Tuesday, 3 December 2013

Salima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal

alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal
Salima AF Kini Bergelar Isteri


BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa’ Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Sinar Harian

Nelydia, Qi Razali berantakan?

Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

SEJAK akhir-akhir ini, nama Sharnaaz Ahmad sering menjadi perhatian di laman sosial, mahupun di media massa.

Setelah episod cinta kecundangnya dengan penyanyi, Shila Amzah, Sharnaaz kembali menjadi perhatian setelah dikatakan menemui pengganti Shila beberapa bulan kemudian setelah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq, namun menafikannya.

Seterusnya, Sharnaaz dikatakan bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya dan Sharnaaz enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Belum pun reda, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi sebutan apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan Uqasha Senrose dan Pekin. Namun perkara itu dapat diselesaikan apabila Pekin hanya salah faham dengan hubungan rapat Sharnaaz dengan kekasihnya.

Kemudian, nama Sharnaaz kembali terpalit dengan Shila apabila Sharnaaz meluahkan kecewa dengan hubungan rapat Shila dan Johan As'ari, tetapi redha dengan perkara itu.

Namun selepas satu persatu kontroversi melanda, Sharnaaz akhirnya meluahkan kekecewaan dan berhasrat bersara dari industri seni, bagaimanapun ditentang ramai pihak.

Terbaru, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan menjadi punca hubungan pasangan ideal Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19, berantakan.

Semuanya gara-gara gambar bersama kapsyen, “Tak payah pening-pening, dah depan mata” - menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa.

Qi juga pada pagi semalam mengemas kini laman Twitternya dengan status : ‘Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’ dan ‘Menerima hakikatnya, Redha’, sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang dikongsikan.

Tertawa dan tidak melenting sebaik ditanya mengenai isu terbabit, Sharnaaz berkata dia agak terkejut perkara tersebut, namun menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Nelydia.

"Status itu di buat hanya untuk mempromosikan drama terbaru lakonan saya dan Nely (Nelydia) iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan kami masih menjalani penggambaran.

"Kapsyen tersebut adalah sebahagian dialog dalam drama tersebut. Saya tiada niat apa-apa dan hanya mahu mempromosikan drama itu sahaja," ujarnya dalam nada kesal kepada Zass.


Mohon maaf

Sharnaaz berkata, sebaik mengetahui hal terbabit, dia hanya mampu memohon maaf kepada Qi melalui Nelydia dan tidak bersemuka dengan pengacara dan pelakon itu kerana tidak berkawan rapat.

"Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mohon maaf andai Qi terasa dan saya dah jumpa dengan Nely petang tadi (semalam). Saya pun tak pasti ini salah faham, atau mereka memang ada masalah sebelum ini dan kebetulan perkara ini berlaku.

"Apa yang pasti saya tak mahu cari gaduh, apatah lagi melibatkan isu kerja. Rasa tak seronoklah sebab saya kena bekerjasama dengan Nely.

"Apatah lagi ini drama terakhir saya dan saya memang beri 200 peratus untuk drama ini," jelasnya.

Di tebak adakah dia nekad untuk bersara, Sharnaaz berkata : "Entahlah, susah nak cakap. Belum pasti lagi tapi buat masa ini, drama ini adalah projek terakhir saya," ujarnya ringkas.

Sinar Harian

Kejam! Suami kelar isteri 18 kali kerana minta cerai


Gambar ilustrasi.

SEREMBAN:  Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.

Harian Metro dalam laporannya hari ini menyebut, mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya.

Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, di sini pada Jumaat.

Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.

Menurut laporan Harian Metro, suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali.

Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara.

Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban.

Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah.

Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka.

Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut suapaya berhati-hati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Astro Awani 

Kertas siasatan remaja dirogol sebelum berkahwin dibuka semula


Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara - Foto Bernama


PUTRAJAYA:  Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya polis mengumpul semula bukti berkaitan kes seorang remaja berumur 14 tahun yang dikatakan berkahwin selepas diperkosa, dalam tempoh seminggu.

"Bagaimanapun jika bukti yang dikumpulkan tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibuka," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu persidangan media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bukti yang diperoleh semasa kertas siasatan tersebut dibuka pertama kali tahun lepas, selain akan memanggil semula individu berkaitan untuk merekod percakapan.

Katanya keputusan dibuat ekoran gesaan orang awam yang prihatin dengan kes itu.

Abdul Gani berkata antara individu yang akan dipanggil ialah mangsa, ayah mangsa, ibu saudara mangsa, doktor yang memeriksa mangsa serta dua suspek termasuk bekas suami mangsa.

Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin.

Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012.

Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik.



BERNAMA

Google ranked No. 1 in super brands survey

Google ranked No. 1 in super brands survey

Google has been ranked as Malaysian consumers' most favourite brand, according to the latest brand survey from Superbrands conducted by the research agency BDRC Asia Pte Ltd.

The online survey of 1,500 Malaysian consumers aged 18-55 years old identified over 650 of Malaysian consumers' favourite brands across across 109 consumer product ands service categories.

The respondents, weighted by age and gender to reflect the profile of Malaysia's adult internet population, were asked to identify their favourite brand in each of the 109 categories.

Among the top 10 favourite brands were 100 Plus, Double A, Air Asia, Ogawa, Gardenia, Energizer, Panasonic, Maggi and Meps.

Superbrands Malaysia Chief Executive Officer Mark Pointer said the fact that these brands have been voted by Malaysia's consumers as their favourite brand is testament to the recognition and standing that these brands have in the local market.

"Great brands such as the brands in the Superbrands top 10 list consistently deliver on this and that's why consumers identify with them and think of them as their favourite brands," he said.

In addition to identifying Malaysia's favourite brands, the survey also looked at Superbrands' awareness and consumers' perceptions in Malaysia, with the findings showing the logo is widely recognised, achieving an awareness level of 81 per cent.

Superbrands, which set foot in Malaysia in 2000, is an international brand marketing and promotional programme that celebrates the best and most valued brands in more than 80 countries around the world.

BERNAMA