Friday, 25 April 2014

Lelaki temui ajal ketika mahu pesan makanan

Lelaki temui ajal ketika mahu pesan makanan
Mayat mangsa di lokasi kejadian.


SENAWANG – Seorang pelanggan tidak sempat memesan makanan dan minumannya apabila menemui ajal di sebuah restoran di Taman Tuanku Jaafar berhampiran kawasan perindustrian Senawang Sentral dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang, apabila mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 50-an itu, singgah di restoran berkenaan sendirian untuk makan dan minum tetapi tidak lama kemudiannya secara tiba-tiba pengsan lalu terjatuh dari kerusi yang diduduki.


Seorang saksi, Nurul Izzaty Lilliany Azman, 26, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia sedang menjamu selera di restoran milik keluarganya itu.

“Saya ketika itu berada di dalam restoran dan sedang makan dengan memandang ke arah luar. Saya menyedari kehadiran mangsa dan dia duduk sendirian di meja yang diletakkan di luar restoran.


“Ketika mangsa duduk di mejanya, pekerja terus menanyakan pesanan makanan tetapi mangsa berkata, tunggu sekejap kepada pekerja restoran sebelum dia ingin memesan makanan dan minuman.

“Tetapi tidak sampai lima minit, tiba-tiba mangsa pengsan lalu terjatuh dari kerusinya ke arah belakang. Badan mangsa turut mengerang seakan dalam keadaan kejang dengan kedua-dua tangan di atas,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, terkejut dengan situasi yang menimpa mangsa, semua pelanggan yang berhampiran cuba menyelamatkan mangsa bagaimanapun, mangsa sudah menemui ajal di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya.

- Sinar Harian 

Rogol dan curi: Lelaki dipenjara 18 tahun

KUALA LUMPUR - Belum lagi menjalani hukuman penjara 18 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol seorang wanita, seorang lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 41 tahun dan 12 sebatan kerana merogol seorang remaja dan mencuri Ipadnya.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chai Ruong Huei, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam kali sebatan bagi setiap dua pertuduhan merogol dan penjara lima tahun bagi satu pertuduhan mencuri Ipad itu.

Bagaimanapun, Ruong Huei, yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai jam, hanya perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun untuk pensabitan ini selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman itu bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 18 tahun dan sembilan sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 26 Mac lalu kerana merogol mangsa lain.

Ruong Huei didakwa merogol remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah hotel di Cheras di sini, kira-kira pukul 2.10 petang, 15 September 2012.

Dia juga didapati bersalah merogol mangsa sama pada pukul 2.30 petang di tempat, tarikh yang sama mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagi pertuduhan mencuri pula, lelaki itu didakwa mencuri iPad milik remaja itu kira-kira jam 2.40 petang, di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie yang memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan trauma mangsa.

Bagaimanapun, peguam Mohd Yusof Ag Lah yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan anak guamnya itu merupakan penanggung tunggal kepada keluarganya.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu. - Bernama

Giggs thanks Moyes, confirms he will still play


Ryan Giggs has described being named as Manchester United caretaker manager as "the proudest moment of my life"


Giggs gave his thoughts to MUTV and then held a press conference on the eve of his first match in charge against Norwich City.

Before taking questions from the media Giggs said that he would "like to thank (David) Moyes for giving me my first role in coaching."

However, according to Ben Smith of the BBC, the assembled media were warned not to ask Giggs about Moyes.


Giggs confirmed he would still be part of the playing squad until the rest of the season and joked "I've just given myself a five year contract."

When asked if he wanted the job full time, Giggs simply stated that he was "just focusing on these four games."

Speaking earlier to the club's in-house channel MUTV, Giggs outlined what being given the job meant to him.

"I've got to say this is the proudest moment of my life. The club has been the biggest part of my life since I was 14.

"I'm proud, happy, a little bit nervous, but just like I am as a player, I can’t wait for the game on Saturday.

"My first phone call was to Scholesy. I asked Nicky [Butt] to come up and help us with the first team. I know how much the club means to these people (Phil Neville, Butt and Scholes)."

Giggs also said his message to the players was: "I trust you, I know what you’re capable of. Give the fans something to shout about – score goals, make tackles. That’s what they’ve done in training.

"We've got great players who are winners...I want the players to go out and enjoy it."

It is not only the players who Giggs wants to have fun: he also spoke of wanting fans to start enjoying their days at old Trafford once more.

"I want to bring back some smiles on the faces of the fans," he added. "I know the stadium will be bouncing.

The caretaker manager plans to get his stars playing an attractive brand of attacking football, starting with the match against Norwich at Old Trafford on Saturday.

"It's going to be my philosophy, Manchester United's philosophy because I have been here for all my career," said the Welshman of his approach.

"I want the players to play with passion, speed, tempo, be brave, imagination. All the things I expect of a Manchester United player. Work hard but most of all enjoy it.

"As a player, if I know I am enjoying the game I can express myself a lot more. That's what I will be doing with the team tomorrow."

Giggs also said Sir Alex Ferguson was the first person to call him when he got the job and that he did seek advice from his former boss.

The Welshman also said he wanted to qualify for the Europa League. "We want European nights at Old Trafford... it is as simple as that," he said.



Source: Eurosport

Kerajaan belum sedia isytihar MH370 hilang, kata Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan belum bersedia untuk mengisytiharkan pesawat penerbangan MH370 sebagai hilang atau penumpangnya meninggal dunia biarpun lebih enam minggu pesawat Malaysia Airlines itu gagal dikesan dan tiada petunjuk yang jelas di mana ia berada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk berbuat demikian demi menghormati perasaan waris 239 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

"Pada suatu masa nanti mungkin tetapi pada masa ini saya rasa saya perlu mengambil kira perasaan waris dan sesetengah daripada mereka telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak dapat menerimanya sehingga ada bukti yang kukuh," kata Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan CNN.

Biarpun begitu, tambah Najib, adalah sukar untuk membayangkan sebaliknya.

Wawancara itu dikendalikan oleh koresponden penerbangan stesen berita itu, Richard Quest.

Sebulan yang lalu, pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat Boeing 777-200 itu mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi, di barat Perth  ̶  "kawasan yang terpencil, jauh daripada tapak pendaratan." Rumusan itu dibuat berdasarkan kepada data satelit yang dimaklumkan oleh Inmarsat.

