Wednesday, 14 January 2015

Banjir: 10,000 penduduk di Kudat terjejas

Keadaan banjir di Pitas yang hampir menenggelamkan Tadika Kemas.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 penduduk daripada lapan buah kampung selain sebuah pekan di Kudat, Sabah terjejas banjir berikutan hujan lebat tidak henti-henti sejak petang semalam.

Kampung-kampung yang terlibat itu adalah Kampung Gumpa, Kampung Bak-Bak, Kampung Korina, Kampung Tamalang, Kampung Sikuati, Kampung Barambangon, Kampung Andap Jawa dan Kampung Pangaraban selain pekan Pitas.

Pegawai Daerah Kudat, Sabdin Ibrahim berkata, keadaan itu juga menyebabkan Jalan Tamalang-Sikuati, iaitu jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Kudat tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.

"Paras air ketika ini meningkat daripada 1.9 meter kepada 2.31 meter, namun, belum ada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir," katanya.


Di Pitas, Pegawai Daerah Bubudan Oti Majalu berkata sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di Sekolah Kebangsaan Rukom bagi menempatkan 103 orang daripada 33 buah keluarga.

"Situasi masih terkawal tetapi kami dalam langkah berjaga-jaga kerana hujan masih belum berhenti dan dikhuatiri kawasan dilanda banjir bertambah," katanya.

Sementara itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di Kudat, Pitas dan Sandakan yang akan beroperasi 24 jam bagi memantau, melaporkan status dan menyelaras kerja-kerja berkaitan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

SESB dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan bekalan elektrik akan dilaksanakan sebagai langkah keselamatan sekiranya paras air meningkat sehingga boleh membahayakan pengguna selain mengakibatkan kerosakan pepasangan elektrik.

Pengguna boleh menyalurkan maklumat ke talian Hotline SESB di 15454 ataupun 088-515000untuk tindakan segera.

Sementara itu, banjir di negeri-negeri lain tidak menunjukkan banyak perubahan dengan di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 1,918 orang daripada 525 keluarga setakat petang ini berbanding 1,940 orang daripada 536 keluarga tengah hari tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir di Perak Tengah masih kekal 1,620 orang manakala di daerah Hilir Perak menurun kepada 188, Manjung (76), Hulu Perak (34) dan kesemua mereka ditempatkan di 11 pusat pemindahan banjir.

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Temerloh menurun sedikit kepada 930 orang berbanding 981 orang tengah hari tadi.

Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir kekal seperti tengah hari tadi dengan 1,415 daripada 343 keluarga masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri menyatakan sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang masih berada di pusat pemindahan di Balai raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap, Segamat. - BERNAMA

- Sumber: Berita Harian 

W212 Mercedes-Benz E300 BlueTEC Hybrid diesel now in Malaysia – CKD, RM348,888


Mercedes-Benz Malaysia has officially introduced the locally-assembled W212 Mercedes-Benz E300 BlueTEC Hybrid – the car, the first diesel hybrid to be commercially available in the country (and the company’s second CKD hybrid, after the S 400 L Hybrid), was actually previewed to the motoring press in December last year, but pricing had at that point not been finalised.

It has now – the RM348,888 price tag isn’t very far away from that initially suggested by an ad.

Thanks to excise duty exemptions for CKD hybrids (in place until Dec 31 this year), the locally-assembled E 300 BlueTEC Hybrid is actually cheaper than the previous baseline E-Class facelift model, the RM367k E 200, undercutting the latter by RM18k. The hybrid’s introduction effectively makes it the most affordable E variant in Malaysia.

It may be the cheapest, but it’s very well specified – in fact, it has pretty much the same kit as the CKD E 400, which was introduced last November. The E 300 BlueTEC Hybrid gets the AMG Sports package (AMG bodykit, velour floor mat, twin exhaust system with bumper-integrated rectangular stainless steel pipe ends) as well as the same 18-inch twin five-spoke alloys seen on the latter.


The Malaysian car also comes equipped with LED headlights and Intelligent Headlight Control Plus. Other equipment from the E 400 includes the rear seat entertainment system – which features two display monitors integrated into the front seat headrests – and surround view camera. Like the E 400, the E 300 BlueTEC Hybrid is available with a number of interior colour schemes.

The E 300 BlueTEC Hybrid is powered by a 2.1 litre turbodiesel and electric motor combination – the OM651 DE 22 LA four-cylinder unit is good for 204 hp at 4,200 rpm and 500 Nm from 1,600 to 1,800 rpm, while the three-phase AC internal rotor magneto electric motor (which is installed in the clutch housing between the engine and the transmission to save space) offers 24 hp at 1,800 rpm and 250 Nm at an operating voltage of 120 volts.

Power is put to the wheels by a 7G-Tronic transmission, and performance figures include a 0-100 km/h time of 7.1 seconds and a 242 km/h top speed, while fuel consumption is rated at 4.1 litres/100 km. The frugality of the car was exemplified by the fuel economy challenge it undertook last year, in which Brit motoring journo Andrew Frankel managed to drive 1,968 km from Africa to the UK on a single tank of diesel.

Speaking of the lithium-ion battery, the compact unit has an energy content of 0.8 kWh and an output of 19 kW – on a full charge, the car can cover about a kilometre on electric power alone, at speeds of up to 35 km/h. It not only stores energy for the electric motor, but is also connected to the 12-volt vehicle electrical system via the DC transformer to supply power to items such as the headlamps and comfort features.

Because of its size, it’s able to be placed within the engine bay, right behind the front left suspension turret. It’s always located on the passenger side, so in left-hand drive E 300 BlueTEC Hybrids it’ll sit behind the front right suspension mount turret (and the other way round for RHD). 

The system consists of the cell block with its lithium-ion cells and the cell monitoring system, the battery management function, high-strength housing, cooling gel, cooling plate, coolant feed and the high-voltage connector. The unit is cooled by refrigerant similiar to that of the air-conditioning system, but runs off a separate circuit from the car’s AC. 

An electrically-driven air-con compressor means that in stop-start traffic, the vehicle can also manage on battery, and it isn’t until the battery levels run down to around 36% that the engine restarts. 

The E 300 BlueTEC Hybrid doesn’t come with a spare tyre, and a regular 12-volt battery is located beneath the luggage compartment to support cold starting and act as a buffer store for the on-board electrical system, and there’s an additional small backup battery to prevent unpleasant flickering of the vehicle lighting and dropouts in the infotainment system in start/stop mode.


Also, the Malaysian E 300 BlueTEC Hybrid is unique, in that it runs a specially-adapted Euro 2M engine, with changes related to the emissions system (the particulate filter has been removed, and a water separator added). Mercedes-Benz Malaysia added during the presentation that no other markets that sell the car have this configuration, making it specific to Malaysia – the homologation papers even reflect this, and the company says that it’s impressive that Daimler AG has done this for our market.

