- Bernama

KTM 390 Duke - motosikal berkuasa tinggi, ringan!

  • KTM 390 Duke
  • KTM 390 Duke


  • KTM 390 Duke
  • Bar pemegang yang ergonomik.


  • KTM 390 Duke
  • Instrumen meter digital penuh informasi.


Beberapa bulan selepas tampil dengan model 690 Duke R, KTM sekali lagi memberi tekanan terhadap pemain industri dua roda dalam negara. Terkenal dengan imej ekstrem dan prestasi tinggi, walaupun berdepan dengan pelbagai isu servis selepas jualan, KTM tegas dengan prinsip keutuhan jenama mereka.

Baru-baru ini, KTM melancarkan keluarga terbaharu model pemasangan tempatan, Duke 390. Ia merupakan cerminan kepada model panas Duke 200 yang mendapat sambutan luar biasa daripada golongan belia. KTM Malaysia CKD merupakan antara yang terawal memperkenalkan model motard ringan tersebut dalam pasaran Asia.


Enjin berkapaciti 375cc

Duke 390 dikuasakan dengan unit enjin empat lejang silinder tunggal 375cc sejukan cecair. Teknologi unik daripada KTM menghasilkan nisbah tork yang tinggi dan menjadikan ia sebagai pilihan utama dalam aksi lasak dan stunt.

Beberapa prinsip penting telah diketengahkan dalam pengenalan produk terbaharu ini iaitu ringan, lincah, keseronokan tunggangan, kompak, lebih ekonomi dan mampu dimiliki.

Keupayaan enjin 375cc tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 44 kuasa kuda pada kitaran enjin 9500rpm dan tork maksimum 35Nm pada 7250rpm.

Jumlah kuasa yang terhasil daripada enjin dipindahkan melalui kotak gear enam kelajuan. Unit enjin empat valve DOHC tersebut telah dipadankan dengan teknologi suntikan Bosch EFI, sistem suspensi WP, rim aloi dengan tayar Metzler, kerangka badan yang ringan.

Penggunaan fork terbalik WP-USD 43 milimeter (mm) pada bahagian hadapan menunjukkan Duke 390 dibina khas untuk kegunaan ekstrem dan berprestasi. Ia disokong oleh sistem monoshock WP pada bahagian belakang.

Model terbaharu KTM ini disediakan dengan instrumen meter digital yang menghimpunkan informasi asas seperti angka kelajuan, petunjuk rev, petunjuk kedudukan gear, indikator fungsi ABS, kadar penggunaan minyak dan bacaan jarak perbatuan.

Reka bentuk Duke 390 lebih mengutamakan gaya tunggangan ekstrem yang ergonomik. Reka bentuk tangki telah diperkemas untuk mendapatkan kedudukan lutut yang terbaik semasa tunggangan.

Duke 390 dilengkapi dengan sistem brek angkup empat piston dengan cakera Brembo 300mm pada bahagian hadapan.

Manakala, pada bahagian belakang ia menggunakan angkup piston tunggal dengan cakera Brembo 230mm. Keupayaan brek disokong oleh sistem ABS Bosch 9MC Two Channel. Rim aloi berwarna oren 17 inci menaikkan lagi karakter motard ini.

KTM Malaysia CKD begitu yakin dengan keunikan produk terbaharu mereka dengan meletakkan sasaran jualan sebanyak 150 unit sehingga hujung tahun ini dan 500 unit pada tahun hadapan.

Dengan tawaran harga RM27,935.10 (harga atas jalan), Duke 390 mampu menggugat beberapa model daripada jenama Honda dan Kawasaki.

Sumber: Sinar Harian

Awas ulat tiket! Anda akan diperhatikan.

AWAS ulat tiket! Gelagat anda akan diperhatikan oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan yang turun memantau sepenuhnya penjualan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, pagi esok, lapor SITI FATIHAH AWANG.

Pengarah SPRM negeri, Mohamad Soib Abdullah berkata, langkah tersebut bagi memastikan gejala ‘ulat tiket’ dapat dikekang dan penyokong dapat membeli tiket mengikut prosedur penjualan biasa.

“Kami akan memantau tempat strategik sekitar kawasan stadium terutamanya berhampiran kaunter jualan. Sebagaimana kita ketahui, tiket yang dijual terhad empat keping seorang, dan saya berharap tiada penyalahgunaan penjualan berlaku kali ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pemantauan SPRM akan bermula seawal kaunter tiket dibuka dan dijangka tamat sehingga perlawanan dimulakan.

Beliau berkata, penyokong juga diminta untuk lebih berdisiplin dan mengelak daripada berebut ketika membeli tiket supaya tidak timbul pergaduhan ataupun kekecohan sepanjang proses itu berjalan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman turut mengesahkan seramai 532 anggota ditugaskan untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan berlangsung.

“Seramai 532 anggota keselamatan yang dikerahkan itu melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang akan bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kor Polis Tentera Diraja dari Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

“Selain itu kita juga akan bekerjasama dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu melicinkan lagi kawalan sedia ada,”katanya.

Menurutnya, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) khususnya berharap agar penonton dari kedua-dua pasukan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan stadium.


Beliau berkata, pertemuan dua pasukan yang dijangka panas itu juga diharapkan menjadi satu perlawanan yang bersih dan terkawal daripada insiden yang tidak diingini malah penyokong Kelantan juga perlu diingatkan supaya menjaga disiplin  semasa menyaksikan perlawanan tersebut.

- Sinar Harian

Pakatan Rakyat launches alternative Budget 2014 today


Pakatan Rakyat launches alternative Budget 2014

KUALA LUMPUR:  Pakatan Rakyat today launched its Alternative Budget 2014, ahead of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's expected announcement tomorrow.

The document, "safeguarding the people's interests before the looming storm" is now available online.

It was revealed to the media in a briefing in Parliament by PKR's Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, DAP's Rasah MP Anthony Loke and PAS's Shah Alam Khalid Samad.

The budget plan was drawn up after more than 15 sessions of discussions and meetings 100 hours with 21 MPs in a special committee together with economists and experts, said Nurul.

She said that the budget, which predicts a 3.2% deficit to the GDP next year, was in line with Pakatan's goal to reach a level of "zero" corruption for the country, something she claimed the incumbent was not interested in.

"And Pakatan Rakyat has proven our capability to make things more transparent and efficient in the states we control," she added.

On the Goods and Service Tax(GST), widely expected to be touched upon by Najib tomorrow, Pakatan Rakyat stated that it was against such a tax at this time.

"There is a big possibility that Barisan Nasional(BN) will introduce it by 2015. If GST is set at 4%, the income won't be sufficient, but at 7% we gain RM7billion according to PEMANDU. But if we can save money, then GST is not even needed," she said.

Nurul described GST as a "lazy and easy way out" for the BN-led government. "It will become an addiction to the current government. You will only increase it from year to year."

"BN has no moral right to introduce the GST. Najib should be pro-business and pro-rakyat. There is no sincere effort by government to close the income gap," she said.

The Pakatan budget has four main trusts: Consolidating fiscal position and enhancing public finances, enhancing the well-being of the people and their quality of life, ensuring a more balanced, inclusive and sustainable economic development, and unleashing Malaysia's true potential and enhancing its long-term competitiveness.


Source: ASTRO Awani

Bieber kunjungi kelab bogel?

Justin Bieber

BELUM pun reda dengan kontroversi mengunjungi 21 kelab malam beberapa bulan lalu dan berkelakuan liar, Justin Bieber kembali mendapat perhatian lagi.

Kali ini, penyanyi berusia 19 tahun ini dilaporkan telah berseronok di sebuah kelab bogel di Houston, Texas dan meninggalkan tempat tersebut bersama seorang penari di situ.

Menurut laporan Contactmusic.com, penari itu yang dikenali sebagai DiamondsR4Ever menerusi akaun Twitternya memberitahu, bahawa dia telah bermalam dengan pelantun Never Say Never itu.

“Saya pernah menghiburkan ramai selebriti sebelum ini dan Bieber adalah orang pertama yang bertindak lebih daripada sepatutnya. Ia mengejutkan.

“Tetapi kini saya adalah peminat setianya,” tulis wanita itu di laman Twitternya.

Katanya lagi, Bieber tidak datang secara bersendirian sebaliknya ditemani rakannya yang juga peninju terkenal, Floyd Mayweather dan memberitahu kedua-dua lelaki itu sangat bermurah hati.

Sumber

Nissan Navara 4WD LE and SE updated, from RM95,000

Updated-Navara-2
A new, fresh look of the popular Navara

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) recently threw the covers off the updated Nissan Navara pick-up truck in Sabah. However, only two double-cab variants were deemed popular enough to receive the upgrades, and the chosen ones are the Navara 4WD A/T LE and the 4WD M/T SE versions. This leaves the 4WD M/T Standard2WD A/T Calibre and the Navara King Cab 4WD M/T Standard to be updated in the future.

The front bumper kicks things off with a more angular design, especially where the fog lamps are housed. The lower intake also looks to have been cleaned up a little, now looking more at home around town than in the jungle. And it does pair well with the new grille – now with chromed vertical slats instead of the old mesh-like design. No longer running with five-spoke wheels, the new alloys features multiple spokes with a two-tone finish wrapped with 255/70 R16 tyres.

Hop inside and you’ll definitely notice the six-inch infotainment touch-screen navigator unit. It plays DVD, and supports Bluetooth and USB. The screen also doubles up as a display for the reverse camera. 

As its name suggest, there is GPS built into the unit that works well in the city but not so much in the dense jungle. It’s not so much of the lack of signal reception – the arrow on screen points to the direction the truck’s heading – but the lack of a proper mapped-out jungle route.

Nissan Navara 12

The above updates are applied to both variants, but there are diffrences. The LE has the JPJ-compliant xenon with manual levelling headlamps versus halogens in the SE.

The automatic LE also gets leather seats, an auto dimming rear view mirror, six speakers, silver-finished centre console and door switch panel, glove box lock and chrome door mirrors. The SE gets fabric seats, four speakers and body coloured door mirrors.


The rest of the truck remains the same, right down to its double-layered high-tensile steel frame. There are no changes to the 2.5 litre YD25DDTi diesel, it still produces 174 PS at 4,000 rpm and 403 Nm of torque at 2,000 rpm. The automatic is a five-speed unit, while the manual is a six-speeder.

The Navara’s ‘Shift-on-the-Fly’ 4WD gives you more control of the power that gets sent to the wheels as well as the number of wheels that move the truck. You have the choice of 2H, 4H and 4LO.



Source: Paultan.org

'Kami tak mahu pindah!'

  • 'Kami tak mahu pindah!'
  • 'Kami tak mahu pindah!'


  • 'Kami tak mahu pindah!'
  • DBKL melaksanakan operasi perobohan.


KUALA LUMPUR - Operasi perobohan rumah di Kampung Chubadak Tambahan kecoh apabila terdapat penghuni yang enggan keluar dari kediaman mereka bagi memberi laluan kepada penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan tugas mereka.

Difahamkan operasi perobohan sepatutnya dijalankan pada 17 September lalu setelah notis pengosongan tapak diberikan kepada penghuni.

Bagaimanapun, mereka (penghuni) mendakwa mempunyai surat perintah mahkamah membenarkan mereka tinggal sementara di situ.

Dalam operasi yang diadakan semalam, salah seorang penduduk dilihat menutup pintu sebagai protes tindakan perobohan tersebut, sebelum anggota penguatkuasa DBKL menendangnya.

Keadaan itu membuatkan penghuni berkenaan berang lalu berlaku pergelutan di antaranya dengan penguatkuasa berkenaan, termasuk salah seorang penghuni warga emas yang menghalang tindakan diteruskan.

Bagaimanapun situasi itu terkawal dengan kehadiran pihak polis dan penghuni diberi masa sejam untuk mengosongkan rumah mereka.


Tidak pernah ada hitam putih

Penduduk yang rumahnya dirobohkan, Mahwiah Daud, 55, berkata, dia kecewa dengan tindakan berkenaan kerana dia sekeluarga bersama beberapa penduduk lain dalam proses mendapatkan keputusan mahkamah setelah dalam usaha mendapatkan hak pampasan yang sewajarnya.

Menurutnya, tindakan pihak pemaju yang tidak turun bersemuka berbincang termasuk tiada surat hitam putih dalam urusan pemberian pampasan membuatkan mereka enggan berpindah.

“Asalnya dijanjikan pampasan RM50,000, namun tiada hitam putih. Begitu juga dengan wang perpindahan RM7,000, tiada hitam putih. Kami ditawarkan satu unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun ia tidak mencukupi untuk kami.

“Pihak pemaju pernah berjanji mulut jika kami tidak mahu pindah ke PPR, mereka bersedia menanggung kos bayaran sewa RM400 sebulan untuk mana-mana kediaman yang mahu dihuni.

Namun itu juga tiada hitam putih,” katanya kepada Sinar Harian.

Mahwiah yang tinggal bersama suami, Abdul Hamid Saad, 60, serta anak dan cucunya mendakwa, turut mengalami kerugian disebabkan terdapat barangan dalam rumah yang tidak dikeluarkan pihak berkuasa.

“Mereka datang tanpa berunding. Mereka keluarkan barang namun ada yang masih tertinggal, kami kerugian lebih RM20,000,” katanya.


Penduduk enggan kerjasama
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramli Ahmad, 44, berkata, isu pemindahan kira-kira 700 keluarga di situ bermula sejak beberapa tahun lalu, di mana kawasan kampung dikosongkan secara berperingkat.

Menurutnya, terdapat maklumat berhubung jumlah pampasan yang diberi, namun tidak sama rata membuatkan ada penduduk yang enggan memberi kerjasama ditambah pula tiada surat hitam putih dikeluarkan.

Setiausaha Badan Bertindak Surau Ikhlasiah, Zaini Abdullah, 41, pula mendakwa, sebelum ini tanah berkenaan adalah milik pemaju namun diserahkan semula kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi memudahkan urusan pengosongan tapak.

“Pemaju sebelum ini telah ambil tindakan mahkamah, tetapi mereka gagal mendapatkan tanah ini apabila keputusan mahkamah berpihak kepada penduduk. Kini geran diserah kepada agensi kerajaan.

“Saya tak setuju tindakan ini dan telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong bulan lalu,” katanya.


Diminta kosong untuk bina PPR
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan pengosongan beberapa bidang tanah di situ adalah untuk memberi laluan kepada PPR di mana penduduk akan dipindahkan semula di kediaman yang baru dibangunkan.

Projek Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu adalah cadangan pembangunan satu blok Pangsapuri Kos Rendah 26 tingkat (500 unit) serta satu blok 5 tingkat tempat letak kereta.

Ia diluluskan pada 7 Mac 2012 dan sepatutnya kerja-kerja pembinaannya bermula pada 1 November 2012 dan siap pada 31 Oktober 2014.

Sumber

Jennifer Lopez putus cinta

JLo putus cinta

SHOWBIZ Spy melaporkan Jennifer Lopez dan kekasihnya, Casper Smart akhirnya putus cinta setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Dia yang lebih mesra disapa sebagai JLo memberitahu, dia dan Casper sudah tidak serasi dan tiada lagi perasaan cinta dalam diri.

JLo bagaimanapun bukan saja memutuskan hubungan, malah tidak meninggalkan apa-apa pada Casper dan semua kemewahan yang diberi telah ditarik semula.

“JLo telah ‘membuang’ Casper. Mereka sering bergaduh tanpa sebab. Ada kalanya JLo seperti sengaja mencari masalah dalam perhubungan itu.

“Dia tidak memberikan Casper apa-apa pun dan mengatakan ‘kau datang dengan tangan kosong, dan kau juga harus pergi dengan tangan kosong’,” kata sumber.

Sumber

Keluarga enggan maafkan suspek

Keluarga enggan maafkan suspek
Adik bongsu Yuk Tim, Ng Ee Sin, 10 melakukan upacara sembah roh di perkarangan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam


PETALING JAYA - "Saya takkan maafkan perbuatan dia sampai bila-bila," kata Sim Yee Lian, 31, ibu saudara kepada Ng Yuk Tim, 15, yang dibunuh kejam, sebelum mayatnya disumbat dalam beg dan dibuang dalam longkang besar di Bukit Kemuning, Shah Alam, petang kelmarin.

Yee Lian ketika ditemui semalam berkata, perbuatan suspek lelaki berusia 23 tahun itu sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

Menurutnya yang baru tiba dari Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dia dan keluarga masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak saudara kesayangannya itu sudah tiada."Saya tak sangka suspek sanggup buat begitu pada Yuk Tim, sekaligus merampas kebahagiaan kami sekeluarga.

"Jika dia tidak bahagia atau tidak ada rasa belas kasihan sekalipun, dia tidak boleh diperlakukan (cuba rogol dan bunuh) sesuka hatinya," katanya sebak.

Dalam perkembangan sama, Datuk mangsa, William Sim, 70, turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan keluarga suspek yang beria-ia mempertahankan anak mereka dan mengatakannya sebagai orang baik.

Beliau berkata, jika benar suspek baik, kenapa lelaki itu cuba memperkosa, sebelum membunuh cucu kesayangannya?

"Dia (suspek) umpama syaitan kerana sanggup bunuh Yuk Tim.