Malaysia Airlines kemudian mengumumkan bahawa pesawat itu dianggap hilang dan tiada yang terselamat. Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Dalam wawancara dengan CNN, Najib menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "ganjil" dan "tidak dapat difikirkan oleh sesiapa"  ̶  bagaimana mungkin sebuah pesawat yang sepatutnya menuju ke Beijing kemudiannya boleh sampai "separuh jalan menuju ke Antartika?"

Menurut Najib, beliau bertanya berkali-kali kepada pasukan penyiasat apakah mereka yakin tentang kedudukan akhir pesawat itu dan mereka memberitahunya "kami yakin setakat yang termampu".

Najib juga memaklumkan kerajaan akan mengeluarkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat itu minggu depan. Laporan berkenaan minggu ini diserahkan kepada  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ditanya apakah Malaysia telah tersalah menangani usaha mencari pesawat berkenaan, Najib menekankan betapa pihak berkuasa yang terlibat berdepan dengan keadaan yang "belum pernah berlaku sebelumnya" dan mana-mana negara pun akan menghadapi kesukaran yang sama.

Beliau juga mengakui ada yang telah dilakukan oleh Malaysia dengan baik tetapi ada juga yang tersilap seperti aspek komunikasi seperti pada peringkat awal usaha mengesan pesawat itu.

Sementara itu, Najib mengesahkan pada malam kejadian, radar tentera telah mengesan sebuah pesawat berpatah balik merentas Semenanjung Malaysia.

"Tidak ada pesawat tentera yang dikerah kerana pesawat berkenaan dianggap tidak berbahaya," kata Perdana Menteri, seraya menambah cara penerbangan pesawat itu sama seperti sebuah pesawat komersial yang berada pada laluannya yang biasa.

Usaha mencari pesawat penerbangan MH370 yang kini bertumpu di selatan Lautan Hindi hari ini masuk hari yang ke-49 tanpa sebarang petunjuk yang jelas dan belum ada sebarang serpihan yang ditemui. -- ASTRO Awani 

Subsidi untuk penumpang pesawat

Subsidi untuk penumpang pesawat
KLIA2 dijangka dapat menyumbang perolehan tinggi kepada MAHB terutama dari sudut penyewaan ruang komersial.


KERAJAAN boleh dianggap memberikan subsidi kepada pengguna lapangan terbang di negara ini kerana keputusannya untuk tidak menaikkan caj perkhidmatan penumpang (PSC) atau juga dikenali sebagai cukai lapangan terbang yang sepatutnya dinaikkan pada 12 Februari lalu.

Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Faizal Mansor berkata, ini kerana kerajaan pada masa ini perlu membayar RM70 hingga RM80 juta setahun kepada MAHB sebagai pampasan kerana tidak menaikkan PSC.

“Mengikut kontrak kami dengan kerajaan, sama seperti syarikat konsesi lain seperti tol dan air, kami dibenarkan menaikkan PSC setiap lima tahun.

“Tetapi kerajaan masih belum memutuskan untuk menaikkan PSC jadi mereka perlu membayar pampasan kepada MAHB,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan kewangan MAHB bagi suku pertama 2014 di Sepang, semalam.

Beliau memaklumkan perkara itu selepas ditanya mengenai PSC yang akan dikenakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang akan mula beroperasi 2 Mei depan.

Menurut Faizal, dalam perjanjian dengan kerajaan, MAHB hanya dibenarkan menaikkan caj itu jika pengendali lapangan terbang memenuhi tiga syarat berhubung kualiti dan pencapaian kewangan.

“Kami memenuhi syarat-syarat itu untuk kitaran lima tahun yang berakhir pada 12 Februari lalu dan sepatutnya dibenarkan menaikkan PSC namun keputusan akhir adalah ditangan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, mengikut perjanjian itu, PSC di KLIA sepatutnya kini bernilai RM72 berbanding RM65 sekarang bagi penerbangan antarabangsa manakala di LCCT ia sepatutnya bernilai RM36 berbanding RM32 kini.

Bagi penerbangan domestik pula, Faizal berkata PSC yang dikenakan kini di KLIA (RM9) dan LCCT (RM6) ialah RM1 lebih rendah berbanding caj sepatutnya.

Sementara itu, mengulas prestasi kewangan MAHB, Faizal berkata, MAHB merekodkan perolehan RM781.1 juta untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2014, iaitu turun 24 peratus berbanding RM1.027 bilion bagi tempoh sama 2013 disebabkan
pembinaan KLIA2.

Bagaimanapun, keuntungan selepas cukai MAHB bagi suku pertama 2014 meningkat 1.9 peratus kepada RM128.7 juta berbanding RM126.3 juta yang direkodkan pada suku pertama 2013.

Faizal berkata, pembukaan KLIA2 dijangka menyumbang peningkatan besar kepada perolehan MAHB terutama melalui penyewaan ruang komersil.

“Kadar penyewaan di KLIA2 adalah 100 peratus. Kami jangka 50 hingga 60 peratus kedai di KLIA2 akan beroperasi pada hari pertama pembukaan KLIA2, dan semua kedai akan beroperasi menjelang Jun atau Julai,” katanya.

Menurutnya, kenaikan tinggi dalam perolehan komersil juga akan mengimbangi kos untuk mengendalikan KLIA2 yang dijangka naik empat kali ganda berbanding LCCT sekarang.

- Sinar Harian 

Penumpang mabuk cetuskan amaran rampasan pesawat di Bali

virgin, bali, hijack

Pesawat Boeing 737-800 yang mendarat di Bali pada pukul 2.45 petang.

KUALA LUMPUR:  Seorang penumpang mabuk cuba menceroboh kokpit pesawat milik Virgin Australia yang dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia.


Penumpang itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Virgin Australia dalam satu kenyataan awal melalui Twitter menafikan laporan bahawa pesawat tersebut dirampas sebaliknya mengatakan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat.




Laporan awal sebelum itu menyebut pesawat berkenaan dirampas. Maklumat itu datang daripada  juruterbang pesawat berkenaan yang menghubungi pusat pengawal udara di Lapangan Terbang Ngurah Rai dan memaklumkan pesawat berkenaan dirampas.