The unit can of course run Euro 5-grade diesel, which is currently available in Johor – MBM says that the diesel mill is up to the task of running Euro 2M, having conducted field evaluations here over the last five years with random fuel sampling as well with a fleet of locally-assembled W204 C 220 CDIs, which ran durability trials over a cumulative 400,000 km without a hitch.

From an E-Class buyer’s perspective, the E 300 BlueTEC Hybrid is certainly a lot of car for the money – kit-wise, you’re getting most of what’s on the E 400, and you fork out less than that needed for an E 200. Not quite the level of that achieved by the insanely-priced S 400 L Hybrid(and Audi A6 Hybrid), but the proposition is no less compelling.

- Source: paultan.org 

Zahid beri penjelasan kepada Kabinet isu surat FBI

  • Ahmad Zahid Hamidi
  • Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mendengar penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat yang dihantarnya kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Wen Seng, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

"Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah beri keterangan dalam mesyuarat Kabinet. Kami telah dengar penjelasan yang diutarakan oleh beliau, kami bersetuju penjelasan yang diberi," katanya ketika ditanya pemberita sebab Ahmad Zahid menulis surat itu kepada FBI dan bukannya Kementerian Luar.

Anifah ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Alaihuddin Awang Mohd Taha dan Duta Timor-Leste ke Malaysia, Jose Antonio Amorim Dias di Wisma Putra di sini, hari ini.

Mengenai butiran penjelasan yang diberi Ahmad Zahid, Anifah berkata, soalan berkenaan wajar ditanya kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu. 

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan dia juga disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Paul Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld telah memohon Ahmad Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F.Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

Pada 18 Disember, 2014, Ahmad Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano menyatakan Phua bukan anggota kongsi gelap 14k dan kumpulan 14k tidak pernah wujud di Malaysia. 

- Sumber: Bernama

Bangkai badan utama pesawat AirAsia QZ8501 ditemui hari ini

  • Bangkai pesawat yang tertera slogan AirAsia "Now everyone can fly". - Foto Ihsan Facebook Menteri Pertahanan Singapura
  • Bangkai pesawat yang tertera slogan AirAsia "Now everyone can fly". - Foto Ihsan Facebook Menteri Pertahanan Singapura

SINGAPURA - Lokasi dan bangkai badan utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas Disember lalu berjaya ditemui di Laut Jawa, Indonesia hari ini.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen memuat naik beberapa keping gambar bangkai pesawat tersebut yang berjaya ditemui oleh robot mencari Singapura di laman Facebook rasmi beliau.

Eng Hen berkata, perkataan di sebelah atas bangkai terbabit adalah sah milik pesawat AirAsia QZ8501

"Penyelamat MV Swift berjaya mengenalpasti lokasi bangkai pesawat tersebut dan pihak Singapura sudahpun memaklumkan kepada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia untuk tindakan seterusnya", katanya.

Katanya lagi, gambar yang diambil oleh kenderaan operasi jarak jauh itu menunjukkan sebahagian sayap dan perkataan pada bangkai tersebut berpadanan dengan pesawat AirAsia.

"Slogan AirAsia "Now everyone can fly" dapat dilihat dengan jelas melalui gambar tersebut," katanya.

Memetik laporan BBC, penemuan bangkai terbabit dilihat penting kerana masih banyak mayat penumpang dan krew dipercayai masih terperangkap di bahagian pesawat utama terbabit.

Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

- Sumber: Sinar Harian 

Dua beradik tak sempat ke sekolah


KOTA BHARU - Hasrat dua beradik ke sekolah tidak kesampaian selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan lampu isyarat Ketereh, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Nur Syamimi Azaman, 19, menunggang motosikal jenis Yamaha Ego sambil dibonceng adiknya, Nik Nur Sharifah Nik Azaman, 16. Kedua-duanya cedera selepas motosikal bergesel dengan kereta jenis Toyota Avanza.

Dalam kejadian itu, Nur Syamimi dipercayai terlanggar bahagian depan kereta berkenaan yang membelok menghala ke Melor.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, Nur Syamimi mengalami kecederaan di muka, manakala adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-duanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan.

“Mereka kini ditempatkan di wad 28 untuk rawatan dan kes masih disiasat," katanya

- Sumber: Sinar Harian 

Ivory Coast and Swansea disagree over Wilfried Bony's £28m move


Manchester City have completed the signing of Swansea City striker Wilfried Bony, according to the Ivory Coast football federation.

The FIFCI announced the news on its Twitter feed on Wednesday morning, with Bony part of the country’s squad for the upcoming African Cup of Nations.

Bony, a club-record £12m purchase from Vitesse Arnhem in 2013, was the Premier League's top scorer in the calendar year of 2014 with 20 goals.

City made an initial approach last week but the two clubs could not agree on a fee with Swansea said to be holding out for £30m. But that impasse has now been resolved.

However, City are insistent that the deal has not yet been officially completed.

And Swansea joined them in decrying the premature announcement from the Ivorian federation.

Bony previously had a £19m release clause in his contract but that was removed after the Ivorian signed improved terms in November.

Bony has scored 34 goals in 70 appearances for the Swans.

WHAT YAYA TOURE SAID

"Manchester City are always a club that wants important players like Bony and Aguero, they always want to progress and be at the top of the Premier League. If you want to be at the top of the Premier League you need to sign the top players and Bony is one of them at the moment. It will be tough to win the title again as Chelsea are in a good moment. It is not finished and we need to compete well and do the business and again."

Misteri beg merah terjawab



JOHOR BAHRU - Sebuah beg berwarna merah yang ditinggalkan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini jam 12 tengah hari semalam menimbulkan suasana panik apabila ia dikhuatiri mengandungi bom.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, majikannya terpaksa menghubungi polis selepas mendapati ada sebuah beg ditinggalkan seorang lelaki yang sebelum itu berhenti untuk pam tayar.

Menurutnya, ketika kejadian hanya ada tujuh pekerja termasuk ahli keluarga majikan berada dalam premis berkenaan, manakala di luar premis ketika itu tidak ada pelanggan.

“Majikan bimbang beg berkenaan mengandungi bom lalu segera menghubungi polis.

“Kami diminta supaya mengosongkan premis selepas menghubungi pihak polis,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, pihaknya telah mengambil langkah keselamatan dan selepas pemeriksaan dibuat mendapati tiada apa-apa ancaman kerana di dalam beg berkenaan hanya mengandungi pakaian.

“Unit Pemusnah Bom dipanggil untuk membuat pemeriksaan bagi menentukan benda itu selamat.

"Mungkin beg itu tertinggal kerana sebelum itu ada seorang lelaki yang berhenti mengisi angin.

“Tiada apa-apa yang berlaku dan tiada apa-apa ancaman kerana beg itu hanya dipenuhi pakaian sahaja,” katanya.

Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi berdepan dengan bangunan City Plaza di sini ditutup lebih kurang dua jam, namun laluan bertentangan masih dibuka untuk laluan pengguna jalan raya.