"Malah dia juga sanggup berpura-pura dengan menulis di laman Facebook Yuk Tim, kononnya bimbang dan ingin tahu di mana cucu saya berada," katanya ketika ditemui di perkarangan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Mengulas berhubung karakter mangsa, William berkata, cucunya merupakan seorang yang bijak serta penyayang.

Katanya, walaupun ibu bapa Yuk Tim bercerai kira-kira empat tahun lalu, cucunya itu tidak pernah merungut malah sangat berdikari.

Menurutnya, mangsa sanggup mencari kerja sambilan selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, semata-mata untuk membantu keluarga terutama ibunya, Sim Yee Ling, 35, yang bekerja di sebuah kedai emas di Cheras.

"Sejak kedua ibu dan bapanya bercerai, Yuk Tim, ibu dan adiknya memang tinggal bersama saya dan isteri di Bandar Tun Razak, Cheras.

"Apa yang saya perhatikan, Yuk Tim sangat berbakat dalam melukis sertai menyukai komik," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan, cucunya mati selepas bertemu suspek untuk membincangkan perancangan membuat kostum.

Selain itu, nenek mangsa, Yap Pik Wan, 59, turut kecewa dengan sikap suspek yang mengambil mudah terhadap perbuatan dilakukannya.

- Sinar Harian

Bakal pengantin kecewa

Bakal pengantin kecewa
Wati menunjukkan tempahan kad perkahwinan diperoleh pada peringkat awal yang mempunyai pelbagai kesalahan dan menyukarkannya untuk edar kepada kenalan.


KUANTAN – Seorang bakal pengantin kecewa dan tertipu berikutan kad kahwin yang dijanjikan sebuah syarikat percetakan di Tanah Putih, di sini tidak sempurna dan masih berbaki sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung pada 25 Oktober ini.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Wati, 28, berkata, kesemua kad kahwin yang ditempah itu sepatutnya diberikan pada awal Oktober, namun sehingga kini ia masih belum diserahkan.

Menurutnya, pihak terbabit berjanji akan memulangkan baki kad itu pada 10 Oktober lalu namun sehingga kini janji tidak ditunaikan.

“Saya buntu memikirkan hal ini sedangkan majlis akan berlangsung pada Jumaat ini. Masa terlalu suntuk sedangkan masih ramai pihak belum menerima kad jemputan saya.

“Pada peringkat awal, pihak terbabit beri pelbagai alasan apabila diminta memberikan sebahagian kad kahwin itu, malah mereka sentiasa mengelak berjumpa dengan pelanggan.

Lebih mengecewakan, segala pembayaran sudah dijelaskan,” katanya.

Bukan itu sahaja malah katanya, terdapat kesilapan pada 300 kad pertama di mana alamat, peta dan reka letak yang salah.

“Walaupun banyak maklumat silap tetapi saya masih tidak mempertikaikannya kerana kesuntukan masa dan kad perlu diedarkan segera.

“Saya harap orang ramai berhati-hati membuat tempahan kad kahwin selepas insiden ini,” katanya.

- Sinar Harian

Senarai 14 barangan di bawah skim kawalan harga Deepavali

KUALA LUMPUR:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  telah menyenaraikan 14 jenis barangan makanan di bawah skim kawalan harga sempena perayaan Deepavali, 2 November ini.

Menterinya, Datuk Hassan Malek, berkata barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, daging kambing tempatan, daging kambing biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging peha kambing biri-biri import bertulang, tomato, bawang merah kecil, ubi kentang import dan kacang dhal.

“Skim ini akan berkuatkuasa selama 10 hari dari  28 Oktober hingga 6 November,” katanya ketika satu sidang media di Dewan Rakyat.

Bagi mereka yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal,  mahkamah boleh mengenakan denda Rm10,000 atau kompaun RM5,000 ke atas individu dan denda RM20,000 atau kompaun RM10,000 ke atas syarikat.

Harga barangan kawalan

Pegawai bank mati ditembak pengawal keselamatan

SUBANG JAYA:  Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

- ASTRO Awani, Oktober 24

Pelepasan air empangan elak bencana lebih besar - TNB

Pelepasan air elak bencana lebih besar - TNB

KUALA LUMPUR:  Pelepasan air secara terkawal di Empangan Sultan Abu Bakar terpaksa dilakukan bagi mengelak bencana lebih besar melanda Lembah Bertam.

Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands Mustafa Hashim berkata jika perkara itu tidak dilakukan, keempat-empat pintu alur limpah empangan itu akan terbuka secara automatik dan mengakibatkan banjir lebih buruk.

TNB telah memaklumkan kepada pihak keselamatan dan ketua kampung Lembah Bertam pada malam semalam iaitu semasa paras air di empangan itu mencecah paras 3,505 kaki iaitu paras yang memerlukan pihak berkuasa memulakan proses pemindahan penduduk, katanya dalam kenyataan di sini.

"Sebuah pintu alur limpah telah dibuka pada jam 12.05 tengah malam semalam apabila paras air mencecah 3,509.6 kaki. Ini adalah di luar jangkaan," katanya.

Dua orang maut akibat lemas manakala seorang lagi meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, Cameron Highlands, dalam kejadian 1 pagi tadi.

- BERNAMA 

Penyanyi Jamal Abdillah dan Rossa terima gelaran Datuk

Penyanyi Jamal Abdillah dan Rossa terima gelaran Datuk

Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang, hari ini.

Turut dikurniai darjah sama ialah penyanyi dari Indonesia, Sri Rossa  Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai "Rossa".

Jamal, 54, antara 643 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat yang dikurnia oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Berasal dari Ipoh, Perak, Jamal yang mendapat gelaran 'Raja Pop' mula menceburi bidang nyanyian pada 1973 dan aktif dalam dunia hiburan tanah air sehingga kini.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu mula dikenali ramai setelah muncul sebagai juara dalam pertandingan Bintang RTM 1979.

Namanya memuncak setelah mempopularkan lagu-lagu ciptaan komposer Ahmad Nawab serta membintangi beberapa filem seperti 'Azura' serta 'Kekasih Awal Dan Akhir'.

Jamalyang pernah berumahtangga sebanyak tiga kali dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Rossa, 35, yang berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti 'Atas Nama Cinta', 'Ayat-Ayat Cinta', 'Hati Yang Kau Sakiti' dan 'Aku Bukanlah Untukmu'.

- BERNAMA

24 anggota polis dikenakan tindakan disiplin atas kehilangan senjata api

24 anggota polis dikenakan tindakan disiplin atas kehilangan senjata api

Seramai 24 orang polis telah dikenakan tindakan disiplin ke atas kehilangan 44 unit senjata api Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2012 baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan disiplin ini telah diambil sebelum Laporan Audit Negara 2012 didedahkan.

“Pada tahun 2010, tindakan telah diambil ke atas 13 orang polis. Pada tahun 2011, tindakan telah diambil ke atas 13 orang polis dan pada tahun lepas, tujuh orang polis dikenakan tindakan.

“Yang lain-lain masih sedang disiasat,” kata Wan semasa memberikan jawapan kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wan Junaidi berkata sekiranya kehilangan senjata api oleh polis berlaku kerana kecuaian, terdapat  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membolehkan polis membuat laporan tentang bagaimana kehilangan itu boleh berlaku.

“Kertas siasatan kemudiannya akan dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk tindakan selanjutnya. Kertas siasatan juga boleh dihantar kepada Peguam Negara sekiranya perlu,” katanya sambil menambah SOP yang baru akan dilaksanakan di masa akan datang supaya kes kehilangan senjata api dapat dikurangkan.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata sebanyak 1097 unit senjata api haram telah dirampas oleh pihak polis dari tahun 2008 sehingga tahun ini.

“Kebanyakkan senjata api haram yang berada dalam negara dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui sempadan negara dan ada juga senjata api buatan sendiri yang diperbuat dalam negara.

“Antara rampasa senjata api yang dibuat termasuk 406 pucuk pistol semi auto, 164 pucuk Revolver, 31 laras Rifle, 91 laras senapang patah, 120 pucuk pistol angin, 22 laras Pum Gun, tujuh laras Submachine gun (SMG), 38 butir bom tangan dan 218 laras senjata buatan sendiri,” katanya.

Wan Junaidi berkata semua senjata api yang dirampas adalah merupakan barang kes yang perlu dikemukakan di Mahkamah semasa perbicaraan.

“Pihak polis mempunyai SOP khusus dalam pengendalian barang kes berkenaan di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).

“Di akhir perbicaraan, Mahkamah akan memutuskan sama ada senjata api tersebut akan dimusnahkan atau tidak.”