"Maklumat terakhir, false alarm, penumpang mabuk cuba masuk kokpit. Tetapi kami sedang memeriksa (maklumat itu) lagi," kata jurucakap berkenaan seperti dipetik oleh portal berita, detik.com.

Pesawat Boeing 737-800 itu mendarat di Bali pada pukul 2.45 petang.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Herry Bhakti S. Gumay sebelum itu memberitahu media maklumat rampasan berkenaan termasuk kata-kata "hijacked" diterima oleh pusat pengawal udara di Ngurah Rai pada pukul 2.05 petang.

Lima penerbangan yang sepatutnya mendarat di Bali dialihkan ke Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.

Sementara itu, penumpang serta orang ramai yang berada di lapangan terbang tersebut turut berkongsi gambar pesawat yang dilaporkan dirampas itu.










Sebelum ini, laporan mengenai rampasan pesawat 737-800 diberitahu oleh jurucakap tentera udara Indonesia, Hadi Tjahjanto kepada stesen teleivisyen MetroTV

“Kami menerima maklumat bahawa sebuah pesawat 737-800 dari Brisbane menuju ke Bali dirampas,” kata Hadi.

“Juruterbang melaporkan bahawa pesawat tersebut dirampas,” Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan berkata kepada MetroTV.

“Terdapat maklumat bahawa salah seorang penumpang cuba untuk memasuki kokpit, kami sedang menyiasat.”


Palani Mohan,  seorang penumpang penerbangan Garuda yang bakal berlepas dari Bali memberitahu:

“Kapten penerbangan saya membuat pengumuman bahawa penerbangan kami terpaksa ditangguhkan kerana terdapat kes rampasan pesawat di lapangan terbang Bali, kira-kira 150 meter dari lokasi kami.

“Saya melihat sekurang-kurangnya lima buah kenderaan termasuk trak tentera yang dipenuhi mereka yang berpakaian seragam menuju ke arah pesawat itu.

“Kemudian pesawat terbabit diiringi keluar diikuti oleh sekumpulan pasukan keselamatan. Menurut pembantu penerbangan, pesawat tersebut dibawa ke satu lokasi lain di lapangan terbang itu.

“Lapangan terbang Bali terpaksa ditutup dan kami diberitahu tiada pesawat yang tiba atau berlepas dari situ. Juruterbang juga tidak membenarkan sesiapa keluar daripada pesawat.”

- ASTRO Awani 

Laluan tikus undang maut

Laluan tikus undang maut
Laluan tikus memudahkan penunggang motosikal membuat lintasan singkat tetapi boleh mengundang bahaya kepada mereka.


POKOK SENA - Pembinaan lebuh raya sepanjang Pokok Sena hingga Padang Sanai sememangnya memberi kemudahan kepada penduduk sekitar di kawasan itu melunaskan aktiviti harian mereka.

Malangnya sejak akhir-akhir ini, lebuh raya itu menjadi laluan maut kepada penduduk didakwa akibat tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuka laluan tikus.

Penduduk, Bakar Ahmad, 62, dari Kampung Baru, Jalan Kuala Nerang berkata, tindakan pihak itu mengundang bahaya terutamanya kepada pengguna lebuh raya yang lain.

Menurutnya, tindakan golongan itu membuka laluan kecil dengan memecah tembok di beberapa pembahagi jalan boleh mengundang bahaya apabila mereka mengambil laluan singkat untuk melintas.

“Saya yakin aktiviti membuka jalan tikus ini dilakukan pada waktu malam bagi memudahkan mereka membawa kenderaan untuk melintas.

"Kebanyakan jalan tikus ini dibuka di kawasan penempatan dan kilang supaya mereka tidak perlu lagi membuat pusingan yang agak jauh,” katanya.

Menurut Bakar, tindakan itu sangat membahayakan kerana apabila mereka gagal mengawal kenderaan mereka terus terlajak ke hadapan dan ini menyebabkan berlakunya kemalangan.

Bagi Hamdan Hamidon, 52, dari Kampung Padang pula, tindakan pihak penguatkuasa menutup laluan motosikal yang melalui pembahagi jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Jabi adalah baik kerana sebelum itu telah berlaku beberapa kemalangan hingga membawa maut.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengatasi masalah itu dengan selalu membuat rondaan serta membaiki kembali laluan tikus berkenaan supaya ia tidak dapat digunakan lagi.

"Laluan tikus itu perlu ditutup kerana pernah beberapa kali saya hampir mengalami kemalangan dengan seorang penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaannya sehingga terlajak ke hadapan serta hampir berlaku kemalangan,” katanya.

- Sinar Harian 

Tumbuk pengadil: Polis rekod 20 keterangan saksi

Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff
Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff


POLIS sudah merekodkan 20 keterangan saksi berhubung insiden bekas pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, On Jabar menumbuk pengadil selepas perlawanan saingan Liga Perdana antara pasukan itu dan UiTM FC, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis setakat ini sudah mengambil keterangan dari On dan beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Pengadil berkenaan bagaimanapun belum direkodkan keterangannya dan polis juga sedang menunggu laporan perubatannya dari pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Mokhtar, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam insiden itu, On dilapor menumbuk muka pengadil Sukri Abd Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukan tuan rumah dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2. - Bernama

Rezeki dalam perangkap sampah

Rezeki dalam perangkap sampah
Karunan bersama isteri mengutip botol sebagai pendapatan sampingan, sekali gus mengurangkan sampah dibawa arus.


BATU ARANG - Jam 12 tengah hari, selepas hujan mula berhenti kelihatan pasangan suami isteri sedang sibuk mengutip botol-botol yang tersekat di laluan air deras.

V Karunan bersama isterinya, Kasturi masing-masing berusia 25 tahun dilihat asyik mengasingkan botol sementara anak kecil mereka ditinggalkan di atas motor.

Karunan yang baru bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah sekolah tiga hari lalu memberitahu, dia tidak kisah melakukan apa sahaja kerja bagi mendapatkan wang meneruskan kehidupan.

“Saya bukan kumpul barang terpakai saja, macam-macam kerja saya buat janji dapat duit.

“Hari ini boleh dapat RM15 lepas jual botol-botol kosong ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Itulah yang dilakukan pasangan ini untuk mencari rezeki tambahan.

