KEPALA BATAS - Seorang juruwang sebuah stesen minyak di Permatang Sintok di sini melalui detik cemas apabila diacu parang di lehernya oleh dua penyamun dalam kejadian malam semalam.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 malam, apabila dua lelaki bersenjatakan parang menyerbu ke dalam premis dan mengacu parang ke leher mangsa sambil mengarahkannya mengeluarkan wang dari mesin daftar tunai.
"Kejadian itu berlaku tidak sampai dua minit dan disaksikan oleh seorang lagi pekerja premis berkenaan yang tergamam. Suspek kemudian beredar dengan menaiki motosikal tanpa mencederakan mangsa berusia 21 tahun itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) , Asisten Superintendan Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
"Mangsa gagal mengecam wajah suspek manakala nombor pendaftaran motosikal yang berjaya dicatat oleh mangsa didapati nombor palsu," katanya.
Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu penyamun berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM8,000 hasil jualan minyak semalam.
Katanya polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di stesen minyak tersebut.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment