Wednesday, 25 February 2015

Khabar angin menyatakan Lee Kuan Yew meninggal dunia, tidak benar

Khabar angin tersebar yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah meninggal dunia adalah tidak benar. - Gambar Fail

SINGAPURA: Khabar angin tersebar yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah meninggal dunia adalah tidak benar, menurut Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin di laman Facebooknya, hari ini.

"Khabar angin tersebar dengan meluas. Ramai dalam kalangan anda menghantar mesej bertanyakan mengenai keadaan Encik Lee Kuan Yew. Terus berdoa untuk beliau kembali pulih," katanya.

Saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia sebelum ini melaporkan bahawa stesen televisyen berkenaan telah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa bahawa khabar angin itu adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, pejabat Perdana Menteri Pejabat (PMO) berkata Lee telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Feb lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

Menurut kenyataan itu, keadaan beliau telah kembali stabil namun masih berada dalam ventilasi mekanikal di Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau sedar dan diberikan sedatif ringan.

Lee, 91, merupakan Perdana Menteri pertama Singapura (1959-1990) dan dianggap perdana menteri yang paling lama berkhidmat di dunia. 

- Sumber: Bernama

Ex-marine convicted of killing 'American Sniper' Chris Kyle

Routh's attorneys pleaded insanity and said their client was gripped by psychosis. Himself a former Marine, Routh also said he suffered from post-traumatic stress disorder.

WASHINGTON: A Texas man was sentenced Tuesday to life in prison without the possibility of parole after he was convicted of murdering the US Navy Seal whose story inspired blockbuster movie "American Sniper."

After deliberating fewer than three hours, jurors unanimously rejected claims from Eddie Ray Routh, 27, that he was not guilty by way of insanity when he killed famed sniper Chris Kyle and his friend Chad Littlefield at a Texas shooting range in February 2013.

The two-week trial in Erath County, about 100 miles (160 kilometers) southwest of Dallas, attracted massive media attention across America, coinciding with the release of Clint Eastwood's controversial movie based on Kyle's experiences in Iraq.

Judy Littlefield, the mother of Chad Littlefield, made a brief statement late Tuesday after the verdict.

"We have waited two years for God to give us justice on behalf of our son, and God has proved to be faithful," she said.

"We are so thrilled that we have the verdict that we have."

Kyle, officially credited with killing 160 people during four military tours, was lionized in the blockbuster film starring Bradley Cooper as the soldier.

Routh's attorneys pleaded insanity and said their client was gripped by psychosis. Himself a former Marine, Routh also said he suffered from post-traumatic stress disorder.

After the shootings on February 2, 2013, Routh took Kyle's truck and was later arrested at the home of his sister.

He allegedly confessed to the killings after complaining that "people were sucking his soul and that he could smell the pigs."

During the trial, jurors heard how Kyle and Littlefield knew something was badly wrong minutes before Routh opened fire.

"This dude is straight up nuts," Kyle wrote to Littlefield in an alarmed text message.

"He's right behind me, watch my six," replied his friend, using military jargon for "watch my back."

Jurors also heard emotional testimony from Kyle's widow Taya, who sobbed as she recounted their life together.

Lawyers had questioned whether Routh could receive a fair trial in the small town, given the success of "American Sniper" and the widely held view of Kyle as a hero.

"American Sniper" has so far earned more than $320 million to become the highest grossing war film in history.

Critics claim it presents a simplistic, black-and-white view of the Iraq conflict, and glosses over Kyle's references to Iraqis in his memoir as "savages."

- Source: AFP

BMW X4 xDrive28i reviewed

BMW’s Sport Activity Coupe.

The BMW X6 is a car that every lady would swoon over and the only thing that is stopping them from driving it (safe for the pricetag) is the size so BMW came up with the best solution: hit it with a shrink ray to give you the X4. Like every other lady out there, the X6 was the dream car that I would never drive because it’s too big! So when the X4 was introduced in Malaysia, I’ve been itching to try out the car.

So being the smaller version of a well-known and unique car how will the X4 perform?

Exterior

As you already know, the X4 is the smaller version of the X6. Everything that you see on the X6 can be found on the X4, only smaller. The X4 has a lower ground clearance so it has a lower A-pillar so you will find yourself lowering your head when you get into the car to avoid hitting it even though you are one of a smaller build!

Interior  

The X4 sits more like a sport car than the Sports Activity Coupe that it is. The rear seats though are two elegant coupe-style individual seats which can sit up to three passengers and it is, thankfully, not too straight that it would give you a creak in the neck after a long ride.

The only thing I have to complain about the comfortable interior is the colour. Mocha is just not the colour to go, it made the interior look twice as worn out as it is. Yes, you get a choice between Mocha, black and Ivory white and black is the most feasible colour out of the three. Doesn’t leave much room to get creative.

Power is as you would expect from a BMW, the X4 boasts 241bhp and it felt every bit like it. But there is a downside to it, the steering is very light and doesn’t return much feedback. With the lack of a meaty steering wheel at speeds the car had been all over the place. The X4 is best left for a leisure drive at a constant speed of, say 150kph?

Tech and Safety

I would have rated the BMW Connected Drive full marks, if BMW would hurry up and show some Android love. The system is currently more compatible for IOS than Android with most apps are only found in the iTunes store. The car was launched in August 2014 in Malaysia and even then they had promised to work on the Android apps but we’ve yet to see it.

Summary: Overall score: 15/20

Shrinking the X6 doesn’t make the X4 any less talented, in fact, I would say the X4 amplified all that the X6 had to give. The X4 is a fun car to drive that is perfect for those young at heart. Although I have to say that the X4 has a decided feminine touch to it that will appeal to the ladies. This proves my suspicion that the X4 is specifically shrunk for the ladies!

BMW X4 xDrive28i
Price
RM438,800.00 without insurance
Engine
1997cc, inline-4, 245bhp @ 5000-6500rpm, 350Nm @ 1250-4800rpm
Transmission
Eight-speed sport automatic transmission with Steptronic
Performance
6.4sec 0-100kph, 232kph, 7.3-litre/100km, 169g/km
Length/ height
4671mm/ 1624mm


- Source: Jerrica Leong @ Astro Publication 

Terkejut jumpa 'mumia' dalam patung Buddha


AMERSFOORT - BELANDA. Sekumpulan para penyelidik terkejut apabila melihat rangka manusia terdapat dalam sebuah patung Buddha yang berusia lebih 1000 tahun.

Memetik laporan sebuah portal hari ini, 'mumia' yang dipercayai seorang Ketua Sami Buddha bernama Liuquan dijumpai berada dalam kedudukan sama seperti posisi patung Buddha.

Penemuan tersebut dilaporkan sebaik sahaja penyelidik dari sebuah institut perubatan melakukan imbasan Computed Tomography (CT) ke atas patung Buddha tersebut.

Penyelidik turut melaporkan penemuan secebis kertas yang mengandungi tulisan Cina lama.

Liuquan dikatakan memilih patung tersebut untuk dijadikan tempat istirehatnya yang abadi.

Dia percaya itu merupakan satu langkah yang membawanya kepada ketenangan abadi, lapor portal terbabit. Patung Buddha kuno itu dipamerkan di Muzium Drents, Belanda.

- Sumber: Sinar Harian 

Filem Power Rangers bukan untuk kanak-kanak?

Antara babak dalam filem pendek Power Rangers

FILEM Power Rangers terbaru yang penuh dengan aksi darah dan watak Rangers dibunuh seorang demi seorang langsung tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Sebuah filem pendek hasil peminat (fan made) menampilkan Power Rangers pada masa hadapan, disertai perlawanan antara robot-robot yang menyerupai Transformers.

Filem pendek berdurasi 14 minit dan 19 saat tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube merupakan hasil garapan pengarah filem terkenal 'Lone Survivor' dan 'Dredd', Adi Shankar.

Menerusi filem bertajuk Power/Rangers ini, kesan khas setaraf Hollywood digunakan. Aksi berdarah dan juga penggunaan senjata api menyebabkan filem ini tampak ganas.

Karya berbeza ini jelas menarik perhatian berjuta-juta pelayar YouTube, di mana ia berjaya menarik hampir 4.4 juta perhatian selepas 22 jam dimuatnaik.

Peminat Power Rangers jelas mengkritik filem tersebut yang terlalu ganas dan kejam, namun pujian dan harapan juga banyak diberikan oleh peminat filem aksi supaya filem tersebut diolah menjadi sebuah filem yang panjang dan lengkap.