Walaupun kerja mengutip barang terpakai sering dipandang serong masyarakat, namun mereka lakukan bukan sahaja demi kelangsungan hidup tetapi tanpa disedari mampu berperanan dalam mengelak kejadian banjir kilat.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan masih rendah.

Penghujung longkang didapati dipenuhi sampah yang kebanyakan terdiri daripada botol mineral tersangkut pada perangkap sampah.

Tindakan Karunan yang sanggup meletakkan keselamatan diri di nombor dua, bermandi hujan di saat orang lain mengelak terkena air harus dipandang dari sudut positif.

Tanpanya, kelancaran air pada longkang itu terganggu seterusnya menyebabkan banjir kilat berlaku memandangkan paras air sudah mencecah bahu jalan.

“Saya jarang lalu di sini cuma kebetulan nampak banyak botol yang boleh diambil dan dijual, jadi saya berhenti.” katanya.

- Sinar Harian 

Senyum sebelum jatuh


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat. 



SEREMBAN – “Dia memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum sebelum dia bertindak terjun dari atas bangunan itu,” kata saksi kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang semalam, mangsa, Loh Kwee Moi, 43, ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat atas bangunan enam tingkat kawasan tempat letak kereta di Perhentian Bas Terminal One.

Sofian berkata, sebelum kejadian, dia dan isterinya baharu selesai membeli-belah di Kompleks Beli Belah Terminal One.

“Saya dan isteri kemudiannya ingin menuju ke tempat letak kereta tetapi sempat berhenti seketika di jambatan penghubung antara Perhentian Bas Terminal One dan kompleks terbabit di tingkat dua.

“Waktu itu saya sedang membelek telefon bimbit dan secara tiba-tiba saya terpandang ke arah atas bangunan. Saya nampak seorang wanita dengan kedua-dua tangannya sedang memegang pengadang di tingkat atas seolah-olah mahu terjun.

“Saya cuba menjerit ke arah wanita itu dan menyuruhnya tunggu bagi membolehkan saya menyelamatkannya. Dia mungkin mendengar jeritan saya dan kemudiannya dia sempat memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum.

“Saya menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan namun saya tidak sempat menyelamatkannya, mangsa bertindak terjun bersama beg tangannya,” katanya.

Katanya, wanita itu dilihatnya seperti mengandung dan berambut pendek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.-- Sinar Harian

Pesta buku: Kemeriahan hari pertama


Pengunjung melanggan buku dan majalah bagi merebut hadiah utama, Perodua Alza.


KUALA LUMPUR – Penjualan pada hari pertama di Pavilion Karangkraf Pesta Buku Antarabangsa 2014 begitu memberangsangkan walaupun bermula pada hari bekerja.

Pengurus Jualan dan Operasi Grup Buku, Roziana Omar berkata, buku Cinta Amar, al-Quran, buku-buku baharu dan buku yang ditawarkan dengan harga murah mendapat sambutan menggalakkan.

“Pesta buku pada tahun ini agak berbeza kerana dimulakan pada hari Khamis berbanding hari Jumaat untuk tahun lalu, namun kehadiran pengunjung dan angka jualan tetap amat memberangsangkan.

“Kita tidak boleh membandingkan hari ini dengan hari cuti. Namun pengunjung tetap datang terutama daripada pelajar sekolah dan pelajar universiti.

Sebanyak 20 judul baharu buku dan novel pelbagai kategori dijual dengan potongan harga 20 peratus.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai pengunjung dapat hadir ke Pavilion Karangkraf kerana kesemua buku yang dijual adalah dengan harga promosi.-- Sinar Harian

Cemas: Lebih 11 jam padam kebakaran


Laluan masuk ke Kompleks Lapang Sasar Tok Jembal diselubungi asap tebal



KUALA NERUS – Tujuh keluarga di kawasan perumahan Jalan Damai, Kampung Gong Kuin, di sini, berdepan detik mencemaskan apabila kebakaran berada pada jarak kira-kira 10 meter dengan kediaman mereka.

Kebakaran tanah gambut seluas lima hektar yang dipercayai bermula di kawasan berhampiran Kompleks Lapang Sasar Tok Jembal itu, merebak pantas ke kawasan kediaman berkenaan yang bersebelahan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota serta Pasukan Bomba Sukarela dari Balai Bomba Sri Nerus, berjaya mengawal kebakaran lebih 11 jam kemudian.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus, Mohd Ariff Tengah memberitahu, operasi dimulakan kira-kira jam 1.45 petang, kelmarin dan ditangguhkan kira-kira jam 1 pagi semalam.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pasukan kami bergegas ke lokasi dan pada awalnya kebakaran hanya berlaku di kawasan berhampiran lapang sasar (Tok Jembal), namun merebak pantas dengan percikan api ke kawasan bersebelahan. “Keadaan angin yang agak kencang dan asap tebal menyukarkan lagi usaha kami memadam kebakaran ketika itu, ditambah pula dengan keadaan tanah gambut terbakar dari bawah tanah.

“Menyedari akan api yang semakin marak, kami mengambil langkah alternatif dengan menyekat api di kawasan bersebelahan bagi mengelak ia menghampiri kawasan kediaman penduduk,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota terlibat mengerah sepenuhnya tenaga untuk menghalang kawasan kediaman penduduk, di mana pada ketika itu jarak antara rumah dan kebakaran hanya kira-kira 10 meter.

“Namun, beberapa percikan api kebakaran yang dibawa angin terkena pada bumbung rumah penduduk.

“Tetapi kami yang segera menyedari perkara itu berjaya memadamnya,” katanya.

Mohd Ariff berkata, bagi mengelak gangguan dan ancaman terutamanya kanak-kanak, penduduk diarah keluar ke kawasan lain bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit berikutan asap tebal.

“Bagaimanapun, selepas lebih 10 jam bertarung melawan kebakaran, akhirnya api berjaya dikawal dengan kekuatan 24 anggota,” katanya.

Mohd Ariff turut mengingatkan semua pihak mengelak sebarang aktiviti pembakaran kerana cuaca kering dan panas bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Saya harap masyarakat tidak lagi mengambil mudah dengan aktiviti pembakaran secara terbuka, meskipun hanya sekadar untuk membakar sampah di sekitar rumah.

“Ini kerana, dalam keadaan cuaca kering dan berangin ini memudahkan api merebak.

"Justeru, langkah terbaik adalah dengan membuang sampah di dalam tong disediakan bagi membolehkan sampah tersebut dibuang di tapak pelupusan sampah yang khusus," katanya. -- Sinar Harian

Lakon semula situasi MH370



KUALA LUMPUR - "Dengan informasi yang terkumpul dalam kotak hitam, kita mungkin boleh lakonkan semula situasi sebenar tragedi pesawat MH370", kata pakar utama penerbangan, Baha Rudin Abd Latif.

Beliau merujuk kepada rekod data penerbangan dan rekod komunikasi juruterbang yang dirakam menggunakan peranti ‘Flight Data Recorder’ (FDR) dan ‘Cockpit Voice Recorder’ (CVR), lebih dikenali sebagai ‘kotak hitam’.

Pencarian alat ini menjadi agenda utama dalam misi mencari pesawat yang hilang dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur sejam selepas berlepas pada 8 Mac lepas. Pesawat berkenaan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui sidang-sidang media secara berterusan menegaskan bahawa peristiwa ini adalah sesuatu di luar jangka, menjadikan informasi daripada kotak hitam amat penting untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat ini.

Ditemui Bernama baru-baru ini, Baha Rudin menyatakan tindakan yang diambil pasukan Joint Agency Coordination Centre (JACC) untuk fokus kepada pencarian kotak hitam adalah satu tindakan tepat dalam keadaan sekarang.

"Kita kekurangan data tentang apa yang sebenarnya berlaku. Tiada sebarang petunjuk positif tentang keberadaan pesawat tersebut hingga ke hari ini. Tiada panggilan kecemasan, tiada serpihan, ia hilang begitu sahaja,

"Oleh itu, kotak hitam adalah satu-satunya peluang yang mungkin kita ada untuk merungkai segala misteri kehilangan ini", ulas beliau yang kini berkhidmat di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), di Selangor.


Boleh Padam Data CVR

Baha Rudin menjelaskan bahawa peranti CVR merekodkan segala perbualan yang berlaku dalam pesawat melalui empat ‘channel’ iaitu mikrofon juruterbang, pembantu juruterbang, pemerhati dan mikrofon kawasan.

"Rakaman dibuat secara automatik menggunakan sistem ‘hot mic’. Apa sahaja yang dicakap di dalam kokpit akan dirakam. Tidak siapa pun boleh mematikan atau mengawal alat rakaman ini selagi pesawat masih bergerak", jelasnya yang berpengalaman lebih 26 tahun dalam bidang penerbangan awam.

Pun begitu, beliau menjelaskan bahawa rakaman di dalam CVR boleh dipadam oleh juruterbang secara manual bila dua syarat dipenuhi.

Pertama, bila pesawat sudah berada di tanah dan kedua ialah bila brek parkir pesawat sudah dihidupkan.

Ini bermaksud, hanya bila keadaan benar-benar selamat, baharulah rakaman ini boleh dipadam menggunakan suis khas yang terdapat di kokpit.

Tambah beliau, CVR hanya merakam perbualan dalam jangka masa dua jam terakhir penerbangan sahaja, serta tidak merakam bunyi dari ruang penumpang pesawat.

"Dahulu rakaman CVR hanya 30 minit, kemudian jadi dua jam. Mungkin selepas ini (tragedi MH370) akan ada pihak yang cadang agar durasi rakaman ditingkatkan", katanya.

Jelas beliau lagi, penyelenggaraan peranti CVR menggunakan proses ‘read out’ dilakukan setahun sekali.


FDR Rakam 88 Data

Sementara itu, peranti FDR berupaya merakam 88 data serentak untuk jangkamasa selama 25 jam tanpa henti.

Berlainan dengan CVR, data dalam FDR tidak boleh dipadam oleh juruterbang atau dari dalam kokpit.

"Data-data ini adalah untuk kegunaan para jurutera penerbangan sahaja. Maklumat ini biasanya digunakan untuk tujuan analisis dan ada masanya kita mahu buat pemerhatian berkala secara khusus terhadap prestasi pesawat", jelas Baha Rudin.

Antara data yang dirakam ialah data enjin, kelajuan pesawat, kelajuan angin dan ketinggian pesawat.

Di dalam pesawat, CVR dan FDR diletakkan bersebelahan. Kedua-dua peranti ini dilindungi dengan logam kuat yang mampu menahan impak bersamaan 3,400 kali tarikan graviti dan suhu sehingga 1,100 darjah selsius.

Dilengkapi Underwater Locator Beacon (ULD) yang mengeluarkan isyarat gelombang bunyi 37.5 kilohertz sesaat, gelombang ini tidak dapat didengar oleh telinga manusia, tetapi dapat dikesan menggunakan alat khas.

Ia akan terus mengeluarkan gelombang sehingga kehabisan bateri, kira-kira selepas 30 hari beroperasi.

Dalam kes tragedi MH 370, yang sudah memakan masa hampir 50 hari, pasukan pencari mendakwa berjaya mengesan isyarat serupa ini tapi tidak dapat mengesahkan jika ia datang dari pesawat malang ini.


Biasa Diguna NTSB

Baha Rudin, yang pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines dan Air Asia, turut menjelaskan bahawa data-data penerbangan yang diperoleh mungkin tidak akan mampu menjawab semua persoalan tentang apa yang berlaku terhadap pesawat MH370.

"Tetapi ia boleh membawa kita kepada jawapan melalui data-data yang dikumpulkan, sehingga mungkin boleh melakonkan semula keadaan sebenar yang berlaku terhadapnya", ulas beliau.

Oleh sebab itulah, pihak penyiasat akan berusaha mendapatkan cebisan pesawat walau sesukar mana pun kerana ia mungkin boleh dipasang semula untuk tujuan ini.

Manakala pakar penerbangan, Khairul Azan Mohd Zin memberitahu Bernama, data dari CVR dan FDR biasa digunakan oleh National Transport Safety Board (NTSB) untuk membuat simulasi kemalangan penerbangan bagi membantu penyiasatan.

Badan penyiasat kemalangan penerbangan dari Amerika Syarikat ini telah menjadi satu rujukan utama dalam operasi mencari MH370.

Beliau turut menunjukkan beberapa contoh video simulasi penerbangan oleh NTSB, seperti insiden pendaratan FedEx Flight 647 yang tersasar dari landasan pada 2003, pesawat FedEx ATR-42-320 yang terhempas pada 2009 dan pesawat US Airways Flight 1549 Airbus A320 yang terpaksa mendarat di atas Sungai Hudson akibat berlanggar dengan sekumpulan burung juga pada 2009.

"Ini akan memberi gambaran lebih jelas kepada pasukan penyiasat kemalangan udara seterusnya mengenal pasti punca utama tragedi MH370, katanya.


Pemilikan Kotak Hitam

Menjawab mengenai hak pemilikan kotak hitam, Baha Rudin menyatakan meskipun banyak negara terlibat dalam misi mencari MH370, Malaysia sebagai negara asal pesawat mempunyai hak ke atasnya bila dijumpai nanti.

Ini adalah selari dengan peraturan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO) yang menyatakan pemilikan data dari CVR dan FDR dimiliki negara tempat pesawat didaftarkan.

Pesawat MH370, dengan nombor pendaftaran rasmi 9M-MRO didaftarkan di Malaysia.

Jelas Baha Rudin lagi, hak pemilikan dan penyiasatan adalah milik Malaysia, tetapi dalam masa yang sama mungkin kepakaran dari luar diperlukan untuk memproses data yang ada.

"Ini kali pertama tragedi seperti ini berlaku, kita perlukan semua kepakaran yang ada untuk jayakan siasatan," ulas beliau. - Bernama

Peluang jumpa Tun Mahathir

Abid memberi tazkirah pagi di lokasi jualan buku Karangkraf buat pengunjung yang hadir, semalam.


KUALA LUMPUR - Pengunjung pusat pameran dan jualan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) pada Pesta Buku Antarabangsa 2014 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berpeluang bertemu ikon Membaca Kebangsaan, Tun Dr Mahathir Mohammad, hari ini.

Pengurus Besar Editorial Grup Buku, Sri Diah berkata, bekas perdana menteri itu akan merasmikan sebuah buku bertajuk SPR dan Pilihan Raya, hasil pengalaman dan karangan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, buku pertama seumpamanya di Malaysia itu, lebih kepada sebuah buku dokumentasi mengenai proses pilihan raya umum yang bermula sejak 1955.

“Tun Dr Mahathir akan hadir merasmikan buku terbaharu terbitan Karangkraf dan pengunjung dapat berjumpa beliau yang juga ikon Membaca Kebangsaan.

“Kita menjemput beliau kerana merasakan beliau paling layak berikutan pernah mengharungi banyak pilihan raya pada zaman pemerintahannya,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut mengenai buku tersebut, Sri Diah menjelaskan buku setebal 368 halaman itu menerangkan antaranya mengenai persempadanan pilihan raya dan keputusan pilihan raya termasuk konflik yang berlaku pada PRU13 lalu.

Perasmian buku tersebut akan dirasmikan pada jam 4 petang di Pavilion Karangkraf Dewan Tun Dr Ismail dan dijual dengan harga RM24.

Dalam masa sama, pengunjung yang datang membeli buku di lokasi jualan buku Karangkraf turut berpeluang mendengar tafsir surah yang akan disampaikan khas oleh ustaz daripada Karangkraf.

Eksekutif Syariah dan Editor Kanan Penerbitan Turath Karangkraf, Abid Mohd Nor berkata, slot Ibrah Surah membawa objektif utama untuk memberikan pengisian rohani sambil pengunjung membeli buku.

“Sepanjang 11 hari akan diadakan ceramah tafsir surah selama sejam daripada penceramah berbeza yang juga penulis Karya Bestari khas untuk pengunjung pesta buku Karangkraf.

“Isi pengisian tafsir akan dipetik daripada surah berbeza yang terdapat dalam al-Quran,” katanya. 

--Sinar Harian

KLIA2 control tower is tallest in the world



The KL International Airport 2 (KLIA2) air traffic control tower has been recognised as the tallest in the world by the Guinness World Record.

Department of Civil Aviation (DCA) director-general Azharuddin Abdul Rahman said the 141.3 metres tower is higher than the control tower of Suvarnabhune International Airport in Thailand (132.2 metres).



"Built on May 1, 2012, the tower was completed in 10 months, on March 1, 2013 and was first used on April 4, one month earlier to enable air traffic controllers to familiarise with the operation of KLIA2."

He said this at the handing over of the control tower from Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) to the DCA by the Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein in the main control room on level 33 of the tower in Sepang today.

Hishammuddin also received a certificate of recognition from a representative of Guinness World Record and the Malaysia Book of Record and also witness the first touchdown to KLIA2 by Malaysia Airlines flight MH604 and flight MH402.

Azharuddin said the training of air traffic controllers for KLIA2 started as early as January, including theory and simulator training and 120 controllers were ready to operate at KLIA2 and KLIA.

"The 24-hour operation involves eight air traffic controllers on duty at any one time in the main control room.

"A total of 58 new posts have also been created to accommodate the additional work in the control tower," he added.

- Bernama

“Tak Tahu Macam Mana Air Mani Saya Boleh Ada Dalam Kemaluannya”



Seorang pengurus restoran berusia 40 tahun yang mengahwini gadis bawah umur yang juga mangsa rogolnya berkata dia tidak tahu bagaimana kesan air maninya boleh ditemui pada anggota intim gadis itu.

Riduan Masmud berkata ia juga sesuatu yang tidak logik apabila dua helai sapu tangan di tempat duduk belakang turut terdapat kesan air maninya.

“Saya tidak melakukannya (rogol) dan saya tidak tahu bagaimana kesan air mani saya boleh ditemui di tempat-tempat yang telah disebutkan dalam mahkamah ini,” katanya dalam prosiding pembelaan memetik laporan The Star Online hari ini.

Prosiding berlangsung di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di depan Hakim Ummu Kalthom Samad semalam.

Riduan berkata demikian dalam hujan pembelaan atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dalam sebuah kereta berdekatan Air Terjun Kionsom di Inanam antara pukul 9 pagi dan 10 pagi, 18 Februari tahun ini.

Tertuduh mengendalikan sendiri kesnya selepas peguamnya Loretto P Padua menarik diri dari mewakilinya pada September lepas.