- Sumber: Sinar Harian 

Perakam suara kokpit QZ8501 mula dianalisis


JAKARTA - INDONESIA. Pasukan Majlis Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKP) Indonesia hari ini mula menganalisis perakam suara kokpit (CVR) pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas Disember lalu.

Data-data yang diperolehi dari CVR terbabit akan dibersihkan untuk mengetahui punca pesawat tersebut terhempas.

Menurut salah seorang pegawai penyiasat KNKP, Kapten Ertata Lananggalih, proses penyiasatan CVR akan dimulakan pada jam 12 tengahari (waktu tempatan).

"Semoga malam ini, pasukan penyiasat dan pasukan khas kotak hitam akan selesai memeriksa CVR", katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penyiasat KNKP, Mardjono Siswo Suwarno, setelah data tersebut di periksa, pasukannya akan mendengar secara terperinci setiap data yang dirakam antaranya seperti percakapan juruterbang, pembantu juruterbang.

"Suara rakaman kokpit, suara pilot, bahkan pengumuman pramugari akan dapat didengar', katanya yang dipetik viva.co.id

Menurutnya lagi, hasil percakapan itu akan dicatat oleh pasukan penyiasat yang terdiri dari juruterbang.

" Adalah sukar dan memenatkan untuk transkrip setiap butir percakapan dan hanya juruterbang berpengalaman boleh melakukannya kerana terdapat istilah-istilah kursus penerbangan digunakan,” katanya.

Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.

- Sumber: Sinar Harian 

We need answers, Malaysia

Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had said Paul Phua had assisted the government on national security projects.

Things have not been looking good for Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ever since his letter to the US Federal Bureau of Investigation (FBI) backing Malaysian gambling kingpin Paul Phua surfaced.

The Opposition is demanding that he explain the letter and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s statement that the Cabinet was not briefed about the letter, did not help.

Opposition leader Lim Kit Siang questioned why the letter was sent directly to the FBI and not through the Foreign Affairs Ministry while PAS questioned if Ahmad Zahid had over-stepped his powers.

Ahmad Zahid’s letter surfaced during the trial of Phua who is currently facing illegal gambling betting in the US.

The details of the letter, dated Dec 18, 2014 had first appeared on the South China Morning Post on Dec 30, 2014 where Ahmad Zahid had wrote that Phua is ‘neither a member nor is he associated with the Hong Kong 14K Triad.'

The letter was addressed to the FBI’s deputy director Mark Giuliano.

“Mr Phua has, on numerous occassions [sic], assisted the Government of Malaysia on projects affecting our national security and accordingly we continue to call upon him to assist us from time to time and as such we are eager for him to return to Malaysia,” the daily quoted Hamidi from his letter.

PAS is also demanding Ahmad Zahid to explain what were the projects that Phua was involved in.

To date, Ahmad Zahid has not commented on the matter.

Meanwhile, questions were also raised as to how the former police commando Corporal Sirul Azhar Umar, 43 were allowed to leave the country while waiting for his appeal case to be heard.

Although the police had said that it was not wrong for anyone with a pending court case to leave the country as long as he or she returned on the day of judgement, it continued to raise questions on how the Immigration laws are observed.

“Even PTPTN loan users were not allowed to leave the country and are stopped at the airport before boarding. How can they allow this man, whose appeal is one of the biggest murder case in the country, be allowed to leave just like that,” one reader commented over teh tarikyesterday .

Sirul who was not present when the Federal Court delivered its judgment yesterday is said to be in Australia.

According to a source, Sirul did not have enough money to return to the country. The Federal Court had also issued a warrant of arrest for Sirul yesterday.

The police is said to be working with the Immigration Department to check if Sirul had left the country and was quoted saying they had no idea if Sirul had indeed left Malaysia two months ago as reported.

Why wasn't Sirul who was found guilty of murder and sentenced to death four years ago, considered as flight risk by the authorities?

The Inspector General of Police had since vowed to find Sirul but isn't prevention better than cure?

The authorities need to answer and keeping mum is no longer an option if the government is serious in regaining the people' trust. 

- Source: Astro Awani 

Bagi penjelasan Sirul hilang

  • Khairul Anwar Rahmat
  • Khairul Anwar Rahmat

SHAH ALAM – Pihak berkuasa perlu jelaskan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, yang semalam dihukum mati bersama Cif Inspektor Azilah Hadri oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penjelasan ini penting untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap kontroversi kes itu.

Menurutnya, kes itu berprofil tinggi dan menjadi perhatian umum dan sepatutnya pihak bertanggungjawab pastikan dia hadir ke mahkamah.

“Ketika di peringkat (akhir) ini, tertuduh seharusnya tidak dibiarkan bebas ke luar negara.

“Walaupun di peringkat sebelumnya (Mahkamah Rayuan) mereka dibebaskan, namun tertuduh sudah tahu kes itu akan disebut Mahkamah Persekutuan.

"Maka perkara ini boleh dipersoalkan, kenapa tertuduh tiada dalam pemerhatian polis dan kenapa pendakwa tidak membuat permohonan untuk menahan pasportnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mahkamah Persekutuan semalam, mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan apabila mendapati Sirul Azhar, 43, dan Azilah, 38, bersalah membunuh Altantuya dan mengembalikan hukuman mati terhadap mereka.

Menurut Khairul Anwar, kehilangan Sirul Azhar itu bakal mengundang pelbagai prejudis dalam kalangan masyarakat umum dan boleh dianggap aneh.

“Mahkamah Persekutuan adalah kemuncak kepada sistem keadilan di negara ini. Seharusnya pergerakan tertuduh dibatasi kerana pada peringkat ini, kita akan dapat keputusan sama ada tertuduh bebas sepenuhnya atau bersalah sepenuhnya. Mereka hanya boleh bebas dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong (selepas itu).

“Sekiranya insiden tertuduh hilang lagi dalam kes-kes besar seperti ini, dibimbangi akan memberi gambaran tidak baik dalam sistem kehakiman negara,” katanya.

Beliau turut berharap pihak berkuasa memastikan sama ada Sirul Azhar ke luar negara secara sah atau haram bagi menjelaskan kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku.

Sirul Azhar, dipercayai berada di luar negara dan gagal pulang untuk mendengar pertuduhan akibat ketiadaan wang untuk balik ke tanah air.

Seorang lagi peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, mengikut undang-undang, tiada sekatan ke atas mana-mana tertuduh yang dibebaskan oleh mahkamah untuk ke luar negara.

Menurutnya, mahkamah tiada hak menahan pasport Sirul Azhar dan menghalangnya ke mana sahaja kerana dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, Sirul Azhar perlu hadir apabila kesnya dibicarakan.

“Tiada masalah untuk ke luar negara, tetapi apabila kes dipanggil ke perbicaraan, Sirul Azhar perlu bertanggungjawab hadir.

“Apabila tidak hadir, dia boleh dikenakan waran tangkap oleh mahkamah,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Kenapa tahan Paulsen macam dia penjenayah besar?

SYED IBRAHIM: Kenapa tahan Paulsen macam dia penjenayah besar? 

KUALA LUMPUR: Kaedah berdialog dilihat lebih baik berbanding serbuan melibatkan 20 anggota polis semasa penahanan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen baru-baru ini.

Ketua Penerangan Keadilan, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, serbuan itu sekali gus menggambarkan Paulsen seolah-olah seorang penjenayah besar yang cuba melarikan diri.

"Walaupun saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Paulsen yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, namun saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa.

"Apatah lagi disusuli dengan tweet Ketua Polis Negara tentang penangkapannya seolah-olah penjenayah besar yang cuba melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Paulsen menerusi catatan di laman Twitternya pada Jumaat lepas berkata: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia".

Kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Kata Syed Ibrahim, pihak berkuasa perlu memahami beberapa perkara dasar di dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk.

"Saya percaya perkara ini boleh ditangani dengan cara berdialog secara paling baik (ahsan) dan berhikmah sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut menyarankan semua pihak agar kembali kepada dasar Islam selain melihat ia hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan peguam Eric Paulsen sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.

- Sumber: Astro Awani (Media Statement)

Kotak Hitam: Siasatan data CVR, FDR ambil masa dua minggu

Analisis kotak hitam FDR dan CVR akan mengambil masa sehingga dua minggu sebelum rumusan isi kandungannya didedah kepada umum. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja analisis alat perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia QZ8501 akan mengambil masa sehingga dua minggu sebelum rumusan isi kandungannya didedah kepada umum.

Menurut Ketua Penyiasat Majlis Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKP) Indonesia, Mardjono Siswo Suwarno, pihaknya perlu terlebih dahulu memeriksa kedua-dua kotak hitam itu bagi memastikan ia dalam keadaan baik.

“Jika ia disahkan dalam keadaan baik, tempoh masa lebih kurang setengah jam diperlukan untuk memuat turun kandungan data alat tersebut ke dalam komputer.

“Kandungan data FDR dalam bahasa kod komputer itu perlu diterjemah dan seterusnya analisis akan mengambil masa di antara satu hingga dua minggu,” ujarnya.

Tambah Mardjono, antara maklumat penting daripada kedua-dua alat tersebut adalah tentang pergerakan pesawat dan juga rekod percakapan juruterbang.

Mardjono yang diwawancara dalam program Buletin AWANI sebentar tadi turut memberitahu bahawa perincian maklumat tersebut tidak akan didedahkan keseluruhannya kepada umum kerana ada prosedur antarabangsa yang perlu diikuti.

“Bagaimanapun, intipati ringkas kandungan data itu akan diketahui orang awam apabila diumumkan, termasuklah yang boleh didapati daripada laman web rasmi KNKP,” ujarnya.

Penganalisis dan penyiasat Indonesia kini menjalankan kerja-kerja bedah siasat data tersebut dengan kerjasama pakar penerbangan dari Perancis, dan usaha itu turut disertai penasihat daripada pihak AirBus.

- Sumber: Astro Awani 

Tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu

KUALA LUMPUR - Kerana tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian di Taman Awana di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun itu marah apabila ibunya mendesaknya memakan ubat penyakit berkenaan.

"Berikutan itu, berlaku pergaduhan kecil dan mengakibatkan suspek mengamuk serta bertindak berang dengan menghentak kepala mangsa menggunakan penukul besi.

Difahamkan, anak mangsa kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis. 

Menurut Ab Rashid, suspek dikatakan menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

- Sumber: Bernama

Top 5 lelaki 'Perfect 10' mengikut kriteria Khairy Jamaluddin


(Dari kiri) Zu Ariffin, Sharnaaz Ahmad dan Keith Foo antara calon-calon top 5 lelaki ‘Perfect 10’ mengikut kriteria KJ

Kontroversi mengenai isu peluk cium artis K-Pop B1A4 bersama empat peminat wanita beragama Islam baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.

Tidak dinafikan personaliti dan juga paras rupa serta bakat yang ada pada artis K-Pop itu membuatkan peminat yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan gadis remaja menggilai mereka.

Isu tersebut menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) memuat naik status mengenai ciri-ciri lelaki sejati di akaun Twitter yang telah menarik perhatian ribuan pengikut laman sosialnya.

Kapsyen tersebut berbunyi: "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu Bukan lelaki sejati,” tulisnya.

Jadi, mungkinkah ciri-ciri yang ditulis oleh KJ ini merupakan ‘Mr Perfect 10’ yang sepatutnya dicari oleh gadis-gadis Melayu di Malaysia?

Siapa pula selebriti tempatan yang menjadi igauan peminat mengikut kriteria yang digambarkan oleh KJ? Jom lihat calon-calon top 5 lelaki ‘Perfect 10’ mengikut kriteria KJ:

Zul Ariffin
Zul Ariffin kini semakin digilai wanita selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’ bersama Ayda Jebat. Dengan susuk tubuh yang sasa serta gaya-gaya romantik yang ditonjolkan di dalam drama itu membuatkan Zul sering menjadi perhatian para gadis.

Sharnaaz Ahmad
Lebih dikenali sebagai Jebat kerana lakonannya dalam "Bukan Aku Tak Cinta" telah meletakkan namanya di paras yang popular. Membawa watak sebagai ‘bad boy’ tetapi menjadi baik selepas berkahwin, membuatkan ramai anak-anak gadis terbuai-buai dengan watak itu.

Keith Foo
Pelakon darah kacukan Cina-India ini pada awal kemunculannya agak kurang dikenali, namun setelah membintangi drama Ariana Rose namanya melonjak naik. Ini kerana watak yang dibawanya itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri. Kalau ada cerita mengenai Keith Foo, ramai yang ingin tahu perkembangan terbaharunya.

Kamal Adli
Mungkin Kamal Adli menepati beberapa ciri-ciri yang disebutkan oleh KJ. Selain tinggi dan berkulit agak gelap, Kamal juga merupakan seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.

Nazim Othman
Rupa paras yang kacak, tinggi dan juga berkulit agak gelap, nampaknya pelakon Nazim Othman lengkap dengan pakej tersebut. Malah, wajah Nazim juga dikatakan menyerupai dengan seorang aktor Korea iaitu Choi Jin Hyuk. Selain berlakon, Nazim Othman juga mempunyai bakat menyanyi dan menari. Siapa yang tidak cair sekiranya ‘Mr Perfect 10’ mereka mempunyai kriteria sama seperti Nazim, kan?

- Sumber: Astro Gempak

Banjir kilat di Sandakan

Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga dipindahkan selepas rumah mereka dilanda banjir kilat di simpang Rancangan Sungai Manila Batu 12. -Gambar fail

SANDAKAN: Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga dipindahkan selepas rumah mereka dilanda banjir kilat di simpang Rancangan Sungai Manila Batu 12, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata mangsa yang berpindah ke rumah saudara masing-masing pada 8.15 pagi itu terdiri daripada lima dewasa, empat warga emas, dua kanak-kanak dan seorang bayi.

Pemantauan terus dilakukan di beberapa kawasan di daerah ini yang dinaiki banjir kilat khususnya, jika memerlukan operasi pemindahan mangsa, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya banjir kilat turut menyebabkan beberapa jalan tidak boleh dilalui kenderaan antaranya Jalan Sim-Sim, Jalan BDC di Batu Satu, Jalan Sepilok di Batu 14 dan Jalan Gum-Gum di Batu 16.

Dalam pada itu, Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo di Sepilok ditutup hari ini berikutan kawasan sekitar pusat berkenaan dilanda banjir kilat.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat itu Wong Siew Te berkata sekiranya air banjir surut hari ini, pusat berkenaan akan dibuka semula esok.

- Sumber: Bernama 

18 gambar Awie, Rozana dianalisa


AMPANG - Sebanyak 18 keping gambar penyanyi, Awie dan isterinya, Rozana Misbun dijumpai di dalam tiga daripada empat barang yang dianalisa juru analisa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Inspektor Latifah Abdul Aziz, 34, yang bertugas di Seksyen Audio dan Video Makmal Forensik memaklumkan gambar itu diperoleh daripada cakera keras, telefon bimbit Samsung dan Blackberry.

"Saya diarahkan pegawai penyiasat, Inspektor Mazni untuk mendapatkan gambar suspek (Awie) dan mangsa yang mengalami kecederaan di muka," katanya.

Selepas mendapat imej tersebut, beliau melampirkan bersama dengan laporan analisa sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat pada 29 September 2014.

- Sumber: Sinar Harian 

After mum forgives him for molesting niece, he molests again

TNP FILE PHOTO ILLUSTRATION

He was jailed and caned for molesting his niece at his mother's one-room rental flat.

After his release, his mother took him back into her home, where he molested his niece's 14-year-old friend a few months later.

The 49-year-old man was sentenced yesterday to five years' corrective training and given two strokes of the cane after pleading guilty to one count of outrage of modesty and stealing $500 from his mother.

Asked why she had taken him back after he molested her granddaughter, his 67-year-old mother said: "Where else can he go if I don't allow him back? He promised me that he would change and I trusted him."

And she has also forgiven him for his latest crime, with her main concern being whether she would still be alive when he gets out in five years.

- Source: the new paper 

Ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia


Agbimuddin telah meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Siminul, Tawi-Tawi.

KUALA LUMPUR: Ketua pengganas yang mengetuai insiden pencerobohan di Sabah tahun lalu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung, lapor portal berita Filipina, Rappler.

Memetik laporan tersebut, Agbimuddin yang mendakwa diri sebagai 'Raja Muda Kesultanan Sulu' itu telah meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi.

Sebelum itu pada 30 Oktober 2013, ayahnya Jamalul Kiram III turut meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang.

Pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan penceroboh telah memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bermula dengan insiden pencerobohan itu, kawasan tersebut kemudian menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu, yang melarat ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul.

Ia berikutan desakan dari Jamalul yang mengaku sebagai Waris Kesultanan Sulu dalam usahanya menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah.

Agbimuddin mengetuai insiden pencerobohan itu bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina yang menyaksikan 63 militan terbunuh, manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur.

Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang dinamakan dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Selain itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) juga diwujudkan yang merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.

- Sumber: Astro Awani 

Popular Malaysian actress detained for committing khalwat


A well-known film actress, 33, was detained by a religious department team for allegedly committing khalwat (being in close proximity) with a man at a condominum in Kuala Lumpur on Sunday night (Dec 14).

The raid was conducted following a tip-off, reported Harian Metro .

A source said that the couple had failed to produce documents proving their marriage and was detained. 

"After receiving information from the public, we immediately sent our officers to the location. When we were at the scene, we arrested them for khalwat," he said.

It is believed that the unnamed actress' boyfriend is not an artiste and that both are planning to tie the knot soon.

The actress, who is also a widow, is believed to have three children. 

A police spokesman said further investigations will be handled by the Selangor Islamic Religious Department.

- Source: The Star Online via the new paper | Dec 14., 2014

Madonna to perform at this year's Grammy Awards


Madonna arrives on the red carpet for the 2014 Grammy Awards. After performing at last year's Grammys, she'll be back on stage for the 2015 ceremony. - AFP Photo/Robyn Beck
A tweet from Madonna reveals she's planning to introduce some of her new music in a performance at the Grammy Awards next month.

On January 12, the musical icon (and multiple Grammy-winner) tweeted, "Rebel Hearts see you Feb 8th @TheGRAMMYs," with an image invoking artwork for her upcoming album "Rebel Heart, "which is set for release March 9/10.

Billboard later received confirmation that she'll indeed perform at the awards ceremony.

Madonna's most recent Grammy performance was just last year, when she appeared along with Macklemore & Ryan Lewis to sing her track "Open Your Heart."

She is the first performer to be revealed for the 57th Grammy Awards, which are set for February 8, just two days before the first "Rebel Heart" single, "Living for Love," hits US radio.

- Source: AFP RELAXNEWS

Foto wanita cedera ditemui dalam dua telefon yang diambil


KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini diberitahu bahawa sembilan keping gambar seorang wanita yang mengalami kecederaan ditemui di dalam dua buah telefon bimbit yang diambil oleh pegawai penyiasat kes.

Insp Latifah Abdul Aziz, 34, yang bertugas sebagai juruanalisa imej alat elektronik di jabatan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkata kesemua gambar tersebut diambil daripada telefon bimbit jenis Samsung dan Blackberry.

"Saya telah menjalankan pemeriksaan terhadap telefon bimbit jenis Samsung menggunakan satu perisian bagi mendapatkan kesemua data yang ada di dalam telefon bimbit tersebut sama ada yang telah dipadam atau data yang telah disembunyikan.

"Hasilnya terdapat empat keping gambar seorang wanita yang mengalami kecederaan di muka," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dalam hari pertama perbicaraan kes penyanyi rock, Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya, Rozana Misbun, pada Jun tahun lepas.

Selain itu, saksi kedua pendakwaan itu turut menemui lima keping gambar selepas menjalankan pemeriksaan yang sama terhadap telefon bimbit jenis Blackberry pada 3 November tahun lepas.

Pada 4 Julai lepas, Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.

Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Latifah, yang berpengalaman selama sembilan tahun dalam bidang audio dan video di makmal forensik PDRM, berkata pihaknya menemui sembilan keping gambar yang diambil melalui rakaman kamera litar tertutup.

"Pegawai penyiasat kes telah memohon untuk mendapatkan imej suspek dan pengadu yang sedang berjalan masuk dan keluar dari sebuah bank dan imej pengadu dan suspek semasa berada di kaunter bank. 

"Hasilnya, terdapat sembilan gambar yang diperoleh daripada rakaman berkenaan, namun hasilnya mendapati imej pengadu dan suspek dalam rakaman tersebut tidak menampakkan keseluruhan wajah.   

"Rakaman tersebut hanya memperlihat bahagian sisi dan belakang sahaja kerana resolusi gambar tersebut adalah rendah menyebabkan gambar menjadi kabur," katanya yang gagal mengingati tempoh durasi rakaman tersebut.

Dalam prosiding itu, penyanyi rock itu yang diwakili peguam Hazman Harun hadir bersama rakannya.

Terdahulu, jurugambar PDRM, Konstabel Mohd Fauzi Mohd Noor memberitahu mahkamah beliau telah mengambil tujuh keping gambar pengadu iaitu Rozana pada pukul 5.30 petang, 18 Jun tahun lepas.

"Secara keseluruhannya gambar-gambar tersebut menunjukkan kecederaan pada bahagian hidung, tangan kiri dan tangan kanan," katanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman bersambung esok. 

- Sumber: Bernama | January 13

Nyaris diculik tiga individu naik van


SHAH ALAM – Seorang pelajar tidak menyangka insiden wanita atau kanak-kanak diculik menggunakan van putih seperti yang sering dibacanya di dalam akhbar dan laman sosial hampir menimpa dirinya.

Dikenali sebagi Nor, 21 tahun, pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur, masih trauma dengan kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu di sebuah perhentian bas di Jalan Subang Perdana, di sini.

Ketika ditemui wartawan Sinar Harian kelmarin, dia sudi berkongsi insiden cemas yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu.

Difahamkan, ketika kejadian dia sedang menunggu bas untuk ke Stesen KL Sentral.

Ketika itu, terdapat tiga lelaki, dipercayai warga asing, di perhentian bas itu.

“Kawasan sekitar pula agak lengang. Hanya ada dua pemandu teksi dan seorang peniaga di gerai menjual kuih berhampiran.

“Tidak sampai beberapa minit di situ, tiba-tiba datang sebuah van berwarna kelabu dengan cermin sisinya (kiri) mungkin tercabut. Van itu berhenti di hadapan saya.

“Terdapat tiga lelaki di dalamnya. Pemandu serta seorang lelaki duduk di hadapan, manakala seorang lagi duduk belakang. Kelakuan mereka seperti lelaki gatal yang suka mengusik,” katanya.

Menurut Nor, lelaki yang berada di bahagian penumpang belakang turun dari van dan menarik tangan kirinya.

“Bimbang perkara buruk berlaku, saya terus merentap tangan, bangun dan lari ke arah pemandu teksi. Saya syak lelaki itu mungkin mahu merompak atau melarikan saya," katanya.

Berdasarkan pengamatan Nor, lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an, bertubuh kurus, kulit hitam manis, memakai kemeja-T dan seluar denim.

Menurut Nor, ketika kejadian, di tangannya hanya ada RM2.50, cukup untuk membayar tambang bas. Beg duit, komputer riba dan telefon bimbit pula di dalam beg galas.

Nor, yang masih ketakutan, tetap mengambil keputusan menunggu bas. Dia bimbang sekiranya dia berjalan pulang, dia akan diekori lelaki itu.

“Dada saya berdebar. Kaki pula masih sakit akibat terseliuh. Lelaki itu masih tidak berganjak dan terus memandang tepat ke arah saya.

“Tidak sampai lima minit kemudian, bas datang dan mereka masih di situ. Sebaik tiba di rumah ibu saudara di Kepong, saya menceritakan hal itu dan menghubungi kedua-dua ibu bapa,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang, semalam.

- Sumber: Sinar Harian 

Agbimuddin Kiram, Sabah standoff leader, dies of cardiac arrest

Agbimuddin Kiram who claimed himself as crown prince of the Sulu Sultanate passed away. - File pic

KUALA LUMPUR: Sabah standoff leader, Agbimuddin Kiram died on Tuesday of cardiac arrest, reported Philippines media portal, Rappler.

The report said, Agbimuddin who claimed himself as ‘crown prince of the Sulu Sultanate’ passed away at his home in Barangay Tubig Indangan in the town of Simunul, Tawi-Tawi.

On October 30, 2013, Agbimuddin’s father Jamalul Kiram III also died of kidney and heart disease.

On February 9, 2013, following claims made by self-styled Jamalul, a group of his followers entered the country by boat in stages at Felda Sahabat 17, Kampong Tanduo, Lahad Datu in effort to regain the sovereignty of Sabah.

As this began, the area turned into a battle field between the country’s security forces and the Sulu invaders.

Agbimuddin headed the standoff with 200 armed militants from the Philippines which witnessed the death of 63 militants and 10 Malaysian security forces.

Following the standoff, the government established a special security area which covers 1,400km of the east coast of Sabah from Kudat to Tawau known as the Eastern Sabah Security Command (Esscom).

Apart from that, the Eastern Sabah Security Zone (ESSZone) which encompasses 10 districts that covers about 1,700km from Kudat to Tawau was also established . 

- Source: Astro Awani 

Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah dalam kejadian langgar lari

Sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Mempaga-Chinta Manis dekat Bentong, pada Selasa.

Penunggang motosikal, Haikal Asraf Hairol Hashim, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3 petang itu manakala pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin, kedua-dua berusia 16 tahun, patah paha kanannya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik itu berasal dari Felda Mempaga 3, Karak.

Katanya mangsa dalam perjalanan dari arah Karak menghala ke Mempaga dan cuba memotong sebuah kenderaan apabila motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

Beliau berkata sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Mohamad Nor berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala pembonceng yang parah itu juga dirawat di hospital sama. 

- Sumber: Bernama 

Kontroversi yang melanda bukan gimik AJL 29

AG (kiri) dan Scha Alyahya bakal mengacarakan AJL 29 yang berlangsung Ahad ini di Stadium Putra, Bukit Jalil. Gambar kecil, Nurhul Huda Khalid.

KUALA LUMPUR: Dua kontroversi membabitkan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29, Alyah dan Mojo yang melanda ketika ini dinafikan pihak produksi acara berkenaan sebagai gimik yang dicetuskan sendiri TV3 sebagai stesen penyiar.

Sebelum ini hangat apabila vokalis asal Mojo iaitu Aweera disingkirkan Edry selaku penulis lagu Romancinta yang bertanding di AJL 29.

Terbaru kisah peribadi Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS turut menggemparkan industri hiburan tanah air.

Alyah mempertaruhkan lagu Sesal Separuh Nyawa di AJL 29 yang mana liriknya ditulis beliau sendiri bersama Shah Shamshiri.

Ramli pula bertindak sebagai pengarah muzik untuk acara berkenaan yang akan berlangsung Ahad ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Menurut Nurhul Huda Khalid selaku Penerbit Eksekutif AJL 29, TV3 tiada kena mengena langsung dengan apa saja kontroversi berbangkit.

"Tetapi apa yang timbul itu secara tidak langsung menimbulkan kelebihan dan rasa keinginan yang tinggi untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada acara kemuncak ini nanti. Contohnya siapa yang akan menggantikan Aweera? Ia masih menjadi rahsia saat ini.

"Alyah juga akan ditunggu-tunggu persembahan beliau, apakah konsentrasi dia akan terganggu dengan apa yang terjadi ini. Apa pun yang berlaku antaranya dengan Ramli, mereka kena profesional kerana masing-masing berjuang dengan cara tersendiri untuk acara AJL 29 ini.

"Apa yang berbangkit ini di luar kawalan kita dan acara tetap akan berjalan seperti yang dirancang sedari awal. Kita tak pernah mencipta kontroversi sebegitu tetapi ia sudah terjadi. Kita nantikan sajalah malam kemuncak AJL 29 Ahad ini," katanya.

Menurut Nurhul Huda lagi, persiapan sudah melepasi 70 peratus menjelang malam kemuncak.

"Hari ini pun sedang berlangsung sesi bacaan skrip membabitkan hos, Scha Alyahya dan AG. AJL 29 mengangkat tema Gema Dalam Muzik yang merujuk kepada kombinasi instrumen atau alat muzik yang menjadi nadi utama kepada persembahan malam Ahad nanti.

"Secara keseluruhannya ia gambaran kepada gabungan pelbagai alat muzik contohnya seperti penggunaan dua dram dan dua gitar pada persembahan pembukaan. Ia gambaran kepada instrumen kecil tetapi akan jadi besar dan bergema bila setiap satu instrumen itu dipakai dalam kuantiti yang banyak

"Esok mula akan bermula raptai bersama orkestra dan Khamis serta Jumaat sudah bermula sesi ujian suara.

"Selain finalis yang berentap turut ada persembahan artis undangan termasuk segmen Interlud menampilkan anggota asal Headwinds menyanyi lagu secara medley selama 10 minit," katanya.


Giliran Persembahan AJL 29:

* Malaikat (Omar K/Mike Chan/Hazama The Penglipurlara)

* Percayalah (Aiman/Mohd Atlas/Indah Ruhaila)

* Sesal Separuh Nyawa (Alfie Alwi&Aidil/Shah Shamshiri&Alyah/Alyah)

* Gadis Jelebu (DJ Fuzz/ Waris/Datuk Hattan

* Romancinta (Edry Abd Halim/ Edry Abdul Halim/Mojo)

* Rentak Lagu (Sam Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface&Amy Search)

* Matahari (Ajai/Transformer Melayu/Hafiz Suip).

* Gilalah (Omar K/ Mike Chan/Stacy)

* Di Pintu Syurga (Tam/Iman Imran/Dayang Nurfaizah)

* Apa Khabar (SonaOne&Joe Flizzow/Joe Flizzow/SonaOne&Joe Flizzow)

* Lelaki (Yuna/AG Koko/Najwa Mahiaddin bersama The Palauans)

* Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

- Sumber: Berita Harian online

Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali

Cinta Izreen Azminda dan Johan As'ari pernah mencetuskan sensasi.

Malah insiden putus cinta mereka suatu ketika dulu turut menggemparkan industri hiburan dan takdir untuk mereka hidup bersama bernoktah saat itu.

Izreen pula bertemu jodoh, namun jodoh tak panjang. Perkahwinan berakhir dan hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, pelakon berbakat itu dikurniakan seorang cahaya mata. 

Johan pula pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Nabila Huda dan Lana Nodin.


Selepas beberapa tahun membawa haluan hidup masing-masing, jodoh Johan dan Izreen kembali berpaut. 

Tetapi bukan di alam realiti sebaliknya keduanya bergandingan dalam telefilem Lima Kali Cinta yang bakal menghiasi slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi.

Telefilem arahan Amie Maziah itu menyaksikan gandingan mereka berdua selepas hampir tiga tahun tidak disatukan. Kali terakhir mereka berlakon bersama menerusi drama Juvana yang turut disiarkan di TV3.

"Kurang pasti kenapa saya dan dia (Johan) digandingkan semula selepas sekian lama. Kena tanya pihak stesen TV ataupun syarikat produksi. Mungkin juga ditakdirkan kami diberi peluang bergandingan sama kembali.

"Sebelum telefilem ini, kami terlebih dulu terbabit dalam slot pementasan teater muzikal di Anugerah Skrin tahun lalu yang diarahkan Erma Fatima. "Tapi tak ada dialog bersama pun. Kali pertama jumpa tak dinafikan agak kekok. Namun untuk telefilem ini, kami sudah mula okey. 

"Saya pun sudah tak fikir sejarah lama kami. Sudah lupa pun. Tak pernah saya ambil hati atau simpan dendam. Dia pun pandai cipta mood bila bersembang kerana sudah pernah mengenali saya sebelum ini. Benda dah lepas, jangan dikenang lagi," katanya.

Menurut Izreen telefilem Lima Kali Cinta turut membabitkan lima lagi hero selain Johan iaitu Iqram Dinzly, Hafreez Adam, Nazrief Nazri, Riz Amin dan Fezrul Khan. Izreen memegang watak sebagai Ayuni.

"Johan pula membawakan watak Zarif seorang mekanik dan kerana pekerjaannya itu Ayuni meramalkan hubungan mereka seperti tiada masa depan. 

"Daripada situ, Izreen tergerak hati semula untuk mencuba nasib mengenali bekas kekasihnya yang terdahulu," katanya.
Izreen Azminda dan Johan As'ari.

Ditanya mengenai soal peribadi, selepas pernah dikaitkan dengan Amar Baharin, Izreen dikatakan sudah tiada kekasih hati.

Cuma dengan statusnya sebagai ibu tunggal, ramai pantas menebak hatinya dengan lelaki tertentu berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman sosial.

"Mulut orang biasalah tak boleh nak tutup. Bila status saya macam ini, orang akan fikir lain dan cipta isu. Tapi saya berhak berkawan dengan sesiapapun. Saya pun ada perasaan untuk dicintai dan menikmati hidup berteman.

"Tak semestinya saya muat naik gambar dengan lelaki tertentu, saya pantas dikatakan bercinta dengan mereka. Nazrief contohnya saya anggap seperti adik dan dia masih hijau di arena seni," katanya yang akan bergandingan dengan Fahrin Ahmad untuk sebuah drama berjudul Eksprimen Cinta bagi slot drama di Tv3.

Izreen turut ditanya mengenai kisah beliau dipertikaikan status diri kerana mengacarakan program berkonsepkan perkahwinan dipanggil Mahligai Cinta untuk TV3. Ketika ini sudah empat episod dirakamkan Izreen.

"Hanya kerana saya berstatus janda, orang pertikaikan saya tidak sesuai mengacarakan program ini. Itu satu pemikiran yang tak pandang ke depan. Tak semestinya program perkahwinan kena dikendalikan hos yang bujang. Tapi saya percaya ini semua soal rezeki.

"Mana tahu, barangkali dengan mengacarakan program seumpama ini, berkat saya untuk berkahwin lagi akan ada. Siapa tahu bukan?," katanya.

- Sumber: Berita Harian 

Umie Aida reda hadiah perkahwinan dilelong

Rentetan rumah unit penthouse di Mont Kiara milik Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dilelong pada Lelongan Mega CIMB semalam di Hotel Istana, Datin Umie Aida sebagai isterinya turut menerima tempias.

Rumah mewah itu merupakan hadiah perkahwinan suaminya untuk beliau. Ikuti komen Umie.

"Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang.


"Hidup pasti ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hambaNya," katanya.

Rumah terbabit yang dibuka harga bidanya dengan harga RM2.1 juta dijual pada harga yang sama.

Seorang wanita yang enggan dikenali berusia dalam lingkungan lewat 40-an, membida rumah terbabit berkata, beliau mendapat tahu mengenai rumah terbabit menerusi iklan di surat khabar dan tiada hubung kait dengan ahli politik itu.


KONDOMINIUM kediaman milik Datuk Khairuddin Abu Hassan suami kepada Umie Aida yang dilelong oleh pihak bank dengan harga RM2.1 juta di Hotel Istana, semalam. - Foto Muhd Asyraf Sawal



- Sumber: Berita Harian 

Police on hunt for Sirul Azhar

The Federal Court today set aside the acquittal of Azilah and Sirul Azhar for the murder of Altantuya (pic) and sentenced them to the gallows instead.

KUALA LUMPUR: Police are tracing Corporal Sirul Azhar Umar, one of two policemen facing the gallows following the Federal Court's decision today to overturn their acquittal over the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu.

Sirul Azhar was not present when the Federal Court delivered its judgement. Federal Police (Bukit Aman) Criminal Investigation Department director Datuk Seri Mohmad Salleh, in a text message (SMS) to Bernama, said police were hunting down the Special Action Squad (UTK) member following the court issuing a warrant
of arrest for him.

"We will track him down and arrest him. We are now in the process of tracing him," he said.

Sirul Azhar, 43, is reported to be abroad.

Federal Court Judge Tan Sri Suriyadi Halim Omar, who read out the judgement, said the court set aside the acquittal of Chief Inspector Azilah Hadri, 38, and Sirul Azhar for the murder of Altantuya Shaariibuu and restored the decision of the Shah Alam High Court which had found them guilty of the murder and sentenced
them to death.

In a unanimous decision, the court allowed the prosecution's appeal to set aside the Court of Appeal's decision acquitting the two policemen.

The appeal panel was chaired by Chief Justice Tun Arifin Zakaria. The other judges were Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum and Federal Court judges Tan Sri Abdull Hamid Embong and Tan Sri Ahmad Maarop.

Justice Suriyadi said after perusing the evidence adduced in court, the two policemen had failed to cast a reasonable doubt on the prosecution case.

Justice Arifin issued a warrant of arrest for Sirul Azhar following Deputy public prosecutor Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah requesting it. Azilah was brought to prison.

Azilah and Sirul Azhar had been charged with the murder of Altantuya, 28, in Mukim Bukit Raja in Shah Alam between 10 pm on Oct 19 and 1am the following day in 2006.

The Court of Appeal had on Aug 23, 2013, allowed the appeal brought by the two police commandos to set aside the 2009 Shah Alam High Court decision finding them guilty of murdering her and sentenced them to death.

Former political analyst Abdul Razak Baginda, 51, who was charged with abetting Azilah and Sirul Azhar, was acquitted by the High Court on Oct 31, 2008, after it (the high court) held that the prosecution had failed to establish a prima facie case against him.

The prosecution did not appeal against his acquittal.

- Source: Bernama

Airbus harap kotak hitam dapat kenal pasti punca nahas pesawat AirAsia QZ8501

Bregier mahu mengulangi komitmen syarikat untuk menyokong siasatan dan menjadi sehampir yang mungkin kepada seorang daripada rakan terbaiknya di seluruh dunia, AirAsia. - Gambar AP

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar pesawat Airbus berharap penemuan kotak hitam pesawat Airasia Indonesia Penerbangan QZ8501 dapat merungkai punca insiden itu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fabrice Brégier.

"Kotak hitam telah ditemukan dan dibawa naik dari dasar laut yang memberi saya harapan bahawa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa akan memberi jawapan mengenai punca nahas.

"Apa yang kita mahu dalam kes ini ialah meneliti analisis terperinci mengenai faktor yang mungkin menjadi punca nahas," katanya dalam sidang media Tahunan Airbus yang berlangsung di Paris hari ini, yang disiarkan secara langsung melalui laman web di internet.

Brégier juga mengulangi komitmen syarikat untuk menyokong siasatan dan menjadi sehampir yang mungkin kepada seorang daripada rakan terbaiknya di seluruh dunia, AirAsia.

Kotak hitam terdiri daripada perakam data penerbangan (FDR) yang ditemui semalam serta perakam suara kokpit (CVR) yang dijumpai pagi tadi.

FDR merekodkan semua butiran teknikal berkaitan penerbangan manakala CVR merakamkan semua komunikasi dalam kokpit dan antara juruterbang dan Menara Kawalan Trafik serta dengan juruterbang pesawat lain yang terbang di sepanjang koridor penerbangan yang sama.

Pesawat yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

- Sumber: Bernama 

Kotak hitam kedua pesawat QZ8501 berada di Jakarta untuk dianalisis

Tatang dengan kotak hitam kedua yang mengandungi perakam suara kokpit yang kini sudah berada di Jakarta. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan menjumpai kotak hitam kedua pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Kotak hitam kedua yang mengandungi perakam suara kokpit itu kini berada di Jakarta untuk dianalisis.

Ketua Majlis Keselamatan dan Pengangkutan Indonesia (KNKT), Tatang Kurniadi berkata sebelum itu beberapa pegawai bertanggungjawab telah ditugaskan mengambil kotak hitam tersebut dari kapal KRI Banda Aceh dan menerbangkannya ke Pangkalan Bun.

“Buat masa ini, saya telah menerima maklumat nombor siri di kotak hitam tersebut dalam bentuk penulisan, namun sebagai seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk mengesahkannya, penting untuk saya melihatnya sendiri,” kata Tatang.

Sementara itu, di Surabaya pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI) mengesahkan mengenal pasti dua lagi jasad mangsa.

“Dua belas lagi mangsa masih lagi dalam proses kenalpasti dan kini berada pada peringkat ante-mortem dan post-mortem,” kata ketua Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), Dr Budi Yono.

Sehingga kini, 36 jasad daripada 48 yang dijumpai dikenal pasti pasukan terdiri daripada pakar forensik dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Australia dan Arab Saudi.

Jasad yang sudah dikenal pasti identiti diserahkan kepada keluarga urusan pengkebumian.

- Sumber: Astro Awani | Januari 13, 2015, 22:54 Malaysia Time