Seramai 24 orang polis telah dikenakan tindakan disiplin ke atas kehilangan 44 unit senjata api Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2012 baru-baru ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan disiplin ini telah diambil sebelum Laporan Audit Negara 2012 didedahkan.
“Pada tahun 2010, tindakan telah diambil ke atas 13 orang polis. Pada tahun 2011, tindakan telah diambil ke atas 13 orang polis dan pada tahun lepas, tujuh orang polis dikenakan tindakan.
“Yang lain-lain masih sedang disiasat,” kata Wan semasa memberikan jawapan kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Wan Junaidi berkata sekiranya kehilangan senjata api oleh polis berlaku kerana kecuaian, terdapat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang membolehkan polis membuat laporan tentang bagaimana kehilangan itu boleh berlaku.
“Kertas siasatan kemudiannya akan dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk tindakan selanjutnya. Kertas siasatan juga boleh dihantar kepada Peguam Negara sekiranya perlu,” katanya sambil menambah SOP yang baru akan dilaksanakan di masa akan datang supaya kes kehilangan senjata api dapat dikurangkan.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata sebanyak 1097 unit senjata api haram telah dirampas oleh pihak polis dari tahun 2008 sehingga tahun ini.
“Kebanyakkan senjata api haram yang berada dalam negara dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui sempadan negara dan ada juga senjata api buatan sendiri yang diperbuat dalam negara.
“Antara rampasa senjata api yang dibuat termasuk 406 pucuk pistol semi auto, 164 pucuk Revolver, 31 laras Rifle, 91 laras senapang patah, 120 pucuk pistol angin, 22 laras Pum Gun, tujuh laras Submachine gun (SMG), 38 butir bom tangan dan 218 laras senjata buatan sendiri,” katanya.
Wan Junaidi berkata semua senjata api yang dirampas adalah merupakan barang kes yang perlu dikemukakan di Mahkamah semasa perbicaraan.
“Pihak polis mempunyai SOP khusus dalam pengendalian barang kes berkenaan di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).
“Di akhir perbicaraan, Mahkamah akan memutuskan sama ada senjata api tersebut akan dimusnahkan atau tidak.”
Baru- baru ini Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan PDRM kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.
Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan.
Sumber: ASTRO AwaniTimbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan disiplin ini telah diambil sebelum Laporan Audit Negara 2012 didedahkan.

No comments:
Post a Comment