Jalan cerita yang ditampilkan pula mengandungi banyak 'plot twist' dan mengandungi kesan khas dari filem 'Ironman' dan juga filem 'Transformers'.

Peminat Power Ranger dan peminat filem aksi boleh menonton filem ini, tapi bersedialah untuk penamat yang bakal mengejutkan anda. Filem pendek tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=vw5vcUPyL90

- Sumber: Sinar Harian 

    Acer Aspire R14: Laptop boleh pusing

    ACER ASPIRE R14


    Acer memperkenalkan laptop dengan rekaan 360 darjah melalui Aspire R14 yang menggantikan versi sebelum ini, Aspire R7 dilengkapkan dengan skrin yang boleh diubah dan transformasi laptop menjadi paparan berdiri, bentuk khemah, tablet dan laptop itu sendiri.

    Ia mempunyai skrin 14 inci HD beresolusi 1366 x 768 yang menyokong pemprosesan minimum Intel Core i5 dan RAM 8GB.

    Spesifikasi

    ACER ASPIRE R14
    - Harga: RM2,499 
    - Paparan: 14 inci 
    - Pemprosesan: Intel Core i5-5200U 2.7GHz 
    - RAM: 8GB DDR3L 
    - Setoran: 1TB SATA HDD 
    - Grafik: Nvidia GeForce 820M 
    - Dimensi: 342 x 245 x 23.8mm 
    - Berat: 2.2kg

    Kekasih RM583

    SEORANG lelaki yang menamakan dirinya, Xiaojun, mengiklankan khidmatnya di laman sosial China

    Beijing: Golongan wanita bujang di China kini boleh menyewa teman lelaki menerusi dalam talian supaya mereka dapat mengelak tekanan supaya berkahwin daripada ahli keluarga ketika pulang bercuti di kampung.

    Permintaan terhadap perkhidmatan berkenaan yang ditawarkan beberapa laman web semakin meningkat ketika musim perayaan termasuk sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

    Laman web dagangan terbesar China, Taobao antara laman web popular untuk golongan wanita bujang mencari lelaki yang sanggup berlakon sebagai kekasih mereka.

    Kadar sewa untuk perkhidmatan itu bermula daripada 1,000 yuan (RM583) sehingga 10,000 yuan (RM5,830) sehari.

    Pelanggan juga dikenakan bayaran tambahan untuk aksi romantik seperti berpegangan tangan, menonton wayang, bermesra atau melayari Internet bersama.

    - Sumber: Harian Metro 

    Canon EOS 5DS dan 5DS R: Pertama kali cecah 50MP

    CANON EOS 5DS & 5DS R

    Canon bakal membawa masuk kamera sensor 35mm kerangka penuh pertama dengan resolusi 50MP menerusi model 5DS dan 5DS R.

    Sebelum ini, resolusi maksimum untuk kamera Canon hanyalah 20MP dan kedua-dua model dibezakan dengan model tinggi, 5DS R yang membuang kesan tapisan ‘low-pass’.

    Kedua-dua model mempunyai pemprosesan imej Digic 6 dengan kelajuan memproses imej pantas bersama 61 titik ‘ High Density Reticular AF’ selain tahap gegar yang berjaya dikurangkan.

    Ringkasan Spesifikasi


    CANON EOS 5DS & 5DS R

    - Harga: Anggaran RM12,946 & RM13,646 

    - Jangka hayat bateri: 700 rakaman 
    - Lensa: jenis EF 
    - Resolusi: 50.6MP 
    - ISO: 100-6400
    - Kelajuan shutter: 1/8000 
    - Fokus: 61
    - FPS: 5fps
    - Slot kad: 1 x CF, 1 x SD
    - Rakaman video: HD penuh 1920 x 1080 
    - Pemprosesan imej: Dual Digic 6 
    - Skrin: 3.2 inci

    - Sumber: Harian Metro 

    28 maut dalam runtuhan salji di Afghanistan, jumlah korban dijangka meningkat

    Kelihatan seorang warga Afghanistan bersama anaknya berjalan mengharungi ribut salji di Kabul, Afghanistan pada Selasa, 24 Februari 2015. - Foto AFP/Massoud Hossaini

    KABUL: Sekurang-kurangnya 28 disahkan terkorban di Afghanistan, selepas salji tebal yang melanda beberapa wilayah mengakibatkan beberapa runtuhan salji besar pada Rabu.

    Jumlah korban dijangka akan meningkat berikutan masih ramai yang dipercayai terperangkap di bawah timbunan salji.

    Kebanyakan mangsa berada di Panjshir, wilayah utara Kabul, di mana salji tebal telah melanda kawasan itu sejak dua hari lalu sehingga menyebabkan beberapa jalan ditutup.

    Keadaan itu turut menyukarkan kerja menyelamat di kawasan yang terjejas.

    “Saya boleh mengesahkan setakat ini seramai 22 orang terbunuh dalam tragedi runtuhan salji di wilayah Panjshir dan kumpulan penyelamat kami masih mengumpul maklumat,” kata Timbalan Ketua Penguatkuasa Pengurusan Bencana Afghanistan Mohammad Aslam Sayas.

    Aslam berkata seramai enam mangsa dilaporkan terkorban di wilayah tengah Bamiyan dan timur wilayah Baghdis.

    Gabenor wilayah Panjshir, Abdul Rahman Kabiri melaporkan 31 mangsa telah ditemui penduduk tempatan dan pasukan penyelamat dengan hanya menggali menggunakan tangan.

    "Kami telah mengumpulkan seramai 300 orang untuk membantu misi menyelamat namun kami tidak mempunyai peralatan yang mencukupi jadi kami menggunakan cangkul dan tangan untuk mencari mangsa yang terperangkap," kata Abdul Rahman.

    Kira-kira 15 mangsa yang dijumpai dalam runtuhan salji itu menggalami gigitan fros dan beberapa kecederaan yang lain, kata gabenor itu.

    Kebanyakan kawasan utara Afghanistan mengalami ribut salji sejak 48 jam lalu.

    Sebahagian daripada ibu kota Kabul pula mengalami gangguan elektrik pada Selasa dan Rabu selepas ribut dan runtuhan salji memusnahkan beberapa kabel elektik di Lintasan Salang.

    Runtuhan salji sering berlaku di kawasan pergunungan ketika musim sejuk melanda Afghanistan.

    Antara tragedi yang pernah berlaku di Afghanistan adalah pada tahun 2012 yang mencatatkan seramai 145 mangsa dilaporkan hilang dan dianggap maut akibat runtuhan salji. 

    - Sumber: AFP

    Gelora dua jiwa cinta terlarang

    PENGUAT Kuasa JAIS memeriksa kereta dan menyoal siasat suspek.

    Kuala Lumpur: Akibat terlalu taasub dengan satu ajaran songsang sehingga melabelkan suami sendiri sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin yang sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman sealiran kononnya lebih warak akhirnya dicekup berkhalwat dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta, tengah hari semalam.

    Wanita dan pasangannya ditahan kira-kira jam 11.30 pagi semalam di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai. 

    Ketaasuban disulami cinta terlarang pasangan itu berlarutan sejak lebih setahun lalu selepas sama-sama sering berbincang mengenai kuliah pengajian dianjurkan sebuah pertubuhan di pinggir ibu negara menyebabkan wanita ahli perniagaan itu tergamak menuduh suami sendiri terkeluar daripada ajaran agama Islam sebenar.

    Sumber berkata, Datin berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak bersama suaminya berusia lapan hingga 15 tahun, namun selalu bersama pasangan kekasih gelapnya itu dan bersikap dingin dengan suaminya sendiri termasuk tidur berasingan.

    “Akibat taasub melampau dengan ajaran berkenaan, wanita itu sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

    - Sumber: Harian Metro | 24 Februari 2015

    Saya tidak gentar dengan ugutan bunuh - Khalid

    KHALID: Saya tidak gentar dengan ugutan bunuh - Gambar fail

    KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi'.

    Khalid dalam kenyataan hari ini berkata ugutan itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.

    "Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

    Ini menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak mengenal erti sebenarnya sistem demokratik yang telah sekian lama diamalkan di negara ini dan mengugut untuk membunuh saya," katanya.

    Dua hari lepas, video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dan meletupkan keretanya.

    Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi di mana seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.

    Mengulas lanjut, Khalid berkata apa yang membimbangkan adalah terdapat segelintir masyarakat tidak menggunakan saluran demokrasi yang sedia ada di negara ini dan sering melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dalam menuntut sebarang perubahan.

