Tuesday, 15 October 2013

Scha Al Yahya Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim

scha

Sebuah akhbar mingguan melaporkan pengacara dan pelakon popular, Scha Al Yahya baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Endometriosis dalam rahimnya pada awal September lalu.

"Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi," ujar Scha yang juga isteri kepada pengacara, Awal Ashaari.

Walau pun disarankan agar berehat selama sebulan, namun pelakon drama 'Jodoh' ini berehat selama dua minggu sebelum menyambung tugas-tugasnya seperti biasa.


Sumber

HouseTec pasarkan genset solar

HouseTec pasarkan genset solar
Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua kanan) bersama Pengerusi Kumpulan Housetec Korea Keun Moon (kanan).


SYARIKAT HouseTec Sdn Bhd, perniagaan berasaskan teknologi solar melancarkan penjana tenaga (genset) solar kompak pertamanya untuk pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Baharum menyifatkan teknologi berasaskan solar kini menjadi alternatif rakyat Malaysia untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik lebih jimat dan mesra alam.

“Dengan mencipta teknologi pertama seumpamanya di dunia, kami bawa inovasi terkini ke pasaran teknologi hijau di negara ini.

“Kami rancang memperkenal produk ini kepada kementerian, jabatan serta agensi kerajaan berkaitan dan sasaran pengguna individu pula adalah masyarakat desa dan luar bandar, nelayan, pihak berkuasa, polis dan tentera," katanya pada majlis pengenalan produk dan menandatangani perjanjian persefahaman bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, masa ini sasaran jualan lebih kepada ahli Angkasa namun beliau berharap penjualan produk itu diperluas kepada pengguna lain.

“Kami harap produk ini diperkenalkan kepada nelayan bagi menjimatkan penggunaan diesel subsidi dan secara tidak langsung kos kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, selain aspek mobiliti, produk itu selamat dan direka untuk kegunaan asas seperti pencahayaan, kipas, komputer riba dan televisyen.


Sumber

Ibu bapa Kim Kardashian bercerai

kris

Selepas lebih dua dekad melayari bahtera perkahwinan, Kris Jenner yang juga ibu kepada adik beradik popular 'The Kardashians' telah memfailkan perceraian bersama suaminya, Bruce Jenner.

"Kami hidup berasingan dan lebih bahagia begini. Namun kami tetap menyintai dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun telah berpisah, kami kekal menjadi kawan baik dan keluarga tetap menjadi keutamaan," ujar pasangan ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menerusi perkahwinan ini juga mereka telah dikurniakan dua anak iaitu Kendall, 17, dan Kylie, 16, selain masing-masing mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu.


Media Hiburan online

Pusara P Ramlee & Saloma dibaik pulih

ramlee

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman dan seniwati agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, hari ini.

Pusara yang dibaik pulih menggunakan batu marmar Itali dengan kos berjumlah RM25,000 telah ditanggung bersama oleh Finas dan Astro selepas pusara tersebut rosak akibat dihempap pokok semasa hujan lebat pada Mac lepas.

"Kalau kita hendak nilaikan perjuangan P. Ramlee dan Saloma dengan kos pemulihan ini, sememangnya tidak ternilai. Bukanlah kita nak riak cuma kita mahu mengembalikan keadaan yang asal tanpa berlebih-lebihan.

"Yang paling baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada," kata Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan.

Turut hadir anggota keluarga seniman dan seniwati agung itu termasuk kakak Saloma yang juga pelakon veteran Mariani Ismail, adik Saloma, Mimi Loma serta balu Allahyarham Nasir P. Ramlee, Suria Bakar.


Sumber

Tablet jadi pilihan ganti komputer

Samsung-Tab-3-10.1
Samsung-Tab-3-10.1


Walaupun tablet tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi dan kebolehan sebuah komputer, namun ia tetap memberi manfaat kepada pengguna.

Berbanding penggunaan komputer, tablet didatangkan khusus dengan reka bentuk yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruangan besar untuk simpanan.

Bahkan fungsinya yang membolehkan pengguna melakukan kerja seperti tugasan pejabat, melayari internet atau penggunaan lain-lain aplikasi, amat memudahkan sesuatu tugasan itu diselesaikan.


Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati dengan sokongan teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160.

Tablet Android Samsung berkenaan yang dikuasakan pemproses Intel merupakan yang pertama seumpamanya untuk produk Samsung dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

Berdasarkan pelancaran tablet tersebut Samsung amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem itu.

Lebih menarik, Samsung Galaxy Tab 3 10.1 menggabungkan reka bentuk lebih nipis.


Ninetology

Ninetology merupakan syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara yang begitu agresif dan berusaha mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

Ninetologi berbangga dapat bersaing dengan teknologi global dan piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan.

Dengan berpandukan inspirasi gaya hidup yang pantas dan penuh keberanian, produk Ninetologi mendapat ilham daripada penyelesaian yang ada pada hari ini untuk tahap kebolehgunaan dan fungsi yang tinggi.

Mei lalu, Ninetology tampil dengan produk baru tablet Ninetology outlook Pure (T8700) dan berada di pasaran pada Jun.

Tablet yang baru dilancarkan itu didatangkan bersama perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobil, selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Selain Outlook Pure, Ninetology turut menawarkan Outlook Tablet dan Outlook Express.


Alcatel

Alcatel Onetouch adalah jenama di dalam TCL Communication, firma antarabangsa pelbagai budaya yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

ONE TOUCH EVO7
ONE TOUCH EVO7


Ogos 2013, Alcatel memperkenalkan One Touch Evo7 bersaiz 7 inci dengan paparan skrin 1024 x 600 serta lebih ringan seberat 395 gram.

Tablet terbaru ini turut dilengkapi dengan sambungan WiFi, 3G dan LTE.

Selain itu, pelbagai produk tablet turut ditawarkan Alcatel antaranya Alcatel One Touch Tab 7HD, One Touch Tab 7 (kuasa kompak) yang dikuasakan dengan pemprosesan dual teras.


Sumber

Polis tumpaskan sindiket jual beli kereta terpakai

Maszely Minhad
Maszely Minhad


IPOH - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan membabitkan jual beli kereta terpakai di beberapa negeri dengan tertangkapnya seorang lelaki dan dua wanita pada Sabtu dan Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, lelaki berusia 43 tahun dan dua wanita yang masing-masing berumur 25 dan 29 tahun ditangkap dalam dua serbuan di Temerloh, Pahang dan Serdang, Selangor.

Beliau berkata, dengan penangkapan tiga individu itu polis berjaya menyelesaikan 25 kes penipuan di lima negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.

Maszely berkata, daripada 25 kes itu, lapan kes dilaporkan di Perak membabitkan kerugian berjumlah RM409,050.

"Sindiket terbabit akan mencari mangsa yang mengiklankan kenderaan untuk dijual menerusi internet. Anggota sindiket kemudian menghubungi mangsa dan menyamar sebagai broker jual beli kenderaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Maszely berkata, sindiket yang dipercayai aktif sejak 2010 itu kemudian akan membuat pembayaran kepada mangsa menggunakan cek jurubank palsu dan mangsa hanya menyedari mereka ditipu ketika ingin menukar cek berkenaan di bank.

"Semasa urusan pembayaran dilakukan, suspek meminta mangsa menandatangani borang tukar milik kenderaan dan mengambil salinan kad pengenalan untuk urusan tukar milik," katanya.

Beliau berkata, sindiket terbabit akan menjual kenderaan itu kepada mana-mana syarikat menjual kereta terpakai sebelum mangsa cuba menunaikan cek palsu tersebut. Kebiasaannya sindiket itu melakukan urusan jual beli kenderaan pada hari Khamis atau Jumaat bagi mengelak penipuan cek palsu dikesan oleh mangsa, katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas 240 keping cek jurubank (Bankers Cheque), satu mesin taip elektronik, satu mesin fotostat, sebuah komputer riba, lapan salinan pendaftaran kereta, empat dokumen jual beli kereta terpakai, 30 salinan kad pengenalan dan satu kad pengenalan dipercayai milik mangsa.

Maszely turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terutama yang ingin menjual dan mengiklankan jualan kenderaan di internet bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

"Orang ramai sewajarnya perlu terima bayaran dalam bentuk tunai untuk mengelak daripada diperdaya oleh sindiket penipuan jual beli kereta terpakai," katanya dan memberitahu ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula tarikh mereka ditangkap.

- Bernama

Isu K-Pop: RTM sedia siar prosiding 'live'

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tanggapan PAC selama ini bersidang 'secara rahsia' dengan hanya pengerusi dibenar mengeluarkan kenyataan perlu ditukar, dan siaran langsung prosiding berkenaan mampu menepis persepsi negatif sedemikian selain mempertingkat integriti jawatankuasa itu.

"Ada beberapa perkara yang perlu diubah dalam siasatan itu di mana mungkin ada perkara yang melibatkan perbincangan yang lama yang tak dapat disimpulkan dengan hanya kenyataan beberapa minit oleh pengerusi PAC.

"Sekarang RTM sudah mengorak langkah dengan siaran langsung sesi soal jawab Parlimen setiap pagi, dan selepas itu disiarkan melalui IPTV (Televisyen Protokol Internet) di mana semua orang boleh menonton, jadi isu yang berkaitan dengan kerahsiaan sepatutnya tidak timbul lagi," katanya mengulas tanggapan siasatan PAC terlalu rahsia dan tidak akan membawa sebarang perubahan.

Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapok, ia perlu ditukar.

Ahmad Shabery berkata seperti menteri lain, beliau tidak boleh memperjelas setiap perkara yang dibangkitkan dalam laporan Audit Negara di luar, dan kesempatan menjawab kepada PAC dan disiar secara langsung boleh mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah tafsir dengan menganggap apa yang terdapat dalam laporan audit negara sebagai jenayah kerana kebanyakannya lebih menjurus kepada isu perbelanjaan berhemah atau keputusan yang dibuat.

"Saya tak fikir ia boleh dikaitkan dengan jenayah, tetapi saya terbuka untuk menjelaskan persoalan rakyat berhubung integriti dan amanah saya dengan keputusan yang dibuat," katanya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Komunikasi dan Multimedia membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.


- Bernama

Bayi 2 minggu mati dipukul

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. 


- Bernama

Bajet 2014: Jangan laksana GST

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun.

"Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia past akan membebankan golongan berpendapatan rendah meskipun bayarannya adalah kecil," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilapor berkata kerajaan sedang menjalankan kajian berkaitan GST bagi menilai impak terhadap kadar inflasi dan kaedah terbaik pelaksanaannya.

Beliau berkata pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata MTUC turut berharap Belanjawan 2014 yang dijadual dibentang pada 25 Okt ini mempertimbangkan pemberian bantuan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 kepada pekerja sektor swasta yang berdepan tekanan berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Beliau juga meminta kerajaan mempertingkat kadar pelepasan cukai pendapatan individu menerusi Belanjawan kali ini selain mempertimbang pelepasan cukai tambahan sebanyak RM1,000 bagi mereka yang mempunyai anak pertama, kedua dan seterusnya.

Katanya, langkah itu bakal merangsang pertumbuhan ekonomi domestik kerana rakyat akan mula berbelanja lebih.

Mohd Khalid juga mengalu-alukan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia secara dua peringkat mulai tahun depan, yang dilihat sebagai pendekatan baik bagi mengimbangi kadar inflasi.


- Bernama

'Penganalisis: Tuduhan Indonesia melampau'

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim
Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim


SHAH ALAM - Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim tampil mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyat Indonesia, Jumaat lalu.

Dipetik dari sebuah portal, Kamal Affendi berkata, pihak luar khususnya tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil atau dilakukan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hak negara tersebut yang tertakluk kepada undang-undang negara masing-masing.

Justeru katanya, kenyataan 'pedas' wakil Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat yang menyifatkan PDRM sebagai pengecut kerana menembak mati rakyat mereka amat tidak wajar sama sekali.

Ini kerana katanya, mana-mana individu sekiranya didapati melanggar undang-undang walau di mana sekalipun, maka tindakan yang bersesuaian akan diambil terhadapnya, termasuklah penguatkuasaan undang-undang ataupun tindakan yang lebih ekstrem.

"Yang mustahak di sini juga, soal kedaulatan undang-undang satu negara berkenaan tindakan yang diambil itu ialah prerogatif sesebuah negara.

"Pasukan polis Malaysia bukan satu pasukan yang 'trigger happy', sekiranya penjenayah menyerah diri seperti yang dibuktikan dalam kes Botak Chin, Geng Mamak, maka tidak ada satu tembakan yang dilepaskan.

"Kecuali penjenayah itu yang memulakan serangan terhadap pasukan polis, dan perbuatan itu juga membahayakan kepentingan awam, maka sudah tentulah masa itu tindakan untuk menyekat dilakukan termasuklah pertempuran. Dan penjenayah lazimnya yang mati kerana anggota polis ini terlatih," katanya kepada Antarapos.

Jumhur, yang dipetik dari laman Kompas.com selain itu mempertikaikan kewajaran tindakan PDRM menembak mati keempat-empat rakyat negaranya kerana berpendapat kesemua mereka bukan pengganas.

Keempat-empat mereka yang dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980), Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273) ditembak mati Jumaat lalu di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.

Kesemua mereka dilaporkan telah merompak sebuah rumah awal pagi sebelum kejadian.

Kamal juga menasihatkan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan polis, perlu mengambil kira akibat yang diterima oleh mangsa yang dianiaya penjenayah.

"Barangkali ada suara minoriti yang melihat tindakan yang diambil itu disangkanya sebagai jalan pertama iaitu menembak mati, walhal, seperti mana negaranya juga ia adalah pilihan terakhir yang terpaksa dilakukan bagi melindungi demi kepentingan awam dan juga mengangkat kedaulatan undang-undang itu.

"Dalam masa yang sama saya pohon kalau ada yang berminat tentang hak asasi ni, harap di hati mereka dapat juga perjuangkan hak asasi mangsa-mangsa penjenayah ini, atau keluarga mereka yang terkorban akibat perbuatan jenayah," katanya lagi.


Sumber

Kedah retak menanti belah

Kedah retak menanti belah
Sumber mendedahkan beberapa pemain utama mahu angkat kaki jika KFA terus bersikap enggan mendedahkan persiapan yang sedang dilakukan oleh persatuan tersebut.


PASUKAN Kedah kini berdepan dilema baru apabila dikhabarkan beberapa pemain utama mahu meninggalkan Skuad Kenari untuk menyertai pasukan lain musim depan.

Situasi itu berpunca selepas tiada nama besar dikaitkan dengan pasukan tersebut selain Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) enggan mendedahkan sedikit pun maklumat berkaitan persiapan yang sedang dilakukan.

Menurut sumber yang rapat dengan pemain-pemain Kedah, sekurang-kurangnya empat pemain utama Hijau Kuning yang pernah menyarung jersi kebangsaan sudah berkira-kira untuk membuka perbincangan dengan pasukan lain.

Difahamkan, beberapa pasukan negeri dan kelab mahu mengambil peluang di atas kemelut sekarang dengan membuka tawaran menarik kepada pemain berkenaan.

“Budaya kerja dalam diam diamalkan KFA sejak empat musim lepas berlarutan sehingga kini yang mana kesudahan akhirnya amat mengecewakan.

“Di dalam keadaan terumbang ambing dan persiapan yang tidak jelas, beberapa pemain yang pernah menyarung jersi negara sudah meluahkan isi hati untuk angkat kaki jika KFA masih lagi bersikap seperti ini,” kata sumber yang enggan dikenali kepada Sinar Harian, semalam.

Ibarat retak menanti belah, selain empat pemain tersebut, khidmat kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen juga kini sedang diburu beberapa pasukan besar untuk menguatkan skuad mereka musim depan.

Tambahnya, penyokong Kedah berhak tahu termasuk berhak untuk merasa resah dan gelisah dengan kemelut yang berlaku sekarang ini.

Menurutnya, penyokong sudah memendam perasaan empat tahun lamanya di dalam era kegelapan selepas kali terakhir mendakap trofi kejuaraan pada tahun 2008.

“Penyokong setia dan rakyat Kedah perlu diberitahu tentang perkembangan pasukan kesayangan mereka ini kerana bola sepak adalah tempat untuk kita semua bersatu dan merupakan hiburan nombor satu rakyat negeri ini,” katanya.


Sinar Harian

Polis tertembak kanak-kanak 10 tahun secara tidak sengaja

Polis tertembak kanak-kanak 10 tahun secara tidak sengaja

Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun mengalami cedera parah apabila ditembak secara tidak sengaja oleh seorang polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Daerah Taiping.

Kejadian itu berlaku apabila Sarjan tersebut sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, pada petang semalam.

Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah tersebut semasa kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Timbalan Superintendan Leong Ah Kow berkata Mohd Amar ditemui oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran lebih kurang 45 minit selepas kejadian.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.

“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.

“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Leong berkata, pihak polis kemudiannya telah merampas satu pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru daripada Sarjan tersebut.

Leong turut berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.

- ASTRO Awani 

Philippine earthquake death toll rises to 73

Philippine earthquake death toll rises to 73

Seventy-three people have been confirmed killed in a powerful earthquake that struck the central Philippines on Tuesday, authorities said.

Bohol police chief Senior Superintendent Dennis Agustin told AFP that at least 57 people died on the island of Bohol.

The quake also caused damage to houses, buildings and roads in the region.

The United States Geological Survey reported that the quake measuring a major 7.2 magnitude, struck at 08:12 local time (0012 GMT) some five kilometres (three miles) east of Balilihan, in the Bohol region of the archipelago, at a depth of 56 kilometres.

Philippine’s the Inquirer reported that the quake which lasted for a minutes, triggered a blackout in the region.

The temblor was followed by two aftershocks, each measuring more than 5.0 in magnitude.

The Pacific Tsunami Warning Center did not issue a Pacific-wide tsunami threat.

The epicentre was 629 kilometres from the capital Manila.

Balilihan has a population of around 18,500, according to the town's official website.

The Philippines lies on the so-called Pacific ring of fire, a chain of islands that are prone to quakes and volcanic eruptions.

More than 100 people were left dead or missing in February last year after an earthquake struck on Negros island, about 100 kilometres from the epicentre of Tuesday's quake.

The deadliest recorded natural disaster in the Philippines occurred in 1976, when a tsunami triggered by a magnitude 7.9 earthquake devastated the Moro Gulf on the southern island of Mindanao.

Between 5,000 and 8,000 people were killed, according to official estimates.

Meanwhile, images of the quake were extensively shared in the social media.

ASTRO Awani, October 15

Gempa bumi kuat landa Filipina, 32 maut

Gempa bumi kuat landa Filipina, 32 maut

Angka kematian dalam gempa kuat yang menggegarkan Filipina awal pagi tadi meningkat dengan yang terbaru dilaporkan sekurang-kurangnya 32 nyawa terkorban.

Gempa bumi itu turut menyebabkan kerosakan kepada rumah-rumah, bangunan dan jalan raya di rantau itu.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan bahawa gempa bumi yang berukuran 7.2 magnitud tersebut berlaku pada pukul 08:12 waktu tempatan (0012 GMT) kira-kira lima kilometer (tiga batu) dari timur Balilihan, di rantau Bohol pada kedalaman 56 kilometer.

Portal berita Filipina, The Inquirer melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku untuk tempoh hanya seminit dan menyebabkan bekalan elektik terputus.

Gempa bumi tersebut diikuti oleh dua gempa susulan, masing-masing berukuran lebih daripada 5.0 magnitud.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Filipina berada berhampiran dengan satu rangkaian pulau-pulau yang terdedah kepada gempa bumi dan letupan gunung berapi.

Sementara itu, imej gempa bumi itu telah dikongsi dengan meluas di dalam media sosial.







ASTRO Awani, Oktober 15

Kalimah Allah: Bukan satu isu di Sabah & Sarawak

Saya berasal dari Sabah dan setuju dengan apa yang dicatatkan oleh penulis. Ianya bukan isu di Sabah.

Kalimah Allah: Bukan satu isu di Sabah & Sarawak

KOTA KINABALU:  Reaksi masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak susulan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Bahasa Melayu The Herald adalah sesuatu yang sudah dijangka.

Secara umumnya, pendirian mereka tegas iaitu akan terus menggunakan kalimah Allah dalam semua upacara keagamaan seperti sebelum ini — seperti sebelum isu ini dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu.

Sepanjang pengalaman singkat saya membuat liputan di Sabah baru-baru ini, saya sempat melihat dan mendengar bagaimana kalimah Allah digunakan semasa misa di sebuah gereja di Likas.

Saya juga melihat bahawa penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian Bumiputera di negeri itu bukan satu isu yang besar di kalangan umat Islam di sana. Umumnya mereka tidak berapa kisah walaupun ada yang tidak selesa kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam.

“Ia sudah menjadi seolah-olah budaya kami. Kalimah Allah sudah digunakan sejak nenek moyang kami lagi semasa misa dan juga dalam kitab Bible. Saya tidak nampak bagaimana ini satu perkara yang pelik sehingga boleh menimbulkan kontroversi di Semenanjung,” kata seorang penganut Kristian yang enggan dikenali.

Menariknya, penganut agama Islam di Sabah juga menyuarakan sentimen yang sama.

"Saya sendiri ada saudara-mara yang beragama Kristian dan mereka menyebut Allah apabila hendak merujuk kepada Tuhan. Bagi saya, kita tidak boleh marah mereka," kata Halimah Daud, seorang peniaga yang saya temui di Kota Kinabalu.

Sebaik pulang dari Sabah, saya berkongsi pengalaman itu dengan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan bertanyakan pandangannya.

Beliau menjelaskan bahawa Islam tidak menentang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

"Baguslah jika mereka guna nama Allah kerana ini bermaksud mereka mengiktiraf bahawa Allah sebagai Tuhan seluruh semesta, dan ini memang betul. Apa yang ditentang dalam Islam adalah mereka mensyirikkan Allah.

"Perkara ini akan menjadi salah jika mereka mula membina berhala dan menamakan berhala itu sebagai Allah. Tetapi sekarang ini mereka memanggil ‘Pencipta’ itu sebagai Allah dan dalam Islam ini memang betul kerana Allah merupakan pencipta alam semesta," kata Dr Asri.

Beliau juga memberikan pandangannya tentang bagaimana gereja di negara-negara Asia Barat telah lama menggunakan kalimah Allah dan ini bukan satu isu di negara-negara itu.

"Gereja-gereja di Mesir dan Jordan sebagai contoh memang menggunakan kalimah Allah, jadi apa yang berlaku di Sabah bukan satu perkara yang ganjil. Apa yang ganjil adalah di Semenanjung apabila perkara ini agak eksklusif sedikit," katanya.

Dr. Asri juga menarik perhatian betapa agama Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama yang datang daripada para nabi. Agama-agama ini ada hubungan antara satu sama lain.

"Jadi tidak pelik jika mereka guna kalimah Allah kerana ini memang agama yang datang dari para Nabi. Apa yang salah adalah mereka mensyirikkan Allah," kata Dr Asri.

Dr. Asri juga berpendapat penggunaan kalimah Allah bukan satu masalah tetapi perlu ada peraturan mengenainya misalnya larangan menamakan patung berhala sebagai Allah.

"Itu memang salah sama sekali. Tetapi selain daripada perkara ini, saya sebagai umat Islam rasa berbangga jika mereka (penganut agama lain) guna nama Allah kerana ini bermakna mereka mengakui kewujudan Allah," tambah beliau.

Pandangan Dr. Asri itu tidak dipersetujui oleh ramai orang Islam lain seperti yang diwakili oleh kumpulan yang lantang mendokong keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada Isnin. Keputusan itu akan dirayu oleh pihak gereja Katolik.

Tetapi sehingga keputusan muktamad itu dibuat atau selepas keputusan itu dibuat sekali pun, ada sesuatu yang boleh kita di Semenanjung pelajari daripada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.

Setelah 50 tahun sama-sama membentuk Malaysia, cara hidup mereka yang bergaul mesra dan tidak meletakkan label dan membeza-bezakan antara satu sama lain atas nama agama patut kita pelajari.


Sumber: ASTRO Awani 

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung
Bapa kepada lima anak ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen semalam, atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya.


KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.

Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Sumber

Hari jangan pakai bra sedunia!


Antara banyak sambutan merepek, tanggal 13 haribulan Oktober telah dikategorikan sebagai Hari Jangan Pakai Bra Sedunia, seiring dengan bulan Oktober yang menjadi bulan kesedaran tentang barah payudara.

Barah payu dara dikenali sebagai salah satu pembunuh utama kepada wanita sedunia, jadi pelbagai rawatan dan kaedah pencegahan telah difikirkan bagi mengurangkan dan menghapuskan risiko memperoleh barah payu dara.

Antara salah satu kaedah pengurangan risiko peroleh barah payu dara adalah dengan mengurangkan pemakaian bra atau baju dalam. Pada dasarnya agak ganjil dan aneh, terutamanya kerana sudah biasa anggap bra sebagai sokongan kepada payu dara namun kajian saintifik Inggeris yang mengaitkan pemakaian bra dengan sakit payu dara. Kajian tersebut turut buktikan mereka yang tidak memakai bra bebas daripada barah payu dara.

Kita mungkin belum bersedia untuk keluar ke pejabat atau melakukan aktiviti seharian tanpa bra, jadi kaedah kedua terbaik adalah untuk amalkan ini hanya di rumah dan waktu malam dan bukan ketika hendak keluar rumah.

Banyak lagi kaedah yang boleh mengurangkan risiko barah payu dara, terutamanya dari segi makanan, jadi rajin-rajinlah membaca bagi melindungi payudara anda!


Sumber

Polis dedah modus operandi geng Palembang

Mohd Shukri Dahlan
Mohd Shukri Dahlan

PUCHONG – Polis mempercayai saki baki geng Palembang masih wujud walaupun tiga ahli kumpulan penjenayah terbabit ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, geng terbabit dipercayai berpecah kepada kumpulan kecil yang mempunyai empat ahli.

“Modus operandi yang digunakan adalah memerhatikan pelanggan yang mengeluarkan wang dengan jumlah banyak di bank sebelum mengekori mangsa.

“Apabila berada di lokasi agak tersembunyi, ahli geng dianggotai warga Indonesia terbabit akan menghalang laluan kenderaan mangsa sebelum membawa lari wang tunai yang baru dikeluarkan,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang bermotosikal akan menghalang mangsa dari arah depan manakala ahli geng lain yang menaiki kereta akan melanggar kenderaan mangsa dari arah belakang sebaik mangsa memberhentikan kenderaan.

“Mereka kemudiannya akan membawa lari wang yang dirampas,” jelas beliau lagi.

Mohd Shukri menjelaskan, pihaknya menggerakan pasukan Ops Cantas dan melakukan rondaan di semua tempat terutama di daerah Klang.

“Saya beri amaran kepada penjenayah jangan cuba berbuat apa-apa sekarang,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan majikan yang membawa keluar wang dengan jumlah banyak untuk tujuan pembayaran gaji kepada pekerja supaya lebih berhati-hati.

Tambahnya, majikan dinasihatkan supaya membawa pengiring atau pengawal keselamatan ketika membuat pengeluaran wang dalam jumlah yang besar.


Sinar Harian 

Shahir mohon tidak dikaitkan dengan Rozita Che Wan

Selepas sekian lama menyepikan diri, juara Akademi Fantasia musim 8, Shahir kini mengakui bersedia untuk kembali.

Bagaimanapun, penyanyi lagu "Pendam" ini meminta agar tidak lagi dikaitkan dengan Rozita Che Wan.

Shahir memberitahu dia banyak menghabiskan masa di kampungnya di Kampar, Perak selama setahun untuk berehat.

Menolak dakwaan kehilangannya kerana putus cinta, Shahir yang pernah bercinta dengan Rozita Che Wan memohon agar mereka tidak dikaitkan lagi.

Apatah lagi, Rozita bakal mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada hujung tahun ini.

Shahir ditemui semasa menjadi penyanyi undangan dalam Konsert Akademi Fantasia 2013 minggu kelima di Putrajaya.

-ASTRO Awani