Baru- baru ini Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan PDRM kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan.
Sumber: ASTRO Awani

Munich medan terbaik Joseline hadapi Sukan Sea

KUALA LUMPUR - Penembak wanita elit kebangsaan Joseline Cheah akan menjadikan pusingan akhir Kejohanan Menembak Piala Dunia (Raifal/Pistol) di Munich, Jerman, bulan depan sebagai medan terbaik sebelum menghadapi Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Penembak sandaran emas negara pada Sukan SEA dari 11 hingga 22 Dis ini berkata beliau tidak meletakkan sasaran khusus pada kejohanan dunia itu dari 6 hingga 12 November ini.

Sebaliknya, beliau berharap dapat mencatatkan keputusan positif di Jerman sebelum menghadapi Sukan SEA keempat bagi dirinya selepas edisi 2005 di Filipina, 2009 (Laos) dan 2011 di Indonesia.

"Saya tidak mempunyai sebarang tekanan untuk meraih pingat emas dan yakin rakan sepasukan terutama Bibiana Ng mampu memberi persembahan cemerlang pada Sukan SEA nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Joseline, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menghadiri majlis pelancaran Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

Beliau layak ke Piala Dunia selepas muncul lapan penembak terbaik yang menduduki ranking tertinggi dalam acara pistol selepas berakhirnya empat siri kejohanan dunia itu.

Joseline sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Menembak Siri Dunia, juga di Munich, Mei lepas menerusi acara 10m Air Pistol.

- BERNAMA

Infografik: Bajet 2014- Apa Rakyat Malaysia mahu?

Apa rakyat Malaysia mahu?

Sumber: ASTRO Awani

Harimau Malaya dibelenggu masalah kecederaan

K Rajagobal
Datuk K Rajagobal


JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal terus dibelenggu kegelisahan dalam persiapan menghadapi Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 lawan bulan depan, apabila dua tonggak Amiridzwan Taj Tajudin dan S.Kunalan mengalami kecederaan.

Kedua-dua pemain berkenaan yang diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Malaysia terikat 1-1 menentang Bahrain pada pusingan kelayakan Piala Asia di Shah Alam, 15 Oktober lepas, disahkan cedera ketika latihan petang semalam.

Rajagobal berkata Amiridzwan Taj mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) manakala Kunalan cedera pangkal peha ketika sesi latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat Petaling Jaya, semalam.

"Saya harap Amiridzwan Taj akan pulih secepat mungkin. Kita memerlukan Taj kerana (tonggak pertahanan) Fadhli Shas belum pulih sepenuhnya. Pada masa ini, mereka dinasihatkan supaya tidak turun menjalani latihan.

"Apa pun, sebagai jurulatih, saya perlu meletakkan kepercayaan kepada pemain lain (jika kedua-dua berkenaan belum pulih sepenuhnya)," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM hari ini.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata beliau mungkin memanggil pemain pertahanan Pahang, Mohd Razman Roslan bagi menggantikan tempat ketua pasukan Selangor PKNS FC, Mohd Helmi Remeli yang gagal melapor diri untuk sesi latihan.

"Saya tidak dapat menghubunginya...kita akan hantar surat kepada kelabnya untuk mengetahui keadaan sebenar Mohd Helmi," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan kempen kelayakan dengan bertandang ke Riffa untuk menentang Bahrain sekali lagi pada 15 Nov, Qatar di Shah Alam (19 Nov) dan Yaman (5 Mac 2014).

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

- BERNAMA

Rihanna dihalau keluar dari Masjid Sheikh Zayed walaupun berhijab

Rihanna dihalau keluar dari Masjid Sheikh Zayed walaupun berhijab

Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di kawasan masjid.

Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit' serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

"Sekiranya tingkah laku melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan menghormati itu."

Gambar-gambar penyayi yang berasal dari Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima pelbagai reaksi.

- ASTRO Awani 

Ferrari, Bently, Lamborghini lari cukai dirampas

Kereta mewah
Sebahagian kereta mewah yang dirampas di Kompleks JKDM Kelana Jaya


Penglibatan sindiket dipercayai menjadi dalang bagi membantu pemilik kenderaan mewah mengelak dari membayar cukai dan duti Kastam terbongkar selepas 22 kereta terbabit berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sekitar Perak dan Kuala Lumpur dalam beberapa siri serbuan bermula 16 hingga 20 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Khazali Ahmad berkata, kenderaan mewah itu disita selepas pemeriksaan mendapati ianya berada di Kawasan Utama Khas (KUK) dalam tempoh yang lama melibatkan jumlah cukai bernilai RM17 juta.

Menurutnya, siasatan mendapati kenderaan itu didaftarkan di pelabuhan bebas cukai di Pulau Langkawi dan Labuan sebelum dibawa keluar dari kawasan itu melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Taktik mereka ialah mendaftarkan semula kereta untuk memperolehi nombor pendaftaran baru bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya lagi, antara jenis kereta yang dirampas termasuklah Ferrari, Rolls Royce, Bentley, Lamborghini yang menggunakan nombor pendaftaran KV (Langkawi), LE (Labuan) dan G1M (Gagasan 1Malaysia) yang kesemuanya bernilai RM8.7 juta.

“Modus operandi wakil penjual kereta ini kebanyakannya tidak memasukan elemen duti atau cukai dengan cara mendaftarkan kereta di pulau bebas cukai selain mendaftar dengan menggunakan alamat palsu pembeli,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pemilik memastikan cukai kenderaan dibayar bagi mengelak nama senarai hitam dan berhadapan dengan tindakan mahkamah.

Dalam pada itu sepanjang tahun 2012, Kastam menahan 249 kenderaan di atas kesalahan melanggar syarat di bawah Butiran 21A Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang belum lulus Kastam.

Sumber

Pemandu teksi ditahan samun penumpang

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu teksi beberapa jam selepas dia menyamun seorang penumpang di Jalan Kuching di sini antara pukul 4 petang hingga 9 malam Isnin lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur,. Asisten Suprintendan Khairy Ahrasa berkata, pemandu itu menyamun barangan milik penumpang wanita berusia 26 tahun itu termasuk kad ATM, kad akses kondominium dan wang tunai RM67 dengan mengacukan pisau kepadanya.

"Ketika mangsa dalam perjalanan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, mangsa terserempak dengan pemandu tersebut di Jalan Ipoh lalu dia menghubungi polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Suspek yang berusia 36 tahun itu dan berasal dari Kajang kini direman untuk membantu siasatan. Khairy berkata teksi itu mempunyai nombor pendaftaran palsu.

Beliau berkata suspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa lagi kes merompak penumpang.

- Bernama

Siapa selebriti yang tidak pernah mabuk?


Biasa kita dengar kisah selebriti barat parti sehingga lewat dan minum sampai mabuk (misalnya Lindsay Lohan), namun kali ini ada selebriti barat yang akui tidak pernah mabuk dan tidak suka minum arak. Betul ke?
Antara selebriti tersebut termasuklah si Hot Momma, Kim Kardashian. Kim akui adik-beradik beliau suka minum dan akan menggila oleh itu beliau tidak boleh minum terlalu banyak kerana perlu menjaga adik-beradik beliau ketika mabuk.
Penyanyi jelita yang baru berpisah daripada teman lelaki beliau pun sama. Jennifer Lopez rasakan arak hanya merosakkan kulit wajah sahaja. Beliau akan minum sedikit jika perlu namun tidak akan menghabiskan segelas.
Peragawati terkenal Amerika, Tyra Banks akui tidak pernah menggunakan dadah dan pernah rasa minuman keras semasa beliau berusia 12 tahun, selepas itu tidak lagi.

Berbeza sungguh dengan teman-teman seangkatan beliau si Naomi Campbell dan Kate Moss yang cukup terkenal dengan parti liar dan aksi mabuk mereka.


Sumber: MyLaunchpad

Pelepasan air empangan di Cameron Highlands ikut SOP

TNB: Pelepasan air empangan ikut SOP
Keadaan kenderaan yang rosak akibat banjir lumpur yang berlaku di Bertam Valley, Cameron Highlands awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh NORFARHIZA MOHD ATTAR


KUALA LUMPUR - Pelepasan air menerusi alur limpah di empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands awal pagi tadi adalah mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini, air telah dilepaskan secara terkawal sebagai langkah mengelak seluruh kawasan Lembah Bertam dilanda banjir.

Hujan lebat dan banjir kilat di sekitar Ringlet yang berterusan semalam menyebabkan air melimpah ke Tasik Ringlet melepasi paras maksimum.

"TNB telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk bekerjasama dengan pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam, sebelum melepaskan air secara terkawal," menurut kenyataan itu.

Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan itu yang dilepaskan, melimpah secara mendadak pada awal pagi.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut manakala seorang lagi masih hilang.

BERNAMA