    "Saya yakin masyarakat Malaysia tidak mahu melihat negara ini menjadi huru hara akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

    Khalid turut berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang niat jahat sedemikian supaya menghentikannya dengan serta-merta kerana ia berupaya membawa implikasi keselamatan yang amat serius dan akan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di negara ini.

    Katanya aktiviti dan identiti kumpulan berkenaan sedang dikesan pihak polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu-gugat keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Koleksi ‘terlampau’ 50 rumah

    Seluar dalam dan coli tergantung ditemui dalam bilik suspek.

    Klang: Hobi ‘terlampau’ seorang duda yang gemar mencuri coli dan seluar dalam wanita akhirnya menjerat diri apabila dia ditahan sepasukan anggota polis malam kelmarin.

    Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumah di Taman Seri Bahagia, di sini, kira-kira jam 11 malam selepas polis menerima aduan daripada jiran suspek berhubung kejadian pecah rumah pada Khamis lalu.

    Hasil siasatan dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah suspek yang disyaki kerap melakukan kes pecah rumah di taman itu.

    Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek membawa kepada penemuan puluhan helai pakaian dalam wanita dalam salah sebuah bilik.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berasal dari Perak itu mengaku mencuri pakaian dalam wanita itu dengan alasan untuk dijadikan koleksi peribadi.

    - Sumber: Harian Metro 

    Pulih selepas kulit kepala terkoyak

    Petra Novotna

    TRESMONA - CZECH. Seorang wanita berjaya sembuh walaupun separuh kulit kepalanya terkoyak dan menampakkan separuh tengkorak.

    Menurut Mirror UK, dalam kejadian awal Februari itu, Petra Novotna, 27, sedang menggunakan mesin pengorek lubang apabila rambutnya tersangkut pada mesin tersebut.

    Selepas beberapa saat, mesin tersebut menggulung rambut Novotna dan mula menarik kulit kepala mangsa, menyebabkan ia terkoyak.

    Novotna yang merupakan seorang ahli bomba sukarelawan dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal oleh jiran selepas terdengar jeritan perempuan malang tersebut.

    Menurut doktor, separuh tengkorak Novotna terdedah dan kulit kepalanya yang sudah terpisah tidak dapat disambungkan.

    Doktor kemudian menggunakan kulit dari lengan dan kaki Novotna untuk menggantikan kulit kepalanya.

    Selepas beberapa minggu, Novotna berjaya sembuh dan akan dibenarkan pulang ke rumah.

    - Sumber: mirror.uk

    Lelaki ikat, rogol tiru babak filem lucah

    Mohammad Hossain

    CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar universiti didakwa menyerang dan merogol seorang pelajar wanita selepas mengaku meniru babak filem lucah, '50 Shades of Grey'.

    Mohammad Hossain, 19, mengikat mangsa yang merupakan pelajar dari universiti sama di sebuah bilik.

    Menurut Dailymail UK, mangsa datang ke bilik Hossain pada hari kejadian. Hossain kemudian menyuruhnya menanggalkan pakaian dan mula mengikat mangsa.

    Pegawai pendakwaraya, Sarah Karr memberitahu mahkamah, Hossain mula menyebat mangsa menggunakan tali pinggang.

    Mangsa kemudian menangis dan minta dilepaskan namun Hossain mula menumbuk dan merogol mangsa.

    Hossain kemudian ditangkap dan ditahan reman sebelum diikatjamin RM1.8 juta (AS$ 500,00) oleh seorang penjamin.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Rogol anak saudara hingga hamil: Si kudung dipenjara

    Lelaki berkenaan keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara.

    KOTA BHARU - Haruan makan anak. Itu perumpamaan buat seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil terima padah setelah dihukum penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

    Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap lelaki berusia 56 tahun terbabit selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.

    Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu.

    “Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan bukan merogol mangsa seperti ini. Mohon mahkamah mengambil kira penderitaan mangsa yang menyembunyikan kandungan hingga melahirkan anak itu seorang diri,” katanya.

    Mangsa sebelum itu, ke rumah ibu saudara sebelah bapa untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut turut sama berada di dalam rumah dan ketika tidur, tertuduh merogolnya serta memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain. Takut dengan amaran tersebut, dia berdiam diri.

    Mangsa bagaimanapun hamil dan menyembunyikan kehamilannya serta menanggung penderitaan bersendirian sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014.

    Segalanya terbongkar apabila abang mangsa mendengar tangisan bayi di belakang rumah di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli, pada jam 8.45 malam.

    Abang dan bapanya yang pergi melihat dan mendapati bayi itu sudah dilahirkan. Mangsa kemudiannya memberitahu dia dirogol tertuduh hingga mengandung.

    Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Premis BritishIndia kekal di Suria KLCC hingga injunksi didengari

    Premis BritishIndia kekal di Suria KLCC hingga injunksi didengari. -Foto Facebook

    KUALA LUMPUR: Kedudukan premis pakaian berjenama tempatan, BritishIndia masih kekal berada di Suria KLCC sehingga permohonan injunksi syarikat pakaian berjenama itu, BTC Clothier Sdn Bhd, didengari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Permohonan injunksi itu dikemukakan oleh BTC Clothier bagi menghalang Suria KLCC daripada mengganggu perniagaan premis berkenaan.

    Peguam N Sivaraj, yang mewakili BTC Clothier, ketika ditemui pemberita berkata semalam sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan injunksi syarikat itu di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

    Bagaimanapun, Sivaraj berkata pendengaran kes itu dilapangkan berikutan pihak Suria KLCC Sdn Bhd selaku defendan akan menghantar surat kepada BTC Clothier bagi mencadangkan terma berhubung permohonan injunksi tersebut.

    "BritishIndia akan mengekalkan status quo," kata Sivaraj selepas menemui Hakim Nor Bee di dalam kamarnya semalam dengan dihadiri peguam T Kuhendran yang mewakili Suria KLCC.

    Sivaraj berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Mac depan untuk pengurusan kes itu dan perbicaraan saman utama membabitkan kedua-dua pihak ditetapkan selama dua hari bermula 29 Jun depan.

    Pada Julai 2014, BTC Clothier memfailkan saman terhadap Suria KLCC selepas mendakwa Suria KLCC telah secara salah menamatkan perjanjian penyewaan antara mereka berdasarkan surat bertarikh 4 Julai 2014.

    Dalam pernyataan tuntutan itu, BTC Clothier, yang menyewa lot bagi premis BritishIndia di Tingkat 1, Suria KLCC hampir 16 tahun, mendakwa defendan juga mengugut untuk menutup premis BritishIndia pada pukul 10 malam, 7 Julai 2014 sekiranya plaintif enggan untuk menerima surat tawaran baru yang disediakan oleh defendan.

    BTC Clothier mendakwa surat tawaran tersebut dilampirkan menerusi email pada 4 Julai 2014, dengan meminta supaya syarikat itu (BTC Clothier) menandatangani surat tawaran untuk satu unit premis di Tingkat 2, Suria KLCC, tanpa berbincang dengan syarikat berkenaan.

    Sehubungan itu, BTC Clothier menuntut satu deklarasi bahawa penyewaan masih wujud antara syarikat itu dengan Suria KLCC untuk premis perniagaan BritishIndia dan memohon deklarasi bahawa tindakan defendan menamatkan perjanjian penyewaan adalah tidak sah.

    BTC Clothier juga menuntut defendan atau pekerjanya berhenti daripada mengganggu perniagaan premis itu dan defendan juga dihalang daripada menutup atau melitupi pameran produk di premis berkenaan.

    Syarikat itu antara lain memohon ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

    Syarikat BTC Clothier, yang menjual pakaian dan barangan kelengkapan rumah, mempunyai 13 kedai jualan di Malaysia dan lima kedai jualan di Singapura serta mempunyai rantaian runcit meliputi Asia Tenggara.

    - Sumber: Bernama | Februari 25, 2015

    Rebut gadis: Polis dipenjara enam bulan


    Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

    KOTA BHARU - Mengejutkan apabila seorang anggota polis antara yang dijel enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, kerana bergaduh dalam insiden tembakan merebut seorang gadis, 8 Februari lalu.

    Konstabel berkenaan, Mohamad Izzat Irfan Md Khuzeh, 26, mengalirkan air mata dan dipeluk seorang lagi tertuduh, Farid Suria, 23, sejurus hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin. 

    Mohamad Izzat mengaku bersalah bergaduh di tempat awam dan mengganggu ketenteraman di sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan Off Jalan Sri Cemerlang, di sini, pada jam 11.45 malam, tarikh itu.

    Dua lagi yang mengaku, Wan Mohamad Farif Wan Ahmad, 23, dan Mohamad Hasrizal Mazlan, 20, masing-masing dipenjara lima bulan.

    Selebihnya, Shahrul Hafiz Shafie, 25; adiknya, Mohamad Shahrin, 22; Mohamad Ridhuan Yusof, 22; Farid Suria; Nik Muhamad Nazrin Nik Ismail, 22; Wan Mohd Arham Wan Mansor,27, dan adiknya, Wan Mohammad Fahmi,22, menafikan tuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,600 setiap seorang kecuali Farid Suria, RM4,000.

    Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. Nurliyana dalam hujah pemberatan hukuman memohon tiga tertuduh yang mengaku salah dihukum dengan setimpal.

    “Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku. Sepatutnya tertuduh menjaga ketenteraman awam, sebaliknya tertuduh pula yang terlibat. Punca insiden yang berlaku pula terlalu kecil dan amat memalukan. Ada banyak lagi perkara besar yang perlu diberi perhatian dalam hidup ini,” katanya. 

    Sementara, di mahkamah sesyen, di sini, semalam, Farid Suria dituduh pada satu lagi tuduhan berasingan di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus iaitu memiliki sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Austria tanpa lesen dan permit sah di sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan, Kampung Dusun Raja, di sini, pada jam 7 pagi, 9 Februari lalu.

    Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mac depan.

    Dalam kejadian lalu, Sinar Harian melaporkan dua kumpulan terdiri lima dan tujuh orang bertengkar kerana perebutan seorang gadis yang memuat naik ‘pose’ manja di Facebook sehingga seorang dari mereka melepaskan dua das tembakan mengenai dua kereta berhampiran restoran itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Pulau Kenit disyaki 'port' kegiatan tidak bermoral

    Laluan ke Pulau Kenit yang boleh digunakan ketika air surut.

    ALOR GAJAH - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) daerah Alor Gajah akan terus memantau Pulau Kenit di Telok Gong, Kuala Sungai Barau, di sini dalam usaha mengelakkan kawasan berkenaan dijadikan sebagai port kegiatan tidak bermoral.

    Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin berkata, Pulau Kenit dikenal pasti sebagai kawasan yang sering digunakan segelintir muda-mudi untuk kegia-tan berkenaan.
    Menurutnya, keadaan pulau itu yang terlindung dengan rimbunan pokok serta sunyi menjadikan ia kawasan tumpuan golongan terbabit.

    “Ekoran ini, MPAG bersama Jaim daerah Alor Gajah akan sentiasa memantau pulau ini bagi memastikan tiada sebarang kegiatan tidak bermoral dilakukan di sini,” katanya selepas satu operasi di pulau berkenaan, semalam.

    Pulau Kenit merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di luar pantai Kuala Sungai Baru, di mana pengunjung boleh berjalan kaki ke pulau berkenaan apabila air surut.

    Operasi dua jam itu diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPAG, Radzyam Mahat dengan dibantu enam anggota penguatkuasa, manakala Jaim diketuai Syahrizal Samad dan tujuh anggota penguatkuasa.

    Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat semasa operasi berkenaan.

    - Sumber: Sinar Harian 

    8 maut dalam serangan di restoran Czech

    PRAGUE: Seorang lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran di bandar Czech timur pada Selasa dan menembak mati lapan orang sebelum menembak dirinya sendiri.

    Menteri Dalam Negeri Milan, Chovanec menolak keganasan sebagai motif kejadian berdarah di restoran "Friendship" di bandar Uhersky Brod oleh penembak berusia dalam lingkungan 60-an itu.

    "Menurut maklumat, ini bukan serangan pengganas, tetapi dilakukan oleh individu yang mentalnya tidak stabil," katanya di Twitter.

    Pengunjung restoran yang panik pantas melarikan diri melalui pintu belakang ketika beberapa das tembakan dilepaskan.

    Datuk Bandar Patrik Kuncar berkata suspek, seorang penduduk bandar itu, membawa dua senjata dan melepaskan 25 tembakan.

    Menurut polis, beberapa orang cedera, termasuk seorang wanita dalam keadaan kritikal selepas ditembak di dada.

    Sebuah stesen televisyen swasta Prima berkata suspek terlebih dahulu menghubungi talian panas stesen itu bagi menyatakan rancangannya.

    Wartawan Prima segera memaklumkan kepada polis mengenai ancaman tersebut.

    "Dia memperkenalkan dirinya, dan dia beritahu saya untuk menghantar pemberita ke Uhersky Brod," kata wartawan Prima TV Pavel Lebdusko.

    "Dia beritahu saya dia telah diganggu oleh ramai orang namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.

    “Suspek berkata itu sebabnya mengapa dia menggunakan senjata bertujuan menangani sendiri keadaan itu."

    Kejadian berlaku ketika ketegangan memuncak di seluruh Eropah berikutan serangan maut di Paris dan di Copenhagen pada beberapa minggu lalu,

    - Sumber: AFP

    Bayi meninggal dunia disyaki akibat didera

    Ibu bapa bayi tersebut mendakwa anak mereka tidak sedarkan diri akibat terjatuh selepas ditarik seorang lagi anak mereka yang berusia dua tahun. -Gambar Fail

    SUNGAI PETANI: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini tengah hari Selasa dipercayai akibat didera.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Arifin berkata bayi itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ibu bapanya ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia.

    Beliau berkata ibu bapa bayi tersebut mendakwa anak mereka tidak sedarkan diri akibat terjatuh selepas ditarik seorang lagi anak mereka yang berumur dua tahun.

    Namun katanya hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati kepala bayi tersebut bengkak serta badannya mempunyai kesan lebam.

    Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

    Pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat kes itu. 

    - Sumber: Bernama

    Pos Malaysia keluarkan setem panda hari ini



    Pos Malaysia mengeluarkan koleksi setem dan produk filateli terbaharu bertemakan panda sebagai meraikan kehadiran panda Xing Xing dan Liang Liang di negara ini hari ini.

    KUALA LUMPUR: Pos Malaysia mengeluarkan koleksi setem dan produk filateli terbaharu bertemakan panda sebagai meraikan kehadiran panda Xing Xing dan Liang Liang di negara ini hari ini.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim berkata koleksi itu sebagai simbol hubungan kukuh antara Malaysia dan China.

    Setem itu boleh diperoleh di semua pejabat pos di seluruh negara.

    "Koleksi ini dikenali sebagai Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi.

    "Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan usaha-usaha pemuliharaan dan kepentingan hidupan liar serta kelestarian biodiversiti," katanya dalam kenyataan semalam.

    Azlan berkata istimewanya keluaran pada kali ini ialah lembaran mini yang dicetak khas menggunakan kertas flok iaitu sejenis gentian berbulu halus dengan ciri keselamatan.

    Setem berupa lembaran mini yang berukuran 80mm x 90mm itu memaparkan panda jantan (Xing Xing) bermaksud kemakmuran dan panda betina (Liang Liang) yang bermaksud cantik itu dijual pada harga RM8 setiap satu.

    Selain itu dua setem biasa berukuran 28mm x 45mm yang dicetak pada kertas setem fosfor hijau kuning, memaparkan kedua-dua panda boleh didapati pada harga 70 sen setiap satu.

    Sampul surat Hari Pertama turut dijual pada harga 50 sen sekeping dan RM1.90 dengan satu setem, sampul dan lembaran mini pada harga RM8.50, folder, RM6 setiap satu atau RM52.40 untuk satu set lengkap.

    - Sumber: Bernama 

    Sanggup melacur dalam semak

    Kawasan semak yang dipercayai sering dijadikan port pelacuran dimusnahkan penguatkuasa dalam operasi semalam.


    SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.

    Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.

    Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

    Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.

    Kesemua mereka yang ditahan anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda itu dibawa ke pejabat untuk soal siasat selain memanggil waris untuk tindakan selanjutnya.

    Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Osman berkata, dua perempuan ditahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu melacur manakala seorang lagi wanita bukan Islam dilepaskan selepas diberi khidmat moral.

    Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

    “Manakala seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan mengikut Seksyen 26 iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan.

    “Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 denda atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSPK, Anil Aris manakala PAD diketuai Zaiferi Zainul Abidin.

    - Sumber: Sinar Harian