Wednesday 11 June 2014

White paper on Lahad Datu incident to be released after investigation

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein - File pic


KUALA LUMPUR: The White Paper to explain the actual situation that transpired in the incident where terrorists had encroached into Lahad Datu, Sabah in March last year will only be released after the completion of investigation by the authorities.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein told the Dewan Rakyat today that detailed information on the investigation and events that occurred in the East Coast of Sabah also involved several interested parties including neighbouring country, the Philippines.

"The report must be prepared thoroughly as it involves threats in the borderless world now," he said when replying to a supplementary question from Tian Chua (PKR-Batu) who wanted to know about the latest development on the white paper.

On March 3 last year, several opposition MPs had urged the government to call for a special session of Parliament and to issue a white paper and explain on the clashes between the Malaysian security forces and the intruders in Lahad Datu.

Meanwhile, replying to a supplementary question from Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) on government measures to ensure that the functions of the Eastern Sabah Security Command (ESSCom) and the Eastern Sabah Security Zone (ESSZone) truly ensured Sabah's security from intrusion following several incidents of kidnappings, Hishammuddin said the approach on security measures must be reviewed.

- Bernama

Mayat wanita berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan bogel

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditemui mati dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik hotel bajet di Kelana Jaya, di sini , hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 4.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. 

Beliau berkata mangsa dikatakan mendaftar masuk dengan teman lelakinya pada 4 petang semalam (Isnin) sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik. Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui di bilik tersebut," katanya di sini hari ini.

Fadil berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini, motif pembunuhan bukan kerana samun. 

Beliau berkata polis sedang mengesan teman lelaki mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Keputusan saingan Liga Malaysia - 10 Jun 2014


Pemain Sarawak, Muamer Salibasic (jersi merah) dihalang oleh tiga pemain pertahanan T-Team, pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Negeri di Kuching, malam ini. - Foto Bernama


BERIKUT keputusan perlawanan dalam saingan Liga Malaysia yang berlangsung di pelbagai venue hari ini:

LIGA SUPER:

Johor Darul Ta'zim 3 - Sime Darby 0

Terengganu 1 - Selangor 4

Angkatan Tentera 2 - Pahang 2

Kelantan 2 - Lions XII 1

Sarawak 2 - T-Team 0

PKNS FC 1 - Perak 3



LIGA PERDANA:

UiTM FC 2 - Perlis 0

Johor Darul Ta'zim II 1 - Felda United 1



Sumber: Bernama

Saluran paip gas Petronas terbakar

LAWAS - Saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) di Bukit Beriwan, milik Petronas, terbakar dalam kejadian awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Mohd Shamlie Radae yang mengetuai operasi menyelamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 1.58 pagi.

Beliau bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian dengan dua kenderaan.

"Bomba menghubungi Petronas untuk memaklumkan kejadian itu dan mereka memohon kami untuk membantu mengosongkan kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebaik tiba, pihaknya mendapati kawasan itu tiada petempatan atau kampung berhampiran, lantas menutup injap paip itu.

"Bomba terus memantau lokasi kejadian sehingga kebakaran gas tersebut padam kira-kira 3.48 pagi," katanya.

Ketika ditanya mengapa tempoh diambil untuk sampai ke lokasi terlalu lama, Mohd Shamlie berkata bomba terpaksa menempuh laluan sukar, iaitu jalan balak untuk ke lokasi kebakaran.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Lawas, ASP Mutang Nawat ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun tidak dapat memberi butiran lanjut.

"Petronas sudah menghantar pasukan teknikal mereka dari Bintulu untuk menyiasat punca kebakaran," katanya.

SSGP yang bernilai RM4.6 bilion mula mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke kompleks gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak pada Januari lalu. - Bernama

Taylor Swift will be performing at Putra Indoor Stadium on June 11




KUALA LUMPUR: Taylor Swift fans are frantically trying to find out where and when the American pop Icon will be arriving in Kuala Lumpur for her Red Tour Asia concert.

Expected to arrive today, the pop-country sweetheart, who has won the hearts of many fans across Southeast Asia, is quiet on the exact time of her arrival, possibly to avoid a crowd situation at the airport like in Japan.

However, this has not stopped Malaysian netizens from speculating.


The 24-year-old multiple-award winning singer is scheduled to perform at the Putra Indoor Stadium on Wednesday June 11 -- her first performance in the country.


Social media is booming with tweets and pictures from fans who can’t wait for the day to be over so they can attend her concert happening tomorrow.



- ASTRO Awani