Dakwaan itu tidak diketahui hanya apabila ibu saudara mangsa membuat laporan polis ke atas Riduan.

Pengurus restoran kemudian didakwa di mahkamah 10 hari kemudian.

Mangsa kemudian menarik balik laporan dan dakwaan berkenaan pada 18 April.

Tertuduh yang turut mengahwini mangsa selepas itu berkata perkahwinan mereka dipersetujui.

Riduan mengahwini mangsa sebagai isteri kedua biarpun belum menerima kebenaran daripada Mahkamah Syariah untuk berpoligami.

Pada hari kejadian, Riduan berkata dia menghantar isterinya pergi bekerja di pusat membeli-belah 1Borneo pada pukul 9.45 pagi dan menurutnya mustahil untuknya berada di lokasi kejadian sebelum pukul 10 pagi.

Apabila ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya Raja Zaizul Faridah bersetuju atau tidak, dengan mengahwini mangsa tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh sudah melanggar keputusan Mahkamah Syariah dan melanggar syarat ikat jaminnya oleh Mahkamah Sesyen, tertuduh tidak bersetuju.

“Saya dibenarkan untuk berkahwin dengan gadis itu, saya tidak tahu pula saya tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa atau keluarganya yang akan melanggar syarat ikat jaminan,” katanya.

Riduan tidak bersetuju apabila ditanya tujuan dia berkahwin dengan mangsa secara tergesa-gesa adalah untuk memastikan tuduhan ke atasnya digugurkan.

“Saya ada bertanya pihak ketiga untuk mencarinya, dengan melihat beberapa maklumat yang dikongsikan di dalam akaun Facebooknya,” katanya.

Dia juga menafikan bahawa dia berkahwin dengan gadis itu dengan tergesa-gesa tetapi dia memaklumkan, dia mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan membeli cincin dan juga menyediakan RM5,000 sebagai wang hantaran.

Kemudian dalam prosiding, tertuduh yang mengendalikan kesnya sendiri memanggil ibu dan bapa mangsa sebagai antara saksi pembelaan.

Menurut bapa mangsa yang berusia 47 tahun, yang bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kolej dan ibu mangsa berusia 41 thun berkata mereka bersetuju dengan perkahwinan itu kerana mangsa dan Riduan saling mencintai.

Hakim Ummu Kalthom kemudian menetapkan 24 Januari sebagai hari terakhir prosiding pembelaan.
 

Pemandu nyaris maut bas terbabas

KUANTAN - Seorang lelaki nyaris maut apabila bas yang dipandunya terbabas di Simpang Lembah Temir-Lembah Klau dekat Raub pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Superitendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian 7.30 pagi itu, bas berkenaan dalam perjalanan ke Lembah Klau untuk mengambil penumpang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandunya dipercayai terkejut apabila sebatang pokok tiba-tiba tumbang menyebabkan bas yang dipandunya terbabas ke kiri jalan.

"Bagaimanapun pemandu bas, berumur 30-an, tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. -- Bernama

Anwar kemukakan 35 alasan rayuan ketepikan sabitan dan hukuman

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Gambar Fail


PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan hari ini dengan mengemukakan 35 alasan rayuan kenapa sabitan dan hukuman terhadapnya perlu diketepikan.

Rayuan tersebut difailkan oleh peguam Zaleha Al-Hayat, iaitu seorang pembantu mendiang Karpal Singh kira-kira 2 petang, sejam sebelum tempoh pemfailan tamat.

Dalam alasan petisyen rayuan itu, peguam Anwar telah menyatakan panel hakim Mahkamah Rayuan telah tersalah arah apabila menyimpulkan dua orang pakar DNA dari Australia Dr David Lawrence Wells dan Dr Brian Mcdonald yang merupakan saksi pembelaan, bukanlah saksi-saksi berkompeten.

"Adalah jelas hakim-hakim Mahkamah Rayuan telahpun gagal memahami keterangan terutamanya SD4 (Dr Brian) yang jelasnya adalah kompeten.

"Terdapat keterangan mencukupi bahawa SD4 sememangnya memantau orang bawahan beliau yang melakukan analisis dan sudah tentunya kompeten di dalam penganalisaan yang dilakukan," jelas pihak pembelaan.

Di dalam alasan penghakiman bertarikh 14 April lalu, panel hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi ada menyatakan bahawa kedua-dua pakar (Dr Wells dan Dr McDonald) itu merupakan pakar yang hanya pandai berteori berbanding dengan keterangan ahli kimia pihak pendakwaan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang dijalankan mereka.

Dalam petisyen rayuan itu, pihak pembelaan menekankan panel hakim tersalah arah dari segi undang-undang kerana tidak "menikmati" keterangan Dr Brian secara mendalam kerana pakar itu berjaya menimbulkan keraguan yang serius terhadap keputusan terhadap analisis-analisis yang dilakukan Dr Seah dan Nor Aidora.

Pihak perayu mendakwa, terdapat keraguan sama ada sampel-sampel yang dianalisis Dr Seah (SP5) adalah sampel-sampel yang dikutip oleh tiga orang doktor di Hospital Kuala Lumpur selepas mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mengenai kejadian meliwat yang didakwanya.

Mereka mendakwa terdapat keraguan yang serius mengenai DNA "Male Y" berdasarkan keterangan-keterangan daripada Dr Seah dan Nor Aidora.

Selain itu, pihak pembelaan menegaskan bahawa perayu (Anwar) berhak memberi keterangan di dalam kandang tetapi komen-komen panel dalam penghakimannya jelas menunjukkan para hakim terlalu memprejudiskan perayu.

"Hakim-hakim telahpun salah arahkan diri mereka dengan serius dalam membuat kesimpulan terhadap pihak perayu atas keputusan perayu untuk tidak memanggil saksi-saksi alibi," dakwa pihak pembelaan dalam alasan rayuan itu.

Selain itu, hujah mereka, panel hakim sepatutnya memutuskan sampel-sampel yang dikeluarkan daripada dubur perayu menimbulkan keraguan yang serius kerana berlakunya proses tercemar.

