KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyenaraikan 14 jenis barangan makanan di bawah skim kawalan harga sempena perayaan Deepavali, 2 November ini.
Menterinya, Datuk Hassan Malek, berkata barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, daging kambing tempatan, daging kambing biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging peha kambing biri-biri import bertulang, tomato, bawang merah kecil, ubi kentang import dan kacang dhal.
“Skim ini akan berkuatkuasa selama 10 hari dari 28 Oktober hingga 6 November,” katanya ketika satu sidang media di Dewan Rakyat.
Bagi mereka yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, mahkamah boleh mengenakan denda Rm10,000 atau kompaun RM5,000 ke atas individu dan denda RM20,000 atau kompaun RM10,000 ke atas syarikat.

No comments:
Post a Comment