Pihak pembelaan juga menimbulkan isu pematahan rantai keterangan yang gagal diambil kira di tahap rayuan di Mahkamah Rayuan apabila permohonan mereka untuk memanggil semula pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar dipenjarakan lima tahun, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan

Bernama

Protokol keselamatan Obama harus diperkasa

RIDUAN MOHD NOR

SHAH ALAM - Kerajaan harus bersiap sedia untuk mempertingkatkan polisi dan protokol kawalan keselamatan ke atas kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini Sabtu ini.

MenurutAhli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor, sememangnya menjadi satu polisi dan protokol kepada mana-mana negara yang bakal menyambut pemimpin tertinggi AS itu untuk bersedia dengan kawalan keselamatan tertinggi bagi mengelakkan sebarang risiko.

"Presiden AS mempunyai banyak musuh dan akan membahayakan keselamatan negara ini jika berlaku apa-apa terhadap Obama semasa lawatannya nanti, maka sudah pasti negara turut terancam.

"AS tidak teragak-agak untuk menyerang mana-mana negara yang membahayakan pemimpin utamanya. Itulah risiko yang dihadapi negara bagi menyambut ketibaan kunjungannya ke sini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, selain dari memberi tumpuan terhadap isu keselamatan Obama, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk kadar keselamatan yang tinggi penduduk Malaysia sendiri.

"Jangan sampai protol keselamatan yang dititikberat menjejaskan rutin rakyat, mengubah landskap negara atau membelanjakan ratusan juta ringgit, apa yang penting ialah tahap keselamatan dipertingkatkan dengan memastikan rakyat Malaysia merasa tenteram dan selesa," katanya lagi.

- Sinar Harian 

Cikgu bagi RM10 setiap hari

Cikgu bagi RM10 setiap hari
Kegiatan pelajar PTA yang sempat dirakam wartawan Sinar Harian.


SHAH ALAM - Seorang remaja dipercayai pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA), Jalan Yan-Kuala Kedah mendakwa diberikan RM10 setiap hari sebagai kos sara hidup sekiranya keluar menjalankan jualan amal mereka.

Pelajar berusia 15 tahun itu berkata, wang berkenaan akan digunakan sebagai perbelanjaan makanan dan minum seharian ketika mereka menjalankan aktiviti itu di sekitar ibu kota selama seminggu.

"Kami juga akan diberikan komisyen dengan jualan yang diperoleh, selebihnya wang berkenaan diberikan kepada ustaz yang membawa kami.

"Ustaz kata, kalau nak makan boleh guna duit jualan, tetapi kami kena maklumkan berapa yang kami gunakan," katanya kepada Sinar Harian.

Kegiatan itu terbongkar selepas mereka terserempak dengan wartawan Sinar Harian yang kebetulan berada di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Pelajar berusia sekitar belasan tahun itu memaklumkan bahawa mereka hanya melakukan jualan amal selepas sesi persekolahan iaitu pada sebelah petang di kawasan sekitar Damansara.

Pada mulanya dia memperkenalkan diri sebagai pelajar PTA sebelum menawarkan produk jualan sambil menunjukkan surat kebenaran yang ditandatangan Pengetua PTA, Muslim Ab Karim.

Beliau berkata, mereka melakukan jualan amal di situ sebagai pelengkap kepada program praktikal perniagaan jualan amal kelab usahawan muda PTA.

“Sekolah kami free (percuma), tak ada apa-apa bayaran. Kalau kami buat jualan amal, duit nie nanti boleh juga bantu sekolah berkaitan kos pelajaran dan makanan.

“Sekolah tak paksa kami buat jualan, cuma kami ikhlas nak bantu dan keluarga kami juga tahu kegiatan ini. Lagipun duduk di sekolah saja bosan. Bila keluar jual barang, kami boleh jalan-jalan,” katanya.

Menurutnya, majoriti pelajar di PTA adalah anak yatim yang datang dari pelbagai negeri.

“Di sekolah kami memang ramai anak yatim. Kesian juga saya melihat mereka sebab ada kawan-kawan yang tak balik rumah setiap kali musim raya,” katanya.

Beliau yang mendakwa berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air turut memaklumkan bahawa mereka dijaga dengan baik oleh Muslim sepanjang berada di pusat itu.

- Sinar Harian 

Internet: Malaysia duduk rangking pertama

KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada di ranking pertama dalam capaian Internet mampu milik dalam kalangan ekonomi negara membangun dunia, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pengiktirafan itu dikeluarkan dalam laporan oleh A For A One, iaitu Alliance for Affordable Internet bertarikh 8 November tahun lepas.

"Pencapaian dan pengiktirafan ini tercapai hasil usaha berterusan kerajaan menambah baik liputan dan capaian Internet menerusi pelbagai program yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk meningkatkan capaian Internet di negara ini diteruskan apabila perdana menteri mengumumkan pelbagai program tahun ini melibatkan peruntukan hampir RM5.8 bilion.

Beliau berkata dalam pelaksanaan projek tambahan itu nanti, spesifikasi liputan dan capaian Internet akan ditambah mengikut kesesuaian dan keperluan teknologi.

Dalam perkembangan lain, Jailani mengakui kesukaran yang dihadapi kementerian untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang diguna untuk membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap individu lain.

Bagaimanapun katanya individu yang dikesan berbuat demikian akan berdepan tindakan tegas dari segi undang-undang.

Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati bersalah terutama mereka yang menggunakan akaun palsu atau menyamar menggunakan nama individu lain untuk memburukkan orang lain yang semakin berleluasa sekarang, katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang ingin tahu tindakan kementerian terhadap pemilik akaun media sosial palsu yang aktif menyebar fitnah dan pelbagai lagi terhadap pihak lain.

Sementara itu beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman sesawang yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pelbagai undang-undang lain.

Jailani berkata, kerajaan turut melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' bagi mendidik dan memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab, beretika dan mengutamakan keselamatan ketika melayari Internet.

Kepada soalan asal Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu usaha komprehensif kementerian untuk mempertingkat kelajuan Internet, beliau berkata kerajaan melalui SKMM sentiasa berusaha menambah baik prasarana komunikasi dari semasa ke semasa.

Beliau berkata kementerian telah merangka Pelan Jalur Lebar Kebangsaan 2010 yang merupakan pelan komprehensif bertujuan meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar.

"Melalui pelan itu, SKMM berjaya melonjakkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah kepada 67.3 peratus berbanding 55.6 peratus pada 2010," katanya. - Bernama